Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 25, 2010

Tahniah!


Assalamualaikum.

Selepas update blog "belajarenglish", saya suka untuk mengupdatekan juga di bahagian blog ini. Saya amat gembira sebenarnya mendapat khabar kejayaan adik saya. Saya sangat berharap adik lelaki saya yang bongsu dapat melangkah ke alam mahasiswa juga. Keputusan STPM diumumkan. Alhamdulillah, akhirnya dirinya berjaya mendapat pointer 3.58. (Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian Am).

Saya mendapat khabar mesej ini ketika saya berada di Kem Belia Langong, Gombak. Ketika ini saya sedang bersama-sama barisan kaunselor sekolah mengendalikan Program Kepimpinan Pelajar tahun 2010. Syukur alhamdulillah, kejayaan ini amat mengembirakan hati saya, kerana adik saya lelaki bukannya perempuan. Anak lelaki harus membela nasib keluarga dan dirinya berada dalam top 5. Alhmdulillah, syukur saya pada Allah. Corak pembelajaran lelaki dan perempuan amat berbeza. Namun, saya yakin potensi yang ada pada dirinya.Ketika pulang bercuti sempena Hari Raya Cina, saya dan adik bersama-sama mengisi borang UPU secara online untuk kemasukan ke universiti. Saya pulang ke kampung juga semata-mata kerana ingin mengisi untuknya dan juga sambil bercuti dan bulan tiga kelak akan ada cuti lagi, dan saya rasa ingin pulang untuk menyambut kegembiraan kejayaannya.

Jika arwah papa saya masih ada, pasti beliau amat gembira. Saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling kerana ibu bapa saya. Arwah papa saya pernah mendoakan saya ini dalam bidang kaunseling dan psikologi, dan saya benar-benar dalam bidang ini. Walhal saya ini minat dalam bidang perundangan, namun sekarang saya sedar saya tidak minat langsung dan saya sedar bidang perundangan bukan bidang saya. Bidang kaunseling adalah laluan saya. Dahulu juga saya sangat berminat dalam bidang kewartawanan, sebab itulah, saya ini kaki bergambar dan suka merakam video (buat liputan sendiri) dalam kaunseling. Apa yang arwah ayah saya harapkan benar-benar berlaku, dan saya dalam bidang ini. Arwah ingin saya dalam bidang ini kerana arwah papa saya suka melihat seorang sahabatnya yang juga "seseorang" dalam bidang kaunseling, maka itu yang menjadi harapannya pada saya. Tidak kiralah kaunseling itu dalam setting pendidikan (sekolah) mahupun setting (IPT). Arwah papa sangat ingin melihat kami adik-beradik belajar hingga peringkat tertinggi. Hari ini saya sedar, jika dahulu harapan ayah kepada saya, anak sulung, hari ini pula, saya mengharapkan adik saya untuk ke dalam bidang seperti saya ini. Walau bagaimanapun, asalkan masuk universiti, belajar betul-betul, sambung belajar, jadilah pensyarah. Itu yang saya borakkan dengan adik saya.

Pulang ke kampung waktu cuti sempat saya berbual dengan adik saya, apabila masuk universiti, belajar bersungguh-sungguh biar sentiasa dapat anugerah dekan, jangan jadi macam saya, dapat sijil dekan sekali-sekala sahaja, kemudian, bila habis ijazah, sambung master dan PHD. Walaupun adik saya baru sahaja menerima keputusan STPM, saya terangkan awal-awal kepada adik saya ini agar dirinya nampak laluan yang sebenarnya. Jika papa ada, pasti papa akan mengalirkan air mata seperti yang arwah lihat apabila aku menggenggam medal, piala, dan sijil kejayaan. Harapan dan cita-cita arwah menggunung tinggi. Walaupun arwah pernah SPM pangkat 1, namun, kekangan hidup membantutkan segala-galanya, ketika ibu mengandungkan saya, arwah pergi belajar sambilan pada malam hari..itu pernah ibu saya ceritakan, tapi ada kekangan tertentu hanya kami sahaja yang tahu dan sudah tiba masanya kita pula yang menyambung cita-cita, harapan dan semangat arwah papa. Terima kasih kepada adikku kerana memberikan kegembiraan buat kami, tidak mensia-siakan STPM. Jadilah anak lelaki yang baik, jauhi segala yang melalaikan walaupun kita sedar kita ini remaja.

