Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, December 21, 2010

Taaruf

Assalamualaikum. Sebuah kisah dan bacaan untuk dikongsi bersama.

DIA dikatakan gadis lewat usia. Kalau ada yang bertanya, dia tak pernah memberitahu. Tapi sosok tampilannya jelas memperlihatkan umurnya dalam lingkungan awal 30-an. Dan, seperti kelaziman masyarakat Melayu, apabila sahaja seseorang perempuan melepasi angka 25, sanak-saudara pun selalu tergedik-gedik bertanya, "Bila lagi? Bila lagi? Bila nak kahwin? Sudah ada calonnyakah?" Bahkan ibu ayahnya sendiri semakin menusuk-nusuk mendesak, "Masih belum ketemu lagikah calon pilihan? Tidak adakah yang mahu meminang; atau sekurang-kurangnya masuk merisik dahulu?"

Pada setiap soalan-soalan itu, dia hanya membalas dengan senyuman sambil berkata lembut, "Insya-Allah, nanti bila tiba waktunya sampailah kad jemputan; terima kasih atas perhatian dan mengambil berat." Dia cuba menguntum senyuman paling lembut, walaupun lebih selalu daripada tidak, senyumannya jarang-jarang terlihat kerana terlindung oleh purdah yang menutup wajah. Perempuan itu menenangkan dirinya dalam hati dengan mengingat kata-kata pesanan, bahawa sebaik-baik wanita adalah yang tidak dikenali; dan semulia-mulia wanita adalah yang dikenali kerana ilmunya. Dia mahu menjadi wanita yang baik dan dia juga mahu menjadi wanita yang mulia. Justeru tidaklah menjadi kerisauan buatnya kalau jodohnya lambat sampai, kerana memangnya dia memilih untuk tidak dikenali dari paras rupa; sebaliknya lebih mahu, kalaupun perlu, dikenali kerana ilmu yang ada.

Ayah dan ibu perempuan itu, dalam usahanya untuk meredakan kerisauan agar anak gadisnya segera menemui jodoh, telah cuba untuk menjodohkan dengan seseorang yang tak pernah dikenali olehnya sebelum ini. Lelaki itu kononnya adalah bekas ketua ayahnya. Seorang duda, justeru umurnya juga sudah sedikit tua, tetapi dikatakan sangat berjaya dalam kerjaya. Mujur saja lelaki itu tak punya anak.

"Dalam usia segini, kau tak boleh terlalu memilih," begitu kata ibunya tempoh hari, "dapat yang berusia pun tak mengapa, asalkan kau menemui jodohmu."

Dia, sebagai wanita berkerjaya yang sudah pada biasa hidup serba mandiri, tentunya berasa tidak senang - malahan sesak rimas - dijodoh-jodohkan sedemikian. Dia wanita moden yang serba sofistikated, begitu dia suka menggelarkan dirinya. Dan sekarang, orang tuanya mahu menjodohkannya - tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu; tanpa menanyakan akan ciri-ciri lelaki yang dimahunya; dan paling utama, secara tak langsung malah memperlekeh pula citarasanya ("kau tak boleh terlalu memilih," kata-kata ibunya itu selalu terngiang-ngiang bersipongang).

Justeru apakah lagi yang tinggal buatnya? Dua pilihan terentang di hadapan, tetapi dua-duanya menyakitkan. Di satu belahan, berkahwin dengan orang yang tak dikenali lantas mengakhiri zaman daranya; di satu belahan yang lain pula, menolak untuk berkahwin dan menghadapi risiko menjanda seumur usia.

Melukai

Nah, ketika inilah dia teringat lagi kepada kata-kata pesanan tadi. Semulia-mulia perempuan adalah yang dikenali kerana ilmunya.

Ilmu. Di situ letak kata kuncinya. Di situ juga letak rahsianya. Perempuan itu berfikir. Dia tidak mahu melukai hati orang tuanya, tetapi dalam masa yang sama juga, dia ragu kalau akan bahagia sama sekali andai menerima padanan duda pilihan mereka. Soalnya dia tak pernah mengenalnya. Justeru, perempuan itu pun berkata:

"Ibu dan ayah," suaranya dengan teratur, "saya tahu ibu dan ayah khuatir kalau saya masih belum kahwin-kahwin. Tetapi, ibu, ayah, saya mohon meminta izin, sebelum dinikahkan, untuk sekurang-kurangnya diberi taaruf terlebih dahulu dengan bakal suami."

Tentu sekali, kedua-dua orang tuanya tidak ada masalah. Kerana fikir mereka, taaruf bukanlah perkara berat. Sekadar membawa kedua-dua bakal mempelai itu - lelaki dan perempuan - bertemu dengan dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing sebagai suatu peluang untuk saling mengenal.

"Tetapi, ibu, ayah," begitu sambung perempuan itu lagi, "kalau boleh sesi taaruf itu tidak dibuat di sini. Tidak dibuat di rumah ini. Sebaliknya kalau boleh biarlah dibuat di rumah pihak lelaki." Kedua-dua ibu dan bapa perempuan itu sedikit mengerutkan dahi. Kerana mereka pada awalnya menyangkakan bahawa pihak lelakilah yang akan ke rumah mereka untuk melihat anak gadis mereka. Tetapi, setelah memikir beberapa saat, kedua-duanya langsung menyetujui sahaja akan permintaan yang tidak membebankan itu.

Maka pada hari yang ditetapkan, perempuan itu pun pergi ke rumah lelaki yang ingin dijodohkan kepadanya, bersama-sama dengan kedua orang tuanya. Mereka duduk di ruang tamu yang serba indah, di atas sofa yang alangkah gah - perempuan itu di tengah-tengah, ibu dan ayahnya di kiri dan kanan. Manakala lelaki yang ingin dijodohkan kepadanya itu pula duduk berhadapan, pada sofa sebuah - orang tuanya tidak bersama, kerana mereka sudah terlalu tua. Di atas mereka, di siling, bergelantung lampu chandelier bergemerlapan membiaskan kilatan cahaya suria yang memercik masuk dari jendela. Keadaan dan susunannya pada hari itu, benar-benar terlihat seperti satu pihak sedang ditemuduga (lelaki itu) oleh tiga panel penilai (perempuan itu bersama orang tuanya). Orang gaji menghidangkan minuman. Sebaik ia beredar, dan sebelum sempat sesiapa pun mencapai air yang dihidangkan untuk dicicip, perempuan itu telah bersuara terlebih dahulu:

"Kalau tidak keberatan bagi pihak lelaki," begitu katanya - dia berhenti sebentar di sini bagi memandang kedua-dua orang tuanya sambil menunduk sedikit sebagai meminta perkenan -, "saya mohon untuk masuk ke bilik tidur saudara." Kata-katanya itu ditujukan kepada lelaki yang mahu dijodohkan kepadanya itu tentunya.

Tentu sekali, kedua-dua orang tuanya tergamam mendengarkan permintaan anak perempuan mereka - serasa seolah-olah punggung mereka semakin terhenyak ke dalam kusyen sofa yang diduduki. Anak perempuan tidak malu mana yang tanpa silu-silu meminta masuk ke bilik tidur orang lelaki! Dan lelaki itu juga tak kurang tertegun, sehingga dia hanya terdiam beberapa lama tanpa berkata apa-apa. Yang kedengaran hanyalah tegukan liurnya - dan ini jelas menampakkan halkumnya turun naik.

"Saya mohon untuk masuk melihat ke bilik saudara," ulang perempuan itu lagi.

Kedua-dua orang tuanya masih dalam gamam untuk berkata apa-apa, apa lagi untuk menghalang anak perempuan mereka itu dari terus bersuara.

Memintas

"Untuk apa saudari mahu melihat ke bilik saya. Itu kan tempat peribadi, dan tak perlu ditunjukkan kepada siapa-siapa pun. Kalau saudari sudi menjadi suri saya nanti, nah, ketika itu nikmatilah bilik saya sepuas-puasnya," lelaki itu akhirnya berjaya mengeluarkan suara setelah mendehem beberapa kali.

Perempuan itu, yang mengesan penekanan oleh lelaki tersebut pada kata 'nikmatilah sepuas-puasnya', telah membalas begini: "Justeru kerana ia ruang peribadilah makanya saya mahu melihat."

"Tak ada apa-apa di dalam bilik itu untuk dilihat."

"Masakan tak ada apa-apa. Saudara tidur di atas lantai sahajakah kalau begitu?"

"Tidak tentunya," jawab lelaki itu - rautnya jelas menunjukkan ketidaksenangan hati -, "ada katil, ada almari, ada meja, ada kerusi, seperti juga bilik-bilik lain. Jadi kenapa perlu dilihat?"

Ketika ini, ibu perempuan itu sudah 'terjaga' dari gamamnya sebentar tadi, lantas segera memintas bersuara, "Hisy, tak baik meminta tengok ke bilik orang. Jaga perangai, jangan buat malu ibu dan ayah."

"Kerana bilik tidur ruang peribadilah makanya saya mohon untuk melihatnya sebelum menyatakan persetujuan untuk dinikahkan. Tidakkah perkahwinan itu juga adalah penyatuan dua peribadi?"

