Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, April 30, 2009

Bila Tangan Rasa Ingin Berdansa

Assalamualaikum.

Malam tidak ada apa nak tulis. Lepas balik taklimat ROS, terus jer tidur. Petang tu, sempat ke library kejap. Tajuk entri aku pun entah apa-apa. Di library, aku ada jumpa seorang budak Pendidikan Islam. Sembang-sembang dengan dia sekejap depan TV. Masa tu, dekat maghrib.

Aku : Cerita apa ni?
N : Ni cerita Ako Mustafa (panjanglah dia bercerita)
Aku : Tak pernah tengok cerita ni..tapi tengok kejap masa nak makan tadi dekat kedai makan tu,..
N : Aik, dia dah kawin bila pulak ni..
Aku : A'ah..cepat betul pulak,.dah kawin,..(main skip-skip pulak cerita ni- dalam hati)
N : Astaghfirullah,..kena tipu dah dia ni (Lisdawati)..
Aku : A'ah ni..kira dia kawin nak harta lah ni..bla..bla..
N : Lelaki ni kawin sebab mak dia..nak harta
Aku : (Senyap)..Eh, kalau nak semayang..turun lah bawah..
N : Ada surau ker?
Aku : Ada..kat bawah..
N : La..tak tahu pulak..memang ada yer..kat mana eh?
Aku : A'ah..ada..awak turun jer bawah,..nampak label, awak jalan jer..

Aku pun mula lah mengumpat sambil cakap tak puas hati time maghrib-maghrib ni. Sebenarnya ada jer surau kat library ni. Hari tu, saya ada tanya akak yang jaga bilik tesis tu, saya tanya ada surau tak kat sini..dia cakap ada kat bawah...saya pun turunlah nak g..tapi jumpa staff lagi kat bawah tu, tanya mana arah surau nya..dia senyap..kat sini tak da surau..saya pun senyap...last-last saya cakap..Cik, staff kat atas kata ada surau kat sini..staff lelaki dan perempuan tu saling berpandangan lah...senyap terus..dalam hati saya ni dah bengang..sebab dia cakap, belum buka lagi..tak rasmi ke apa tah dia cakap..dalam hati saya ni bengang sungguh, tempat sembahyang kena rasmi dulu ke baru boleh sembahyang..selama ni macam budak-budak UPSI tertipu pula. Punyalah MPP berusaha dengan manifesto untuk bukakan surau. Padahal surau dah ada...Itu sahajalah yang sempat dibicarakan.

Pada masa tu, aku ada tanya; Cik, kenapa orang kat atas tu cakap ada surau kat bawah?Aku tanya lagi,..Last-last, staff tu cakap..Pergilah, kat bawah tu...!Dah la muka pun macam tak puas hati jer cakap.Boleh jer nak main part ketidakadilan ni dengan aku. Mana adil, buka untuk staff UPSI. Aku dengan penuh bergayanya..ceh!Berjalan turun ke bawah,tidak ada sorang pun dekat situ hari tu..lengang..masa maghrib..rupa-rupanya aku masuk dalam tu...bersepah kain sembahyang, alat-alat make up staff..dengan pencuci muka, bedak, sikat rambut..dalam almari tu...setiap part ada alat-alat tu..Owh.,baru aku tahu rupanya..macam tertipu pun ada selama duduk di UPSI ni...punyalah penat, pelajar-pelajar UPSI nak sembahyang kena keluar jalan jauh-jauh ke IPSI dan surau An-Nur..Isk..isk...padahal boleh buat pahala sangat..tapi orang tak nak buat pahala. Masa aku duduk dalam surau tu..ada seorang staff lelaki masuk nak sembahyang kat ruang lelaki lah..Aku nampak dia takda lah tengok pelik pun kat aku ni.. Ok, jer..Tak tahulah mungkin dia tak tahu aku ni student kot,.dan jika dia perasan aku student pun..mungkin nak sembahyang tak ada orang nak halangnya..jimat masa, tak perlu jalan jauh-jauh, tak bazir tenaga..kan susah kalau malam-malam, time maghrib nak pergi jauh, malam-malam fikir keselamatan pulak. Aku sedar, punca utama pelajar tak nak ke library ialah masalah surau. Ada sesetengah yang aku jumpa kawan-kawan cakap susah nak sembahyang. Walhal, surau ada pun. Cuma untuk staff..dan staff haritu tak cakap pulak dibuka untuk staff. Maknanya, boleh student masuk. Jangan takut, kita tak buat salah pun. Nak sembahyang bukan buat jahat. Kalau orang luar datang macam mana agaknya? Ada beza ker tempat itu untuk staff dan untuk pelajar? Kerana untuk staff, kehendak mahasiswa UPSI 14000 pelajar terkorban; tak tahu pun ada surau dekat library. Tidak adil lah kan? Duit bayar maa...

Banyak jugalah sempat berbicara dengan budak tu,.jadi aku cakap, jangan takut pergi jer..Budak tu pun aku nampak jenis berani jugak gayanya. Kalau orang tanya awk, mana awk tahu ada surau, cakap ada staff bagitahu ada. Wakaka...Tak salah pun, kadang-kadang perlu juga jangan ikut peraturan sangat..kalau nak buat perkara baik ni...Apa yang aku belajar untuk subjek etika, tak semestinya orang yang langgar etika ni,.orangnya tak profesional. Aku rasa macam nak buat debat pulak dan nak lepaskan apa pandangan aku pada sesetengah staff ni. Apakan daya. Insan kerdil jer.

Masa aku solat dekat sana, ada seorang mak cik guard datang. Dia tahu aku student. Dia pun tanya, awak dulu kelab Sahabat ker?Aku pun jawab, yer..saya join kelab Sahabat. Kelab Sahabat tu, pelajar-pelajar UPSI yang membantu pihak library untuk pengkelasan buku-buku. Kebetulan pulak. Mungkin pada pandangan makcik guard tu, macam mana aku boleh ke surau tu, mungkin hanya budak kelab Sahabat jer tahu. Sudah lah, kalau bukan kelab Sahabat pun aku akan cari juga..yang pasti kebenaran tu yer...Bukan apa,..aku sensitif kalau part ada yang orang mentiadakan..dan aku jenis sensitif jika hak-hak itu tidak dipenuhi kerana tidak adil lah..kesian kat budak-budak UPSI, terpaksa berjalan jauh-jauh walhal surau ada. Entahlah, ni pendaman aku sebenarnya untuk diluahkan dan aku gembira sebab dah ada seorang pelajar yang tahu tentang kewujudan surau dan aku harap dia pun boleh beritahu rakan-rakan dia tentang kewujudan surau tu untuk kesenangan mereka. Kalau lah ada pihak staff librarian UPSI terbaca blog aku ni, aku harap boleh dengar lah pandangan dan boleh dibawa bicarakan. Aku bersedia untuk dipanggil sebab aku tahu rasionalnya dekat mana.Pandai-pandailah. Aku tak nak subahat, sebab aku dah nampak surau ada..jadi aku cakaplah..!Lagipun untuk kemudahan orang lain jugak. Memang kadang-kadang aku tidak suka ikut peraturan' pada peraturan yang tidak logik dan tidak masuk akal. Macam UPSI ni nenek aku punya..Haha..Lantaklah orang nak label apa pun..Aku rasa peraturan itu logik, barulah aku ikut. Aku ucap terima kasih sangat pada Kak yang jaga bilik tesis yang baik itu kerana bukakan jalan..dan mungkin Allah gerakkan bibir dia untuk mengatakan bahawa ada surau walaupun dengan sebaris ayat (Ada ramai staff,tapi bukan staff yang garang tu erk, dia jaga sampai nak maghrib jer kat bilik tesis) . Aku doakan dia kerana kata-katanya " Ada surau kat bawah" itulah yang kebenaran dapat ditemui dan memudahkan untuk kegunaan orang lain. Dapat pahala kak atas pertolongan!

