Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 26, 2009

Konvensyen Remaja 2009

Pandanglah sejauh yang mungkin, mungkin ada kebaikan di sebaliknya
Ajak roomate aku sekali pergi. Tanda pertama escalator mind.Hehe
Educator will be!
Kami
S/U (tepi kiri)...tengah baju biru tu YB..Hehehe...kanan tu,..P.A dan yang belakang tu body guard yang kecik..hehehe
Yang rendah ke kiri, yang tinggi ke kanan..hihihi..
Cikgu dengan anak murid.hehe
Jangan komen gambar aku sedang membesar..hehe

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Pembelajaran yang bermakna untuk hari ini di Putrajaya sempena konvensyen yang amat memberikan keutuhan untuk hati ini. Majlis ilmu dan pengalaman seperti ini tidak sesekali aku lepaskan kerana matlamat yang SATU. Input kesedaran dalam mencapai matlamat dan semangat semakin di dalami. Pada hari ini, diri ini bersama rakan-rakan ke "Konvensyen Remaja 2009" mendengar intipati pembentangan kertas kerja oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir, wanita besi yang telah menawan Kutub Antartika berkaitan "Menjulang Maruah Negara". Program ini di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan sebagai wakil beberapa mahasiswa/i dijemput ke sana.

Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, aku dapat rasakan betapa kentalnya semangat seorang wanita yang ingin berjasa kepada negara. Apabila mendengar pembentangannya, aku dapat rasakan kehebatan dan kekuatannya, meremang bulu roma dan air mata turut bergenang kerana pada masa yang sama diri ini turut berdoa juga agar diri ini diberi kekuatan seperti itu suatu hari nanti. Siapa yang tidak mahu mencipta perkara luar biasa untuk diri, agama, masyarakat dan negara? Segenggam harapan dan senekad motivasi ini tersemat di hati. Tiada lagi ukuran gender siapa yang lebih ke hadapan yang pasti, manusia yang kenal potensi diri lebih terkehadapan.


Aku ingin kongsikan beberapa konsep yang dibawakan oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina iaitu berkaitan dengan "MARUAH"

M- Mentaliti
A-Amanah
R-Rahsia

U-Usaha
A-Agong

H-Hebat



Ungkapan ini sebenarnya melibatkan maruah diri kita. Segala aspek berkaitan dengan maruah ialah bermula dengan mentaliti. Untuk menjulang maruah negara, pertama perlu dijulang maruah diri sendiri kerana maruah itu ialah pada muka diri kita sendiri bukannya orang lain. Untuk menjadi insan yang benar-benar ke hadapan, mentaliti perlu lebih ke hadapan mendahului insan-insan lain kemudian bawalah mereka bersama-sama. Untuk membincangkan towering personality itu sudah ada insan yang mencapainya di Malaysia, namun konsep baru yang perlu diperkukuhkan ialah towering mentality (aku akan kupaskan tajuk ini mengikut pandanganku dalam blog bicara arkitek minda)

Towering mentality ini amat menuntut kita untuk berfikir lebih ke hadapan dan sentiasa ingin maju dengan membawa secara bersama konsep glokal. Menurut Datin Paduka Syarifah Mazlina, kita perlu think international. Jika dahulu konsep duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, namun, kita sekarang perlu berubah duduk sama tinggi, berdiri sama tinggi jika ingin lebih ke hadapan. Jika Amerika Syarikat telah maju, bagaimana pula kita ingin maju secara holistik tanpa mengabaikan nilai-nilai? Itu yang memerlukan kita mengikut acuan sendiri tanpa meminggirkan nilai sebenar diri kita. Pada pandangan aku, itulah konsep jati diri sebenarnya. Kelantangan beliau dalam melontarkan pandangan, seluruh tenaga dapat aku rasakan. Menurut beliau, semasa di Kutub Antartika, beliau menanam sesuatu dalam perut bumi Antartika iaitu mesej yang tersimpan dalam balang besi yang terkandung tulisan Wawasan 2020 dan beberapa lagi tulisan seolah-olah wasiat negarawan. Beliau mencabar kami seluruh isi dewan berikan kehebatan dan membawa pulang mesej tersebut sebelum tahun menjelang tahun 2020. Kata beliau masih ada masa lagi untuk laksanakannya dan beliau merupakan manusia pertama Islam memacakkan bendera dengan laungan Allahuakhbar!

Namun, dalam kita mencapai kehebatan, suatu ungkapan baru iaitu, escalator mind perlu ada dalam diri. Apakah escalator mind? Maknanya, jika kita hebat, kita akan turut, ada perasaan untuk bawa orang lain bersama-sama menjadi hebat juga! Itulah kurniaanNya; orang yang hebat, dia ingin orang lain juga menjadi hebat bersama-sama dan hanya perasaan itu ada pada orang yang benar-benar hebat sahaja bukannya ingin hebat untuk diri-sendiri sahaja. Jika ada perasaan ingin lihat kehebatan pada diri-sendiri sahaja, itulah kehebatan yang fokus hanya untuk individu bukannya kehebatan sebenar. Lebih bermakna jika kehebatan itu orang lain juga dapat merasainya dengan membawa orang lain secara bersama-sama. Insyaallah, aku juga teringin melahirkan insan-insan yang hebat kelak. Itulah niat diri ini. Jadi, tugas asas yang perlu diselesaikan, diri mesti clear dan terokai kehebatan diri. Pandangan aku, jika suatu tahap kita sudah lali dengan kekuatan dalam mengenal diri dan menikmati kepuasan dalam pencarian itu, maka akan ada suatu perasaan kita ingin membantu orang lain juga dan orang yang hebat akan terus cari dan mencari tanpa henti untuk disumbangkan sesuatu pada orang yang lain. Percayalah! Itulah sebagai hamba yang ikhlas dalam menjadi hebat, maka Allah akan sentiasa melimpahruahkan kejayaan pada insan yang sentiasa ingin membantu orang lain juga.

Dari aspek amanah pula, kita perlu ada perasaan amanah pada diri, agama, bangsa dan negara. Kagum juga aku dengan penerangannya. Mungkin sukar untuk aku ceritakan dalam blog ini, namun pembentangannya itu lebih jelas semasa melalui pengalaman itu dan hanya aku dan rakan-rakan yang ke sana dapat merasainya betapa agungnya Allah ciptakan manusia. Jika ada perasaan tanggungjawab dan amanah terhadap aspek tersebut maka, diri kita secara automatiknya akan rasa terpanggil kerana niat dalam melakukan sesuatu itu ialah untuk potensi diri, kerana ingin menjulang agama, ingin melihat bangsa kita dan negara kita di mercu. Semangat seperti ini aku rasakan insan yang benar-benar negarawan yang mempunyai hati yang luhur.

Menurut beliau lagi, dalam hidup ini, kita jangan terlampau serius. Mati cepat tau!Hehe. Kita ada fokus apa yang ingin dicapai, cuma jangan serius. Mungkin yang membaca blog ini boleh bezakan antara fokus dan serius kan? Serius buat kerja dengan fokus buat kerja lain maksud tau! Cuba sama-sama fikirkan. Aku suka juga, sebab Datin Paduka suka berjenaka tapi dengan penuh nilai. Bermakna kejayaan yang dilakukan perlu dengan minat dan suka (enjoy) dengan tingkahlaku kita itu. Aku juga tidak suka orang serius kerana, serius ini mem "fade up" kan dan tidak fleksibel sebenarnya.Teringat pula, masa sekolah ini aku jenis serius. Namun, segalanya berubah ketika aku datang universiti. Aku sedar diri aku jenis gila-gila, kadang-kadang skema apabila kawan aku nyatakan seperti itu. Sebelum ini memang sedar pun, hehehe,..tapi peneguhan kata-kata rakan bahawa diri ini sememangnya sebegitu, membuatkan kita makin kenal diri..kan..kan..hihiii. Maklumlah, Datin Paduka Syarifah Mazlina ini orang Psikologi. Hehe. Aku rasakan, sebab dia kuasai psikologi dirinya, sebab itulah orang akan jadi hebat!

Seterusnya Rahsia. Beliau menyentuh penuh dengan bermakna konsep ini namun, dalam beliau membincangkan konteks negarawan, aku pula semasa beliau bercerita, aku terfikir; sebenarnya, berkaitan dengan rahsia diri seperti Dr.Alya pernah bagitahu aku. Tidak semua perkara kita boleh luah dan ceritakan pada orang. Peluahan itu dalam aspek kaunseling memanglah lain pula maksud dan takrifannya. Namun, aku makin faham kerana rahsia diri juga menjadikan manusia itu bersabar, kuat dan hebat! Jika kita bersedih, kecewa dan putus-asa pendam dan tukarkan kepada benda yang positif. Itu juga antara rahsia untuk diri. Jika semua diluahkan maka, aura ositif itu akan hilang. Itulah yang aku faham juga. Ligat kognitif aku nih, masa beliau tengah membentangkan kerana sambil aku dengar, aku match kan dengan diri dan apa yang aku faham dan apa yang terkandung dalam pemikiran aku ni. Aku campur-campur dan proses maklumat yang sedang aku terima, dengan maklumat apa yang telah aku pelajari dan alami, teori-teori aku, akhirnya, terbitlah pemahaman baru aku sendiri. Itulah pembelajaran!

Usaha pula, melibatkan usaha yang luar biasa. Orang lain tidak buat dan tidak fikir, kita buat dan fikir. Usaha menghendakkan kita mencetuskan diri untuk menjadi perintis. Kagum juga aku, dengan penerangannya iaitu di Kutub Antartika, tidak ada kehidupan pun di sana. Namun, Amerika telah membina sebuah bangunan untuk buat penyelidikan di sana selama 30 tahun yang lalu. Ini bermakna, mereka sudah jauh kehadapan dan mendahului. Bagaimana untuk mengangkut batu-bata untuk ke kutub Antartika untuk membina bangunan; keadaan cuaca dan glasier, yang sedang mencair..?Dengan sikit-sikit usaha jangka panjang, lama-lama siap akhirnya tempat penyelidikan di Kutub tersebut. Wah, mereka sangat jauh ke hadapan. Mungkin masa itu. Datin Paduka masih kecil lagi bangunan itu mula dibina. Itulah sebenarnya pemikiran untuk jangka panjang. Usaha sebenarnya, pelbagai cara mengikut kreativiti. Kalau aku nak bebelkan pasal usaha ini, rasanya korang lagi lah cekap!