Lelaki itu diam. Ibu perempuan itu menggumam sesuatu yang tidak dapat difahami - jelas wajah tuanya menjadi merah. Ayah perempuan itu pula menunduk tak sudah-sudah.

Lelaki itu bangun akhirnya, dan mempersilakan perempuan itu ke biliknya di tingkat atas. Ibu dan ayah perempuan itu juga dijemput bersama. Ketika perempuan itu melangkah masuk, yang kelihatan adalah sebuah ruang luas dihias dengan sentuhan minimalis. Sebuah katil kelamin terletak di tengah-tengah, kepalanya merapat pada dinding. Sebelahnya adalah jendela kaca dengan tirainya yang terbuka, justeru menampakkan langit yang biru di luar. Pada dinding di atas kepala katil itu tergantung sebuah lukisan cat minyak - gambar kapal di tengah-tengah laut bergelora - stroknya gaya impresionis. Perempuan itu tersenyum melihatnya. Berhadapan dengan katil itu, sebuah almari yang terbina dalam - built in - bersama-sama dengan dinding. Perempuan itu hampir-hampir ingin membuka pintunya, apabila ibunya terlebih dahulu menegah.

"Apa yang awak cari?" lelaki itu bertanya segera kepada perempuan itu. "Tak ada apa-apa dalam almari itu."

"Masakan tak ada apa-apa," jawab perempuan itu kembali, "awak tak punya pakaiankah kalau begitu?"

"Ya, tentunya di dalam almari disimpan pakaian. Tapi selebihnya tak ada apa-apa yang hendak dilihat di dalamnya."

Ibunya sudah hampir hendak menangis ketika dia merayu kepada anak perempuannya supaya mengakhirkan sahaja permintaan untuk terus melihat-lihat. Tetapi perempuan itu, dengan lembut, menerangkan apa sebenarnya yang dicari:

"Ibu, ayah, dan saudara," begitu katanya, "maafkan saya atas permintaan yang barangkali saja dianggap tidak bersopan ini. Sebenarnya yang saya cari ialah buku. Saya tak temui sebuah pun buku di dalam bilik saudara. Bagaimana saudara berikan makanan kepada jiwa saudara kalau begitu? Chesterton malah pernah berkata, bahawa sebuah bilik tanpa buku, adalah seumpama suatu tubuh tanpa roh."

"Sudahlah tu, sudahlah," ibu perempuan itu bersuara.

"Tidak, bu," kata perempuan itu, masih dengan penuh santun, "saya perlu terangkan kenapa - supaya nanti kalau saya menerima atau menolak pinangan ini, saya tidak dilihat tak punya perasaan atau fikiran." Ayah perempuan itu, sedari tadi, tak bersuara barang sepatah. Ibu perempuan itu berkerut-kerut wajahnya. Lelaki itu diam. Tetapi sebentar kemudian, segera bersuara: "Oh well," begitu katanya kepada perempuan itu dengan lidah hampir tergeliat, "if books that you wants to see, ayuh, saya tunjukkan ke perpustakaan saya."

Maka mereka sekeluarga pun keluar dari bilik tidur itu, berjalan merentasi ruang kecil yang merupakan ruang menonton, sebelum masuk ke sebuah bilik bertentangan. Saiznya kurang lebih sama dengan bilik tidur tadi, hanyasanya di dalamnya dipenuhi oleh buku-buku yang tersusun rapi pada rak yang diatur mengelilingi dinding; dari lantai sampai ke siling. "My personal library," umum lelaki itu dengan telor liur bersembur. Kedua-dua ibu bapa perempuan itu ternganga melongo. Perempuan itu pula mengambil waktunya memerhati dari rak ke rak. Sesekali tangannya dilalukan pada buku-buku yang bersusun; sesekali pula menarik keluar dan membaca blurb di kulit belakangnya.

Lama dia begitu. Ibu perempuan itu sampai sudah letih. Ayahnya yang sedari tadi hanya berdiam, sampai akhirnya bersuara dengan nada tegas: "Sudah. Sudah. Apa lagi yang kaumahu? Bilik tidurnya dah ditunjukkan. Bukunya pun dah kaulihat. Apa lagi?"

"Maafkan saya ayah, maafkan saya bu," kata perempuan itu lembut, "maafkan saya juga, saudara. Saya punya citarasa, dan citarasa saya tidaklah renyah. Saya cuma mahukan seorang suami yang seadanya. Soal agama tentulah paling utama. Tapi setelah itu, apa yang dicari - dan oleh itu saya mahu melihatnya terlebih dahulu - adalah bahan-bahan bacaan bakal suami saya."

"Kau sudah melihatnya," pintas ayahnya.

"Ya, ayah, saya sudah melihatnya, maafkan saya. Cuma saya mahu lebih meneliti rak-rak buku calon suami saya kerana saya percaya bahan bacaan itulah yang membentuk dirinya sebagai seorang individu; yang memupuk sifat dan sikap serta keperibadiannya secara langsung. Seperti kata orang, 'kamu adalah apa yang kamu baca.' Dan ini terutamanya bahan-bahan genre sastera tentunya, kerana di situlah letaknya naluri kemanusiaan seseorang individu. Oleh itu, dalam menilai - dan mencari - bakal suami, hanya dengan melihat kepada bahan-bahan sastera yang dibacanyalah saya akan dapat menerka manusia jenis apakah bakal suami saya. Atas sebab itu, saya amat menitik beratkan hal ini. Sekali lagi, saya mohon maaf kalau menyusahkan."

Diam sejemang. Giliran lelaki itu pula kali ini yang tercengang.

Martabat

"Kalau calon suami saya," kata perempuan itu sambil menjeling ke arah lelaki itu, "hanya membaca John Grisham, J.K Rowling, Sidney Sheldon, Mc Arthur, maaf cakap, sukar sekali untuk saya jadi tertarik hati kepadanya. Apakah sudah tidak ada bahan bacaan dalam bahasa sendiri? Rendah benarkah martabat bahasa Melayu sehinggakan anak bangsanya pun tak sudi menelaahnya? Bukankah masih banyak lagi karya berbahasa Melayu yang bagus-bagus, yang bermutu, yang indah ceritanya, yang ditulis oleh anak bangsa sendiri? Pengarang-pengarang berpengalaman seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussein, Anwar Ridhwan atau golongan penulis muda prolifik seperti Faisal Tehrani, Noor Suraya Adnan, Roslan Jomel, Sri Rahayu Mohd Yusop, John Norafizan, Imaen, dan ramai lagi. Karya mereka bukan calang-calang. Faisal Tehrani itu karyanya sampai ditelaah oleh mahasiswa di Jerman; malah mengangkat pula gagasan keilmuan Melayu-Islam.

"Memanglah, saya akui, tidak salah membaca pemikiran pengarang luar. Malah kalau hendak membaca karya-karya Orhan Pamuk, Bei Dao, Kazuo Ishiguro, bahkan Gabriel Garcia Marquez, Salman Rushdie, Haruki Murakami, Jhumpa Lahiri, Ian McEwan dan siapa-siapa pengarang besar dunia lain pun lebih baik lagi. Asalkan jangan sampai mengabaikan karya-karya anak bangsa sendiri. Itu nanti, bak kata pepatah Melayu, seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Yang di luar diagung-agungkan, yang di dalam rumah sendiri disisihkan.

"Saya takut," kata perempuan itu lagi, semakin menjeling ke arah lelaki itu, "Kalau beginilah sikap bakal suami saya, nanti-nanti kalau setelah berkahwin, suami saya akan lebih mencurahkan kasihnya kepada perempuan-perempuan di luar sana berbanding isterinya yang setia menanti di rumah."

Lelaki itu gamam. Ibu perempuan itu segera menarik lengan perempuan itu beredar. Ayahnya pula tersenyum. Taaruf, ulangnya dalam hati. Ya, taaruf. Kemudian menyalami lelaki duda yang pernah menjadi ketuanya itu.

Friday, December 17, 2010

Permulaan hidup baru

Assalamualaikum

Different life, different commitment
Work + Study ( Assignments)
Masa semakin padat, yang hanya tahu buat kerja. Itu sahaja.

2 years...Afiti, be struggle, be brave,more motivate yourself, be more diciplines


2012

Sunday, December 12, 2010

Sakit Hati Tapi, Maafkanlah...

Program Bedah Buku: Novel Salehuddin Al-Ayubi yang aku dan kawan-kawan kendalikan.


Dibeli dan masih terjaga dari dulu
Bersama Meen Zulaikha dan Anis Ayuni. Kedua-dua penulis novel





Ayat sindiran yang aku terima.

"Banyak sangat masa awak sampai awak boleh menulis...bla...blaa..."

