Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, December 31, 2008

Cellular Memory

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini diambil daripada blog mukjizatsaintifik yang telah lama dipostkan iaitu pada tahun 2007. Ayuh sama-sama membaca tentang cellular memory. Mungkin memberi manfaat.

Negara digawatkan dengan kisah pembedahan pemindahan Tee Hui Yee, seorang remaja cina yang telah dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau adalah pengguna jantung mekanikal menggantikan jantung asal. Oleh kerana jantung mekanikal yang digunakan oleh beliau hanya mampu bertahan selama setahun, Tee Hui Yee berusaha mencari jantung asli sebagai ganti. Saban hari gadis berusia 14 tahun ini, dalam kesedihan dan tangisannya, mengira-ngira bila nafasnya akan terhenti. Namun penantiannya selama 1 tahun berakhir apabila satu pasangan suami isteri sudi mendermakan jantung anak mereka kepada Tee Hui Yee.

Pada 3 Oktober 2007, jantung penderma diterbangkan terus ke Kuala Lumpur melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menunggu di Lapangan Terbang Ipoh. Menurut Utusan Malaysia, penderma tersebut berasal dari Sitiawan, Perak. Pada 4 Oktober, tepat jam 10.45 malam, Tee Hui Yee dibawa masuk ke bilik bedah dan menjalani pembedahan maraton yang berlangsung selama 13 jam.

Namun begitu, Tee Hui Yee terpaksa menjalani pembedahan kali kedua apabila tubuhnya menolak jantung penderma pertama. Menurut ilmu sains perubatan, faktor utama penolakan organ insan lain disebabkan antibodi peneriama terlalu kuat. Dengan ini, sistem pertahanan badan menahan sebarang bentuk anasir luar untuk dimasukkan kedalam jasad penerima. Hasilnya, jantung atau sebarang organ tidak dapat diterima oleh tubuh penerima.

Akan tetapi, di sana masih terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi faktor penyebab kepada penolakan badan penerima terhadap organ penderma. Faktor tersebut dikenali sebagai Cellular Memory. Apakah ia Celular Memory itu? Cellular Memory ialah suatu istilah yang merujuk kepada perkara-perkara yang melibatkan memori, perangai, kegemaran dan citarasa yang mana semua itu tersimpan dalam setiap sel badan, bukan hanya tertumpu kepada otak sahaja. Menurut kajian sains lagi, setiap sel badan manusia, mampu menyimpan memori, perangai, hobi dan citarasa tuan empunya badan. Cellular Memory juga merujuk kepada kemampuan sel-sel badan menyimpan maklumat tentang personaliti, citarasa dan juga sejarah silam. Oleh itu, bagaimana pula sel-sel badan ini boleh menyimpan maklumat sepertimana otak?

Kajian sains menunjukkan bahawa, semua sel berinteraksi di antara satu sama lain melalui rangkaian asid amino yang dikenali sebagai "neuropeptida" dan juga reseptor. Kajian-kajian sebelum ini berpendapat bahawa, asid amino banyak terdapat dalam otak sahaja. Namun begitu, selepas kajian baru dibuat, ia menunjukkan bahawa asid amino bukan sahaja tertumpu kepada otak, malah ia juga wujud di setiap organ terutama pada organ-organ penting seperti jantung.

Kate Ruth Linton, seorang pelajar di kolej Montgomery, US, telah menulis satu jurnal berkenaan pemindahan jantung dan Cellular Memory yang bertajuk "Cellular Memory In Heart Transplant". Menurut jurnal tersebut, beberapa kajian telah dibuat terhadap penerima-penerima jantung. Kajian ini telah membuktikan bahawa penerima jantung terikut-ikut dengan tabiat serta perangai dari pendermanya.

Sebagai contoh, satu kes telah berlaku pada Mei 1998 di mana satu pembedahan pemindahan jantung telah dijalankan. Claire Sylivia, seorang perempuan, menerima jantung dari seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang terbunuh dalam satu kemalangan motosikal. Tidak lama kemudian, Sylivia mendapati dirinya mengalami beberapa perubahan yang ketara pada selera, tabiat serta tingkah laku. Dia mendapati dirinya lebih terasa maskulin serta teringin memakan cili serta bir. Sedangkan sebelum ini Sylivia tidak menggemarinya.

Selepas mendapati perubahan yang agak janggal pada dirinya, maka Sylivia pergi menemui keluarga penderma dan beliau dapati segala selera, tabiat dan tingkah laku hampir-hampir menyamai dengan Tim L., penderma jantung tersebut.

Dalam kes Tee Hui Yee, sekira tubuh beliau menerima jantung penderma pertama, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, hafiz al-Quran 18 juzuk serta imam terawih di Masjid kampung Sungai Tiram, Sitiawan, apakah bakal yang terjadi nanti?

Kami tinggalkan persoalan ini untuk dijawab oleh para pembaca yang budiman sekalian. Wallahua'lam...

Rujukan
1. Utusan Malaysia Online
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Cellular_memory
3. Kate Ruth Linton, Cellular Memory In Heart Transplant, volume 2, September 2003, Montgomery Collage.

Dipetik daripada pembacaan melalui blog http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/
Selamat membaca.

Selamat Tahun Baru Islam 1430 Hijriah dan Tahun Baru 2009

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Beberapa detik sahaja lagi tahun 2009 bakal menjelma. Maka, sudah pastinya azam dan semangat untuk tahun ini perlu lebih baik daripada tahun 2008. Maka, diri ini mendoakan yang terbaik buat diri ini dan juga keluargaku.

