Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, November 19, 2008

Remaja dan Tingkah laku Menyeleweng

Assalamualaikum. Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang gejala remaja pada hari ini yang mungkin biasa tetapi luar biasa pada personaliti seseorang individu itu iaitu berkait dengan Sexual Harrassment. Mungkin biasa berlaku, tetapi sikap endah tidak endah menjadikan perkara tersebut tiada siapa yang ingin mengkajinya. Melalui kajian yang saya lakukan sempena dengan pilihan tajuk tugasan yang dibuat pada semester ini, saya ingin mengulas tentang tajuk Sexual Harrassment.

Mengapa saya (penulis) memilih tajuk ini?Kerana terdetik ingin mengetahui apakah punca dan jadahnya terutamanya remaja bersikap sedemikian. Sexual harassment atau penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja atau kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan sudah menjadi perkara biasa dalam pergaulan sosial mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan sosial dahulu, penyalahgunaan simbol lucah ini jarang berlaku dan tidak digunakan. Masyarakat dan sosio budaya dahulu, mempunyai perasaan malu yang tinggi untuk melakukannya. Sekarang, sudah terhakis kesemuanya, hanya menanti retak jika tidak diambil peduli terhadap kenakalan ini. Perbuatan dan tingkahlaku ini termasuk dalam kategori delenkuen. Konsep delenkuen mempunyai makna yang luas dan pelbagai pendapat mengikut pandangan hidup dan falsafah pengkajinya. Makna paling mudah delenkuen ialah juvenil yang terpesong daripada norma masyarakat. Kenakalan yang dimaksudkan tidak boleh dibiarkan dengan begitu sahaja memandangkan kesan yang bakal timbul akan lebih parah. Kajian yang penulis lakukan ialah penggunaan simbol lucah atau sexual harassment dalam kalangan remaja. Jika dilakukan oleh golongan dewasa semestinya dikatakan sebagai masalah atau konflik seksual dan tindakan undang-undang boleh diambil. Namun, dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, mereka berjinak-jinak serta terdedah dengan penggunaan simbol lucah ini mereka dikatakan masih diperingkat awal
.:girl_7:



Penggunaan simbol lucah ini tidak disengajakan oleh mereka tetapi dianggap sebagai keseronokan dan berlaku secara spontan sekadar suka-suka. Oleh sebab itu, masalah atau delinkuen “suka-suka” ini tidak boleh dibiarkan, kemungkinan besar akan menjadi suatu keterbiasaan kelak. Kenakalan ini sememangnya mengganggu norma sosial, agama serta budaya timur. Bentuk salah laku penggunaan simbol lucah masih tidak dianggap sebagai sifat peribadi dan tanggungjawab mereka yang sebenar jika usia mereka masih belum matang. Penyalahgunaan simbol lucah seperti menjelirkan lidah, isyarat tangan, simbol-simbol lukisan kepada seseorang, dan sebagainya akan memberi kesan yang parah jika kenakalan ini tidak dirawat diperingkat awal lagi serta akan memberi kesan kepada masalah sosial yang lain pula. Justeru, memandangkan isu remeh yang bakal menjadi parah jika tidak diambil perhatian, penulis terdorong untuk mengkajinya. Delinkuen ini dalam kategori delinkuen tidak agresif iaitu kesalahan menggunakan simbol isyarat lucah. Statistik pada tahun 1999 hingga 2001 menunjukkan @ehsan02peningkatan dari bilangan 508 kepada 538 kes penyalahgunaan terhadap penggunaan simbol isyarat lucah.

