Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, February 18, 2012

Hanya Sementara...



BAHAGIA ITU AKAN BERPANJANGAN...

PASTINYA...!ALHAMDULILLAH...


Friday, February 17, 2012

BERHENTI BERHARAP



Adakalanya, kita terlalu berkorban...tetapi selama mana dan sampai bila?Adakah pengakhiran kehidupan ini untuk menjadi hamba yang sering berkorban?

Jika berkorban tetapi ada yang memahami, Syukur
Tetapi
Jika berkorban tetapi ada yang mengambil kesempatan?

Thursday, February 9, 2012

Touching aka Tacing + Tacimms

Bismilllah.

Mata tarak ngantuk lagi. Jam 4.09 pagi sudeh. Mananya tok ngantuk, doh tidur mati; balik kerja pengsan terus. Bangun pukul 11.00 malam. Khelass gitu. Tobat tidur tak hengat dunniyaa.(Penat sebab kedatangan bulan penuh..Huahua). Tengok-tengok kat hp mana tau ada call tidak berjawab. Jawapannya: Tak der call pun. Ingatkan ada mami call ke...hencik tunang call ke...Mana semua orang nih pergi? BUSY kot...Aku nak call pun dah malam sangat. Kalau mami, sure tidur...mana tahu penat...nak telefon En.Tunang lagi lah aku tak call malam-malam. Paling limit pun kalau ada hal dan sesuatu nak dibincangkan jam 9.00 malam lebih. Kalau dekat pukul 10.00 malam tu aku memang tak call...biasanya call dalam pukul 6.45 petang sebab aku tau...masa ni dia balik kerja. Hehe. Tidak apa...kalau dah jadi husband and wife, pukul 12.00 malam pun boleh call lepas ni.(Maklumlah mungkin lepas berkahwin akan berjauhan selama beberapa bulan...). Haha. Gelenyar!

Tentang perhubungan ni, seriously kami agak kurang berkomunikasi. Bila ada perkara penting barulah berhubung. Sedih bukan? Tidak mengapa, itu sebenarnya cara mendidik hati, afektif, kongnitif dan segala tif..tif lagi...untuk bersabar...kuat...dan paling penting, prinsip jaga diri sebelum menjadi isteri. Ikut ajaran agama itu yang terbaik. Kisah kelmarin....aku call En.Tunang bercakap tidak sampai 5 minit...tanya pasal perancangan kahwin kami...Katanya, list dulu...aku jawab...ermm..tak po lah...nok tanya tu jer.... Pujuk diri ajerlah... penat nak urus hal kahwin ni...tapi harapkan ada yang memahami dan bersama-sama. Ni tacing doh ni...tok pasal-pasal...Sobar nehhhh.... Jam dekat pukul 10.00 malam...bakal mertua call...tanya pasal perkahwinan... nak sewa tempat...jadi ke tidak amik dekat pantai Ndo tu...Aku cakap tidak jadi...sebab aku sudah booking dewan tu melalui pak sepupu...Kami bersetuju begitulah.... Take care sungguh bakal mertua aku ni... =) . I like... Terimo kasih ma...=)