Azam dan tekad tahun baru ini:

1. Mendoakan kesejahteraan papa dan mami serta keluarga. Semoga papa pulih.
2. Semoga adik aku Mohd Azidi, adik bongsuku cemerlang untuk peperiksaan STPM dan adik kedua, Riduan berjaya dalam jurusannya serta pointernya semakin meningkat.
3. Berdoa semoga diri ini cemerlang dan dapat lebih nilai untuk kuliah yang dipelajari dan pointer lebih baik dan cemerlang.
4. Semoga diri ini dikurniakan kekuatan, lebih tabah, sabar serta cekal dan lebih redha serta tenang menghadapi kurniaan Tuhan.
5. Semoga diri ini semakin menemui pencarian permata untuk diri yang semakin diteroka ini demi kepuasan diri dan kecemerlangan untuk kebaikan semua. InsyaALLAH.
6. Semoga diri ini lebih positif dan gembira menikmati hidup dan mendoakan orang sekeliling juga dikurniakan sesuatu yang baik, dikurniakan peningkatan sifat merendah diri dan bersederhana.
7. Semoga diri ini lebih dekat dengan Tuhan dan dikurniakan kekuatan akal dan hati, Solat itulah punca segala kekuatan diri.
8. Meningkatkan amalan-amalan yang baik dan sifat mahmudah.
9. Konsisten dan tidak membuang masa serta tepati waktu ke kelas.
10. Semoga diri ini dikurniakan perasaan kasih sayang untuk semua.
11. Bercakap perkara yang perlu dan benar sahaja.
12.Semoga hari yang dilalui tahun 2009 lebih bermakna. Itulah harapan besarku.
13. Semoga insan-insan yang diri ini kenali juga berjaya dan semoga guru-guru yang pernah mendidik diri ini dijamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

Semoga azam dan hasrat ini semoga diberkati Tuhan. AMEEN.

NOR AFITI BT MOHD BASRI
22 TAHUN 7 BULAN
11.53 PM, 31 DISEMBER 2008

Sunday, December 28, 2008

FUN


Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang hidup ini memerlukan FUN. FUN yang dimaksudkan bukanlah kegembiraan yang melampau tetapi FUN yang masih ada batasan. FUN yang saya ingin coretkan pada entri pada kali ini berkait FUN dalam menikmati kehidupan seharian. Kadang-kadang kita lihat ada individu yang tertekan dengan hidup seolah-olah tiada FUN lagi dalam kehidupannya. Disogok pula dengan kerja yang bertimbun-timbun, persekitaran pula amat mendesak diri sehingga mencuri FUN yang membuatkan seseorang itu gembira dan menikmati hari-hari yang dilalui. Sebenarnya itu pilihan dan kehendak diri. Saya juga tidak terkecuali melaluinya. Namun, apabila keadaan sedemikian, saya seolah-olah mahu berehat seketika dan pergi berseronok dan melakukan sesuatu yang menghilangkan tertekan. Contohnya, jika tertekan, saya akan memasak dan of course lah dapat membesarkan badan. Hehe. Seterusnya, membasuh baju. Kasihan baju kena sental dengan berus. Kadang-kadang tingkahlaku sedemikian seolah-olah saya membayangkan saya sedang membersihkan minda saya apabila saya membersihkan pakaian saya. Pada suatu ketika juga saya akan mengajak rakan-rakan untuk berpicnik dan pergi ke suatu tempat, lebih-lebih lagi ke suatu tempat yang menenangkan seperti ke hutan dan bersiar-siar. Kadangkala juga saya akan ke pasar melihat ikan-ikan segar dan sambil itu of course lah segar rasanya seolah-olah memberikan kepuasan apabila tengok lauk pauk dan sayur-sayur yang menghijau serta menulis dan juga membaca.
Dalam meniti kehidupan sebagai mahasiswa pula, jika tertekan, saya akan menyertai aktiviti-aktiviti untuk meredakan tekanan. Namun, kadangkala bila tiada tekanan iaitu tiada kerja yang akan dilakukan diri ini akan menjadi teramat tertekan lagi. Jadi, itu memerlukan kreativiti untuk melakukan sesuatu. Bermakna homeostasis dalam diri kita ialah perlu bijak untuk mencari FUN. Namun, saya merasakan lega kerana melalui kehidupan ini saya telah merasai FUN dan juga bagaimana ingin melalui hidup ini dengan FUN yang masih pada landasan. Namun, FUN dalam kontek agama juga ada iaitu mengigatiNya membuatkan hati menjadi tenang dan perkara itu sudah menjadi kewajipan untuk setiap hati dan diri mendapatkan ketenangan.Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan FUN dengan mengigatiNya. Rasanya anda juga mengetahuinya. Sekian.

p/s--perkara yang membuatkan ketidakpuasan hati ini meletus ialah ikan bilis yang aku beli satu kilogram kena makan kucing. Ingat buleh 1 bulan simpan untuk guna letak dalam sayur. Tapi, ...Arghhhhhhh..macam nak bedal jer kucing ni. Bedal kesian pulak. Pastu semut pulak masuk dalam udang baring yang aku beli semalam. Geram betol. Arghhhhhhh.....Mungkin kucing itu lebih memerlukan makanan itu daripada aku kerana 1 bulan tiada penghuni di kolej untuk memberinya makan dan mungkin juga ada rezeki lain untuk aku. Usahlah aku geram pada hal itu yang membuatkan kucing itu masih hidup. Rezeki aku kali ini disedekah pada haiwan dan binatang di sebalik FUN yang aku lalui seharian.

Akal dan Ilmu

Fungsinya mampu melahirkan keajaiban manusia yang sedar tentang potensi berfikir

Bismillahirrahmanirrhaim

Pada kali ini perkongsian berkait "Pemberian akal dan ilmu merupakan Kurniaannya" yang dibaca melalui satu laman di internet. Kali kedua saya memasukkan isu ini di blog ini.

Teringat pula kata-kata guru saya ketika di alam persekolahan; "Orang yang suka berfikir itu sebenarnya orang yang tidak banyak bercakap, dan bercakap pada yang benar; Orang yang suka berfikir itu sebenarnya orang yang banyak menilai dan bercakap dengan Allah dan banyak muhasabah diri, dan pencapaian pemikiran yang tertinggi ialah pergi sejauhmana pun ketinggian ilmu yang dicari, akhirnya orang itu akan mengaitkan punca ilmu yang difikirkannya itu ialah puncanya Allah". Maka tidak lari dan terbabas lah orang itu.

ALLAH s.w.t. menciptakan manusia sebagai satu mahkluk yang paling utama dan mulia di alam ini. Sebagai bukti atau lambang kemahabijaksanaan Allah dalam semua aspek. Allah memuliakan mereka dengan diberinya “akal”. Manakala pemberian ini tidaklah sama antara satu sama lain, baik kekuatan berfikir atau memahami, daya ingatan (hafalan) dan lain-lain.