Persoalan aku:
1. Kenapa surau ada,tapi hanya untuk staff?Untuk kemudahan staff sahaja ker, sedangkan, saya tengok tak ramai staff pun ke sana ketika itu. Daripada biar kosong, baik pelajar UPSI guna.. kan?
2. Tidak ada label pun yang mengatakan surau itu untuk staff.
3. Kata..surau belum dirasmikan/dibuka?Kenapa alat make-up staff UPSI berlambak?Kain sembahyang pun berlambak?Saya tak reti nak bezakan ke tempat tu dah digunakan lama atau tidak?Rasanya sudah lama digunakan bila tengok keadaan surau tu.
4. Perlu ke ada label surau untuk staff sahaja sebab, nak sembahyang tak kira siapa pun kan?Perlu ker?
5. Perlu ke dikeluarkan kenyataan library "surau belum dibuka" sedangkan korang sudah berzaman menggunakan kemudahan surau tu? Pastu, bila boleh buka untuk kemudahan ramai?
6. Adil ker surau untuk staff UPSI sedangkan penat pihak MPP perjuangkan untuk dibukakan surau. Nak kata tak siap, apa pasai kain sembahyang berlambak..dah macam lama jer digunakan..kat luar jer yang masih ada konkrit..tu pun cleaner dah bersihkan..
7. Selama ini, seolah-olah hak kehendak pelajar yang utama itu tidak dipenuhi kerana dikaburi oleh sesetengah yang menggunakan kemudahan untuk diri sendiri. Kalau ikut teori Silang Budaya ni, korang yang kaum minoriti bukan kami yang 14000 orang. (Tidaktermasuk yang bukan beragama Islam). Patutnya, korang yang perlu didiskriminasikan bukan kaum majoriti..Wah gitu!(Buat nada menyentap)
8. Kapasiti 14000 orang mampu untuk perjuangkan kehendak mereka dan pihak librarian nisbah kecil jer,..walaupun kuasa pengurusan terletak pada kalian dan kalau pada titik rasional, kami menang. Hahaha..(yang pasti bukan nak menang okey, hak dan keadilan itu penting).
9. Kenapa berlaku percanggahan, sebab ada staff yang cakap ada dan ada yang cakap tiada surau? Ragu neh..timbul tanda tanya..
10. Yang last ni harapan aku, moga Tuhan gerakkan tangan individu terbabit untuk menaikkan memo di hadapan pintu masuk library " Surau disediakan,@Surau dibukakan "(dah cakap belum buka kan...?).Huhu..sebab pelajar UPSI ada takut-takut nak ke sana sebab tidak ada memo, takut kena tangkap. Itu kata kawan aku, apabila aku cakap, kat library ada surau dan kata mereka, mereka itu berperaturan. Ikutlah kalau yang pesen macam tu. Itu bukan persoalannya, yang penting surau itu wujud.

Maklumlah, alam debat sudah ditinggalkan. Sebab tu, gian nak persoalkan kerasioanalan. Pandai-pandai jer aku ni kan..macam nak rasmi surau pulak..Harhar..dah takda orang nak nyatakan dan rasmikan kewujudannya..Baik aku cakap..kalau tak..pelajar-pelajar UPSI bawak tongkat walaupun mata celik.

Sambung balik apa perbualan kami.Hehe

N : Awak, saya nak pergi ni..
Aku : Awak pergi jer..jangan takut..
N : Ok, saya nak gi ni..senang sikit nak sembahyang..

Selesai sahaja kisahnya.

Itulah perbualan kami hari ini. Itu sahajalah. Jadi, jangan takut yer dengan pengurusan. Nak sembahyang jangan pikir payah-payah. Jangan takut okey, nak guna kemudahan yang sedia ada tu..

Sambung cerita lain pula. Ni syahdu sikit. Aku kenal seorang senior melalui blog, iaitu dari blog Dr.Jazimin. Mungkin melalui pesanan yang aku tinggalkan pada Dr.Jazimin, dan katanya dia lihat perbualan aku di chatbox dan dia pun klik lah untuk view blog aku. Dari situ, kami saling mengenali hingga ke perbualan YM. Aku syukur sangat, dipertemukan dengan K.Ina. Senior aku yang berasal dari Johor. Kami share banyak perkara dan banyak persamaan dalam melalui kesukaran kehidupan. Dia seorang kaunselor yang aku sangat tabik dan aku hormat sebagai seorang kakak. Sedihnya lagi, dia membantu aku dalam perkara yang aku perlu rahsiakan. Mulianya hati dia..Aku YM dia pun menangis-nangis. Pada hari peperiksaan, kata-kata semangat daripadanya amat aku hargai. Ketika kemalasan dan tiada motivasi diri, aku luahkan dalam YM, dan aku ucapkan terima kasih padanya sebab memahami aku. Gembiranya aku, apabila katanya, " Akak harap sangat dapat jumpa adik Ahad ni..bla..bla.."Esok dia akan datang ke Tanjong Malim dan kami akan jumpa. Kiranya first date esok.Hehe..

Masa dia belajar kat UPSI

Terima kasih Kak Ina

Terima kasih.

Monday, April 27, 2009

Menyelami Minda Muda

Saifuddin dengar idea bakal pendidik

26 April 2009, Tanjung Malim - Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan mengejut ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada tengah hari. Beliau kemudiannya mengadakan dialog dengan para pemimpin mahasiswa UPSI selama lebih sejam tanpa kehadiran mana-mana pegawai atasan universiti. Saifuddin telah memberi ruang kepada pemimpin mahasiswa menyatakan segala pandangan dan masalah mereka terus kepada beliau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah seperti isu bayaran PTPTN, kad khas pelajar dan usaha-usaha memantapkan kursus-kursus kepada bakal pendidik.

Saifuddin berkata bakal-bakal pendidik di UPSI membuktikan bahawa mereka memang prihatin dan mempunyai idea bernas untuk masa depan negara terutamanya tentang bidang pendidikan. Saya amat gembira dengan pertemuan ini dan saya lihat mereka tidak segan silu menyampaikan rasa hati mereka. Sementera itu, saudara Arif bin Mohamad, exco Akademik dan Kerjaya berpendapat bahawa ini adalah pemurniaan kepada gerakan mahasiswa di negara. Saifuddin pernah berada dalam gerakan mahasiswa dan beliau faham apa yang diperjuangkan. Warga mahasiswa mengalu-alukan pendekatan baru dan tidak formal seperti ini.

Pertemuan sebegini adalah sebahagian daripada program khas beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu 3M (MENYELAMI MINDA MUDA). Sebelum UPSI, Saifuddin telah bertemu mahasiswa UPM, UKM, UTM dan UM dalam tempoh 14 hari pertama di KPT. Beliau meletakkan sasaran bertemu dengan mahasiswa setiap hari dalam 30 hari pertama di KPT. Beliau menambah, selepas 30 hari, saya akan menyusun pendekatan-pendekatan seterusnya bersama mahasiswa. Sekarang adalah masa bertemu dan mengenali kehidupan kampus mereka.

Beliau telah melawat Bitara Siswa di UPSI diringi oleh mahasiswa di sini selepas merasmikan Majlis Konvokensyen Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.

http://www.saifuddinabdullah.com.my/new_news_program_3m_bukti_pemurnian_gerakan_mahasiswa.htm

Sunday, April 26, 2009

Khas untuk Kak Siti


Gambar atas ni, snap dari internet, tapi resepinya sedikit sebanyak yang saya cuba K.Siti. Kalau tak sedap tak tahulah..huhu..

Assalamualaikum.


Malam ini aku hanya ingin menunaikan janji pada kak Siti ( blogger yang best masak-masak). Haritu sembang-sembang dengan K.Siti pasal Tom Yam Thailand. Saya cuba yer K.Siti. Ni yang sempat belajar dari Mak Cik saya (
pemilik Restoran Arafah, Jalan Hospotal, Kota Bharu). Masa tu cuba-cuba tengok juga dekat dapur apa yang tukang masak letak. Rasanya K.Siti terer masak benda ni, atau dia saja-saja suruh saya kot!

Resepi/ Bahan:

1. 500 gram ayam/sotong/ udang/daging
( Ikut sukalah lauk apa, nak makan banyak buat lah banyak.Hehe).
2. 3 batang serai dititik
3. Pati Tomyam
( Pati ni ada yang dah siap. Kat dapur mak cik tu, 1 gelen K.Siti. Dibeli dari Thailand, bawa masuk Malaysia pun sorok-sorok, sebab barang kawalan - Mak Cik cakap) Tak tahulah mana istimewanya pati dia ni sebab rasanya bahan dia- lada kering, dan bawang, dan sedikit belacan yang dimesin rasanya.
4. 4 Ulas bawang putih yang diketuk
5. Bawang besar (ikutlah potong bulat ke, serong-serong ke)
6. 5 helai daun limau purut (ikut suka banyak mana)
7. 1 biji limau nipis
(saya suka masam, jadi taruk banyak-banyak - 1 biji ni perah untuk 4 orang makan)
8. 1 pohon daun ketumbar dan 1 pohon daun bawang
(potong kantang-kantang tau- best bila gigit)
9. Susu cair

10. 1/2 batang Lobak Merah
(potong jadi bunga/ berlekuk-lekuk pun cantik)
11. 2 biji tomato
(potong serong besar-besar)
12. 100g bunga Kobis
(letak banyak best juga ni- tapi biasanya letak sikit, kalau kat kedai dia letak 3,4 kuntum jer sebab tuan kedai budget..hehe)
13. 20 biji cili padi
(ketuk jangan bagi hancur, gitu-gitu jer)
14. 2 inci lengkuas muda (dihiris nipis-nipis)
15. 2 sudu besar minyak masak
16. Air 5 gelas
(ikutlah nak banyak mana, rasa nak kuah banyak letak lah 1 gelen air pun..hehe, kalau dah ada air tos ayam lagi elok).
17. Sos Tomato
(kalau nak bagi pekat- dalam dua sudu pun ok jugak), tak letak pun takper)
18. 5 kuntum cendawan
(Ikut banyak mana)

