Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, March 28, 2011

Kerjaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberi kehidupan pada hari ini. Jam 3.49 am. Aku belum tidur. Esok sekolah. Nasib baik sekolah sebelah tengahari. Kerjaya semakin menyeronokkan. Walaupun aku rasa macam haih, kerja menekan otak, tapi semuanya smooth sahaja untuk diselesaikan. Badan pun rasa ringan jer bergerak sana-sini buat kerja.

Aku ni tak habis-habis kan cakap pasal kerja. (Memang, sampai bila tak akan habis pun melainkan meninggalnya anak Adam di muka bumi ini). Kaunselor sudah pasti akan bersama-sama barisan pentadbir. Jika dalam carta organisasi sekolah pun begitu. Kaunselor akan berada bawah Guru Kanan Matapelajaran. Sepanjang aku berkhidmat di tempat baru ini, kekangan, kesilapan itu sudah pasti lumrah tapi cara bagaimana untuk menghadapinya itu paling penting. Aku rasa baru sahaja bulan lepas aku lakukan kesilapan (Kesilapan memang mengajar erti untuk lebih baik dan kesilapan itu pasti melibatkan hubungan dengan orang lain yang kita bekerja kan?), pada hari ini pula sudah bertukar rupa. Jika bulan lepas ditegur dan hari ini kami sudah bersama-sama bergelak ketawa. Mungkin berkat kesabaran, dan sifat mengalah dan mahu menenangkan keadaan, jangan fikirkan konflik, membantu diri ini amat! Sebenarnya, orang yang tiba-tiba marah aku itu datang kepadaku. Apa gunanya belajar ilmu kaunseling jika tidak praktik, bukan?Walaupun insan itu marah kepadaku, apabila berjumpa, aku pasti bertegur sapa dan melemparkan senyuman kepadanya. Ketika insan itu marah-marah pada aku, aku hanya terkejut sedikit sahaja, malah cuba mengetahui kenapa dia marah sangat. Apabila aku selidik, rupanya ada masalah keluarga sehingga marahkan orang lain rupanya. Mungkin dia tension, aku lah kebetulan orang baru, dia mulalah marah. Kesilapan yang kecil aku dimarahi bertubi-tubi oleh insan itu rupanya bertukar kemanisan. Jika tidak, aku tidak tahu betapa unik nya manusia ini menghadapi masalah hidup, hinggakan orang lain pun menjadi tempat saluran kemarahan.Kan? Happy ending cerita ini. Sekian.Hehehe.

Masih kisah kerja. Hubungan aku dengan pentadbir, GKM setakat ini amat baik sekali. Aku seronok. Jika ditegur buat silap, kita belajar daripada mereka cara untuk buat yang terbaik. PK HEM terutamanya, sikit-sikit dia cari aku jika dia nak bercakap, nak minta bantu buat apa-apa sekali pun. Ada yang memberitahu aku, apabila terdengar perbualan aku dengan PK HEM di telefon. "Afiti, PKH bila dia selesa dengan kita, dia akan selalu cari kita" Ayat itu membuatkan aku hanya berkata..."Oh, ya ka?Macam tu..."Aku mula membayangkan wajah hensem PKH.Cit!Haha!

Penolong Kanan Tadbir pula wanita. Orang kata bila wanita berada di atas sukar sekali. Namun, PK Tadbir yang aku kenali ini sangat komited. Seorang yang menitik beratkan keikhlasan dan komited serta bersungguh-sungguh dalam bekerja. Aku respect sangat. Low profile tapi bila bekerja memang terpancar keikhlasannya. Aku ni suka sangat ke pejabat sekolah. Riuh jer dengan mulut aku. Tiap kali fotostat, mesin fotostat buat hal aku mula lah tersengih-sengih minta tolong kerani sekolah tolong.Hehe. Komputer di pejabat tidak ramai guru yang menggunakan. Hanya guru-guru yang tertentu sahaja termasuk kaunselor boleh menggunakan komputer untuk memasukkan data dalam software Teacher Assist. Buat sijil pelajar berhenti muka aku yang akan melepak di komputer itu.Peluang itu membuatkan aku lebih dekat dengan mereka sambil bersembang-sembang.