Sedang aku bersembang dengan customer di FB tentang pembelian baju...tup-tup...dekat pukul 11.00 En.Tunang call.... Pelik benar kalau dia call jam 11.00 macam ni...Angkat ajerlah... Dia ni memang suka buat kejutan...(See...aku dah mula tacing dah ni...sob2x...). Dekat sejam lebih bersembang...Nak masuk 2 jam juga...Huahua...Lepas letak hp, aku rasa ada bahang panas di telefon tu...haha.... Dari hal urusan perkahwinan...life....perancangan sampai la lepas kahwin... Semua terluah.... Dalam hati aku dah agak dah ni....sekali call memang lama...tapi...2 ke 3 hari pasti senyap...Senyap busy.... Banyak perkara dibincangkan... termasuk tempat honeymoon...Errr..malu lah pulak..Hahaha! Sengih sorang diri lah menaip nih!Adeh!. Warna tema kahwin semualah dibincangkan... Kali ni lebih telus. Awal-awal kami kenal dia selalu call...kemudian menyepi....Aku faham..busy kerja....Jadi, itu bukanlah problem bagi aku......bagi space untuk life dia juga...bagi ruang hidup dan masa untuk diri dia juga...Bukan bermakna bila sudah meluahkan perasaan dia menjadi milik kita... Walhal tiada ikatan sah lagi...Walaupun ikatan sah sekali pun, suami kita juga punyai kehidupan dan privacy diri.... Give and take itu lah terbaik...Benarlah kan...masa pertunangan ni, sesi ta'aruf. Selama aku kenal 16. April 2011 sehingga hari ini... kami hanya berjumpa 5 kali... 1. Face to face (bawa kawan sebab malu!Haha) 2. Datang rumah jumpa mami... 3. Jumpa kat Penang sebab urusan kerja dia turun terus jumpa... 4. Masa raya... 5. Masa bertunang. Kira banyak dah la kan. Haha. Pada awal perkenalan kami, awal-awal lagi diberitahu, jika dia tidak kontek... aku konteklah...tidak apa...takut dia busy...dia terlupa...(Errrr...terlupa???Masa awal-awal kenal fikir banyak kali aku...betul ke tidak dia ni...betul ke tidak kenal untuk kahwin ni....errrrr...errrr....Kalau orang tu sukakan kita, berhajat untuk jadikan isteri...boleh ke lupa?---Macam-macam soalan dalam fikiran aku....Huh!Masa tu, aku terus semat dalam hati...Untuk bahagia...perlu bersabar... Awal perkenalan kami... sangat pantas... Aku rasa...aku lebih banyak kontek ma dia dari dia. Haha. Apo lah. Kuantiti kami berhubung itu tidak lah banyak...cuma Kualiti kami berhubung itu sangat bermakna. Ecehhh!Sebenarnya, keluarga En.Tunang merisik aku...tanpa kami bertemu. Seriously, kami tidak pernah bertemu!Lepas tu bertemu dan berhubung macam mana....? Rahsia kami... itu yang membuatkan kami Sweet..Ngeh..ngeh..ngeh... Selepas family nya datang...barulah aku bertemu mata dengannya... Masa merisik tu...sure lah..dia tidak datang ke rumah...Busy...kerja...Tidak balik pun.... Masa merisik tu...Wea siap cakap...paka kira jadi lah...hahaha...

Tapi, perkenalan kami ini sangat bermakna. Banyak kisah biar hanya ada dalam hati. Mungkin dialah pelengkap diri ini. Walaupun kami banyak perbezaan, tapi perbezaan kami sebenarnya banyak persamaan. Ni tacing pulop ni...Aduh...aduh... Aku nak tulis pun sampai tak reti...sebab maksud tu,..ada dalam hati... Matlamat kami seiring...cita-cita kami seiring...keinginan kami pun seiring... Dia sangat positif...Orang positif akan bertemu positif la kan... baru positif... (hover pulop!). Kalau seseorang itu jodoh kita, tarikan tu cepat sangat berlaku... walaupun banyak halangan... Indah nya idop ini...haha...

Semalam ayat dia... : Bila saya oyat gitu... jange pulop awok tok se beranok. Tergelak aku. Aku just jawab...tu bukey saya kalu tok sey beranok. Haha. (Kisahnya sebab aku cakap...tentang sambung pengajian di luar negara untuk PHd yang universiti sediakan...). Sebab itulah dia berharap tahun 2013 lepas kami berkahwin...dan berasingan beberapa bulan...aku dapat bertukar ke Putrajaya.... Doa-doa kan lah... Katanya senang untuk aku sambung study pula nanti....Aku pulak ambil peluang cakap...selepas habis study master ni, kalau nak study pHd...sambung yang 2 tahun di Malaysia dan 2 tahun di oversea boleh? Katanya boleh...tidak ada masalah..tapi tengoklah..takut susah dengan anak-anak ke nanti. Haha. Oh, my beloved fiance...kita ni memang suka merancang kan? Aku dengan selamber nya cakap... aku terigin sekali menyambung pengajian di luar negara dalam masa yang sama ada anak. Teringin sekali anak aku kelak merasai enviroment dan kids itu dapat belajar sesuatu...tentang persekitarannya....Oh, boleh! Masa tu...saya mungkin dah ada PE...PE boleh travel komanwel. Tapi, course aku tidak ada macam di Australia tu... Mungkin di Shiffield ke.., dan UK yang banyak... Katanya, InsyAllah dipermudahkan...Aku berharap begitulah...Mana tahu,apabila sudah berkeluarga dan rezeki pun ada...satu family boleh ke sana...Bahagianya kalau dipertemukan dengan seseorang yang saling memahami... saling ada keserasian...dan progress hidup... Walaupun berbeza bidang, kami tetap ada hala tuju dan matlamat yang sama yang boleh dicantumkan bersama.