Rasanya, itu jer bahannya K.Siti. Ops! Ada 1 lagi yang terlupa. Periuk.Hehe..Panaskan periuk dan masukkan minyak dan lemparlah bawang putih yang diketuk dalam kuali. Hehe..ganas tul..(buat gaya lempar cakera) . Naik bau jer, masukkan air tos ayam ke..ataupun..masukkan air dan letakkan ayam tadi. Lepas tu, masukkan serai, lengkuas muda dan pati tomyam dan sos tomato (nak letak@tak nak pun tak per). Biarkan menggelegak dalam 10 minit. Lagi lama lagi kaw..jangan sampai kering udah ler..kalau tak, tak berkuah pulak.Hehe. Lepas 10 minit, masukkan, bunga kobis, dan lobak merah. Lepas 2 minit, campak pulak cili padi yang diketuk dan barulah cendawan (sayur akhir sebab nak bagi fresh). Lagi banyak lada lagi berasap K.Siti!Tunggu kejap, lepas tu masukkan daun limau purut yang dibuang ira/urat tengah, kalau masukkan sekali, jadi pahit pulak dan bawang besar sekali yer. Biarkan menggelegak dan sambil tu, hirup bau..letaklah perasa dan garam. Bila angkat, masukkan perahan limau nipis dan barulah tuang sedikit susu cair serta potongan daun ketumbar dan anak beranak daun bawang ditabur dan kalau ada kicap sotong dari Thailand, letak la 2, 3 titik. Ok, dah siap K.Siti...Selamat mencuba!Sedap bila demam ke, petang-petang ke...makan tomyam.

Itu sahajalah k.Siti. Tidak pelik pun resepinya. Saya yang sepatutnya menuntut dengan K.Siti. Ok, nak jawab terus sebab ada pertanyaan tentang tomyam putih pula, kalau nak tomyam putih, jangan letaklah pes/pati tomyam tu,.merah sebab cili kering jer. Jadi, tak yah letaklah benda alah tu dan teruskan jer dengan next step tadi serta susu pun tidak payah letak kalau nak buat tomyam putih.

K.Siti, bila dah buat, saya nak tengok gambar hasil menunya yaa! Minta maaf lambat papar resepi tidak seberapa ni K.Siti. Nanti, saya free nak bagi resepi Thailand yang saya suka makan untuk K.Siti cuba "Keng Som" pulak.
Selamat mencoba!Hutang dari K.Siti telah saya lesaikan...hehe

Friday, April 24, 2009

Kapasiti dan Keupayaan Pemikiran

Assalamualaikum.

Hampir seminggu tidak blogging. Selesai sudah 1 subjek untuk peperiksaan akhir semester ini. Masih berbaki 5 subjek iaitu Kaedah Penyelidikan, 4P, Kaunseling Kelompok, Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling, dan Etika Kaunseling. Tidak ada sebarang komen untuk subjek itu. Hanya yang mampu, aku berdoa dan berserah pada Tuhan. Namun, aku macam tidak ada perasaan dan aku berharap untuk subjek itu berlaku keajaiban. Soalannya sukar dijangka dan aku pula memberi jawapan yang tidak dijangka semuanya berlaku dalam sekelip mata. Berserah dan berserah serta pasrah.

Cuma aku ingin menulis sesuatu. Sebenarnya dari semalam aku berfikir tentang perkara ini iaitu semasa aku ulangkaji subjek Silang Budaya iaitu berkait dengan keupayaan dan kapasiti pemikiran. Tidak ada kena mengena dan tidak berkait pun dengan subjek tersebut. Aku juga memohon sesiapa yang membaca entri ini boleh memberi penjelasan kepada aku. Aku berfikir dan terus berfikir tentang perkara ini dari semalam. Aku tidak pernah berhenti berfikir dan hingga saat aku menulis entri ini pun aku berfikir dan berfikir tentang perkara ini. Sebenarnya, semalam aku berniat untuk menulis entri ini, tetapi aku tangguhkan dahulu kerana banyak lagi perkara yang utama perlu diutamakan. Meleret-leret pula, kena cutting off ni. Kembali fokus pada topik.

Mengapa sekarang sukar untuk mengigat? Apakah faktornya? Dulu kuat ke mengingat? Sekarang? Mengapa terjadi? Di mana silapnya? Banyak dosa? Gangguan apa? Amalan mengigat makin berkurang ke? Itu persoalannya. Persoalan-persoalan ini membuatkan akui ngin mencari kebenarannya. Ya!Memang jawapan itu ada cuma aku ingin kebenaran yang pasti bukan diukur dengan skala yang subjektif tetapi konkrit! Seksa sebenarnya menanggung benda ini. Kenapa payah sangat? Adakah sebab aku demam 2, 3 hari lepas? Demam punyalah teruk jugak. Strepsil satu bungkus, nak masuk dua bungkus, tekak punyalah kaw-kaw sakit, suara srak kalah Ella. , pergi klinik UPSI, amik engkau doktor bagi 1 beg ubat, termasuk ubat batuk dan ubat selesema. Huhu. Orang tengok aku, ke hulu- ke hilir macam tidak demam. Malam jer, habih lah berbungkus selimut. Sejuk sikit pun tak boleh. Kalau panas pula, macam nak tut jer.Huhu. Banyak macam sungguh. Apa kaitan dengan keupayaan pemikiran. Ishkk..

Kapasiti dan keupayaan pemikiran dahulu dan sekarang berbeza? Apa bezanya? Ya! Memang berbeza! Dahulu mudah sangat mengigat. Alangkah bagusnya jika kembali kepada zaman itu!Tapi the now! Dulu,.dulu lah,.sekarang,.sekaranglah! Apa yang menganggu sebenarnya pada aku. Benda baru nak masuk ke yang jadi berat sangat otak aku ni..Waduh! Dulu baca jer, sekali harung aku dapat scan apa kandungan dalam buku, cepat tangkap!. Kadangkala terfikir banyak kali, macam mana aku nak sambung belajar kalau sekarang mula rasa kelainan ni. Jangan biarkan aku rasa berputus-asa untuk sambung belajar sudahlah! Kalau lecturer cakap 1 aku dah boleh fikir capahan-capahan yang lain. Ting! Dapat idea terus macam air mengalir. Sekarang, pula aku rasa aku perlu banyak sangat berfikir, kena tunggu barulah boleh angkat tangan untuk cakap. Kalau tak cakap, aku unfinish! Sebab unfinish lah yang menguntungkan; sebab itu membuatkan usaha aku untuk juga berfikir daripada tidak berfikir langsung. Waduh! Sekarang aku dapat rasa macam ada karen, yang tersekat-sekat. Analoginya, kalau wire elektrik tu macam bunyi terbakar lah kot!Krek..krek..Huhu (sound effect gituh!). Ada juga teknik aku usahakan, imgery lah, meditasi lah apa yang aku belajar untuk klien, aku pula praktikkan untuk baik pulih pemikiran aku ini. Sekarang, aku macam mekanik otak. Jangan makin aku baiki, makin jadi lain sudah lah!!Pentingnya, aku ingin kembalikan frekuensi kelajuan berfikir seperti dulu.

Usaha dan teknik untuk seperti dulu perlu dilakukan. Sebab jenis aku, bukan tengok dan sekadar tengok jer, ada sahaja aku akan fikir. Dulu, tengok sebatang pen pun aku boleh tafsirkan pelbagai andaian tentang pen. Senang cerita, kalau beri aku sebatang pen, aku akan huraikan 5 helai kertas apa pandangan aku tentang pen. Sekarang, berikan aku sebatang pen, aku ingin hurai pun macam tersekat-sekat. Hurai yang aku maksudkan itu, maknanya berfikir. Bukan menulis. Semasa menaip entri ini pun, botol air sebelah aku, tengok dan tengok jer...bukan aku nak berfikir pun. Apa masalah sebenarnya. Dah tahu masalah, carilah penyelesaian mok cik!!!!!!! Dulu imiginasi kuat. Sekarang imiginasi kurang. Yer ker? Pernah aku cakap pada kawan aku. Kawan aku pula, cakap dia macam tu jugak. Waduh! Susah nak cari jalan penyelesaian ni duk tanya orang yang sama keadaan. Masalahnya, keadaan aku tidak sama keadaan dia. Waduh..waduh...!

Tengok sesuatu mudah dapat tangkap, sekarang susah pula. Siksanya kan?Barulah aku paham, kalau orang hilang ingatan ni macam mana dan apabila orang kena gangguan berat macam mana. Aku rasa berat lagi bebannya. Kaitan pasal laptop, memang aku terfikir juga. Otak aku ibaratkan kapasiti laptop yang menyimpan segala data. Kes aku pula lain, macam kosong. Bila orang tanya aku jawab, tapi jawab aku macam tidak best! Harap paham lah korang yang baca apa yang aku tulis ni. Sebenarnya, aku kena usaha semula, usaha macam mana ingin latih otak aku untuk berfikir semula. Cepat dan tangkas berfikir ni sememangnya kena latih pemikiran untuk berfikir. Namun, makin banyak belajar memanglah makin banyak tidak tahu. Dulu, aku boleh susun maklumat dalam pemikiran aku menggunakan teknik tersendiri iaitu file tegak dan file mendatar. Sekarang? Ke perkara ini merupakan situasi normal? Bagi jawapan pada aku sesiapa yang membaca entri ini. Semalam, aku teringat pula keadaan ayah aku. Ayah aku bakal masuk usia 46 tahun bulan 9 nanti. Macam-macam teringat.