Agong pula bermakna kita perlu mengagungkan diri sendiri bukan bermakna untuk meriak kan diri tetapi mengagungkan motivasi diri agar berterusan. Malah beliau konsepkan sebagai warganegara, agar menghormati agong dan ketuanan bangsa dan negara. Sukar pula ingin dijelaskan, tetapi aku faham apa yang beliau nyatakan mungkin lain kali aku boleh coretkan lagi tentang ini. Akhirnya tentang ungkapan Hebat. Teringat pula semasa aku buat aktiviti dalam kelas dan sekarang ini menjadi trade mark kelas aku, Hebat..hebat..hebat...hahaa...Ungkapan yang beliau nyatakan itu berkait dengan keajaiban diri yang semuanya boleh diterokai. Semasa slide dipaparkan ketika beliau kena frost bite, yang boleh merosakkan kulit dan kesannya boleh meninggalkan tulang pipi, menyatakan bahawa keajaiban diri bertahan itu pasti membuahkan kejayaan yang hebat. Dalam hidup sudah biasa dengan cabaran. Cabaran mental itu yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik, jika tidak mudah terasa down. Sebelum beliau memperjuangkan misinya, banyak halangan namun, kerana percaya pada kehebatan diri, semua keajaiban boleh berlaku dan minat pula, memberikan segalanya. Kunci untuk mengekalkan motivasi ialah minat dan sabar!

Perkongsian pengalaman oleh beliau juga amat memberikan kesan mendalam untuk diri aku. Bayangkan kekuatan dirinya menjadikan beliau antara idola aku juga kerana cita-cita untuk menjadi seseorang sentiasa tersemat di hati ini tambahan pula, dia lahir dalam bulan Mei.hehe Namun, selepas aku tamat belajar, mulakan langkah dengan keinginan menjadi cikgu dan kaunselor yang canggih dan terus menapak dan menapak dalam dunia pendidikan. Doakan aku ini kuat, keberkatan ibu bapa dan guru itu paling penting untuk aku! InsyaAllah kerana niat ini SATU dan niat ini ingin menjadi seperti escalator mind juga!

"To be the first, you need to finish first!" InsyAllah!

Untuk perkongsian tentang forum dan pengalaman pada hari ini akan ditulis untuk entri yang lain.
Datin Paduka (Gambar tidak jelas)

Wednesday, February 25, 2009

Mahasiswa

Bersediakah untuk bergelar pendidik aka kaunselor kelak?
Masa dalam kelas kelompok

Assalamualaikum.

Cinta pada ilmu pengetahuan, memberi kehidupan pada hati, Cinta pada Allah, penyubur kepada ilmu dalam dada. Terdetik hati ini ingin membicarakan sesuatu yang tersimpan jauh di dasar hati. Apabila memikirkan diri ini sudah semester 6, dan semester ini bakal ditinggalkan beberapa bulan sahaja lagi, maka akan bermula pula semester 7 dan akan berakhir semester 8 kelak. Hati ini menangis. Puncanya, semakin dirasai bahawa diri ini masih tidak cukup belajar tentang ilmu kaunseling dan banyak yang perlu belajar. Semakin terasa apabila berada dalam makmal kelompok bersama Puan Junainah. Terasa teramat sangat bahawa banyak yang tidak tahu dan banyak yang masih tidak dipelajari oleh diri ini. Subhanalllah luasnya ilmu ALLAH!!!!!

Dalamnya ilmu dalam bidang kaunseling yang aku rasakan masih belum diterokai. YaAllah terasa teramatlah sangat kurangnya ilmu. Semester ini, diri ini perlu jaga fokus betul-betul agar persediaan untuk peperiksaan benar-benar dijaga dan dikuasai masa itu. Aku perlu tingkatkan pointer. Terasa teramat untuk belajar, itu yang aku boleh ungkapkan. Banyak yang terasa diri ini tidak tahu. YaALLAH, harapan ini sangat besar cuma aku sedar semuanya aku aturkan kaki atas kuasa Allah juga. Berdebar pun ada juga kerana ilmu rasa macam tidak banyak dan kurang. Aku berharap perasaan seperti ini tidak akan pudar kerana perasaan ini akan menjadi motivasi kepada diri ini. Doakan diri ini terus cintakan ilmu dan doakan diri ini untuk belajar sepanjang hayat kerana diri ini punyai matlamat yang sukar diluahkan dan kerana niat ini hanya SATU.

Aku mendoakan kejayaan insan-insan yang aku sayang juga dalam membantu aku menjadi diri ini sepanjang laluan kehidupan aku, dan moga kalian berjaya serta kepada sahabat-sahabat seperjuangan semoga anda juga berjaya menggapai awan. Sesungguhnya, "Dunia Pendidikan Memberi Kelazatan Pada Jiwa Ini".InsyaAllah!

Sunday, February 22, 2009

Kelahiran Ini

Sambil rehat-rehat tunggu kelas, aku search di internet. Sekadar bacaan untuk diri tentang karakter diri. Ada yang mengena sebijik atas hidung. Mungkin kebetulan, mungkin ini pengkajian. Salah satunya laman web dari Indonesia. Aku lahir dalam bulan Mei, (12.5.1986), maka aku sekadar suka-suka mencarinya.

Web Indonesia:

Karakteristik Taurean's adalah solid, praktikal, kemauan yang keras - tidak akan ada yang mengendalikan dia, namun mereka mau dan setia mengikuti pemimpin yang mereka percaya. Mereka stabil, seimbang, baik, dan penjaga kedamaian. Karena dia memiliki selera yang baik terhadap materi, mereka melakukan apapun untuk mendapatkan apa yang dia ingini.

Secara mental, mereka lebih terkenal praktikal dibandingkan intelektual. Karakter mereka biasanya tergantung, hati-hati, tegas dan tidak tergoyahkan dalam menghadapi kesulitan.

Mereka teman yang dapat dipercaya dan baik dengan kapasitas mempengaruhi yang baik, namun jarang sekali membuat hubungan pertemanan diluar status sosialnya. Pada umumnya, mereka adalah baik, jarang marah, rendah hati dan sulit sekali marah, menghindari perseturuan. Namun jika diprovokasi, mereka dapat meledak menjadi marah luar biasa dan tidak terkecuali menghasilkan kekerasan.

Meskipun penampilannya tidak sesuai dengan karakteristiknya, mereka memiliki citra rasa yang kuat, menikmati seni, karena merekea memiliki bakat, kecantikan dan musik.

Dalam pekerjaan, Taureans adalah industrialis dan termasuk orang yang tidak takut mengerjakan hal-hal yang mengotorkan tangannya. Mereka dapat dipercaya, praktikal, methodical dan ambisius. Mereka dalam posisi yang bagus jika berhubungan dengan kepercayaan dan tanggung jawab. Mereka kreatif dan pembangun usaha yang baik dimana produktivitas yang dihasilkan adalah hasil dirinya dan bukan orang lain. Mereka berkembang dalam banyak profesi: banking, arsitektur, bangunan, hampir setiap bidang birokratis, pertanian, pengobatan, kimia. Taureans termasuk manager yang baik, beberapa Taurean cukup berbakat dalam bernyanyi sampai menjadi bintang opera.

Dalam hubungan keluarga mereka sangat dipercaya, mencintai pasangan, orang tua yang baik, menuntut terlalu banyak baik itu ke pasangan sampai ke anak-anaknya. Mereka dapat terlalu posesif dan terkadang melakukan hal-hal untuk menghindari pertikaian di dalam keluarga.

Tidak ada zodiac lain yang lebih dekat dengan bumi selain Taurus. Objektif utama dalam hidup Taurean adalah menjaga stabilitas. Taurean perlu mencari nilai yang tertinggi, terdalam dan terbenar dalam hidupnya. Jika mereka mengetahui apa sebenarnya yang nilai yang paling berharga, mereka tidak akan tergantung dengan orang lain. Indikasi terbaik dari seorang Taurean adalah kecantikan, yang tidak dapat dimiliki, hanya di kagumi.

Tokoh Barat yang lahir pada 12 Mei:

May 12, 1895 - Jeddu Krishnamurti - Religious Leader (aku dalam agama Islam sepanjang hidup.INsyallah.Takbir!!!)
May 12, 1820 - Florence Nightingale - Humanitarian
May 12, 1907 - Katherine Hepburn - Actress
May 12, 1937 - George Carlin - Comedian

Masalah kesihatan:

Taurus memerintah tenggorokan dan leher dan harus berhati-hati terhadap infeksi tenggorokan, masalah pernafasan seperti asma. Mereka dikatakan beresiko memiliki penyakit hati dan ginjal, sampai rematik. Karena tipe tubuh yang dimiliki cenderung mengarah ke kemalasan(Minta dijauhkan). Taurean dapat menjadi sangat gemuk.(Alamak, matilah aku!)

Kamu suka sesuatu yang extremes. Secara fisik, emosional dan mental; namun jika terlalu extrim, maka kamu bisa mulai mengharapkan kesunyian yang extrem.(Betul, kadanga-kadang suka sesuautu yang mencabar, apabila suasana terlampau ektrim, aku rasakan aku ingin pergi ke sesuatu tempat yang sunyi).


Laman Web Malaysia:

Taurus dikatakan: YANG SETIA ( 21 April - 20 Mei )

Ciri Positif

Orang dilahirkan pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak Taurus , yang berlambang Lembu Jantan.Dengan yang demikian , Taurus mengutamakan kekayaan , ketinggian rohaniah , kaut daya rasa , kesetiaan , gemar berpeleseran, kesuburan ,terlalu praktis , murah rezeki . dan ketabahan .

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .

Kualiti Astrologi

Taurus termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan , daya ketabahan , daya ketahanan dan daya kesempurnaan. Anda sebenarnya sentiasa baik atau menjadi dalam usaha melancar atau menyelesaikan pekerjaan. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain Taurus ialah Leo , Scorpio dan Aquarius.

