Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, January 26, 2009

Masa itu...

Assalamualaikum.

Malam ini, aku melayan blog ini di atas " Dapur Tanpa Sempadan."dan juga blog di bawah ini.
Selepas bosan,yang di atas, di bawah ini pula. Apalah aku ini..Lepas satu..satu...Hishhhh..Sebab tidak ada apa malam ini, rilek sambil mencari idea untuk buat tugasan En.Aziz sahaja.

Selepas itu, berchatting pula dengan seorang kakak. Cikgu Izzah,seorang guru Bahasa di Melaka yang merupakan bekas pelajar UPSI.

Aku ingin coretkan tentang ini sebenarnya.

Pada 25 Januari 2009. Aku pun tidak tahu sebenarnya apa kena aku boleh keluar pada malam itu.Nak release kot. Semua pelajar di kolej telah pulang ke kampung. Tinggal beberapa kerat sahaja yang ada. Kebetulan junior aku pun ada tidak pulang ke kampung. Kisahnya, pergi makan satay dan ke KFC. Usaha memboikot tetap ada, tapi ketagih tiba-tiba. 2 ketul sahaja pun. Kami bersembang," Balik nanti kena bawak bertaubat". Sebenarnya, aku bukan jenis suka makan benda alah macam ni. Namun, pada malam itu, entah tiba-tiba di luar jangkaan pula. Aku, Lyn (Roomate aku) dan Faiz keluar, pusing-pusing di pekan. Kebetulan Faiz nak pergi klinik (mengandung agaknya,..hahahaha). Beli satay kat luar, pergi makan dalam KFC. Wohaa!Sampai kenyang nak pengsan aku. Allahuakhbar.

"Make aye KFC ni, aku terbaye makan daging anak-anak Palestin". -Faiz
"Mu nih wat aku raso bersaloh pulok"-Aku

Lepas itu, terus memakan satay.

"Make wi prabih, hoh..make..make.."- Faiz

"Weii, aku tok cekak nok make doh ni,."-Aku

Selepas makan,..

"Nak topup kat mana ni, kat kedai depan tu ada ke tak"-Lin

Kaki terus menghala ke kedai Ravi (the famous duplicate CD)

Nak cari topup, terlajak ke kedai CD.

"Sila tengok, ada banyak macam, baru-baru"-Mamat India

"Ok, nak tengok-tengok jer,.."


Itu sahaja lah untuk aku tulis.

Aku nak post sajak Si Faiz yang tengah tak berapa betul. Dia dah cakap, macam bagi greenlight jer kat aku untuk aku post. Dia cakap malas nak post kat blog, dia type kat YM bagi baca.

Pengajaran: Jangan makan ayam KFC, goreng jer sendiri.
Pengajaran: Nak release, boleh keluar dengan kawan-kawan
Pengajaran: Kadang-kala perlukan FUN dan bersama kawan-kawan

Sajak Faiz dan punca pergi merewang pada malam itu; Apa hal...

Adit Iewan (1/25/2009 5:53:42 PM): sukarnya nak mencari bintang
Adit Iewan (1/25/2009 5:53:51 PM): sbb bintang itu kecil
nama saya insan biasa (1/25/2009 5:53:51 PM): truskan
nama saya insan biasa (1/25/2009 5:54:03 PM): mu bebel sog2..pastu aku respon..
Adit Iewan (1/25/2009 5:54:04 PM): huhahuhahuha
nama saya insan biasa (1/25/2009 5:54:11 PM): aku nk g maye asr meta
Adit Iewan (1/25/2009 5:54:55 PM): sendiri di sepanjang jalan
Adit Iewan (1/25/2009 5:54:59 PM): jalan yg gelap
Adit Iewan (1/25/2009 5:55:03 PM): ku cuba berjalan
Adit Iewan (1/25/2009 5:55:09 PM): tp tak dapat melihat
Adit Iewan (1/25/2009 5:55:25 PM): hilang dalam kelam
Adit Iewan (1/25/2009 5:55:38 PM): tak siapa mendengar walau ku jerti
Adit Iewan (1/25/2009 5:55:46 PM): hingga suara ku hilang
Adit Iewan (1/25/2009 5:56:03 PM): bukan mahu meminta pertolongan
Adit Iewan (1/25/2009 5:56:13 PM): cuma mahu mereka tahu
Adit Iewan (1/25/2009 5:56:19 PM): aku ada di situ
Adit Iewan (1/25/2009 5:56:23 PM): dalam gelap itu
Adit Iewan (1/25/2009 5:57:57 PM): aku nampak cahaya
Adit Iewan (1/25/2009 5:58:04 PM): ku berjalan
Adit Iewan (1/25/2009 5:58:15 PM): namun sepanjang aku berjalan
Adit Iewan (1/25/2009 5:58:27 PM): cahay semakin suram
Adit Iewan (1/25/2009 5:58:49 PM): hingga aku tak pernah sampai ke tempat bercahaya itu
Adit Iewan (1/25/2009 5:59:13 PM): sepanjang aku berjalan,
Adit Iewan (1/25/2009 5:59:24 PM): banyak kisah yang aku lakar
Adit Iewan (1/25/2009 5:59:42 PM): namun aku sendiri tak dapat melihat dan membacanya kembali
Adit Iewan (1/25/2009 5:59:52 PM): kerana aku sendirian dalam kegelapan
Adit Iewan (1/25/2009 6:00:11 PM): kisah sepanjang jalanku
Adit Iewan (1/25/2009 6:00:25 PM): tiada kemudahan cahaya lampu
Adit Iewan (1/25/2009 6:00:49 PM): sesekali sahaja kunang-kunang datang
Adit Iewan (1/25/2009 6:00:54 PM): menjadi teman
Adit Iewan (1/25/2009 6:01:12 PM): namun kerana gelap
Adit Iewan (1/25/2009 6:01:37 PM): aku tak sengaja
Adit Iewan (1/25/2009 6:01:53 PM): membuatkan kunag-kunang itu tidak bernyawa
Adit Iewan (1/25/2009 6:02:44 PM): kaku pernah mendengar orang di tempt bercahaya itu berbisik
Adit Iewan (1/25/2009 6:02:56 PM): hidup ini banyak cabarannya
Adit Iewan (1/25/2009 6:03:04 PM): namun di sepanjang jalanku
Adit Iewan (1/25/2009 6:03:08 PM): kisahnya gelap
Adit Iewan (1/25/2009 6:03:23 PM): lalu aku sering tak dapat menangkis cabaran itu
Adit Iewan (1/25/2009 6:03:29 PM): kerana tak dapat melihat
Adit Iewan (1/25/2009 6:03:38 PM): sukarnya hidup dalam kegelapan
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:01 PM): kadang2
nama saya insan biasa (1/25/2009 6:05:10 PM): weiiii
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:11 PM): aku terjumpa dengan mereka yang tersesat
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:25 PM): dalam perjalanan ku ini
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:33 PM): mereka takut dalam kegelapan
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:45 PM): aku cuba membawa mereka ke tempat bercahaya
Adit Iewan (1/25/2009 6:05:59 PM): aku gembira
Adit Iewan (1/25/2009 6:06:14 PM): mereka menemui jalan yang membolehkan
nama saya insan biasa (1/25/2009 6:06:43 PM): truskan
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:04 PM): seperti internet yang terputus2
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:09 PM): begitulah hidup
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:16 PM): seringkali terputus2
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:21 PM): harap n impian
nama saya insan biasa (1/25/2009 6:14:34 PM): kjap2
nama saya insan biasa (1/25/2009 6:14:42 PM): mu ni bkpo..jgn duk layang sgtvpikiran tu
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:49 PM): hahaha
Adit Iewan (1/25/2009 6:14:55 PM): itu sempena
nama saya insan biasa (1/25/2009 6:15:01 PM): aku plak sasaran lempar sjak
Adit Iewan (1/25/2009 6:15:04 PM): ketakutan yang datang
Adit Iewan (1/25/2009 6:15:17 PM): bila di sahkan sebagai pesakit
Adit Iewan (1/25/2009 6:15:28 PM): yg pd tahap hampir kronik
Adit Iewan (1/25/2009 6:15:45 PM): bila nak sampai ke tempat yg terang
Adit Iewan (1/25/2009 6:15:54 PM): mesti ada yg gelap datang
Adit Iewan (1/25/2009 6:18:24 PM): yer
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:52:09 PM): jom bderat kt kmpus
Adit Iewan (1/25/2009 7:52:32 PM): wat gapo
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:53:20 PM): sj jah'
Adit Iewan (1/25/2009 7:53:38 PM): g kfc lah
Adit Iewan (1/25/2009 7:53:41 PM): huhuhu
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:53:54 PM): nk ke?
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:53:56 PM): jom
Adit Iewan (1/25/2009 7:54:02 PM): jom
Adit Iewan (1/25/2009 7:54:06 PM): kul baper
Adit Iewan (1/25/2009 7:54:09 PM): ngan gapo
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:54:14 PM): ngn bus lah
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:54:17 PM): g kmpus la dlu
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:54:21 PM): pastu kita pkat g nk?
Adit Iewan (1/25/2009 7:54:26 PM): hari ni ahad la mek
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:54:33 PM): ttp ker?
Adit Iewan (1/25/2009 7:55:46 PM): apa
Adit Iewan (1/25/2009 7:55:50 PM): tak faham
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:56:00 PM): kdai tutup ko
Adit Iewan (1/25/2009 7:56:19 PM): bukan'
Adit Iewan (1/25/2009 7:56:26 PM): bas ada ke
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:56:45 PM): ada laa
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:56:47 PM): bkpo xda plak
Adit Iewan (1/25/2009 7:56:58 PM): ooo.....
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:57:32 PM): nk g dop..
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:57:38 PM): pakat g prabih pitig
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:57:40 PM): pitih
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:57:41 PM): hahah
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:57:46 PM): mu nk blnja aku ko ni paihhh
Adit Iewan (1/25/2009 7:59:06 PM): separuh jer
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:20 PM): mu nk blnja spruh jer?
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:21 PM): buleh2
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:22 PM): hahaha
Adit Iewan (1/25/2009 7:59:30 PM): okey
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:38 PM): ore bwk mmber ore sorg
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:39 PM): ni
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:45 PM): junior
Adit Iewan (1/25/2009 7:59:50 PM): dia bayar sindri
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:55 PM): aku blnja dia
nama saya insan biasa (1/25/2009 7:59:56 PM): hahaha
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:01 PM): oooooo
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:03 PM): mu blnja aku
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:05 PM): okay
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:11 PM): jumpa kat kfc
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:13 PM): ok..
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:15 PM): bereh
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:18 PM): tp sampai kul 10 jer
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:21 PM): kfc tu
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:25 PM): ok..
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:26 PM): bereh
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:30 PM): nk trun dh ni
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:36 PM): g kmpus dlu amik duit
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:37 PM): huhu
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:45 PM): ngan gapo
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:47 PM): bas ke
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:52 PM): yo la..
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:00:58 PM): tgok la dlu pastu ore msej dia
Adit Iewan (1/25/2009 8:00:58 PM): sempat ker
Adit Iewan (1/25/2009 8:01:15 PM): dah sampai pekan mesej ya
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:01:16 PM): nnti msej la deh..
nama saya insan biasa (1/25/2009 8:01:19 PM): ok2