Paling penting yang gembira, aku satu-satunya adalah guru paling muda disekolah itu. Yeyyy! (Hover pulak aku nih).Haha!Walaupun setiap minggu selalu dapat surat untuk keluar kursus, walaupun sibuk aku berasa seronok sekali. Ringan jer badan untuk ke situ ke sini bergerak. Aku seronok dengan pelajar-pelajar juga. Mungkin sampai bila-bila aku akan terus berada dalam arena pendidikan. Sekolah adalah rumahku.Alhamdulillah. Niat yang baik sebagai seorang pendidik perlu sentiasa disemat. Jangan ada luntur walaupun sedikit jika dibeban dengan tugas guru yang banyak. Kerana Allah kita bekerja. Jika buat silap, sifirnya mudah iaitu belajar daripada kesilapan dan mereka yang berpengalaman.

Banyak perkara berlaku semalam. Dari 7.30 am keluar rumah, pergi jumpa orang UiTM urus hal pelajar kemasukan ke IPTA untuk pra diploma, pergi interview untuk tugasan, ke PPD, ke SM Sains Mohd Jiwa, Ke SMK Sri Jaya dan apabila tiba tengahari, aku masuk ke sekolah untuk bekerja. Mungkin dua bulan lagi, selepas cikgu seorang lagi habis pantang, aku akan kembali ke sekolah pada waktu pagi. Cikgu SM Sains Mohd Jiwa bersembang, ajak aku tukar dengan dia. Katanya kalau aku berminat untuk jadi GBK di situ, bolehlah beritahu. Aku hanya cakap, saya baru lagi dan buat masa sekarang saya seronok di SMK Sungai P**** Woha!Kalau berminat boleh tukar suka sama suka, dia akan beritahu KPM. Tak mengapalah,cikgu ,saya masih setia di sekolah pertama di postingkan. Weehiiieee!

Sekian. Sudah 4.10 am. Mau tito daaa..Dah!Dah!Pergi tidur. Tengok. Duk baca velog aku lagi.Dah!Kamu yang baca entri ini, pergi tito.Hehe

Sunday, March 20, 2011

Kenapa Aku Cuai Ni...

Assalamualaikum.

Adakalanya manusia ini terlalu alpa. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Freud. Minda bawah sedar. Sebelum cuti, peristiwa ini berlalu. Namun, aku baru mendapat tahu. Nampaknya silap sangat aku ini. Begini ceritanya. 2 minggu lepas, aku konflik besar. Selama 3 bulan aku bertahan untuk memahami seseorang ini. Amat menyakitkan. Namun, aku tidak sedar, konflik itu amat menjejaskan reputasi aku. Aku insan yang lemah, sampai terbawa-bawa. Kehadiran manusia ini amat merisaukan aku termasuklah mak aku risau tentang aku. Mungkin, Allah sudah tetapkan di Lohmahfuz bahawa aku bukan untuk keluarga ini.

Begini ceritanya. Ketika aku menerima sms fitnah itu, air mata berderai. Ketika itu aku sedang menjaga peperiksaan. Jam ketika itu 6.15 petang kalau tak silap aku. (6 lebih macam tu lah). Jadi, aku pun mulalah kutip kertas periksa, namun dalam hati menangis. Hati begitu sarat. Aku kutip dan berlalu sahaja. Aku masih ingat, hari itu hari Selasa. Cukuplah hati aku tersiksa. Aku rahsiakan daripada mak sendiri. Tidak mahu mak aku fikir tentang aku dan risau dengan aku. Aku berlalu dari kelas 1D. Hari ini, aku dipanggil oleh penyelia petang.