Taurus Sepintas Lalu

Lambang : Lembu Jantan

Kunci Kata : Wang Ringgit

Kekuatan : Ketahanan Diri

Perlu Perbaiki : Kawalan Selera Makan(Setuju benarlah)haha.

Cepat Mesra Dengan : Virgo

Perlu Belajar Daripada : Scorpio

Untuk Keselamatan Berpaling

Kepada : Leo

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Aquarius

Perkara kerohanian Mudah

Dibantu Oleh : Aries ; Capricorn

Warna : Batu Tanah ; Hijau ;
Oren ;
Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta,

Asmara dan Harmoni : Ungu Merah ; Ungu

Warna Yang Menampilkan

Kehebatan Diri : Kuning ; Kuning - Oren

Batu Permata : Merjan ; Zamrud Hijau

Logam : Tembaga

Bau - bauan : Badam Pahit ; Mawar ;
Vanila
; Violet

Hari Terbaik : Jumaat. (Benar)

Gelagat Perhubungan

Taurus sangat berhati - hati memilih kawan , sahabat lebih - lebih lagi kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun , sebaik - baik sahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan. Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah, suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran. Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.

Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22 September) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati - hati apabila berpasangan dengan Aries ( 21 Mac - 20 April) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun). Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah - ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.(Hahaha..kolot ke...rasanya jenis mementingkan seni lama adalah).

Pasangan Taurus - Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana ,Aries bercita - cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang .(Betul..betul..hehehe).Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah - ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.

Perhubungan Seks

Taurus merupakan satu lagi lambang yang paling seksi . (Pheewit..wahhh..anugerah Tuhan..hehehe)Walaupun demikian, orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya
tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab itu, jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.

Kerjaya dan Kewangan

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet ,kreatif dan mementingkan ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya.(Setuju!)(Kena jugaklah sebijik dua atas batang hidung aku ni). Tapi manusia ini berbeza...huhu

Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.(Boleh merasa dalam politik ni). Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkanhasil yang memuaskan (Setuju). Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia. Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperinci dengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. (Aku setuju benar, sebab itu aku suka kehijauan, tengok sayur dan pokok).Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam (sebab minat berniaga). Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !(Tak baik sikap ini..huhu)

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya! Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.(Alhamdulillah dan insyaallah)

Keluarga dan Rumah Tangga


Rumah dan keluarga merupakan dua perkara penting ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak - anak .(Ingin menjadi ibu yang baik. Insyaallah). Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata-mata tetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu, semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.

Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan. (Memang aku sukakan ketenangan dan tinggal di kawasan kampung). Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas pada anak - anak . Segala - galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan dankebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan. (Setuju sangat-sangat). Walau bagaimana pun, Taurus tidak menyenangi kebisingan oleh kanak - kanak..(Kena praktis ni..hehe).

Ceramah

Alhamdulillah.

Selesai sudah sesi ceramah aku pada hari ini untuk tugasan En.Aziz. Berceramah untuk tugasan rasa lain pula berceramah depan budak-budak PRS. Mungkin suasana dan situasi ada pensyarah jadi skema itu ada. Hakhak. Apapun, giliran aku, Nina, Aida, Faiz,Fam selesai sudah dan masing-masing dengan pendekatan dan cara gaya tersendiri. Inilah latihan untuk kami dan persediaan sebagai bakal kaunselor kelak. Komen membina, pandangan dan teguran amat bermakna dalam memperbaiki diri.

Apa yang aku lakukan masa ceramah?Sebenarnya, untuk buat aktiviti masa dalam kelas itu secara tiba-tiba pada pagi tadi. Jadi, tangan ini lantas mencapai kertas terbuang sebelum ke kelas untuk diguna pakai masa dalam kelas nanti dan diedarkan kepada rakan-rakan untuk diconteng di belakang kertas. Ceramah aku ialah tentang PRS. Aku mulakan dengan aktiviti iaitu membina trademark apabila aku sebut PRS, yang lain akan sebut HEBAT!HEBAT!HEBAT!

Aku menjemput rakan aku, Anuar dan atas permintaan sebagai wakil untuk menggayakannya. Dengan gaya dan kelawakannya, suasana penuh dengan humor namun, aku perlu kawal keadaan juga. Selepas itu, aku teruskan pula dengan melibatkan rakan-rakan sebelum aku menghala remote ke laptop. Selepas itu, aku teruskan dengan arahan untuk rakan-rakan melipat kertas menjadi tiga bahagian. Pertama, kolum itu diisi dengan diri anda 10 tahun yang lepas, kolum kedua, anda sekarang dan yang ketiga, diri anda 10 tahun yang akan datang. Lukisan itu bergantung pada diri untuk melukis apa bayangan terhadap diri-sendiri. Azril dan Rokiah sukarela ke hadapan berkongsi pandangan. Azril pula 10 tahun akan datang ingin berada di Parlimen. Syabas diucapkan kerana cita-cita untuk bergelar YB kelak. Azril, nanti ingat aku jugak erk...aku doakan mu berjaya sangat-sangat dan aku bangga dengan mu sebab mu ada talent part tu!(Doakan aku jadi datin jugak..kekekekekeke). Rokiah pula menceritakan tentang kehidupannya dan hatinya tentang bunga-bungan cinta. Patut lah, sahabat aku ni makin hari makin jangok!hehe...Apa yang aku kaitkan dengan lukisan tadi, semuanya berkait bagaimana ingin menyalurkan kekuatan itu dan salah satunya melalui PRS.

Selepas itu, aku mulalah dengan ceramah.Pot-pet...pot-pet..hehe...Agak mengambil masa dan sebenarnya...jenis aku suka libatkan orang lain dan bersama-sama walaupun aku ceramah. Itulah yang aku kena tegur oleh En.Aziz bahawa, kalau ceramah, ceramah lah, bukan buat aktiviti.Hehehe..Baik Seafood..opss..Seeefooo...Namun, dia kata slide aku bagus.Bagus ke?Boleh lah,..sebab aku buat aku fikir juga, lepas ini boleh kumpul dan pass pada kawan-kawan. Mana tahu kat sekolah nanti nak buat ceramah tentang itu dan boleh ditambahbaikan dan digunakan. Just, buang gambar aku jer..lepas tu letak gambar korang nanti kat slide utama tu.

Selepas berceramah, aku kaitkan juga, peranan PRS, kerana sayang pada rakan, kita jangan tinggalkan rakan kita, kerana perlu dibantu agar mereka bersama-sama. Jika mereka perlukan bantuan kita hulurkan. 2 orang sukarela; untuk lelaki, Azril dan Ikmal, Wanita pula Muniey dan Nina. Masa ni sesi peluk berpelukan. Waaa..semuanya badan mantap-mantap. Nak jugak..nak jugak..hehe...Gatal jugak aku ni...kakakaka...Tenggelam aku juga sebab macam bapak budak dah ni...Hihihiiii...Di sini, aku ingin selitkan tentang kuasa kasih sayang. Aku minta Nina dan Muni berpelukan. Muniey cakap (touching siottt..---bahasa Johore nyer). Nina..(sedih weii). Aku minta mereka ungkapkan bahawa mereka sayang kawan mereka. Aku menyuruh mereka saling berpelukan dengan rasa keikhlasan. Apabila aku minta Nina, menangis pula Mek Na. Aku bila tengok dia mengeluarkan air mata,..sudah kemerahan, aku apa lagi...merah jugak lah.Tahan jer. Lepas itu giliran Muniey.Ternyata diungkapkan rasa sayang pada kawan.

Tiba giliran Azril dan Ikmal. Apa yang aku tahu, orang lelaki ni susah nak pamer kasih sayang. Keras macam batu. Betul ker? Mungkin malu kot. Terkial-kial jugak apabila Ikmal dan Azril disuruh berpelukan, tapi aku tahu, mesti ada rasa sayu jugak kan?Paling kurang pun, segan. Aku suruh Azril cakap, saya sayang Ikmal. Dia pulak cakap, saya sayang roomate saya. Bila aku tanya Ikmal, ucap dengan seikhlas hati bahawa anda sayang rakan anda..Ya..saya sayang. Itulah katanya. Kesimpulannya, kerana ada perasaan kasih sayang, maka wujudlah PRS, dan anda tidak boleh tinggalkan rakan yang memerlukan dengan begitu sahaja.

Selepas itu, aku minta Ikmal dan Azril kekal di situ dan suruh mereka membaca beberapa kata-kata yang aku tambah pada slide semalam.

Namun, telah selesai sesi ceramah aku dan En.Aziz pulak kata aku buat aktiviti. Hehe..Sebenarnya, bergantung pada kreativiti sendiri dan tegurannya boleh buat aku berfikir juga untuk tingkatkan diri. Apapun komen beliau pada aku, Nina, Faiz, Aida amat bermakna termasuklah Fam yang apabila dirinya berceramah masing-masing berdiam. Selepas pulang, Faiz ada katakan sesuatu pada aku sebab itulah komen untuk kita agar lebih jadi kaunselor hebat. Biarlah jadi keindahan. Puas hati sebab dapat sampaikan sesuatu. Masa aku balik ada yang bagi respon, touching. Terima kasih. Moga kalian buat lagi best! Perkara biasa untuk kita nanti bila sudah di lapangan. Terima kasih kerana bagi bantuan dan kerjasama masa sesi ceramah aku dan aku suka penglibtan kalian.Thanks alot!!!

Setakat itu sahaja. Aku baru balik kelas ni..terus menaip.Hehe

Wassalam.

Semalam Yang Berharga

Assalamualaikoommm...(Ada orang tak..hehe).

