Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, July 25, 2009

Rasa Nak Berjalan Tapi Tak Tahu Nak Kemana..Rasa Nak Melangkah dan Melangkah Sahaja..

Assalamualaikum.

Tajuk ini dari tadi saya ingin luahkan. Hati saya seolah-olah inginkan satu penghijrahan. Bermakna saya ingin travel ke suatu destinasi dalam pencarian hidup saya. Saya tidak sabar rasanya menunggu hari itu. Tidak lama lagi saya akan bergelar seorang guru dan merangkap sebagai kaunselor kelak. Banyak yang saya impikan dan cita-citakan. Namun, biarlah saya, seorang diri menyimpan impian dan cita-cita itu, dan saya sukakan realiti. Namun, tidak salah mempunyai impian kerana impian itu memotivasikan diri dan menggerakkan tenaga untuk bertindak selaras dengan kemampuan diri.

Selepas pulang dari pasar, kebetulan saya on kan YM, saya mendapat mendapat mesej dari perantau holidays. Saya sempat bersembang tentang sesuatu. Impian saya untuk berhijrah sememangnya ada dalam diri. Saya sukakan ketenangan dan berjalan menikmati sesuatu. Saya percaya, permulaan mengenali saudara yang YM dengan saya itu, sebenarnya sudah menjadi sedikit sebanyak landasan untuk saya mengetahui sesuatu di luar sana. Jikalah saya ini mempunyai wang yang banyak, sudah pasti banyak negara ingin saya lawati. Saya berdoa saya dimurahkan rezeki. Menurut rakan yang saya kenal juga, katanya, untuk berjalan tidak perlukan banyak wang pun. Banyak yang diterangkan kepada saya kerana dia juga suka mengembara.

Oh, Tuhan..semoga suatu hari nanti..saya berpeluang berpetualang juga mencari sesuatu dan melihat sesuatu. Pencarian itu bukan untuk diri saya sahaja, tetapi kelak insan lain akan mendapat manfaatnya hasil perjalanan saya. Sesungguhnya, hidup ini suatu perjalanan yang panjang, maka kata-kata ini membuatkan saya inginkan pencarian.

Semester hadapan, saya akan hayunkan kaki ke Melaka, berpraktikum di sana (Sek.Menengah Sains Muzafar Shah, Ayer Keroh, Melaka). Itu adalah penghijrahan saya juga. Semoga pencarian titik permulaan di sana bakal membawa langkah ini lebih jauh. Saya inginkan kepuasan diri. Melalui kepuasan itu, akan ada hasilnya nanti.

Baru mendapat tahu, Yasmin Ahmad meninggal dunia..Innalillah...

Jadi, layan lagu ini kejap..

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42