Aku tahu cara untuk latih diri aku balik untuk berfikir. Sebenarnya kekuatan suka soal diri itu yang menyebabkan aku rajin berfikir. Maklumat ada, tapi tidak diproses kaw..kawW! Jadi, aku kena usaha latih berfikir balik, agar kapasiti pemikiran aku perlu digunakan sebaik-baik yang mungkin dan dengan berkesan. Aku harap Tuhan tolong aku kembali dan aku sedar mungkin kesilapan aku pada dia juga. Ya, setiap apa yang berlaku, perlu kaitkan dengan ilmu Tuhan dan kejadian yang Dia cipta. Insyaallah, aku usahakan. Aku tidak mahu, makin meningkat usia, makin tidak menggunakan kapasiti pemikiran. Lagi banyak berfikir lagi awet muda sebab dendrit otak makin mencapah; makin digunakan dan merangsang pertumbuhan pemikiran.

Jika ada jawapan, berikan jawapan dan pandangan. Aku ingin menulis lagi pasal entri ini, tapi perlu berhenti sebab maghrib perlu diselesaikan.

Bersambung pula. Semasa ingin mengambil air sembahyang tadi, aku teringat kata-kata cikgu aku berkait dengan pemikiran ni. Ketika itu, aku di tingkatan 6.

Cikgu Mad : Afiti, berfikir ni kena pada-pada jugak. Jangan fikir terlebih fikir. Lain jadinya.
Aku : Hah..bakpo cikgu..?
Cikgu Mad : Yo la..kena fikir pada-pada dengan umur awok jugok.. (Sambil melihat kertas jawapan aku).
Aku : Tunduk..diam..(Aku paham apa yang dinyatakan...ada ke orang suruh anak murid had kan pemikiran, patut nya suruh forwardkan kan..?) - (Terima kasih cikgu, aku paham sekarang kenapa dan sebab apa).

Masa aku di tingkatan 6, Cikgu Mad mengigatkan aku. Sekarang aku dapat antara jawapannya. Mungkin Tuhan sudah aturkan untuk aku jalan yang terbaik. Terima dan refleksi ke atas diri secara positif. Pengajaran sudah ada di depan mata. Bila perlu, kita berfikirlah, kerana pemikiran perlu ada rehat juga. Jika tidak, aku akan seperti insan yang aku sayang. Mungkin, pemikirannya luar biasa menyebabkan orang menganggapnya luar biasa juga sekarang. Apabila idea self terlebih daripada real self, lain jadinya. Sebenarnya, ini anugerah Tuhan untuk aku, dan juga signal untuk aku. Sebab itu, Tuhan berikan karen..krek..krek..itu sebab pengajaran sudah ada di depan mata dan jawapan juga cikgu aku telah ingatkan. Berfikir kritis dan kreatif memang digalakkan sangat-sangat tetapi, baru aku faham kenapa berfikir perlu juga berpada-pada. Terima kasih banyak-banyak dan usaha untuk aku berfikir itu perlu dan apa yang boleh aku nyatakan dan perlu realistik. Terima kasih Tuhan kerana ingatkan aku pada kata-kata cikgu aku, dan aku tidak perlu risau kerana hikmahnya sangat banyak dan aku juga perlu ambil kisah kerana memang rasa tidak kena jika tidak berfikir dengan kapasiti yang berkesan.

Kesimpulannya, usaha untuk kreatif, kritis memang perlu tetapi kuasa Tuhan kita tidak boleh langkau dan berfikirlah untuk sesuatu kerana itu anugerah pemikiran. Ayuh kita gunakan pemikiran dengan berkesan dan sama-sama berusaha. Jika sesiapa ada pandangan, boleh berikan.


Saturday, April 18, 2009

Harta

Assalamualaikum.

Jam 1.oo pagi. Baru sahaja menyelesaikan kelompok maraton. Aku dan beberapa rakan membantu Aida untuk menyelesaikan kelompok maraton pada pagi ini. Pulang sahaja, sempat menghabiskan makanan petang tadi yang masih belum makan untuk malamnya. Sekarang jam 2.00 pagi.

Apabila direfleksi balik, kata-kata terakhir yang aku tinggalkan untuk kelompok sebenarnya kata-kata luahan dari hati berkait dengan harta diri. Namun, masih menjadi kerahsiaan kerana apa yang aku ingin kongsikan bukan berkait dengan kelompok. Itu paling penting.
............................................................................................................................................
Apakah harta bagi diri anda selain maruah diri?

Mungkin pelbagai andaian dan pandangan daripada setiap individu apakah harta bagi diri melainkan maruah? Mungkin harta setiap manusia itu berbeza. Mungkin ada yang menyatakan harta paling berharga untuk diri ialah ibu bapa, kasih sayang, kekuatan, keseronokan, cabaran dan segalanya. 100 orang jika ditanya, mungkin 100 jawapan yang saya akan peroleh. Ingin saya ulaskan sedikit berkait dengan harta terbesar dalam diri yang mungkin kita terlepas pandang.

Apakah sebenarnya yang saya maksudkan dengan harta?

Harta tersebut ialah rahsia diri. Mengapa saya menganalogi rahsia sebagai harta? Kerana kekuatan rahsia menjadikan seseorang itu bernilai. Berapa skala untuk mengukur nilai harta? Itu yang menjadi persoalannya. Namun, jawapannya mudah, iaitu sejauh mana diri menghargai harta tersebut. Sebenarnya, banyak harta kita telah kita jual dan gadaikan untuk orang lain sehinggakan tiada lagi harta untuk diri sendiri sedangkan harta itu boleh kita simpan dan mungkin boleh memberi keuntungan pada kita jika kita laburkan dalam bank diri. Memang benar, setiap permasalahan kita boleh kongsikan dengan orang lain. Namun, sejauh mana dalam kehidupan kita, kita ingin jual semua harta kita sehinggakan kita tidak ada apa-apa harta untuk diri. Adakah saya seorang yang perahsia apabila saya menganalogikan bahawa saya memandang rahsia sebagai harta? Tidak kerana saya juga jenis suka berkongsi. Walaupun suka berkongsi, masih ada harta yang saya simpan untuk dijadikan kekuatan untuk saya juga kerana harta itu perlu saya laburkan demi keuntungan diri saya juga.Keuntungan yang saya konsepkan ialah keuntungan balasan daripada Tuhan. Jika semua harta kita, kita gadaikan untuk orang, dan diri kita sendiri pula yang sengaja menjual harta tersebut sememangnya rugi kerana kita telah muflis dan tiada apa-apa keistimewaan pun dalam diri kerana harta kita telah habis. Kayanya seseorang kerana harta yang banyak, jika dilihat pada zahirnya dan bagaimana seseorang itu memanfaatkan harta pada jalan yang berkat? Samalah juga dalam konteks menjaga harta diri dan bagaimana menunggu harta tersebut mendapat balasan daripada Tuhan iaitu dengan bersabar sahaja dan berdoa serta berusaha dalam mendapatkan ganjaran daripada Allah.

Apakah risiko menggadaikan harta?

Pertamanya, risiko menggadaikan harta iaitu, bertambah hutang. Harta yang tiada menyebabkan kita bermasalah. Dalam konteks perhubungan dengan manusia pula, semua rahsia diri diceritakan pada orang, kita akan berisiko untuk lebih rugi kerana tidak semuanya rahsia diri kita akan dipegang oleh orang lain. Mungkin risiko untuk orang lain merugikan diri kita itu ada. Jadi, dalam pergaulan wajib untuk positif pada orang cuma perlu ada berhati-hati kerana tidak perlu semua masalah diceritakan pada orang. Dalam kaunseling pula, memang benar masalah perlu diluahkan, cuma perlu mengambil kira adakah orang yang kita luahkan itu dan orang yang mendengar masalah kita itu orang yang tepat? Itulah antara faktor risiko yang perlu diambil kira. Rahsia peribadi pula, biarlah diri sendiri yang lebih mengetahui. Banyak perkara dalam hidup kadangkala membuatkan saya sendiri juga berdiam kerana daripada pengalaman saya, seorang yang ekstrovert dan suka berkongsi, nasib baiklah ada harta yang masih saya jaga sepanjang hidup saya. Mungkin Allah turut sama menjaga harta tersebut.

Mengapa saya menulis entri ini?

Disebabkan pengalaman yang dikongsikan dan itulah kata-kata semangat untuk kawan saya berkait dengan rahsia. Mungkin, entri ini juga pesanan untuk diri saya. Kadangkala, lebih banyak berfikir itu lebih baik daripada berkata-kata kerana anugerah untuk berfikir menggunakan kognitif lebih hebat daripada berkata-kata yang hanya menghilangkan gema kekuatan akal untuk berfikir. Tidak semua perkara kita boleh kongsikan dengan orang selagi seseorang individu tidak bersedia dan jangan pula terlalu bercerita hingga tiada harta dalam diri. Entri ini, sekadar ingin berkongsi dan untuk peringatan diri dalam melalui kehidupan kerana perjalanan masih panjang dan sememangnya kita perlu berhati-hati pada banyak perkara terutamanya berhati-hati dengan Allah.