Itu sahajalah.Aku sudah rasa mengantuk!4.30 pagi, 6.30 pagi kang nak bangun. Karang Subuh gajah pula. Hish..!
Terima kasih ya, dengar celoteh aku ini!

Pertemuan dan Kelahiran Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertemuan seringkali membuatkan seseorang manusia yang berfikir itu merenung sedalam-dalamnya. Pertemuan itu telah diaturkan olehNya dan Dia yang berhak mengetahui seluruh isi pertemuan itu yang membawa 1001 kemungkinan. Pertemuan yang berlaku mungkin sengaja oleh pencarian kita atau kebetulan yang telah dirancang matlamat oleh Tuhan. Sepatutnya, manusia perlu menghargai pertemuan. Aku ingin kongsikan beberapa kejadian yang membuatkan aku rasa keajaiban dan kurniaan daripadaNya. Namun, dalam masa aku menaip ini, aku berfikir beberapa kali sama ada untuk dipaparkan entri ini, atau tangguhkan sahaja atau lebih baik untuk tidak meluahkan pada entri ini. Mungkin telah agak lama aku tahan kadang-kadang rasa tidak mahu dicoretkan dan hari ini barulah aku ingin tuliskan. Sebenarnya begini, sekarang ini, aku banyak berfikir, aku tiba-tiba dapat bertemu dengan orang-orang yang aku ingin jumpa. Adakah Tuhan telah memberikan kurniaan itu, sepanjang doa aku untuk berjumpa dengan orang-orang yang aku anggap hebat dan hubungan pula senang terjalin dalam mengenali mereka. Aku juga terfikir jika awal semester 1 hingga 5, aku sudah bergelumang dengan aktiviti universiti dan kolej, kali ini, secara biasa sahaja bergerak dalam menyampaikan maklumat. Sekarang ini, lain pula, aku lebih aktif dengan aktiviti luar yang menjurus kepada bidang aku. Ketentuan Tuhan ini, aku ikut sahaja dan masa aku lebih banyak dalam mendekatkan diri dengan orang-orang ini. Tidak rugi sebenarnya dan aku makin menjiwai dan teruja untuk aku lebih jauh dalam bidang aku lalui sekarang ini. Aku sedar, aku kali ini lebih banyak berfokus dan menjuruskan diri dalam hal yang berkait dengan kecenderungan bidang yang aku ceburi dan aku makin nampak kejelasan itu. Samalah juga, aku rasa sangat memberi kesan; kemudahan IT banyak membantu aku dalam mengenali insan-insan ini lebih dekat. Daripada blog akhirnya membawa kepada Ym, dan akhirnya berjumpa pula. Aku sangat terperasan, bahawa aku sudah berada dalam laluan yang aku inginkan dan aku hanya perlu mendalaminya sahaja dan jaga laluan itu agar tidak tergelincir. Mereka yang aku kenal ini pula bukannya calang-calang orang dan aku juga boleh tergumam dan bersyukur aku dapat kenal seseorang termasuk orang hebat dalam bidang kaunseling dan dunia pendidikan. Adakah ini kurniaan Tuhan dipertemukan dengan mereka. Aku pula memang jenis tidak segan silu untuk mengenali mereka (Muka tak reti malu). Lepas ini, siapa pula yang aku akan jumpa yer, dan aku nak jumpa siapa pulak lepas ni, ada dalam hati aku. Aku teringat tentang hal jumpa ini masa aku bersekolah dahulu; Aku ini alkisahnya jenis benci giler pada mata pelajaran Sejarah dan Geografi masa tingkatan 1-3, tahap kebencian Sejarah pula berlanjutan hingga tingkatan 5. Al-hamdulillah, tiap kali aku berdoa untuk menemui sesuatu, iaitu aku nak jumpa teknik pembelajaran Sejarah, maka Tuhan bagi kurniaan itu pada aku. Paling tidak diduga, aku pula gila Sejarah. Pusinglah soalan macam mana, A tetap dalam tangan. 4 soalan aku boleh karang 20 muka surat dalam masa 2 jam. Masa tu memang tidak ada masa aku nak toleh kiri kanan depan belakang dah...Pemeriksa pun letih nak baca. Paling aku minat dan otak mudah makan, Tamadun Dunia. Paling hairan, buku tebal beratus muka surat aku boleh ingat. Patutlah Fuad kata aku "GILA". Itu perkara tidak mustahil sebenarnya, tapi aku berfikir jugak, nota pensyarah bagi tak sampai 10 muka surat kenapa tak boleh ingat (hek eleh). Itu yang buat aku berfikir. Otak dulu dengan otak sekarang tidak sama ke?Patutnya lebih tajam. Sedapkan hati jer la,."Makin banyak belajar, makin banyak tidak tahu..."(Ayat poyo jer nak sedapkan hati). Tutup lah cerita pasal pertemuan. Itu kisah pertemuan terhadap apa yang aku inginkan. Sebabnya aku sangat percaya, 100 orang manusia, 100 kaedah pembelajaran. Sebab itu teknik pembelajaran berkesan bagi aku ialah, bergantung pada diri sendiri.

