Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 17, 2009

Tiba Masa Untuk " Berehat " Seketika

Alhamdulillah.

Saya tidur bagai tidak ingat akan dunia. Mungkin kerana mengambil 4 biji ubat. Pukul 8 pagi saya ke klinik kesihatan UPSI. Tidak pula meminta cuti. 2 kelas saya terpaksa tinggalkan. Keadaan berasa sangat tidak sihat selepas pulang dari KL. Dunia diledakkan dengan isu H1N1 yang tidak tahu, bilakah penghujungnya. Semuanya berserah pada Tuhan. Makin ramai yang demam, makin meningkat pula angka kematian. Johor merupakan negeri tertinggi buat masa ini yang melibatkan kematian. Jauhkanlah kami YaAllah!

Jam 2 petang, saya melangkah ke kelas ganti Kaunseling Islam. Sihat tidak sihat kena pergi juga. Saya terhuyung-hayang kerana memakan ubat yang memberi kesan mengantuk. Berjalan seorang diri membuatkan diri banyak berfikir dan bermuhasabah tentang isu yang melanda dan perkara-perkara tersirat tentang ujian Tuhan. Setiap langkah, maka setiap pusingan fikiran, ligat diri ini berfikir di sebalik penyakit yang diizinkan Tuhan ini. Konspirasi di sebalik penyakit ini bermain di fikiran dan andaian-andaian tidak mampu merungkaikan jawapan, kerana Allah yang Maha Mengetahuinya. Di sebalik isu melanda ini, sudah masanya manusia berehat seketika. Tiada lagi manusia yang terkinja-kinja melompat tidak tentu arah dengan budaya hedonisme, tidak patut lagi anak-anak muda bergentayangan merempit, budaya gedik-gedik , seksual yang tidak ingat dunia, bersuka-suka dan segala bagai yang melalaikan patut ditinggalkan. Bukan tinggal untuk sementara, lagi baik tinggalkan terus. Jika berpunca daripada babi, maka, jika ingin dihapuskan babi-babi, dipersilakan kepada pihak dan manusia yang bertanggungjawab untuk menghapuskannya. Jika itu yang terbaik, dipersilakan daripada manusia mati kerana babi. Walau bagaimanapun, Fun perlu ada, yakni fun yang tidak melalaikan. Sesungguhnya, wabak H1N1 membuatkan diri ini banyak berfikir, siapakah hamba Allah yang akan datang menyelamatkan manusia dengan penciptaan vaksin H1N1 ini. Jauhkanlah kami, terutama keluargaku, umat Islam, dan semua umat manusia daripada wabak ini. Berikanlah petunjuk kepada diri ini, dan kami semua jika kami ini manusia yang lalai. Ampunkanlah diri ini, keluarga diri ini, umat Islam, dan manusia lain sebelum tiba ajalmu Tuhan. Aku ini hanya mampu berdoa.

Benar, sudah tiba masanya, untuk kita berhenti rehat seketika, sama-sama berfikir dan menelaah, sama-sama berusaha untuk menghindari H1N1. Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Cuma doakan aku agar tidak tergelincir daripada landasanMu. Bangun pada pagi ini, lantas membuka laptop dan membaca entri daripada En.Mohd Hazwan Mohd Nor tentang entri Masa untuk memperlahankan Kehidupan. Penulisannya amat membukakan minda. Layak benar, manusia ini menjadi YB yang prihatin. Kita ikuti penulisannya dan cuba kaitkan dengan wabak H1N1.

Tiba masanya untuk kita memperlahankan kehidupan. Dalam mengejar impian, cita-cita dan harapan kita tidak boleh terlalu tergopoh-gapah. Kita perlu ada perancangan dan jalur pemikiran yang terancang, kemas lagi teratur. Tidak boleh tidak segala yang kita inginkan perlu selari dengan kekuatan, tenaga dan kudrat. Hakikatnya kita tidak boleh terlalu mengejar sesuatu di luar batas kemampuan.