Di samping itu kita mendapati di kalangan mereka peratus yang kecil (cuma 2%) manusia yang cerdas, begitu juga manusia yang terencat akal. Manusia yang terencat akal adalah sukar dibantu, manakalah kelemahan akal adalah dapat diatasi dengan perawatan rohani dan fizikal.

Menurut Imam al-Ghazali dan al-Maawardi akal itu terbagi kepada dua:

1. Akal Gharizi
Iaitu akal atau ilmu yang diperolehi secara semula jadi sejak anak-anak dalam masa menuju perkembangan.

2. Akal Muktasab
Iaitu akal atau ilmu yang diperoleh dengan cara berusaha atau belajar dengan menggunakan pengalaman orang dahulu dan percubaan sendiri.
Di samping itu kita perlu menyedari cara manusia memperoleh ilmu pengetahuan itu pula adalah berlainan antara satu golongan dengan golongan yang lain berdasarkan kurniaan Allah dan persiapan-persiapan yang disediakan Allah dalam diri manusia yang berkaitan,iaitu:

1. Golongan Para Anbia Dan Rasul, mereka mempunyai sifat-sifat rohani dan jasmani yang sempurna di mana mereka memperoleh ilmu dengan cara wahyu atau berita dari Allah s.w.t.
2. Golongan Auliya (para wali), mereka memperoleh ilmu dengan cara mendapat ilham atau laduni iaitu ilmu yang didapat tanpa belajar tetapi mestilah juga berusaha paling kurang mempunyai ilmu-ilmu asas sebagai persiapan; sebab ilham tidak akan datang merupai sesuatu ilmu baru, yang belum pernah dikenali asasnya.
3. Golongan Ulamak dan Cendikiawan, mereka memperoleh ilmu adalah dengan cara biasa iaitu dengan cara belajar menggunakan pengalaman atau pengkajian orang lain dan juga percubaan sendiri.

Allah adalah sumber ilmu, manakala kitabNya pula sumber nur dan ilmu pengetahuan. Di dalam al-Quran Allah berfirman:
“Allah mengurniakan hikmat (rahsia ilmu) kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang dikaruniakan hikmat maka sungguh dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir."

(al Baqarah: 269)

---Inilah yang dicari-cari oleh kita sebagai manusia yang cintakan ilmu. Saya mendoakan semoga landasan dan peluang yang diberikanNya dapat dijaga dan dipergunakan dengan sebaik-baiknya---

Perubahan akal dengan pandangan hati
Al-Quran dan al-hadis menyatakan bahwa perhubungan akal dengan hati itu adalah amat rapat sekali di mana hati merupakan lombong kepada akal dan ilmu.

Allah berfirman:"Tidaklah mereka berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang mereka boleh berfikir (memahami)."
(al-Hajj: 46)

Di samping itu pula kita mendapati beberapa buah hadis Nabi s.a.w yang menyatakan di antaranya :
"Akal itu adalah cahaya dalam hati yang dapat membedakan antara yang benar dengan yang palsu."

"Ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu adalah seperti perbandingan lampu dalam rumah."

Ayat al-Quran dan hadis-hadis ini menunjukkan tempat akal itu ialah di hati dan menunjukkan bahwa akal itu ialah ilmu pengetahuan.
Menurut Imam al-Ghazali, hati manusia itu mempunyai dua buah pintu, iaitu:

1. Pintu yang terbuka ke arah alam malakut iaitu Lauh Mahfudz dalam alam malaikat. Menurut beliau bahawa hakikat segala sesuatu itu adalah tersurat di Luh Mahfudz dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati manusia yang bersih .

2 . Pintu yang terbuka ke arah panca indera yang bertumpang kepada Alam Syahadah
(Kerajaan Duniawi dan Alam Nyata)

Pintu-pintu ini hanya orang-orang yang semata-mata berzikir kepada Allah s.w.t., Menurutnya kegiatan para ulama ialah menuntut dan mengkaji ilmu serta memasukkannya ke dalam hati; sedang para wali dan sufi mereka berbuat untuk membersihkan hati, menyucikannya menjernihkan menggilapkannya sahaja agar dia dapat membuat hubungan dengan Allah dan memperindah kegemilangan hati untuk Allah s.w.t semata-mata.

Menurut beliau, hati itu mempunyai cermin untuk memandang di mana bila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau yang lebih dikenal sebagai ilmu pengetahuan.

Jika dikaji dalam al-Quran dan hadis, maka hati itu ada yang dimaksudkan dengan “Suatu pengertian di mana manusia boleh mengerti hakikat segala sesuatu”. Apabila cerahlah cermin hati, maka akan terang benderanglah gambaran alam Mulk dan Malakut. Dalam hal ini didapati cermin hati para nabi adalah terang sekali di mana mereka dapat melihat dengan amat terang akan kedua-dua alam itu.

Definisi akal
Seterusnya definisi “akal” menurut al-Ghazali mempunyai dua pengertian:

1. Akal itu adalah mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hubungan ini akal merupakan sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati.
2. Akal itu ialah alat untuk menangkap dan mendapatkan segala maklumat. Dalam hubungan ini akal itu ialah hati itu sendiri yang merupakan hakikat manusia.

Berdasarkan definisi ini, Prof. Hj. Mokhtar Yahya dalam bukunya ”Pertumbuhan akal dan memanfaatkan Naluri Kanak-Kanak” beliau menulis:

Akal itu ialah suatu sifat dari pada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal itu jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma’qul (yang dapat difikiri) dan mahsus (yang dapat dikesan oleh panca indera).

Al-Maawardi membuat pembahagian kepada akal di mana dari satu seginya akal itu bertempat di hati kerana hati itu adalah sebagai lombong kepada kehidupan manusia dan dia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).

Muhammad Taqiyyul Mudarrisi memberi definisi bahwa akal itu ialah nur di mana manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang; kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu.

Manakala Fairuzabadi pula mentakrifkan: ”Akal itu ialah nur rohani yang boleh mendapatkan bahan-bahan ilmu.” Di samping itu ada yang mendefinisikan: hakikat akal itu ialah cahaya yang suci dari liputan pra sangka.

