Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, December 31, 2008

Cellular Memory

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini diambil daripada blog mukjizatsaintifik yang telah lama dipostkan iaitu pada tahun 2007. Ayuh sama-sama membaca tentang cellular memory. Mungkin memberi manfaat.

Negara digawatkan dengan kisah pembedahan pemindahan Tee Hui Yee, seorang remaja cina yang telah dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau adalah pengguna jantung mekanikal menggantikan jantung asal. Oleh kerana jantung mekanikal yang digunakan oleh beliau hanya mampu bertahan selama setahun, Tee Hui Yee berusaha mencari jantung asli sebagai ganti. Saban hari gadis berusia 14 tahun ini, dalam kesedihan dan tangisannya, mengira-ngira bila nafasnya akan terhenti. Namun penantiannya selama 1 tahun berakhir apabila satu pasangan suami isteri sudi mendermakan jantung anak mereka kepada Tee Hui Yee.

Pada 3 Oktober 2007, jantung penderma diterbangkan terus ke Kuala Lumpur melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menunggu di Lapangan Terbang Ipoh. Menurut Utusan Malaysia, penderma tersebut berasal dari Sitiawan, Perak. Pada 4 Oktober, tepat jam 10.45 malam, Tee Hui Yee dibawa masuk ke bilik bedah dan menjalani pembedahan maraton yang berlangsung selama 13 jam.

Namun begitu, Tee Hui Yee terpaksa menjalani pembedahan kali kedua apabila tubuhnya menolak jantung penderma pertama. Menurut ilmu sains perubatan, faktor utama penolakan organ insan lain disebabkan antibodi peneriama terlalu kuat. Dengan ini, sistem pertahanan badan menahan sebarang bentuk anasir luar untuk dimasukkan kedalam jasad penerima. Hasilnya, jantung atau sebarang organ tidak dapat diterima oleh tubuh penerima.

Akan tetapi, di sana masih terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi faktor penyebab kepada penolakan badan penerima terhadap organ penderma. Faktor tersebut dikenali sebagai Cellular Memory. Apakah ia Celular Memory itu? Cellular Memory ialah suatu istilah yang merujuk kepada perkara-perkara yang melibatkan memori, perangai, kegemaran dan citarasa yang mana semua itu tersimpan dalam setiap sel badan, bukan hanya tertumpu kepada otak sahaja. Menurut kajian sains lagi, setiap sel badan manusia, mampu menyimpan memori, perangai, hobi dan citarasa tuan empunya badan. Cellular Memory juga merujuk kepada kemampuan sel-sel badan menyimpan maklumat tentang personaliti, citarasa dan juga sejarah silam. Oleh itu, bagaimana pula sel-sel badan ini boleh menyimpan maklumat sepertimana otak?

Kajian sains menunjukkan bahawa, semua sel berinteraksi di antara satu sama lain melalui rangkaian asid amino yang dikenali sebagai "neuropeptida" dan juga reseptor. Kajian-kajian sebelum ini berpendapat bahawa, asid amino banyak terdapat dalam otak sahaja. Namun begitu, selepas kajian baru dibuat, ia menunjukkan bahawa asid amino bukan sahaja tertumpu kepada otak, malah ia juga wujud di setiap organ terutama pada organ-organ penting seperti jantung.

Kate Ruth Linton, seorang pelajar di kolej Montgomery, US, telah menulis satu jurnal berkenaan pemindahan jantung dan Cellular Memory yang bertajuk "Cellular Memory In Heart Transplant". Menurut jurnal tersebut, beberapa kajian telah dibuat terhadap penerima-penerima jantung. Kajian ini telah membuktikan bahawa penerima jantung terikut-ikut dengan tabiat serta perangai dari pendermanya.

Sebagai contoh, satu kes telah berlaku pada Mei 1998 di mana satu pembedahan pemindahan jantung telah dijalankan. Claire Sylivia, seorang perempuan, menerima jantung dari seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang terbunuh dalam satu kemalangan motosikal. Tidak lama kemudian, Sylivia mendapati dirinya mengalami beberapa perubahan yang ketara pada selera, tabiat serta tingkah laku. Dia mendapati dirinya lebih terasa maskulin serta teringin memakan cili serta bir. Sedangkan sebelum ini Sylivia tidak menggemarinya.

Selepas mendapati perubahan yang agak janggal pada dirinya, maka Sylivia pergi menemui keluarga penderma dan beliau dapati segala selera, tabiat dan tingkah laku hampir-hampir menyamai dengan Tim L., penderma jantung tersebut.

Dalam kes Tee Hui Yee, sekira tubuh beliau menerima jantung penderma pertama, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, hafiz al-Quran 18 juzuk serta imam terawih di Masjid kampung Sungai Tiram, Sitiawan, apakah bakal yang terjadi nanti?

Kami tinggalkan persoalan ini untuk dijawab oleh para pembaca yang budiman sekalian. Wallahua'lam...

Rujukan
1. Utusan Malaysia Online
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Cellular_memory
3. Kate Ruth Linton, Cellular Memory In Heart Transplant, volume 2, September 2003, Montgomery Collage.

Dipetik daripada pembacaan melalui blog http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/
Selamat membaca.

Selamat Tahun Baru Islam 1430 Hijriah dan Tahun Baru 2009

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Beberapa detik sahaja lagi tahun 2009 bakal menjelma. Maka, sudah pastinya azam dan semangat untuk tahun ini perlu lebih baik daripada tahun 2008. Maka, diri ini mendoakan yang terbaik buat diri ini dan juga keluargaku.

Azam dan tekad tahun baru ini:

1. Mendoakan kesejahteraan papa dan mami serta keluarga. Semoga papa pulih.
2. Semoga adik aku Mohd Azidi, adik bongsuku cemerlang untuk peperiksaan STPM dan adik kedua, Riduan berjaya dalam jurusannya serta pointernya semakin meningkat.
3. Berdoa semoga diri ini cemerlang dan dapat lebih nilai untuk kuliah yang dipelajari dan pointer lebih baik dan cemerlang.
4. Semoga diri ini dikurniakan kekuatan, lebih tabah, sabar serta cekal dan lebih redha serta tenang menghadapi kurniaan Tuhan.
5. Semoga diri ini semakin menemui pencarian permata untuk diri yang semakin diteroka ini demi kepuasan diri dan kecemerlangan untuk kebaikan semua. InsyaALLAH.
6. Semoga diri ini lebih positif dan gembira menikmati hidup dan mendoakan orang sekeliling juga dikurniakan sesuatu yang baik, dikurniakan peningkatan sifat merendah diri dan bersederhana.
7. Semoga diri ini lebih dekat dengan Tuhan dan dikurniakan kekuatan akal dan hati, Solat itulah punca segala kekuatan diri.
8. Meningkatkan amalan-amalan yang baik dan sifat mahmudah.
9. Konsisten dan tidak membuang masa serta tepati waktu ke kelas.
10. Semoga diri ini dikurniakan perasaan kasih sayang untuk semua.
11. Bercakap perkara yang perlu dan benar sahaja.
12.Semoga hari yang dilalui tahun 2009 lebih bermakna. Itulah harapan besarku.
13. Semoga insan-insan yang diri ini kenali juga berjaya dan semoga guru-guru yang pernah mendidik diri ini dijamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

Semoga azam dan hasrat ini semoga diberkati Tuhan. AMEEN.

NOR AFITI BT MOHD BASRI
22 TAHUN 7 BULAN
11.53 PM, 31 DISEMBER 2008

Sunday, December 28, 2008

FUN


Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang hidup ini memerlukan FUN. FUN yang dimaksudkan bukanlah kegembiraan yang melampau tetapi FUN yang masih ada batasan. FUN yang saya ingin coretkan pada entri pada kali ini berkait FUN dalam menikmati kehidupan seharian. Kadang-kadang kita lihat ada individu yang tertekan dengan hidup seolah-olah tiada FUN lagi dalam kehidupannya. Disogok pula dengan kerja yang bertimbun-timbun, persekitaran pula amat mendesak diri sehingga mencuri FUN yang membuatkan seseorang itu gembira dan menikmati hari-hari yang dilalui. Sebenarnya itu pilihan dan kehendak diri. Saya juga tidak terkecuali melaluinya. Namun, apabila keadaan sedemikian, saya seolah-olah mahu berehat seketika dan pergi berseronok dan melakukan sesuatu yang menghilangkan tertekan. Contohnya, jika tertekan, saya akan memasak dan of course lah dapat membesarkan badan. Hehe. Seterusnya, membasuh baju. Kasihan baju kena sental dengan berus. Kadang-kadang tingkahlaku sedemikian seolah-olah saya membayangkan saya sedang membersihkan minda saya apabila saya membersihkan pakaian saya. Pada suatu ketika juga saya akan mengajak rakan-rakan untuk berpicnik dan pergi ke suatu tempat, lebih-lebih lagi ke suatu tempat yang menenangkan seperti ke hutan dan bersiar-siar. Kadangkala juga saya akan ke pasar melihat ikan-ikan segar dan sambil itu of course lah segar rasanya seolah-olah memberikan kepuasan apabila tengok lauk pauk dan sayur-sayur yang menghijau serta menulis dan juga membaca.
Dalam meniti kehidupan sebagai mahasiswa pula, jika tertekan, saya akan menyertai aktiviti-aktiviti untuk meredakan tekanan. Namun, kadangkala bila tiada tekanan iaitu tiada kerja yang akan dilakukan diri ini akan menjadi teramat tertekan lagi. Jadi, itu memerlukan kreativiti untuk melakukan sesuatu. Bermakna homeostasis dalam diri kita ialah perlu bijak untuk mencari FUN. Namun, saya merasakan lega kerana melalui kehidupan ini saya telah merasai FUN dan juga bagaimana ingin melalui hidup ini dengan FUN yang masih pada landasan. Namun, FUN dalam kontek agama juga ada iaitu mengigatiNya membuatkan hati menjadi tenang dan perkara itu sudah menjadi kewajipan untuk setiap hati dan diri mendapatkan ketenangan.Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan FUN dengan mengigatiNya. Rasanya anda juga mengetahuinya. Sekian.

p/s--perkara yang membuatkan ketidakpuasan hati ini meletus ialah ikan bilis yang aku beli satu kilogram kena makan kucing. Ingat buleh 1 bulan simpan untuk guna letak dalam sayur. Tapi, ...Arghhhhhhh..macam nak bedal jer kucing ni. Bedal kesian pulak. Pastu semut pulak masuk dalam udang baring yang aku beli semalam. Geram betol. Arghhhhhhh.....Mungkin kucing itu lebih memerlukan makanan itu daripada aku kerana 1 bulan tiada penghuni di kolej untuk memberinya makan dan mungkin juga ada rezeki lain untuk aku. Usahlah aku geram pada hal itu yang membuatkan kucing itu masih hidup. Rezeki aku kali ini disedekah pada haiwan dan binatang di sebalik FUN yang aku lalui seharian.

Akal dan Ilmu

Fungsinya mampu melahirkan keajaiban manusia yang sedar tentang potensi berfikir

Bismillahirrahmanirrhaim

Pada kali ini perkongsian berkait "Pemberian akal dan ilmu merupakan Kurniaannya" yang dibaca melalui satu laman di internet. Kali kedua saya memasukkan isu ini di blog ini.

Teringat pula kata-kata guru saya ketika di alam persekolahan; "Orang yang suka berfikir itu sebenarnya orang yang tidak banyak bercakap, dan bercakap pada yang benar; Orang yang suka berfikir itu sebenarnya orang yang banyak menilai dan bercakap dengan Allah dan banyak muhasabah diri, dan pencapaian pemikiran yang tertinggi ialah pergi sejauhmana pun ketinggian ilmu yang dicari, akhirnya orang itu akan mengaitkan punca ilmu yang difikirkannya itu ialah puncanya Allah". Maka tidak lari dan terbabas lah orang itu.

ALLAH s.w.t. menciptakan manusia sebagai satu mahkluk yang paling utama dan mulia di alam ini. Sebagai bukti atau lambang kemahabijaksanaan Allah dalam semua aspek. Allah memuliakan mereka dengan diberinya “akal”. Manakala pemberian ini tidaklah sama antara satu sama lain, baik kekuatan berfikir atau memahami, daya ingatan (hafalan) dan lain-lain.

Di samping itu kita mendapati di kalangan mereka peratus yang kecil (cuma 2%) manusia yang cerdas, begitu juga manusia yang terencat akal. Manusia yang terencat akal adalah sukar dibantu, manakalah kelemahan akal adalah dapat diatasi dengan perawatan rohani dan fizikal.