Latar belakang responden yang dikaji ialah dari aspek usia individu remaja tersebut, agama, jantina, golongan yang bersama terlibat, fizikal mereka, bahasa dan gaya percakapan mereka serta isyarat yang mereka gunakan sebagai simbol lucah ini. Dari segi usia individu tersebut ialah antara lingkungan 14 tahun, dua orang remaja lelaki yang berada di stesen bas Tanjong Malim. Pakaian individu tersebut agak sosial dan tidak menampakkan attiude remaja yang berdisiplin atau dengan erti kata lain terlalu “sempoi”. Raut wajah kemelayuan dan kemungkinan beragama Islam. Manakala bahasa dan percakapan mereka seronok-seronok sambil bergelak ketawa. Mereka berada di pekan Tanjong Malim dan di tangan salah seorang remaja tersebut memegang tiket bas. Komunikasi bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa Melayu dengan gaya biasa-biasa sahaja. Sesiapa yang lalu di hadapannya di sound sambil berseloroh, tersengih-sengih dan apabila orang memandang, diberi simbol lucah dengan isyarat tangan. Manakala rakan di sebelahnya tergelak-gelak.

Teori yang penulis ingin kaitkan dengan tingkahlaku delinkuen ini ialah teori psikologi iaitu dalam aspek teori tingkahlaku. Dalam teori tingkahlaku, ahli psikologi tingkahlaku berpendapat bahawa, personaliti adalah hasil daripada pembelajaran daripada interaksi individu lain. Teori ini dinyatakan oleh John B. Watson dan Havard B. F. Skinner. Tingkahlaku yang menyimpang ialah disebabkan oleh hasil pembelajaran melalui pemerhatian kepada individu lain.

Justeru, penulis ingin kaitkan bahawa, tinglahlaku sexual harassment ataupun penggunaan simbol lucah terbentuk daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Teori tingkahlaku menyatakan, tabiat manusia yang menjadi masalah ialah apabila manusia ataupun remaja itu menerima daripada persekitaran yang salah. Justeru, media massa, rakan sebaya dan keluarga yang positif memainkan peranan utama dalam membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku positif.

Di samping itu, teori tingkahlaku menekankan proses pembelajaran yang menggunakan konsep peneguhan dan dendaan penting untuk menjelaskan sebab sesetengah tingkahlaku perlu wujud dan tidak perlu wujud. Bagi tingkahlaku yang baik akan diberi peneguhan, manakala tingkahlaku yang tidak elok harus diberi dendaan dan amaran agar tidak menjadi keterbiasaan termasuklah aspek amaran dan dendaan yang professional terhadap penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja. Tujuannya dalam membendung agar tidak menjadi habit dalam diri remaja.

Selain itu, dalam teori tingkahlaku ini menyatakan tingkahlaku manusia seperti penyalahgunaan simbol lucah ini terbentuk akibat daripada proses peniruan. Sutherland (1949) dalam Ab. Halim Abdul Rahim (1994) menyatakan tingkahlaku delinkuen wujud kerana dipelajari daripada rakan sebaya. Beliau mengemukakan teori jenayahnya dalam aspek teori tingkahlaku iaitu, tingkahlaku dipelajari daripada interaksi rakan sebaya dan pengaruh sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkahlaku jenayah ataupun terpesong. Pengaruh luar, media massa dan sebagainya mempunyai tarikan yang kuat kepada pelajar untuk melakukan delinkuen. Remaja dan kanak-kanak lelaki berkelakuan ganas akibat daripada menonton aksi-aksi di televisyen termasuklah dalam aspek peniruan kehidupan sosial remaja yang menyalahgunakan simbol lucah yang dipaparkan di kaca televisyen.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa, remaja dan kanak-kanak akan menunjukkan reaksi spontan dan apabila menjadi ingatan dalam fikiran akan dikekalkan dan akhirnya menjadi tabiat. Tidak kiralah tempat, masa atau siapa, penyalahgunaan simbol lucah isyarat tangan dan menjelir lidah itu dilakukan dengan spontan. Niat suka-suka hasil peniruan daripada sekeliling akhirnya menjadi tabiat dan memberi kesan kepada masalah seksual. Namun, kepentingan dalam teori tingkahlaku ialah proses mengawal pembelajaran melalui pemerhatian, model, dendaan dan hukuman serta media massa. Pengaruh ini merupakan aset untuk individu bertingkahlaku sedemikian termasuklah isyarat penyalahgunaan simbol lucah.