"Thanks for being part of my life"


Keputusan Peperiksaan

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah SWT...terlalu banyak dosa dan kekhilafan diri...tetapi Allah SWT masih memberi kekuatan dan kejayaan buat diri. Semester kali ini, keputusan peperiksaan pada semester 2 dengan keputusan 4.00 PNGS. Pembelajaran peringkat master ini sesungguhnya amat menguji komitmen diri dan menuntut pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan dari segi wang dan masa. Perbelanjaan setiap bulan berulang-alik ke Perak RM 800. Setiap minggu kelas full sampai ke malam. Sudah menjadi ketentuan Allah SWT, ini jalan yang ku pilih dan ALLAH benarkan. Ahad - Khamis aku meneruskan pengorbanan kerjayaku...Pada hari Khamis juga selepas kerja, aku terus bertolak ke Perak kelas malam full sampai lah hari Sabtu...Sabtu jam 2 petang barulah bertolak pulang kembali ke Kedah. Dalam lingkungan jam 7 malam...lebih-lebih barulah sampai ke rumah. Esoknya pula bersedia dan berehat untuk bangun bekerja seperti biasa. Begitulah life aku nanti sehigga Disember 2012 ini. Aku memohon kekuatan dan kesabaran diri untuk melunaskan pengajian sarjana ini.

Tahun ini adalah tahun cabaran bagiku. Kitaran nombor 5 pada diri berpusatkan kekuatan, kesibukan dan pengorbanan diri yang memerlukan kecekalan luar biasa perlu digagahi dan dijaga sebaik mungkin. Apabila terlalu sibuk, kurangkan bercakap dan banyakkan motivasi diri agar terus bekerja untuk mencapai yang terbaik seiring dengan kebenaran Allah SWT. Tahun ini juga merupakan permulaan untuk bergelar sebagai seorang isteri dan mungkin juga sebagai seorang ibu jika diizinkan Allah SWT. Namun, itu bukanlah kekangan. Jadikanlah kekuatan. Masih ingat lagi, pada hari pertunangan, selepas sahaja peperiksaan final jam 10 malam, aku terus drive pulang ke Kelantan. Jam 6 pagi baru lah sampai ke rumah. Penat memang penat, tambahan pula kesihatan tidak mengizinkan. Namun, atas izin Allah SWT, semuanya berjalan lancar. Pokoknya, mahu atau tidak mahu sahaja. Semester 2 cabarannya ialah kekangan masa dan perlu penaakulan yang baik. Namun, semuanya berkat KESABARAN, LULUS ujian diri kali ini.