Hari ini, hari rilek sedunia rasanya dan nak rehat,.sampai 8 malam aku nak rilek. Aku rasa sangat puas hati semalam sebab aku berjaya tidur awal dalam pukul 11 lebih. Yahooooo!!!Al kisahnya kepenatan seharian dan masa itulah aku rasakan pentingnya masa rehat untuk diri aku. Apa seharian yang aku rasakan tersangat penat?Paginya dalam jam 9.00 a.m lebih aku bersiap ke dewan SITC kerana ada seminar pelajar kaunseling berkait dengan "Teori dan Aplikasi" dan aku sudah arahkan student PRS untuk ke sana. Habis kredit aku duk bagitahu budak suruh ke SITC tapi beberapa mata sahaja yang ada di sana. Mula lah ni..hehe..Rasa terkilan juga dengan sesetengah sikap seperti itu. Aku suruh mereka pergi sebab agar mereka dapat sesuatu walaupun mereka itu bukan jurusan kaunseling. Asal pergi sahaja, lambat pun tidak mengapa. Lepas itu, aku bergegas pula ke kelas di Taman Universiti 32. Selepas semua hadir, dan ada beberapa orang yang tidak hadir selepas aku check kedatangan, aku terasa juga. Mereka ini tahu ke tidak sudah banyak kali kelas tidak hadir. Aku pun lantas menghubungi mereka. AKu menyamar jadi orang dari pusat Ko-kurikulum dan menelefon mereka semasa dalam kelas. Semua pelajar dalam kelas aku tu gelak kat aku sambil aku pun tergelak juga. Rupa-rupanya mereka ada kerja lapangan bagi subjek major mereka. Barulah aku tahu apa perasaan pensyarah aku kalau aku dan pelajarnya tidak hadir ke kelas. Kalau kelas macam kelas "tut" macam mana pulak? Jadi, kena ada daya usaha aku sendirilah untuk jadi best macam mana. Aderh!

Mungkin ini yang dirasakan oleh pensyarah aku, terutamanya jika pensyarah yang jenis ambil berat. Sesetengah yang tidak ambil berat akan abaikan sahaja kedatangan itu. Aku pun mulakan kelas dengan pembentangan dan penilaian akan diberikan sebanyak 40 peratus. Nampaknya, pelajar sudah ada peningkatan. Sebenarnya, aku kasihan juga, ada yang tidak pernah mengikuti program dan kadang-kadang macam sedih juga. Mungkin mereka belum terdedah lagi dan mereka akan sertai program bila ada tugasan. Itulah yang pernah dinyatakan oleh pelajar. Kali ini, aku suruh mereka buat modul-modul. Pada kali ini masuk kumpulan ke dua bentang. Awal-awal lagi aku sudah terangkan pada mereka agar mereka dapat NILAI dan SESUATU masa kelas. Aku tidak mahu mereka datang dan pulang. Sekurang-kurangnya aku ingin mereka dapat rasai sesuatu penghayatan masa kelas.

Awal-awal lagi juga, aku mengharapkan jika kumpulan membentang, kumpulan lain juga turut sertai sekali merasai modul kumpulan itu. Maknanya, semasa sesi pembentangan mereka turut melaksanakan modul mereka. Sejauhmana kemahiran dan mungkin aku akan dapat sesuatu daripada perkongsian mereka juga. Aku simpan modul-modul mereka dan aku akan kumpul dan berikan pada mereka sebab aku rasa mungkin suatu hari nanti mereka akan perlukan modul ini. Kebanyakan pelajar aku kali ini dari jurusan kemahiran dan Fakulti Muzik. Seronok berkongsi dengan mereka. Semua soft copy dan pembentangan ada dengan aku dan semua hak mereka adalah terpelihara.

Kali ini, aku pun sertai mereka dan ketika aku mengambil markah aku ingin rasai modul mereka.Kreatif juga kumpulan kedua ni. Jadi, aku turut samalah semalam bermain bersama mereka. Minggu lepas aku hanya ambil markah dan tambah-tambah pembaikan. Aku kagum, ahli yang tinggal 31 orang ini menghormati aku walaupun mereka ada yang sudah menjangkau 26 tahun kerana mungkin Tuhan permudahkan dan lebih mengetahui niat aku. Terus-terang aku katakan, awalnya aku sudah malas untuk berkhidmat mungkin ada sebab ketika itu dan faktor-faktor yang menyebabkan perasaan aku ketika itu. Namun, lain pula jadinya. Nampaknya, Tuhan benar-benar mahukan aku merasai pengalaman sebagai intruktor/tutor untuk kelab ini. Hadirlah pengalaman. Hadirlah dengan luar biasanya!!!Mungkin itu suatu persediaan (Hanya hati ini sahaja yang tahu). Kali ini aku rasakan sebagai cabaran juga, semester lepas, pelajar PRS juga bagus-bagus dan kebanyakan daripada yang berpengalaman dan kali ini cabarannya lebih kepada part lain pula. Aku kagum juga sebab ada sesuatu pada mereka, bagi PRS semester 2 2009 kali ini. Lain sikit dan sukar untuk diperjelaskan. Aku juga nyatakan bahawa 31 orang ini bahawa mereka adalah buku untuk aku dan aku tidak rugi apa-apa pun bersama mereka termasuklah mereka. Mungkin mereka semua sudah berusia senang sikit maksud tersirat dan penghayatan untuk disampaikan.

Teknik aku mengajar dalam kelas? Aku jenis gila-gila juga. Ketika memberi input, mungkin disebabkan Tuhan kurniakan aku part motivasi dan komunikasi maka itulah aset aku. Serta aku tekankan NIAT aku ketika berkongsi dengan mereka. Terus-terang aku katakan, aku minta beberapa pelajar merefleksi. Ada yang mengatakan "Sebenarnya, banyak yang akak (diri yang menggelarkan akak kerana aku kan adik..hehe) tidak tahu menjadi tahu". Kagum aku, sebab mereka yang inginkan perkara itu, memang patut Tuhan berikan mereka anugerah "TAHU" itu. Sebab mereka datang bukan dengan sia-sia dan memang aku inginkan mereka pulang dengan sesuatu! Aku selalu tekankan NIAT!.Memang rugilah ada beberapa orang yang gugurkan ko-kurikulum PRS namun, dalam beberapa gugurkan subjek itu, bertambah pula ahlinya. Huhu.Ada sebab mereka gugurkan kerana tidak match dengan jadual dan ada yang berhenti daripada belajar pun ada juga apabila nama itu seringkali tidak datang kelas. Banyak sebenarya perlu di take care sebab pelajar tidak hadir ke kelas. Kasihan pun ada juga. Ada yang balik Sarawak, atas kematian dan macam-macam lah.

Tidak hadir 2 kali untuk ko-kurikulum, akan dapat C. Itu yang aku beritahu awal-awal. Paling penting sikap dan komitmen dalam kelas. Sebabnya, ketika aku sertai ko-kurikulum, itulah instruktor aku beritahu. Pelajar semester lepas paling rendah A-. Sebenarnya dapat B+ tapi mungkin pelajar itu handle tugsan program dengan baik maka dapat A-. Cabaran juga untuk bagi pelajar proaktif semuanya. Apa yang aku faham pasal drawing out dalam kaunseling kelompok itulah situasinya yang memerlukan aku aplikasikan apa yang dipelajari kepada mereka. Jenis pendiam itulah yang banyak aku tanya dan aku minta ke depan. Dahulu, sepanjang 3 semester aku sertai ko-kurikulum ( Perkasa, Debat Bahasa Melayu, dan Memanah). Semuanya aku dapat A. Aku bagitahu juga dalam kelas, sebenarnya ko-kurikulum ini bonus sahaja siapa yang tidak dapat A rugilah. Namun, perlu ambil berat juga bukan A yang tidak berisi. Seperti Puan June cakap masa makmal aku, pointer biar berisi. Berisi ke aku? PNGK pun belum 3.5 lagi itu yang aku terkejar-kejar sekarang ini. Aku juga banyak buat hal masa ko-kurikulum memanah (mood aku sendirilah-masa frust cinta..haha..cinta ke? tapi bukan moody lain yer..) tapi mungkin aku ini bila orang suruh aku handle masa hari ko-kurikulum aku handle dengan kawan-kawan dengan agak puas hati. Masa itu Dekan Sains Sukan dijemput, Dr.Sani Madon. Jadi, terpaksa ulang-alik ke bilik dia lah dan dia juga yag jadi penyelaras ko-kurikulum Memanah. Ko-kurikulum boleh lah dapat A, yang akademik pula..huhuu...Harap sangat fokus aku untuk naikkan pointer tidak lari. Niat!!!

Berbalik pada kisah student aku ni, aku harap minggu depan, kumpulan yang bentang dapat sesuatu yang lebih hebat lagi. Yang pasti, aku ini dalam menyampaikan sesuatu, aku tengok keadaan mereka, main-main tetap main..dan input tetap menjadi nombor satu. Semalam ada yang basah air mata menangis ketika modul, dan yang abang-abang pula macam sedih juga. Tidak mengapa, itu semua kisah kita dan keluarga PRS. Apa yang pasti, kalian best dan setelah ditapis..ditapis dan ditapis oleh Tuhan, tinggallah anda kumpulab B yang best!

Masa balik, sempat aku berbual dengan seorang pelajar dan aku tanya style pengajaran aku dalam kelas. Itulah niat aku. Namun, terima kasih pada kalian yang membantu juga. Insyaallah, ketika aku ingin berkongsi, aku mudah express apa yang aku ingin sampaikan dan aku sentiasa katakan "Walaupun aku usia masih muda, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan kakak dan abang-abang kerana ini tanggungjawab saya dan bla..bla...". Yang pasti ada sahaja aktiviti untuk mengelakkan boring. Setakat hari ini, masih belum boring kerana pengisiannya tetap dipenuhi dan mereka amat bagus! Aku juga dapat belajar dan rasai modul mereka. Boleh sahaja untuk lihat dan ambil markah, tapi, rugilah aku, tidak rasai modul yang mereka cipta itu. Kali ini, kita tengok pula pelajar bukan kaunseling buat modul. Hehe.

P/s---Selepas buat aktiviti aku selalu lupa untuk ajak mereka sama-sama susun kerusi balik. HUwaaaa...Itulah aku lepas syok sangat dalam kelas sampai boleh lupa. Yang pasti jika pelajar PRS baca blog aku ini, tolong ingatkan saya yer dan susun sama-sama kerusi selepas buat aktiviti jika tidak, susahlah makcik-makcik yang bersihkan bilik kuliah untuk susun balik. Jika tidak mak cik yang susun, Abang Adam yang akan susun sebab kelasnya yang akan mula lepas kelas aku. Terima kasih Abang Adamila. Hehe.