Pada pendapat penulis, faktor yang menjadikan remaja berkelakuan menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah disebabkan oleh perasaan inginkan keseronokan. Keseronokan mereka itu mereka tidak sedar bahawa menyalahi adab dan juga budaya. Namun, mereka tidak berniat untuk melucah, tetapi berlaku secara spontan. Hal ini boleh dikaitkan dengan diri remaja yang terlampau ingin berseronok sehinggakan tidak dapat menilai baik dan buruk. Individu ini kemungkinan belum mencapai kematangan. Peringkat yang belum matang juga dikenali sebagai pre-matured. Menurut Corey, (2000) menyatakan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk memelihara dirinya dan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Justeru, ingin saya kaitkan bahawa apabila remaja menemui kematangan, mereka boleh digolongkan sebagai remaja yang rasional dan sebaliknya. Jika mereka telah matang mereka akan tahu bahawa elok , baik atau tidak menggunakan isyarat simbol lucah itu. Justeru, langkah yang sesuai agar remaja menemui identiti diri yang benar, ialah remaja harus mecari kematangan. Kematangan boleh dicari dengan membuat perhatian, penilaian, tunjuk ajar daripada seseorang yang lebih matang daripada mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian kepada tingkahlaku yang baik amat penting untuk dinilai oleh remaja. Di sini peranan keluarga merupakan aset berharga bagi membentuk tingkahlaku beradab. Ibu bapa juga boleh bersama anak-anak menegur jika anak-anak tersalah menggunakan dengan spontan isyarat lucah tersebut. Guru-guru juga perlu mendekati pelajar-pelajar dengan menasihati mereka tentang adab-adab dan juga tingkahlaku yang baik dan sesuai diikuti walaupun dalam masa inginkan keseronokan agar tidak melampaui batas sehingga boleh menjejaskan perasaan malu dan akhlak mereka.

Selain itu, faktor yang menyebabkan remaja menyalahgunakan simbol atau isyarat lucah ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan internet. Pada masa kini, rancangan yang berbentuk melampaui batas sosial menjadi santapan semua golongan termasuklah remaja. Cerita dan tayangan berunsurkan seks sentiasa dipaparkan. Contohnya, dalam siaran rancangan televisyen barat, kehidupan sosial mereka bebas dan bercakap lucah, mencarut sentiasa dipaparkan. Contoh ayat pelakon ketika aksi marah “ I Fuck You “, “ “Wanna Rape Test” sambil menunjukkan isyarat tangan sangat menjelikkan dan menjatuhkan maruah. Remaja yang mudah terikut amat rapuh untuk terpengaruh dengan media termasuklah di internet dengan ayat-ayat dan kata-kata lucah disalurkan akan diterjemahkan oleh remaja melalui simbol yang dilihat.
Disamping itu, faktor penyalahgunaan simbol lucah ini kemungkinan disebabkan pengaruh bersama rakan-rakan ataupun rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan agen yang paling dekat dengan seseorang remaja. Pepatah ada mengatakan, jika ingin melihat siapa remaja tersebut, lihatlah sahabat di sekeliling dan dengan siapa mereka berkawan, itulah ciri peribadinya. Sememangnya untuk judge personaliti seseorang tidak boleh tetapi itulah hakikat yang harus diterima kerana faktor itu turut mempengaruhi tingkahlaku dan peribadi seseorang remaja. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor penting sebab remaja menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah. Rakan sebaya memainkan peranan penting bagi mencorakkan tingkah laku remaja. Remaja lebih selesa berada bersama rakan sebaya kerana mereka menganggap rakan sebaya dapat memahami mereka berbanding ibu bapa. Lazimnya remaja berpegang kepada gaya, tingkah laku, kata-kata dan sikap rakan sebaya. Seseorang rakan sebaya mempunyai subkultur tersendiri. Sokongan emosi dan kemesraan rakan sebaya menyebabkan seseorang remaja lebih menghormati dan meletakkan nilai yang tinggi kepada rakan sebaya termasuklah dalam aspek terikut-ikut dengan kata-kata dan perbuatan menunjukkan isyarat serta simbol lucah. Menurut Mohamad Daud Hamzah, (1994) menyatakan sebelum remaja menjadi remaja, seseorang praremaja belajar untuk menilaikan keistimewaan dan penghormatan antara mereka memandangkan wujud kemesraan dalam kalangan mereka. Dalam masa remaja, mulalah wujud kekalan hubungan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan sokongan emosi, hubungan mesra yang serius akan berlaku antara lain jantina, Gardner (1978). Hal ini menunjukkan bahawa, pengaruh rakan sebaya amat penting dalam membentuk personaliti dan peribadi remaja. Justeru, perbuatan rakan mereka semuanya betul. Jadi, tidak hairanlah individu itu menurut dan melakukan perbuatan menyalahgunakan simbol lucah itu kerana mereka mempelajari daripada rakan-rakan mereka.