Jawapan aku : Tak perlu nak cakap kita ni sibuk, makin org cakap kita sibuk makin stress, kerja kita hanya kita jer yang tahu. So, buat-buat enjoy, happy...tak perlu utk aku jawab aktif sangat ke tidak aku ni....kerja kat sekolah sepanjang cuti dah beberapa kali mesyuarat, ke PPD KPM turun meeting tergempar, hari-hari di sekolah lapor diri, key in dan siapkan tugasan yang JPN suruh bulan 3 nanti nak...28hb ni mesyuarat lagi...jaga budak exam sepanjang kerja....pengurusan di sekolah...semua kerja ni masa sebelum bukak sekolah nanti...perlukah aku canangkan pada semua bahawa aku ini orang yang sibuk...dan perlukah aku berbangga diri kerana kesibukan-kesibukan?Kalau aku cakap semua tu, apa kau boleh buat???Aku tak perlukan orang seperti engkau untuk menghalang minat aku....walau sesibuk mana pun, aku ada masa untuk diri aku sendiri....itu sahaja cara aku untuk mengurangkan stress...melalui berkarya...orang seperti kamu inilah yang biasanya jadi penghalang tetapi sebenarnya memberi semangat pada aku untuk terus berkarya dan kehadapan. Bermula daftar untuk pengajian peringkat master aku tahu, bukan senang untuk lalui kerja sambil belajar...Engkau berani buktikan data-data kes makan rasuah la apa laaa...memang betul...tapi kau harus sedar profesion ko tu lagi tinggi untuk makan rasuah. Jangan hina kerjaya-kerjaya lain. Sebab itu aku cakap, apa-apa perkara pokok pangkal KEIKHLASAN, bodoh!Eiii..geram sungguh!Aku tak pandai marah orang direct, aku telan, blog tempat aku luah...Bagilah data macam mana pun, yang penting hidup kita ni nak mati. Kerja tu ibadah. Semua pergerakan ibadah. Mudah sangat nak blame orang. Sikap menghukum memang tak boleh diubah.Kalau macam ni, cukuplah aku mengenali orang seperti Engkau. Engkau kena ingat, kerjaya Engkau sekarang boleh hilang pada bila-bila masa jika Allah nak ambil...jadi bersyukurlah...jangan nak menghina kerjaya orang lain. Setiap pekerjaan adalah mulia selagi tak salah di sisi agama. HIDUP UNTUK MATI.JANGAN BERLAGAK. ORANG MACAM ENGKAU NI, ALLAH TAKKAN BAGI LEBIH, SEBAB TU DUK TAHAP TU JER...BANGGA DIRI DAN MERENDAHKAN ORANG, HEBAT LA NAIK TERJUN LANGIT PUN, KITA MANUSIA AKAN MATI!PAHAM TAK BODOH?EEEEIIIIIIIIII!!!!Takperlu untuk kau perlekehkan ke kau nak aku hantar RESUME?Aku rasa tak perlu sebab semua tu boleh bangga kan diri.Aku nak mati, hidup aku untuk mati jer dan tawakkal to Allallah...

(Dalam hati ini : Idola aku adalah penulis novel Anis Ayuni, seorang guru....dalam masa yang sama dia juga penulis novel terkenal dan soalan sebegini pasti dia sudah lali). Bak kata buku Donald Trump: Kita buat apa yang kita minat pasti beroleh hasil.

Mood: Meluah dalam keadaan sangat marah sambil menangis

Sunday, November 28, 2010

Semalam

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku sering terfikir apakah tujuan dan matlamat hidup aku yang sebenar-benarnya. Memang dari dulu lagi selalu berfikir..apabila dikira apa yang dilakukan dalam hidup, pasti akan berbalik pada persoalan ini. Kehidupan amat singkat. Bak kata mami aku, " terjun naik macam mana pun, hidup kena diteruskan". Pengajaran dari pelbagai dimensi yang aku peroleh, hidup ini buatlah apapun, tujuannya adalah alam sana.

Sekejap masa berlalu. Aku rasa ingin meninggalkan dunia maya buat selama-lamanya. Sudah beberapa kali aku terdetik sedemikian bila difikirkan alam akhirat. Dunia maya hanya mengisi masa yang sedikit yang ada terluang, alasan untuk mengurangkan stress, seronok-seronok itu semuanya alasan untuk diri sendiri yang masih mencari hala tuju. Hidup kena bergerak, dan dunia sekarang bagi aku sudah jauh berbeza dengan zaman adat dahulu yang berunsurkan hasad dengki, peraturan nilai dan adakalanya penuh dengan momokan cerita hantu. Zaman sekarang manusia hanya gila kerja, tiada masa untuk fikir soal dengki mendengki. Itulah yang baiknya namun kita juga kehilangan sedikit nilai amalan nenek moyang.

Apa yang aku merepek ni. Entahlah. Yang pasti kehidupan aku ditempat kerja baru ini amat menyeronokkan. Keseronokan berbeza dan menjadikan aku agak "gila kerja" kerana galakkan, sokongan dan dorongan barisan pentadbir, nilai-nilai murni yang tinggi di sekolah ini dan tidak pernah aku lihat di tempat kerja yang lain. Banyak tempat dah aku kerja..macam-macam dan seronok kerana pengalaman berharga bagi aku...Biasalah, nilai-nilai murni bergantung pada diri kita. Suasana aman, telus, harmoni, penuh keceriaan, pesen umpat-mengumpat ni takda di tempat baru, gosip-gosip tak ada...seronok sungguh!Aku suka kepada suasana yang tidak tegang...rileks..tapi bergerak...Tidak perlu untuk aku ceritakan lebih-lebih, cukuplah aku merasainya penuh aman, tenang, suasana bekerja yang masing-masing sibuk kerja dan semuanya aku suka...di sini...aku sentiasa doakan untuk jauh dari huruk pikuk bandar..akhirnya aku dicampak di tempat yang penuh ketenangan..kiri kanan bendang...rezeki ku di sini...

Aku cuma ingin pandangan blogger yang berpengalaman, wajar ke aku laburkan duit aku untuk membeli kereta yang bayaran bulanan RM 800 untuk sebuah kereta atau lebih baik aku buat yang bayaran RM 500 untuk aset rumah dan RM 300 untuk kereta? Sama jugakkan RM 800?Sapa ada pandangan dialu-alukan sapa yang singgah di blog aku ini...

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan

Subhanallah. Maha suci Engkau Ya Rab...Sesungguhnya aku bersyukur atas apa yang Engkau kurniakan, wa syukurillah..

Aku mesti menjadi sangat-sangat rajin dan lebih berdisiplin. Sebelum aku mulakan master aku ini, aku mesti persiapkan diri mahu berubah lebih rajin lagi. Kejayaan memerlukan DISIPLIN dan USAHA YANG GIGIH! Sebelum aku daftar 11. 12. 2010, aku sangat perlu untuk bersiap sedia mental dan fizikal serta nekad dalam diri. Apapun, enjoy tetap enjoy dan berseronoklah Afiti. Keseronokan hanya aku yang tahu bagaimana. Aku harus aturkan juga perancangan tentang kajian aku kelak dengan KPM dan aku tahu pertemuan dengan Dr. Siti ada hikmahnya. Surat tawaran yang diterima untuk master adalah Mode A seperti yang aku mohon. Setelah bincang dengan penyelia, aku akan tukar mode C. Fully thesis, kelas hadir masa semester pertama sahaja. Alhamdulillah tambahan pula aku ada pengalaman bekerja buat research. Ya Allah, terima kasih, pengalaman ini amat membantuku untuk menyambung pengajianku. Aku akan cadangkan tajuk kajian ini juga malah kajian ini moga ada manfaat untuk sejagat. Mungkin boleh berkolaborasi dengan beliau. Sebelum aku daftar, aku akan siapkan proposal aku untuk di submitkan kepada IPS dan surat untuk tukar mode telah siap awal-awal lagi. Senang sikit hari daftar dan aku telah buat call dengan IPS seperti yang dinyatakan oleh pegawai di IPS. Topup RM 30 hanya bertahan 3 hari sahaja, maklumlah call KPM dan call IPS juga...Penyelia juga sudah ada dalam kepala aku. Aku berdoa, harap aku dapat penyelia, Dr.Nasir lagi. He is low profile and Great, memberi tunjuk ajar dengan baik..serta positif...aku selesa belajar dengan beliau. Apa yang pasti, aku mesti all out seikhlas hati di sekolah dan aku juga perlu lebih berdisiplin. Niat aku sebelum bermulanya 2011 aku mesti sanggup berkorban. Inilah jihad!Pengorbanan aku adalah berada di tempat baru dan juga pengajianku. Aku telah congak, pengajian untuk master aku perlu berkorban 162 hari sahaja! Semoga urusan dengan PPD, JPN aku dapat lepas...seperti yang aku fikirkan dari awal lagi sebelum isi untuk master dan aku yakin akan ada jalan penyelesaiannya dan akan aku buktikan juga bahawa PPD dan JPN akan merasakan penting kajanku ini. I will do the BEST dengan niat ikhlas dan baik...