"Afiti sibuk tak sekarang? Mai sat saya nak sembang.." Suara penyelia dari telefon kedengaran dan merupakan individu yang aku amat hormati.
"Ya, kejap saya pergi..." Jawab aku ringkas dan terus bangkit untuk berjumpa.
"Afiti jaga kelas 1D kan, masa periksa...?"
"Ya, cikgu..."
"Afiti lupa kutip kertas jawapan...Afiti kutip kertas soalan jer..."
"Hah?Betul ker?Ya Allah...kenapa boleh lupa ni..." Sambil aku recall balik apa yang berlaku. Benar ketika itu aku sedang sedih amat amat amat sangat. Benci, kecewa semua ada tentang episod terima mesej itu.
"Afiti nak kahwin ker?"
"Ehh..tak lah cikgu..."
"Saya agak sahaja..kot dok pikiaq pasal nak kawin..."
"Ish..macam mana saya boleh lupa ni...saya minta maaf cikgu, saya betul-betul tak sedar...cuai nyaaa..."
"Saya cakap mana tau Afiti jaga periksa lagi besar lepas ni, nanti habis kena ulang balik peperiksaan...tapi nasib baiklah ketua kelas dah hantaq kat cikgu...nasib baik budak-budak pagi tak usik kertas tu...Afiti kutip kertas soalan sahaja..."
"Ya Allah..."Aku dengan begitu kesal apa yang berlaku.
"Saya minta maaf cikgu, nasib baik cikgu bagitahu..jika tak..saya tak sedar langsung ni..."
"Ya..ya...mungkin Afiti baru lagi..."

*****
Aku mula mengatur langkah...Aku termenung sambil berjalan. Menuju ketingkat 4 dengan mempunyai matlamat. Aku ker yang jaga 1D, dalam buku rekod aku tulis 1C. Aku semak buku rekod. Akhirnya aku pergi jumpa ketua kelas kebetulan ketika itu ketua kelas mahu ke surau, untuk solat Asar.

"Kejap, haritu cikgu jaga periksa kelas awak ya..."Sambil aku perhati arca yang budak buat.Dalam hati berkata.Ya, aku memang masuk kelas ni, aku cam lagi arca ni.
"Ya, cikgu masuk kelas saya..."
"Haritu cikgu tak kutip habis ya, kertas periksa awak semua...?"
"Ya...ada yang budak kutip tu letak atas meja ni."
"Ohh...cikgu tak perasan ada yang letak kat atas meja ni...oklah..pergilah semayang..."Jawab aku.

Aku berfikir, kenapalah aku tak kira balik kertas jawapan tu. Sebelum ni, aku kira baik sahaja. Mungkin kerana terlalu fikirkan hal itu.Aku jadi lemah. Cukuplah, peristiwa itu sudah berlalu, dan aku mahu bina semangat kembali. Ujian betullah, dalam kerja dan belajar diuji dengan masalah ini. Pengalaman amat mengajarku. Walau ada masalah macam mana pun, aku tak boleh fikir sangat hingga jejaskan kerja aku. Last-last, reputasi aku tak elok. Hurm...Tidak mengapalah, aku masih banyak perlu belajar dalam hidup ini.

Sekian.

Friday, March 18, 2011

Hari Ini Hari Sabtu

Assalamualaikum.

Cuti sekolah tapi tak macam cuti. Banyak kerja. Banyak ragam aku kena layan. Pening aku, kerja kaunseling berlambak, yang pasti sampai bila pun tak kan sudah melainkan aku dah pencen. Tambah pulak, hal orang mintak tolong ni. Nak minta tolong tapi marah-marah orang.Pelikkan?Tak apalah, memang jenis macam tu agaknya.

Sudah lepas interview sah jawatan.Aku menunggu untuk beberapa bulan lagi untuk mendapat jawapan samada lulus atau tidak. Ya Allah, bantulah aku untuk lulus. Hari ini juga telah berlangsungnya 2 majlis iaitu Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua guru dan pada sebelah tengaharinya Majlis Jasamu dikenang menyambut bekas-bekas guru yang berpindah dan naik pangkat. Aku selaku pengacara majlis dan juga Cikgu Sham, kami dua-dua baru....nampaknya sudah mendengar kata-kata oleh penolong kanan, lepas ni akan jadi pengacara lagi apa-apa majlis. Oh!Aku ingat sudah mahu berpencen, cukuplah zaman sekolah, zaman universiti tapi aku bawa hingga ke alam kerja rupanya. Bukan mahu, aku pun tak mahu, tapi orang mahu, jadi kena ikhlaskan diri mahu!

"Dik, best!Lepas ni jadi pengacara tetap dan sampai pencen!"

Wohh...aku hanya sengehhh jer. No, komen.

Malah, kerja pun berlambak lagi nih. Esok sudah mula alam sekolah. Huahhh!