Gambar tidak berkaitan. Sengaja letak sesuka sesuki diri.

Sekian Terima kasih.

Thursday, April 16, 2009

Akhirnya

Alhamdulillah.

Hanya tinggal modul dan edit sahaja lagi. Semuanya kerja dipermudahkan kalau betul-betul nak buat. Kalau dah mula buat, akan terus buat. Kalau malas, jangan sapa suruh pun tak makan saman nak buat. Itulah aku. Selesai bab tiga hari ini. Kebetulan pula, Dr. N cakap hantar hari khamis minggu depan. Terkejut pun ada. Alhamdulillah. Nangka jatuh ke riba. Sekarang aku kat surau library. Tidak ada orang takut juga, nasib baik ada laptop boleh belek tugasan sikit sambil tunggu maghrib. Kejap lagi pukul 8 ada kelas ganti Cik Nani. Lecturer yang suka aku soal dan lecturer yang suka soal aku balik. Mula-mula hari tu, awal kuliah pertama macam-macam kerenah rakan sekelas termasuk aku, macam mengantuk jer. Minggu kedua ke kelas, aku cuba amati pengajaran dia. Wah, best rupanya!Aku sahaja yang tidak sedar. Cara dia bercakap, ulasan nampak lembut, tapi sebenarnya, bermakna. Rugi kalau aku terlepas pandang. Itu kata dalam hati aku. Biar apa orang kata, tak boring ker apa ke,..tapi hati ini tetap mengatakan rugi kalau terlepas pandang. Dia suka mendengar pendapat pelajar. Malam ini, kelas akhir untuk subjek Silang Budaya. Semester depan, ura-ura dengan Cik Nani lagi untuk Subjek Kaunseling Islam. Harapnya lah. Harapnya sempat sebab dengar kata dia nak sambung belajar di UK pula UPSI nak hantar.

Aku macam nak asma jer. Pernah asma ker? Pernah sekali sebab terbau asap. Tekak rasa perit, mungkin nak demam ni. Rasanya lah. Final 24 hb. April 2009 - 7 Mei 2009. Semester depan dah semester 7 dan lepas tu, sem 8. Boleh percaya ker? Macam tidak bersedia jer nak pergi ke lapangan sekolah sebabnya rasa ilmu tidak cukup di dada. En.Aziz cakap masa dalam kelas, kalau rasa tak cukup bersedia lagi, baik sambung belajar. Keperluan fisiologi pun perlu juga. Kerja = pendapatan. Serah pada Tuhan lah. Rancang dalam fikiran dan usaha sahajalah apa yang berlaku.

7.27 p.m

Wassalam.

Wednesday, April 15, 2009

Impian Cukup Besar Hajat Belum Sampai

Assalamualaikum.

IMPIAN DAH CUKUP BESAR, HAJAT JER BELUM SAMPAI. Banyak hal berkaitan dalam diri kalau dilihat pada frasa itu. Frasa itu aku terbaca dalam blog berpetualangkeuk.

Tadi aku ke kelas lambat sangat. Sekarang rasakan lagi, hari tu pelajar PRS buat kat aku, sekarang aku pula yang silapnya. Aku menyesal betul kelas Dr.Nasir aku datang lambat. Malu sebenarnya kerana dia penyelia aku untuk proposal. Aku bagun pagi tadi, aku pun hairan macam mana aku boleh tidur balik. Aku berdosa dengan Tuhan, subuh gajah!Aku tidak sedar langsung itu yang menjadi masalahnya. Roh aku naik ke langit tidak turun-turun sebab belum masanya kot!Tengok jam dah 8.45 a.m. Aku terus bangun.Kelam-kabut perasaan aku. Baju tidak bergosok lagi, mandi pun tidak lagi. Aku masuk bilik Zeti, aik..ada rupanya. Tak pergi kelas?Ke tidak ada kelas?Aku call Iman. Iman cakap ada kelas. Ramai yang tidak hadir. Aku kena hadir juga sebab ni kelas terakhir. Aku bersiap-siap selesaikan urusan aku dengan Tuhan. Unifinish giler!!!!!!Menyesal tahap gaban. Apa yang nak dikesalkan? Sikap?Terlajak tidur?Iman makin berkurang?Ujian Tuhan?Kelas 8.00 a.m hingga 11.00 a.m.Gila lah perangai aku! Aku kejutkan Zeti, katanya sakit perut pagi tadi sebab itu tidak pergi. Aku dengan dia terus bergegas. Apapun, banyak sangat pengajaran berlaku. Mungkin semalam seharian kepenatan sampai tidur pun tidak sedar.

Pengajaran apa yang berlaku hanya aku yang tahu, semoga hari ini masa yang ada lebih baik dari pagi tadi.

Impian dah cukup besar hajat sahaja belum sampai.
Impian dah cukup besar hajat sahaja belum sampai.

Masa itu akan tiba cuma masa itu kita tidak tahu bila Allah nak berikan.
Masa itu akan tiba cuma masa itu kita tidak tahu bila Allah nak berikan.

Kena berbaik dengan Allah. Dahlah hari ni buat kesalahan dengan ALLAH dah..
Tidak ada orang lain yang boleh ampunkan melainkan Allah!

Hurm,...hajat dah cukup besar, masa jer belum sampai.
12 Mei 2009 cukup lah nanti usia aku 23 tahun maka semoga hajat makin dekat.

Nanti

Assalamualaikum.

Bagi salam kat blog bukan ada orang pun dalam blog. Hehe.Nak siapkan proposal. Seharian kat bilik tesis ni. Bosan dah mengadap laptop. Kisah proposal ni macam-macam. Puas berjumpa KJ merangkap penyelia aku, Dr.Nasir,. last sekali jumpa Dr.Jazimin 3 minggu lepas berbincang kesignifikanan tajuk aku. Cadangnya kelompok bimbingan, balik rumah, terfikir pulak baik aku buat modul. Akhirnya, aku cipta modul sendiri. Sem depan, buatlah program untuk test modul ni. Aku pun tidak tahu nak letak nama apa modul aku tu. SMART pun SMART lah. Kesan Modul Bimbingan Kerjaya (SMART) terhadap kesedaran pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar SMKA Slim River. Experimental research. Balik kul 11.30 malam nanti, aku sambung

P/s- Fuh mamat hensem tersepak aku nyer chager laptop.Hahaha. Ops..Astagfirullahalazim...

Ok bersambung. Otak rasa ting tong juga. Hari ini aku kejar sudah 1 bab. Rasa macam nak muntah pun ada. Perkara yang aku paling tidak terduga. Dalam bilik tesis, aku duk depan laptop. Aku nak betulkan tudung, aku on lah web cam. Pastu aku senyum sorang-sorang depan laptop. sambil amik gambar. Balik jer, ada orang tegur kat YM. Dia tanya kenapa aku senyum sorang-sorang depan laptop. Malu tahap dewa aku.

wakroon wakroon: salam..
wakroon wakroon: fiti..
nama saya insan biasa: wsalam abg
wakroon wakroon: nape ko snyum sorg2 td dpn lptop kt lebry..ek
wakroon wakroon: mcm scizo plak abg tgk
wakroon wakroon: hahha

Gitulah ceritanya. Malu betul aku. Aku tak perasan pun senior aku ada dalam bilik tesis tu. Waduh. Tobat lepas ni nak make up tudung and amik mood pun kena chek line. Aku balik lambat.Apapun aku sedikit gembira sebabnya, aku dah nak masuk bab 3 masa aku balik ni. Alhamdulillah. Hanya 1 bab sahaja lagi. Sekarang baru masuk muka surat 38. Satu bab sahaja lagi. Doakan aku. Jangan bunuh semangat aku.

Kisah lagi. Aku tertinggal payung. Hanya satu-satunya payung yang terlekat dengan diri aku. Sebelum ni, asyik tertinggal merata-rata jer. Kisahnya di surau libry aku tertinggal. Dahlah surau itu tidak berpenghuni malam tu. Semua gelap. Bawah tanah pulak tu, hanya untuk office hour jer. Masa maghrib aku pergi sana. Tertinggal. Masa balik nak ambil, turun lah. Nasib baik aku buat-buat bunyi tapak kasut aku. Kalau tak, sepi jer. Berjalan turun tangga satu persatu. Gelap- gelita. Jam sudah dekat 10.35 malam. Berjalan dan berjalan. Tiba di muka pintu surau yang baru siap itu, aku masuk. Gelap gelita. Terus mencapai payung dalam kesamaran memecut sekuat hati. Tercungap-cungap. Penakut juga aku pada malam gelap ni. Balik pula, senyi sepi jalan. Kenapa orang kurang malam ni. Susah sangat nak jumpa student-student. Laluan pusat Ko tu pulak gelap-gelita. Teringat pula kata Aida petang tadi. "Berani mu balik sore"Aku jadi takut. Jalan terus dipercepatkan. Alhamdulillah.Aku sampai di rumah.