Menurut Imam al-Ghazali dan al-Maawardi akal itu terbagi kepada dua:

1. Akal Gharizi
Iaitu akal atau ilmu yang diperolehi secara semula jadi sejak anak-anak dalam masa menuju perkembangan.

2. Akal Muktasab
Iaitu akal atau ilmu yang diperoleh dengan cara berusaha atau belajar dengan menggunakan pengalaman orang dahulu dan percubaan sendiri.
Di samping itu kita perlu menyedari cara manusia memperoleh ilmu pengetahuan itu pula adalah berlainan antara satu golongan dengan golongan yang lain berdasarkan kurniaan Allah dan persiapan-persiapan yang disediakan Allah dalam diri manusia yang berkaitan,iaitu:

1. Golongan Para Anbia Dan Rasul, mereka mempunyai sifat-sifat rohani dan jasmani yang sempurna di mana mereka memperoleh ilmu dengan cara wahyu atau berita dari Allah s.w.t.
2. Golongan Auliya (para wali), mereka memperoleh ilmu dengan cara mendapat ilham atau laduni iaitu ilmu yang didapat tanpa belajar tetapi mestilah juga berusaha paling kurang mempunyai ilmu-ilmu asas sebagai persiapan; sebab ilham tidak akan datang merupai sesuatu ilmu baru, yang belum pernah dikenali asasnya.
3. Golongan Ulamak dan Cendikiawan, mereka memperoleh ilmu adalah dengan cara biasa iaitu dengan cara belajar menggunakan pengalaman atau pengkajian orang lain dan juga percubaan sendiri.

Allah adalah sumber ilmu, manakala kitabNya pula sumber nur dan ilmu pengetahuan. Di dalam al-Quran Allah berfirman:
“Allah mengurniakan hikmat (rahsia ilmu) kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang dikaruniakan hikmat maka sungguh dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir."

(al Baqarah: 269)

---Inilah yang dicari-cari oleh kita sebagai manusia yang cintakan ilmu. Saya mendoakan semoga landasan dan peluang yang diberikanNya dapat dijaga dan dipergunakan dengan sebaik-baiknya---

Perubahan akal dengan pandangan hati
Al-Quran dan al-hadis menyatakan bahwa perhubungan akal dengan hati itu adalah amat rapat sekali di mana hati merupakan lombong kepada akal dan ilmu.

Allah berfirman:"Tidaklah mereka berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang mereka boleh berfikir (memahami)."
(al-Hajj: 46)

Di samping itu pula kita mendapati beberapa buah hadis Nabi s.a.w yang menyatakan di antaranya :
"Akal itu adalah cahaya dalam hati yang dapat membedakan antara yang benar dengan yang palsu."

"Ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu adalah seperti perbandingan lampu dalam rumah."

Ayat al-Quran dan hadis-hadis ini menunjukkan tempat akal itu ialah di hati dan menunjukkan bahwa akal itu ialah ilmu pengetahuan.
Menurut Imam al-Ghazali, hati manusia itu mempunyai dua buah pintu, iaitu:

1. Pintu yang terbuka ke arah alam malakut iaitu Lauh Mahfudz dalam alam malaikat. Menurut beliau bahawa hakikat segala sesuatu itu adalah tersurat di Luh Mahfudz dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati manusia yang bersih .

2 . Pintu yang terbuka ke arah panca indera yang bertumpang kepada Alam Syahadah
(Kerajaan Duniawi dan Alam Nyata)

Pintu-pintu ini hanya orang-orang yang semata-mata berzikir kepada Allah s.w.t., Menurutnya kegiatan para ulama ialah menuntut dan mengkaji ilmu serta memasukkannya ke dalam hati; sedang para wali dan sufi mereka berbuat untuk membersihkan hati, menyucikannya menjernihkan menggilapkannya sahaja agar dia dapat membuat hubungan dengan Allah dan memperindah kegemilangan hati untuk Allah s.w.t semata-mata.

Menurut beliau, hati itu mempunyai cermin untuk memandang di mana bila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau yang lebih dikenal sebagai ilmu pengetahuan.

Jika dikaji dalam al-Quran dan hadis, maka hati itu ada yang dimaksudkan dengan “Suatu pengertian di mana manusia boleh mengerti hakikat segala sesuatu”. Apabila cerahlah cermin hati, maka akan terang benderanglah gambaran alam Mulk dan Malakut. Dalam hal ini didapati cermin hati para nabi adalah terang sekali di mana mereka dapat melihat dengan amat terang akan kedua-dua alam itu.

Definisi akal
Seterusnya definisi “akal” menurut al-Ghazali mempunyai dua pengertian:

1. Akal itu adalah mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hubungan ini akal merupakan sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati.
2. Akal itu ialah alat untuk menangkap dan mendapatkan segala maklumat. Dalam hubungan ini akal itu ialah hati itu sendiri yang merupakan hakikat manusia.

Berdasarkan definisi ini, Prof. Hj. Mokhtar Yahya dalam bukunya ”Pertumbuhan akal dan memanfaatkan Naluri Kanak-Kanak” beliau menulis:

Akal itu ialah suatu sifat dari pada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal itu jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma’qul (yang dapat difikiri) dan mahsus (yang dapat dikesan oleh panca indera).

Al-Maawardi membuat pembahagian kepada akal di mana dari satu seginya akal itu bertempat di hati kerana hati itu adalah sebagai lombong kepada kehidupan manusia dan dia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).

Muhammad Taqiyyul Mudarrisi memberi definisi bahwa akal itu ialah nur di mana manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang; kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu.

Manakala Fairuzabadi pula mentakrifkan: ”Akal itu ialah nur rohani yang boleh mendapatkan bahan-bahan ilmu.” Di samping itu ada yang mendefinisikan: hakikat akal itu ialah cahaya yang suci dari liputan pra sangka.

Jadi, akal itu adalah pencapai ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah ibarat dari pada hakikat segala sesuatu yang terletak di hati. Setiap pengetahuan itu pula adalah mempunyai satu hakikat atau kenyataan dan kenyataan itu mempunyai gambar yang tercetak jelas dalam cermin hati.Tugas kita adalah memperjelas atau menggilapkan cermin itu dengan sejelas-jelasnya supaya kenyataan atau hakikat segala sesuatu itu adalah jelas kepada kita.

Akal menurut pengertian Islam bukanlah semata-mata akal yang boleh menyelesaikan masalah-masalah ilmiah tetapi juga lebih dari itu ialah akal yang boleh menimbangkan antara perkara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang palsu dan akal itu tunduk pula kepada wahyu Ilahi.

Dari sini kita dapat mengukur kekuatan atau ketinggian seseorang itu adalah berdasarkan kepada kesanggupannya untuk memahami sumber ilmu yang sebenarnya iaitu Qur’an dan hadis dan kesanggupannya untuk mengikuti wahyu dan tatasusila keagamaan. Rasulullah pernah bersabda:

“Tiadalah beragama orang yang tidak berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.”

Malah ada orang berpendapat bahawa agama seseorang itu adalah mengikut akalnya, bagaimana kedudukan akalnya maka begitulah kedudukan agamanya.

Selamat Tahun Baru, Awal Muharraham 1430 Hijriah




Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun Baru bakal menjelma. Pelbagai rentak hidup telah dilalui. Suka, duka, ketabahan, kecekalan dan kesabaran serta pengorbanan telah dilaburkan. Semuanya kerana suatu perjalanan hidup yang ingin tiba di suatu destinasi. Masa amat pantas berputar. Pengisian demi pengisian untuk menggenapkan 1 tahun itu amat memerlukan kecekalan. Sudah dinamakan hidup untuk sebuah kehidupan. Maka perlu survival untuk mencapai power.Diri ini tidak mahu mati dan rebah di tengah jalan. Jadi, diri ini akan terus mengatur tapak biar pun lambat atau cepat, hanya Tuhan yang membantu. Manusia diciptakan dengan penuh naluri dan kehendak yang tidak pernah puas. Untuk mencapai kepuasan itu, sememangnya hak milik setiap insan. Kepuasan yang sebenar ialah kepuasan hasil daripada sikap yang tidak pernah henti dengan kecekalan dan sikap berusaha.Walau apapun yang terjadi, semoga diri ini sentiasa dilindungi Tuhan dan yang paling penting kuasa keberkatan itu perlu dijaga agar tidak hilang dan perlu sentiasa dipohon daripadaNya. Sebak diri ini untuk menceritakan segala yang berlaku dalam hidup ini. Sehingga suatu tahap merasakan sudah lali dihujani ujianNya maka ditelan dan ditelan sahaja pemberianNya. Satu persatu dilalui dan diharungi kerana diri ini percaya diri ini tidak keseorangan kerana ditemaniNya. Juga, kerana kepercayaan diri ini; bahawa Tuhan memberikan sesuatu kerana Dirinya tahu kemampuan dan kebolehan hambaNya, maka hidup ini perlu diteruskan. Jika ingin berbicara tentang liku-liku, semua orang menghadapinya bukan diri ini sahaja. Justeru, semoga diri ini sedar tentang erti kesabaran. Hanya hambaNya yang sabar sahaja akan memperoleh nikmat Tuhan. Semoga diri ini lahir daripada sebuah keajaiban kesabaran yang penuh kasih sayang serta belas kasihan terhadap sekeliling. Diri ini juga memohon agar Tuhan membantu diri ini melalui kegetiran yang sedang dilalui kini dan mendoakan agar Tuhan membantu insan yang amat rapat untuk pulih. Tuhanku, Engkau bantulah hambaMu ini agar Engkau kabulkan doaku semoga insan yang berharga buat diriku ini pulih dan dalam lindunganMu Tuhan. Tidak sanggup diri ini melihat penderitaan yang dialami mencurah-curah yang Engkau uji dirinya. Engkau selamatkanlah dirinya dan aku memohon agar tempatkanlah beliau di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat. Ameen yarabbal alameen.




Tahun baru ini juga memerlukan perubahan untuk diri.Berubah untuk meningkatkan segala yang baik dan mengikis kejahilan diri. Sememangnya perlu untuk setiap manusia. Sedikit-sedikit, lama-lama pasti termakbul. Perkara paling penting ialah niat dan keihklasan. Apa yang paling penting juga ialah doa untuk diri agar terhindar oleh segala anasir dan masalah hati. Itu perlu diutamakan dan dibersihkan agar noda itu tidak menjadi virus yang menjahanamkan umat Islam. Anjakan untuk diri itu perlu ada untuk setiap insan; yang meliputi anjakan kognitif, afektif dan psikomotor( mahu lebih diet..hihiii). Anjakan yang paling jelas ialah melalui tingkahlaku. Hanya melalui tingkahlaku dapat mempengaruhi pemikiran, perasaan. Justeru, tahun yang akan dilalui ini memberi seribu penghayatan dan tahun yang bakal ditinggalkan pula memberi seribu nilai untuk diri ini. InsyaAllah, semoga Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketenangan diri untuk memperoleh dan mencapai apa yang diinginkan. Semoga insan yang berada di sekeliling diri ini juga memperoleh segala yang dihajati disertakan dengan usaha dan azam yang tidak pernah henti. InsyaAllah. Semoga tahun baru ISLAM ini adalah tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Diri kita hanya mampu berusaha, Tuhan memberikannya sebagai hikmah dan ujian untuk hambaNya agar tidak terus berpuas hati serta terus mengigatiNya bahawa kepadaNya sahaja setiap yang berlaku kita mohon pertolongan. InsyaAllah.
SmileThumbsUpHeart

Saturday, December 27, 2008

Berita Dari Bahagian Akademik

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa makluman penting untuk mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik.

Praktikal semester tujuh

Berita yang disahkan, bahawasanya praktikal semester tujuh hanya melibatkan pelajar ambilan 2008/2009. Untuk pelajar-pelajar yang lain, anda akan mula berpraktikal padasemester 8 mengikut sistem yang telah ditetapkan. Bagi pelajar-pelajar FST, untuk subjek-subjek yang telah diambil, pihak fakulti masih dalam perbincangan samaada untuk mengekalkan subjek yang telah diambil atau kemungkinan besar akan digugurkan pada awal semester depan. Oleh yang demikian, pihak FST akan memaklumkan melalui notis yang akan dikeluarkan.

Jadual dan tempat kuliah

Pada semester depan juga, bahagian akademik telah menyusun semula jadual dan tempat kuliah mengikut fakulti. Pembahagian tempat kuliah khususnya dibuat mengikut zon bagi memudahkan dan menyelaraskan pergerakan pelajar. Sebagai contoh, tempat kuliah bagi pelajar FST hanya akan melibatkan kawasan tadahan utara dan kawasan tadahan selatan. Bagi pelajar FPE akan melibatkan kawasan anjung. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyemak semula jadual kuliah bagi mengelakkan penyusunan waktu yang padat. Andai ada waktu yang tidak punya selang untuk melakukan solat, mahasiswa/i disyorkan untuk melakukan proses tambah gugur bagi menyusun semula jadual kuliah yang diberikan.