Faktor nilai moral yang rendah juga merupakan penyebab isyarat dan simbol lucah disalahgunakan oleh seseorang remaja. Perasaan malu yang menebal sudah mula terhakis tidak kiralah perempuan apatah lagi lelaki. Nilai moral yang disebabkan kekurangan didikan rohani oleh ibu bapa dan persekitaran yang kurang sihat. Persekitaran dan kekurangan pendidikan akan menjadikan nilai hidup atau moral mereka seakan-akan kabur, kehilangan penilaian timbang tara baik dan buruk. Oleh sebab itu, seseorang remaja mudah terikut dan terpengaruh dengan penggunaan simbol isyarat lucah. Contohnya, jika dilihat di dinding di stesen bas, penggunaan isyarat lucah, tulisan-tulisan kotor akibat mereka yang tidak bertanggungjawab itu menghiasi papan board di stesen bas. Apabila remaja melihat, mereka akan terikut. Jika di sekolah pula, buku-buku latihan diconteng juga dengan isyarat dan simbol lucah. Hal ini menunjukkan betapa sadisnya nilai moral dalam kalangan remaja pada hari ini berkait dengan penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah.

Faktor ingin lain dari yang lain dalam diri remaja juga merupakan puncanya. Ingin lain dari yang lain juga boleh dikaitkan dengan devian. Apabila mereka menyalahgunakan simbol lucah, mereka merasakan diri mereka hebat kerana hanya mereka sahaja yang tahu, dan mendapat perkembangan tentangnya. Simbol lucah yang orang lain tidak tahu, mereka tahu dan mereka tergelak-gelak apabila mangsa terpinga-pinga setelah diisyaratkan simbol lucah. Itulah yang mereka rasakan diri mereka hebat. Malahan juga, mereka katakan bahawa, sempoi dan tidak terlalu skema jika menggunakan simbol dan isyarat lucah itu. Bermakna, mereka inginkan kebebasan termasuklah dalam aspek bertingkahlaku. Namun, mereka tidak berfikir baik atau buruk isyarat tersebut. Sekali gus akan memberikan kesan jangka panjang kepada mereka. Contohnya akan terjebak dengan seks bebas, pelacuran dan sebagainya.

Selain itu, keinginan dan naluri ingin mencuba terhadap seks belainan jantina menyebabkan mereka menggunakan simbol lucah. Jika dilihat manusia yang ketagih seks, biasanya mata melilau, lidah pula dalam keadaan ghairah terjelir-jelir amat tragis. Namun, bagi remaja pula, itu ialah isyarat untuk mengajak pasangan dalam melakukan seks. Apabila isyarat itu digunakan, maknanya, pasangan akan faham dan ada juga remaja yang mencabar pihak berlawanan jantina dengan menunjukkan isyarat lucah. Akibat rasa tercabar dengan isyarat yang digunakan itu, maka terdorong untuk melakukan hubungan seks. Penggunaan simbol dan isyarat lucah ini akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi perhubungan sosial memandangkan simbol itu ialah simbol lucah yang akan menjahamkan diri remaja dalam kancah maksiat.

Penulis menyedari bahawa, penyalahgunaan simbol lucah ini akan memberi kesan yang tidak baik. Pertama sekali dari segi perasaan malu yang terhakis dalam diri. Penulis merasakan jika tahap malu tidak ada dalam diri, seseorang itu tergamak untuk melakukan dan menunjukkan isyarat lucah. Perasaan malu itu bagi penulis, harus dipupuk agar menjadi benteng kukuh daripada melakukan perkara yang melanggar norma diri, norma masyarakat serta agama itu sendiri. Jika perasaan malu untuk melakukan perkara buruk ini tidak ada, maka rendahlah harga diri seseorang itu.