Jadi, akal itu adalah pencapai ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah ibarat dari pada hakikat segala sesuatu yang terletak di hati. Setiap pengetahuan itu pula adalah mempunyai satu hakikat atau kenyataan dan kenyataan itu mempunyai gambar yang tercetak jelas dalam cermin hati.Tugas kita adalah memperjelas atau menggilapkan cermin itu dengan sejelas-jelasnya supaya kenyataan atau hakikat segala sesuatu itu adalah jelas kepada kita.

Akal menurut pengertian Islam bukanlah semata-mata akal yang boleh menyelesaikan masalah-masalah ilmiah tetapi juga lebih dari itu ialah akal yang boleh menimbangkan antara perkara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang palsu dan akal itu tunduk pula kepada wahyu Ilahi.

Dari sini kita dapat mengukur kekuatan atau ketinggian seseorang itu adalah berdasarkan kepada kesanggupannya untuk memahami sumber ilmu yang sebenarnya iaitu Qur’an dan hadis dan kesanggupannya untuk mengikuti wahyu dan tatasusila keagamaan. Rasulullah pernah bersabda:

“Tiadalah beragama orang yang tidak berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.”

Malah ada orang berpendapat bahawa agama seseorang itu adalah mengikut akalnya, bagaimana kedudukan akalnya maka begitulah kedudukan agamanya.

Selamat Tahun Baru, Awal Muharraham 1430 Hijriah




Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun Baru bakal menjelma. Pelbagai rentak hidup telah dilalui. Suka, duka, ketabahan, kecekalan dan kesabaran serta pengorbanan telah dilaburkan. Semuanya kerana suatu perjalanan hidup yang ingin tiba di suatu destinasi. Masa amat pantas berputar. Pengisian demi pengisian untuk menggenapkan 1 tahun itu amat memerlukan kecekalan. Sudah dinamakan hidup untuk sebuah kehidupan. Maka perlu survival untuk mencapai power.Diri ini tidak mahu mati dan rebah di tengah jalan. Jadi, diri ini akan terus mengatur tapak biar pun lambat atau cepat, hanya Tuhan yang membantu. Manusia diciptakan dengan penuh naluri dan kehendak yang tidak pernah puas. Untuk mencapai kepuasan itu, sememangnya hak milik setiap insan. Kepuasan yang sebenar ialah kepuasan hasil daripada sikap yang tidak pernah henti dengan kecekalan dan sikap berusaha.Walau apapun yang terjadi, semoga diri ini sentiasa dilindungi Tuhan dan yang paling penting kuasa keberkatan itu perlu dijaga agar tidak hilang dan perlu sentiasa dipohon daripadaNya. Sebak diri ini untuk menceritakan segala yang berlaku dalam hidup ini. Sehingga suatu tahap merasakan sudah lali dihujani ujianNya maka ditelan dan ditelan sahaja pemberianNya. Satu persatu dilalui dan diharungi kerana diri ini percaya diri ini tidak keseorangan kerana ditemaniNya. Juga, kerana kepercayaan diri ini; bahawa Tuhan memberikan sesuatu kerana Dirinya tahu kemampuan dan kebolehan hambaNya, maka hidup ini perlu diteruskan. Jika ingin berbicara tentang liku-liku, semua orang menghadapinya bukan diri ini sahaja. Justeru, semoga diri ini sedar tentang erti kesabaran. Hanya hambaNya yang sabar sahaja akan memperoleh nikmat Tuhan. Semoga diri ini lahir daripada sebuah keajaiban kesabaran yang penuh kasih sayang serta belas kasihan terhadap sekeliling. Diri ini juga memohon agar Tuhan membantu diri ini melalui kegetiran yang sedang dilalui kini dan mendoakan agar Tuhan membantu insan yang amat rapat untuk pulih. Tuhanku, Engkau bantulah hambaMu ini agar Engkau kabulkan doaku semoga insan yang berharga buat diriku ini pulih dan dalam lindunganMu Tuhan. Tidak sanggup diri ini melihat penderitaan yang dialami mencurah-curah yang Engkau uji dirinya. Engkau selamatkanlah dirinya dan aku memohon agar tempatkanlah beliau di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat. Ameen yarabbal alameen.




Tahun baru ini juga memerlukan perubahan untuk diri.Berubah untuk meningkatkan segala yang baik dan mengikis kejahilan diri. Sememangnya perlu untuk setiap manusia. Sedikit-sedikit, lama-lama pasti termakbul. Perkara paling penting ialah niat dan keihklasan. Apa yang paling penting juga ialah doa untuk diri agar terhindar oleh segala anasir dan masalah hati. Itu perlu diutamakan dan dibersihkan agar noda itu tidak menjadi virus yang menjahanamkan umat Islam. Anjakan untuk diri itu perlu ada untuk setiap insan; yang meliputi anjakan kognitif, afektif dan psikomotor( mahu lebih diet..hihiii). Anjakan yang paling jelas ialah melalui tingkahlaku. Hanya melalui tingkahlaku dapat mempengaruhi pemikiran, perasaan. Justeru, tahun yang akan dilalui ini memberi seribu penghayatan dan tahun yang bakal ditinggalkan pula memberi seribu nilai untuk diri ini. InsyaAllah, semoga Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketenangan diri untuk memperoleh dan mencapai apa yang diinginkan. Semoga insan yang berada di sekeliling diri ini juga memperoleh segala yang dihajati disertakan dengan usaha dan azam yang tidak pernah henti. InsyaAllah. Semoga tahun baru ISLAM ini adalah tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Diri kita hanya mampu berusaha, Tuhan memberikannya sebagai hikmah dan ujian untuk hambaNya agar tidak terus berpuas hati serta terus mengigatiNya bahawa kepadaNya sahaja setiap yang berlaku kita mohon pertolongan. InsyaAllah.
SmileThumbsUpHeart

Saturday, December 27, 2008

Berita Dari Bahagian Akademik

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa makluman penting untuk mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik.