General English

Untuk mahasiswa/i yang akan bergraduate, sekurang-kurangnya bagi pelajar-pelajar TESL sekurang-kurangnya lulus MUET dengan band 4, manakala pelajar sains band 3, dan pelajar-pelajar lain sekurang-kurangnya band 2. Namun yang demikian, universiti telah memperkenalkan subjek General English untuk mahasiswa/i yang berminat sebagai ganti kepada peperiksaan MUET. Subjek General English tidak dikira sebagai jam kredit. Sekurang-kurangnya pelajar harus mencapai gred C untuk subjek ini bagi menggantikan peperiksaan MUET. Pelajar lama yang berminat boleh berbuat demikian pada awal semester depan semasa minggu tambah gugur. Subjek General English diharapkan dapat membantu kesemua pelajar UPSI untuk bergraduat.

Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i yang berminat untuk memeriksa semula kertas peperiksaan baru-baru ini, anda boleh berbuat demikian pada awal semester depan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM25 untuk satu kertas. Bagi pelajar-pelajar yang berminat mengulang semula, sekurang-kurangnya gred c- dan ke bawah untuk subjek-subjek teras iaitu subjek pendidikan dan subjek universiti.

Denda bahagian akademik

Mahasiswa/i yang mempunyai masalah untuk pulang awal ke kampus sehingga akhirnya terlambat untuk mengambil slip peperiksaan, disebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga, kewangan dan lain-lain hal yang berkaitan, anda dinasihatkan menulis surat kepada dekan. Hal ini disebabkan, untuk masalah-masalah terbabit denda boleh dikurangkan daripada bahagian akademik sehingga 80% ataupun pelajar tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Surat yang dibuat perlu mendapat pengesahan dekan untuk digunakan sebagai bukti semasa pembayaran dilakukan.

Study week

Mengikut takwim yang ditetapkan pada semester hadapan, study week tidak dimasukkan pada semester depan. Hal ini berikutan, UPSI memulakan kuliah seminggu lebih lambat berbanding dengan universiti-universiti lain iaitu pada 5.1.2009 berbanding universiti lain yang bakal bermula seawal 28.12.2008. Namun yang demikian, perkara ini telah dimajukan kepada bahagian akademik untuk diadakan semula study week sekurang-kurangnya seminggu dan ianya dalam pertimbangan . Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan maklum balas selanjutnya daripada semasa ke semasa oleh bahagian akademik UPSI berhubung dengan perkara ini.

Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/i mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu yang diutarakan.

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI

sila klik di bawah untuk maklumat lanjut yang lain.

http://guruohguru.wordpress.com/

p/---Sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain juga agar kekeliruan dan persoalan terlunas serta sikap cakna terhadap isu-isu akademik anda semoga beroleh kejayaan.

Siapakah di Sebalik ACER?

12.45 AM, Rabu. This night, I don’t know what I want to jott down. Maybe, it is better to share with bloggers about Acer. Nowadays, Acer brand is very famous. Mybe u’re the one is using the Acer product; termasuklah saya. Malam ini terdetik pula untuk mencoretkan tentang personaliti dan pencetus Acer. Kebetulan pula saya menonton rancangan dokumentari di TV 2 tentang usahawan yang berjaya sebagai perintis dan tulang belakang dalam dunia teknologi. Pengasas komputer riba jenama Acer ialah Stan Shih. Beliau seorang yang berdikari dan tinggal dengan seorang ibu tunggal sejak usia 3 tahun lagi. Matlamatnya ialah ingin memperkenalkan jenama Acer di seluruh Taiwan dan di peringkat antarabangsa. Stan merupakan pelajar cemerlang yang menjadi contoh ketika di alam persekolahannya. Ketika berusia 10 tahun, beliau mula membantu ibunya menjual telur masin. Beliau mempelajari elektronik agak lama. Ketika memilih jurusan pengajian untuk ke Universiti, beliau memilih bidang berlainan daripada rakan-rakannya. Ketika itu kebiasaannya pelajar-pelajar akan memilih bidang perubatan, namun dirinya memilih bidang kejuruteraan. Beliau berminat dalam bidang teknologi. Selepas tamat belajar di Universiti, beliau ditawarkan untuk bekerja di syarikat Unitron yang merupakan syarikat yang ternama yang berteknologi tinggi ketika zaman itu sehinggakan beliau meminta dekan merekomenkan dan menandatangan untuk menyokong beliau. Akhirnya, beliau diterima bekerja di situ. Walhal, sememangnya syarikat tersebut ingin mengambil beliau bekerja. Beliau amat bimbang jika tidak diterima bekerja di syarikat itu. Belaiu berminat untuk membangunkan syarikat sendiri dan beliau mula mencipta produk keluaran sendiri. Beliau kini dikenali sebagai usahawan yang amat berjaya dan membuka syarikat sendiri iaitu Acer. Dengan semangat yang kuat, dan tidak pernah berhenti belajar dengan mendalami minatnya dalam bidang teknologi, maka terhasillah komputer riba yang berjenama ACER iaitu pada 1976. 8 bulan nama ACER difikirkan oleh beliau sebelum dijenamakan. Beliau percaya bahawa teknologi baru akan mengubah kehidupan. Beliau juga menggunakan landasan alumni tempatnya belajar dahulu sebagai medan untuk dirinya bersama senior-senior berbincang untuk mengeluarkan produk, iaitu Glen Ingg. Dengan pegangan terhadap DRAGON DREAM yang menjadi prinsip hidupnya, beliau terus bergerak ke hadapan walaupun usia beliau sudah lanjut kini. Impian yang terkini beliau ialah bagaimana ingin menjadikan teknologi sesuatu yang menyeronokkan dan mudah didapati?. Dalam alumni beliau, beliau sering berkongsi kepada remaja dan anak muda tentang teknologi tinggi. Dirinya juga amat merendah diri dan teringat saya akan kata-katanya, saya hanya manusia biasa. Jika Stan boleh, saya, dan anda juga boleh. InsyaAllah. Semoga dapat memotivasikan kita semua.
:girl_4:

Hungry Knowledge




Mari membaca blog

Rancangan blog sekali lagi memaparkan undangan khas Puan Rubiah Ahmad merupakan seorang arkitek yang juga terlibat secara langsung dalam lapangan motivasi. I like the way she think. It is so deep and a lot of meanings. Suka saya perkongsiannya tentang aspek budaya membaca yang diperkatakan oleh beliau. Kupasan beliau yang cukup bernas menarik minat saya, diuli pula dengan idea yang sangat mematangkan. Saya tertarik untuk mencoretkan entri ini berkait dengan aspek budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekarang. Jika ditanya, dalam seminggu berapa jumlah buku yang dibaca atau dalam sebulan, setahun, berapa jumlah buku yang benar-benar telah dibaca (sila jawab dalam hati). Itulah gambaran sebenar diri anda dan sejauhmana cinta anda kepada “knowledge”. Jika ditinjau dalam kalangan mahasiswa sendiri, pada pandangan saya budaya membaca dalam kalangan mahasiswa masih belum memberangsangkan. Saya tahu, kerana saya hidup dalam kalangan mahasiswa juga. Hal yang jelas, Prof.Dato’ Dr.Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri menyatakan tahap kunjungan pelajar ke perpustakaan masih belum mencapai tahap membanggakan. Adakah alat ukuran kunjungan ke perpustakaan itu menjadi skala yang tepat untuk menggambarkan tahap membaca dalam kalangan mahasiswa masih lagi lemah? Adakah diukur melalui skala peminjaman buku-buku di perpustakaan? Semakin tinggi belajar, semakin kurang pula membaca? Benarkah? Sepatutnya, semakin tinggi belajar semakin dahaga untuk menambah pengetahuan. Belajar di universiti pula, semasa membuat tugasan barulah terkial-kial mencari buku. Jika ditanya berapa buah buku yang dibeli dan dibaca dalam satu semester, susah untuk menjawabnya. Apabila ditanya berapa pasang baju dibeli, berapa pasang kasut dibeli dalam satu semester, berbuih mulut jadinya. Banyak persoalan sebenarnya yang menjadi tanda tanya. Teringat kata-kata Puan Rubiah yang merupakan antara insan yang saya kagumi dalam aspek perkongsian idea yang amat mematangkan( semoga saya dapat berjumpa beliau dan berYM dengan beliau suatu hari nanti); suka saya terhadap beberapa istilah yang beliau gunakan semasa rancangan Blog di televisyen, RTM 1. Beliau menyatakan seorang pemandu teksi mendapat anugerah mastermind mengalahkan professor. Mengapa ini terjadi? Jika orang yang suka berfikir singkat mungkin akan cakap, “Wow, kalah Professor beb!” tetapi jika berfikir panjang, anggukan kagum itu akan muncul lantas turut membangkitkan rasa bermotivasi untuk mencintai ilmu. Sebenarnya, dalam budaya dan kebiasaan di Malaysia, kedudukan atau status itu lebih diutamakan. Standard orang yang bijak pandai pastinya diberi kerja yang baik-baik kerana telah dilatih daripada awal sejak dibangku sekolah lagi. Jika belajar pandai-pandai, mesti dapat kerja baik. Untuk pandai perlu banyak membaca. Itulah yang menjadi kebiasaannya dalam budaya kita. Jika malas membaca, tidak berjaya kerja biasa-biasa sahaja. Namun, di Sweeden, di United Kingdom, konsep "hungry for knowledge" itu yang menjadi nadi kepada amalan membaca mereka. Mungkin inilah kesilapan belajar untuk peperiksaan di Malaysia, apabila belajar untuk peperiksaan, membaca pula terhad untuk peperiksaanlah, dan perkara yang dibaca hanya buku peperiksaan. Selepas peperiksaan, tidak ingat apa-apa kerana konsep dahaga kepada pengetahuan itu tidak ada. Situasi amat berbeza di negara-negara luar. Mereka berlumba-lumba mencari buku-buku dan mencari sebanyak mungkin pengetahuan. Tidak ada kelas atau piawai yang membezakan, kerana semua masyarakat di sana membaca tanpa mengira kelas dan pangkat kerja. Sebab itulah,tidak hairan, pemandu teksi juga boleh mengalahkan Professor untuk anugerah mastermind. Itu penghargaan yang cukup membanggakan bagi diri saya kerana masyarakat di luar negara lebih gemar membaca bukan untuk peperiksaan, pangkat dan kerjaya. Mungkin membaca itu basic need atau sudah menjadi makanan mereka. Sebab itulah negara dan masyarakat mereka lebih maju. Sebabnya mereka lebih kaya dengan pengetahuan. Maju itu bukan diukur dengan melihat pembangunan fizikal tetapi diukur dengan pembangunan nilai. Nilai-nilai itu ialah melalui ilmu dan juga budaya minat membaca. Analoginya, seorang yang berpakaian kemas serta berkot dan seorang lagi yang berpakaian biasa. Luaran memperlihatkan mungkin si pemakai yang berkot dan kemas itu lebih berpengetahuan. Apabila ditanyakan soalan, sejarah penciptaan dan pemakaian kot, terkial-kial orang yang memakai kot itu untuk menjawab, sedangkan orang yang berpakaian biasa itu panjang lebar menceritakannnya. Apabila ditanya, bagaimana anda tahu kepada pemuda berpakaian biasa itu, jawabnya; Saya membaca kebetulan dirinya juga bekerja di kedai yang menjual kot. Orang yang menjual dan tidak memakai kot tahu tentang sejarah penciptaan kot sedangkan pemakai kot tidak mengambil tahupun sedangkan ilmu itu sebenarnya sudah berada dibadan sendiri tetapi akibat terlepas pandang, terus diabaikan. Apa sebenarnya analogi yang saya ceritakan itu? Fikir-fikirkan kerana itu tujuan saya untuk mengajak anda sama-sama berfikir. Terfikir juga saya, untuk menjadi manusia serba berpengetahuan dan serba tahu itu jarang-jarang ditemui. Mungkin perlu ditanam dalam diri dan budaya hungry for knowledge itu perlu diterapkan agar menjadi masyarakat yang peka dan merasakan penting dalam mendapatkan ilmu bukan membaca untuk menjadi pandai dan seterusnya mendapatkan kerja yang baik sahaja. Tidak ada makna sebenarnya jika penghayatan dalam diri bahawa diri tersangat memerlukan diri diisi dengan ilmu pengetahuan itu tiada. Bolehkah orang yang pakar dalam bidang Kaunseling, pakar juga dalam bidang Sejarah dan Bahasa? Bagaimana? Samalah juga sebenarnya konsepnya terhadap pengayaan ilmu itu. Jadi pakar dalam bidang kaunseling, pakar pula dalam bidang Sejarah kerana minat dan cinta dalam ilmu Sejarah dan minat pula dalam bidang penulisan dan bahasa. Lebih kurang sebenarnya apa yang saya perkatakan itu. Semoga anda faham. Agar sukar juga untuk saya menerangkannya. Jika di sekolah, cikgu pula suruh pelajar itu cemerlang dalam bidang akademik dan lebih baik jika turut cemerlang dalam ko-kurikulum. Bermakna, jika awal-awal lagi sudah dilatih dan dididik sedemikian, maka tidak hairanlah jika pelajar tersebut melangkah ke hadapan dan menjadi seseorang yang serba serbi juga seperti yang saya perkatakan iaitu pakar dalam Kaunseling, Sejarah dan Bahasa apabila pelajar itu telah terkehadapan. Mengapa pula tidak boleh, kerana ilmu itu tiada hadnya. Justeru, membaca itu bermula dari kesedaran, maka bersuaralah bersama-sama saya melalui mata pena maya ini, untuk membudayakan budaya membaca. Saya menulis entri ini juga tujuannya untuk berkongsi dan mengajak anda membaca kerana saya sedar anda juga tiada masa untuk membelek buku. Jadi, bacalah entri ini. Hehe. Namun, dalam dunia hari ini, budaya membaca itu bukan sekadar membaca buku. Dunia serba maju. Manusia yang tidak pernah ketinggalan dengan ilmu semasa dianggap up to date person. Terkejarkah kita? Berusahalah, ilmu itu tidak terbatas dan ada di mana sahaja. Cuma ilmu Pencipta dengan Kita sahaja yang terbatas. Hari ini, untuk mendapatkan ilmu itu, hanya di hujung jari. Jadi jangan hairan jika anda sering melihat saya sering mengadap laptop, dan membaca blog-blog seluruh dunia. Ada juga sahabat saya bertanyakan saya, engkau minat erk benda macam ni? Sebenarnya itulah ilmu untuk diriku. Search satu link, akan terdorong untuk search pula maklumat lain kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah padam. Namun, keutamaan saya tetap diutamakan. Masa itu sangat cukup, hanya cara yang paling penting, untuk menguruskannya sahaja. Saya hanya mempu tersenyum apabila ditanya sedemikian. Bagaimana pula dengan YM yang sentiasa di On. Itulah medan saya mencari sahabat untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan, kerana itulah minat saya juga. Tanggapan berYM sudah pasti jiwang-jiwang. Namun, sebenarnya bergantung pada individu untuk menggunakan kemudahan IT. Jadi BerYM lah dengan saya…hehe…Peluang itu sangat hampir dengan kita. Cuma kita sering terlepas pandang untuk menggunakannya. Kadang-kadang hikmah dan sebab terlepas pandang itu mungkin itulah yang terbaik buat kita. Mungkin untuk orang lain dahulu, selepas itu barulah kita. Jadi, bersabarlah dan berusahalah. Jika rakan-rakan yang minat menulis, malas memegang pen untuk mencanang idea, sudah tiba masanya menulis melalui blog ini. Tidak rugi, ilmu dan maklumat anda dikongsi dengan orang lain. Jika menulis, pastikan orang yang pertama membaca ialah saya, kerana saya tersangat menghargai perkongsian anda. Bersamalah kita wujudkan budaya membaca dan sebab itulah juga saya sering menghantar link blog saya untuk anda kerana saya ingin anda juga sama-sama membaca. Mungkin itu peringkat awal eksperimen saya. Setakat itu sahajalah perkongsian tentang budaya membaca. Baik buruk entri ini semoga diambil nilai.
~Hungry For Knowledge~