Menulis blog ni pun baru pulang dari sekolah. Hujan renyai-renyai di luar. Aku selaku Bendahari Kelab Kakitangan dan Guru, ucapkan terima kasih atas team work baru. Semua ahli kelab guru ini semuanya orang baru-baru (baru posting, baru tukar sekolah). Alhamdulillah, jiwa sama seronok bekerja.

Monday, March 14, 2011

Hujan Lagi


Tatkala hujan lagi
Hanya berkata pada hati
Agar Allah mendengari
Apakah kesudahan yang dicari
Semoga berbahagia sentiasa di hati

Dengar muzik yang mengasyikkan boleh jadi hujan dalam hati bila berseorang diri, menggamit memori diri

*****

Allah SWT sudah berkata, jika seseorang itu bukan jodoh kita, dekatlah macam mana pun, tidak akan menjadi jodoh kita. Jadi, buat apa kita mendekati perkara yang tidak pasti, usahlah bercinta dan mendekati lelaki untuk singgah di hati, biarlah Allah yang beri barulah letak di hati. Tengok orang berbahagia, kita tumpang bahagia, tapi untuk membenarkan lelaki selain suami di hati agar sukar. Aku hanya menunggu yang pasti sahaja.

(Novel ini karya member sekelas aku.Baca sikit-sikit sebab tak ada masa.Baca sikit, aku layan untuk relate dengan hidup aku, sebab tu lambat habis..huhu)
Sentimental seketika. Lepas baca novel. Assignment berlambak, tapi dah siap tiga hari ni dan dihantar kepada pensyarah..hOyehh!Cuma, kerja di sekolah menunggu (cuti-cuti pun ada kerja). Esok balik Sungai Petani, singgah di sekolah. Hanya ada masa sehari sahaja untuk study interview SPP.Adoh!Redha, redah dan tawakkal. Saje jer kan aku melayan hati. Hati kena layan sikit, kalau tidak, macam keras bak batu geliga!Huah!

Sunday, March 13, 2011

Aktiviti Berlalu

Assalamualaikum.

Lama tidak berkongsi tentang aktiviti. Asik cerita tentang masalah hati jer. Sampai bila pun tidak sudah!Nampaknya aku dalam proses bergembira dan bebas seperti biasanya dan bergembira. Baiklah, hanya ingin berkongsi tentang pengalaman minggu lepas. Setiap minggu beginilah keadaan aku. Mesyuarat sana sini, namun tugas utamaku tetap menjadi nombor satu berdasarkan 25 bidang tugas. Hari rabu iaitu pada 9hb 3 aku mesyuarat di Segantang Garam dan 10hb 3 aku mesyuarat di UiTM pula atas arahan PPD Kuala Muda Yan. Maknanya minggu lepas hanya 3 hari di sekolah. Kadang-kadang, bila pentadbir mesej aku untuk membantu buat kerja mereka, aku terfikir pula, pihak pentadbir seorang ini tidak maklum ke aku tiada di sekolah. Berkursus. Huh!Aku hanya mesej kata tiada di sekolah atas urusan kursus sahajalah.

Hari khamis malam itu pula aku berkejaran ke Tanjong Malim kerana ada kelas dan tiga pembentangan. Namun, Kaunseling Individu bentang minggu satu lagi atas sebab ada program besar. Seminar Kaunseling Budaya. Selesai membentang subjek pengukuran, dan subjek penyelidikan pendidikan. Tugasan masih ada 6 lagi. Hoh!Baru tahu langit tinggi atau rendah. Bekerja dan belajar. Tiada cuti 7 hari. Biasalah, alhamdulillah...masih teguh walaupun adakalanya tumbang dan tersungkur, kugagahi merangkak, dan berdiri dan berjalan walaupun tidak mampu berlari. Namun, pastinya akan tiba di destinasinya. InsyAllah selagi bersama Tuhanku, aku yakin semuanya dibantu oleh Dia.

Ni pulak masa operasi menggantung banner. Kang tersalah arah pulak orang datang.


Tn Haji Ghani, Pegawai Pelajaran Daerah. Bekas pengetua sekolah yang aku mengajar sekarang.