Berbalik kepada pertemuan dengan manusia. Aku pun tidak reti nak cerita ni. Aku dulu minat dalam sajak, cerpen; kali ini aku berpeluang untuk bertemu dengan orang yang aku kagum dalam bidang penulisan, dalam bidang penulisan sajak. Siap berYm lagi. Adakah kegemilangan yang pernah aku cita-citakan dahulu, akan hadir walaupun aku pernah tinggalkan seketika minat dan keinginan aku. Mungkin itu yang aku tangguh dahulu (mungkin kehendak Tuhan) dan Tuhan berikan kembali. Nak pula, berjumpa dengan orang-orang yang bijak pandai dalam Kaunseling dan Psikologi dan agak rapat. Mungkin ini antara pencarian aku juga. Ha'ah, memang betul suatu pencarian untuk menemui insan-insan yang aku ingin jumpa itu. Tapi,..siapakah aku? Aku ini orang kampung jer..belajar pun tak habis lagi dan mereka inilah yang aku jadikan idola-idola aku. Aku tidak suka orang menyekat minat aku, apa yang aku buat. Aku nak terus pergi jauh. Sebabnya, aku tidak suka dikongkong. Untuk mereka memang tidak berfaedah, tapi bagi aku, apa yang aku lakukan,..mungkin hari ini tidak perlu, dan mungkin suatu hari nanti akan menjadi sangat perlu. Maknanya, apa yang aku buat memang aku dah fikir, bukannya terhantuk baru nak tenggadah. Itulah manusia, semuanya ada kelebihan. Eh, apa sebenarnya yang aku bicarakan ini? PERTEMUAN yang aku bincangkan daripada pelbagai sudut.

Sekali teringat, ada hikmah aku tidak ke matrikulasi dahulu, dan aku berjaya lambat dariada kawan-kawan aku yang berada di matrikulasi dahulu. Namun, sekarang ini, aku pula yang di hadapan. Namun, aku masih menghormati mereka kerana mereka itu sahabat aku. Mungkin Tuhan tangguh untuk aku berjaya dahulu sebabnya Dia nak aku lebih berjaya. Aku tetap menyayangi sahabat seperjuangan aku dahulu dan aku percaya aku akan pergi jauh selagi tekad dan usaha aku tidak pernah henti berputus-asa. Kadangkala, normal lah jika mengeluh akibat sesuatu, komen itu dan ini, tapi perlu lah terkawal. Jangan jadi bus buruk, seperti kata mami aku. Mak aku sentiasa cakap pada aku sejak aku dari kecil lagi, dengan orang perlu merendah diri, jangan menghina orang dan jangan takut nak dekat dengan orang. Baru aku faham, memang benar, sebab itulah aku tak takut nak dekat dengan orang. Pernah aku cakap pada seorang rakan aku ini, cubalah berkenalan dengan orang ini dan ini, dan aku cuba nak kenalkan. Jawapan daripada sahabat aku itu, "Apa yang aku nak bualkan dengan dia bila aku kenal dia?" Bila jawapan sebegitu, aku tidak tahu apa yang perlu aku cakap, dan aku hanya diam sahaja. Kadangkala mereka cakap, seganlah. Mungkin itu mereka dan orang ini macam-macam. Banyak kelebihan kita tahu bersosial dan mudah mendekati orang. Takut dekati orang? Cubalah, takut itu boleh di atasi. Aku jika nak mengenali orang, aku awal-awal, aku akan search di internet, siapa orang ini dan aku akan siasat, cari dan cari, jika hati aku tersangat untuk mengenal orang itu. (Kawan aku cakap, Fiti nih bahaya..haha).

Aku rasa orang yang aku ingin kenali ini, aku akan semakin jumpa mereka dan semoga Tuhan permudahkan urusan aku. Aku ingin mengenali mereka kerana aku teringinkan ilmu yang mereka peroleh itu dan belajar daripada mereka serta untuk sama-sama berkongsi. Malah juga kerana aku suka mengenali orang dan hubungan yang terjalin, atas dasar IKHLAS lah serta menghargai manusia. Itulah aku, yang sangat teruja dan kagum dengan mereka dan aku tidak patut melepaskan peluang untuk mengenali mereka. Sememangnya aku sangat menghargai insan-insan yang hadir. Untuk kenal orang-orang ini, aku ini siapa? Aku seperti selipar buruk jer, tapi akan hadir untuk banyak kegunaan. Kalau tidak ada selipar buruk itu, sakitlah kaki, terpijak kaca, paku, termasuk taik ayam..hehe. Jadi, aku lah pelindungnya. Insyaallah dan aku juga akan cuba masuk dalam selipar-selipar manusia lain untuk memahami mereka. (Koya nya aku).


Gambar ini sangat bermakna untuk aku. Sambil layan lagu jiwang. hehe

Paling aku tidak suka, orang kenal aku dengan dasar kepentingan. Contoh, junior pandai benar manis mulut dengan aku, kalau nak itu ini...mula lah. Aku paling tidak suka kaki bodek. Adik-adik, korang jangan cuba nak membodek akak, kalau nak kawan dengan akak engkau ni, jujur dik..hehehe (Warning tuh). Aku sedar, mereka itu jujur sebenarnya. Aku awal-awal lagi dapat rasa. Kadang-kadang mereka juga buat aku tersentuh hati sebab keikhlasan mereka. Nak aku sebut ke nama, yang aku rasa agak close? Kalau sebut, nanti ada yang jeles. So, simpan sahajalah. . Namun, aku ini mudah kesian,..siap buat buletin lagi siapa nak nota untuk adik-adik. Kalau masih tidak pandai guna peluang tidak tahulah korang..,

Semua ini hanyalah PERTEMUAN dan PERHUBUNGAN kerana ia seperti kita menghormati guru kita. Sebagaimana sayang aku pada guru-guru aku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tutup pasal pertemuan. Kali ini, aku ingin kongsikan sesuatu. Kenapa dengan aku erk, semenjak aku berusia 18 tahun, naper aku dapat bayangkan ada toksik dan kekotoran dalam badan. Kadangkala, sampai aku nak muntah tahu takkkkk? Siksa kadangkala diri ini. Tapi buat-buat tidak layan. Aku tidak pandai nak jelaskan part ini, al kisahnya, aku tengok Tv tentang perubatan. Sampai sekarang aku kadangkala, kerangka-kerangka dalam badan itu aku lihat macam transparent. Aku seolah-olah bayangkan toksik ada dalam badan dan membuatkan aku berfikir, macam mana nak hapuskan benda ni. Haih..aku ni mengarut ke apa,..kadangkala aku ni fikir aku ni sedar atau tidak sedar apa yang aku fikir ni. Maknanya, aku boleh tulis hal ini, aku sedarlah. (Apa ke he nya, nak jadi doktor perubatan pulak ker,..Haih..mengarut..mengarut..dan memang mengarut!!!!) tapi aku buat tidak layan apa yang aku alami itu. Kalau tidak, aku akan selalu muntah lah1. Kadang-kadang membuatkan aku terfikir, ada ke tidak alat nak buang toksik dalam badan dan aku bayangkan, kehidupan sekarang sangat banyak unsur kekotoran akibat pencemaran. Itulah, mugnkin sebab naluri terlebih cinta pada alam. Begini pulak jadinya. Tengok, merepek pulak. Sudahlah.Argh!!!

Kesimpulannya, manusia ini semua atas aturan Tuhan dan naluri untuk hidup itu perlu ada. Sudah tiba masanya untuk semua manusia mengenali kekuatan dan potensi diri dalam mendekati manusia-manusia lain juga. Kehidupan ini saling memerlukan dan Tuhan kurniakan sesuatu masalah, sesuatu anugerah semuanya untuk kita lebih beringat, lebih kuat dan yang paling penting, "RETI" menghargai apa yang ada dan jangan tergelincir.

p/s--Aku sebenarnya..sedang layan lagu nak matching dengan movie yang nak dibuat ni dan tengah pikir macam mana nak buat tugasan ni bagi menarik. Jadi, layan blog mana tahu idea datang lagi...aduiii..cuti macam tak cuti...! Malam aku jadi burung hantu. Siang aku tido. Orang tido aku berjaga. Orang berjaga aku tido! Terbalik pun terbalik lah.