Friday, December 19, 2008

Tahniah Untuk Sahabat dan Praktikum Sem 7


Alhamdulillah, dalam diam sahabat yang saya kenali ini sudah pun diijabkabulkan. Nurul Munirah yang saya kenali dalam beberapa aktiviti yang pernah disertai sekali. Gambar ini diambil daripada blog saudari Aqilah. Teringat saya ketika pilihanraya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar beliau juga menjadi tulang belakang dan bersama saudari Aqilah sepanjang masa. Seorang yang sempurna dari rupa paras, lemah lembut dari segi tutur katanya dan tertib orangnya ketika saya kenali ketika di kursus KEPIMPINAN Bina Negara beberapa bulan lepas dan sebelum ini. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saudari. Kenal beberapa ketika namun, kata-kata semangat yang pernah bersama-sama itu menandakan erti persahabatan. Minta maaf Munirah, saya ambil gambar ini dari blog Aqilah. Selamat bergelar isteri dan juga teruskan bergelar mahasiswi.Jodoh yang awal itu sememangnya layak untuk orang yang layak dan Tuhan memberikannya.

PRAKTIKUM SEM 7

Perlaksanaan praktikum di semester tujuh sebenarnya telah dibuat setelah beberapa kajian diadakan oleh bahagian akademik. Bagi meningkatkan kualiti graduan UPSI, maka dasar ini diperkenalkan sebagai mekanisme bagi mahasiswa/wi merefleksi semula praktikum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah. Namun demikian, bagi pihak TNCA Akademik, dasar ini tidak akan dijalankan kepada mahasiswa/wi yang telah memulakan pengajian pada sesi 2006 iaitu mereka yang berada di semester lima sekarang. Ini disebabkan oleh, beberapa kekangan dan penyelarasan yang harus diambil kira. Walaubagaimanapun, dasar praktikum di semester tujuh akan bermula bagi mahasiswa/wi yang berada di tahun satu sekarang. Sebarang perubahan, akan dimaklumkan oleh Pusat Perkembangan Akademik.-daripada MPP, Saidari Aqilah

Wednesday, December 10, 2008

Peranan Blog


Ketika di Selangor ( Jabatan Penerangan)- UPSI Representative - Pertandingan Kenegaraan 2008

Peranan blog semakin hari semakin menampakkan kesan (meletop) memandangkan kehendak dan keperluan maklumat menuntut para pembaca melayari internet. Kemungkinan besar persaingan pembacaan dari blog lebih meningkat daripada pembacaan majalah. Adakah disebabkan revolusi dan tuntutan serta kehendak-kehendak manusia yang menjurus kepada ledakan teknologi maklumat yang lebih mudah atau menggambarkan kecekapan manusia ingin pantas mendapatkan maklumat??. Tercetusnya entri yang saya tuliskan ini kerana sambil-sambil menonton rancangan siaran langsung iaitu pada malam Ahad, jam 8.00 malam iaitu rancangan BLOG di TV 1.Pada kali ini rancangan BLOG di televisyen memaparkan blogger yang begitu aktif penulisannya di dunia hiburan iaitu Budiey. Siapa tidak kenal dengan Budiey yang sentiasa update dengan blognya tentang dunia hiburan dan artis. Sebenarnya, mengikut pandangan saya sendiri, tujuan blog saya dibina pertamanya kerana minat menulis dan memberikan pandangan dan pendapat yang tiba-tiba muncul dalam fikiran saya dan mendesak saya untuk menulis seterusnya dikongsikan dengan pembaca yang melayari internet. Seterusnya atas dasar kerana minat saya membaca pemikiran manusia (penulis blogger) yang mungkin membolehkan saya mengambil input yang boleh memberi manfaat kepada diri saya melalui pembacaan hasil penulisan mereka. Malahan juga sebagai rangkaian untuk saya mengenali penulis blog secara lebih dekat dan berkongsi dengan mereka pandangan dan pendapat. Pembudayaan ilmu mungkin saya boleh jadikan sebagai landasan untuk mendapatkan maklumat yang lebih agar diri tidak ketinggalan di belakang sebagai seorang bakal pendidik. Seterusnya disebabkan kemudahan WIFI di kolej saya. Amat perlu menggunakannya kea rah yang bermanfaat, jika tidak terbakar wang saya RM 80 setiap semester yang dibayar pada pusat ICT. Walaupun kekangan masa itu sememangnya wujud, namun bukan alasan untuk blogger tidak menulis. Jika tertidur sekalipun, kebetulan jika terlintas sesuatu isu yang membolehkan saya berfikir, saya akan bangun dan membuka laptop dan terus menulis. Blog-blog yang dibina oleh blogger menggambarkan ciri dan personaliti dengan membawa identiti masing-masing pada blog. Ada sesetengah blog lebih menjurus kepada isu politik, penulisan berbentuk diari dan catatan kehidupan harian, isu pendidikan, isu berkait agama, pandangan-pandangan berkait ekonomi dunia, dan sebagainya. Kekreatifan blogger juga dapat dilihat melalui corak penulisan, susunan blog yang dibina, kekentalan dalam melontarkan pandangan dan idea serta menggambarkan blogger sentiasa up to date dengan maklumat serta isu semasa. Bergantung pada citarasa blogger dan identity blogger yang menarikan jari-jemari mereka pada rungan yang mereka bina.

Alhamdulillah, saya merasakan dunia blogging ini sememangnya memberi manfaat kepada diri saya juga. Melalui blog-blog dapat dilihat tentang peluahan dalam diri manusia, blog juga merupakan landasan berkongsi masalah, meluahkan masalah dan sebagainya. Itu yang dapat saya lihat. Melalui peluahan-peluahan, ada pula memberi pandangan dan komen –komen serta langkah mengatasi dan seterusnya ada juga sehinggakan merapatkan hubungan blogger. Selepas kenal melalui blog, kenal pula melalui YM dan akhirnya menjadi rakan dan sahabat yang boleh berkongsi dan mendapatkan maklumat. Itu sudah menjadi kebiasaan dalam mencari kenalan dan siapa yang gemarkan pergaulan yang luas. Namun, harus diingat dalam kerancakan diri bebas menulis isu-isu yang dilemparkan di blog, perlu ada etikanya. Sememangnya ledakan teknologi ‘blog’ memberi manfaat yang amat baik dan tidak merugikan. Efek itu akan dirasai oleh blogger dan mungkin yang belum lagi berjinak dengan blog masih samar dan tidak tahu kebaikannya. Justeru, ayuh berjinak-jinak dan bersuara tentang perkongsian serta pandangan anda melalui blog. Moga rangkaian IT ini menjadi jambatan dan landasan untuk penggemar yang sukakan kelainan dalam mendapatkan maklumat agar pembudayaan ilmu itu lebih meluas. Baik buruk itu bergantung pada bloggers.Sila klik di bawah untuk melihat sepenuhnya.

Monday, November 24, 2008

Melabel Manusia

Assalamualaikum.Satu tabiat buruk yang menjadi barah di dalam masyarakat kita adalah tabiat ‘melabel’ dan berprasangka buruk tanpa usul periksa. Istilah-istilah seperti ‘barua’ dan tali barut’ adalah antara label yang sering digunakan dalam masyarakat kita sehingga memecah belahkan perpaduan. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengaku umat sesiapa yang suka berburuk sangka.

Sesetengah orang menyangka bahawa dia boleh mengenalpasti personaliti orang lain dengan hanya melihat gerak geri orang yang hendak di’tafsir’. Walaupun menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya.

Tingkah laku dan personaliti adalah dua perkara yang berbeza. Pakar-pakar personaliti sekalipun tidak dapat mengatakan, “Orang itu suka selalu dibelai kerana daripada pertuturannya dia seorang yang mudah mesra dan banyak meluahkan emosi.” Ini kerana personaliti manusia melibatkan integrasi antara akal, emosi dan tingkah laku, sedangkan apa yang dapat dilihat hanyalah tingkah laku manusia.

Kesan daripada tabiat suka melabel orang lain ialah hilangnya kepercayaan, perpecahan dalam organisasi dan menjatuh integriti seseorang. Oleh itu, jangan terlalu cepat membuat andaian hanya berdasarkan pemerhatian. Pepatah Inggeris ada menyatakan, “Don’t judge a book by it’s cover” (jangan mengadili buku hanya dengan melihat kulitnya).(Petikan dari blog personaliti)


Sikap melabel ini sentiasa wujud dalam diri manusia kerana personaliti manusia mudah melatah apabila seseorang yang hadir di hadapannya melakukan sedikit kepincangan. Sedikit kepincangan itu wujud apabila silap faham, dan merasakan diri terlalu sempurna dan melihat orang dengan kelemahan. Contohnya, dalam sesuatu gerak kerja, seseorang itu melakukan kesilapan, maka terus difikirkan bahawa kesilapan itu major yang terbesar dalam diri manusia itu dan terus di label dan dijatuhkan. Itukah sikap yang kita inginkan?Jika itu yang menjadi kegemaran kita, percayalah mungkin, suatu hari orang sekeliling akan melihat kejelikan kita jika mempunya sikap seperti itu. Kerana pepatah ada menyatakan, hari ini hari orang lain, esk hari kita. Bersama kita fikirkan. Termasuk juga dalam kontek perhubungan sosial bekerja dalam organisasi dan sebagainya.