Di Chalet Segantang Garam. Taklimat bersama PPD. Bertemu sahabat-sahabat ketika belajar di UPSI



Ketika seminar Kaunseling Silang Budaya 1 Malaysia
Kak Ain, Prof Madya Dr Rusnani dari UPM

Saturday, March 12, 2011

Kami


Assalamualaikum wbt

Saya terjumpa kembali sekeping gambar. Inilah sahabat saya. Saya menghargai kehadirannya. Banyak kisah hidup saya dikongsi bersama. Semoga Allah mempermudahkan urusan sahabat saya ini dan memberkati hidupnya. Tiba-tiba hati tergerak untuk meletakkan gambar ini. Banyak kami bersama ketika di universiti. Buat tugasan kumpulan pun ada sama-sama. Ke sana ke mari pun ada juga sama-sama walaupun tidak berkepit. Kehadirannya amat disenangi. Gambar ketika aku dan Asmawani semasa semester 4 (2007). Terlalu muda dalam hidup ketika ini walaupun hati secekal dan sekeras batu menghadapi liku hidup ini.

Friday, March 11, 2011

Jalan Bahagia

Assalamualaikum.

Sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah sebuah kenangan walaupun terlalu pahit untuk ditelan. Bagaikan mimpi dan terlalu cepat pula datang dan berlalu. Walaupun cepat hadir, cepat pula berlalu. Mungkin Tuhan tidak mahu aku merasai kepahitan, kesedihan yang berpanjangan. Semua yang berlaku ini adalah kerana kebenarannya. Tidak sesekali ingin menjadi kurang ajar kepadanya namun apabila terlalu menekan dengan drastik, manusia juga tidak mampu menerima tingkahlaku yang keterlaluan. Alhamdulillah, Tuhan berikan kesakitan ini hanya tempoh sementara. Masih banyak cabaran menanti dihadapan. Tiada siapa harus dipersalahkan, hanya memuhasabah diri dan hidup ini adalah sebaik-baik ujian Nya. Aku seringkali bercakap tentang kerja yang gembira dan menyeronokkan, namun, kebahagiaan diri tergadai. Semoga aku temui bahagianya kelak. Aku percaya, Tuhan sedang menantiku untuk sampai pada ketikanya.

Gembira
Suka
Duka

Semuanya adalah jalan menuju bahagia. Terima kasih hadir dalam memori aku walaupun seketika walaupun benar-benar menyakitkan diri. Semoga anda berbahagia dan aku doakan semuanya dalam keadaan baik. Ampunkanlah dosa-dosa kami YA ALLAH atas konflik yang berlaku. Pertama dalam hidup memaksa untuk aku kurang ajaran. Ibu bapa aku tidak pernah mengajar untuk kurang ajar, tetapi aku terpaksa untuk tidak menghormati orang yang tidak patut dihormati. Namun, aku berdoa, semoga hati ini cepat memaafkan. Aku berdoa dan aku percaya, Tuhan hanya memberi rasa ini sekejap sahaja. Amin. InsyAllah.

Kesan:

Menjadi lesu dan hati penat, makan pun tidak lalu. Letih. Nasib baik ada keluarga, pelajar-pelajar dan rakan-rakan sekeliling yang menghilangkan rasa "sedih" yang keterlaluan itu. Air mata mengalir tatkala mengigati memori luka itu.


video

Tuesday, March 1, 2011

Kecuaian

Assalamualaikum.

Sudah lama beta tidak berblogging. Berfacebook pun curi-curi masa. Hari ni cukup tenang.Buku rekod pun dah siap tulis semua yang hari ni. Biasanya tidak sempat. Hari ni, ke Alor Star. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling sudah menjadi tanggungjawab hakiki untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari segi akademik. Maka, jemputan dari pihak MARA, aku dan beberapa kaunselor lain mengiringi pelajar. Seramai 84 pelajar dan 3 orang guru kaunseling, seorang guru Bahasa Melayu. Balik pun sudah pukul 3.30 pm. Namun, seperti biasalah, aku kalau tak pukul 6.00 petang, aku takkan balik. Guru kaunseling petang yang ikuti ke Alor Star itu pun sudah berangkat pulang. Pada hari ini juga, guru kaunseling seorang lagi bercuti kerana melahirkan anak. Nampak gayanya dapat anak sedaralah. Tahniah, Kak Syidah (sama-sama baru posting, dia posting bulan 9).