kalau arwah papa ada, pasti papa bangga dgn kejayaan kita, ingtlah, bahawa jika kita ingin kita menjadi anak yang berjasa kpd kedua ibu bapa,hargailah diri kita, jadilah insan yang sangat berguna, kerana kita hari ini adalah didikan papa& mami kita. Jgn sesekali kita calarkan maruah mereka,walaupun papa tiada, semangat papa yang luar ...biasa kt ambil jadikan semangat diri kita.InsyAllah kita berjaya..!Masanya akn tiba..


Apabila mendapat kejayaan, Tuhanlah yang berkuasa dan sujud serta bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang membantu kita dalam memberikan kejayaan kepada kita. Semoga nasib kita,kehidupan kita, masa depan kita terbela dengan usaha yang gigih dalam mencapai kejayaan. Alhamdulillah, Allah amat kasih kan orang-orang yang rajin berusaha. Ameen.

Saturday, February 20, 2010

Cover Gumux

Assalamualaikum.

Hehe..esok dah mula sekolah. Sambil duk tulis laporan, layan facebook, layan blog dan layan apa yang patut dilayan.Woha! Sekarang kan makin tembam bom bom..Kalau belon tu, rasanya dah pecah dah..

Cuma untuk cover gemuk sekarang ni, saya suka bergambar separuh sampai pinggan jer. Haha. Nak buat macam mana pilihan sendiri.Wakaka..

Untuk cover gemuk, saya memakai jubah. Elok juga boleh saya terus kekalkan imej macam ni bukan setakat untuk cover gemuk, tapi peneguhan untuk saya terus memakainya. Pakai apapun, paling penting tutup aurat. Ameen.

Saturday, February 13, 2010

Kenapa Dulu Kurus, Kenapa Sekarang Gemuk?

Assalamualaikum.Pertama sekali.Terima kasih pada kak Nadia membenarkan saya mengambil entri ini. Tulisannya amat bermakna untuk aku. Kenapa dahulu orang ramai tanya aku kurus dan apabila lihat semula gambar lama-lama orang tak sangka aku boleh naik seberat ini. Masa aku kurus, masa aku sihat sekarang pun, gaya makan sama sahaja. Jadi kenapa aku gemuk sekarang? Kebetulan Kak Nadia menulis entri ini dan inilah jawapan aku. Cuma yang berbezanya aku tidak cedera, nasib baik aku nampak sihat, berisi je tidaklah gemuk sangat sebab aku tinggi sikit dan bahagian tertentu yang makin berisi. Hayatilah, semoga dapat sesuatu.


Hari Ini.
13 February 2010


Genap setahun
Catatan Kemalangan itu
Yang bukan sahaja meninggalkan parut untuk diingati



Tetapi juga perubahan KG yang tak kembali-kembali
Daripada 57 KG kepada 72-75 KG
I Gained 15-17 KG in 4 month last year
Of course lah selepas makan ubat akibat accident tu
Mase tu kepala kan dah berlubang takde isi
Ubat tu katenye nak tambah isi
Tu yang badan pun naik tak hingat.
Dah makan lapar. dah makan lapar. tak kenyang2

Daripada kurus seperti ini

....
...
..
.

badan kerempeng macam kerengga

kulit yang cantik

shape yang lawa

boleh pakai macam2 gaya

....
...
..
.

dan selepas 4 bulan ambil ubat akibat kene cakera

....
...
..
.