Mahu cepat-cepat ini nak ke mana? Kita mahu mengejar apa sebenarnya. Kita mungkin mengejar masa sedangkan masa itu telah diperuntukkan buat kita. Masa muda adalah ruang untuk kita membina masa depan. Muda ertinya penuh idea. Kemudaan ini adalah senjata ampuh untuk menolak bingkai-bingkai sosial lama yang tidak lagi menarik dan menawan.

Sesekali kita berfikir dan merenung hati kecil kita untuk bertanya apakah jalan ini satu keputusan yang tepat dan betul. Sesekali kita sangsi dan ragu-ragu. Masa terus berjalan dengan kesangsian dan keraguan itu. Yang pasti kita tidak boleh berundur ke belakang selepas membuat sesuatu keputusan. Kita perlu terus melihat ke depan.

Kita mesti teruskan perjalanan. Ini diadun dengan sifat tabah, tegar dan istiqamah pada keputusan yang telah dibuat. Tidak pernah sekali anak-anak muda menyesali dalam hidup. Kita perlu terus berjuang. Akan sampai masanya lagi kita memakan mayat rakan kita sendiri dek kerana mahu segera dan cepat.

Demam itu satu kifarah dosa. Semoga kehidupan ini tidak dilihat begitu naif dan membosankan. Kita perlu merayakan kehidupan dengan idealisme dan jalur pandangan yang positif. Jika tidak apa bezanya kehidupan di 1Malaysia ini berbanding Kabul. Lebih baik tinggal di Gaza jika kita sudah tidak tahan dengan rencam kehidupan.

Permatang Pasir adalah manifestasi dua parti politik yang sepatutnya memperlahankan kehidupan. Jika kita terus bergaduh dan bertengkar bilakah masanya untuk kita merancang kehidupan. Selepas pilihanraya kita kembali bekerja untuk sebuah pencerahan.

100 000 Pilih Guru

KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Alimuddin memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis. _ Kosmo

Tuesday, August 11, 2009

Duit

Memang benar apa yang ada di minda kita itu sebahagian daripada diri kita. Kita adalah insan yang sama-sama lahir di atas muka bumi ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Tidak dapat tidak kita mesti menghadapi kenyataan bahawa hidup ini perlukan duit untuk bergerak. Duit bukan segalanya tapi hampir segalanya memerlukan duit. Mengikuti kursus Personal Financial Intelligence (PFi) baru-baru ini 110% mengubah jalur pandangan hidup saya terhadap satu perkara iaitu - MONEY!

Hari ini saya memahami bahawa kesemua yang berlaku di sekeliling adalah berasaskan kepada ekonomi. Ekonomi ini pokok pangkalnya adalah duit. Kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan itu sebenarnya aliran kepentingan ekonomi kaum kapitalis yang mahukan survival mereka terpelihara. Yang membawa mesej nasionalis atau agama hampir sama sahaja. Yang membezakan hanya pada lambang dan warna. Hakikatnya kentut itu sama saja busuknya.

"Money is an idea". Duit itu adalah idea. Ditakdirkan saya dilahirkan bulan November yang salah satu ciri orang yang lahir bulan ini ialah mempunyai banyak idea dalam banyak perkara. Jadi saya mestilah banyak duit oleh kerana saya banyak idea. Namun harus diingat idea saja tidak cukup tanpa pengetahuan dan tindakan.

"Knowledge without action has no power". Ini tidak bermakna saya ingin bertanding Ketua Pemuda UMNO Kampung Gagu. Jangan salah faham. Saya tidak pernah mencadangkan agar diwujudkan kerajaan perpaduan. Saya cuma ingin mencadangkan agar diwujudkan kerajaan yang mengajar anak-anak muda tentang duit. Saya rasa tidak ada masalah pengangguran di Malaysia jika kita benar-benar memahami hakikat dan makna duit.