Selamat hari Raya Qurban semua
Semua Pengorbanan kita diberkati Allah dunia dan akhirat
Bersihkan hati, jauhi segala larangan, hidup dalam landasan, jaga hati dan jaga hubungan dengan manusia dan Pencipta
Amin Ya Rabbb...Kerana Engkau aku hidup, padamu aku bergantung sepenuh hati dengan usaha aku ini

Semoga arwah ayahku tenang bersama Allah. Amanah arwah papa aku akan pikul dan semoga anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dunia akhirat

Thursday, November 11, 2010

Untuk Papa




Alhamdulillah. Untuk mengalah dalam perkara baik pasti tidak..Masanya makin hampir...Apapun cabaran, aku akan tetap lalui. Aku terima cabaran dan aku TIDAK AKAN MENGALAH..PASTI TIDAK AKAN MENGALAH... AKU PUNYAI TANGGUNGJAWABKU UNTUK KEHIDUPANKU demi keluarga dan diri sendiri dan juga anak bangsa


Terima kasih Allah..Syukur Alhamdulillah aku dapat menyambung pengajianku dalam Sarjana Bimbingan dan Kaunseling dan syukur YA ALLAH kerana aku juga dapat posting...Alhamdulillah...syukur padaMu aku bersujud...

tahniah juga pada sahabatku Ain, dan Fauzi..semoga dapat naik pentas konvo tahun 2013 kelak..aminnn...insyAllah kepada Allah kita berharap dan terus berusaha

Pastinya terbayang-bayang wajah arwah papa aku....rupa-rupanya sudah hampir merealisasikan hasrat arwah papa aku yang mahukan aku sambung belajar ketika aku berusia masih kecil dan dinyatakan kepada aku ketika aku berada di semester 3 dan diingatkan lagi pada aku semester 5...Papa!!!!!!!!Tie teringat ko papa!!!
Semua ni untuk keluarga aku..arwah papa dan mami aku...dan juga adik-beradik..

Sunday, November 7, 2010

Nak Bawak Diri



Lagi 8 hari aku akan balik kampung untuk hari raya haji. Jam kul 2.00 am ni. Tiba-tiba aku rasa nak terbang jauh-jauh, tinggalkan semua. Apakhah? Pergi jauh sangat-sangat tanpa khabar berita. Macam nak bawak diri. Lepas tu, bila dah puas...okay..aku akan balik ke Malaysia.


Ping!Tampar pipi sendiri!Apa melalut ni..Dah...dah...aku nak tidur... Jangan ikut hati.

Saturday, November 6, 2010

Hasrat

Bismillahirrahamanirrahim

Bila tidak menulis di blog ni, bertangguh sampai 5 bulan. Bila dah menulis, tak berhenti-henti pulak. Apa boleh buat. Kehendak hati tidak boleh disekat selagi kemahuan memuncak. Aku ingin share sikit pasal MASA, KEHENDAK, dan KEPERLUAN.

Kini, usiaku sudah menjengah 24 tahun. Dunia sekolah rendah, dan zaman kanak-kanak bererti buat aku. Patutlah masih terasa sampai sekarang. Kalau orang tanya, nak balik tak ke zaman tu...aku pasti akan cakap NAK!!!Tapi, untuk sampai pada hari ini, kalau orang tanya, nak ke tidak? Aku cakap, tak apalah. Bukan mudah..tahun ke tahun kita lalui...tapi sekarang seolah-olah mudah pula ya. Kenapa, yer?Jawab dalam hati sahajalah....Ya, sebab dah ke arah capai apa yang didingini. Lagi 6 tahun usia aku 30 tahun. Wahlawei...sekejap sahaja. Kalau setahun tu macam 6 bulan je aku rasa...tup tup..genap setahun...Prinsip aku mudah sahaja, kita jangan membandingkan diri kita dengan orang...yang menjadi masalah apabila kita membandingkan diri kita lebih-lebih dengan orang, apa yang orang buat dalam setahun tu kita nak buat...kenapa kita tidak gunakan...cara tersendiri untuk penuhi 1 tahun itu...asalkan bahagia..buatlah apapun...selagi tak melanggar syariat. Paling penting cukup jer setahun...tambahkan dalam biblio diri apa pencapaian yang telah dilakukan. Tidak bermakna enjoy kita tidak terus mencapai "progress kejayaan" itu. Lain orang lain caranya. Terima kasih Rogerian kerana membuatkan aku mengerti maksud manusia itu unik.

Sebut pasal kehendak dan keperluan. Hanya ada 5 benda yang aku mahukan. Targetku sebelum usia 30 tahun. Biasanya setakat yang aku hidup ini, aku lebih awal berangan-angan sebagai targetku apa yang aku mahukan dan Allah sentiasa murahkan rezeki aku dalam aku ingin mencapainya. Graf kehidupan adalah sentiasa berada dalam fikiran. Apakah yang dimahukan sangat tu? Tidak lama sahaja lagi..bersabar sahajalah...tunggu kerja..pasti dipermudahkan.

1. Kereta sendiri

2. Rumah sendiri (antara blog-blog yang menyediakan perumahan)
http://eprints.utm.my/4445/ (kajian pasal perumahan)

3. Camera DSLR sendiri punya
4. Melancong ke luar negara

Itu sahaja yang memerlukan duit dan tunggu kerja sahaja

Cuma 1 perkara yang kini dan harap selamanya ...adalah....
"menyambung pengajian"

Friday, November 5, 2010

Senario Hati

Assalamualaikum wbt

Sekadar ingin melontarkan pandangan.

Menghindari perbuatan yang jelik iaitu terlalu ingin mencaturkan kehidupan manusia lain adalah bukan bidang kuasa kita. Manusia itu penuh keistimewaan dan keunikan, serta potensi tersendiri. Sesungguhnya kita tiada hak dan kuasa untuk mencaturkan kehidupan orang lain malah, kita hanya mampu memberi pandangan dan cadangan sahaja. Cara memberi cadangan dan pandangan juga berbeza dengan "menyuruh" dan membuat kuasa autonomi pada orang lain lebih-lebih lagi tiada ikatan kekeluargaan. Manusia ada pilihan tersendiri dan sebelum manusia membuat sesuatu keputusan, sudah pasti manusia itu berfikir jalan dan permulaannya. Andai kata manusia itu tidak mahu mengikut telunjuk kita, apa boleh kita buat?Kita tidak ada hak pun ke atas diri orang lain. Siapa kita untuk kita halang kejayaan orang lain?Siapa anda untuk anda menidakkan kebolehan dan kemampuan orang lain? Jika anda tidak mampu menjawab persoalan itu, mudah sahaja tidak perlu banyak alasan dan persoalan lain, SEMAK HATI dan TERUS MENYEMAK DAN LAKSANAKAN PEMBERSIHAN HATI.

Dalam hidup ini amat mudah, kita percaya dan berpegang pada tali Allah dengan kukuh yakin Dia membantu walau ada halangan yang besar sekalipun. Sudah menjadi kebiasaan orang bercita-cita besar, mempunyai azam yang besar selalu diuji dengan cabaran yang besar dan hebat kerana itu adalah tanda dan ukuran besar atau kecil sebuah cita-cita. Jika anda pernah menghalang kejayaan dan kemajuan orang lain, beringat-ingatlah, kerana setiap perlakuan anda ada balasanNya yang tidak terhingga, jika tidak kena pada anda, pada anak anda. Anda mahu anak dan keturunan anda menjadi manusia yang tidak lulus peperiksaan?Tidak berjaya dalam hidup?Sudah pasti tidak bukan??!Samalah juga dengan orang lain..perasaan ibu bapa kepada insan yang mahu mengorak langkah ke hadapan itu. Kita punyai kecerdasan yang pelbagai, kemampuan yang berbeza, cara anda makan dan cara saya makan tidak sama. Anda makan kena satu persatu, dan saya makan sambil menonton televisyen. Anda orang yang perfectionist, merancang sesuatu bermula dari awal, jika tidak berjaya anda mencari alasan. Kita tidak serupa kerana saya orang yang tiba-tiba, all out merancang itu dalam kepala saya, bila tiba masanya, saya bergerak, kerja siap...selagi ada masa selagi itu saya akan "jadikan" kerja saya. Ya, memang kita tidak sama. Jangan kita nak samakan diri kita dengan orang lain, dan alang-alang mahu samakan, kita memaksa orang lain pula. Dengan cara saya itu, jangan anda jadikan sebagai kelemahan saya, sebab saya kenal siapa diri saya, dan kapasiti apa yang saya ada. Saya mengakui kehebatan anda, tetapi malangnya kehebatan anda itu adalah untuk kegunaan dan balasan balik untuk diri anda. Jika begitu, anda tidak ikhlas. Sepatutnya apa yang anda buat, anda perlu ada dalam hati untuk melihat kejayaan orang lain juga. Tidakkah anda terfikir, kenapa anda jadi begitu?Jawapan mudah, kerana anda makin rasa diri anda hebat, orang lain tidak hebat. Apa ukuran sebenarnya pada kehebatan? Kehebatan apabila ilmu yang sedikit tetapi memberi manfaat kepada seluruh bukannya memberi kepentingan kepada diri anda. Anda juga tidak boleh bersikap, apabila berada di hadapan orang yang berkepentingan untuk diri anda, anda bermulut manis, apabila berada di belakang orang itu, anda mula mencari kelemahannya. Anda tidak sedar anda sedeang menunjukkan kelemahan anda yang sedang Allah dan orang lain perhatikan. SubhanaAllah. Kembalilah kepangkal jalan.

Kena semak HATI, kejayaan dan kerja-kerja yang anda lakukan adakah berhasil? Hanya tekanan adalah yang anda peroleh. Adakah sekadar di takuk yang biasa. Jika berada pada takuk biasa, itulah balasan Allah pada anda. Anda tidak akan kemana-mana, dan tidak diberkati Allah jika anda suka menghalang kejayaan orang lain. Sepatutnya semakin anda hebat, semakin anda ingin melihat orang lain juga hebat. Sungguh banyak moral yang saya peroleh daripada anda.

Aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat senior aku. Walaupun banyak cabaran yang diperoleh, akhirnya Allah berikan KEJAYAAN buat dirinya. Tidak lulus ujian INSAK tidak bermakna gelap masa hadapan, berkat kesabarannya dan ujian sementara (beberapa bulan sahaja) seniorku dapat tawaran untuk menyambung pengajian diperingkat PHD, dalam usia 28 tahun sudah boleh grad dengan PHd. Tawaran bekerja sebagai pegawai psikologi di USM juga diterima. Tahniah sekali lagi. Dialah senior yang banyak membantu aku semasa aku belajar di UPSI ini. Terima kasih dan selamat berkahwin juga. Rezeki orang kahwin sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah.

Pengalaman makin menjadikan saya untuk lebih tahu siapakah orang hebat yang perlu dan patut dihormati dengan seikhlas-ikhlasnya...Malah, saya lebih sedar dengan siapa kita perlu bergaul dan bercakap tentang harapan dan cita-cita malah dengan siapa yang akan memberi sokongan kepada kita. Jika niat anda baik, Allah permudahkan apa yang anda katakan walaupun orang tidak setuju dan mengatakan anda mahu halang orang. Saya tidak nafikan. Saya hanya berbicara tentang keadaan hati "semasa" dalam masyarakat kini. Tanpa keikhlasan, dan niat yang suci, anda menjadi manusia yang "plastik".

Semoga sinisan yang menyentuh jiwa ini didengari.

Sunday, October 24, 2010

Kenapa Nak Jadi Cikgu









‎''Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang

beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)





Terima kasih kepada guru-guru SMKDBW.Kami pelajar 6A1, SMKDBW telah tamat belajar untuk Ijazah Sarjana Muda (2 orang lagi course ekonomi, seorang lagi pendidikan Moral)



Assalamulaikum

Dalam minggu ni dah 3 kali aku sempat tulis di blog ni. Minggu sentimental agaknya emosi aku ini. Dalam ingin mencapai kehendak hati, keinginan diri, aku adakalanya tertanya pada diri-sendiri. Selepas grad, terasa ingin ke sekolah untuk berkhidmat. Hanya menunggu masa untuk dipostingkan. Dalam masa yang sama, masih belum puas untuk belajar. Memang gila nak belajar. Di mana-mana pun boleh belajar. Setiap hari boleh belajar. Namun, alam kampus belum terasa puas. Adakah aku terlampau ghairah ingin mencapai apa yang aku mahukan?Ya Allah...didiklah hati aku menjadi manusia yang lemah-lembut dan cekal hati dengan lindungan ketenangan lembayungMu. Adakalanya hati ini sering mengatakan, lebih baik senyap, berzikir dan berkata-kata dalam hati, berbisik pada Yang Maha Esa sahaja.

Permulaan aku ketika pada usia 14 tahun, keinginan untuk menjadi seorang peguam menyemat dalam diri. Namun, arwah ayahku sangat-sangat tidak suka untuk aku jadi peguam. Katanya, amik bidang kaunseling. Entah apa-apa aku pun tak faham, sehinggalah aku berjumpa seorang kaunselor, teman baik ayahku,..Dr apa entah nama...yang aku ingat, dia dan keluarga datang kerumah aku, makan di kedai mak aku, dan ada anak yang sakit leukimia...anaknya kepala botak masa tu. Arwah ayah aku cakap, Tie..ni saing papa, kaunselor hospital. Aku pun tak faham apa tu kaunseling masa tu, yang aku tahu seorang guru kaunselor, yang pilih kasih pada pelajar-pelajar di sekolah. Ketika pengalaman bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, aku pernah mengenali kaunselor yang pilih kasih. Walaupun aku di kelas hadapan ketika itu, aku berkawan juga dengan kawan aku kelas kedua. Ketika itu, setiap kali bengkel, pasti kelas aku sahaja jadi sasaran, pelajar-pelajar yang aktif jadi tumpuan kaunselor tersebut. Namun, ketika itu perasaan untuk bersama rakan-rakan sudah pasti bersemarak dalam diri. Biasalah zaman kanak-kanak dan remaja, buat apa pun nak bersama rakan-rakan lebih-lebih lagi ada bengkel dan tidur di sekolah. Kawan aku tak dapat sertai, jadi mulalah kami bersembang-sembang, keluar isu kaunselor pilih kasih. Apapun, ada perasaan tidak suka ada jugak ketika itu pada kaunselor. Masa dia masuk kelas aku, dia nak umum pasal bengkel, dia tak bagi peluang kepada aku untuk bertanya. Dulu aku baik dengan dia. Agak close, tapi lepas tu....aku mula jarakkan diri. Beberapa tahun kemudian, beliau bertukar kena mengajar sekolah rendah, jadi guru besar sekolah rendah. Apapun, dia tetap cikgu aku...jumpa tepi jalan sekarang pun, aku tegur beliau. Dia panggil aku Fifi, bukan Fiti. Baru aku tahu setelah belajar Bimbingan dan Kaunseling ni, rupanya cikgu aku tu, masa sekolah menengah bukan kaunselor, tetapi guru bimbingan, sebab optionnya adalah Tesl, kursus 14 minggu baru jadi guru bimbingan.

Selepas pertukaran kaunselor lama, ganti dengan kaunselor baru; Cikgu Kasnimi (sekarang sudah jadi pensyarah di maktab/ipg), cikgu Abas (kelahiran UPSI juga katanya ketika itu), Cikgu Iszham Rohayu (Umi sehingga sekarang ini kaunselor di sekolah aku). Ketika ini, unit kaunseling memang meningkat, malatop pon-pon la. Macam-macam aku tengok bila lalu bilik kaunseling..meriah, cantik bilik kaunseling. Laluan, anjung di sekolah, habis sudut laluan jadi tempat cikgu-cikgu kaunseling buat kerja. Memang meriah. Aku pun tak terfikir aku dalam bidang yang sama sekarang ni. Kenapakah?Aku pernah buat ujian personaliti, masa tu aku tak tahu ujian apa aku jawab di bilik kaunseling. Inventori Personaliti, Inventori Warna...bila refresh balik apa yang aku belajar di UPSI. Masa tu, aku didominasi warna hijau, kedua warna biru. Cikgu aku terjemah satu-satu apa yang kaitan dengan warna. Bila masuk UPSI, buat jugak, yerla..duk belajar-belajar, test diri pulak...benar..masih sama..masih lagi warna hijau...otak hijau kah?Tidak...warna personaliti aku adalah hijau...kalau nak jadi cikgu...sesuai sangat lah warna biru tuh...apapun, aku dalam jurusan pendidikan dah sekarang ni...Tak sangka, aku ini nak jadi cikgu rupanya.

Aku nak share masa kecik bila orang tanya aku nak jadi apa? Aku akan tulis biodata aku, aku nak jadi Perdana Menteri, Sasterawan, ahli politik, pembaca berita dan segala bagai yang gempak-gempak tu...Lepas gian tak boleh jadi ahli politik, sekurang-kurangnya pilihanraya kampus aku pernah lalui...tak jadi sasterawan, sekurang-kurangnya aku ada karya sendiri, tak jadi pembaca berita sekurang-kurangnya beberapa jemputan jadi pengacara, uji bakat pembaca berita telah aku lalui...semuanya aku kutip pengalaman demi tokok tambah dan nilai tambah untuk diri sendiri....kerana aku sebenarnya bakal seorang kaunselor yang bersedia beri bimbingan kepada pelajar-pelajar jika ada cita-cita seperti aku kelak...