Balik pulak rezeki. Kawan aku, Eda, jaga koperasi. "Fiti kalau nak amik roti amik lah". Roti sosej yang best, 1 bakul banyak weh yang ada. Mungkin sebab dah nak malam, suruh jer orang amik. Aku pun, capai lah 5 ketul niat untuk bawak balik budak-budak rumah aku. Apa lagi, balik bedal lah.

Seharian dan memang memecut, tapi aku buat macam entah apa-apa proposal aku. Aku mengadu juga pada senior aku tu. Aku buat macam karangan budak sekolah. Macam tidak ada kaitan pula bab ke bab. Katanya, Fiti, sekarang ni siapkan proposal dulu. Masa untuk perkaitan itu untuk sem 7, ada lagi masa. Aku pulak jawab,..laaa..yer ker? Fiti kena rehat dulu ni..Apapun, walau aku tidak kenal sangat senior aku ni, aku ucap terima kasih banyak-banyak. Soalan aku pasal kajian eksperimental pun dia jawab dengan baik. Macam faham pulak aku tengah ting tong ni. Namun, ada 2 orang yang aku tanya macam miss communication pula. Katanya, tajuk gempak, hasilnya kena macam tu jugak. Perli aku pulak!!!Aku tanya lain jawab lain tambah lak, perli-perli pulak aku nyer tajuk tu. Ikutlah. Tajuk aku ini tidak pernah ikut sapa-sapa pun., idea on the spot, modul smart ke apa ke jadahnya aku main bantai bukan dari modul sapa-sapa. Itu yang aku fikir sekarang untuk create modul tu. Dalam masa yang terdekat ni, apa pun boleh jadi, bantai jer lah! Sebab aku tengah ting tong. Apapun, terima kasih lah sebab faham aku wahai encik senior, Ilmi a.k.a wakroon yang menjawab soalan aku dengan baik sekali ketika aku tidak faham pasal part-part kajian. Tidak ada orang lain pun boleh motivasikan aku, melainkan aku sendiri kerana aku memang tak makan saman dengan motivasi orang. Nak cakap angkuh ke tidak, terpulanglah. Motivasi daripada orang yang signifikan jer aku dengar (Dr.Alya, pensyarah aku, senior yang baik dan orang lebih tua dari aku, kalau yang bertopeng @ budget bagus dengan aku, memang aku tak makan saman,)..Kerana aku ini punyai nilai tersendiri. Haha...

Aku nak tidur dulu pukul 4 pagi aku sambung proposal kot. Tengoklah macam mana. Otak perlu direhatkan seharian. Sebab nak bina modul pula.Hurm..Jangan bunuh semangatku!

Foyos jerk..apa hal tak keluar isi ni..

Monday, April 13, 2009

Pilihan


Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang ni, ada satu jer kerja tidak siap. Proposal. Laporan baru, kem kelompok sudah siap, laporan 4 makmal juga sudah semalam. Sebenarnya, aku perangai aku ni tidak dijangka. Sengaja jer ke, tapi nak cari mood buat tu kena ada sebenarnya. Aku teringat pula seseorang yang berkongsi pada aku tentang istilah lompatan saujana juara dari juara ni. Aku tulis lompatan saujana juara segala juara ni, bukanlah maksud aku ini nak jadi atlet lompat tinggi ke apa (tak larat nyer aku nak berlari). Cuma nak ditulis di blog ni, moga jadi pengajaran pada orang yang membacanya juga. Kadangkala, apabila terdesak, kita akan melakukan sesuatu luar jangkaan kita. Sama-sama fikirkan, dan fikirlah sendiri.

Ingin berkongsi pengalaman meredah UKM. Semasa hari minggu, sudah pastinya pelajar-pelajar menumpukan pada proposal. Aku pula, buat sikit-sikit tapi hari minggu aku bawa diri ke UKM dengan mengajak junior aku, Sa dan Hilmi. Dua hari di sana melaksanakan program. Program apa?Biarlah rahsia. Bersama dengan beberapa pelajar Sekolah Menengah Negeri Sembilan dan kaunselor-kaunselor. Aku suka benar, time kekalutan bertumpu pada proposal, aku merehatkan diri dan keluar dari situasi. Bila dah puas dengan program dan aktiviti aku mulalah taip tugasan aku. Mungkin itu intervensi yang aku pilih. Berbeza setiap manusia. Ke sana untuk mencari pengalaman sebenarnya kerana aku ini masih belajar. Tunjuk ajar daripada orang berpengalaman itu amat perlu. Kalau tidak sampai bila tidak tahu.Semasa program, ada slot ceramah untuk aku juga dan sempat berkongsi tentang PRS. Slide sudah ada, cuma sampaikan jerlah kepada pelajar. Semuanya pengalaman sebagai persediaan untuk keluar ke lapangan kelak.

Keesokan paginya, menjelajar sekitar UKM bersama pelajar-pelajar. Berjalan kaki, macam nak putus urat jari jer. Nasib baik berada di UPSI. Sambil-sambil berseloroh, " Kalau jalan macam ni hari-hari, boleh jadi kurus kak Fiti nih..."Pergi sana pun, masa terluang taip jugak sebaris dua ayat proposal, kalau pergi suka-suki jer, bimbang jugak. Segenap bangunan UKM itu, seolah-olah mengejek aku jer, "Larat ker berjalan FITI..."Maklumlah UPSI ni tidak besar tapi aku sangat bersyukur bergelar Anak Kandung Suluh Budiman.

Pada petangnya, aku dan junior pulang bersama . Hajatnya ingin tidur di UKM lagi tetapi sempat semalaman sahaja tidur di Kolej Pendita Za'ba kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. dan perlu pulang. Lagipun, program sudah tamat. Elok jer perancangan untuk bermalam di UKM dan ziarah-ziarah, rancang untuk berjalan situ, sini,..tapi terpaksa dikenselkan. Baliknya, dalam bas dapat mesej pulak dah. Balik pun sudah malam. Tak boleh nak berenti jugak rehat jugak keesokannya. Ada Malam Mesra Kolej. Aku dengan junior, Sa, kami diminta untuk mengacarakan majlis malam itu. Mungkin ini last khidmat aku sebelum aku duduk di rumah sewa semester hadapan. Deposit pun sudah lama bayar. Sebulan lebih. Permintaan itu, aku terima sahaja mungkin itu sudah menjadi tanggungjawab aku. Malam itu, aku dan Sa meredah berceloteh. En.Zul pula, tengah hari itu merewang bersama pelajar KAB, jadi tukang masak. Itulah pengetua kolej aku yang sentiasa jadi chef kalau ada apa-apa sahaja kenduri-kendara kolej. Memasak berkawah-kawah tu mainan dia jer. Cayalah beb kaloh ore tino. Malas aku nak cerita dah. Yang penting, masa itu, empat report makmal perlu disiapkan. Balik dekat jam 1 pagi, rehat-rehat sekejap, dan mulalah menulis report. Jam 4.35 a.m aku mula beralah, tapi aku gembira report makmal aku siap. Badan menjamah katil, aku teringat kata-kata Hilmi, pasal lompatan saujana juara segala juara itu sebenarnya, dalam keadaan terdesak macam-macam boleh buat, kadang-kadang tekanan ini sangat bagus untuk diri kerana semuanya siap bila ada tekanan (ni sebenarnya yang ingin disampaikan). Tapi itulah pilihan diri sendiri jadi aku harus bertanggungjawab terhadap pilihanku.

Saturday, April 11, 2009

Bila Hati Sudah Kecewa

Kecewa sebenarnya dengan sikap pelajar. Kelas ketika minta semua datang, selalunya tak datang. Bila aku mula bermesra, mula bagi anggapan aku boleh dibawa bergurau. Barulah aku faham kalau aku tak pergi kuliah jika tanggungjawab sebagai pelajar; sebabnya maklumat tak tersampai., menyusahkan guru yang ingin mengajar. Tapi aku tak pergi atas alasan kukuh. Bukan sengaja tak pergi kelas. Sekarang terkena batang hidung sendiri dengan pengalaman yang dirasai. Sekarang aku rasai walaupun sedikit pengalaman itu apa perasaan pensyarah aku jika pelajar tidak ke kelas. Aku belajar antara asertif dan tidak asertif untuk berhadapan dengan pelajar dengan tanggungjawab yang ada. Walaupun ada sifat mudah kasihan pada orang, tapi dalam part-part aku kena belajar untuk lebih asertif. Itulah pengalaman walaupun sedikit kecewa.

***************************************************************************************
Aku sambung balik apa yang aku tulis kat atas tu rasa kecewa sikit pagi tadi. Entri aku tulis sebelah atas tu pagi lagi. Bila aku dah tak rasa apa-apa aku sambung tulis balik ni.

