Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, January 15, 2009

Mengenali dan Menghargai Kalian

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengenali manusia cukup membuatkan aku gembira. Semakin mengenali manusia, maka semakin aku mengenali personaliti manusia serta kehidupan mereka. Ingin aku kongsikan pengalaman mengenali manusia di alam maya juga membuatkan aku sedar bahawa manusia itu saling memerlukan. Kadang-kala tidak terjangkau kita akan mengenali manusia di alam maya ini pelbagai ragam dan kisah yang di ketahui di sebalik kehidupan mereka kadangkala merasakan hidup ini sangat bertuah apabila orang memerlukan kita. Sejak aku mempunyai blog pada tahun 2007, ada insan yang sanggup berkongsi cerita tentang kehidupan mereka ada suka, derita, kegetiran dan kegembiraan. Mungkin, alam maya ini menyediakan aku agar aku lebih bersedia untuk bergelar bakal kaunselor kelak. Ingin aku kongsikan beberapa orang yang aku kenali dan kebanyakan yang aku kenali, mereka di peringkat sekolah menengah. Macam mana mereka boleh menemui blog aku, aku tidak pernah ambil tahu. Mungkin, mereka surf dan explore di internet. Seolah-olah diri ini diberi kekuatan sebagai tempat berkongsi, malah aku cuba sedaya-upaya masuk dalam situasi mereka. Kadang-kala apabila mendengar luahan, terkedu dan air mata ini bergenang. Kadang-kala ada juga yang telah berusia daripada diri ini, yang mengenali aku dari blog sehinggalah berkongsi sesuatu cerita. Kadang-kala tidak terjangkau oleh aku kerana orang yang lebih berusia dari diriku; mungkin lebih makan garam daripada aku. Namun, cuba juga diri ini merasai apa yang dirasai mereka. Aku belum cukup lagi dengan pengetahuan dan belum lagi bergelar kaunselor. Itu yang kalian perlu ketahui. Walau bagaimanapun, anggaplah diri ini tempat berkongsi. Aku sedar, jika di aku berada di situasi mereka, mungkin aku juga terpaksa survival untuk menghadapi sesuatu. Mungkin, inilah kurniaan yang tidak boleh aku lepaskan untuk mengenali mereka dan mungkin ini persediaan yang perlu aku terima sebelum aku di lapangan kerjaya. Seperti kata kak Semilealina yang aku kenal melalui blog ini, dia menyatakan aku perlu bersedia dari awal dan seperti kata Dr.Jazimin, alam kerjaya dan alam belajar merupakan dunia yang sangat berbeza. Jadi, untuk sambung belajar, elok bekerja dan melihat situasi kerja dahulu kerana kebanyakan orang belajar untuk bekerja bukannya belajar untuk hidup. Jadi, aku harus bersedia daripada awal untuk di lapangan, mungkin terpaksa survive seperti En.Aziz yang begitu kuat, semasa menjadi kaunselor di sekolah dahulu. Memang patutlah, sehingga sekarang pengalaman itu berharga buat dirinya. Berharga sesebuah pengalaman itu kerana episod yang amat bermakna bagi dirinya ketika bersama pelajar.

Pelajar-pelajar sememangnya memerlukan seseorang terutamanya guru mereka. Mungkin, jika aku berada di lapangan kelak, mungkin juga aku akan di uji dengan ujian yang berat. Niat aku membina blog ini juga untuk memahami manusia, sebab itulah aku meletakkan email dan YM aku di blog ini. Berinteraksi secara maya membuatkan aku sedar bahawa, mereka sebenarnya seperti aku juga ketika di alam persekolahan yang memerlukan guru-guru ketika mempunyai peluahan yang ingin dikongsikan. Sesungguhnya, walaupun mengenali mereka di alam maya, aku merasakan amat gembira mengenali kalian. Banyak perkongsian kalian menjadi panduan untuk diri ini agar lebih memahami manusia walaupun masih tidak seberapa. Orang kata, peluahan di alam maya ini, mungkin rekaan semata-mata. Namun, aku percaya, di sebalik rekaan itu, mesti ada realiti dan banyak perkara yang perlu aku terokai. Aku merasakan itu menjadi kewajipan dan tanggungjawab aku selagi termampu untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnnya cukuplah sekadar mendengar dan faham isi hati manusia. Sebenarnya, pada pandangan diriku, seseorang itu tidak sewenang-wenangnya berjumpa dengan kaunselor, untuk berkongsi masalah. Manusia ini pelbagai, adakalanya jenis yang tidak suka berhadapan dalam meluahkan sesuatu. Justeru, alam maya inilah yang mungkin menjadi permulaan untuk berkongsi bercerita. Walau bagaimanapun, aku mengakui, di sebalik apa yang kalian hadapi, aku juga turut merasainya dan aku sedar bahawa kita saling memerlukan. Jadi, aku bersedia mendengar walaupun kita tidak pernah bersua. Jadikan, medan IT ini tempat kita bersua secara maya dan sebagai perkongsian. Terima kasih adik-adik semua. Diri ini mendoakan kejayaan dan ketabahan kalian kerana hidup ini semakin kita kuat, semakin kita diuji kerana Tuhan itu ingin mengetahui sejauhmana kekuatan kita.




No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42