Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, December 18, 2011

Ujian Melanda

Bismillahirrahmanirrahim

Bagaimana harus diluahkan perasaan hati. Sedih sangat. Tak tahu untuk gambarkan bagaimana sedih perasaan ini. Sarat sangat rasanya.Sarat hati. 

Apakah yang Allah sedang aturkan untuk ku ini?
Kering air mata untuk menangis.
 Seka air mata sendiri. 
Apa yang berlaku, biarlah menjadi rahsia hati


Aku perlu minta maaf kepada mami. Kesian mami. 
Aku tidak mahu, sebab aku, orang lain yang susah. Biarlah aku berdiam sementara waktu.
 Biarkan aku sendiri. 
Hanya aku yang mampu merawat hati sendiri.
Kamu pergi jauh-jauh.
Pergi jauh daripada hidup aku.
Usah dekati aku lagi.

Allah hanya bagi ujian ini untuk orang yang mampu sahaja.
Ternyata, aku hamba yang Allah pilih.
Biar aku pujuk hati sendiri.
Aku bukan tempat kamu bertanya kenapa bersedih.
Biarkan aku!!!

Biar Allah aturkan semuanya untuk aku
Biar semua ini menjadi rahsia antara aku dan Allah



SENYAP!Biar sahaja jari ini meluahkan untuk menggambarkan rasa hati.


Saturday, December 10, 2011

Bulan itu, Bulan...

Assalamualaikum.


Walaupun hujan turun, gerhana bulan tidak berkesempatan untuk tengok di luar keindahan ciptaan Allah SWT. Namun, aku percaya gerhana sedang berlaku dan beberapa gambar daripada rakan-rakan yang ambil dapat dilihat dalam facebook. Apabila berlakunya keajaiban yang Allah SWT kurniakan, maka kita buatlah solat. Solat sempena ini bukanlah untuk tujuan pemujaan. Fahami makna tujuan solat untuk gerhana bulan. Solat ini bertujuan sujud pada Allah SWT yang telah menjadikan sesuatu dengan penuh berhikmah dan tunduk kepada PENCIPTA kejadian. MasyAllah. Aku hanya mampu mengigatkan untuk solat gerhana bulan. Namun, aku tidak mampu untuk solat kerana period daaa

Gerhana berlaku pada jam 7.30 malam - 10.30 malam. 


Bulan ini cantik sangat. Namun, disebalik kejadian bulan ini penuh dengan keindahan
Bagaimana Allah memperlihatkan kecantikan bulan daripada jauh. Hakikatnya apabila dekat penuh dengan berlekuk. Bagitulah kejadian manusia daripada air mani yang kotor, dibalut tulang manusia dengan daging dan akhirnya ditiupkan roh dalam diri manusia. Hanya iman, dan akhlak yang menghiasi diri menjadikan manusia secantik bulan. Terima kasih, sykur aku dilahirkan sebagai manusia YA ALLAH. 


Alhamdulillah. 



Friday, December 9, 2011

HANYA PERLUKAN DIA

AKU HANYA PERLUKAN TUHAN KETIKA INI


IMAN INI SENTIASA PASANG DAN SURUT
ALLAH, KERING AIR MATA INI MENCARI KEMBALI IMAN DALAM DIRI
BENAR, AKU INGIN MENCIUM SYURGAMU
BANTU AKU TUHAN
KEPADAMU AKU KEMBALI

Thursday, December 8, 2011

BAHAGIA

Bismillahirrahmanirrahim.

----BAHAGIA----

#JURNALINIKALAUBOLEHMAKANDAHLAMAAKUMAKAN#

10 JURNAL AKAN DISUBMIT HARI ESOK

---BAHAGIA SANGAT---



----BAHAGIA----

----MENUNGGU HARI BAHAGIA JUGA----

---BAHAGIA SANGAT---

Terima kasih sebab awak sangat penyabar dan besederhana
Itulah istimewanya awak pada saya

Terima kasih sebab awak sangat mengigatkan saya
Awak tidak pernah marah cuma kata-kata awak membuatkan saya banyak berfikir

Saya : Baju nikah saya dah beli kain dapat untuk awak sekali....warna bla-bla...
Awak: Elok juga baju tu dijahit ...bla-bla...
(Saya suka bila awak bagi peneguhan macam ni, sebab saya tahu, awak tak nak saya seksi kan bila pakai baju yang disewa)
Saya: Warna... bla-bla..sekali dengan lace bla-bla..empat helai
Awak : Banyaknya...


Cantiknya Awak!

Assalamualaikum.

Berpakaian jangan ikut dunia. Kalau ikut dunia, semakin kita mahu berlawan dan tunjuk kelainan. Kita ikut sahajalah ajaran agama Islam.

Apa bezanya orang di sebelah kiri. Sama sahaja dengan di sebelah kanan.

Janganlah kita meniru mereka itu, sedangkan kita memakai hijab di kepala.



Fesyen seluar naik pokok buah dokong/ buah langsat.
Adakalanya Tuhan jadikan kita sudah cukup cantik, tapi kita yang menghodohkan dan memalukan diri-sendiri.