Tutup kisah ko-kurikulum. Selepas jam 12 lebih, setelah mematikan laptop dan menutup semua lampu dalam bilik kuliah, aku terus ke SITC dan aku sempat lihat En.Aziz Shah Pensyarah UPSI dengan ceramah akhir "Cognitive Behavior Therapy". Aku tidak kenal orang yang bernama En.Aziz Syah; yang mana satu sebelum ini.. Lepas tengok muka dia, "Alamak!Laa..rupanya dia ni..."Kenal sangat lah, sebab aku pernah ikuti program yang dia handle masa di Kem Cinta Klimat dahulu ketika Kem Kepimpinan JMK/ MPP dahulu. Aku tahu tentang buku tulisannya dan modul nya sahaja.Lah..dia rupanya. Namun, setahu aku, ketika itu dia belum pensyarah kaunseling di UPSI. Kalau tidak silaplah...Sempat pulak aku kirim pada junior aku untuk dapatkan CD dia RM 25. Paginya sempat dengar sekejap sahaja Dr.Nasir berceramah tentang "REBT dan Aplikasi" kerana ke kelas PRS.


Tu dia..En.Aziz Shah sedang berceramah. Perasan tak...mata sorang kawan kita?Cuba teka siapa...hehe..Aina...

Selepas itu, sesi En.Taquddin pula petang itu iaitu "Isu kaunseling". Banyak perkara dapat sedar. Selepas itu, ceramah oleh En.Mohd Noor B.Idris berkaitan sedikit sebanyak pengurusan dan aku sedar lepas itu tentang rekod klien. Selepas itu bergegas pulang kerana perlantikan untuk Rakan Exco MPP akademik dan kerjaya. Teruslah bergegas ke sana pula. Kembali untuk membantu dan kini bersama Aqilah dan Ariff juga dalam membawa keunggulan akademik dan kerjaya. Mungkin akan jadi motivasi untuk aku juga untuk naikkan pointer sambil membantu rakan-rakan dan isu mahasiswa. Maknanya, semalam seharian di kampus. Balik pula dekat 11 malam. Lepas itu, buka laptop kejap dan aku tidak perasan lepas aku guling-guling tertidur kat ruang tamu rumah. Maklumlah, ruang lapang boleh lah aku bergolek-golek. Haha..Sebabnya, meja dan kerusi bawa keluar sebab ada bacaan Yasin di rumah kelmarin dahulu. Best juga, lapang sikit rumah. Jadi, borak-boraklah, ajak tidur kat ruang tamu. Semalam aku dengan Dila tertidur. Yang aku perasan, Lin bagi bantal kat aku dan aku pula panjat tilam Dila tidur tepi dia. Hahaha..

Aku bangun pagi itu beralih ke bilik dan hari ini tidur seharian. Waahhhhhhhhhhhhh..Puas betul!Bergolek terus bergolek dekat ruang tamu. Esok mula lah bergerak pula. Pukul 8 kejap lagi, aku nak buat kerja tapi faham-fahamlah kan, aku ini macam mana. Buat kerja sambil search itu dan ini, baca blog orang dan pelbagailah. Pastinya, esok aku orang pertama present untuk kelas En.Aziz Yatim dan powerpoint sudah lama siap tunggu untuk dibentang sahaja ketika sesi ceramah. Lepas ini, aku nak bagi tugasan ceramah kat budak PRS juga. Bagi mereka rasa juga apa yang aku rasa...Demi perkongsian. Tunggu...!hehe..

Setakat itu sahajalah.

Friday, February 20, 2009

Pengikat Getah Kondom

Assalamualaikum.
Konfem semua dah tidur sebab dah dekat pukul 2. Aku pulak masih melilau.Pukul 2 kejap lagi tidur lah sebab esok, Sabtu ada kelas. Esok, budak-budak present modul. Markah 40 peratus. Esok nilai sahajalah apa yang mereka buat. Sambil menaip nama mereka ni, aku tersearch blog Gempak Siotz yang selalu aku masuk tengok. Nak tak nak, kena buat jugak, kalau tidak, tidak terurus kelas aku!!!(Pesan Encit Mamu dan Encit Adam "Fiti settle kan pengurusan dulu"--pengurusan oh pengurusan minggu lepas. Terima kasih bro). Berbalik pada blog Gempak Siotz, memang banyak benda yang tidak tahu jadi tahu bila masuk blog ni.

Sebagai perkongsian dalam 5 minit ini, aku nak tulis sesuatu berkait dengan kondom. Mungkin sekarang ini, ada yang memakainya di kepala sebagai ikat rambut. Jika tidak percaya cubalah buat eksperimen. Jadi berhati-hatilah wahai wanita berambut panjang dan pendek yang sedang mengikat rambut. Mungkin pengikat rambut itu diperbuat daripada kondom. Sedar atau tidak sedar, banyak benda kita sudah tertipu dan kerana gara-gara kitar semula tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun, yang penting, bukan orang Islam yang menciptanya. Inilah dikatakan implicit behavior yang kita semua unconcious. Agar tidak lari motif blog ini sebagai fokus pembelajaran psikologi dan kaunseling dalam aplikasi harian aku, maka aku kaitkanlah dengan istilah implicit behavior. Tengok gambar di bawah nanti pasti ramai yang ingin bereksperimen. Malah, cekak rambut juga ada yang diperbuat dari bulu baby (B*B*) tuh.Kita
tengok sama-sama apa di sebalik ikat rambut yang kita pakai (wanita).

















1. Cantik main beli jer ikat rambut ni,..sebab murah!
















2. Cuba buat eksperimen

3. Itulah kondom
4. Tiba-tiba rasa nak muntah!!!Werkkkkkkkkkkkkk!

P/S--Nak tido kejap yer..Assalamualaikum. Fikir dahulu sebelum beli dan pakai. (Tema baru kitar semula dan bijak membeli..hehe)

Pesanan Buat Seseorang

Assalamualaikum.

Apabila membaca semula komen daripada blog ini, ada satu komen yang saya terlepas pandang. Saya tidak tahu siapa insan ini yang komen pada entri saya yang lepas iaitu "Seni dalam Kaunseling dan Psikologi". Mungkin saya terlepas pandang. Saya rasa dia sangat bagus dan saya cuba ingin jumpa insan ini dan berbual dengannya. Komennya yang berbunyi:-

Zamri Darul Hikmah

Salam Aftinie...saya tertarik dengan cara awak merefleksi pembelajaran awak dan dikongsikan ke dalam blog ni.memang satu kupasan yang menarik. Saya juga pernah tertanya2 bagaimana pengasas2 kepada teori2 dan teknik2 kaunseling yang rata2nya mempunyai masalah lampau dalam hidup mampu mencipta teori psikologi dan kaunseling dengan kreatifnya. Mungkin pandangan Aftinie jawapan kepada persoalan saya selama ini.tq byk2...

em...namun pada pengamatan saya, kemampuan mereka mencipta teori2 dan teknik2 tersebut masih belum membuktikan bahawa mereka dapat mengelak daripda masalah hidup yg mereka hadapi sendiri.Contohnya, Freud meninggal disebabkan masalah jantung akibat tabiat merokok yg buruk.Yg lainnya ada yg mengalami masalah penceraian, krisis keluarga dan bermcm2 lagi. Mengapa ini berlaku kepada org yg mereka yg faham terhadap psikologi manusia?

Mungkin seperkara yg saya nak perkatakan bahawa pelopor2 kpd teori2 barat ini menciptakan teori mereka dgn memandang manusia sebagai makhluk yg bersifat horizontal maksudnya yg memiliki hubungan sesama manusia sahaja untuk hidup. Padahal perspektif Islam menjelaskan manusia adalah makhluk yg mempunyai hubungan vertikal yg memerlukan hubungan dgn Tuhan selain hubungan dengan manusia (bersifat horizontal).

Maka ketiadaan kebergantungan ini menjadikan teori2 dan teknik2 yg secara kreatif mereka ciptakan itu lompang dan banyak kelemahan. Maka saya melihat sewajarnya kita cuba mengislamisasikan ilmu tersebut agar menjadikan teori dan teknik itu menjadi mantap...(sesuai kita sbg kaunselor muslim).

seperkara lagi, saya melihat banyak khazanah2 ilmu jiwa Islam seperti al-Ghazali boleh digali lagi bagi kita mencipta satu alternatif kepada teknik2 yg ada. Apa kata kita buat teknik kaunseling Islam? seperti yg mereka buat.Mungkin itu yg lebih baik..kan2..

utk pengetahuan Aftinie saya belajar dlm bidang psikologi ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s--Aftinie tu mungkin tersilap panggil walaupun nama saya Afiti. Best jugak gelaran tu.hihi. Jadi, jika Zamri Darul Hikmah yang membaca blog saya ini sekali lagi, saya minta dan email saya ataupun add YM saya kerana ada saya nak kenal anda juga. Siapa gerangan empunya diri. Semoga Allah kabulkan.Saya tunggu mesej daripada insan yang nama penanya Zamri Darul Hikmah.

Thursday, February 19, 2009

Lokus Kawalan

Diri ini terbaca dokumen yang disimpan sekian lama dalam laptop. Jam, 3.28 pagi sambil menyiapkan ulasan filem Cik Nani (nanti gabung dengan Faiz), diri ini menggeledah dokumen lama yang tersimpan iaitu berkait dengan lokus kawalan.

Ahli psikologi bernama Julian Rotter menyatakan bahawa secara amnya terdapat ada dua jenis manusia. Perbezaan ini berlaku mengikut cara individu itu dibesarkan. Lokus kawalan adalah persepsi individu kepada sebab-penyebab kepada peristiwa yang dilalui mereka sepanjang hidup. Ada individu yang berfikir bahawa mereka mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib. Kelakuan kita dan reaksi kita kepada sesuatu hal bergantung pada lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman:

Lokus Kawalan Dalaman iaitu mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri dan akan melakukan apa yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka sendiri. Mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik. Mereka mempunyai ibu bapa yang sering memberikan pujian, memberi sokongan kepada segala apa yang mereka lakukan dan tidak bersikap autoritatif.