Persepsi Diri

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Pernahkah anda lalui keadaan di mana apabila anda melakukan sesuatu perkara, anda dikritik. Sebaliknya jika anda tidak melakukan perkara itu juga akan dikritik? Hal ini mengingatkan saya kisah Lukman Al-Hakim dan anaknya. Apabila anak Lukman menaiki kaldai sedangkan Lukman berjalan kaki, orang ramai mengkritik anaknya. Apabila Lukman menaiki kaldai sedangkan anaknya berjalan kaki, orang mengkritik Lukman. Apabila Lukman dan anaknya menaiki kaldai, orang mengkritik kedua-duanya.

Moral cerita di atas ialah anda tidak semestinya menurut persepsi orang lain. Setiap orang ada persepsi terhadap setiap tingkah laku kita. Jika kita asyik memikirkan apa yang orang lain akan kata apabila kita hendak melakukan sesuatu, akhirnya kita akan hilang identiti diri. Masalah ini sering terjadi kepada golongan remaja. Saya juga pernah mengalami perasaan begitu semasa remaja. Tingkah laku kita juga tanpa disedari dipengaruhi oleh ‘trend’ semasa kerana tidak mahu dilihat sebagai melawan arus. Oleh kerana terlalu risaukan diri tidak menjadi seperti yang orang lain harapkan, kita menjadi pengikut dan bukan pemimpin, sedangkan manusia dicipta sebagai khalifah di muka bumi!

Kesimpulan dari apa yang saya utarakan di sini ialah: Jadilah diri anda sendiri. Kenali diri anda dan eksploitasi kekuatan anda.(Diambil dari blog personaliti diri)

Personaliti Unggul

Assalamualaikum.Berbanding dengan makhluk lain, manusia dikurniakan kelebihan untuk menjadi khalifah atau pentadbir di atas muka bumi ini. Ciri-ciri tertentu yang ada pada manusia menjadikan ia hebat. Namun kehebatan tersebut kadangkala tenggelam di sebalik kejahilan manusia terhadap sifat semulajadinya. Mengetahui ciri-ciri ini adalah titik permulaan yang boleh membangkitkan kehebatan seseorang dan menyerlahkan fitrah manusia selaku insan yang unggul.

Ciri pertama adalah keunikan manusia. Setiap manusia adalah berbeza baik dari segi fizikal ataupun non-fizikal. Hatta, kembar seiras sekalipun terdapat perbezaan walaupun tidak ketara pada pandangan mata kasar. Keunikan ini bermakna masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika manusia sedar dan mengambil kira hakikat ini dalam bersosialisasi, maka seseorang pasti menemui kehebatan diri di tempat yang khusus bagi dirinya. Misalnya, seorang yang suka menyendiri tetapi banyak berfikir dan memerhati adalah lebih adil menjadi seorang ‘think-tank’ berbanding seorang ahli politik.


Ciri kedua manusia adalah ia dikurniakan oleh Tuhan akal untuk berfikir. Akal dapat menafsir maklumat berdasarkan panduan iman untuk menentukan baik buruk sesuatu perkara. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan pengalaman, seseorang mampu membuat analisis dan menghasilkan keputusan yang bijaksana. Permasalahannya ialah kita tidak dilatih untuk berfikir atau kita tidak disemai budaya cintakan ilmu pengetahuan. Apabila akal kering dengan ilmu, otak manusia yang mampu memproses maklumat lebih pantas dan banyak daripada komputer menjadi beku dan jumud.

Seterusnya adalah ciri manusia yang mampu memilih untuk menentukan tindakan dan tingkah lakunya. Manusia bukan makhluk yang hanya tahu bertindak balas terhadap persekitarannya. Ia mampu berfikir dan mempunyai gerak hati. Manusia sentiasa mempunyai pilihan. Sama ada pilihan itu bersifat ‘win-win situation’ atau ‘win-lose situation’, manusia tetap diberi pilihan. Maka, impak sesuatu perbuatan bergantung kepada diri sendiri. Namun, kadangkala oleh kerana batas-batas kita sebagai makhluk, impak tersebut mungkin di luar jangkaan akal.

Ciri terakhir manusia adalah keupayaan untuk mengadaptasi terhadap persekitarannya. Manusia diketahui sebagai seorang ‘survivor’. Selama beribu-ribu tahun, ia berjaya menyesuaikan dirinya dengan pelbagai perubahan agar terus kekal. Pengadaptasian tersebut bukan sahaja dari sudut survival diri, malah penyesuaian terhadap pelbagai ragam dan budaya masyarakat. Misalnya, orang Melayu dari Malaysia yang menetap di Australia telah terbukti boleh menyesuaikan diri bukan sahaja dari segi cuaca, malah cara hidup dan pergaulan.
(Diambil dari blog Personaliti)

Sunday, November 23, 2008

Kepimpinan dan Organisasi


Assalamualaikum..sepanjang tiga hari saya berada di Nur Lembah Lenggong kerana ada program Kepimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej dan Rakan Exco sebuah kolej bermula pada 21 hingga 23 November 2008. Pengetuanya ialah En.Muzhafar iaitu pensyarah saya yang kini berada di Tanah Suci menunaikan haji.(MOga mendapat haji yang Mabrur).Senior saya yang mengepalai program ini, mengajak saya untuk turut serta menjadi fasilitator untuk program kepimpinan pada kali ini. Berbekalkan matlamat untuk bersama mereka dan berkongsi, walaupun sudah musim cuti semester, saya turut bersama mereka sedangkan saya perlu pulang segera kerana ada perkara yang perlu diselesaikan di kampung.Tidak mengapalah kerana belajar memahami choice theory, aplikasikan sahajalah..buat pilihan lepaskan mana-mana satu.Balik kampung atau meneruskan kem. Moga Tuhan membantu selepas niat membantu yang lain. Sememangnya pengalaman saya yang tidak seberapa berada dalam organisasi amat membuatkan saya sangat memahami situasi mereka. Bekerja dalam organisasi pastinya mempunyai pelbagai rentak. Sakit, suka, nikmat dan kegembiraan sudah pasti menjadi lumrah yang amat mematangkan diri. Keadaan mereka amat mengigatkan saya berfikir tentang pengalaman berorganisasi dan ketika saya hilang arah seketika. Sesungguhnya itulah yang menghadirkan diri saya bersama mereka, mungkin kerana saya sudah melalui pengalaman itu.Inilah ruang untuk saya membantu orang lain juga kerana pengalaman yang telah dilalui itu saya semakin kenal antara yang benar dan konsep manusia dalam berorganisasi. Pada kali ini, saya dengan senior saya yang mendapat mandat atas nama syarikatnya; untuk membantu menjernihkan keadaan dan membuatkan saya yang menjadi fasilitator turut celik akal juga tentang keadaan organisasi mereka dan mungkin pengalaman mereka itu menjadi ilmu kepada saya juga. Bersambung

Wednesday, November 19, 2008

Kemiskinan

Assalamualaikum. Sekadar perkngsian dan renungan. “Apa itu miskin, bu? Budak-budak lain di taman kata kita miskin. Benarkah itu, bu?” tanya si anak.

“Tidak, kita tidak miskin, Aiko,” jawab ibunya.

“Apakah kemiskinan itu?” Aiko, si anak, bertanya lagi.

“Miskin berarti tidak mempunyai se suatu apapun untuk diberikan kepada orang lain.”

Aiko agak terkejut. Oh! Tapi kita memerlukan semua barang yang kita punya, apakah yang dapat kita berikan” katanya menyelidik.

“Kau ingat makcik penjual kuih yang menjaja keliling kampung ke sini minggu lepas? Kita memberinya sebahagian dari makanan kita kepadanya. Kemudian dia datang semula ke sini. Kita berikan dia tempat tidur, kerana dia tidak ada tempat untuk menginap malam itu?

“Rumah kita pun jadi sempitkan?” jawab Aiko. Tapi si ibu tidak mengaku kalah “Kan kita selalu memberikan sebahagian dari sayuran kita kepada keluarga Watari, bukan?” katanya.

“Ibulah yang memberinya. Hanya saya seorang yang miskin. Saya tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada orang lain.”

Si ibu tersenyum dan memberikan pandangan pada anaknya. “Oh! engkau pun ada sesuatu. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Fikirkanlah hal itu dan kau akan menemukan sesuatu.”

Tidak lama kemudian, si anak mendapatkan jawapannya. “Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman saya. Saya dapat memberikan kepada mereka cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah.”

“Sudah semestinya! Kerana kau pandai bercerita, seperti bapamu juga. Setiap orang senang mendengar cerita.”

“Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang ini juga!” kata Aiko.

Dialog itu terdapat dalam buku kumpulan kisah-kisah inspirasi Aiko and Her Cousin Kenichi. Dialog antara ibu dan anak itu, meneguhkan sebuah kesedaran besar, bahawa setiap kita boleh memberi. Ini lebih dari sekadar sebuah kesedaran sosial. Tapi kesedaran untuk menjadikan hidup ini lebih bererti kerana dapat membahagiakan orang orang lain. Itulah dinamakan kekayaan. Semoha perkongsian saya ini menandakan saya bukan miskin walaupun tidak dapat memberikan apa-apa keperluan yang boleh digunakan oleh kalian.Kerana tidak mahu menjadi papa, maka gunalah apa bentuk untuk dikongsi agar tidak menjadi papa kerana kemiskinan diri.

Remaja dan Tingkah laku Menyeleweng

Assalamualaikum. Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang gejala remaja pada hari ini yang mungkin biasa tetapi luar biasa pada personaliti seseorang individu itu iaitu berkait dengan Sexual Harrassment. Mungkin biasa berlaku, tetapi sikap endah tidak endah menjadikan perkara tersebut tiada siapa yang ingin mengkajinya. Melalui kajian yang saya lakukan sempena dengan pilihan tajuk tugasan yang dibuat pada semester ini, saya ingin mengulas tentang tajuk Sexual Harrassment.

Mengapa saya (penulis) memilih tajuk ini?Kerana terdetik ingin mengetahui apakah punca dan jadahnya terutamanya remaja bersikap sedemikian. Sexual harassment atau penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja atau kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan sudah menjadi perkara biasa dalam pergaulan sosial mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan sosial dahulu, penyalahgunaan simbol lucah ini jarang berlaku dan tidak digunakan. Masyarakat dan sosio budaya dahulu, mempunyai perasaan malu yang tinggi untuk melakukannya. Sekarang, sudah terhakis kesemuanya, hanya menanti retak jika tidak diambil peduli terhadap kenakalan ini. Perbuatan dan tingkahlaku ini termasuk dalam kategori delenkuen. Konsep delenkuen mempunyai makna yang luas dan pelbagai pendapat mengikut pandangan hidup dan falsafah pengkajinya. Makna paling mudah delenkuen ialah juvenil yang terpesong daripada norma masyarakat. Kenakalan yang dimaksudkan tidak boleh dibiarkan dengan begitu sahaja memandangkan kesan yang bakal timbul akan lebih parah. Kajian yang penulis lakukan ialah penggunaan simbol lucah atau sexual harassment dalam kalangan remaja. Jika dilakukan oleh golongan dewasa semestinya dikatakan sebagai masalah atau konflik seksual dan tindakan undang-undang boleh diambil. Namun, dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, mereka berjinak-jinak serta terdedah dengan penggunaan simbol lucah ini mereka dikatakan masih diperingkat awal
.:girl_7:



Penggunaan simbol lucah ini tidak disengajakan oleh mereka tetapi dianggap sebagai keseronokan dan berlaku secara spontan sekadar suka-suka. Oleh sebab itu, masalah atau delinkuen “suka-suka” ini tidak boleh dibiarkan, kemungkinan besar akan menjadi suatu keterbiasaan kelak. Kenakalan ini sememangnya mengganggu norma sosial, agama serta budaya timur. Bentuk salah laku penggunaan simbol lucah masih tidak dianggap sebagai sifat peribadi dan tanggungjawab mereka yang sebenar jika usia mereka masih belum matang. Penyalahgunaan simbol lucah seperti menjelirkan lidah, isyarat tangan, simbol-simbol lukisan kepada seseorang, dan sebagainya akan memberi kesan yang parah jika kenakalan ini tidak dirawat diperingkat awal lagi serta akan memberi kesan kepada masalah sosial yang lain pula. Justeru, memandangkan isu remeh yang bakal menjadi parah jika tidak diambil perhatian, penulis terdorong untuk mengkajinya. Delinkuen ini dalam kategori delinkuen tidak agresif iaitu kesalahan menggunakan simbol isyarat lucah. Statistik pada tahun 1999 hingga 2001 menunjukkan @ehsan02peningkatan dari bilangan 508 kepada 538 kes penyalahgunaan terhadap penggunaan simbol isyarat lucah.