Praktikal semester tujuh

Berita yang disahkan, bahawasanya praktikal semester tujuh hanya melibatkan pelajar ambilan 2008/2009. Untuk pelajar-pelajar yang lain, anda akan mula berpraktikal padasemester 8 mengikut sistem yang telah ditetapkan. Bagi pelajar-pelajar FST, untuk subjek-subjek yang telah diambil, pihak fakulti masih dalam perbincangan samaada untuk mengekalkan subjek yang telah diambil atau kemungkinan besar akan digugurkan pada awal semester depan. Oleh yang demikian, pihak FST akan memaklumkan melalui notis yang akan dikeluarkan.

Jadual dan tempat kuliah

Pada semester depan juga, bahagian akademik telah menyusun semula jadual dan tempat kuliah mengikut fakulti. Pembahagian tempat kuliah khususnya dibuat mengikut zon bagi memudahkan dan menyelaraskan pergerakan pelajar. Sebagai contoh, tempat kuliah bagi pelajar FST hanya akan melibatkan kawasan tadahan utara dan kawasan tadahan selatan. Bagi pelajar FPE akan melibatkan kawasan anjung. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyemak semula jadual kuliah bagi mengelakkan penyusunan waktu yang padat. Andai ada waktu yang tidak punya selang untuk melakukan solat, mahasiswa/i disyorkan untuk melakukan proses tambah gugur bagi menyusun semula jadual kuliah yang diberikan.

General English

Untuk mahasiswa/i yang akan bergraduate, sekurang-kurangnya bagi pelajar-pelajar TESL sekurang-kurangnya lulus MUET dengan band 4, manakala pelajar sains band 3, dan pelajar-pelajar lain sekurang-kurangnya band 2. Namun yang demikian, universiti telah memperkenalkan subjek General English untuk mahasiswa/i yang berminat sebagai ganti kepada peperiksaan MUET. Subjek General English tidak dikira sebagai jam kredit. Sekurang-kurangnya pelajar harus mencapai gred C untuk subjek ini bagi menggantikan peperiksaan MUET. Pelajar lama yang berminat boleh berbuat demikian pada awal semester depan semasa minggu tambah gugur. Subjek General English diharapkan dapat membantu kesemua pelajar UPSI untuk bergraduat.

Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i yang berminat untuk memeriksa semula kertas peperiksaan baru-baru ini, anda boleh berbuat demikian pada awal semester depan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM25 untuk satu kertas. Bagi pelajar-pelajar yang berminat mengulang semula, sekurang-kurangnya gred c- dan ke bawah untuk subjek-subjek teras iaitu subjek pendidikan dan subjek universiti.

Denda bahagian akademik

Mahasiswa/i yang mempunyai masalah untuk pulang awal ke kampus sehingga akhirnya terlambat untuk mengambil slip peperiksaan, disebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga, kewangan dan lain-lain hal yang berkaitan, anda dinasihatkan menulis surat kepada dekan. Hal ini disebabkan, untuk masalah-masalah terbabit denda boleh dikurangkan daripada bahagian akademik sehingga 80% ataupun pelajar tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Surat yang dibuat perlu mendapat pengesahan dekan untuk digunakan sebagai bukti semasa pembayaran dilakukan.

Study week

Mengikut takwim yang ditetapkan pada semester hadapan, study week tidak dimasukkan pada semester depan. Hal ini berikutan, UPSI memulakan kuliah seminggu lebih lambat berbanding dengan universiti-universiti lain iaitu pada 5.1.2009 berbanding universiti lain yang bakal bermula seawal 28.12.2008. Namun yang demikian, perkara ini telah dimajukan kepada bahagian akademik untuk diadakan semula study week sekurang-kurangnya seminggu dan ianya dalam pertimbangan . Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan maklum balas selanjutnya daripada semasa ke semasa oleh bahagian akademik UPSI berhubung dengan perkara ini.

Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/i mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu yang diutarakan.

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI

sila klik di bawah untuk maklumat lanjut yang lain.

http://guruohguru.wordpress.com/

p/---Sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain juga agar kekeliruan dan persoalan terlunas serta sikap cakna terhadap isu-isu akademik anda semoga beroleh kejayaan.

Siapakah di Sebalik ACER?

12.45 AM, Rabu. This night, I don’t know what I want to jott down. Maybe, it is better to share with bloggers about Acer. Nowadays, Acer brand is very famous. Mybe u’re the one is using the Acer product; termasuklah saya. Malam ini terdetik pula untuk mencoretkan tentang personaliti dan pencetus Acer. Kebetulan pula saya menonton rancangan dokumentari di TV 2 tentang usahawan yang berjaya sebagai perintis dan tulang belakang dalam dunia teknologi. Pengasas komputer riba jenama Acer ialah Stan Shih. Beliau seorang yang berdikari dan tinggal dengan seorang ibu tunggal sejak usia 3 tahun lagi. Matlamatnya ialah ingin memperkenalkan jenama Acer di seluruh Taiwan dan di peringkat antarabangsa. Stan merupakan pelajar cemerlang yang menjadi contoh ketika di alam persekolahannya. Ketika berusia 10 tahun, beliau mula membantu ibunya menjual telur masin. Beliau mempelajari elektronik agak lama. Ketika memilih jurusan pengajian untuk ke Universiti, beliau memilih bidang berlainan daripada rakan-rakannya. Ketika itu kebiasaannya pelajar-pelajar akan memilih bidang perubatan, namun dirinya memilih bidang kejuruteraan. Beliau berminat dalam bidang teknologi. Selepas tamat belajar di Universiti, beliau ditawarkan untuk bekerja di syarikat Unitron yang merupakan syarikat yang ternama yang berteknologi tinggi ketika zaman itu sehinggakan beliau meminta dekan merekomenkan dan menandatangan untuk menyokong beliau. Akhirnya, beliau diterima bekerja di situ. Walhal, sememangnya syarikat tersebut ingin mengambil beliau bekerja. Beliau amat bimbang jika tidak diterima bekerja di syarikat itu. Belaiu berminat untuk membangunkan syarikat sendiri dan beliau mula mencipta produk keluaran sendiri. Beliau kini dikenali sebagai usahawan yang amat berjaya dan membuka syarikat sendiri iaitu Acer. Dengan semangat yang kuat, dan tidak pernah berhenti belajar dengan mendalami minatnya dalam bidang teknologi, maka terhasillah komputer riba yang berjenama ACER iaitu pada 1976. 8 bulan nama ACER difikirkan oleh beliau sebelum dijenamakan. Beliau percaya bahawa teknologi baru akan mengubah kehidupan. Beliau juga menggunakan landasan alumni tempatnya belajar dahulu sebagai medan untuk dirinya bersama senior-senior berbincang untuk mengeluarkan produk, iaitu Glen Ingg. Dengan pegangan terhadap DRAGON DREAM yang menjadi prinsip hidupnya, beliau terus bergerak ke hadapan walaupun usia beliau sudah lanjut kini. Impian yang terkini beliau ialah bagaimana ingin menjadikan teknologi sesuatu yang menyeronokkan dan mudah didapati?. Dalam alumni beliau, beliau sering berkongsi kepada remaja dan anak muda tentang teknologi tinggi. Dirinya juga amat merendah diri dan teringat saya akan kata-katanya, saya hanya manusia biasa. Jika Stan boleh, saya, dan anda juga boleh. InsyaAllah. Semoga dapat memotivasikan kita semua.
:girl_4:

Hungry Knowledge




Mari membaca blog

Rancangan blog sekali lagi memaparkan undangan khas Puan Rubiah Ahmad merupakan seorang arkitek yang juga terlibat secara langsung dalam lapangan motivasi. I like the way she think. It is so deep and a lot of meanings. Suka saya perkongsiannya tentang aspek budaya membaca yang diperkatakan oleh beliau. Kupasan beliau yang cukup bernas menarik minat saya, diuli pula dengan idea yang sangat mematangkan. Saya tertarik untuk mencoretkan entri ini berkait dengan aspek budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekarang. Jika ditanya, dalam seminggu berapa jumlah buku yang dibaca atau dalam sebulan, setahun, berapa jumlah buku yang benar-benar telah dibaca (sila jawab dalam hati). Itulah gambaran sebenar diri anda dan sejauhmana cinta anda kepada “knowledge”. Jika ditinjau dalam kalangan mahasiswa sendiri, pada pandangan saya budaya membaca dalam kalangan mahasiswa masih belum memberangsangkan. Saya tahu, kerana saya hidup dalam kalangan mahasiswa juga. Hal yang jelas, Prof.Dato’ Dr.Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri menyatakan tahap kunjungan pelajar ke perpustakaan masih belum mencapai tahap membanggakan. Adakah alat ukuran kunjungan ke perpustakaan itu menjadi skala yang tepat untuk menggambarkan tahap membaca dalam kalangan mahasiswa masih lagi lemah? Adakah diukur melalui skala peminjaman buku-buku di perpustakaan? Semakin tinggi belajar, semakin kurang pula membaca? Benarkah? Sepatutnya, semakin tinggi belajar semakin dahaga untuk menambah pengetahuan. Belajar di universiti pula, semasa membuat tugasan barulah terkial-kial mencari buku. Jika ditanya berapa buah buku yang dibeli dan dibaca dalam satu semester, susah untuk menjawabnya. Apabila ditanya berapa pasang baju dibeli, berapa pasang kasut dibeli dalam satu semester, berbuih mulut jadinya. Banyak persoalan sebenarnya yang menjadi tanda tanya. Teringat kata-kata Puan Rubiah yang merupakan antara insan yang saya kagumi dalam aspek perkongsian idea yang amat mematangkan( semoga saya dapat berjumpa beliau dan berYM dengan beliau suatu hari nanti); suka saya terhadap beberapa istilah yang beliau gunakan semasa rancangan Blog di televisyen, RTM 1. Beliau menyatakan seorang pemandu teksi mendapat anugerah mastermind mengalahkan professor. Mengapa ini terjadi? Jika orang yang suka berfikir singkat mungkin akan cakap, “Wow, kalah Professor beb!” tetapi jika berfikir panjang, anggukan kagum itu akan muncul lantas turut membangkitkan rasa bermotivasi untuk mencintai ilmu. Sebenarnya, dalam budaya dan kebiasaan di Malaysia, kedudukan atau status itu lebih diutamakan. Standard orang yang bijak pandai pastinya diberi kerja yang baik-baik kerana telah dilatih daripada awal sejak dibangku sekolah lagi. Jika belajar pandai-pandai, mesti dapat kerja baik. Untuk pandai perlu banyak membaca. Itulah yang menjadi kebiasaannya dalam budaya kita. Jika malas membaca, tidak berjaya kerja biasa-biasa sahaja. Namun, di Sweeden, di United Kingdom, konsep "hungry for knowledge" itu yang menjadi nadi kepada amalan membaca mereka. Mungkin inilah kesilapan belajar untuk peperiksaan di Malaysia, apabila belajar untuk peperiksaan, membaca pula terhad untuk peperiksaanlah, dan perkara yang dibaca hanya buku peperiksaan. Selepas peperiksaan, tidak ingat apa-apa kerana konsep dahaga kepada pengetahuan itu tidak ada. Situasi amat berbeza di negara-negara luar. Mereka berlumba-lumba mencari buku-buku dan mencari sebanyak mungkin pengetahuan. Tidak ada kelas atau piawai yang membezakan, kerana semua masyarakat di sana membaca tanpa mengira kelas dan pangkat kerja. Sebab itulah,tidak hairan, pemandu teksi juga boleh mengalahkan Professor untuk anugerah mastermind. Itu penghargaan yang cukup membanggakan bagi diri saya kerana masyarakat di luar negara lebih gemar membaca bukan untuk peperiksaan, pangkat dan kerjaya. Mungkin membaca itu basic need atau sudah menjadi makanan mereka. Sebab itulah negara dan masyarakat mereka lebih maju. Sebabnya mereka lebih kaya dengan pengetahuan. Maju itu bukan diukur dengan melihat pembangunan fizikal tetapi diukur dengan pembangunan nilai. Nilai-nilai itu ialah melalui ilmu dan juga budaya minat membaca. Analoginya, seorang yang berpakaian kemas serta berkot dan seorang lagi yang berpakaian biasa. Luaran memperlihatkan mungkin si pemakai yang berkot dan kemas itu lebih berpengetahuan. Apabila ditanyakan soalan, sejarah penciptaan dan pemakaian kot, terkial-kial orang yang memakai kot itu untuk menjawab, sedangkan orang yang berpakaian biasa itu panjang lebar menceritakannnya. Apabila ditanya, bagaimana anda tahu kepada pemuda berpakaian biasa itu, jawabnya; Saya membaca kebetulan dirinya juga bekerja di kedai yang menjual kot. Orang yang menjual dan tidak memakai kot tahu tentang sejarah penciptaan kot sedangkan pemakai kot tidak mengambil tahupun sedangkan ilmu itu sebenarnya sudah berada dibadan sendiri tetapi akibat terlepas pandang, terus diabaikan. Apa sebenarnya analogi