Lokus Kawalan Luaran pula, adalah mereka yang bergantung kepada sumber luaran, seperti nasib dan kemahuan dan harapan ibu bapa yang autoritatif. Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang keterlaluan, terutamanya mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri dan kurang cekap di dalam pekerjaan yang mereka lakukan - akan menunjukkan ciri-ciri neurotik, bimbang dan murung. Manakala ada juga mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran yang hidup dengan bahagia. Walau bagaimanapun, kajian psikologi jelas menunjukkan bahawa secara amnya, mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman mempunyai kehidupan yang lebih baik, sebagai contoh, mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Suzanne Kobasa, dalam kajiannya terhadap ahli-ahli perniagaan yang jarang jatuh sakit walaupun mengalami tekanan hidup yang berat, menyatakan bahawa ahli-ahli perniagaan ini mempunyai lokus kawalan dalaman yang kuat. Kobasa mendapati bahawa ahli-ahli perniagaan ini merasakan bahawa mereka mampu mempengaruhi baik dan buruk kehidupan mereka - dari menunjukkan rasa kurang upaya. Menurut Kobasa, insan yang 'lasak' dapat menentang gejala tekanan perasaan dengan lebih baik lagi kerana mereka 'memilih' untuk berhadapan dengan masalah yang mereka hadapi.

Contohnya, jika seorang emak menghadapi masalah dengan Si Abang, dia akan berhadapan dengan abang lalu cuba menyelesaikan masalah mereka dengan matang. Mak akan mengambil peluang ini untuk cuba memahami perasaan abang yang selalu kacau dari cuba menjauhkan dirinya dari abang yang panas baran itu. Entah mengapa, abang tidak pernah mengikut cara mak, malah mendapati abang adalah seorang yang mempunyai lokus kawalan luaran yang kuat. Sejak kecil lagi dia sering melakukan sesuatu dengan harapan dia dapat menarik perhatian emak. Walaupun dari luar abang nampak tegar dan yakin, dia adalah seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Dia pernah berpendapat bahawa walau apa sahaja yang dilakukannya, dia tidak mungkin dapat mengubah keadaan di sekelilingnya.

Tapi akhirnya abangnya berubah. Dia akhirnya berubah setelah dia menemui apa yang dicarinya selama ini di bahagian bawah tanah Hospital Mental Sendayu. Pengajarannya, lokus kawalan itu perlu dijaga dengan sebaik mungkin agar tidak tersasar dan perlu kena pada tempatnya agar tidak tersasar seperti kisah Si Abang walaupun lokus kawalan luarannya kuat tidak bermakna lokus kawalan dalamannya kuat.

Terima kasih.

Kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesabaran pasti menuntut ketabahan. Hanya yang benar-benar kuat akan diuji oleh Allah kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Kesabaran itu mengajar untuk hati bertenang dan dalam melalui kesabaran itu terselindung 1001 nikmat dan hikmah yang tersembunyi.

Ujan dan kesabaran sangat menuntut manusia itu lebih bersederhana. Mungkin jika kita terlalu berjalan laju, Tuhan ingatkan kita agar memperlahankan rentak perjalanan dan mungkin jika terlalu perlahan, Tuhan ingin kita mempercepatkan langkah perjalanan. Semuanya perlu dinilai dengan mata hati. Secara azalinya manusia itu dikurniakan kekuatan yang mungkin terselindung dan mungkin secara lahiriahnya sudah terpamer dirinya. Cuma Tuhan ingin kita lebih mengenali siapa diri kita yang sebenarnya. Namun, dalam proses menjadi manusia yang benar-benar manusia itu terlalu banyak proses sehinggakan ada yang penat dan ada yang puas melaluinya. Tiada jalan yang dipilih oleh manusia melainkan semuanya ingin jalan yang mudah. Namun, jalan yang mudah itu belum menjanjikan kesenangan yang berpanjangan, sebaliknya jalan yang sukar itu belum tentu sepanjang perjalanan yang panjang itu sentiasa pula merasa sukar kerana matlamatnya ialah di suatu destinasi yang ingin ditujui. Segalanya kerana sebuah pelajaran yang Tuhan sediakan untuk menguji sama ada diri ini juga sabar dalam melalui perjalanan yang Tuhan hadiahkan atau sebaliknya.

"Bersabar, bertenang, menikmati, dan belajar serta menghayati nikmat ujiannya itu akan membuahkan kejayaan dan keberkatannya yang berpanjangan"

"Tidak ada manusia yang tidak diuji kerana Tuhan itu telah menganugerahkan manusia dengan kuasa akal yang luar biasa dalam merencana dan mencari alternatif untuk kehidupan. Cuma, jangan diingat pemberiannya itu hak milik hakiki namun, itulah pinjaman yang perlu dipelihara dan dijaga kurniaan Tuhan itu sebaik yang mungkin" -Afiti 2009

Saturday, February 14, 2009

Bitara

Hehe..dengan junior aku ni..Nora JMK vs Mantan
Nor Afiti Bt Mohd Basri.
Menunggu dengan Sabar soalan yang diberikan oleh Pengacara Majlis
Cuba mengupas soalan "Isu Guru Lembut Dalam Profesion Keguruan" dengan pandangan yang matang
Setelah selesai persembahan daripada semua peserta dan diminta untuk barisan peserta ke hadapan pentasHilmi, Aku dan rakanku, Faiz yang turut serta mendapat tempat ke-3. Tahniah juga!
Mendengar celoteh dan bersembang dengan pengacara majlis,rakanku Azie juga menjadi peserta dan mendapat tempat ke-2
Dengan Azie, bakat si Penari UPSI, menggondol tempat ke-2

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Illahi atas kurniaannya. Semuanya kerana sebuah pengalaman. Niat di atma ini tersirat seribu pengertian. Pertandingan Pencarian Guru Bitara UPSI selesai sudah termatri. Tuhan memberi peluang sekali lagi pada diri untuk menggondol anugerah tersebut. Anugerah ini sebenarnya untuk ibu aku yang banyak mendidik aku termasuk ayah aku dan guru-guru aku serta sahabat-sahabat. Terima kasih. Jasa kalian tidak akan aku lupakan. Sokongan kalian amat bermakna buat diri ini. Pengalaman amat mendewasakan aku kerana cita-citaku dalam dunia pendidikan amat tinggi demi anak-anak didik aku kelak. Jiwa keguruan itu tersemat di hati ini tatkala mengigati pengorbanan dan nilai guru-guru aku. Aku target dan bercita-cita untuk menjadi guru unggul kelak dan untuk melihat bangsa yang berjaya amat terpahat di hati ini.Bitarakah diri ini?Aku akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi kerana bukan senang untuk menjadi pendidik yang benar-benar memahami dunia pendidikan. Itulah perlu dihayati konsep pembelajaran yang berterusan dalam menyediakan diri dengan towering personality yang akan aku pelajari dari masa ke masa. Bukan untuk mendapatkan pengiktirafan, tetapi sebagai rasa terpanggil diri ini untuk memberi sesuatu dan kepuasan apabila dapat melihat kejayaan insan-insan lain di luar sana kerana itulah kejayaan untuk aku juga. Namun, pengiktirafan ini sebagai motivasi juga untuk diri terus melangkah. Senang dan bangga apabila orang lain berjaya dan aku melihat dari jauh kejayaan mereka kelak. Itulah impian aku.

Menghulurkan ucapan tahniah kepada rakan peserta yang lain juga

Pencarian guru UPSI disertai oleh 9 wakil kolej yang amat hebat dan mengagumkan diri ini. Pertama sekali, syarat persembahan ialah catwalk di pentas mengikut rentak muzik, selepas itu kami dikehendaki memperkenalkan diri setelah ditanya oleh pengacara, seterusnya mencabut undian bagi soalan, dan akhirnya membuat persembahan bakat. Itulah syarat untuk setiap peserta. Semasa persembahan bakat, ada yang menari, ada yang menyanyi, berdangdut pun ada..hehe..speaking, berdebat, bersajak dan sebagainya. Wah, semuanya mempunyai kelebihan dan potensi diri masing-masing. Tiba giliran aku dengan sajak yang dikarang secara spontan dengan Gee, terus sahaja diri ini mendendangkan sajak. Isu yang aku peroleh pula berkait dengan isu sensitif iaitu isu lelaki lembut dalam profesion. Itulah yang aku dapat setelah diundi tajuknya. Bagaimana aku ingin mengulasnya agar tidak menyentuh sensitiviti dan peranan dalam bidang keguruan itulah membuatkan aku dengan tenang menjawab baris demi baris dalam menutur kata secara matang. Aku bawakan situasi sebenar dan aku lebih neutral dan mengaitkan apa yang aku pelajari dalam bidang kaunseling. Aku ungkapkan isu lelaki lembut dalam bidang keguruan itu bukan dari fizikal semata tetapi guru itu perlu ada kelembutan dalam hati. Jika guru tiada kelembutan dalam hati, sebab itulah hukuman senang dikenakan. Aku ungkapkan sebaik yang boleh mengikut pemahaman dan saranan terbaik untuk membanteras lelaki lembut di UPSI malah pakej guru dari segi ilmu pengetahuan dan sahsiah. Aku kaitkan juga dengan program dan peruntukan kerajaan bagi program Biro Tatanegara dalam aktiviti fizikal. Malah kaitkan saranan agar dan mungkin PLKN bukan sahaja untuk pelajar lepasan SPM malah pelajar yang lepas bergraduan juga boleh menyertainya. Teori, praktikal, aku aplikasikan dan selitkan nilai yang ingin disampaikan berdasarkan pemahaman diri ini serta aspek sosial masyarakat. Aku pun tidak ingat apa lagi yang aku bicarakan sehingga terlebih masa bercakap dan gong dibunyikan. Selepas itu, persembahan sajak dengan biasa tetapi niat yang luar biasa agar ramai yang memahami maksud tersirat dalam hati ini dan moga apa yang aku bicarakan diperoleh nilai yang besar bukan setakat masuk bertanding tetapi orang yang mendengar itu mendapat sesuatu.