Setakat itu sahaja. Wassalam.

Friday, January 23, 2009

Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim..,

Selang beberapa hari komputer Faiz mengalami kerosakan hard disk menyebabkan seluruh data yang disimpan dan dikumpul semenjak semester 1 lagi hilang, kali ini giliran aku pula. Banyak pula aku berceramah pada dia agar tidak bersedih.Hoho. Kata aku, mungkin Tuhan akan berikan anugerah yang lain, sebab itu dia hilangkan sementara. Habis juga karya dan teorinya hilang dan semua tugasan dari sem 1 hingga 5. Aku pula particent C yang hilang. Segala kertas kerja, text aturcara majlis prtokol yang semenjak semester 1 hingga semester 6, modul-modul aku, (boleh ambil balik dengan junior aku, sebab mereka pernah datang minta modul pada aku, dulu) karya-karya dan penulisan aku yang sedikit-sedikit (nasib baik ada back up aku dalam blog) juga musnah. Tugasan pada semester 5 yang aku simpan juga musnah nasib baik yang penting dari semester 1-4 aku simpan dengan baik di particent D.

Pilu hati ini. Patutlah hati aku selama beberapa hari segala macam tidak sedap rasanya. Aku dah agak, mungkin sesuatu yang akan terjadi. Patutlah aku terasa macam akan berlaku sesuatu. Kenapa sebabnya erk Tuhan bagi macam ni pada aku? Mesti ada sebab dan aku telah temui puncanya. Kebetulan pula penulisan pada blog oleh seseorang yang sedikit menyedarkan aku. Bermakna dalam kala terlalu gelojoh menyampaikan, ada sesuatu yang patut disimpan, jika tidak akan hilanglah sesuatu yang kita sayang dan berharga itu. Memang betul, berkait dengan penulisan aku juga. Kebetulan, cikgu aku menelefon untuk meminta contoh-contoh paperwork pada aku, dan aku berjanji untuk memberikannya. Habis juga hilang kenangan aku sepanjang di universiti. Nasib baik, kenangan gambar-gambar aku di particent D aku letak. Jika tidak, habislah!Lepas tu, tugasan aku yang semester 1 hingga semester 4 dan nota-nota masih ada. Nasib baik. Itu tanda amaran Tuhan pada aku..Haah..Memang betul.Hanya aku yang tahu sebab dan punca dan terima kasih pada Dr. Alya yang dia suruh aku baca sehari lepas. Kebetulan pula. Adalah kisahnya tu.

Nasib baik, bahan tesis dan contoh tesis sedikit sahaja; bahan-bahan yang aku cari sebagai persediaan tesis kelak bermula semester 3 lagi sebagai bahan bacaan aku. Tuhan mengigatkan aku dan Tuhan juga akan memberikan sesuatu anugerah untuk aku. Kehilangan segala dokumen pada particent C menyedarkan aku tentang sesuatu. Segalanya hikmah untuk aku agar lebih beringat dan bersederhana dan Tuhan akan memberikan sesuatu yang lebih baik pada aku. Sudah tiba masanya, aku perlu "BARU" dan laptop aku pula bakal diisi dengan maklumat yang baru serta orangnya juga baru. Perkataan "BARU" mungkin hanya aku yang faham! Mungkin ada yang tidak faham apa yang aku bebelkan ini. Tapi, hanya aku yang faham dan orang-orang tertentu sahaja.

Aku di CC sekarang ini, bersama junior yang tolong membaiki laptop. Semalam lagi aku serahkan laptop pada Zaki dan Din. Pelbagai daya dilakukan, dan hari ini.,ada perkembangannya dan laptop aku bakal pulih. Aku tidak bersedih kerana aku melihat kehilangan maklumat dan data di particent C itu, sesuatu yang positif. Berulang kali aku cakap dan Zaki mendengar, "Ada hikmah ni, laptop Kak Fiti jadi macam ni.."Kata aku. "Ha'ah,.Kak Fiti, ada sebab lah tu, kawan saya pun jadi macam ni juga, jangan bimbang Kak Fiti". Entah dia faham atau tidak maksud sebenar aku mengomel sendirian. Bagus betul budak ni, fokus untuk membaiki laptop aku. Terima kasih banyak-banyak dik..,Kalau ada adik perempuan boleh dah ni..huehue..gelenya la pulok aku ni.,

Terima Kasih

Saturday, January 17, 2009

Kerja Ikut Minat Lebih Berjaya dan Puas

Ahmad Nazrin lulusan undang-undang tetapi buka perniagaan bekal peralatan mendaki

SEKALI imbas, selayaknya Ahmad Nazrin Abu Bakar, 33, bergelar peguam syarie atau bekerja dalam sektor perundangan kerana latar belakang pendidikan dimiliki menjurus ke arah itu.

Selepas memiliki segulung ijazah dalam jurusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), anak muda ini meneruskan langkah dengan menyambung pengajian di peringkat Diploma Syariah, juga di tempat yang sama.

Namun, realitinya jauh berbeza kerana apa yang dilakukan sekarang lebih kepada minatnya terhadap aktiviti sukan lasak terutama mendaki gunung dan berkhemah. Jadi, tidak hairanlah anak jati Kuala Lumpur ini mempunyai premis sendiri membekalkan peralatan aktiviti lasak.

Perniagaan yang dijalankan bersama rakan baiknya ketika menuntut di UIA, Faizal J k Mohd Radzali, 33, berjaya membuktikan pilihan yang dibuat memang tepat memandangkan sambutan terhadap sukan itu ketika ini sangat memberangsangkan.

Kini, Real Adventure Gear Sdn Bhd berdiri megah di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur atas titik peluh sendiri dengan membekalkan peralatan seperti pelbagai beg, peralatan serta pakaian terutama jenama Eiger yang terkenal di pasaran Indonesia serta produk Bodypack dan Nordwand.

Pengalamannya yang boleh dianggap antara pendaki tegar kerana pernah melengkapkan ‘pendakian G7’ bersama Faizal iaitu mendaki gunung tujuh gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki di Semenanjung Malaysia, banyak membantunya dalam merealisasikan cita-cita.

Tujuh gunung yang digelar G7 ialah dua gunung di Pahang iaitu Gunung Tahan dan Yong Belar serta lima di Perak iaitu Gunung Korbu, Goyung, Yong Yap, Chamah dan Ulu Sepat.

Pencapaian yang dikecapi Nazrin pada hari ini bukannya suatu yang datang secara mudah dan beliau bukannya mewarisi kemewahan keluarga tetapi berusaha sendiri.

“Saya pernah bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2002 tetapi berhenti tiga tahun selepas itu. Rasanya jiwa saya lebih kepada kegemaran saya dalam sukan mendaki tetapi kini fokusnya kepada membekalkan peralatan dan keperluan.

“Lebih mudah bekerja sendiri kerana saya akan memegang amanah saya sendiri. Jika berusaha kuat, kami akan dapat lebih, jadi semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sama juga konsep ketika mendaki, kena berdikari dan membuat keputusan sendiri,” katanya.

Semua pengalaman, kesusahan hidup diaplikasikan bapa kepada empat anak ini ke dalam dunia perniagaan dan hidupan harian dengan menganggap segala cabaran, masalah sebagai satu rencah untuk beliau membaiki diri mencapai kejayaan.

Mungkin ada yang tidak percaya, anak muda ini setiap tahun menghabiskan masa sepanjang bulan Ramadan menjual songkok sempena Aidilfitri.

“Berniaga di Jalan Masjid India memang seronok. Biasanya kami akan pulang ke rumah pada jam 6 pagi hari raya pertama. Sampai rumah terus bersiap untuk ke masjid, memang penat tetapi pengorbanan ini berbaloi.

“Tiada apa nak dimalukan, memang saya ada kelulusan akademik yang baik, tetapi itu bukan jaminan. Seronok berada di bawah bersama masyarakat kerana ia membantu saya belajar mengenai kehidupan,” katanya.