Semester 3 pula, apakah ujiannya yang Allah akan sediakan untukku, aku juga perlu bersedia dan tabah hati. Pengurusan untuk majlis perkahwinan, komitmen yang sangat menuntutku di sekolah dan juga menyiapkan tesis pada tahun ini termasuk kelas analisis. Pengorbanan perlu lagi hebat berbanding semester 2. Kali ini, aku perlu lebih menggandakan kesabaran diri. InsyAllah, semuanya akan selesai pada bulan 6. Cuma tarikh aku menduduki peperiksaan itu adalah tarikh akad nikah. InsyAllah surat akan di submitkan kepada IPS untuk aku periksa sebulan selepas itu. Soal pengurusan dengan manusia ini boleh diaturkan dan dilakukan budi bicara. Cuma, mohon Allah SWT permudahkan dan pertemukan dengan individu-individu yang boleh membantu diri. Semuanya untuk kehidupan yang lebih baik. Alhamdulillah, kali ini juga Allah telah permudahkan aku, dissertation ku, penyelia ku merangkap penyelia semasa degree dahulu menyatakan suruh aku sambung kajian yang aku lakukan semasa aku bekerja sebagai pembantu penyelidik dahulu sementara aku menunggu posting. Dia benar-benar perlukan aku untuk melaksanakannya untuk kajian seterusnya. Dalam fikiran aku, ingatkan kajian yang telah aku buat itu, 2 orang pembantu penyelidik selepas aku telah menyambung dan menyiapkan nya...namun masih dalam progress dan Dr meminta untuk aku teruskan kajian itu. Alhamdulillah penulisan selama aku bekerja 3 bulan itu aku taakul dan menulis sampai bab 3 dan terhasilnya inventori baru. Kali ini, aku akan terus menyambungnya. Sebenarnya semasa aku grad degree dahulu, aku sudah target untuk bekerja sebagai pembantu penyelidik bersama DR.N dan mana tahu, kajian dan pengalaman itu boleh aku gunakan untuk peringkat master. MasyAllah, Allah benar-benar merealisasikan jangkaan aku pada akhir tahun 2010 itu. Pengalaman sebagai budak degree yang menjadi pembantu penyelidik amat memberi makna sekali. Alah, kerja 3 bulan sahaja tetapi kesannya begitu bermakna. Itulah kan, percaya pada kekuatan diri dan jangkakan kebaikan yang Allah akan beri akan memberi makna yang luar biasa. Simpanlah gema kekuatan untuk tahun 2012 pula.

Aku tunggu untuk bergraduat pada tahun 2013 setelah selesai pengajian akhir tahun 2012. Semoga Allah SWT berikan kesihatan yang baik, keseronokan dalam melakukan sesuatu dan bersungguh-sungguh + komited dalam perjuangan ini. Aku doakan juga, semoga jodoh diperpanjangkan dan dikurniakan seorang suami yang saling memahami. Amin.

Semoga coretan ini juga memberi gema kekuatan pada orang lain. Amin.

Husnuzon: Kerjaya

-Gambar ini hasil daripada Google-

Assalamualaikum.

Terdetik sebagai pemerhati untuk mengulas berkaitan dengan : Mulut Longkang:

Adakalanya penyakit terlepas cakap, bercakap secara semborono dan membuka aib orang pasti mengundang kerosakan hati. Bermula dengan masalah hati akan membantutkan segala perilaku diri. Benarlah, contohilah adab Rasulullah dalam berkata-kata; itulah yang terbaik. Kata-katanya mulia dan penuh berhikmah. Apabila teguran dilakukan, pasti jawapan "janganlah terlalu sensitif". Ayat tersebut hanyalah helah bela diri pada diri-sendiri pelaku. Apa salahnya bercakap itu dengan cara saling menghormati satu sama lain tidak kira apa jua lapisan usia. Tiada masalah hati pasti hidup sejahtera. Lebih baik senyap dari bercakap perkara yang mengundang kejelekan dan tidak memberi makna. Mulut busuk, mulut longkang ini perlu dijaga agar tidak tersumbat dengan dosa. Ingat, Allah sedang melihat dan mendengar.

Tidak semestinya kita berusia semua kata-kata itu betul dan tidak semestinya jika kita muda, kitalah yang terpandai dalam berkata-kata. Adakalanya punca berlaku disebabkan pelbagai sebab. Semuanya bermula daripada hati.

Senario yang berlaku:

1. "Engkau ni, buat apa hari ni...kerja datang tak buat apa-apa pun"
2. Engkau ni, buat apa kerja over sangat...bukan dapat apa pun.."