Di tengah itu ialah Abang Suliman, senior yang turut menjadi peserta. Aku kenal dia mula-mula aku terlibat dengan persembahan semasa mendaftarkan diri di UPSI dan dia juga banyak membantu aku untuk terlibat dengan program. Dia mendapat tempat kedua untuk anugerah guru Bitara UPSI 2009 bersama Azie.

Akhir sekali, setelah selesai sudah kesemua peserta berentap, giliran untuk barisan peserta cat walk secara ramai-ramai turun ke bawah pentas dan naik semula ke pentas. Selepas itu, penyampaian hadiah. Aku tidak mentarget pun untuk menang tetapi target untuk pengalaman bermakna itu yang lebih sebenarnya. Setelah satu persatu nama diungkapkan bermula dari saguhati dan akhirnya untuk nombor. Nampaknya aku belum berada di tempat ketiga, Berdebar pula tapi masih tenang dan sehinggalah nombor dua peserta sudah diketahui. Akhirnya, sudah mengagak apabila peserta kedua lelaki dan perempuan menerima hadiah. Aku dan Hilmi dinobatkan sebagai Anugerah Pencarian Guru Bitara UPSI 2009 sempena Karnival Ilmu pada kali ini. Nobatan sebagai Guru Bitara UPSI kategori Wanita, digondol oleh diri ini. Alhamdulillah dan yang Guru Bitara UPSI kategori Lelaki pula Hilmi dari Kolej Za'aba. Inilah peluang yang Tuhan berikan untuk aku. Kini, nobatan itu memberi perangsang untuk aku agar lebih memperbaiki diri bukannya lebih bersenang-senang kerana status itu adalah simbolik juga agar tidak lalai dan perlu mainkan peranan terhadap apa yang telah diperoleh.
Terima kasih Tuhan. Aku menelefon ibu aku.

"Assalamualaikum, Mi duk wat gapo?
"Wassalam, duk koyok betik ni, nak buat somtam..."
"Mi, ore lepas bertanding takdi nih..untuk Pencarian Guru Bitara..menang..dapat anugerah tu Mi.."
"Tahniah, mami tahu anak mami,..Terima kasih banyok-banyok...Buat yang terbaik,..bagus.."(Ucapan terima kasih daripada ibu aku bahawa aku tidak mensia-siakan dirinya dan sebagai tanda penghargaan untuk dirinya kerana dia bangga...itu aku dapat rasakan).
"Terima kasih Mi"ucapku..


Bersama junior yang menggilap bakat menjadi pengacara majlis.Tahniah adik-adikku

Aku ingin menjadi anak yang benar-benar menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku dan ingin mereka rasai aku tidak mensia-siakan pengorbanan mereka.Itulah ucapan aku dan semalam juga aku menelefon mami aku, seingat aku jam 11.00 malam tentang Busana Muslimah 2009. Itu pula ketika dia sudah tidur, rasanya apabila terdengar suaranya sepereti suara orang bangun tidur.

Mungkin aku sudah tiba masanya untuk aku jadikan kemenangan dua hari ini sebagai kemenangan yang memberi motivasi kepadaku untuk meningkatkan pointer aku. Aku sedar aku bukanlah yang terbaik, tetapi itulah motivasi untuk aku dapatkan stage seterusnya dan kerana diri ini tahu siapa diri ini, maka diri ini ialah diri hari ini yang cuba belajar dan belajar.

Terima kasih kerana sebuah pengalaman dan terima kasih kepada diri ini yang sentiasa inginkan pengalaman. Beberapa keping gambar diletakkan juga sebagai kenangan hari ini untuk diri ini. Semoga rakan-rakanku dan sahabat yang membaca blog ini akan memperoleh kejayaan dan aku sangat mendoakan kejayaan kalian juga kerana kalian juga contoh terbaik untuk aku ini.

Mohd Hilmi dan Nor Afiti
Anugerah Guru Bitara Lelaki UPSI 2009 dan Anugerah Guru Bitara Wanita UPSI 2009 sempena Karnival Ilmu 2009 Kolej Aminuddin Baki
Setakat itu sahaja, doakan diri ini dapat berbakti dalam dunia pendidikan. Insyaallah. Kata-kata Lord Baden Powell, Bapa Pengakap Dunia sentiasa aku pegang. "Tuhan membantumu dalam setiap apa yang kamu lakukan."Semoga aku dan bakal pendidik yang lain menjadi Guru Bitara dan kita masih mampu belajar dan berubah untuk mencapai kebitaraan diri. Ameen.

P/s--Malam ini Akhil Hay dan Waheeda datang untuk meriahkan hari penutupan Karnival Ilmu 2009.

Belajar dan Mencari

Duk ceramah apa pulak dah..
Gelap pulak gambar ni. Semasa membuat undian soalan isu Gaza dan Isu sosial
Duduk-duduk tunggu keputusan
Macam mak cik pulak
Inilah roomate aku merangkap jurufoto
Antara peserta yang ada. Ada yang sudah pulang. Yang berbaju hitam merah itu Masyitah, pelajar satu kos denganku.

Baju hijau peserta kolej Za'aba, dan yang krim peserta UKLK. Aku pula, redah baju pergi kuliah.Hakhak
Bismillahirrahmanirrahim.

Pengalaman merupakan anugerah kepada setiap manusia yang bijak mengambil peluang. Setiap pengalaman yang hadir itu merupakan sebuah Sejarah bagi sesebuah kehidupan. Jika dinamakan sejarah, maka manusia itu perlu belajar daripada Sejarah Kehidupan. Sejarah kehidupan pula adalah kitaran kehidupan dan perjalanan manusia yang berkait dengan masa. Apabila masa berlalu, maka sudah menjadi sejarah untuk diri. Maka, sejarah itu ialah pengalaman bagi setiap manusia yang telah melalui kehidupan pada masa lepas. Bagaimana ingin menjadikan sejarah kepada diri?Bagaimana ingin menjadikan sejarah itu sebuah pengalaman yang berharga?Semuanya kerana menghargai masa yang ada untuk sebuah pengalaman yang terbaik. Pengalaman yang terbaik yang saya maksudkan bukanlah pengalaman itu penuh dengan kegembiraan dan keseronokan, namun nikmat melaluinya itu yang menjadikan manusia belajar daripada masa lepas. Disebabkan masa lepas, manusia itu maka kita berada di sini pada hari ini.

Menurut teori silang budaya, orientasi manusia pada masa itu terbahagi kepada tiga konsep bagaimana manusia berpandangan terhadap masa; pertamanya ciri manusia yang berkonsepkan pada past orientation iaitu yang menghargai masa lepas, menjadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran untuk hari ini, keduanya manusia yang berfikir untuk the now, iaitu menganggap masa sekarang adalah paling penting, menghargai masa sekarang dan memenuhinya sebaik yang mungkin, dan yang ketiga ialah manusia berkonsepkan future orientation iaitu lebih berfikir ke hadapan, mengambil masa untuk merancang dan berfikir, sentiasa ikuti perkembangan termasuk dalam fesyen, dalam perhubungan pula lebih kepada perhubungan jangka panjang. Namun, semasa dalam kelas Silang Budaya, saya sempat bertanyakan Cik Nani, pensyarah saya yang jelas penerangannya; "Cik, jika manusia yang jenis orientation nya pada semua konsep masa tersebut macam mana pula,?"Itulah soalan yang saya ajukan. Jawapan beliau ialah berdasarkan masa dan mana yang paling prioriti dalam diri. Benar juga jawapan itu, namun, saya juga ada jawapan tersendiri sebelum saya bertanyakan soalan pada pensyarah saya; bahawa manusia itu terbentuk kerana rangkuman keseluruhan masa. Sebenarnya, apa yang saya tanya itu ialah berkait dengan diri saya kerana jika dinilai, semua aspek itu saya lalui termasuklah anda juga. Mungkin boleh juga ada konsep baru jika manusia yang terbina itu kerana rangkuman 3 masa tersebut, mungkin Overall Orientation atau PPF Orientation (Past, Present, Future). Barulah lengkap kitaran manusia. Namun, itu hanyalah yang terfikir ketika dalam kelas namun bukannya konsep baharu, mungkin suatu hari nanti akan menjadi konsep. Hehe.

Pengalaman perlu dihayati sepenuhnya agar terasa nikmat siapa kita hari ini ialah kerana sebuah pengalaman. Peluang untuk mencari pengalaman dan melalui pengalaman semuanya dirasai oleh manusia. Jika 10 orang, maka 10 pengalaman, jika sejuta orang, sejuta pula pengalaman yang berlainan. Pengalaman itu mungkin pahit, dan mungkin indah, namun bagaimana untuk menghayatinya sebagai perkara yang positif ialah melalui pengalaman tersebut dengan nikmat. Nikmat yang bagaimana? Jika sukar, setelah melalui jerih, dan pahit maung, maka laluinya dengan kesabaran dan gagahi perkara yang dilalui itu, maka suatu hari nanti anda akan bersyukur dan merasai kenikmatan itu. Manakala, jika dengan keindahan, bagaimana pula perlu melaluinya?Jangan pula ghairah dan terlalu berlebihan, yang penting hayatinya dengan hati yang tenang dan rasa bersyukur dan perlu berada pada landasan agar menjadi nikmat terbaik bukannya tergelincir. Kelak akan terasa kebaikannya. Masa kita melalui peristiwa dan episod, anda sedar atau tidak sebenarnya bahawa anda sedang melalui pengalaman itu? Jika anda sedar, maka perlu rasai dan hayati dengan penuh nikmat seolah-olah anda sedang menikmati ais krim Cornetto. Hehe

Pengalaman yang dilalui beberapa hari yang lepas telah berlalu, kerana diri ini gemar ingin mencari dan mencuba dan merasai pengalaman itu. Diri ini sentiasa bergerak mengikut rentak derapan kaki kemana ingin lalui dan melalui rasa hati. Segalanya kerana sebuah pencarian yang tidak pernah henti. Saya mendapat mesej daripada ayahanda Cikgu Mustafa sebuah artikel melalui YM, bahawa kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.