Aku nak kongsikan sedikit dalam kesempatan ini kisah agak lucu dan memalukan diri aku. Mungkin jadi pengajaran buat orang lain juga. Aku kan, dah lama tak guna internet kat rumah. Masa program pendidikan MARA, ada booth celcom. Aku pun pergi lah daftar balik. Tahun lepas aku dah terminated broadband. Kebetulan ada promosi, dan aku pun perlu surf internet juga (cari maklumat, tambah-tambah tengah belajar sekarang perlu guna), hanya RM 38 daftar sekali dengan modem. Tapi, nak dijadikan cerita, aku dah bagitahu wakil celcom tu bahawa aku sudah ada modem. So, dia cakap tak payah bayar pun. Balik, tak dapat on pun, still tulis terminated. Contact celcom centre kata dah on, wakil jualan tu pun cakap dah on lepas maghrib tadi. Kenapa still tak boleh contact?AKu hubungi wakil jualan tu cakap mungkin modem aku yang dulu tu rosak. Jadi, aku kena beli lain modem..harga RM 160...Mak aiii...aku cakap, tak boleh ker saya ambil modem bayar RM 38, kan tadi tak bayar free of charge jer..Wakil jualan cakap, tak boleh sebabnya dah didaftarkan aku hanya simcard/data sahaja. Macam-macam cara dah aku buat, takut salah install ke sbb still tak dapat connect...dekat dua jam juga aku berusaha...contact untuk dapatkan modem tu dengan harga promosi seperti tadi RM 38...namun, still tak dapat...diorang pun tak tahu penyelesiannnya macam mana. Aku dah panas telinga ni. Huahaha...Last sekali aku contact celcom directory lagi...punyalah lama untuk disambungkan...3,4 kali juga hubungi...last-last letak telefon. Line busy. Last sekali aku tawakkal jer...bagitahu apa masalah yang berlaku, then, aku cakap aku fikir modem yang rosak...jadi, operator sambungkan aku pada bahagian teknikal celcom...check punya check...heheheheeeee....aku salah pasang simcard...aku pasang simcard terbalik...huahuahua...aku cakap..YA ALLAH, SAYA PASANG TERBALIK...KESIANNYA KAT WAKIL JUALAN TU, SAYA DAH MARAH-MARAH DIA...SAYA NAK CONTACT DIA BALIK NANTI...Orang yang sedang bercakap dengan aku (bahagian teknikal celcom) gelak sama-sama....aku bunyi orang belakang dia pun gelak...suara lelaki...rupanya suara aku dirakam dan didengari oleh unit celcom....hukhuk..malu betoiiiihhh...Terima kasihlah cik...dah 2 jam saya install, remove dan install balik apa sebab tak dapat connect...rupanya pasang simcard celcom terbalik.....

Kesimpulannya, jangan cuai Afiti...Perangai loklaq tu tak habis-habis...nak cepat jer...adusshhh!Dushhh!Tak pasal-pasal orang lain yang kena marah...aku pun mulalah mesej pada wakil jualan tu....dua orang wakil..lelaki dan wanita..yang lelaki tu siap aku suruh dia hantar modem kepada wakil di Sungai Petani...katanya nanti dia ke Pulau Pinang, dia lalu nanti dia singgah bagi....pung pang..pung pang...rupanya aku yang salah...aku dah tegas dengan diorang...dan...aku mintak maaf..sebab aku salah pasang simcard...hanya mereka balas mesej...tidak apa...dan hanya tenang sahaja...yang lelaki ni rileks itu yang buat aku hangin lagi tadi tu...cakap lembut sangat...layan customer...yang perempuan pulak, cepat bertindak, usaha juga bantu aku nak suh dapat connect...

p/s: jangan cuai. dah la cuai, marah-marah orang. First time in my life..hukhuk...baru tadi jer sebelum bertolak ke Alor Star bincang pasal kecuaian atas bus...balik-balik...aku pun cuai...hahaa...tadi kaunselor lain kena...kali ni...aku pulak kena...hukhuk...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42