Bahkan, sepanjang pengajian di UIA, ada saja kerja dilakukan sepanjang musim cuti untuk menambah pendapatan. Banyak kerja yang dilakukannya termasuk di stesen minyak, mengecat rumah, buruh binaan, pembantu di pusat membeli-belah, berniaga di pasar malam dan pasar tani.

“Saya dah lali kena marah, kena arah, bertindak ikut arahan bos. Semua saya dah rasa, cukuplah. Saya dah puas bekerja ketika zaman menjadi pelajar universiti. Itu sebenarnya pengalaman cukup berguna untuk saya.

“Sekarang saya buat apa yang saya suka, mengikut minat dan ia sebenarnya lebih menarik tambahan pula bidang ini berkait rapat dengan sedikit pengalaman sedia ada. Syukur, bidang ini menjanjikan masa depan yang cerah kerana tidak ramai anak Melayu yang membekalkan keperluan mendaki,” katanya.

Sebagai permulaan sebelum memiliki premis sendiri, beliau dan rakannya banyak menyertai jualan di karnival untuk memperkenalkan produk mereka. Hari ini, Real Adventure adalah antara pembekal utama barangan.

Pakar Rumput



Normas tolak tawaran lanjut pelajaran luar negara kerana lebih minat dalam aspek pertanian

BAGI sesetengah individu, tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara pastinya suatu yang dinantikan dan tidak sesekali dilepaskan.

Namun, kepuasan dalam pencarian ilmu serta minat dalam aspek pertanian membuatkan Normas Yakin Md Ariffin, 42, yang ketika itu baru saja menamatkan pelajaran di Tingkatan Lima menolak tawaran berkenaan.Sebaliknya, beliau memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang pertanian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Cawangan Sarawak semata-mata minat dan sikapnya yang sukakan aktiviti luar, berbanding tawaran mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris di United Kingdom.

Itu cerita lama, kini Normas yang bekerja sebagai Pengurus Glenmarie Golf and Country Club, Selangor berbangga dengan pilihannya dan dianggap antara pakar mengenai bidang rumput, sesuai dengan kerjayanya berkaitan padang golf.

Jawatan disandangnya bukan sesuatu yang mudah dicapai kerana ia bermula daripada bawah. Ketika ditawarkan bekerja di situ sebagai pembantu superintendan padang golf, ketuanya, seorang rakyat Australia mengarahkan beliau menjalankan tugas seperti pekerja am lain.tu termasuk menanam rumput, membaik pulih padang dan sistem pili air, membawa traktor dan apa saja yang berkaitan dengan aspek penyelenggaraan. Beliau bersama rakan dianggap tidak layak menjalankan kerja superintendan walaupun mempunyai kelayakan akademik.

Atas alasan itu, rakannya berhenti kerja selepas enam bulan bertugas. Namun, Normas tetap meneruskan tugas atas niat mahu belajar segala-galanya berkaitan aspek penyelenggaraan padang kerana ia berkaitan ilmu.

“Saya pernah ditanya adakah kerja itu susah. Di sini, tiada sesiapa yang nak bunuh saya. Kerja sebagai pengurus estet di Sabah dan Terengganu jauh lebih susah. Ini ilmu baru dan ia berkaitan minat dalam pertanian. Banyak perkara dipelajari di sini termasuk diarah memeriksa semua pili air pancut.

“Sekarang saya tahu semua kedudukan pili air pancut di sini dan bagaimana menyelenggara padang. Apabila menjadi ketua, saya sudah mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan di padang, ini suatu kelebihan,” katanya.

Selepas tujuh tahun di Glenmarie, beliau ditawarkan jawatan sebagai Pemangku Pengarah Operasi di Clearwater Sanctuary Golf, Batu Gajah, Perak sebelum dilantik sebagai Pengurus Kelab di Kelab Kota Permai Golf & Country, Shah Alam.

Tujuh tahun merantau, Normas kembali ke tempat asal kerjanya di Glenmarie pada 2007 sebagai pengurus kelab dengan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan.

Sepanjang tempoh itulah beliau memulakan kerja membina laman web sendiri www.mynormas.com khas mengenai rumput dan landskap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan menawarkan maklumat serta nasihat secara percuma.

Melalui laman web itu, pengunjung diterangkan secara lengkap mengenai rumput, bahagian, cara pembiakan, jenis rumput, faktor pemilihan, rumput utama serta nama saintifiknya. Normas juga turut menerangkan mengenai prinsip membina landskap dan seni reka landskap.

Laman web pertama Bahasa Malaysia khas mengenai rumput itu juga menyiarkan maklumat mengenai penyediaan tapak, penanaman, pembajaan, masalah, penyakit, mutasi di padang serat maklumat khas mengenai penyediaan rumput di padang golf.

“Saya mahu berkongsi pengetahuan yang ada. Ada pelajar daripada Indonesia dan pengunjung dari Hawaii meminta pendapat mengenai rumput. Menjadi satu kebanggaan dapat berkongsi maklumat,” katanya yang juga penulis mengenai rumput dalam majalah ParGolf, Golf Malaysia dan Laman.

Ketika ini, kelab itu dalam proses meningkat taraf rumput dengan menggantikan jenis Tifdwarf kepada rumput Mini Verde yang diimport dari Amerika Syarikat di bahagian ‘green’. Di ‘fairway’ dan ‘rough’ pula, rumput jenis Tifway 419 ditanam menggantikan Bermudagrass.

Beliau juga bersedia membantu mana-mana pihak membincangkan kaedah terbaik penanaman rumput terutama di padang stadium, sekolah atau laman rumah kerana kebanyakan rumput ditanam sesuka hati berdasarkan kecantikan tanpa mengira ketahanan serta kesesuaian.

“Ramai orang suka menanam rumput popular seperti rumput karpet di laman rumah tanpa menyedari ia tidak sesuai kerana rumput ini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Jika terlindung ia akan mudah mati dan rumput ini cepat panjang, jadi perlu dipotong setiap hari,” katanya.

Thursday, January 15, 2009

MsjBox di Rancangan Blog TV1



Topik: Blog - Menjalinkan Persahabatan di TV 1 pada bulan Oktober 2008.

Dato': Boleh terangkan apakah itu Msjbox?
Retna: Msjbox ni adalah chat box yg selalunya bertujuan untuk rakan2 blogger yang masuk blog kita untuk meninggalkan jejak dan berbual dengan owner blog tu sendiri-lah.

Dato: Apakah beza Msjbox ni dengan chat box yang lain?
Retna: Beza nya dari segi bila kita hantar mesej, dan automatik saya sebagai pengguna Msjbox akan reply semua mesej yang org tu. Berlainan dgn certain2 chat box yang lain, saya terpaksa login website tersebut untukk membalas mesej2 tu kan, so sebab ni lah salah satu ciri2 yg memang buatkan saya tertarik dan menjadi penguna Msjbox.com

Dato': Berapa ramai ahlinya?
Retna: Sekarang kita ada dlm lebih murang 1800 orang. Itu termasuk berbayar & dan free trial. Yang berbayar tu dlm 350 orang dan yang percubaan free trial tu dlm 40 org sebulan.

Dato': Apakah ciri2 profil 1800 orang tadi? Bagaimana kita boleh kategorikan mereka?
Retna: Student, pelajar hinggalah yang professional, even yang dah pencen pun menggunakan blog pun ada menggunakan Msjbox

Dato': Apa yg mendorong orang2 mcm retna utk nenjadi pengguna atau membuka akaun Msjbox? Apa keuntungan dan apa motivasi nya?
Retna: Melalui Msjbox ni, saya dapat berkenalan dgn ramai orang tidak kira dari malaysia sahaja, dari luar US, UK. Sebab tu lah saya macam tertarik & menggunakan Msjbox ni sbg salah satu tempat untuk mengeratkan silaturahim antara bloggers.

Dato': Barangkali kalau kita lihat, konsep nyer, siapa jugak yang boleh boleh menyapa lah kan? Konsep nyer mesra dan baru berkenalan. Bagaimana kesan dalam menjalinkan perhubungan menggunakan konsep tersebut?
Retna: Konsep kita bermesra dulu baru berkenalan...? Kalau kita perhatikan, dekat Msjbox kita berborak, tanpa kita kenal muka orang tu, wajah orang tu.. bila kita dah bermesra, dan one day kalau bila kita ada satu event dan kita jumpa.. secara automatik, bila kita dah bermesra dulu dan bila kita jumpa baru kita, ooh.. dia ni rupanya macam nie.., macam dah lama kenal, macam satu keluarga.