yang saya ceritakan itu? Fikir-fikirkan kerana itu tujuan saya untuk mengajak anda sama-sama berfikir. Terfikir juga saya, untuk menjadi manusia serba berpengetahuan dan serba tahu itu jarang-jarang ditemui. Mungkin perlu ditanam dalam diri dan budaya hungry for knowledge itu perlu diterapkan agar menjadi masyarakat yang peka dan merasakan penting dalam mendapatkan ilmu bukan membaca untuk menjadi pandai dan seterusnya mendapatkan kerja yang baik sahaja. Tidak ada makna sebenarnya jika penghayatan dalam diri bahawa diri tersangat memerlukan diri diisi dengan ilmu pengetahuan itu tiada. Bolehkah orang yang pakar dalam bidang Kaunseling, pakar juga dalam bidang Sejarah dan Bahasa? Bagaimana? Samalah juga sebenarnya konsepnya terhadap pengayaan ilmu itu. Jadi pakar dalam bidang kaunseling, pakar pula dalam bidang Sejarah kerana minat dan cinta dalam ilmu Sejarah dan minat pula dalam bidang penulisan dan bahasa. Lebih kurang sebenarnya apa yang saya perkatakan itu. Semoga anda faham. Agar sukar juga untuk saya menerangkannya. Jika di sekolah, cikgu pula suruh pelajar itu cemerlang dalam bidang akademik dan lebih baik jika turut cemerlang dalam ko-kurikulum. Bermakna, jika awal-awal lagi sudah dilatih dan dididik sedemikian, maka tidak hairanlah jika pelajar tersebut melangkah ke hadapan dan menjadi seseorang yang serba serbi juga seperti yang saya perkatakan iaitu pakar dalam Kaunseling, Sejarah dan Bahasa apabila pelajar itu telah terkehadapan. Mengapa pula tidak boleh, kerana ilmu itu tiada hadnya. Justeru, membaca itu bermula dari kesedaran, maka bersuaralah bersama-sama saya melalui mata pena maya ini, untuk membudayakan budaya membaca. Saya menulis entri ini juga tujuannya untuk berkongsi dan mengajak anda membaca kerana saya sedar anda juga tiada masa untuk membelek buku. Jadi, bacalah entri ini. Hehe. Namun, dalam dunia hari ini, budaya membaca itu bukan sekadar membaca buku. Dunia serba maju. Manusia yang tidak pernah ketinggalan dengan ilmu semasa dianggap up to date person. Terkejarkah kita? Berusahalah, ilmu itu tidak terbatas dan ada di mana sahaja. Cuma ilmu Pencipta dengan Kita sahaja yang terbatas. Hari ini, untuk mendapatkan ilmu itu, hanya di hujung jari. Jadi jangan hairan jika anda sering melihat saya sering mengadap laptop, dan membaca blog-blog seluruh dunia. Ada juga sahabat saya bertanyakan saya, engkau minat erk benda macam ni? Sebenarnya itulah ilmu untuk diriku. Search satu link, akan terdorong untuk search pula maklumat lain kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah padam. Namun, keutamaan saya tetap diutamakan. Masa itu sangat cukup, hanya cara yang paling penting, untuk menguruskannya sahaja. Saya hanya mempu tersenyum apabila ditanya sedemikian. Bagaimana pula dengan YM yang sentiasa di On. Itulah medan saya mencari sahabat untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan, kerana itulah minat saya juga. Tanggapan berYM sudah pasti jiwang-jiwang. Namun, sebenarnya bergantung pada individu untuk menggunakan kemudahan IT. Jadi BerYM lah dengan saya…hehe…Peluang itu sangat hampir dengan kita. Cuma kita sering terlepas pandang untuk menggunakannya. Kadang-kadang hikmah dan sebab terlepas pandang itu mungkin itulah yang terbaik buat kita. Mungkin untuk orang lain dahulu, selepas itu barulah kita. Jadi, bersabarlah dan berusahalah. Jika rakan-rakan yang minat menulis, malas memegang pen untuk mencanang idea, sudah tiba masanya menulis melalui blog ini. Tidak rugi, ilmu dan maklumat anda dikongsi dengan orang lain. Jika menulis, pastikan orang yang pertama membaca ialah saya, kerana saya tersangat menghargai perkongsian anda. Bersamalah kita wujudkan budaya membaca dan sebab itulah juga saya sering menghantar link blog saya untuk anda kerana saya ingin anda juga sama-sama membaca. Mungkin itu peringkat awal eksperimen saya. Setakat itu sahajalah perkongsian tentang budaya membaca. Baik buruk entri ini semoga diambil nilai.
~Hungry For Knowledge~

Friday, December 19, 2008

Tahniah Untuk Sahabat dan Praktikum Sem 7


Alhamdulillah, dalam diam sahabat yang saya kenali ini sudah pun diijabkabulkan. Nurul Munirah yang saya kenali dalam beberapa aktiviti yang pernah disertai sekali. Gambar ini diambil daripada blog saudari Aqilah. Teringat saya ketika pilihanraya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar beliau juga menjadi tulang belakang dan bersama saudari Aqilah sepanjang masa. Seorang yang sempurna dari rupa paras, lemah lembut dari segi tutur katanya dan tertib orangnya ketika saya kenali ketika di kursus KEPIMPINAN Bina Negara beberapa bulan lepas dan sebelum ini. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saudari. Kenal beberapa ketika namun, kata-kata semangat yang pernah bersama-sama itu menandakan erti persahabatan. Minta maaf Munirah, saya ambil gambar ini dari blog Aqilah. Selamat bergelar isteri dan juga teruskan bergelar mahasiswi.Jodoh yang awal itu sememangnya layak untuk orang yang layak dan Tuhan memberikannya.

