Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, November 29, 2009

Saya Akan Jadi Cikgu

Assalamualaikum.

Tidak lama lagi saya akan melangkah ke alam kerjaya. Semester hadapan, saya akan berpraktikal di SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor sebagai guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling. Segala laporan berkaitan pengalaman sebagai guru praktikal, kehidupan seorang guru latihan Bimbingan dan Kaunseling akan saya kumpulkan di blog ini..InsyAllah. sila klik Saya Cikgu

Doakan kejayaan saya. Sekarang musim cuti. Saya tidak pulang ke kampung. Ada beberapa agenda yang saya akan laksanakan dan selesaikan. Doakan kejayaan diri ini dan semoga anda juga mendapat kejayaan yang berkat daripada Allah SWT.Ameen. Sesungguhnya hidup ini, adalah perjuangan yang tidak pernah sudah, dan penyudahnya akhirat kelak. Ameen.


Apa kaitan dengan gambar baju ini? Saya andaikan saya ingin menyarung baju yang profesional ini kelak ketika berada di sekolah. Namun, apabila berada di luar sekolah, saya akan bila-bila masa boleh memakai kain batik sahaja. Sukar dimengertikan kan?Tidak mengapa..hanya saya yang memahaminya. Jika ada yang memahaminya,mungkin kita sealiran pemikiran dan perasaan. Terima kasih.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42