Syukur jika anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap anda atau memandang rendah pada orang lain. Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana anda diulit kesenangan, dan keselesaan. Jika anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tidak diduga. Bagi anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib anda.

Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan. Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah. Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.

Jika sekarang ini anda dilanda kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada anda selagi anda tak lulus ujian tu. Untuk lulus ujian-ujian tersebut, anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang. Setelah lulus ujian-ujian tersebut, anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar anda sesuatu.

Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya kerana kita ini ialah hidup kerana masa lalu dan carilah pengalaman sebanyak yang mungkin jika anda ingin ke hadapan. Jika suatu masa anda berada di peringkat dan suatu tangga, maka amat perlu untuk berpaling sebentar menoleh pengalaman yang dilalui.

Saya menghargai setiap pengalaman yang hadir semalam kerana pengalaman lepas itu sukar diputarkan kembali. Saya mencuba untuk memasuki pertandingan Busana Muslimah melibatkan wakil setiap kolej atas sokongan sahabat tertentu. Ketika ini kita akan melihat dalam kita menelusuri sesuatu siapa yang bersama kita dan siapa yang tidak mahu mengakui apa yang kita lakukan itu. Mudah kan,.dalam memperoleh nilai itu. Ambillah yang baik. Itu pun apabila mendapat sokongan daripada rakan-rakan untuk memasukinya dengan sebuah niat untuk mencuba dan pengalaman. Dalam hati bukan untuk mendapat kemenangan tetapi kerana diri ini meghargai dan berkehendakkan pengalaman untuk lebih ke hadapan. Saya sedar siapa diri saya, bukanlah terbaik tetapi berusaha untuk belajar daripada sebuah pengalaman. Sekurang-kurangnya, jika ingin memberi tunjuk ajar kepada pelajar saya kelak, sekurang-kurangnya saya melalui pengalaman itu walaupun pada pandangan manusia lain hanya perkara biasa, namun bergantung pada diri bagaimana ingin menghayatinya sebagai pengalaman luar biasa. Alhamdulillah jika niat baik, Tuhan akan memberi peluang. Pada pertandingan tersebut, mungkin ada kisah dalam menghayati pengalaman itu.

Kisahnya begini. Pada hari pertandingan itu, saya tertidur. Adila, rakan saya, telah menelefon saya menyatakan "Fiti, Dila nak tengok Fiti,..bla..bla.." Terkejut pun ada juga, bahawa diri ini tertidur pada jam 6.30 pagi selepas terjaga Subuh. Tengok-tengok sudah menunjukkan 9.30 pagi walhal pertandingan 10.00 pagi. Masa itulah, dalam ingin cepat, boleh pula dalam hati rileks. Setengah orang mungkin rilek dari segi lakunya, tetapi aduhh..saya pula boleh pula hati melenggang-lenggang, cuma pergerakan sahaja sedikit cepat. Baju, tudung, seluar belum diseterika, bersolek pun tidak lagi. Diri ini terus mengambil telefon "Dila dah start ke?". Jawabnya "Belum. Tak mula lagi" dan lega diri ini. Aku cakap padanya, mungkin aku akan sampai 10.15 pagi sebab tertidur. Terus pula mandi dan selepas itu mengejutkan Lin juga kerana dia ingin menemanku pada hari tersebut. Selesai mandi terus bersiap-siap. Bersolek dekat 15 minit juga dan terus ke Dewan Za'aba. Sebelum itu aku mendapat mesej bahawa majlis akan dimulakan dan diri ini menyatakan aku dalam perjalanan tiba. Walaupun sekejap, rasanya kerana sebuah pengalaman bukan kemenangan yang dicitakan. Itulah yang diri ini nikmati, dan lalui pengalaman tersebut malah sebagai sokongan kepada kolej untuk terlibat pada hari tersebut dan ingin memeriahkan penyertaan.

Diri ini ialah peserta paling akhir. Kesemuanya wakil dari kolej masing-masing telah mendapat nombor giliran, diri ini sahaja yang terakhir mendapatkan nombor. Sudah berada di pentas ketika itu, peserta pertama. Tiba masa diri ini pula, paling lawaknya, terlupa pula nak catwalk. Haha. Apabila turun pentas barulah teringat. Alamak rupanya tidak catwalk. Diri ini tidak sempat mendengar pula syarat-syarat walaupun aku telah melihat peserta lain catwalk dengan bergayanya. Walhal aku tahu perlu catwalk, dah orang catwalk, catwalk lah tu syaratnya. Mungkin, unconcious. Apabila nama diumumkan, terus sahaja diri ini berjalan ke pentas, lantas memegang mic. Diri ini pula tidak perasan dan muka bersahaja, rasanya Pengerusi Majlis mungkin pelik dengan tingkah saya. Lin yang memerhati dari bawah menyatakan selepas itu "Akak, masa akak pegang Mic, Mc tu macam nak suruh akak jalan". Saya pula boleh senyum dan tidak perasan masa itu. Pada kali ini diri ini, perlu menjawab soalan. Soalan itu perlu diundi. Aku mencabut undi ketika dipentas. Soalan pertama yang diterima ialah isu gejala sosial dan yang kedua isu Gaza yang sedang memuncak. Terus menjawab dengan yakinnya (Konon lah!) dan hati ke hati dan berharap pertandingan tetap pertandingan, utamanya ambil nilai itu paling penting. Diri ini berharap orang yang mendengar ketika diri ini bercakap, semoga mendapat sesuatu.

Selesai menjawab soalan yang diundi, pengerusi majlis sempat berseloroh menyatakan diri ini menjawab soalan seperti menjawab Bahasa Melayu Pro (Subjek universiti). Siapa nak buat esei boleh lah jumpa aku...Huu.huu..pandai pula bergurau.Isk..isk..Katanya yang sempat bergurau senda. Diri ini pula senyum macam tidak ada perasaan pula. Haih!. Pengerusinya, Roshada, rakan saya yang menjadi sekretariat yang perlu mengacarakan majlis tersebut. Diri ini dengan muka bersahaja turun ke pentas. Masa diri ini bercakap, aku lebih kepada nilai apa yang ingin sampaikan. Saya melihat juri sedang mencatatkan markah. Pertandingan itu tamat dengan diri ini orang terakhir bagi Pertandingan Busana Muslimah 2009 sempena Hari Terbuka Kolej. Selepas itu penyampaian hadiah. Nama demi nama dipanggil dan diri ini langsung tidak menjangkakan nama diri ini yang tempat pertama. Muka dengan rileks dan bersahaja naik kepentas menerima hadiah. Begitulah pengalaman hari itu.

Pengajaran bagi aku ialah, jangan tertidur lagi jika ada pertandingan. Jika ingin tidur, pesan pada rakan untuk kejutkan aku termasuk lah jika ada hari penting. Namun, bagaimana untuk menguruskan keadaan jika ingin cepat itu yang penting. Itulah sebuah pengalaman yang telah diri ini lalui. Sempat pula berseloroh dalam hati, jika ada uji bakat pengacaraan untuk pencarian pengacara dan busana muslimah majalah ke tv ke, sekurang-kurangnya apabila ditanya ada ke tidak pengalaman semasa temuduga, sudah pasti aku mejawab ada walaupun jika aku ini tidak menang. Haha..Berangan pulak. Menang itu bukan ukuran. Namun, yang penting kita melaluinya dan kita rasai perkara yang dilalui itu. Pengalaman makin menjadikan diri matang. Diri ini masuk pertandingan ini pun secara senyap juga. Budak rumah jer yang tahu dan rakan yang dekat. Diri ini, semester ini tidak lah terlalu sibuk dengan aktiviti, kerana sudah mendapat kad pencen dan bergerak apabila ada memerlukan pertolongan dan membantu di belakang tabir. Diri ini lebih sibuk kepada tujuan mengejar pointer kerana PNGK masih tidak memuaskan. Biarlah perlu disimpan kekuatan untuk itu di dalam hati ini.

Sukar untuk menceritakan betapa pentingnya sebuah pengalaman. Usahlah merungut ketika mendapat pengalaman yang sedih, sukar dan pahit kerana siapa kita hari ini ialah kerana sebuah pengalaman, masa dan sejarah. Hargailah pengalaman yang hadir. Rungutan itu sudah biasa jika sukar, itu pula sebagai luahan kerana luahan itu dan rungutan sememangnya normal. Kesimpulannya, kerana pengalaman begitu berharga kita makin ingin ke hadapan dan jika sudah ke hadapan perlu ditoleh semula ke belakang siapa kita sebenarnya. Ambillah setiap peluang yang hadir, kadang-kadang kekangan dan halangan timbul, namun, bagaimana untuk hold dahulu mungkin ada perkara dan pengalaman yang lain mendesak ingin muncul. Itulah ketentuan perjalanan Allah S.WT. Mungkin belum tiba masanya jika pengalaman yang kita terlalu inginkan itu tidak dapat dan belum lagi hadir, maka itu sudah ketentuan. Gambar sempat dirakamkan kerana pengalaman itu sangat berharga untuk diri ini.

Terima kasih ucapan tahniah untuk diri ini. Mesej dan ucapan daripada kalian saya hargai. Saya makin kenal siapa kalian, dan anda saya amat hargai. Saya mendoakan kejayaan kalian juga.

Hamper ini, bila balik rumah, aku suruh Dila yang rasmikan sempena Pertandingan Busana Muslimah 2009.Hehe

Inilah aku. Dah balik pun. Dila yang ambilkan gambar. Sudah comot.Garuk sana sini.Hehe

Ketika aku menulis blog ini, berhenti kejap pergi turun bagi duit baju PRS pada Abang Adam dan sambil tengok Hafiz Hamidun dan Aiman menyanyi di pentas kerana Majlis sedang berlangsung. Penat pula hari ini, malas turun sebenarnya. Esok pula aku akan lalui pengalaman baru lagi iaitu menyertai pertandingan Pencarian Guru Bitara UPSI. Tidak ada apa-apa persediaan, hanya hati ini sahaja berserah pada Tuhan bagaimana ingin melalui pengalaman esok hari.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42