Latar belakang responden yang dikaji ialah dari aspek usia individu remaja tersebut, agama, jantina, golongan yang bersama terlibat, fizikal mereka, bahasa dan gaya percakapan mereka serta isyarat yang mereka gunakan sebagai simbol lucah ini. Dari segi usia individu tersebut ialah antara lingkungan 14 tahun, dua orang remaja lelaki yang berada di stesen bas Tanjong Malim. Pakaian individu tersebut agak sosial dan tidak menampakkan attiude remaja yang berdisiplin atau dengan erti kata lain terlalu “sempoi”. Raut wajah kemelayuan dan kemungkinan beragama Islam. Manakala bahasa dan percakapan mereka seronok-seronok sambil bergelak ketawa. Mereka berada di pekan Tanjong Malim dan di tangan salah seorang remaja tersebut memegang tiket bas. Komunikasi bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa Melayu dengan gaya biasa-biasa sahaja. Sesiapa yang lalu di hadapannya di sound sambil berseloroh, tersengih-sengih dan apabila orang memandang, diberi simbol lucah dengan isyarat tangan. Manakala rakan di sebelahnya tergelak-gelak.

Teori yang penulis ingin kaitkan dengan tingkahlaku delinkuen ini ialah teori psikologi iaitu dalam aspek teori tingkahlaku. Dalam teori tingkahlaku, ahli psikologi tingkahlaku berpendapat bahawa, personaliti adalah hasil daripada pembelajaran daripada interaksi individu lain. Teori ini dinyatakan oleh John B. Watson dan Havard B. F. Skinner. Tingkahlaku yang menyimpang ialah disebabkan oleh hasil pembelajaran melalui pemerhatian kepada individu lain.

Justeru, penulis ingin kaitkan bahawa, tinglahlaku sexual harassment ataupun penggunaan simbol lucah terbentuk daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Teori tingkahlaku menyatakan, tabiat manusia yang menjadi masalah ialah apabila manusia ataupun remaja itu menerima daripada persekitaran yang salah. Justeru, media massa, rakan sebaya dan keluarga yang positif memainkan peranan utama dalam membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku positif.

Di samping itu, teori tingkahlaku menekankan proses pembelajaran yang menggunakan konsep peneguhan dan dendaan penting untuk menjelaskan sebab sesetengah tingkahlaku perlu wujud dan tidak perlu wujud. Bagi tingkahlaku yang baik akan diberi peneguhan, manakala tingkahlaku yang tidak elok harus diberi dendaan dan amaran agar tidak menjadi keterbiasaan termasuklah aspek amaran dan dendaan yang professional terhadap penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja. Tujuannya dalam membendung agar tidak menjadi habit dalam diri remaja.

Selain itu, dalam teori tingkahlaku ini menyatakan tingkahlaku manusia seperti penyalahgunaan simbol lucah ini terbentuk akibat daripada proses peniruan. Sutherland (1949) dalam Ab. Halim Abdul Rahim (1994) menyatakan tingkahlaku delinkuen wujud kerana dipelajari daripada rakan sebaya. Beliau mengemukakan teori jenayahnya dalam aspek teori tingkahlaku iaitu, tingkahlaku dipelajari daripada interaksi rakan sebaya dan pengaruh sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkahlaku jenayah ataupun terpesong. Pengaruh luar, media massa dan sebagainya mempunyai tarikan yang kuat kepada pelajar untuk melakukan delinkuen. Remaja dan kanak-kanak lelaki berkelakuan ganas akibat daripada menonton aksi-aksi di televisyen termasuklah dalam aspek peniruan kehidupan sosial remaja yang menyalahgunakan simbol lucah yang dipaparkan di kaca televisyen.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa, remaja dan kanak-kanak akan menunjukkan reaksi spontan dan apabila menjadi ingatan dalam fikiran akan dikekalkan dan akhirnya menjadi tabiat. Tidak kiralah tempat, masa atau siapa, penyalahgunaan simbol lucah isyarat tangan dan menjelir lidah itu dilakukan dengan spontan. Niat suka-suka hasil peniruan daripada sekeliling akhirnya menjadi tabiat dan memberi kesan kepada masalah seksual. Namun, kepentingan dalam teori tingkahlaku ialah proses mengawal pembelajaran melalui pemerhatian, model, dendaan dan hukuman serta media massa. Pengaruh ini merupakan aset untuk individu bertingkahlaku sedemikian termasuklah isyarat penyalahgunaan simbol lucah.

Pada pendapat penulis, faktor yang menjadikan remaja berkelakuan menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah disebabkan oleh perasaan inginkan keseronokan. Keseronokan mereka itu mereka tidak sedar bahawa menyalahi adab dan juga budaya. Namun, mereka tidak berniat untuk melucah, tetapi berlaku secara spontan. Hal ini boleh dikaitkan dengan diri remaja yang terlampau ingin berseronok sehinggakan tidak dapat menilai baik dan buruk. Individu ini kemungkinan belum mencapai kematangan. Peringkat yang belum matang juga dikenali sebagai pre-matured. Menurut Corey, (2000) menyatakan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk memelihara dirinya dan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Justeru, ingin saya kaitkan bahawa apabila remaja menemui kematangan, mereka boleh digolongkan sebagai remaja yang rasional dan sebaliknya. Jika mereka telah matang mereka akan tahu bahawa elok , baik atau tidak menggunakan isyarat simbol lucah itu. Justeru, langkah yang sesuai agar remaja menemui identiti diri yang benar, ialah remaja harus mecari kematangan. Kematangan boleh dicari dengan membuat perhatian, penilaian, tunjuk ajar daripada seseorang yang lebih matang daripada mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian kepada tingkahlaku yang baik amat penting untuk dinilai oleh remaja. Di sini peranan keluarga merupakan aset berharga bagi membentuk tingkahlaku beradab. Ibu bapa juga boleh bersama anak-anak menegur jika anak-anak tersalah menggunakan dengan spontan isyarat lucah tersebut. Guru-guru juga perlu mendekati pelajar-pelajar dengan menasihati mereka tentang adab-adab dan juga tingkahlaku yang baik dan sesuai diikuti walaupun dalam masa inginkan keseronokan agar tidak melampaui batas sehingga boleh menjejaskan perasaan malu dan akhlak mereka.

Selain itu, faktor yang menyebabkan remaja menyalahgunakan simbol atau isyarat lucah ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan internet. Pada masa kini, rancangan yang berbentuk melampaui batas sosial menjadi santapan semua golongan termasuklah remaja. Cerita dan tayangan berunsurkan seks sentiasa dipaparkan. Contohnya, dalam siaran rancangan televisyen barat, kehidupan sosial mereka bebas dan bercakap lucah, mencarut sentiasa dipaparkan. Contoh ayat pelakon ketika aksi marah “ I Fuck You “, “ “Wanna Rape Test” sambil menunjukkan isyarat tangan sangat menjelikkan dan menjatuhkan maruah. Remaja yang mudah terikut amat rapuh untuk terpengaruh dengan media termasuklah di internet dengan ayat-ayat dan kata-kata lucah disalurkan akan diterjemahkan oleh remaja melalui simbol yang dilihat.
Disamping itu, faktor penyalahgunaan simbol lucah ini kemungkinan disebabkan pengaruh bersama rakan-rakan ataupun rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan agen yang paling dekat dengan seseorang remaja. Pepatah ada mengatakan, jika ingin melihat siapa remaja tersebut, lihatlah sahabat di sekeliling dan dengan siapa mereka berkawan, itulah ciri peribadinya. Sememangnya untuk judge personaliti seseorang tidak boleh tetapi itulah hakikat yang harus diterima kerana faktor itu turut mempengaruhi tingkahlaku dan peribadi seseorang remaja. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor penting sebab remaja menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah. Rakan sebaya memainkan peranan penting bagi mencorakkan tingkah laku remaja. Remaja lebih selesa berada bersama rakan sebaya kerana mereka menganggap rakan sebaya dapat memahami mereka berbanding ibu bapa. Lazimnya remaja berpegang kepada gaya, tingkah laku, kata-kata dan sikap rakan sebaya. Seseorang rakan sebaya mempunyai subkultur tersendiri. Sokongan emosi dan kemesraan rakan sebaya menyebabkan seseorang remaja lebih menghormati dan meletakkan nilai yang tinggi kepada rakan sebaya termasuklah dalam aspek terikut-ikut dengan kata-kata dan perbuatan menunjukkan isyarat serta simbol lucah. Menurut Mohamad Daud Hamzah, (1994) menyatakan sebelum remaja menjadi remaja, seseorang praremaja belajar untuk menilaikan keistimewaan dan penghormatan antara mereka memandangkan wujud kemesraan dalam kalangan mereka. Dalam masa remaja, mulalah wujud kekalan hubungan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan sokongan emosi, hubungan mesra yang serius akan berlaku antara lain jantina, Gardner (1978). Hal ini menunjukkan bahawa, pengaruh rakan sebaya amat penting dalam membentuk personaliti dan peribadi remaja. Justeru, perbuatan rakan mereka semuanya betul. Jadi, tidak hairanlah individu itu menurut dan melakukan perbuatan menyalahgunakan simbol lucah itu kerana mereka mempelajari daripada rakan-rakan mereka.

Faktor nilai moral yang rendah juga merupakan penyebab isyarat dan simbol lucah disalahgunakan oleh seseorang remaja. Perasaan malu yang menebal sudah mula terhakis tidak kiralah perempuan apatah lagi lelaki. Nilai moral yang disebabkan kekurangan didikan rohani oleh ibu bapa dan persekitaran yang kurang sihat. Persekitaran dan kekurangan pendidikan akan menjadikan nilai hidup atau moral mereka seakan-akan kabur, kehilangan penilaian timbang tara baik dan buruk. Oleh sebab itu, seseorang remaja mudah terikut dan terpengaruh dengan penggunaan simbol isyarat lucah. Contohnya, jika dilihat di dinding di stesen bas, penggunaan isyarat lucah, tulisan-tulisan kotor akibat mereka yang tidak bertanggungjawab itu menghiasi papan board di stesen bas. Apabila remaja melihat, mereka akan terikut. Jika di sekolah pula, buku-buku latihan diconteng juga dengan isyarat dan simbol lucah. Hal ini menunjukkan betapa sadisnya nilai moral dalam kalangan remaja pada hari ini berkait dengan penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah.

Faktor ingin lain dari yang lain dalam diri remaja juga merupakan puncanya. Ingin lain dari yang lain juga boleh dikaitkan dengan devian. Apabila mereka menyalahgunakan simbol lucah, mereka merasakan diri mereka hebat kerana hanya mereka sahaja yang tahu, dan mendapat perkembangan tentangnya. Simbol lucah yang orang lain tidak tahu, mereka tahu dan mereka tergelak-gelak apabila mangsa terpinga-pinga setelah diisyaratkan simbol lucah. Itulah yang mereka rasakan diri mereka hebat. Malahan juga, mereka katakan bahawa, sempoi dan tidak terlalu skema jika menggunakan simbol dan isyarat lucah itu. Bermakna, mereka inginkan kebebasan termasuklah dalam aspek bertingkahlaku. Namun, mereka tidak berfikir baik atau buruk isyarat tersebut. Sekali gus akan memberikan kesan jangka panjang kepada mereka. Contohnya akan terjebak dengan seks bebas, pelacuran dan sebagainya.

Selain itu, keinginan dan naluri ingin mencuba terhadap seks belainan jantina menyebabkan mereka menggunakan simbol lucah. Jika dilihat manusia yang ketagih seks, biasanya mata melilau, lidah pula dalam keadaan ghairah terjelir-jelir amat tragis. Namun, bagi remaja pula, itu ialah isyarat untuk mengajak pasangan dalam melakukan seks. Apabila isyarat itu digunakan, maknanya, pasangan akan faham dan ada juga remaja yang mencabar pihak berlawanan jantina dengan menunjukkan isyarat lucah. Akibat rasa tercabar dengan isyarat yang digunakan itu, maka terdorong untuk melakukan hubungan seks. Penggunaan simbol dan isyarat lucah ini akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi perhubungan sosial memandangkan simbol itu ialah simbol lucah yang akan menjahamkan diri remaja dalam kancah maksiat.

Penulis menyedari bahawa, penyalahgunaan simbol lucah ini akan memberi kesan yang tidak baik. Pertama sekali dari segi perasaan malu yang terhakis dalam diri. Penulis merasakan jika tahap malu tidak ada dalam diri, seseorang itu tergamak untuk melakukan dan menunjukkan isyarat lucah. Perasaan malu itu bagi penulis, harus dipupuk agar menjadi benteng kukuh daripada melakukan perkara yang melanggar norma diri, norma masyarakat serta agama itu sendiri. Jika perasaan malu untuk melakukan perkara buruk ini tidak ada, maka rendahlah harga diri seseorang itu.