PRAKTIKUM SEM 7

Perlaksanaan praktikum di semester tujuh sebenarnya telah dibuat setelah beberapa kajian diadakan oleh bahagian akademik. Bagi meningkatkan kualiti graduan UPSI, maka dasar ini diperkenalkan sebagai mekanisme bagi mahasiswa/wi merefleksi semula praktikum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah. Namun demikian, bagi pihak TNCA Akademik, dasar ini tidak akan dijalankan kepada mahasiswa/wi yang telah memulakan pengajian pada sesi 2006 iaitu mereka yang berada di semester lima sekarang. Ini disebabkan oleh, beberapa kekangan dan penyelarasan yang harus diambil kira. Walaubagaimanapun, dasar praktikum di semester tujuh akan bermula bagi mahasiswa/wi yang berada di tahun satu sekarang. Sebarang perubahan, akan dimaklumkan oleh Pusat Perkembangan Akademik.-daripada MPP, Saidari Aqilah

Wednesday, December 10, 2008

Peranan Blog


Ketika di Selangor ( Jabatan Penerangan)- UPSI Representative - Pertandingan Kenegaraan 2008

Peranan blog semakin hari semakin menampakkan kesan (meletop) memandangkan kehendak dan keperluan maklumat menuntut para pembaca melayari internet. Kemungkinan besar persaingan pembacaan dari blog lebih meningkat daripada pembacaan majalah. Adakah disebabkan revolusi dan tuntutan serta kehendak-kehendak manusia yang menjurus kepada ledakan teknologi maklumat yang lebih mudah atau menggambarkan kecekapan manusia ingin pantas mendapatkan maklumat??. Tercetusnya entri yang saya tuliskan ini kerana sambil-sambil menonton rancangan siaran langsung iaitu pada malam Ahad, jam 8.00 malam iaitu rancangan BLOG di TV 1.Pada kali ini rancangan BLOG di televisyen memaparkan blogger yang begitu aktif penulisannya di dunia hiburan iaitu Budiey. Siapa tidak kenal dengan Budiey yang sentiasa update dengan blognya tentang dunia hiburan dan artis. Sebenarnya, mengikut pandangan saya sendiri, tujuan blog saya dibina pertamanya kerana minat menulis dan memberikan pandangan dan pendapat yang tiba-tiba muncul dalam fikiran saya dan mendesak saya untuk menulis seterusnya dikongsikan dengan pembaca yang melayari internet. Seterusnya atas dasar kerana minat saya membaca pemikiran manusia (penulis blogger) yang mungkin membolehkan saya mengambil input yang boleh memberi manfaat kepada diri saya melalui pembacaan hasil penulisan mereka. Malahan juga sebagai rangkaian untuk saya mengenali penulis blog secara lebih dekat dan berkongsi dengan mereka pandangan dan pendapat. Pembudayaan ilmu mungkin saya boleh jadikan sebagai landasan untuk mendapatkan maklumat yang lebih agar diri tidak ketinggalan di belakang sebagai seorang bakal pendidik. Seterusnya disebabkan kemudahan WIFI di kolej saya. Amat perlu menggunakannya kea rah yang bermanfaat, jika tidak terbakar wang saya RM 80 setiap semester yang dibayar pada pusat ICT. Walaupun kekangan masa itu sememangnya wujud, namun bukan alasan untuk blogger tidak menulis. Jika tertidur sekalipun, kebetulan jika terlintas sesuatu isu yang membolehkan saya berfikir, saya akan bangun dan membuka laptop dan terus menulis. Blog-blog yang dibina oleh blogger menggambarkan ciri dan personaliti dengan membawa identiti masing-masing pada blog. Ada sesetengah blog lebih menjurus kepada isu politik, penulisan berbentuk diari dan catatan kehidupan harian, isu pendidikan, isu berkait agama, pandangan-pandangan berkait ekonomi dunia, dan sebagainya. Kekreatifan blogger juga dapat dilihat melalui corak penulisan, susunan blog yang dibina, kekentalan dalam melontarkan pandangan dan idea serta menggambarkan blogger sentiasa up to date dengan maklumat serta isu semasa. Bergantung pada citarasa blogger dan identity blogger yang menarikan jari-jemari mereka pada rungan yang mereka bina.

Alhamdulillah, saya merasakan dunia blogging ini sememangnya memberi manfaat kepada diri saya juga. Melalui blog-blog dapat dilihat tentang peluahan dalam diri manusia, blog juga merupakan landasan berkongsi masalah, meluahkan masalah dan sebagainya. Itu yang dapat saya lihat. Melalui peluahan-peluahan, ada pula memberi pandangan dan komen –komen serta langkah mengatasi dan seterusnya ada juga sehinggakan merapatkan hubungan blogger. Selepas kenal melalui blog, kenal pula melalui YM dan akhirnya menjadi rakan dan sahabat yang boleh berkongsi dan mendapatkan maklumat. Itu sudah menjadi kebiasaan dalam mencari kenalan dan siapa yang gemarkan pergaulan yang luas. Namun, harus diingat dalam kerancakan diri bebas menulis isu-isu yang dilemparkan di blog, perlu ada etikanya. Sememangnya ledakan teknologi ‘blog’ memberi manfaat yang amat baik dan tidak merugikan. Efek itu akan dirasai oleh blogger dan mungkin yang belum lagi berjinak dengan blog masih samar dan tidak tahu kebaikannya. Justeru, ayuh berjinak-jinak dan bersuara tentang perkongsian serta pandangan anda melalui blog. Moga rangkaian IT ini menjadi jambatan dan landasan untuk penggemar yang sukakan kelainan dalam mendapatkan maklumat agar pembudayaan ilmu itu lebih meluas. Baik buruk itu bergantung pada bloggers.Sila klik di bawah untuk melihat sepenuhnya.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42