Bila aku terdetik dalam dunia pendidikan? Aku mula insaf nak jadi cikgu ketika aku form 6. Aku menangis kaw-kaw punya sebab sedih tak dapat ke matrik macam geng-geng aku. Padan muka aku, orang lain duk stadi teori-teori Fizik, aku duk dalam hutan bercamping, berkayak..Mana nak dapat keputusan baik macam sahabat-sahabatku itu?Orang lain, langkah kaki naik pentas terima anugerah akademik, aku angkat kaki terima anugerah pelajar cemerlang ko-kurikulum setiap tahun...apapun, aku kini akan melangkah sebagai seorang kaunselor pelajar kelak...jika ada pelajar seperti aku...aku akan faham dan cuba memandu mereka sebaik-baiknya..Akhirnya cabaran dan mulut-mulut cikgu aku tadah telinga terutamanya cikgu-cikgu Sains aku...Cikgu Add Math aku lagi lah...dalam hati ada rasa benci kerana orang halang apa yang aku minat...setiap petang...bilik pengakap...tempat aku melepak...dah macam bilik hotel yang selesa bagi aku...itulah perangai aku ketika form 1 hingga form 5...Budak Sains yang tak berapa ala-ala Sains itulah aku....jika subjek Bahasa Melayu...karangan aku jadi bahan fotokopi cikgu untuk rakan-rakan sekelas..dan rakan sekelas lain...Masa tu, hidung kembang semangkuk..dahla hidung besar..kembang pulak jadi nya..hahaha...Apapun, itu zaman aku budak-budak...Masuk form 6, aku dah menangis puas-puas, tak dapat ke matrik, itulah padan muka sebab tak dengar cakap cikgu....ketika form 6 aku mula menginsafi diri, merenung jauh ke dalam diri...dari ke sekolah naik motosikal, arwah ayah aku tarik balik motosikal aku...aku pergi dengan basikal ke sekolah...sedih bukan main...adakalanya, cikgu aku datang amik aku ke sekolah...terima kasih cikgu....dari tingkatan enam bawah hinggalah tingkatan enam atas...cikgu aku itu cikgu Sejarah....Masa orientasi pelajar tingkatan enam..Dia tanya aku nak jadi apa..?Aku cakap nak jadi PEGUAM. Dia perlekehkan aku...menangis semahu-mahunya hati aku ini....bila dia tanya subjek sejarah masa SPM aku dapat berapa...Aku nekad..aku nekad gila-gila...aku nak buktikan pada cikgu aku...aku akan BEAT kasi 5 Principal A masa STPM...Itu adalah hari kedua masa orientasi...fuh..awai-awai dah target naaa...hahaa..berkobar gila aku time tu yerk!Alhamdulillah...ketika form 6 aku bina segala kekuatan untuk terbaik akademik malah terbaik juga kokurikulum...akhirnya pung-pang..pung-pang...aku terima sebuah kejayaan yang mengalirkan air mata mami aku...mengalir air mata guru-guruku.....banyak kenangan berada di tingkatan 6 yang menjadikan aku lebih memahami erti diri, berusaha, komitmen dan segala bagai yang hanya hati ini mampu mengucap syukur pada Allah S.W.T..pernah ketika aku diumumkan mendapat "anugerah"..aku naik pentas dan terduduk..haru dibuatnya ketika itu...sedih sangat...!!!!Kawan aku juga menangis ketika itu.....terima kasih kawanku....aku tidak menoleh kebelakang dah...terus pandang ke hadapan...ada suatu bisikan singgah di telinga, memerli diri aku agar lupakan untuk menjadi PEGUAM...bisikan kecil daripada mentor aku...Afiti, jadilah cikgu Afiti....saya gembira kalau tengok awak nanti jadi cikgu....kata-kata secara personal..mahu pun selalu disindir-sindir dalam kelas...iaitu cikgu Ekonomi aku..Cikgu Mustafa...ketika itu, hanya dua pelajar sahaja yang mempunyai mentor rupanya...aku dan sahabatku dijadikan "alat" dan penanda aras untuk target STPM...Kali ini aku menangis lagi...aku tak mahu orang memberi harapan terlalu tinggi kepada aku melainkan..biarlah aku seorang sahaja memberi harapan pada diri sendiri....Kemudian,..setelah STPM tamat...keluarlah paper....sahabatku,..susah dan senang berdiskusi ketika STPM dahulu mendapat pelajar terbaik Kelantan...tapi aku tak dapat 5 Principal A...aku hanya target STPM 3.5 ke atas sahaja...namun...aku masih mendapat tempat dianugerahkan pelajar terbaik KESELURUHAN...Terima kasih sekolah!

Setiap kali cikgu mengajar di hadapan,..aku mula menilai setiap guru yang mengajar (bahaya kalau budak ada perangai macam aku) nanti nilai aku pulak bila di sekolah nanti...Jasamu guru tidak terhingga...aku menangis dalam hati...aku nak berjaya dan menjadi "seseorang" kelak sebagai hadiah kepada guru dan kedua ibu bapaku...aku genggam janji dan amanah pada diri diiringi doa yang tidak putus-putus pada Allah S.W.T...terima kasih kerana aku kelak bakal seorang kaunselor yang akan mencorakkan anak bangsa...pernah aku sampai ada cita-cita nak jadi pengetua..bukan aku gila pangkat...tapi aku suka menyumbang idea...dan bekerja bersama-sama...semasa di alam sekolah....pengetua aku selalu panggil aku..dah la masa aku duk dalam kelas...sebelum beliau pencen..beliau pengetua terbaik di Kelantan...Beliau idolaku hingga akhirnya dalam dunia pendidikan...bersemangat waja..apa orang cakap..dia tak kisah...yang penting pembaharuan yang beliau buat untuk kebaikan semua...Beliau panggil aku Fifi...Fifi, bila awak cakap...tersentuh hati saya..naik syeikh saya...lebih kurang gitu la ayat dia...aku hormati beliau...aku juga segan...boleh dia ajak aku makan tempat kantin guru berdua dengan dia..sedangkan cikgu-cikgu lain..ada...aku segan...sangat segan....tapi...prinsip aku....aku sayang cikgu aku...aku bercakap hati ke hati...Terima kasih cikgu...cikgu semua adalah idola saya...aku berimpian...suatu hari nanti aku akan kembali ke sekolah...dan memberi "talk" di sekolah ketika aku menjadi "seseorang"...sebelum ini.."talk" tips jer kepada adik-adik ketika cuti semester...itu pun kerana jemputan cikgu-cikgu...

Namun, adakah perjalanan aku ini sebagai seorang guru biasa...guru luar biasa...guru SUPER...?Aku berdoa, selagi ada kudratku, bakal guru biasa ini....akan bersama-sama memacu DUNIA PENDIDIKAN NEGARA...Aku memang bersemangat dari dalaman...luaran aku enjoy....tetapi bila aku buat sesuatu....aku naik syeikh....kalau rilek....jangan harap la...aku rilek sepuas-puasnya...yang penting...ada progress....Saya ingin menjadi "SESEORANG" dalam dunia pendidikan...kerana saya cinta akan anak bangsa...Tangga saya adalah bermula dengan menjadi guru biasa yang luar biasa....pelajaran juga tetap diteruskan...kerana saya ada cita-cita untuk capai PhD....Walaupun bernama GURU, Guru itu mesti HEBAT....Bukan HEBAT dengan keangkuhan, bukan HEBAT berkata-kata, tetapi HEBAT KEIKHLASAN, RENDAH HATI SEORANG GURU BERKONGSI BUKAN MENUNJUKKAN KEHEBATAN DAN MEMBANDINGKAN MURID DENGAN ZAMAN SILAMNYA, MEMBERI TUNJUK AJAR, KASIH PADA MURID, MOHON MAAF PADA ANAK MURID JIKA TERSILAP BUKAN MENUNJUKKAN RENDAH MARTABAT GURU, MALAH MAKIN MEMBUATKAN PELAJAR HORMAT, KESUNGGUHAN, DAN PENGORBANAN, GANJARANNYA ADALAH KEMUDIAN, CUKUPLAH DOA-DOA MURID, APABILA MENINGGALNYA SEORANG GURU, NAMANYA MASIH MENITI DIBIBIR MURID-MURID..Cikgu apa...Cikgu Afiti...Jika aku bergelar pensyarah pun kelak ketika aku dah tua tuu......semoga gelaran Cikgu Afiti sinonim dengan diriku...

Terima kasih kepada semua juga...memang mula-mula sukar mendengar nasihat, lama-lama bila berfikir nasihat seorang guru kepada anak murid...maka benar...nasihat guru yang baik, pasti mahu yang terbaik untuk anak muridnya...tidak ada guru yang mahukan yang tidak baik daripada anak muridnya kerana anak muridnya adalah hasil corak gurunya...


Ya Allah permudahkanlah hasrat, harapan dan dan semangat besarku ini pada anak bangsa..sesungguhnya guru itu arkitek minda anak bangsa...niat yang ikhlas bukanlah angan-angan kosong..kerana setiap niat yang baik..Tuhan sentiasa tiupkan semangat dalam diri...maafkan aku juga jika ada tersalah mentafsir....yang pasti jiwa pendidik itu ada..tidak kira di lapangan mana sekali pun...

Terima kasih kepada semua yang bergelar guru-guru/cikgu-cikgu kepadaku ini...

Saturday, October 23, 2010

Manusia, Peristiwa





“Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam, jangan pula kita menghina orang lain. Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri agar dapat mencari jalan pulang yang diredhai oleh Allah Taala. Itu lebih indah daripada segala-galanya.”



Mood lepas basuh kain gupenyer..
Ikhlaskan hati..jaga hati setiap hari...

Bangkit awal pagi, semak hati, check hubungan dengan Allah, mulakan dengan kalimah Allah, senyum, rancang dalam fikiran apa yang perlu diselesaikan hari ini, mulakan fikir juga target utk hari ini, semak aktiviti semalam adakah tercapai target, dan senyum, ceria-ceriakan hari, hati mesti clear, wangi2,ceria-ceriakan, ikhlaskan hati.

Alhamdulillah

Friday, October 22, 2010

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah..

Jalan juga plan aku dengan Fauzi untuk sambut besday Jehan 19 Oktober 2010 sekali besday Yati 19 Ogos 2010

Adoih..gambar nih...boleh pulak mcm ni...berselang-selang..sori yerk..geng..aku ngn Yati tak mandi ag nih..balik kerja terus g KFC..wakaka..kalau terbau masam tu..harap buat-buat bau perfume BODY SHOP apple lah yer..wakaka..Si Fauzi nih sempat melawak cakap aku pakai kain batik (kain sarung - versi kelate)...ngok!Haha

Jehan ngn Yati macam Janji jer..kaler putih tuuu..wakakaka..Hopps!