Dato': Kalau kita berpegang pada prinsip bermesra baru berkenalan.. satu yang bahaya. Bagi sesetengah orang yang mungkin memahami cara yang digunakan.. dan content yang tak betul, kepada pengguna tu sendiri?
Retna: Pada saya, sebab kita dah dewasa, so kita dah boleh berfikir man yg baik & mana yg buruk. Kalau kita rasa sesuatu macam benda tu.. baik, then why not teruskan, bermesra sebelum berkenalan.. tak salah rasanya.

Dato: Berdasarkan pengalaman Retna sendiri, apakah ada misalnya orang2 atau pengguna yang mengambil kesenpatan daripada sistem ini?
Retna: So far, sepanjang saya menggunakan selama 3 tahun, tak der la pulak saya jumpa yang menyalahgunakan sistem ni lah.

Dato': Saya pun pernah buka jugak blog Retna, mesejmsej.blogspot.com dan satu yg saya rasa tentang aktiviti dia. Apakah aktiviti yg dijalankan oleh pengguna2 Msjbox?
Reta: Kami selama 3 tahun ni lah, kami dah banyak buat event, antaranya kami pernah Treasure Hunt. Itu kami join venture dengan Geng Jurnal. Lepas tu kami pernah buat Msjbox camping di PD iaitu overnight 1 malam, kira berkhemah lah. Lepas tu, sambil tu juga tak lupa ziarah salah satu pengguna Msjbox iaitu orang kurang upaya En Kassim dan aktiviti akan datang kami Insyallah pada bulan raya ni kita akan adakan Msjbox hari raya Aidilfitri 25 oktober (Insyallah) dan Disember kita akan adakan Msjbox Holiday 2008 di bahagian selatan di Johor Bahru.

Dato': Kemudian saya nak sentuh tentang bahasa yang digunakan, bagi saya agak kasar jugalah
kadang-kadang saya pun tak paham. Jadi mengapa terjadi yang begitu? Mungkin orang kata bukan rojak lagilah tapi memang hancur!
Retna: Selalu nya bahasa ni adalah bahasa yang kita gunakan seharian sebenarnya. Bahasa yang ringkas, senang dan orang tak perlu nak terlalu stress nak pikir bahasa yang betul, so kita even kita berborak sekarang ni pun kita gunakan bahasa yang biasa...

Dato': Tapi tidak lah sampai hancur..
Retna: Tapi tengok jugak la, tak semua tempat Msjbox. Kalau kita owner Msjbox, kalau dia tu jenis yang profesional, kadang2 kita gunakan bahasa yang betul jugak la.


Mengenali dan Menghargai Kalian

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengenali manusia cukup membuatkan aku gembira. Semakin mengenali manusia, maka semakin aku mengenali personaliti manusia serta kehidupan mereka. Ingin aku kongsikan pengalaman mengenali manusia di alam maya juga membuatkan aku sedar bahawa manusia itu saling memerlukan. Kadang-kala tidak terjangkau kita akan mengenali manusia di alam maya ini pelbagai ragam dan kisah yang di ketahui di sebalik kehidupan mereka kadangkala merasakan hidup ini sangat bertuah apabila orang memerlukan kita. Sejak aku mempunyai blog pada tahun 2007, ada insan yang sanggup berkongsi cerita tentang kehidupan mereka ada suka, derita, kegetiran dan kegembiraan. Mungkin, alam maya ini menyediakan aku agar aku lebih bersedia untuk bergelar bakal kaunselor kelak. Ingin aku kongsikan beberapa orang yang aku kenali dan kebanyakan yang aku kenali, mereka di peringkat sekolah menengah. Macam mana mereka boleh menemui blog aku, aku tidak pernah ambil tahu. Mungkin, mereka surf dan explore di internet. Seolah-olah diri ini diberi kekuatan sebagai tempat berkongsi, malah aku cuba sedaya-upaya masuk dalam situasi mereka. Kadang-kala apabila mendengar luahan, terkedu dan air mata ini bergenang. Kadang-kala ada juga yang telah berusia daripada diri ini, yang mengenali aku dari blog sehinggalah berkongsi sesuatu cerita. Kadang-kala tidak terjangkau oleh aku kerana orang yang lebih berusia dari diriku; mungkin lebih makan garam daripada aku. Namun, cuba juga diri ini merasai apa yang dirasai mereka. Aku belum cukup lagi dengan pengetahuan dan belum lagi bergelar kaunselor. Itu yang kalian perlu ketahui. Walau bagaimanapun, anggaplah diri ini tempat berkongsi. Aku sedar, jika di aku berada di situasi mereka, mungkin aku juga terpaksa survival untuk menghadapi sesuatu. Mungkin, inilah kurniaan yang tidak boleh aku lepaskan untuk mengenali mereka dan mungkin ini persediaan yang perlu aku terima sebelum aku di lapangan kerjaya. Seperti kata kak Semilealina yang aku kenal melalui blog ini, dia menyatakan aku perlu bersedia dari awal dan seperti kata Dr.Jazimin, alam kerjaya dan alam belajar merupakan dunia yang sangat berbeza. Jadi, untuk sambung belajar, elok bekerja dan melihat situasi kerja dahulu kerana kebanyakan orang belajar untuk bekerja bukannya belajar untuk hidup. Jadi, aku harus bersedia daripada awal untuk di lapangan, mungkin terpaksa survive seperti En.Aziz yang begitu kuat, semasa menjadi kaunselor di sekolah dahulu. Memang patutlah, sehingga sekarang pengalaman itu berharga buat dirinya. Berharga sesebuah pengalaman itu kerana episod yang amat bermakna bagi dirinya ketika bersama pelajar.

Pelajar-pelajar sememangnya memerlukan seseorang terutamanya guru mereka. Mungkin, jika aku berada di lapangan kelak, mungkin juga aku akan di uji dengan ujian yang berat. Niat aku membina blog ini juga untuk memahami manusia, sebab itulah aku meletakkan email dan YM aku di blog ini. Berinteraksi secara maya membuatkan aku sedar bahawa, mereka sebenarnya seperti aku juga ketika di alam persekolahan yang memerlukan guru-guru ketika mempunyai peluahan yang ingin dikongsikan. Sesungguhnya, walaupun mengenali mereka di alam maya, aku merasakan amat gembira mengenali kalian. Banyak perkongsian kalian menjadi panduan untuk diri ini agar lebih memahami manusia walaupun masih tidak seberapa. Orang kata, peluahan di alam maya ini, mungkin rekaan semata-mata. Namun, aku percaya, di sebalik rekaan itu, mesti ada realiti dan banyak perkara yang perlu aku terokai. Aku merasakan itu menjadi kewajipan dan tanggungjawab aku selagi termampu untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnnya cukuplah sekadar mendengar dan faham isi hati manusia. Sebenarnya, pada pandangan diriku, seseorang itu tidak sewenang-wenangnya berjumpa dengan kaunselor, untuk berkongsi masalah. Manusia ini pelbagai, adakalanya jenis yang tidak suka berhadapan dalam meluahkan sesuatu. Justeru, alam maya inilah yang mungkin menjadi permulaan untuk berkongsi bercerita. Walau bagaimanapun, aku mengakui, di sebalik apa yang kalian hadapi, aku juga turut merasainya dan aku sedar bahawa kita saling memerlukan. Jadi, aku bersedia mendengar walaupun kita tidak pernah bersua. Jadikan, medan IT ini tempat kita bersua secara maya dan sebagai perkongsian. Terima kasih adik-adik semua. Diri ini mendoakan kejayaan dan ketabahan kalian kerana hidup ini semakin kita kuat, semakin kita diuji kerana Tuhan itu ingin mengetahui sejauhmana kekuatan kita.