Penulis menyedari bahawa, kes-kes yang berlaku ialah daripada perkara yang sentiasa dianggap ringan dan mudah. Perkara mudah ialah seperti, penyalahgunaan isyarat menjelir lidah. Kes ini penulis kaji akibat pernah berlaku kepada diri penulis iaitu seorang lelaki pernah menjelirkan lidah kepada rakan penulis dan penulis terpinga-pinga tidak faham. Pada awalnya penulis faham bahawa jeliran itu hanya sekadar main-main tetapi apabila diberitahu oleh sahabat penulis, penulis terkejut dan penulis rasa malu dan berfikir bahawa tergamak lelakinya lelaki tersebut melakukan perbuatan itu. Justeru, penulis berminat untuk mengkajinya dan memerhati untuk kajian ini kebetulan berlaku kes di Tanjong Malim.

Penulis menyedari bahawa perbuatan seperti itu perlu dielakkan dan menguatkan benteng rohani agar tidak mudah terpengaruh dengan sikap tersebut. Apabila ada kekuatan rohani, semua perkara yang tidak baik dapat ditempis. Malahan juga, penilaian sebelum melakukan sesuatu perkara perlu dinilai terlebih dahulu walaupun ingin berseronok agar tidak tergelincir daripada landasan. Justeru, untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pendekatan dan strategi untuk menghidarinya perlu difikirkan. Jika ada permasalahan, carilah penyelesaiannya agar tidak terus berlaku dan memberi kesan yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.


Implikasi kepada kaunselor iaitu penulis mendapati; memandangkan kes dan permasalahan kenakalan dalam kalangan remaja bagi isu sexual harassment (penyalahgunaan bagi isyarat dan simbol lucah) ini akan memberikan kesan yang negatif, kaunselor perlu mengambil langkah-langkah dan pendekatan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini habis-habisan dan menutup pemikiran remaja agar langsung tidak terdedah dengan penyalahgunaan dan simbol isyarat lucah ini. Berikut implikasi kajian terhadap kaunselor.

Pertama sekali, kaunselor perlu mendekati pelajar dan mengetahui permasalahan pelajar untuk mengetahui sebab mereka melakukan isyarat simbol lucah. Pelajar-pelajar harus didekati agar mereka mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada kaunselor. Kaunselor harus sedar bahawa bukan memberi khidmat kaunseling sahaja malahan mendidik jiwa pelajar agar mereka kenal dan sedar pertimbangan baik dan buruk dalam bertingkahlaku. Justeru, dengan pendekatan mendekati pelajar, kaunselor akan dapat mengetahui punca dan secara tidak langsung remaja akan dekat dengan kaunselor. Perasaan malu untuk bertingkahlaku sedemikian akan terbentuk dan mungkin tidak akan berulang.

Selain itu, program bercorak mendidik jiwa dan dalaman pelajar juga harus dilaksanakan. Program berbentuk mendidik diri dari segi akhlak dan disiplin penting bagi melahirkan anak didik yang berperibadi dan berpersonaliti unggul. Contohnya, kaunselor mengadakan program “ Pengurusan Diri dan Tingkahlaku”, program “ Apresiasi Diri dan Moral” dan sebagainya. Keberkesanan program dapat dilihat apabila pelajar-pelajar melakukan anjakan dalam tingkahlaku. Pada masa inilah kaunselor perlu menerapkan nilai peribadi yang tinggi dan juga elakkan kata-kata kesat, elak penyalahgunaan simbol lucah dan sebagainya dalam pergaulan.
Di samping itu, kaunselor juga perlu mengaktifkan pembimbing rakan sebaya. Hal ini kerana, penerapan dan kaedah-kaedah kepada pembimbing rakan sebaya dalam menangani masalah delenkuen termasuklah masalah sexual harassment amat penting bagi memastikan kes-kes sosial yang lain tidak merebak. Kedegilan remaja dapat dikurangkan jika wujudnya pembimbing rakan sebaya kerana merekalah yang berperanan dalam mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Jika pembimbing rakan sebaya tidak menjalankan fungsi dengan berkesan, maka risiko untuk lebih terjebak dengan gejala delinkuen yang lain juga akan menjadi parah. Pembimbing rakan sebaya dapat melihat isyarat dan simbol lucah bagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan dan mereka akan melarang dengan baik rakan-rakan mereka itu. Justeru, latihan dan teknik berkomunikasi dengan berkesan perlu diterapkan kepada pembimbing rakan sebaya dalam menasihati rakan-rakan mereka.

Gabungan kesepakatan antara kaunselor, guru-guru dan ibu bapa :girl_4:juga harus dilaksanakan. Contohnya, melalui aktiviti pendidikan dan pencegahan akhlak sumbang boleh dilakukan dan menerangkan kepada ibu bapa untuk menasihati anak-anak agar mereka tidak terlibat dalam delinkuen sexual harassment ini. Pendidikan kepada ibu bapa perlu diterapkan agar mereka tidak terlepas pandang dengan sikap anak-anak. Walaupun hanya melalui kata-kata dan simbol isyarat lucah, kesannya akan mengundang keparahan kepada anak-anak itu sendiri jika dibiarkan akan memalukan keluarga juga. Justeru, kaunselor harus bertindak dalam menggemblengkan usaha untuk bersama ibu bapa dan guru-guru yang lain agar peribadi dan akhlak pelajar terpelihara kerana pendedahan kepada unsur seksual ialah bermula daripada penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah ini.

Selain itu, kaunselor juga harus bersepakat dengan pihak sekolah dan memberikan anugerah kepada pelajar contoh dari segi akhlak dan komunikasi. Dengan cara ini, para pelajar akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri mereka. Peneguhan harus diberikan kepada mereka untuk meningkatkan semangat mereka dalam menjadi pelajar yang berdisiplin dan terpelihara akhlaknya termasuklah bebas daripada sexual harassment ini. Aktiviti dan program mingguan dan bulanan iaitu memberi anugerah kepada pelajar peribadi mingguan. Dengan cara itu, pelajar akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjejaskan akhlak mereka.

Kaunselor juga harus menggunakan pendekatan psikologi iaitu, mengajar kepada rakan-rakan mereka agar tidak menghiraukan individu yang bersikap sedemikian pada ketika itu. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan individu terbabit. Walaupun nampak berat, dan tidak elok serta memberi kesan kepada pelajar itu, teknik hukuman secara psikologi ini akan mengajar pelajar untuk tidak melakukannya lagi. Namun, pelaksanaan tindakan ini perlu difikir baik buruknya juga agar tidak memberikan kesan jangka panjang dan apabila pelajar tersebut sedar akan kesalahannya, gunakanlah pendekatan psikologi untuk membina semula hubungan dengan pelajar tersebut serta nyatakan sebab sikap tidak hirau yang mereka melakukan. Teknik ini ialah teknik yang perlu dikaji oleh kaunselor. Kadangkala teknik kesenyapan iaitu tidak menghiraukan kata-kata, dan tingkah laku pelajar tersebut ketika melakukannya, akan memberi celik akal kepada pelajar itu sendiri.

Cadangan saya (penulis) iaitu sebenarnya terdapat banyak cadangan dan langkah untuk melindungi daripada sexual harassment ini. Namun, keberkesanan pelaksanaannya menjadi penentu berjaya atau tidak untuk membendungnya. Justeru, cadangan yang penulis sarankan ialah meliputi aspek diri remaja, ibu bapa, persekitaran sosial masyarakat, institusi sekolah dan tindakan tindakan undang-undang.

Pertama sekali cadangan dari aspek kendiri remaja itu sendiri. Seseorang remaja itu perlu melalui zaman remajanya dengan penuh berharga agar tidak mempersiakan zaman remaja. Akhlak-akhlak yang baik perlu diikuti dan akhlak yang menjerumuskan kepada masalah sosial wajib ditinggalkan kerana akan memberi kesan negatif yang berpanjangan. Sekali buat, masyarakat akan melabel remaja itu tidak berakhlak. Termasuklah kes sexual harassment ini. Pandangan luar kepada kendiri remaja akan kekal jika tingkahlaku tersebut terus dilakukan dan persepsi luar juga akan mengatakan bahawa remaja tersebut mungkin teruk dari aspek yang lain. Justeru, remaja harus berfikir secara rasional dan mencari kematangan dalam mendidik diri sendiri. Segala yang baik dan yang buruk itu berpunca daripada sikap diri sendiri remaja itu sama ada ingin kebal atau ingin di ceroboh oleh anasir luar. Bagi mengelakkan sexual harassment ini menular dan terbiasa dalam diri, amalkan sikap yang positif. Banyak perkara yang boleh dilakukan daripada melakukan sexual harassment walaupun tujuan ingin berseronok dan berhibur, harus kena pada tempatnya.

Selain itu, ibu bapa harus memberikan perhatian dan peka terhadap sikap anak-anak. Ibu bapa tidak harus memandang remeh dan lekeh terhadap perkara sexual harrassment. Jika tidak, ibu bapa jugalah yang akan menanggung malu. Jika anak-anak berbuat tingkahlaku sedemikian, nasihati mereka dengan baik dan beritahu sebabnya dengan jelas. Jika dibiarkan, akan merosakkan akhlak diri remaja dan pandangan luar akan mengatakan ibu bapa pula yang tidak tahu mendidik akhlak anak-anak mereka. Jika menonton televisyen bersama anak- anak, jika unsur aksi @upin01sexual harassment ini secara tidak kebetulan dimainkan di kaca televisyen, beritahu mereka agar tidak meniru perlakuan sebegitu. Pendidikan secara tidak formal ini sememangnya akan memberikan ingatan dan kesan mendalam kepada anak-anak tambahan pula remaja tidak suka diberi nasihat secara keras. Justeru ibu bapa perlu memahami psikologi mereka dan memahami pendekatan yang untuk menegur sikap tidak elok tersebut. Tanggungjawab ibu bapa ialah membentuk akhlak anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang terbaik demi masa depan dan kehidupan mereka.

Selain itu, masyarakat juga harus peka dengan keadaan semasa, :girl_4:bagaimana bentuk dan simbol isyarat lucah tersebut. Kadang kala, ada yang tidak mengetahui bahawa simbol itu adalah simbol lucah. Dengan kepekaan itu, masyarakat akan boleh bertindak bagaimana ingin membendungnya. Contohnya, saling tegur menegur dan tanamkan dalam diri bahawa, anak jiran mereka, anak mereka juga dan perasaan tanggungjawab bersama dalam diri itu perlu wujud serta perlu sentiasa dipupuk. Namun, ibu bapa pula tidak harus melatah jika anak mereka ditegur oleh jiran-jiran mereka ketika anak mereka melakukan isyarat dan simbol lucah. Contohnya ketika bermain bersama rakan-rakan yang lain dan jiran ada bersama, jirannya itu perlu melarang dan menegur. Ibu bapa janganlah pula merasakan terhina atas teguran keatas anak mereka itu.

Institusi pendidikan juga harus memainkan peranan penting @lol sebagai agen penyuburan sosial. Sosial yang terbaik dapat dicorakkan melalui sistem pendidikan negara. Contohnya, guru-guru di sekolah perlu mendidik jiwa pelajar agar kaya dengan akhlak yang baik. Sikap dan teladan perlu ditunjukkan oleh guru-guru kepada anak didik. Guru-guru perlu menjaga tutur kata dan komunikasi mereka, serta elakkan perilaku kurang sopan walaupun dalam keadaan ingin bergurau dengan pelajar. Kebanyakannya, simbol dan isyarat lucah ini berlaku dengan spontan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara perlulah berfikir sebelum bertindak dan lihat siapa di hadapan kita; anak-anak didik. Pendidikan seks juga wajar diterapkan dalam konteks dunia pendidikan. Pendidikan ini akan membuka mata pelajar agar tidak sesekali menyalahgunakan simbol lucah atau isyarat lucah ini dengan sewenang-wenangnya.