Penulis menyedari bahawa, kes-kes yang berlaku ialah daripada perkara yang sentiasa dianggap ringan dan mudah. Perkara mudah ialah seperti, penyalahgunaan isyarat menjelir lidah. Kes ini penulis kaji akibat pernah berlaku kepada diri penulis iaitu seorang lelaki pernah menjelirkan lidah kepada rakan penulis dan penulis terpinga-pinga tidak faham. Pada awalnya penulis faham bahawa jeliran itu hanya sekadar main-main tetapi apabila diberitahu oleh sahabat penulis, penulis terkejut dan penulis rasa malu dan berfikir bahawa tergamak lelakinya lelaki tersebut melakukan perbuatan itu. Justeru, penulis berminat untuk mengkajinya dan memerhati untuk kajian ini kebetulan berlaku kes di Tanjong Malim.

Penulis menyedari bahawa perbuatan seperti itu perlu dielakkan dan menguatkan benteng rohani agar tidak mudah terpengaruh dengan sikap tersebut. Apabila ada kekuatan rohani, semua perkara yang tidak baik dapat ditempis. Malahan juga, penilaian sebelum melakukan sesuatu perkara perlu dinilai terlebih dahulu walaupun ingin berseronok agar tidak tergelincir daripada landasan. Justeru, untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pendekatan dan strategi untuk menghidarinya perlu difikirkan. Jika ada permasalahan, carilah penyelesaiannya agar tidak terus berlaku dan memberi kesan yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.


Implikasi kepada kaunselor iaitu penulis mendapati; memandangkan kes dan permasalahan kenakalan dalam kalangan remaja bagi isu sexual harassment (penyalahgunaan bagi isyarat dan simbol lucah) ini akan memberikan kesan yang negatif, kaunselor perlu mengambil langkah-langkah dan pendekatan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini habis-habisan dan menutup pemikiran remaja agar langsung tidak terdedah dengan penyalahgunaan dan simbol isyarat lucah ini. Berikut implikasi kajian terhadap kaunselor.

Pertama sekali, kaunselor perlu mendekati pelajar dan mengetahui permasalahan pelajar untuk mengetahui sebab mereka melakukan isyarat simbol lucah. Pelajar-pelajar harus didekati agar mereka mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada kaunselor. Kaunselor harus sedar bahawa bukan memberi khidmat kaunseling sahaja malahan mendidik jiwa pelajar agar mereka kenal dan sedar pertimbangan baik dan buruk dalam bertingkahlaku. Justeru, dengan pendekatan mendekati pelajar, kaunselor akan dapat mengetahui punca dan secara tidak langsung remaja akan dekat dengan kaunselor. Perasaan malu untuk bertingkahlaku sedemikian akan terbentuk dan mungkin tidak akan berulang.

Selain itu, program bercorak mendidik jiwa dan dalaman pelajar juga harus dilaksanakan. Program berbentuk mendidik diri dari segi akhlak dan disiplin penting bagi melahirkan anak didik yang berperibadi dan berpersonaliti unggul. Contohnya, kaunselor mengadakan program “ Pengurusan Diri dan Tingkahlaku”, program “ Apresiasi Diri dan Moral” dan sebagainya. Keberkesanan program dapat dilihat apabila pelajar-pelajar melakukan anjakan dalam tingkahlaku. Pada masa inilah kaunselor perlu menerapkan nilai peribadi yang tinggi dan juga elakkan kata-kata kesat, elak penyalahgunaan simbol lucah dan sebagainya dalam pergaulan.
Di samping itu, kaunselor juga perlu mengaktifkan pembimbing rakan sebaya. Hal ini kerana, penerapan dan kaedah-kaedah kepada pembimbing rakan sebaya dalam menangani masalah delenkuen termasuklah masalah sexual harassment amat penting bagi memastikan kes-kes sosial yang lain tidak merebak. Kedegilan remaja dapat dikurangkan jika wujudnya pembimbing rakan sebaya kerana merekalah yang berperanan dalam mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Jika pembimbing rakan sebaya tidak menjalankan fungsi dengan berkesan, maka risiko untuk lebih terjebak dengan gejala delinkuen yang lain juga akan menjadi parah. Pembimbing rakan sebaya dapat melihat isyarat dan simbol lucah bagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan dan mereka akan melarang dengan baik rakan-rakan mereka itu. Justeru, latihan dan teknik berkomunikasi dengan berkesan perlu diterapkan kepada pembimbing rakan sebaya dalam menasihati rakan-rakan mereka.