Bukan mengutuk, tetapi pedoman dan iktibar untuk kita. Bila mahu buat kelainan, biarlah kelainan itu memberi hasil kepada kejayaan bukan kehinaan. Kasihanilah ibu bapa kita yang melahirkan kita. Bayangkan, gambar seperti ini, anda ambil dan simpan untuk anak cucu nanti. Boleh mereka ikut balik fasyen anda ini. Anda mahu?

Sekian


Monday, December 5, 2011

Sabar

Bismillahirrahmanirrahim

Entah bagaimana harus aku nyatakan.

"AKU SUDAH LAMA BERSABAR. MAMPUKAH AKU MENYEMAT KESABARAN PADA HATI INI SELAMANYA?"

CUMA AKU PINTA, ADA YANG MEMAHAMI ATAS KESABARAN INI DAN TIDAK MENGAMBIL PELUANG ATAS TAHAP KESABARAN INI...


Jika tidak, aku akan mengambil keputusan yang terbaik atas kesabaran ini. Jangan terlalu menguji diri ini.

Sunday, December 4, 2011

Tertawalah

Bismillahirrahmanirrahim...

-Semoga tawa dan senyum ini penyeri kehidupanku-

Tertawalah saat kau gundah,
Tertawalah saat kau jatuh
Tertawalah saat kau berduka,

Kerana tawamu itu pembangkit segalanya untuk merubah menjadi
BAHAGIA

Dr.A

Perlukah....

Bismillahirrahmanirrahim



Banyak jiwa yang memerlukan kita.
Kenapa kita yang perlu berputus-asa?
Sekalipun tidak dapat mengisi semua jiwa,
Sekurang-kurangnya isilah beberapa jiwa yang termampu...
Jika tidak bisa menjadi penawar dan ubat kepada jiwa itu...
Cukuplah sekadar menjadi pengelap air mata pada jiwa itu...

Cinta Bersambut

Bismillah.

Biar Allah menyampaikan rasa cinta hati ini untuknya. Bibir ini bungkam seribu bahasa. Hati hanya mampu berkata seorang diri. Apakah rasa hati ini sudah mula ada rasa cinta dan sayang. Oh, mungkin sudah lama jari ini tidak menita dan mungkin rindu akan kata-kata pujangga.




Career

Dr. Afiti
Assalamualaikum.

Money and career very crutial for myself. But, it is not mean im neglect my focus for my family. Because my family, money and career going to be more crutial than others.

I pray...pray and pray....
I wish...I could finish for master study very well...
I wish... I could further for PhD on 2013...
I wish...I have a child on my going to further for PhD as long as he/she can feel the enviroment and learn something as his/her mum do.

-Work hard and never dissappointed for you way-

I will sit 3 paper exam start from 23-31 Disember.
Wish me luck
I hope with warm hearted


Saturday, December 3, 2011

Menyesal Atas Pertemuan?


Assalamualaikum.

Sometime, its quiet difficult to express the feeling,
Sometime, you don't have any chances to tell what do you feel,
Sometime, no one already to listen your words,
Sometime, you can be a lover but not others can loving you,
Sometime, your love will tell you that he/she is very busy for work even you have too much time for him/her even you're too busy,
You can sacrifices for others but others can't,

Stop to loving others. Love yourself first!

You can express your feeling,
you have many chances to tell what do you feel,
You already have someone to lend her/his ear ,
It showing that She/He is loving you!

-------


Banyak perkara kita boleh rancang sehingga ke jinjang pelamin, Namun, banyak perkara boleh berubah dalam sekelip mata. Berdoalah semoga dipanjangkan jodoh, diberi pertemuan yang baik untuk diri dan orang lain jua. Kita hanya akan berjumpa orang yang tepat setelah bertemu orang yang tidak tepat. Jangan pernah menyesal atas setiap pertemuan itu. Kamu boleh mengalirkan air mata untuk perpisahan, tetapi jangan meratapi sehingga kamu tidak boleh bergerak dan bernafas untuk cinta kamu seterusnya.




--Sekian--

~Fikirkan kebaikan, cinta itu akan datang untuk kamu~


Truly,
DR.A




HidayahMu

Alhamdulillah.

Allah telah memberi kembali hidayah yang hilang. Janganlah hidayah ini hilang. Tersasar aku daripadaMu adalah kesakitan bagiku. Pimpinlah daku ini menjadi hambaMu yang solehah.

Singkirkahlah karat hati ini.
Tabahkahlah hati ini.
Kurniakahlah seseorang penyeri hidup ini.
Bukan sahaja boleh mendengar, berkongsi cerita, tetapi mampu membimbing hati ini.
Menyejukkan hati ketika amarah menguasai diri.
Tempat bersandar ketika kedukaan melanda diri.

Sesungguhnya, apa yang Engkau berikan itu,
Aku terima sepenuhnya dengan hati ini,
Dengan mengharapkan rahmat Mu.

Tidak mampu untuk mengalir air mata pada manusia,
Hanya kepada Tuhan sahaja aku kembali,
Tatkala hati dan jiwa terlalai,
Aku ingin kembali kepada kepangkuan Mu,
Tidak mahu lagi sesat dalam kecerahan.

TERIMA KASIH. SYUKUR YA RABB

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42