Tindakan undang-undang perlu juga dikenakan. Berpuncanya gangguan sexual harrassement ini akan memberi kesan kepada permasalahan sosial yang lain. Contohnya, kes ketagihan seksual, liwat dan rogol@sad @ayukkanak-kanak dan sebagainya. Inilah punca asalnya iaitu sexual harassment. Undang-undang patut dikenakan sebagai tindakan pencegahan awal. Permasalahan dan punca utama kes tersebut bermula daripada sexual harassment iaitu penyalahgunaan simbol lucah. Jika dibiarkan akan terus melarat. Justeru, undang-undang Piratepatut digubal dan dikuatkuasakan dalam membendung masalah ini. Undang-undang tingkahlaku tidak sopan yang mencabuli norma masyarakat perlu dikenakan, contohnya tindakan hukuman penjara. Walaupun nampak tidak masuk akal, tetapi tindakan inilah yang perlu dikuatkuasakan. Jika ada hukuman untuk kes rogol, mengapa tidak dari awal adanya hukuman :girl_13:kepada sexual harassment ini? Hal ini kerana, segala pokok pangkal bermulanya daripada perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu sexual harassment ataupun penyalahgunaan simbol lucah. Selain itu, pemansuhan unsur-unsur cerita dan bahan lucah terutama sekali yang mengaitkan pendedahan awal sexual harassment perlu dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana, buku-buku, majalah yang memaparkan simbol lucah perlu dimansuhkan dan tindakan hukuman berat wajar dikenakan terhadap peniaganya. Justeru, cadangan saya ialah, pihak kementerian penyiaran perlu menapis setiap paparan di kaca televisyen dan juga menapis sebarang penerbitan yang boleh mengundang kepada remaja untuk bertingkahlaku sedemikian. LipsareSealedMalahan juga Kementerian Sains dan Inovasi perlu menyekat punca-punca maklumat yang mempunyai isyarat dan simbol lucah ini. Jika di televisyen, kata-kata dan aksi artis dalam filem itu perlu diselidik satu persatu sebelum disiarkan. Jika wujud filem dan rancangan seperti ini, filem-filem ini perlu disekat terus daripada mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Jika dibiarkan dan diambil tentang perkara ini, akan memporak-perandakan masyarakat. Ibu bapa sendiri perlu mengawal tindakan dan kelakuan anak-anak daripada menyaksikan rancangan seperti ini. Jika terkebetulan siarannya ketika menonton bersama anak-anak, ibu bapa terus menegur dan memberi peneguhan bahawa perbuatan dan kata-kata yang dipaparkan itu tidak elok. Namun, larangan daripada pihak berkuasa tidak ada maknanya jika individu itu sendiri tidak berusaha membanterasnya.

:girl_15:Kesimpulannya, delenkuen sexual harassment ini perlu dicegah agar tidak terus menular dalam pengetahuan diri remaja untuk melakukannya. Remaja yang terdedah dengan risiko ini akan berisiko tinggi untuk terlibat dengan masalah seksual yang lain. Justeru, semua pihak perlu prihatin terhadap masalah ini dan langkah mencegah dan mendidik perlu bermula daripada peringkat akar umbi.


Peringatan-Cuba anda klik di sini(
sila klik)juga kerana ini juga tingkahlaku menyeleweng. Namun, tingkahlaku ini tidak dipanggil delenkuen tetapi jenayah kerana sudah melibatkan usia yang dewasa. Paparan link ini juga menunjukkan salah satu jenayah.

Tuesday, November 18, 2008

Kejayaan dan Kebahagiaan


Kata Syaikh Hj Ibrahim Mohamad AsySyathiri; ‘Ramai manusia yang boleh mencipta kejayaan hidup tetapi tidak ramai yang boleh mencapai kebahagiaan’

Kejayaan itu boleh dicapai, diusahakan dan bersabar dengan kuat untuk melaluinya serta mencapainya dengan izin Allah. Sesungguhnya Tuhan amatkan kasihan kepada orang-orang yang rajin berusaha dan tidak berputus asa. Hakikat kebahagiaan paling besar ialah kebahagiaan hati hembusan daripadaNya untuk orang-orang yang terpilih- Afiti

@kakros01

Monday, November 17, 2008

Seni Dalam Psikologi dan Kaunseling

@upin02Assalamualaikum. Sebelum diri saya melontarkan pandangan berkait Seni dalam Psikologi dan Kaunseling saya ingin menyatakan beberapa atribut saya menulis entri ini. Pertama sekali sebagai refleksi terhadap pembelajaran yang diperoleh semasa dalam kuliah bersama mahaguru dan mahaguri saya. Keduanya, atas desakan apabila sebentar lagi saya akan membelek buku kaunseling Individu, kiranya saya ambil mood dahulu dengan menulis di blog ini. Ketiganya, desakan hati ini untuk menulis dan rasa sesak di dada jika tidak menyatakan sesuatu. Tiba-tiba naluri dan idea untuk menulis tentang tajuk ini tercetus. Itu sahajalah atributnya. Menjurus kepada pokok dan agenda perbincangan yang ingin dikongsikan, sebelum itu, saya bukanlah bijak pandai dalam peperiksaan mungkin itu tidak saya peroleh, namun hanya pelajar yang suka menilai untuk jadi cemerlang terhadap pembelajaran yang diperoleh.Seni dalam psikologi dan Kaunseling yang dilihat pertama sekali pada personaliti pencipta teori Psikologi itu sendiri. @ehsan02Melalui penganalisisan terhadap pembelajaran yang diperoleh melalui pensyarah dan pembacaan saya merasakan keunikan pada setiap pencipta teori. Jika dilihat kebanyakan mereka asalnya terdiri daripada orang yang bermasalah dan cara mereka menyalurkan diri dan memberi sumbangan melalui kekreatifan diri mereka untuk sesuatu yang berguna dan baik itu; yang saya katakan sebagai kreatif. Dalam pembelajaran pada semester tiga yang difahami, mungkin sikap ini dikatakan katarsis.



Kosakata itu mungkin sudah menjadi keterbiasaan kepada diri saya kerana terlalu kerap menggunakannya. Wah, alangkah bagusnya, jika pelajar-pelajar, kanak-kanak serta remaja bermasalah memahami juga konsep ini. Bayangkan jika dikumpulkan dan dihimpunkan segala salah laku pelajar seterusnya. diterbalikkan semua salah laku itu kepada sikap positif,..wah..amat kreatif, maka berkuranglah gejala sosial. Analoginya, timbunan wang palsu tiba-tiba ada kuasa ajaib yang menjadikan wang itu sah lakunya. Itulah yang saya maksudkan. Alangkah baiknya, jika semua dapat memahami kekreatifan dalam diri. Namun, manusia itu pelbagai, bergantung pada pilihan manusia sama ada untuk kreatif atau tidak kreatif dalam menyalurkan permasalahan kepada kebaikan. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kognitif dan tahap pencapaian dalam pemikiran. Mungkin juga aspek perkembangan diri dan mungkin faktor nurture dan nature juga. Segalanya mungkin.Seterusnya, saya juga melihat ahli terapi dalam kaunseling ini kreatif kerana mencipta pelbagai teknik dalam menyelesaikan permasalahan klien. Namun, jika semua orang tahu tentang teknik-teknik dalam kaunseling, sudah semestinya setiap masalah dapat diuruskan oleh semua individu bukan setakat kaunselor sahaja yang menggunakannya dalam membantu kliennya tetapi seluruhnya. Wah..alangkah bagusnya kerana semua orang dapat menyelesaikan sendiri masalah/isu/perkara yang dihadapi(kurang beban kaunselor nanti yang kerjanya terlalu banyak). Namun, itulah hakikat yang kaunselor perlu hadapi dalam usaha membantu. Saya ingin mengajak para pembaca tentang peranan kaunselor. Mungkin ada yang mengatakan..hampeh jer kaunselor ni. Mungkin itu skema dan dalam pemikiran sesetengah orang memandangkan pengalaman melihat sesetengah kaunselor tidak ada kerja. Mungkin itu kan? Do not judge the book by its cover and we need to evaluate what happened around us. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin pepatah Melayu yang lebih sesuai lagi, jika menjadi penternak kerbau, bau kerbau juga melekat pada badan( rekaan semata-mata).Itulah yang diusahakan oleh pendidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris; cuba melatih bakal kau.nselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak sedemikian. Insyaallah.Berbalik kepada seni dalam kaunseling, dalam kaunseling terdapat pelbagai teknik yang dicipta hasil seni kekreatifan oleh ahli terapi. Contoh yang jelas saya lihat iaitu melalui Terapi Gestalt. Terapi Gestalt merupakan terapi yang menekankan kesedaran here and now serta penyatuan antara pemikiran( kognitif), tubuh (fizikal) dan perasaan(afektif).Terapi ini tergolong dalam intervensi afektif dan dalam erti mudah; Terapi Gestalt, Pemusatan Perorangan dan Psikoanalisis tu kiranya adik-beradik sebab tergolong dalam Intervensi Afektif. Itulah intervensi mudah yang saya pilih untuk terangkan pada kalian. Afiti ni,.apa pula intervensi tu..Dengan kata mudah,..cara..atau pun jika belek kamus, maknanya campur tangan(but not mean kaunselor suka campur tangan dalam masalah orang yer..tetapi campur tangan "MEMBANTU"..hihiii). Dalam Terapi Gestalt, Pearls (Pengasas Terapi Gestalt) mencipta teknik-teknik seperti kerusi kosong, kerusi panas, teknik cermin, teknik making the round, teknik boleh mengumpat(ada jugak ker..pelik jer bunyinya..tetapi memang ada,.nama jer kurang enak didengar tetapi bagi kebaikan), teknik monoterapi, kontinum kesedaran dan pelbagai lagi. Wah, Kreatifkan Pearls mencipta teknik-teknik ini??? Inilah yang saya maksudkan seni dalam kaunseling. Ingin saya kaitkan juga, teknik-teknik ini terhasil daripada personaliti Pearls sendiri dan jika kita lihat personalti Pearls cenderung ke arah muzik dan pada masa yang sama dirinya juga menceburkan diri dalam bidang Psikologi. Nah, kita dapat lihat, bagaimana personaliti Pearls sendiri yang kreatif; iaitu dengan mengadaptasikan minat dirinya dalam bidang kaunseling<. Minat terhadap muzik disalurkan dalam bidang kaunseling. Mengapa Pearl cipta teknik ini juga???Sila jawab...Siapa boleh jawab dan bagi pandangan pada saya...tentang soalan itu, silakan...nak bagi hadiah..Malahan, kiranya, minatnya juga telah menghasilkan suatu keajaiban apabila minatnya itu turut disalurkan dengan membantu orang lain ekoran terciptanya teknik-teknik yang saya perjelaskan. Sudah terjawab atribut sebenar yang saya ingin kongsikan. Suka saya menyatakan,
saya bukanlah individu yang layak untuk membicarakan hal ini kerana saya sendiri belum lagi pakar dalam bidang ini, grad pun tidak lagi..baru semester 5. Itu bukan halangannya. Jika diandaikan saya kanak-kanak, saya masih bertatih dalam bidang ini, seperti kata pensyarah saya En.taquddin, bayi yang bertatih "toddler"..huhu...Namun, ini niat hanya sekadar ingin berkongsi sahaja.


@mail01Seni dalam kaunseling itu juga memang ada memandangkan setiap kaunselor itu perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam mendekati manusia. Jadi, selama ini sepanjang saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya telah mempelajari tentang seni kaunseling. Mungkin anda tertanya juga, saya bercerita tentang kereatifan dan seni sahaja pada kali ini, mungkin ekoran personaliti penulisnya (kreatif ke mung nih..-Soalan kepada diriku, hehe). Mungkin. Saya ingin berkongsi juga, menjawab pertanyaan rakan-rakan sebelum ini, yang tidak meminati bidang kaunseling tetapi mendapat tawaran dalam bidang kaunseling. Contohnya, meminati bidang pentadbiran, dan ada yang meminati bidang lakonan dan drama. So, let's my friend..go on with your interest...and pandang luas untuk bidang kaunseling. Untuk tukar pengajian dalam bidang lain, kita sudah di semester 5. Pada pandangan saya, kalian dapat menjadi kaunselor yang pelbagai. Jika ada pertandingan lakonan dan drama, anda boleh salurkan dengan mengajar anak didik anda tentang itu. Nanti di sekolah kelak, "Siapa yang mengajar teater dan drama tu..." "Eh...kaunselor yang ajar.."Wah,..lihat kaunselor yang kreatif, dalam bidang seni pun go on..," Termasuklah juga, jika anda ingin mencapai tahap pakar dalam bidang yang anda minat itu, mungkin juga selepas ini, boleh menyalurkan minat anda itu di mana-mana pusat pengajian. Jika itu kehendak yang perlu anda penuhi anda bertanggungjawablah terhadap pilihan anda. Seni itu ada, cuma tidak dicari dan digali sahaja. Jika anda katakan anda tiada seni, masakan anda boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupan anda jika anda tidak kreatif. Seni itu bergantung pada personaliti individu tetapi seni yang dimaksudkan ialah seni kehidupan yang saya maksudkan. Kekreatifan terletak pada diri kita dan KAUNSELOR PERLU KREATIF dan untuk menjadi kreatif, rajin berfikir dan bergantung pada cara kita sendiri untuk menjadi kreatif termasuk dalam mendepani masalah dan isu diri sendiri. KAUNSELOR PERLU KREATIF ThumbsUpuntuk menghadapi insan-insan termasuklah guru-guru di bidang lain juga.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan, dan saya akan cuba belajar untuk huraikan juga berkait Seni Kaunseling dan Psikologi dalam perspektif Islam kelak. Namun, kekangan masa dan Seni dalam kaunseling ini akan bersambung...(mohon maaf, ayat saya agak cacarmerba kerana ingin cepat juga, memandangkan esok saya ada peperiksaan kertas kaunseling individu.)Terima kasih.
Angel

Will be continued..(The Art in Counselling and Psychology)




::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42