Dua situasi tersebut, menggambarkan 2 keadaan. Jika tidak buat sesuatu tidak nampak pada mata orang, dikatakan tidak buat kerja. Paling penting, jangan pula kerana istilah, "aku buat kerja biar Allah sahaja yang tahu, aku buat tak perlu orang lain tengok, akan menyedapkan diri sendiri dan menjadi helah bela diri. Sedangkan langsung tidak buat kerja. Itu juga bahaya. Jangan terlalu selesa mengatakan orang lain tidak berbuat sesuatu, sedangkan kelak akan terkena pada diri-sendiri. Apabila terkena pada diri-sendiri, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Itulah paling bahaya. Keadaan lain pula, jika berbuat kerja bersungguh-sungguh dikatakan keterlaluan. Motivasi untuk bekerja itu perlu kuat dan datang secara intrinsik. Jika bertemu mereka yang membantutkan usaha berdaya usaha, pekakkan telinga, murnikan hati dan terus melaksanakan sesuatu secara kejutan. Buat kerja itu, berharaplah pada Allah SWT supaya memberikan keajaiban dan keberkatan atas usaha bukannya mengharapkan balasan manusia. Jujurlah berkata-kata dalam hati dengan menyakini bahawa Allah SWT itulah akan memberi ganjaran pada setiap kerja buat kita.

Alhamdulillah...syukur kerjaya ini milikku. Manusia itu perlu berkembang dari segi kerjaya dan teruslah berusaha. Aku mencintai bidang kerjaya melibatkan kemanusiaan ini. Semoga Allah SWT terus memberi ganjaran pahala pada diri ini dan keluarga dan keturunan ku. Amin.

Monday, February 6, 2012

Persiapan Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah blog ni sudah selamat dibaikpulih. Nasib baik google menemukan aku dengan seorang yang pandai dalam IT make up ni. Lega rasanya. Adakalanya banyak perkara tidak boleh diceritakan pada manusia, cerita adakalanya untuk kita dengan Allah SWT sahaja dan adakalanya dengan menulis dalam blog menjadi terapi.

Tinggal 3 bulan sahaja lagi aku akan bertukar status. Banyak perkara dalam fikiran. Senak pun ada terasa ke otak. Senak otak sebab men"survey". Nak cantik, nak murah. Haha. Memang tidak boleh lari dengan konsep alah membeli menang memakai ni. Tapi, kalau dah jadi penat macam mana? Sendiri tanggung lah kan. Adeh!Adeh!Tarik telinga sendiri.Hehe. Sebenarnya aku tidak suka benda yang last minit, tapi ada perkara aku sangat suka last minit. Anak sulung, faham-fahamlah, semua nak buat sendiri tapi aku juga sangat perlukan pandangan orang lain. Sebab tu aku suka survey dan tanya pendapat dan akhir sekali, buat keputusan sendiri. Sebenarnya, aku teringin sekali untuk adakan perkahwinan dengan sederhana sekali, hanya akad nikah dan buat makan-makan macam tu sahaja. Namun, apa daya, ada perkara yang perlu dipertimbangkan. Sudahla aku ni seorang sahaja anak perempuan, nanti banyak perkara yang timbul pula. Buat ajerlah labu....

Persiapan:

1. Pelamin.
Bab pelamin harapnya tidak ada renjis-merenjis ni. Banyak benda juga fikir. Mahu cari yang murah dan nak pelamin 3 panel. Kalau tiga panel kebanyakan yang aku survey tinggi harganya. 3k lebih itu tidak termasuk 2 kali make up dan meja makan beradab lagi. Buat apa susah-susahkan. Haritu tanya En.Tunang, katanya makan bersila lah senang. Rasanya macam tu juga jawapannya. Haha. Nasib baik aku tengah pening-pening ada yang bagi jawapan macam tu, lega juga senak otak ni. Lepas tu aku fikir balik!Haha. Tak pun makan ajerlah kat dapur...Huahuaahua. Akhir sekali, aku masih membuat pertimbangan...Pertimbangan ni, perlukan kesabaran mental dan hati... Make up dia biasa sangat, tapi aku harap dia make up aku nanti wajah naik seri lah dan mak andam tu ada bersama aku, boleh uruskan aku sampai selesai majlis. Huhu. Pelamin yang aku suka tu, janganlah berserabut, banyak bunga aku suka. Di Kelantan ni, bridal dan butik pengantin banyak sangat. Persaingan memang cukup hebat. Seriously, di Pahang, Kedah, KL, Johor, Negeri Sembilan lagi murah pakej perkahwinan. Tidak percaya, cubalah survey tengok. Dalam list FB ak, sampai ada seorang tu tanya, dan berapa puluh Bridal aku add. Aku ni bukanlah demand sangat sebenarnya. Cuma aku harap sangat bertemu dengan Bridal yang simple tapi kemas. Sebab yang aku tengok ada pakej murah, tapi tidak cermat. Kain senget benget, layu semacam kalau tirai belakang tu, aku tidak mahu juga. Bukan nak kutuk mak andam, kita perhati base mood, mak andam pun boleh berdasarkan pelamin dan cara gantung kain. Susahkan orang kaunseling ni, semua nak perhati. Tidak, bukan macam tu lah. Baik cari yang mahal sikit walaupun beza seratus. Bak kata seseorang pak andam ni, politik Bridal macam ni lah. Pelamin 3 panel, make up 2x, bilik, baju 3 pasang, itu pakej yang aku masih survey.

Pelamin cantik

1. Geez Bridal - memang cantik sangat. Tapi, jauh di Kuala Krai. Pandai main warna dan meriah, make up pun cantik. Pak Andam nya lelaki, tetapi boleh request dengan yang perempuan pun ada. Ala-ala taman gitu.

2. Mybride dan Renjis Bridal - Cantik, tetapi tidak full pakej. Tambah-tambah dekat dengan 3K lebih juga. Tapi, pelamin 1 panel. Sesiapa yang bajet lebih dari 3K boleh la ambil dengan Mybride dan Renjis Bridal. Tapi, kalau sapa ambil memang puas hati. Simple dan grand.

3. Sue Sweetouch - Sesiapa yang budget 4k-5k boleh la ambil. Aku tidak mampu. Sebab budget kahwin aku jangan lebih dari 7k. Semua cantik dengannya =) .

4. Kml Bridal - Suwittt sangat pelamin dia. Macam perasaan makan gula-gula. Hihii. Sweet sangat sweet. Harga pun ok jugak. Huhu. Siapa yang mahu 1 panel boleh la ambil bermula harga RM 2599. Pelamin macam Asya dalam album dia. Cantik. Bridal ni di Wakaf Stan. Kak Zie. (Mudoh kiro)

5. Jasliee Bridal - Pakej murah yang aku tahu setakat ini. Make up semakin menarik. Kak Lily owner nya boleh berunding. Jenis tidak kisah dan boleh bertolak-ansur.

6. Kak Long Bridal - Senang berkira. Make up pun simple, dan sweet sangat. Malangnya, full sudah.

Sebenarnya banyak lagi dalam list FB aku tu bridal dan butik pengantin...kebanyakan full untuk tarikh 1hb 6 akad nikah dan 2hb 6 majlis. Semua serbu tarikh 2hb 6.


Gift:

1. Keychain - In d making. Buleh naik bengkak tangan aku menjahit ni.
2. Buku doa robbana - Belum tempah. Bulan 3 baru nak tempah
3. Makanan - Sudah tempah. Baulu 1000 biji rm 150 depan sekolah. =)

Photographer:

1. Masih mencari. Aku tanya kak Yanie (Yanie PhotoChinta dan full, Zul Zolensa pun dah full, Abe Hisyam pun dan full...jerit kali ni...huhu..Nak cari yang murah dan berkualiti...mana nak buleh...sebab full booking....Sedih weh!). Aku bajet yang around RM 700-RM 1000 je ni..(Akad nikah, majlis, dan outdoor). Itulah kan..DSLR aku nampaknya tidak dapat berkhidmat sepenuhnya pada hari tersebut kerana tuannya akan berposing pada hari ittewww!