Gabungan kesepakatan antara kaunselor, guru-guru dan ibu bapa :girl_4:juga harus dilaksanakan. Contohnya, melalui aktiviti pendidikan dan pencegahan akhlak sumbang boleh dilakukan dan menerangkan kepada ibu bapa untuk menasihati anak-anak agar mereka tidak terlibat dalam delinkuen sexual harassment ini. Pendidikan kepada ibu bapa perlu diterapkan agar mereka tidak terlepas pandang dengan sikap anak-anak. Walaupun hanya melalui kata-kata dan simbol isyarat lucah, kesannya akan mengundang keparahan kepada anak-anak itu sendiri jika dibiarkan akan memalukan keluarga juga. Justeru, kaunselor harus bertindak dalam menggemblengkan usaha untuk bersama ibu bapa dan guru-guru yang lain agar peribadi dan akhlak pelajar terpelihara kerana pendedahan kepada unsur seksual ialah bermula daripada penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah ini.

Selain itu, kaunselor juga harus bersepakat dengan pihak sekolah dan memberikan anugerah kepada pelajar contoh dari segi akhlak dan komunikasi. Dengan cara ini, para pelajar akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri mereka. Peneguhan harus diberikan kepada mereka untuk meningkatkan semangat mereka dalam menjadi pelajar yang berdisiplin dan terpelihara akhlaknya termasuklah bebas daripada sexual harassment ini. Aktiviti dan program mingguan dan bulanan iaitu memberi anugerah kepada pelajar peribadi mingguan. Dengan cara itu, pelajar akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjejaskan akhlak mereka.

Kaunselor juga harus menggunakan pendekatan psikologi iaitu, mengajar kepada rakan-rakan mereka agar tidak menghiraukan individu yang bersikap sedemikian pada ketika itu. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan individu terbabit. Walaupun nampak berat, dan tidak elok serta memberi kesan kepada pelajar itu, teknik hukuman secara psikologi ini akan mengajar pelajar untuk tidak melakukannya lagi. Namun, pelaksanaan tindakan ini perlu difikir baik buruknya juga agar tidak memberikan kesan jangka panjang dan apabila pelajar tersebut sedar akan kesalahannya, gunakanlah pendekatan psikologi untuk membina semula hubungan dengan pelajar tersebut serta nyatakan sebab sikap tidak hirau yang mereka melakukan. Teknik ini ialah teknik yang perlu dikaji oleh kaunselor. Kadangkala teknik kesenyapan iaitu tidak menghiraukan kata-kata, dan tingkah laku pelajar tersebut ketika melakukannya, akan memberi celik akal kepada pelajar itu sendiri.

Cadangan saya (penulis) iaitu sebenarnya terdapat banyak cadangan dan langkah untuk melindungi daripada sexual harassment ini. Namun, keberkesanan pelaksanaannya menjadi penentu berjaya atau tidak untuk membendungnya. Justeru, cadangan yang penulis sarankan ialah meliputi aspek diri remaja, ibu bapa, persekitaran sosial masyarakat, institusi sekolah dan tindakan tindakan undang-undang.