Aku duk bergosip apakah itu?

Alolo..muka kehhhsian sorang-sorang nak makan...
haha

Blur la pulak..
Terujakah wahai Jehan? Jehan..tiup helok-helok, tersembut hayaQ liOQ tuh..pengsan kami makan nanti..haha
Besday boy n girl
"Comel-comel"

Saya doakan sahabat-sahabat saya ini berjaya dunia dan akhirat. Kita harus saling menyokong antara satu sama lain.

Hanya kami berempat di UPSI ini mencari pengalaman bekerja..mempunyai misi yang sama dan laluan yang berbeza...Semoga Allah permudahkan ya kawan-kawan..!

Akaun FB

Pernah terfikir untuk tutup akaun facebook
Beberapa orang mesej aku di fb ala-ala menentang niat aku itu
Respon mereka:
1. Kerana nyamuk seekor, kelambu nak dibakar ker?
(Nyamuk mana pulak ni..kehkeh)
2. Kalau ko tutup fb, aku payah nak dapat maklumat semasa
( Wartawan fesbuk rupanya aku nih)
3. Hang ni pasai pa, meroyan ker?
(Yerlah, aku meroyan nak delete fb)
4. Tak best la kalau ko tutup...susah aku nanti
5. Tukar nombor telefon pun tak bagi tahu aku..nak tutup fb plak. Mengo** mu nih
(Tak pasai-pasai aku kena)
5. Nak buat sesuatu ..tutup fb tu..fikir dahulu
6. Cikgu nak tutup fb ke..macam mana saya nk mgadu apa cikgu? ;(
(Mesej di fesbuk yang menyentuh hati aku)

Kesimpulannya..ramai yang memerlukan aku di fb
Sudah dekat 5 kali dah terniat di hati aku untuk tutup akaun fb

Aku kan suka post status macam-macam...orang tengok aku macam tak der privasi...aku rasa 1/100 je tu apa y aku post kt fb tu..banyak kisah aku yang aku simpan untuk tidak orang tahu...aku post hal yang berkaitan sahaja...aku pun ada otak juga untuk post yang tidak berkenaan tu..kenapa orang perlu jeles..?Paling penting apa yang aku post, aku tidak mengancam dan menyentuh sensitiviti orang lain..sebab itu walaupun aku ramai kawan di fb, tidak semua aku layan bila on chat...aku bertegur kerana hal-hal penting sahaja. Harap yang aku jawab ringkas-ringkas tu faham lah ya..aku bukan sombong..aku pun banyak kerja juga..tapi dalam aku banyak kerja macam mana pun, tiap hari aku on je fb tu..ada satu kisah sampai marah-marah aku, kutuk cakap aku sombong, perasan..aku pun tak kenal..aku tanya kenapa cakap aku perasan..dia cakap aku perasan sebab sombong tak balas mesej dia..Hey!Aku approve pun dah cukup baik...aku tak der depan laptop..on fb bukan bermakna ada depan laptop..Bangang betul!Aku tak akan approve dan suka suki bersembang melainkan gurau senda dengan kawan aku, komen-komen dengan kawan-kawan aku jer..
Mulut aku memang peramah, tapi bukan peramah semua orang aku layan..layan sekadar menjawab salam sudah cukuplah..

Menjawab persoalan dan labelling pada aku
* AKu aktif berfesbuk*

1. Walaupun aku aktif berfb...kerja aku jalan...aku selalu check apa pencapaian aku yang aku sentiasa lakukan...
2. Kalau aku on kerja depan laptop...fb pasti aku on...aku survey..perhati...sebab kebanyakan orang suka share di fb...
3. Dalam aku memahami manusia...aku dapat tahu apa yang orang fikir, buat, rasa.. sebab orang biasanya post di fb...
4. Setakat aku ada akaun fb...aku jumpa penerbit yang boleh bantu aku menulis, aku tahu info-info kaunseling dari PERKAMA, aku jumpa orang yang boleh membantu aku pergi jauh..dan amat penting untuk networking aku (win-win situation) dan aku boleh berkongsi hal pembelajaran aku...kawan-kawan aku yang ada di oversea...
5. Dalam aku melayan fb, proposal aku, tesis aku pun siap kerana fb jugak..
6. Aku dapat belajar teknik photo yang aku minat
7. Aku dapat contact dengan kawan arwah ayah aku..aku rasa kalau arwah ayah aku ada..pasti beliau ada FB juga..
8. Hubungan aku makin close apabila saling komen, bagi pandangan..malah dengan rakan 1 sekolah yang kelas lain-lain dahulu pun boleh jadi kawan baik kerana fb..
9. Kita ada akal, jagalah akal...untuk guna sebaik mungkin

Kenapa aku nak tutup fb
1. Ada timbul keinsafan kerana aku banyak berada di hadapan laptop..
2. Aku rasa muak juga bila terlalu ramai rakan di fb, apa yang aku tulis semua nak bagi respon..popular sangatkah aku???Aku tak selesa..tapi hakikatnya..patut gembira ada yang prihatin dengan apa ayat yang aku tulis
3. Aku sentiasa tertanya-tanya, apa yang aku buat ini adakah mendapat redha Allah..dan guna fb di jalan Allah...


Ayat biasa yang aku dengar..ko ni sempat fb...aku rasa ko ni sibuk...atau ayat lain lagi...selalu on fb..tapi...tuannya entah kemana-mana, balas tak jawab...
Aku senyum jer..dan aku jawab bergantung pada kemampuan diri, keinginan diri...Aku tak suka orang cakap aku sibuk..biar aku sibuk sorang-sorang tak perlu orang tahu, bagi aku semua perkara mudah jer sebenarnya kalau kita yakin pada Allah...

Kalau kita rasa kita tak mampu nak guna fb..jangan guna fb..dan jangan tuduh orang sewenang-wenang nya..macam tak der kerja..sebab itu kau..dan aku ini aku..kita tak sama
aku punyai kecerdasan pelbagai..kalau ko ada kecerdasan pelbagai..jangan tuduh orang..bila keinginan ko tu tidak dipenuhi..(statement yang boleh sakitkan hati orang..harap maaf..aku ni mulut leser walaupun nampak aku selalu angguk jer..sekali aku keluar, nauzubillah..sebab itu aku selalu positif pada orang).

P/S : YAALLAH YA TUHANKU, AMPUNKANLAH AKU...AKU BUKAN MARAH, TAPI SINISAN INI AKU HARAP ADA YANG MENGERTI..AKU TAHU APA YANG AKU BUAT, AKU TERBUKA MENERIMA TEGURAN, CUMA LABELLING MANUSIA ITU ADAKALANYA TIDAK MENYERONOKKAN...MEREKA PERLU KENAL HATI AKU SEBELUM MEMPERKATAKAN SESUATU...DAN BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA...

Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim

Thursday, October 21, 2010

Hargailah Diri Sendiri


Diva mula mengatur langkah..ke dalam dewan..kehkeh..

Aiyork..gadis baju purple itu pejam maaa..
Posing tumit kasut tuh mahai..hakhak..koya..koya..
Adik aku y x cukup tidur..wakaka...sebenarnya pagi tu dier ada kelas..lau x silap..tapi dia kna masuk SITC...with hope u'll be "GREAT"
Di sini segalanya bermula...
Dia..aku kenali di pentas...Masyitah mewakili Terengganu utk pertandingan pidato kebangsaan di Putrajaya...ketika alam persekolahan..kami sama-sama berentap di pentas itu..ketika itu aku mewakili negeri Kelantan..Akhirnya berjumpa dalam 1 course, 1 group assgment...
Dia ibuku...sejak kecil selalu teman aku ke sekolah..Masa aku jawab exam UPSR, Dia tunggu sampai habis exam..
Dia punyai bakat menyanyi..suara mengaji sedap...Alhamdulillah..

Aku, Syitah, Yati..Yati sekarang adalah teman aku bersama-sama pergi kerja...kami sama-sama belajar kerja sebagai Research Assistant di UPSI...Bibit perkenalan bermula ketika dia banyak membantu aku ketika Pilihanraya kampus..Terima kasih...

Adik aku...tapi sempat lagi aku posing tengok camera..
Mami aku...berkat Dia dan arwah ayahku paling penting...tidak ada apa yang boleh menghalang..kecuali keizinan Allah S.W.T
Mami aku melihat aku dan kawan-kawan melompat..Balik umah dia cakap...puas hati aku duk posing..hehe
Ketika ini aku lihat mami macam nak mengalir air mata
Seiring dan sejalan..di sisi aku..ada insan yang kuat menyokong aku untuk berjaya

Kusyukuri pada Dia di atas sana atas kegembiraan ini
UPSI sentiasa di Hati...Allah telah aturkan..segalanya...aku hanya ikuti dengan yakin pada tali Allah...
Kami..semoga kami adik-beradik menjadi manusia yang berjaya...kita teruskan perjuangan mencari MARDHATILLAH..

(Sahabat-sahabatku..nk lebih clear gambar..enlarge yer..)