Makanan:

1. Masak bukan catering. Kalau catering mahunya dekat 7k.
( Nasi, Gulai daging kawah, ayam masak merah, acar, buah tembikai, ikan kering berlada, sambal, sirap) . Aku just bagi duit kat mami, list apa yang nak dibeli. Bab masak dia dah ni.... Doa kesyukuran simple sahajalah. Aku budget RM 2000 je ni...Beras tu dalam 4 guni cukup lah.

Daging - Beli beli dengan pok ya (mami urus)
Ayam - Beli dengan toksu (mami urus) - 40 ekor x 20 = 60 ketul.
Tembikai - 10 biji
Ikan kering - 4 kg
Nenas - 10 biji
Kacang panjang - 4 berkas
Ikan kering berlada - Aku cari di Tanjong Dawai
Gula - 10 kg cukuplah...kurangkan manis. hehe
Minyak - 10 kg.
Bawang besar - 1 guni kecil
Bawang India merah - 1 guni kecil
Bawang putih -2kg
Lada besar - 1 kg
Timun - 3 plastik besar
Sirap - 2 botol.
Santan - 20 kg...tak banyak santan sebab mami nak buat gulai kawah.
Minyak - 10 kg...
Sos Cili: 1 kotak
Cili Boh : 1 kotak ( tidak perlu utk mesin dan blender nanti. Mudah)
Cuka: 2 botol kecil
Garam
Ajino (Tak de benda ni tak sedap.Haha)


2. Makanan meja beradab : Serah pada mak saudara aku nanti.

3. Polisterin : 500 keping dan cawan 500 polisterin.

4. Beg sampah : 1

Hantaran:

In progress ada yang dah beli sikit-sikit. Bekas hantaran tunang hari tu aku guna. Adik yang kerja di Diosastana Bridal akan tolong buatkan hantaran untuk aku nanti. Masa bertunang, buat sendiri semua. Kali ini adik Nurul nak buatkan. Thanks sgt!...

Tempat:

Setakat ni di Dewan Tanjong Che Mas. Kerusi meja semua sedia. Aku hanya sediakan bayaran bil air dan bil elektrik sahaja.

Setting 4 tempat makanan : 2 lelaki dan 2 perempuan. tempat air pun 2.

Tetamu utama: Anak-anak rumah anak yatim. 4 tempat. InsyAllah. (Berkat untuk perkahwinan dan untuk arwah papa). Majlis kesyukuran mungkin hanya dalam 500 orang sahaja aku jemput dan mungkin dalam 400 orang sahaja yang boleh datang. (Orang kampung, rumah anak yatim, rakan-rakan dan saudara-saudara, cikgu-cikgu aku dan lect yang mana boleh datang...).

A sampai Z boleh katakan urus sendiri. Sebenarnya, walaupun ada yang ingin membantu, tetapi aku tidak mahu susahkan orang. Kalau boleh, make it smooth... just by the flow sahaja....Mungkin sebab aku anak sulung kan...Aku pun tidak suka jika menyusahkan emak saudara aku...Dari segi perbelanjaan semua tanggung sendiri. Sangatlah bukan diri aku jika aku ambil duit emak aku untuk aku guna untuk urusan majlis aku. En.Tunang aku pun banyak kali juga cakap, jangan susahkan mami...For sure lah..aku tidak akan menyusahkan mereka...Erm...Selagi boleh buat, buat sendiri....Kalau mereka tanya sangat...nanti aku penat aku pass okay?Ngeh..ngeh..ngeh...2 hari untuk majlis aku akan berehat sepuas-puasnya nanti....

Aku harap dipermudahkan urusan. Aku mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan aku...Aminn....

Sebenarnya, dalam fikiran aku ni...tarikh akad nikah tersebut adalah tarikh aku exam untuk paper analisis dan siap dissertation. Itulah kan dalam habiskan study ni... pengorbanan itu manis. Aku berharap juga permohonan aku untuk buat praktikal dahulu diterima sebabnya boleh save bajet kahwin berulang alik RM 800 sebulan tu dan bulan 9 baru mula dissertation dan kelas analisis. Aku harap, IPS terima.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42