Pertama sekali cadangan dari aspek kendiri remaja itu sendiri. Seseorang remaja itu perlu melalui zaman remajanya dengan penuh berharga agar tidak mempersiakan zaman remaja. Akhlak-akhlak yang baik perlu diikuti dan akhlak yang menjerumuskan kepada masalah sosial wajib ditinggalkan kerana akan memberi kesan negatif yang berpanjangan. Sekali buat, masyarakat akan melabel remaja itu tidak berakhlak. Termasuklah kes sexual harassment ini. Pandangan luar kepada kendiri remaja akan kekal jika tingkahlaku tersebut terus dilakukan dan persepsi luar juga akan mengatakan bahawa remaja tersebut mungkin teruk dari aspek yang lain. Justeru, remaja harus berfikir secara rasional dan mencari kematangan dalam mendidik diri sendiri. Segala yang baik dan yang buruk itu berpunca daripada sikap diri sendiri remaja itu sama ada ingin kebal atau ingin di ceroboh oleh anasir luar. Bagi mengelakkan sexual harassment ini menular dan terbiasa dalam diri, amalkan sikap yang positif. Banyak perkara yang boleh dilakukan daripada melakukan sexual harassment walaupun tujuan ingin berseronok dan berhibur, harus kena pada tempatnya.

Selain itu, ibu bapa harus memberikan perhatian dan peka terhadap sikap anak-anak. Ibu bapa tidak harus memandang remeh dan lekeh terhadap perkara sexual harrassment. Jika tidak, ibu bapa jugalah yang akan menanggung malu. Jika anak-anak berbuat tingkahlaku sedemikian, nasihati mereka dengan baik dan beritahu sebabnya dengan jelas. Jika dibiarkan, akan merosakkan akhlak diri remaja dan pandangan luar akan mengatakan ibu bapa pula yang tidak tahu mendidik akhlak anak-anak mereka. Jika menonton televisyen bersama anak- anak, jika unsur aksi @upin01sexual harassment ini secara tidak kebetulan dimainkan di kaca televisyen, beritahu mereka agar tidak meniru perlakuan sebegitu. Pendidikan secara tidak formal ini sememangnya akan memberikan ingatan dan kesan mendalam kepada anak-anak tambahan pula remaja tidak suka diberi nasihat secara keras. Justeru ibu bapa perlu memahami psikologi mereka dan memahami pendekatan yang untuk menegur sikap tidak elok tersebut. Tanggungjawab ibu bapa ialah membentuk akhlak anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang terbaik demi masa depan dan kehidupan mereka.

Selain itu, masyarakat juga harus peka dengan keadaan semasa, :girl_4:bagaimana bentuk dan simbol isyarat lucah tersebut. Kadang kala, ada yang tidak mengetahui bahawa simbol itu adalah simbol lucah. Dengan kepekaan itu, masyarakat akan boleh bertindak bagaimana ingin membendungnya. Contohnya, saling tegur menegur dan tanamkan dalam diri bahawa, anak jiran mereka, anak mereka juga dan perasaan tanggungjawab bersama dalam diri itu perlu wujud serta perlu sentiasa dipupuk. Namun, ibu bapa pula tidak harus melatah jika anak mereka ditegur oleh jiran-jiran mereka ketika anak mereka melakukan isyarat dan simbol lucah. Contohnya ketika bermain bersama rakan-rakan yang lain dan jiran ada bersama, jirannya itu perlu melarang dan menegur. Ibu bapa janganlah pula merasakan terhina atas teguran keatas anak mereka itu.

Institusi pendidikan juga harus memainkan peranan penting @lol sebagai agen penyuburan sosial. Sosial yang terbaik dapat dicorakkan melalui sistem pendidikan negara. Contohnya, guru-guru di sekolah perlu mendidik jiwa pelajar agar kaya dengan akhlak yang baik. Sikap dan teladan perlu ditunjukkan oleh guru-guru kepada anak didik. Guru-guru perlu menjaga tutur kata dan komunikasi mereka, serta elakkan perilaku kurang sopan walaupun dalam keadaan ingin bergurau dengan pelajar. Kebanyakannya, simbol dan isyarat lucah ini berlaku dengan spontan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara perlulah berfikir sebelum bertindak dan lihat siapa di hadapan kita; anak-anak didik. Pendidikan seks juga wajar diterapkan dalam konteks dunia pendidikan. Pendidikan ini akan membuka mata pelajar agar tidak sesekali menyalahgunakan simbol lucah atau isyarat lucah ini dengan sewenang-wenangnya.