Saturday, January 10, 2009

Jangan Mendoakan Kehancuran Israel Tetapi Doakan Hidayah Untuk Mereka

Tragis dan memilukan. Air mata tidak berupaya mengalir kerana kekeringan

Mungkin ini perlu dilakukan...dan barangan mereka berlambak di pasaran kelak. Ekonomi Yahudi bersedia jatuh merundum. InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim..,

Mari kita sama-sama membaca entri ini.

"Sekarang kalau kita lihat penindasan terhadap ISLAM diluar negara ada bermacam-macam dan yang boleh kita buat ialah berdoa tapi doa umat Islam sekarang ini betul-betul bersimpang jauh.KENAPA...? Kerana mereka mendoakan untuk diturunkan bala kepada orang-orang kafir. Bilakah Nabi Nuh a.s meminta untuk diturunkan bala? Hanya selepas 980 tahun berdakwah kepada umatnya, kita mendoakan bala kepada orang kafir ini sudah berapa lama kita berdakwah kepada mereka? Selepas Nabi Nuh berdoa, ALLAH makbulkan dengan janji didatangkan banjir, dan Allah perintahkan kepada nabi Nuh utk membuat kapal, Nabi Nuh bertanya bagaimana membuat kapal? Pokok tidak ada, Allah suruh tanam dahulu, dan lihatlah tempoh utk pokok bercambah menjadi besar dan dijadikan kapal?, maksudnya Allah bagi peluang lagi dengan orang kafir ini utk bertaubat, dan lihatlah kasih sayang Allah pada umat manusia. What happen on the 39 day? Nabi Nuh lari naik kapal kerana takutkan bala Allah SWT. Nabi Yunus A.S pula juga mendoakan bala kepada orang2 kafir, maka Allah murka terhadapnya pada hari ke 40 , maka di campakkan dia ke laut yang hitam pada malam yang gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan (ikan makan ikan), dipendekkan lagi, ikan itu muntahkan Nabi Yunus after 40 hari, Allah pula perintahkan kepada Nabi Yunus buat bikar/tempayan yang besar dan cantik, beberapa hari Nabi buat, siap. CANTIK dan besar , lepas itu Allah perintahkan Nabi Yunus utk pecahkan hasil tersebut. Terkejut Nabi Yunus, kerana , Allah buat perumpaan lebih kurang, adakah AKU menciptakan orang kafir itu utk dibinasakan? Ingatlah Allah tidak menciptakan orang kafir itu untuk menjadi bahan bakar api neraka, orang kafir duduk neraka tingkat ke-3. SEDANGKAN orang yang berpura-pura Islam duduk neraka bawah sekali,iaitu orang-orang munafik. Orang ramai tidak menyedari hakikat perkara ini. Itulah kita kena berhati-hati dalam doa. Satu orang kafir mati semua org Islam berdosa. Nabi apabila ada mayat yahudi lalu depan baginda, Nabi menangis. Sahabat hairan..Nabi menjawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang bukan ISLAM. Sekarang siapa yang teraniaya? Kita Orang Islam atau mereka orang kafir? Mereka orang bukan Islam telah di zalimi oleh orang Islam kerana tidak menyampaikan daqwah kepada mereka, sebab itulah bila orang Islam berperang dengan orang kafir, org kafir menang-sebab mereka telah di zalimi dan org Islam tidak berdaqwah mereka. SEAFDAL-AFDAL DOA IALAH DIBUKAKAN PINTU HIDAYAH KEPADA REJIM-REJIM ITU, KERANA MEREKA JUGA MANUSIA, DAN MEREKA ADALAH CIPTAAN ALLAH. DOAKAN KESELAMATAN KESEMUA UMAT MANUSIA, LEBIH-LEBIH LAGI DIRI KAMU BERDEPAN DENGAN JIHAD BESAR KAMU SENDIRI, Tak payah Cakap Hendak Perjuangkan Islam, Jika yang kamu perjuangkan itu membawa fitnah kepada Islam Itu Sendiri".-Mesej daripadanya.

Mesej daripada seorang sahabat maya saya. Macam-macam andaian dapat dibuat.Pro dan kontra terhadap mesej ini. Membuatkan saya berfikir dan diagnosis seketika mesej yang dihantar. Adakah mesej yang baik dan ada sentimen sebaliknya mesej yang disampaikan; atau mesej ini berpunca dan asalnya daripada orang Yahudi dan pelbagai macam dalam fikiran saya ini. Mesej bertimpa-timpa untuk mendoakan kehancuran Yahudi pula banyak diterima. Hanya yang saya mampu ambil daripada semua ini, hanya berdoa Yahudi Israel sedar dan seluruh kegemilangan ISLAM itu akan dicapai...mana tahu, Tuhan akan membukakan pintu hati mereka. Segalanya kini pasrah, redha dan berdoa sahaja. Rasa geram, marah, benci itu sudah tidak terkira. Apabila membaca mesej ini, membuatkan saya banyak berfikir. Takkan smapai kemuncak macam ni pun boleh nak berdiam diri. Hanya berdoa Pelestin dapat kebebasan, Tuhan pelihara saudara kita di sana dan bukakan pintu hidayah Yahudi, terserah pada Tuhan untuk turunkan bala atau tidak bagi menyedarkan mereka. Namun, lawan tetap lawan jika mereka bertindak melampau. Alhamdulillah, sudah tiba masanya ISLAM bangkit dan kini ramai sudah membuka mata tentang kezaliman dan perlunya UMAT ISLAM bersatu!Macam-macam kaedah untuk melawan dan umat ISLAM perlu bijak untuk menanganinya dan mainkan peranan anda walaupun sedikit yang boleh disumbangkan. Sekarang ini, boikot sahaja barangan mereka dan gunakan sahaja cara berdakwah melalui internet. Benda ada depan mata sahaja. Kelak, ekonomi Yahudi merundum lah! Nak lawan bersenjata, tidak berkemampuan. Sesungguhnya agama ISLAM agama yang SYUMUL.

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Saudaraku

Bismillahirrahmanirrahim.

Tepat jam 12.48 am ketika sedang membaca maklumat blog rakan, saya mendapat mesej daripada seorang sahabat.

"Maklumat terkini!Sekarang Umat Islam di Palestin sedang di sembelih dan Yahudi Laknatullah menggunakan bom berangkai fosforus, jika terkena fosforus ini, akan terbakar hatta besi pada lori boleh menjadi cair. Malahan boleh menjadi buta!Hancur KUFFAR!YaALLAH, kami hambaMU yang lemah, hanya ENGKAU sebaik-baik penolong,..YaALLAH!HANCURKANLAH MEREKA, YAHUDI!Sebarkan pada saudara ISLAM kita!TAKBIR!!!"

Lantas, terasa kulit saya seram sejuk selepas membaca mesej ini. Yahudi!Israel!Dasar laknat!Dalam hati ini bercampur perasaan marah, geram dan terbayangkan wajah-wajah saudara Islam yang bertempiaran lari, menangis, meraung dan darah berlumuran!Itulah yang bermain dalam fikiran dan hati ini! Seraya tangan ini menghantar mesej forward kepada shabat yang lain juga. Sejak kebelakangan ini, diri ini banyak berfikir tentang nasib mereka. Dalam hati bergembira, mengunyah makanan yang melimpah ruah, mereka di sana bagaimana. Tambah sedih apabila terbayang wajah orang-orang tua dan kanak-kanak yang cedera, berlumuran darah. Hanya doa yang mampu bagi insan yang bernama aku ini. Tiada kudrat untuk saya ini melawan mereka. Negara-negara ISLAM yang lain, sudah mula bertindakbalas memboikot barangan YAHUDI termasuklah negara kita ini!

Berikutan itu, saya ada terbaca dalam web i Luv Islam tentang pandangan Ustaz Maszlee Malek tentang kekejaman Israel. Mari sama-sama membaca semoga mendapat pengetahuan dan kesedaran.


Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom;

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara-negara Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar-pelajar mereka di al-Azhar sebagai tanda protes, ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwan do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!
4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu-ribu orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar-pelajar Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya! Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

>5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa-apa dengan serangan terbaru Israel ini? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri?

Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam dari parti Demokrat, beliau hanya akan meneruskan polisi-polisi luar AS berkaitan Israel.

6-Setakat ini, dengan kematian beratus-ratus orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas?

HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.

7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin?

Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.

8- Apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini?

Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap-tiap hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat antarabangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat-rakyat negara Eropah agar mempengaruhi wakil-wakil mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC.

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak-kanak di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat antarabangsa telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ini untuk membela nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian lima kanak-kanak perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara-negara Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.
Demikian temuramah yang dilakukan. Kejamnya mereka memperlakukan saudara ISLAM kita dan seolah-olah menindas dan melakukan penganiyaan kepada diri kita juga sebagai umat ISLAM

YAALLAH YA TUHANKU,.
AKU INI HAMBAMU YANG TERLALU LEMAH
AKU MEMOHON PETUNJUK DAN HIDAYAH
JANGAN ENGKAU PESONGKAN HATI AKU
SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH PADAKU
AKU MEMOHON PADAMU, BANTULAH TINGKATKAN
KEIMANAN DIRIKU DAN SAUDARAKU DALAM
MENGHADAPI KEGETIRAN UJIANMU DI DUNIA INI
ENGKAU BANTULAH UMAT ISLAM UNTUK BANGKIT
DEMI MENEGAKKAN
PANJI AGAMAMU, ENGKAU BANTULAH SAUDARA
ISLAM KU DI PALESTIN
JANGAN ENGKAU BERIKAN UJIAN YANG BESAR INI
YAALLAH, KERANA AKU TIDAK SANGGUP MELIHAT
SAUDARAKU DISIKSA OLEH YAHUDI LAKNATULLAH
SEDEMIKIAN RUPA, ENGKAU BANTULAH MEREKA
YAALLAH DALAM MENGHADAPI JENAYAH INSAN
YANG KEJAM INI YAALLAH
ENGKAU MUSNAHKANLAH HASRAT DAN HATI KAUM YAHUDI ISRAEL
YANG KEJAM YAALLAH DAN ENGKAU BERIKANLAH KESEDARAN
KEPADA KAUM MEREKA

AKU TIDAK SANGGUP MELIHAT SAUDARAKU DI
PALESTIN BERMANDIAN DARAH
DI SIKSA KEJAM OLEH ISRAEL DAN LEBIH BAIK
ENGKAU AMBIL NYAWA MEREKA DENGAN KETENANGAN
DARIPADA DI SIKSA OLEH KAUM YAHUDI.
KERANA AKU INI MALU DAN SEDIH MELIHAT MEREKA
DIPERKOSA DENGAN MANDIAN DARAH.
AKU BERDOA PADAMU, SEMOGA ENGKAU BANTULAH
SAUDARAKU DI PALESTIN DAN LINDUNGILAH MEREKA
DENGAN SEBAIK-BAIK PELIHARAANMU.
LANTAS ENGKAU JANGAN SELERAKKAN DAN TERBALIKKAN
KAUM YAHUDI YANG MENGHURU-HARAKAN UMAT
ISLAM YAAALLAH TETAPI ENGKAU BERIKAN PETUNJUK
KEPADA MEREKA DAN KESEDARAN!BUKAKANLAH PINTU
HIDAYAH KEPADA MEREKA..TETAPI BERIKAN PETUNJUK PADA MEREKA..
TIADA GUNA MEMOHON DIHANCURKAN MEREKA...KERANA KAMI SESAMA
MANUSIA..ANDAI ENGKAU TENTUKAN UNTUK

UMAT ISLAM SELURUH DUNIA BANGKIT MENENTANG,
ENGKAU BUKALAH PINTU HIDAYAH UNTUK SELURUH
UMAT ISLAM DALAM MEMERANGI MUSUH-MUSUHMU INI YAALLAH!SEMOGA BERAKHIR PEPERANGAN DAN KEZALIMAN INSAN INI..
KEPADAMU TUHAN AKU MEMOHON PERTOLONGAN DAN
KEPADAMU AKU BERSERAH SEANDAINYA APA KETENTUANMU JIKA
INI YANG TERBAIK..,AMIEEN..

Perhatian, kepada semua pengunjung blog ini..diharapkan dapat membaca maklumat ini kerana tersangat PENTING!Sila Klik ya!
http://www.scribd.com/doc/4992871/Rahsia-Masjidil-Aqsa

Tuesday, January 6, 2009

Isu Palestin dan Sejarah Israel Laknatullah

Terima Kasih untuk poster Stop The War daripada Sahabat Blogger
Satu usaha murni telah dilakukan oleh seorang pengunjung baru blog ini iaitu saudara Fazlan Rizan Johani, seorang Design Architect dari UK di mana beliau telah membuat satu poster unik dalam usaha beliau membantah serangan Israel ke atas Palestin. Atas tujuan itu aku mohon sesapa saja yg berkunjung ke blog ni silalah "tampalkan" poster ni di blog masing2 sebagai tanda prihatin kita terhadap isu ini.


Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ini, saya ingin membicarakan isu yang melanda umat ISLAM.Isu Palestin dan Israel Laknatullah bilakah penyelesaiannya?Israel sudah marak dan seolah-olah memijak kepala orang ISLAM sudah dianggap melampau.Hati ini geram bercampur baur perasaan keji pada Israel yang sedang menggila dengan kekejaman.Saya mendukung apa yang dikatakan oleh presiden Iran Ahmadinejad bahwa peta Israel harus dihapus dari peta dunia. Israel sama sekali tidak punya hak untuk hidup sebagai negara. Justeru, perlu dilenyapkan!Apakah mampu kita melenyapkannya? Mungkin, sebagai membawa suara tidak menjadi masalah. Palestin tidak akan aman selagi bumi Palestin diduduki secara haram oleh Israel.Kita lihat dahulu sejarah Israel secara jelas.

Nama Yahudi barangkali diambil dari Yehuda. Yehuda adalah salah seorang putera Nabi Yakub (Kejadian 29: 22) yang kemudian hari dijadikan nama salah satu kerajaan Israel yang pecah menjadi dua, setelah Solomon (Sulaiman) meninggal (1 Raja-Raja 12). Sedangkan nama Israel adalah nama yang diberikan Tuhan kepada Yakub, setelah Yakub memenangkan pergulatan melawan Tuhan (Kejadian 32:28). Karena dosa-dosanya yang sudah tidak termaafkan lagi, bangsa Israel ini dihukum oleh Tuhan dengan menghancurkan kerajaan yang mereka miliki (2 Raja-Raja 17:7-23).

Bangsa Yahudi sangat terobsesi oleh kitab suci mereka, bahwa hanya merekalah satu-satunya bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia ini. Bukankah Tuhan juga yang menyatakan kepada nenek moyang mereka Ibrahim, bahawa dari keturunan Ibrahimlah Tuhan akan menurunkan raja-raja didunia ini. Bagi mereka, keturunan Ibrahim hanyalah anak cucu yang lahir dari Sarah, isteri pertama Ibrahim, sehingga keberadaan Ismail anak sulung Ibrahim dari Hajar, dianggap tidak ada. Atas kesombongan ini, Tuhan murka kepada bani Israel. Beratus-ratus tahun mereka menjadi warga negara kelas kambing yang tertindas di negeri Firaun. Setelah Musa berhasil membawa mereka keluar dari Mesir, bangsa Israel sempat mempunyai kerajaan yang dibangun oleh Nabi Daud (jika tidak silap) dan mencapai masa keemasannya ditangan Solomon. Kerajaan yang kemudian pecah menjadi dua karena intrik anak-anak Solomon, lalu menjadi lemah dan akhirnya mereka dijajah oleh Firaun Nekho (2 Raja-Raja 23:31-35). Diusir sebagai orang buangan oleh Nebukadnezar bangsa Babilonia (2 Raja-Raja 25:1-21). Dijajah oleh Romawi. Dimusnahkan oleh Nazi, Jerman. Kesemuanya itu adalah hukuman Tuhan, kepada bangsa yang oleh Yesus (Isa al Masih) disebut sebagai keturunan bangsa ular beludak (Matius 23:33). Hukuman tersebut tidak membuat mereka jera, dan bertaubat. Malah menjadikan dendam kesumat dihati bangsa ini untuk melawan Tuhan, Allah Maha Pencipta. (Roshidi). Bersambung kerana mahu ketidoran sebentar.hehe

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42