Begini ceritanya. Macam tukang panglipur lara pulak lah. Pagi itu aku kecewa, lantas aku post entri untuk lepaskan kekecewaan. Namun, apakan daya, kelemahan aku sekejap sahaja kecewanya. Lepas itu, aku reflek balik, budak-budak jadi macam tu kenapa. Mungkin ada silapnya. Jadi, aku perlu bertolak-ansur juga. Tapi sampai bila aku harus bertolak ansur?Tidak mengapa, aku cuba bayangkan jika aku berada di situasi mereka, adakah keadaan yang sama aku akan hadapi? Apapun, kelemahan aku jugalah. Aku kalau marah sekejap jer, aku hangen kejap. Lama dah tak marah orang. Mungkin budak-budak buat perangai aku hangin kejap. Memang betul, lama aku tak hangin tambah plak sekarang awal-awal bulan nih! Apapun, aku sebenarnya, tak lari dari belas kasihan. Markah pun, dah masukkan. Yang pasti, markah pun aku berikan yang terbaik untuk korang. Sebab aku paham, aku pun student. Ada yang datang rumah aku, bagi assignment, aku terima jer walaupun tarikh hantar 4 hb. 4. 2009 lagi. Semuanya sebab tidak sampai hati...Terima sahajalah, kerana mereka pun manusia, mereka pelajar dan aku pun sedang belajar. Namun, jika kita ingin orang hormati kita, kita hormatilah orang juga. Aku cuba belajar untuk bertegas kerana tidak pandai bertegas mungkin istilah tidak sampai hati itu sampai bila?...Jawapan ada pada aku...Apapun, kelas aku ni main redah jugak.Sepatutnya tidak boleh macam tu. Aku selalu buat 3 jam direct. Buat 3 jam sebab pelajar bentang lama, kalau boleh nak habiskan pembentangan modul. Lagipun sebagai nilai tambah. Maklumlah, aku juga pelajar selalu clash masa kerana adakalanya hari Sabtu aku pula tidak dapat bersama. Maka buat kelas ganti dan top up. Rasanya semester ini, aku topup kelas ganti 2 kali sebab hal tidak dapat dielakkan. Aku ucap terima kasih banyak-banyak pada senior aku, yang bersama-sama Abang Mamu, dan Abang Adam. Kadangkala terpaksa menyusahkan mereka juga kerana mereka instruktor yang berpengalaman. Mereka ni cekap part pengurusan. Rasanya masa aku menulis ni, kecewa itu tidak ada dah, sebab lepas tengok muka pelajar-pelajar rasa belas kasihan dan tidak sampai hati pun ada. Aku tidak pandai nak tunjuk muka marah. Cuma aku perlu belajar untuk asertif lah dengan pelajar-pelajar semester hadapan. Maklumlah semester ini mengajar orang lebih berusia lain pulak pesennya. Hurm.Apa-apa jerlah labuuuuu.................

Wednesday, April 8, 2009

UPSI Terbuka (Bahasa Cetus Minda Pencipta)


Assalamualaikum. Membaca Berita Harian secara online, mata aku tertancap pada suatu ruangan sastera. Sebelum ini aku menerima mesej daripada Ariff MPP Akademik dan Kerjaya UPSI tentang isu PPSMI yang dikendalikan oleh Biro Akademik dan Kerjaya masuk akhbar. Kerana demokrasinya UPSI, isu PPSMI ini telah berjaya diadakan dan ramai ingin mengetahui dan dahagakan maklumat tentang isu ini. Berikut merupakan kupasan pada ruangan akhbar tersebut oleh wartawan Nazmi Yaakub bertarikh 9 April 2009.

Pengalaman Jerman dan Jepun diketengahkan sebagai bukti hujah

KEPENTINGAN penyampaian ilmu dalam bahasa ibunda seperti dibuktikan Jerman dan Jepun apabila berjaya menjadi bangsa yang maju mendapat perhatian pada Forum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI): Antara Inovasi dan Konfrontasi dalam Pendidikan.

Forum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini, turut membawa lebih 100 khalayak untuk melihat hakikat himpunan ilmu dalam bahasa ibunda dapat memberi dorongan kepada kedua-dua bangsa terbabit untuk tidak terperangkap menjadi bangsa pengguna, sebaliknya berubah kepada bangsa pencipta.

Pensyarah Upsi, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, menekankan pentingnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah menggunakan bahasa ibunda untuk memastikan himpunan ilmu dalam bahasa berlaku dan menyumbang kepada pembinaan kepustakaan dalam bahasa sendiri, tanpa perlu terlalu bergantung kepada bahasa lain.

‘Dengan cara ini kita tidak hanya menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi dari luar. Hal ini pernah berlaku di Eropah pada zaman sebelum pembaharuan apabila orang Inggeris belajar dalam bahasa Latin, manakala bangsa Jerman pula terpaksa meminjam bahasa Perancis untuk proses mendalami ilmu,” katanya pada forum anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) yang dipengerusikan Pensyarah Upsi, Ariff Mohamad.

Situasi itu menyebabkan ahli falsafah Jerman mempersoalkan sebab bangsa Jerman sepandai orang Perancis, tetapi negara mereka tidak semaju jirannya itu dengan memberi jawapan bahawa ia berpunca daripada tindakan belajar dalam bahasa lain sehingga Jerman menukarkan sistem pendidikannya ke bahasa sendiri.(Memang betul yang disampaikan sehingga membuatkan para hadirin senyap berfikir).

Prof Emeritus Abdullah merumuskan himpunan ilmu dalam bahasa ibunda, mendorong bangsa itu untuk bukan saja mempelajarinya dengan menerima bulat-bulat, bahkan merangsang mereka untuk mempersoalkannya kembali sehingga ia menjadi soalan bersifat setempat.

“Apabila belajar ilmu biologi, kita tidak lagi hanya mengkaji tumbuhan dan haiwan di Barat saja. Sebaliknya kita mengkaji flora dan fauna negara sendiri. Dengan itu akan ada kesan seperti di Thailand sehingga terhasil durian Thai dan lahir keghairahan menghasilkan durian tanpa duri. Saintis Barat tidak akan beri perhatian pada perkara seperti ini,” ujarnya.(Walaupun nada beliau bergurau, logiknya ada dan hadirin terpaku mendengarnya). Memang betul pun, kita bukan nak kaji di negara orang, kita nak kaji kat negara kita!. (Beliau cakap durian Thailand tu sebenarnya usaha Thailand nak buat, tapi akhbar ni pula seolah-olah beritakan macam Thailand dah buat,apa daaaa)

Bahkan, Prof Abdullah yakin bahawa himpunan ilmu tempatan akan menumbuhkan kreativiti pribumi kerana bangsa berkenaan akan memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan budayanya seperti dipamerkan bangsa Jepun yang berjaya memacu kejayaan negara melalui kesetiaan kepada bahasa sendiri.

“Selain budaya kaizen, bangsa Jepun terkenal dengan bonsai iaitu mengecilkan apa saja bersaiz besar sehingga mereka berjaya menghasilkan banyak teknologi baru. Teknologi yang asal dipinjam daripada bangsa lain, apabila dibawa masuk ke Jepun, diubah dan dipasarkan ke pasaran dunia seperti ketuhar gelombang mikro,” jelasnya.(Sila baca entri yang aku dah ulas sebelum ini berkait dengan budaya bonzai kat bawah tu).

Pandangan itu, diperkukuhkan rakan sejawatannya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron yang mengkaji kesan dasar PPPSMI di sekolah rendah dan menengah, apabila merumuskan pelajar yang menggunakan bahasa ibunda atau keluarga untuk belajar Sains dan Matematik, prestasinya meningkat berbanding kelompok yang menggunakan bahasa kedua.

“Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengesyorkan bahasa keluarga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memudah serta mengukuh kefahaman konsep subjek. PPSMI tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kedua mahupun menambahbaikkan kefahaman pelajar,” katanya.

Kajian Prof Isahak berdasarkan kerja lapangan turut menunjukkan dasar PPSMI lebih menguntungkan pelajar yang sudah menguasai bahasa Inggeris, terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang ibu bapa menggunakan bahasa berkenaan di rumah.

“Bahasa Inggeris menjadi bahasa keluarga kepada masyarakat bandar yang ibu bapanya golongan profesional, tetapi masyarakat bandar bukan profesional tidak mendapat manfaat. Kesannya, pelajar di luar bandar atau bandar yang keluarganya bukan profesional, bukan saja lemah dalam bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, pada tahun pertama, bahkan bertimbun-timbun apabila naik ke tahun berikutnya,” katanya

Itulah antaranya yang dinyatakan dalam akhbar. Bersama fikirkan dan wajar kita julang bahasa kita, namun aku sendiri masih belajar bahasa Inggeris kerana mungkin akan jadi bahasa periuk nasi aku, walaupun aku masih merangkak-merangkak. Namun bahasa kita tetap nombor 1 dan aku lihat sendiri, Prof.Emeritus Abdullah Hassan sangat jelas BI dan tutur bahasanya dalam Bahasa Inggeris amat bagus. Walaupun pandai bercakap dan master dalam BI, namun jati dirinya tidak pernah terhakis dengan Bahasa Inggeris kerana tetap memperjuangkan Bahasa Ibunda. Teringat pula kata-kata beliau, Menurut pejuang Bahasa; Aminuddin Baki, menyatakan mungkin orang Melayu sendiri yang mengugat Bahasa sendiri, sedangkan pada masa yang sama orang Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu itu sendiri. (Lebih kurang macam tu lah). Aku pun tidak pasti. Memetik kata-kata Profesor Ungku Abdul Aziz, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang menjayakan forum ini khasnya Biro Akademik dan Kerjaya.