Terus bertukar menjadi seperti ini

pipi bulat yang tembam

dagu yang mula berlapis

shape lari semua UP berdouble 2 kali ganda!

Ya. Memang.
Ada banyak perubahan drastik dari kejadian tersebut

Parut. KG. Body Shape. Memory

Tapi jika dilihat semula dengan lebih mendalam
Kemalangan ini berjaya merubah saya menjadi 'seseorang'
Tumbesaran secara hebat membuatkan saya berubah penampilan
Mungkin pada mulanya kerana saya malu.
Tapi kemudiannya kerana saya sedar akan sesuatu.

Inilah cara terbaik dalam berpenampilan
Bukan sahaja rasa selamat. Tapi juga dihormati
diri sendiri turut automatik menjaga tiap t/laku peribadi
Kerana kita sentiasa diperhati

Kadang-kadang saya pakai jugak tudung biasa
Tapi takde fesyen-fesyen punyela.
Memang tiga segi je depannye. huhu

humm.
Dulu masa saya kurus

Saya seksi.
Takdelah sampai buka tudung
Tapi. Saya suka pakai baju body
aurat semua lari
Bercinta pun minta dating hari-hari
Kalau tak jumpe rasa nak mati

Tapi itu semua dulu.
Kisah lama yang saya simpan dalam memori
Setiap orang pernah ada kisah masing-masing kan?
Begitu juga saya. Saya sedih sebab dulu saya lupa diri
bangga sangat bila orang cakap kita cantik
Suka sangat bila orang puji kita lawa
Pakai baju pun ikut shape body semua
Konon cantik. Konon lawa

sampai saya lupa

Yang semua keindahan ini SEMENTARA
Semuanya Pinjaman sahaja
Ya Allah, Maafkan Khilaf dan Salahku selama ini (-.-)
Dan. Saya buat entri ini bukan untuk tujuan RIAK
atau MEMBANGGA DIRI

saya ada beberapa sebab mengapa saya buat entri sebegini

Pertama - Untuk catatan 'genap setahun' kemalangan ini
Kedua - Untuk 'peringatan' kepada
Ketiga - Untuk terus 'memuhasabah diri'
Keempat - Untuk saling 'ingat mengingati'

" Sesungguhnya segala nikmat dan rezeki yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata dan semua itu adalah milik Allah S.W.T "

dan Sekarang. Saya masih lagi 'chubby' macam sebelum ni
Tak kurus-kurus pun. Tapi Saya terus berusaha ke arah itu

Cuma saya harap
Bila saya kurus nanti
Saya tak jadi macam dulu lagi!
Ini 'nota & peringatan' khas untuk diri sendiri

\(^.^)/

Ya. Sebagai manusia kita selalu LUPA
Tapi kita boleh saling ingat-mengingati sesama kita
kan kan kan?

Jadi ingatlah.
Semua yang kita ada sekarang sementara cuma
Bila Allah nak tarik. Bila-bila masa dia boleh ambik balik

Ingatkan saya juga ya
Mari Kita 'Bermuhasabah Cinta' padaNya
Sayang kamu semua


Nota :

Harap dapat menjawab persoalan e-mel yang mahukan jawapan mengapa dulu saya kurus sekarang gemuk, mengapa dulu blog penuh gambar saya, dan sekarang penuh gambar pakcik google aje hehehe, mengapa dulu banyak gambar saya sorang, sekarang gambar ramai-ramai. uhuh. macam-macam lagi soalan lah. Harap dapat jawapannya ya.
Apapun, Saya tau. Banyak lagi perlu saya ubah dalam diri saya ni. Penampilan luar je tak cukup. Kena UPGRADE dalam jugak. Ye dak? Saya tengah berusaha la ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit =)

Wassalam
*L.O.V.E*
-nadiayuna-

Ini plak gambar aku

Dari begini



..

.


..


.

jadi begini

Kalau dulu, jubah ada pakai buat sembahyang je, duduk kat rumah jer..sekarang sudah pakai kemana-mana.Alhamdulillah.