Tindakan undang-undang perlu juga dikenakan. Berpuncanya gangguan sexual harrassement ini akan memberi kesan kepada permasalahan sosial yang lain. Contohnya, kes ketagihan seksual, liwat dan rogol@sad @ayukkanak-kanak dan sebagainya. Inilah punca asalnya iaitu sexual harassment. Undang-undang patut dikenakan sebagai tindakan pencegahan awal. Permasalahan dan punca utama kes tersebut bermula daripada sexual harassment iaitu penyalahgunaan simbol lucah. Jika dibiarkan akan terus melarat. Justeru, undang-undang Piratepatut digubal dan dikuatkuasakan dalam membendung masalah ini. Undang-undang tingkahlaku tidak sopan yang mencabuli norma masyarakat perlu dikenakan, contohnya tindakan hukuman penjara. Walaupun nampak tidak masuk akal, tetapi tindakan inilah yang perlu dikuatkuasakan. Jika ada hukuman untuk kes rogol, mengapa tidak dari awal adanya hukuman :girl_13:kepada sexual harassment ini? Hal ini kerana, segala pokok pangkal bermulanya daripada perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu sexual harassment ataupun penyalahgunaan simbol lucah. Selain itu, pemansuhan unsur-unsur cerita dan bahan lucah terutama sekali yang mengaitkan pendedahan awal sexual harassment perlu dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana, buku-buku, majalah yang memaparkan simbol lucah perlu dimansuhkan dan tindakan hukuman berat wajar dikenakan terhadap peniaganya. Justeru, cadangan saya ialah, pihak kementerian penyiaran perlu menapis setiap paparan di kaca televisyen dan juga menapis sebarang penerbitan yang boleh mengundang kepada remaja untuk bertingkahlaku sedemikian. LipsareSealedMalahan juga Kementerian Sains dan Inovasi perlu menyekat punca-punca maklumat yang mempunyai isyarat dan simbol lucah ini. Jika di televisyen, kata-kata dan aksi artis dalam filem itu perlu diselidik satu persatu sebelum disiarkan. Jika wujud filem dan rancangan seperti ini, filem-filem ini perlu disekat terus daripada mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Jika dibiarkan dan diambil tentang perkara ini, akan memporak-perandakan masyarakat. Ibu bapa sendiri perlu mengawal tindakan dan kelakuan anak-anak daripada menyaksikan rancangan seperti ini. Jika terkebetulan siarannya ketika menonton bersama anak-anak, ibu bapa terus menegur dan memberi peneguhan bahawa perbuatan dan kata-kata yang dipaparkan itu tidak elok. Namun, larangan daripada pihak berkuasa tidak ada maknanya jika individu itu sendiri tidak berusaha membanterasnya.

:girl_15:Kesimpulannya, delenkuen sexual harassment ini perlu dicegah agar tidak terus menular dalam pengetahuan diri remaja untuk melakukannya. Remaja yang terdedah dengan risiko ini akan berisiko tinggi untuk terlibat dengan masalah seksual yang lain. Justeru, semua pihak perlu prihatin terhadap masalah ini dan langkah mencegah dan mendidik perlu bermula daripada peringkat akar umbi.


Peringatan-Cuba anda klik di sini(
sila klik)juga kerana ini juga tingkahlaku menyeleweng. Namun, tingkahlaku ini tidak dipanggil delenkuen tetapi jenayah kerana sudah melibatkan usia yang dewasa. Paparan link ini juga menunjukkan salah satu jenayah.

2 comments:

Aisyah said...

salam...kemah doh blog dio...huhu...banyak ilmu yg kira boleh share bersama....apa pun good job..

AFITI said...

wsalam..chah..huhuhu..xkemas mn lgi nis..byk kna blja lg nis..tulis supo kartun lgik..huhu...nnti bg2 la pdgn yer..tjuk2 ker y nk suh ulas..nnti ore cuba tingkatkan..trima kasih chah...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42