(Kes Altantuya pula Sirul dan Azilah kena hukuman gantung sampai mati..hurm..)

Setakat itu sahaja.

Wassalam.

Monday, April 6, 2009

Budaya Bonzai

Assalamualaikum.

Masih sempat lagi untuk menulis di blog ini. Cuma teringat tentang budaya bonzai yang dinyatakan oleh Prof.Abdullah Hassan berkait dengan istilah dan budaya bonzai orang Jepun yang tidak dimiliki oleh masyarakat Malaysia. Budaya bonzai yang dimaksudkan ialah mengecilkan sesuatu dalam mencapai kemajuan. Berbicara tentang kemajuan, apakah bentuk kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Jepun? Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Jepun iaitu dalam penciptaan teknologi dan budaya masyarakat Jepun itu sendiri yang masih glokal. Contoh yang mudah ialah Oven untuk membakar dan memasak yang asalnya sebesar dewan seawal penciptaannya dan difikir oleh masyarakat Jepun cara yang dapat digunakan secara lebih sistematik dan praktikal dengan mengecilkan objek tersebut sehinggalah dalam bentuk yang kecil seperti yang terdapat di dapur ibu-ibu.Hehe. Menurut Prof.Abdullah Hassan sambil melawak menyatakan, orang Jepun ni canggihnya mereka hingga mengecilkan pokok-pokok bonzai.Haha.Sebab itulah dipanggil pokok bonzai (lawak jerk). Inilah budaya bonzai yang dimaksudkan oleh beliau. Untuk mencapai kejayaan adakalanya patut dikecilkan perkara yang besar kerana mengecilkan perkara yang besar itu sememangnya ada sesuatu yang besar disebaliknya. Berfalsampah pulak aku! Aspek yang lain pula; sama-sama fikirlah macam mana nak adaptasi budaya bonzai agar dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Selamat menyiapkan tugasan akhir dan selamat menjalani peperiksaan tidak lama lagi. Semester ini tiada study week. Doakan kejayaan bersama.

Tsunami Hati


Faiz dan Puan Pau Kee, Ikmal di tengah-tengah
Masa Penutupan : Fath yang tengah sakit kepala, Niza pakar sauna..huhu

Malam Persembahan : Kak J dan Kak Ja and rock and roll yang sedang hot berlakon
Kami yang sporting
Antara muslimah group saya..hehe

Ida dan Rini
Aku yang cun, Paih yang Ayu.,haha
Lambat weh, nak mula sesi kelompok..huhu
En.Mus, En.Anuar dan En.Md Noor
Kumpulan kami yang Skema dan Vouge Gitew!..haha
Chah, duk juruh-juruh weh, ore nok amik gambar kito
Chah, sapo talipon kito nih?Halo..halo..hehe


Assalamualaikum.

Kem Kaunseling Kelompok baru sahaja selesai semalam. Tahniah buat Ikmal sebagai peneraju utama merangkap sebagai pengarah program pada kali ini. Berada di Hay Resort bersama rakan-rakan kaunseling seramai 142 orang amat mengembirakan. Kem Kaunseling ini bertujuan untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek Kaunseling Kelompok. Kelompok saya seramai 10 orang amat best dan salah seorang rakan saya tidak dapat hadir kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami bersembilan melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Sesi kelompok terus berjalan dan selesai dilaksanakan dengan keadaan yang amat sempoi. Kumpulan saya terdiri daripada saya, Fath, Faiz, Rini, Aina, Izan, Chah, Wanie, dan Ida menjadi semakin jelekit dengan sesi yang dijalankan tambahan pula kami satu kelompok dalam makmal. Pelbagai suka, rentak dan ragam yang diharungi tambah pula saya yang menggilakan keadaan. Huhu. Jika saya tengah menggila, Faiz akan potpet..potpet pada saya. Haha. Apapun, jolokan kumpulan skema masih tak memuaskan hati.Haha. Apapun, bak kata Fath, kumpulan skema kerana kami terdidik.Woha! Ayat tak tahan. Kali ini saya menggunakan panggilan ganti diri "saya" kerana telah mendapat award dan title kumpulan skema. (Iman saja jerk!)Huhu. Apapun, kumpulan Tsunami Hati memang vouge yang terdiri daripada barisan manusia terdidik.hehe

Apapun, telah terlangsai sudah. Kekuatan dan kelemahan sepanjang program amat penting kerana sebuah pengalaman untuk suatu pembelajaran yang berkesan. Apapun, kumpulan kita memang best! Paling mengembirakan ialah ketika malam persembahan. Malam persembahan dengan pelbagai kebolehan dan bakat yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar kaunseling. Tabiklah untuk budak-budak kaunseling yang memang berbakat dalam berlakon dan menyanyi. Memang wajarlah personaliti S,A,E ciri yang ada pada kaunselor. S (Sosial), A (Artistic), E (Enterprising). Inilah kem pertama yang mengumpulkan seluruh pelajar kaunseling secara bersama-sama untuk dua kelas kerana sebelum ini hanya melibatkan kumpulan masing-masing sahaja. Elok gak pergi sana boleh lapangkan minda sambil-sambil buat tugasan. Terima kasih you oallz..


Gambar-gambar masa sampai sambil menunggu untuk check in. Masa inilah kami bebas dan lega sangat-sangat apabila dapat keluar. Boleh tenangkan fikiran dan jauh dari kesibukan. Suka sangat-sangat!1,2,3..Klik!
Kacau daun lak aku ni..hehe
sYupp!
Kawin 4 ka?Huhu
Faiz, A'ai, Rini, Saya, Chah
Kami
Aku dah nak lari..cepat-cepat..haha
Fuh,..amik angin sikit
Jeng-jeng..jeng..
Mana-mana majalah nak ambil jadi model boleh dah nih..(Awat hangpa ni,.tak dapat publisiti ka?)Hahah
Kami
Fath yang terer ambil gambar..Hehe
Saya, Rini, Niza : Pekena duri ni tak pasal-pasal..huhu
Poyo rono..Tak tahan-tak tahan..lawak betul bila tengok
Bila tension dapat dilepaskan.Macam ni lah jadinya!Ting tong tiba-tiba
Yeehaaa!Kanak-kanak Riang!Yey..yey..!
Buat-buat posing. Haha
Saya, Fath dan Niza

Matahari dah nak turun, tangkap!
Bila tengok gambar nih, best sangat-sangat sambil tunggu matahari turun!
Saya dan Rini..hehe
Saya,Rini dan Fath
We allz

Dalam perjalanan ke Hay Resort

Gambar-gambar santai masa kat kem. Gambar skema tidak ada ya!Hehe

Thursday, April 2, 2009

Friend


Assalamualaikum. Hari ini aku akan ke kem kelompok jam 3 petang. Pulang pada hari ahad nanti.

Sambil aku membelek-belek cd sesi kaunseling yang lepas, aku mengupload gambar sahabat aku, Aida. Aku tertanya-tanya kemana Aida. Sakitkah?Bagaimana keadaannya? Ke mana menghilangkan diri. Tercari-cari juga aku. Dalam aku menguplod gambar dia kat blog ni, tiba-tiba aku mendapat call, Aida yang menelefon aku. Kebetulan. Sudah aku mendapat khabarnya dan keadaannya. Alhamdulillah.

Cuma aku mengharapkan dirimu sentiasa tabah kerana semuanya yang berlaku ada episod masing-masing dalam kehidupan kita. Percayalah, aku, Faiz, dan rakan-rakan yang lain ada bersama-sama. Semoga dirimu diberi kekuatan untuk menghadapi apa juga yang berlaku. Aku juga mempunyai masalah dan semua orang hadapinya, tapi aku percaya sebab mu kuat. Tika ini kita saling perlukan kekuatan, jika mu ada kekangan, kita sama-sama tolong, tika aku ada masalah, mu pun tolong aku. Aku ingat tika aku hilang laptop haritu, macam mana mu dan Faiz tolong aku sama-sama. Aku pun harap mu diberi kekuatan dan kembali nanti dengan keadaan yang kuat. Kadang-kadang kita perlukan privasi juga, aku paham. Lama-lama masalah itu pasti akan berlalu. Aku kenal mu sebagai seorang yang sangat kuat! Aku doakan apa yang berlaku, engkau tetap tabah walhal kita menjadi rapat bermula sem ni. Mungkin ada hikmah semuanya itu dan aku sentiasa mendoakan mu yang terbaik. Semoga tabah!

Semoga persahabatan yang dijalinkan akan berpanjangan dan kejujuran antara kita saling diperkukuhkan kerana sahabat itu susah senang kita sama-sama.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42