Kelemahan

Assalamualaikum.

Adakalanya aku perlu menulis tentang kelemahan diri sendiri. Bolehkah?Boleh, tidak salah, apabila orang mengetahui kelemahan kita atau ketidak sukaan kita, orang boleh faham dan orang sekeliling kita juga tahu apa yang kita tidak suka. Bukannya apabila ditulis tentang kelemahan diri sendiri, maka senang manusia mengambil kesempatan.

Kelemahanku :

1. Aku tidak suka kepada orang yang bercakap tidak beradab dan tidak ada budi bahasa dalam komunikasi. Aku agak sensitif bab ni. Jadi siapa aku untuk menghalang seseorang bercakap tidak ada adab?Apabila aku nyatakan ini, maknanya faham-fahamlah apabila berdamping dengan aku.

2. Aku tidak suka kepada kekalutan dalam membuat kerja. Semoga dapat dibezakan antara komited dengan kalut. Orang nak mendampingi aku, jangan kalut, komited tidak mengapa. Kalut akan menghasilkan kerja yang "tin kosong".

3. Dalam pergaulan, aku juga ada boundry dan manusia lain pun ada boundry.

4. Aku tidak suka apabila seseorang bercakap, menyentuh aspek perasaan dan air muka orang. Walaupun dilihat seseorang berdiam, dikatanya pula orang bermasalah. Menggeneralisasikan riak wajah orang kadangkala tidak selalunya tepat, lainlah jikalau anda pakar tafsir yang hebat. Jika mahu bertanya tentang riak wajah orang, biarlah kena bahasanya.

5. Aku tidak suka melihat penindasan dan ketidakadilan.

6. Aku tidak suka pada kebisingan.

7. Aku tidak suka work hard, and hasilnya nothing kerana aku suka work smart, hard and systematic.

8. Aku tidak suka apabila orang mesej aku banyak tanda seru (!!!!). Ayat seru (Ayat marah) macam dalam diri tidak ada unsur kesabaran.

9. Aku tidak suka kerja lebih masa tapi tak beri apa-apa makna. Bila kerja lebih masa, mulalah menyatakan rajin, tapi kualiti tidak ada. Jika kerja lebih masa dan kerja itu memberi makna akan membuatkan aku sangat suka....!

10. Aku tidak suka disekat kebebasan aku untuk aku berkreativiti. Sebab personaliti aku ada unsur artistik. Maka unsur artistik, orang seni tidak boleh disekat. Personaliti aku S.A.E.

Perkara yang sinonim dengan diri aku

1. Aku apabila buat sesuatu aku berorientasikan masa. Contoh, aku budget untuk tugasan, dalam masa 2 jam aku kena siapkan kertas kerja, maka aku akan buat betul-betul dan fokus. Jangan pelik kalau lihat aku ketika enjoy aku enjoy sakan dan boleh duk on laptop, layan fb sambil buat kerja dan sebagainya. Contoh, tesis aku hari tu. Kalau aku duk buat tesis sahaja, aku boleh bosan. Aku kena ada selingan. Apabila lepas aku buat selingan, maka aku akan high buat tesis kembali. Contoh mudah, time duk buat tesis, boleh aku berenti sekejap pergi masak ke..pergi cuci baju ker..sebab ketika itu aku sedang mencari idea dan berkhayal tentang kerja aku itu.

2. Ketika buat sesuatu, aku tidak boleh fokus pada sesuatu benda sahaja, akan ada selingan.Lepas pulun aku akan alihkan perhatian pada benda lain untuk aku ambil mood kembali dan merehatkan fikiran untuk pulun kembali.

3. Kalau aku tidur, aku tidur betul-betul, kalau aku makan, makan betul-betul, kalau aku mandi, aku mandi lama-lama, kalau aku rilek, aku rilek betul-betul.