Assalamualaikum.

Beberapa episod berharga dalam diri yang tidak sempat aku coretkan. Sebenarnya blog aku ni, adakalanya time ada mood dan peluang baru sempat tulis. Ni pun dah macam aku paksa diri untuk tulis. Adakalanya, masuk jer blog nak sign in, terus tak jadi. Tangguh dahulu perasaan untuk tulis sebagai rasa menghargai diri sendiri.

Ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku rasa, bersyukur sangat-sangat pada Allah. Semoga cita-cita ini terus bersemarak dalam diri ini. Aku punyai impian besar, visi yang jauh. Aku tidak punyai sedikit pun rasa cemburu pada kejayaan orang, malah aku makin menyokong individu yang ingin pergi jauh, tidak ada pernah sekelumit hati ingin berbangga pada kejayaan dan pengalaman diri, cuma aku berharap apa yang aku peroleh aku ingin orang lain juga rasai dan boleh berjaya kerana manusia semuanya berpotensi. Rasa bersyukur dan terima kasih kerana punyai Tuhan yang sentiasa bersamaku dan memanduku. Dalam aku mendapatkan sesuatu, aku usaha dengan keras sambil berdoa, dan meletakkan doa itu seyakin-yakinnya pada Allah S.W.T. Zaman bergelar mahasiswa sudah berlalu. Terima kasih kepada tenaga pengajar, kedua ibu bapaku yang menjadikan diri aku pada hari ini, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang susah-senang kita bersama.

Aku telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian. Hanyalah suatu permulaan untuk alam yang lebih jauh. Cita-cita untuk menjadi ahli akademik tersemat kukuh dalam hati ini. Terima kasih Allah, Terima kasih mami dan papa dan keluarga juga. Aku anak sulung, aku mesti berbeza dan kuat yang luar biasa. Aku punyai cita-cita besar yang harus sama dengan kemampuan diri. Paling penting aku perlu terus kehadapan. Teringin dihati, selagi ada momentum ingin belajar, aku ingin terus menyambung pengajian dalam masa yang sama aku bekerja. Cita-citaku dari dahulu lagi. Paling penting hati mesti clear, pasti BAHAGIA. Allah perlu sentiasa ada dalam hati setiap detik. Mami aku selalu cakap, kita nak yang terbaik, buatlah yang terbaik. Terima kasih kerana selalu dorong aku, walaupun arwah papa aku telah tiada. Cita-cita arwah ayah aku menggunung tinggi, akan kusambut dengan penuh pengharapan untuk membanggakan ayah dan ibu. Aku suka melihat orang lain berjaya, dan aku rasa bahagia.Aku suka lihat orang lain terus kehadapan, dan beroleh kejayaan kerana aku memahami kerana aku juga punyai impian. Malangnya, perkara realiti, ada juga dalam kalangan manusia tidak boleh melihat manusia lain berjaya, lebih sedikit daripada orang lain dan rasa cemburu. Tapi bagi aku, tidak apa, itu masalah hati mereka, paling penting, hati aku mesti clear, hubungan baik sesama manusia yang lain dan doakan bersama orang yang cuba menghalang kita itu beroleh juga kejayaan. Aku kelak akan berumah tangga, perlu jadi terbaik. Dalam perlu jadi terbaik, banyak perkara memerlukan pengorbanan. Cuma satu peringatan pada aku, buat sesuatu biar kita clear, hati ikhlas, niat terbaik, dan kelak, jika niat tidak baik, rezeki pun susah nak datang dekat dengan kita, kita pun susah nak berjaya, malah lebih berat lagi jika niat tidak baik kita pada orang lain yang jadi mangsanya adalah generasi kita kelak. Maknanya, balasan itu kita akan dapat jika tidak pada diri kita, anak-anak kita kelak. Apa yang aku lakukan, aku punyai target tersendiri. Jika ada halangan, aku pasti aku bertenang, sabar, pandang sesuatu masalah dengan mudah.

Tidak ada apa yang nak disemakkan dalam kepala selagi Tuhan ada bersama kita. Aku pernah terbaca sepotong ayat, jika kita tidak mampu untuk lakukan sesuatu, kenapa kita perlu halang orang lain untuk berjaya? Yang aku boleh rumuskan, hati kita mesti clear dengan Allah, clear dengan manusia dengan niat yang terbaik. Allah pasti permudahkan. Aura kejayaan juga tidak akan datang kalau hati kita asyik iri hati pada manusia yang lain. Kita hidup adalah sama-sama untuk berjaya. Sejak dari aku UPSR, aku sentiasa berdoa untuk kejayaan rakan-rakan aku, doa untuk guru-guruku..ustazah aku ajar macam tu...supaya, apa yang kita doakan akan berbalik kepada kita juga.

Aku bersyukur juga ada pensyarah yang aku anggap benar-benar guruku yang amat membantu dan memberi peluang, sokongan kepadaku. Untuk menghargai mereka, aku perlu tulis nama mereka. Dr.Nasir, Dr.Fauziah, Dr.Shaheeda, Dr.Kadir, En. Mohd Nor...En.Aziz Yatim dengan perkongsian tentang sekolah, cabaran kaunselor memang best!Mereka sentiasa menyokong aku, sentiasa memberi pendapat untuk aku sambung pengajian. Pantang jumpa, pasti akan tanya, pasal sambung pengajian. Jauh di sudut hati aku, niat ini sudah lama aku pendam, mencapai cita-cita arwah ayahanda juga apa yang beliau tidak dapat capai, niat ini ketika aku di semester 5 masa degree lagi aku pasang niat ini. Dr.Nasir amat aku hargai, jika tidak kerana beliau yang siapkan poster aku untuk pertandingan inovasi pelajar dan National Research Innovation Competition 2010 hari tu, aku tak dapat rasai untuk menerima pingat gangsa.

Aku anak yatim, bukanlah orang yang senang...susah disebabkan keadaan...dan peristiwa yang dilalui yang makin menguatkan diri ini..arwah ayah aku amanah semua ini dan ini tanggungjawab aku..Jika makin dekat pada Allah hati ini, sudah pasti Allah akan sentiasa memberi rezeki dan kita juga jangan lokek, sentiasa beri peluang, mengajak rakan-rakan yang lain juga untuk ke hadapan, sedia memberi pada yang lain, InsyAllah berkat hidup. Cabaran datang macam mana pun, jika kita kuat, dan sememangnya rezeki itu adalah milik kita, sudah pasti akan bersama kita.

Petua murah rezeki mudah sahaja, niat harus baik walaupun buat apa sahaja, hati mesti clear, bila ada peluang rasai peluang itu dan peluang itu tidak akan hadir untuk kali kedua dalam situasi yang sama, dan kongsikan dengan rakan-rakan dan orang lain, kerana kita sama-sama mahu berjaya bukan ingin berjaya sorang-sorang. Nak capai tahap ni...hati kita mesti benar-benar ikhlas. Ikhlas itu subjektif cuma diri-sendiri yang dapat ukur. Cuma walaupun kita sama-sama ingin berjaya, dalam masa yang sama kita harus berbeza dengan orang lain,hati diletakkan serendah-rendahnya pada Allah..bila buat sesuatu bukan kita nak tunjuk kita hebat, tapi kita perlu ada niat apa yang kita peroleh kita ingin berkhidmat untuk masyarakat dan agama. Berbeza yang dimaksudkan adalah mengikut kemampuan diri-sendiri bukannya mengikut orang. Jangan pelik jika ramai orang hasad dengki dengan kejayaan kita, kita mesti semak diri kenapa berlaku seperti ini? Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Adakah sebelum ini kita pernah ada iri hati dengan orang. Itu harus disemak, dikaji, diteliti dan dianalisis. Alhamdulillah, setakat diri ini hidup, Allah sentiasa permudahkan, dan aku punyai kekuatan kerana orang sekeliling sentiasa menyokongku. Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T.

Aku menghargai manusia yang sentiasa membantuku...hanya aku mampu berdoa pada Allah S.W.T atas jasa kalian.

Orang lain tidak berhak menentukan masa depan kita
Kita punyai pilihan sendiri dalam kehidupan dan Allah sahaja tempat bergantung
Sebelum setiap keputusan kita lakukan, telah kita berfikir sedalam-dalamnya kerana kita punyai impian hidup dan kita yang akan lalui kehidupan kita bukannya orang lain
Sentiasa pandang ke hadapan walau apa yang berlaku, visi dan misi harus jelas...kita buat bersahaja, tenang,rileks..luar dan dalam..walau sibuk macam mana pun, enjoy tetap ada...
Kita dekati dan gauli orang yang sentiasa bersama kita, yang menghalang kita dekati juga kerana dengan cara itu kita akan dapat kejayaan yang Allah sentiasa akan permurahkan rezeki dengan melimpah ruah untuk kita
Yakinlah pada Tali Allah
Hidup untuk apa?
Hidup untuk mati dan hidup kembali di akhirat sana
Dialah tempat bergantung harap..pupuklah diri untuk bergembira dengan kejayaan orang lain seikhlas-ikhlasnya..didiklah diri jika anda mahu berjaya dan murah rezeki

14 Oktober 2010 dalam memori

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42