4. Jika aku nampak situasi kalut, bising, kesibukan dan orang sekeliling aku masing-masing kalut, aku akan cuba keluarkan diri aku daripada keadaan itu. Contoh, ketika semua orang pulun eseiment depan mata aku, aku akan keluarkan diri aku daripada keadaan itu dan aku akan buat apa yang aku suka dan minat. Jika semua orang rilek, aku pula akan sibuk buat kerja. Realitinya, itulah aku.

5. Aku sukakan kedamaian, aku sangat menjaga cara percakapan dan lainlah, ketika aku bergurau. Lain pula keadaannya.

6. Aku ini walaupun nampak bersemangat, tapi itu semua dalaman, sebenarnya aku ini mengenali diri aku dengan penuh kesederhanaan hati. Bukan memuji diri, tapi aku mengenali diri aku lebih daripada segalanya.

7. Aku ini seorang yang kuat azam dan semangat. Jika tidak, apa yang aku hadapi liku hidup ini, aku sudah lama terkubur. Nasib baik Tuhan kurniakan aku azam dan semangat.

8. Aku ini jika dilihat biasa je orangnya, tapi sebenarnya jika aku membuat sesuatu, aku agak rigid. Contoh kesalahan ejaan mudah je aku kesan, dan edit mengedit aku suka. Mungkin teliti.

9. Aku suka pada suasa kekeluargaan dan berjiwa orang kampung.

10. Aku berkawan dengan semua orang dan menerima semua orang, namun, aku juga ada BOUNDRY.

11. Aku suka bergambar, menulis, berfikir tentang sesuatu, sebab setiap saat adalah bermakna.

Siapapun kita, berbuat baiklah sesama manusia, tidak salah kita meluahkan tapi biar kena caranya. Tidak salah kita berbicara, tapi biar kena bahasanya.

Thursday, February 11, 2010

Koya Sorang-sorang












Berangan kejap. Dah lama aku mensurvey kereta dan rumah..Bila aku jalan lalu nampak rumah cantik, mula lah aku duk perhati design rumah..nampak kereta lawa depan mata, mulalah mata aku liar..aku duk survey ni..bukan bermakna aku ingin beli kereta dan rumah. Tapi fikir untuk future aku je.
Macam best je kan berangan sorang-sorang. Haha!
Kalau mula-mula kerja ni, pakai kereta biasa-biasa jelah kan..nanti lama-lama pakai lah apa pun bila kewangan dah kukuh.Haih!Koya kuat tehh..Kerja pun tak lagi..baru praktikum.Haha
........
Balik ni, aku nak suruh adik aku ajar pulas stereng pulak..nasib baik lulus ujian lesen aritu..tapi lesen aku tertangguh dan sambung balik kat Kapar ni..Lulus..tunggu nak belajar pulas stereng je..Burn gitu jer duit aku kat Tanjong Malim. Uncle kat Tanjong Malim cakap, boleh ambil balik duit tu nanti..bla..blaa..Gini lah kan..kalau busy bebenau sampai tertangguh. Adik aku jer duk pulas kesian jugak dia kalau ada apa-apa emergency.

Aku akan balik kampung 15hb/02/2010. Lama tak balik jumpa mami aku dan adik-adik aku. Kalau aku balik, sure rumah macam kapal pecah, yerla..adik lelaki takdanya nak berkemas rumah. huhu..Biasalah kannss...
Balik nanti aku akan borong skirt banyak-banyak..jual skirt pulak..Maknanya...aku dah jual pelbagai pakaian buat masa ini untuk survive student's life ni..Bermula dari tudung, baju then skirt pulak..InsyAllah kalau jadi..

Kereta yang aku suka:
Boleh muat ramai untuk keluarga, muat untuk pergi kenduri, student aku kelak yang duk tunggu bus tepi jalan tu..boleh aku hangkut semua..then macam "gagah" la skit..boleh aku redah kebun mami aku and buat travel..wakakaka..yang penting kereta tu mesti cun dan smart,mewah tapi murahhhhh dan berwarna putih atau black matallic, tapi tak tahu lah kan..takut citarasa warna berubah one day.Haha!

Kereta macam abang kat atas ni posing pun best jugak..Mesti best kan pandu volkswagen..!Aku minat jugak..tapi sekadar minat jerlah..suka tengok volkswagen..tapi nak beli suatu hari nanti tu tidak la kot..tapi aku suka tengok jer..sapa ada volkswagen buruk leh la kasi tahu aku untuk koleksi di belakang rumah..haha..tapi cun sey volkswagen!

Wednesday, February 3, 2010

"Cikgu!"







Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tidak tahu apa yang aku ingin tulis. Kali ini, hanya ingin menulis apa yang tersirat dan tersurat dari hati. Tangan ini hanya mengikut rentak. Menulis untuk mengurangkan tekanan sambil melayan dan berfikir apakah diri ini ditakdirkan untuk terus berusaha keras.

Sejak dua menjak ini, nak menulis pun kekangan masa di blog ni. Kekangan masa kerana hati mendesak untuk melakukan perkara yang lebih utama. Sebelum ini, walaupun diri ini kesibukan, tetapi menulis tetap diteruskan.Mungkin keserentakan mood itu tiada. Sebenarnya entri ini taip dua tiga baris terpaksa di save kan sebagai draf dahulu kerana ada sahaja halangan untuk menaip. Ketika permulaannya aku pun sudah terlupa feel aku ketika itu. Maka, tulis sahajalah feel hari ni.

Bergelar guru ini bukan semudah yang disangka. Ada kalangan rakan-rakan masing-masing meluahkan adakah layak bergelar sebagai seorang guru.Ada yang memberi pandangan "Mungkin aku akan cari kerja lain, sebab ketika ini aku mula rasa aku tidak layak bergelar seorang guru, baru aku sedar rupanya" Itulah antara katanya...

Perit memang perit jika dapat pula sekolah high risk. Namun, sokongan guru-guru di sekolah tersebut menguatkan aku. Cikgu-cikgu di tempat aku praktikal menyatakan, kebanyakan guru yang keluar dari sekolah ini kebanyakan menjadi guru cemerlang. Namun, itu bukan cita-citaku untuk mencapai semata-mata anugerah. Ketika itu, aku rasa timbul keyakinan. Aku rasa, aku bukan praktikal sekarang ini, rasa seperti sudah bekerja dan disahkan jawatan. Aku kasihan kepada pelajar-pelajar. Namun, adakah pelajar-pelajar tidak kasihan pada diri mereka?Datang ke sekolah separuh jalan, ligat otak aku berfikir teknik yang sesuai dan langkah yang terbaik dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan ponteng. Aku tidak mahu ungkit berita sekolah aku ini mendapat liputan televisyen ke apa ke..yang penting, kami di sini berusaha. Balik rumah, aku termenung memikirkan pelajar-pelajar. Semalaman berfikir dan menelefon rakan aku, Faiz kami bersembang 1 Jam setengah saling berkongsi idea. Idea terus dicanang, hari ini, aku berjumpa ketua kaunselor, aku nyatakan di atas kertas, siap dengan model-model yang dirangka. Ketua kaunselor bersetuju. KPM juga akan memantau kami, bermakna sekolah ini dalam pemerhatian. Tidak mengapa, perjuangan demi pelajar-pelajar harus diteruskan. Program ini akan berterusan sampai bila-bila kata ketua kaunselor untuk mencapai sifar ponteng walaupun agak sukar untuk mencapainya. Aku rasa suatu hari nanti aku ingin teruskan kajian tentang ponteng ini. Rata-rata pelajar di Malaysia dan setiap sekolah tidak terlepas dari masalah ponteng. Sedang aku membincangkan isu ponteng, ketua kaunselor menyatakan, idea ini boleh dijadikan kajian kes, di beleknya surat dari JPN, dan memberikan aku teknik penulisan kajian. Hurm..dalam hati aku, macam nak buat tesis balik jer ni, sebijik format buat tesis, nama lagi kajian kes. InsyAllah, jika berpeluang boleh juga, dah alang-alang buat, biar sampai ke pangkal lengan. Dalam kepala aku, pelajar tegar ponteng boleh dijadikan kajian kes. Namun, aku rasa kesesuaian kajian eksperimental. Aku ingin lihat kesan berdasarkan model piramid.

Pelajar ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor. Isu ini remeh dan biasa, tapi bagi aku kerana ponteng lah terjadinya pelbagai permasalahan, belajar entah kemana, masa depan gelap. InsyaAllah, apabila pelajar berjaya untuk kuatkan diri daripada ponteng, pelajar akan dapat menjaga fokus dalam pelajaran, tidak sia-siakan masa, lebih terpandu kehidupan. Buat masa sekarang, nak suruh pelajar duduk di kerusi jangan berkeliaran merata-rata tu perkara asas. Ketika ini, aku teringat kepada cikgu aku, Sir Malek, Cikgu BI, merangkap PKHEM, ketika itu aku tingkatan 1 hingga 3 sebelum dia pencen. Dia selalu rounde kelas, bawa rotan kalau jumpa, ucapannya "Morning!". Morning,Sir!Balas pelajar. Kalau pelajar ponteng, apa lagi, berkejaran dengan pelajar keliling sekolah untuk suruh masuk kelas.

Hari ini giliran aku pula. Awal pagi aku masuk kelas, kena ganti guru, lagipun hari ini hari Jumaat, kerja di Bilik Kaunseling selesai. Lepas ganti kelas, aku round sekolah. Payung UPSI dilipat, aku amik masa 15 minit round sekolah, aku nak lihat pelajar melepak..di penjuru koridor pelajar bergentayangan melepak. Apa ke faedahnya, kalau duduk baca buku lagi elok, tak pun duduk diam-diam dalam kelas. Melepak, buat bising..menganggu konsentrasi pelajar-pelajar lain dalam kelas sebelah dengan suara-suara mereka. Aku berjalan, senyum ke arah mereka tapi pandai main anak mata lah nak bagi pelajar takut. Pelajar berundur, aku berhenti merapati mereka " Awak buat apa kat sini...macam best jer, sy nak join jugak..." Alaa..cikgu kami lepak sini, boring la dalam kelas..tak tahu nak buat apa..." Kan elok kalau awak duduk dalam kelas kan, " "Okla cikgu, saya masuk.."Aku berjalan ke depan jer..toleh belakang "Eh, tadi dah masuk kelas, keluar pulak!" Terus lari masuk kelas..siap main intai-intai lagi tuu..celah pintu..hurmmm..Pelajar di kelas depan pulak satu hal,..duduk bertenggek di koridor, aku jungkitkan kening, telunjuk aku dari jauh bagi isyarat suruh masuk kelas..Kecik-kecik pun dah pandai bertenggek atas koridor, kalau jatuh ke tingkat bawah, maunya pecah kepala!

"Cikgu, boleh saya bawa beg cikgu, ?"

"Cikgu, saya bosan la..."

"Cikgu, dia kacau saya..."

"Morning teacher, you're new teacher?"

Pelbagai ragam pelajar, cuma niatku satu, jika mereka tidak berjaya dengan cemerlang, cukuplah jika mereka tahu menghargai hidup mereka dan ibu bapa mereka. Datang ke sekolah tanpa matlamat, cukuplah mereka datang ke sekolah apabila mereka keluar mereka menjadi manusia, namun, cukuplah sampai di sini untuk mereka mewarisi kemiskinan dan kepayahan hidup. Untuk melahirkan pelajar yang "bermasalah" kepada pelajar yang tahu memandu hidup amat sukar, kerana setiap pelajar mempunyai hati dan fikiran yang kadang-kadang sukar diubah.Untuk timbulkan kesedaran mereka " I need to touch their heart softly"

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42