Pada saya tergolek tergelantang ahli politik bercakap soal berkhidmat kepada rakyat akan kembali kepada warga juga. Warga yang memilih samaada inginkan yang baik atau yang buruk. Hari ini kita melihat anak-anak muda tidak lagi terkangkang seperti dulu. Anak muda kini bermaklumat yang mereka dapat daripada twitter, myspace dan facebook. Hasrat saya untuk semua makcik Felda memiliki twitter masih belum kesampaian.

Semoga saya dan anak-anak muda di sekeliling saya akan meneruskan agenda pencerahan bagi warga 1Malaysia walaupun kami tidak belajar Sains dan Math dalam Bahasa Inggeris. Doakan kami ye.

*Entri menarik ini diperoleh daripada En.Hazwan Mohd Noor

Kemudaan

Dunia ini akhirnya akan dimiliki oleh anak-anak muda. Dunia ini bukan milik orang tua untuk selama-lamanya. Orang-orang tua harus menerima hakikat bahawa dunia telah diamanahkan kepada mereka untuk sementara waktu sahaja. Lebih tepat lagi kita katakan bahawa dunia ini kita pinjam dari anak-anak muda. Ini adalah hakikat perjalanan sejarah hidup manusia.

Dalam sejarah tamadun manusia; perkembangan, pembaharuan dan pencerahan semuanya dilakukan oleh generasi muda. Falsafah, pendapat, idea dalam semua bentuk telah dibuktikan hanya berupaya dilahirkan oleh generasi muda. Hanya yang muda berani meneroka membuka jalan untuk pembaharuan.

Isa dari Nazareth disalib dalam kemudaannya kerana melawan kezaliman dan kemungkaran. Che Guevara wafat dibunuh di zaman mudanya. Gerakan nasionalisma dan pembebasan Tanah Besar China bermula dengan gerakan pelajar 4 Mei. Indonesia merdeka kerana Sumpah Pemuda. Tun Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Tunku Abdul Rahman di zaman kampusnya. Turkey menerbus msuk ke dunia moden melalui Young Turks. Ahmad Boestamam, Chin Peng, Shamsiah Fakeh dan kaum nasionalis yang menjana gerakan nasionalis di Tanah Melayu telah mula bergerak sebelum umur mereka mencecah 30 tahun.

Muda bererti keberanian. Keberanian di sini bermakna berani menanamkan yang tua dan melahirkan yang baru. Hanya yang muda berani menolak dan mengoyakkan bingkai-bingkai sosial lama yang mengongkong dan melemaskan masyarakat. Anak-anak muda memiliki angan-angan dan mimpi-mimpi yang boleh dijadikan cita-cita. Dari cita-cita inilah lahir idealisme untuk melahirkan sesuatu yang baru, bersih, bertamadun dan menarik.

Kemudaan yang direncah dengan idealisme adalah ubat bedil yang paling ampuh untuk membawa apa sahaja bentuk perubahan dalam masyarakat. Tenaga muda ini muncul kerana anak-anak muda ini masih tidak terikat dengan rantai budaya atau rantai-rantai ekonomi yang memberatkan perjalanan cita-cita dan angan-angan mereka-ingin melahirkan Negara Malaysia yang baru.

Anak muda menjadi berani kerana mereka masih bebas dari rasuah yang sentiasa ingin menjerat dan memerangkap mereka. Mereka masih suci dari rasuah budaya yang ingin memperkukuhkan segala bentuk yang lama dan yang telah pudar sinar tarikannya. Budaya yang tidak merayakan kemudaan yang bersalut dengan idealisme pasti akan melahirkan masyarakat yang malap, gelap, miskin dan lembab.

Memang betul anak-anak muda kerana kemudaan dan kurang pengalaman hidup, besar kemungkinan mereka akan melakukan kesilapan. Memang benar kerana kadangkala anak-anak muda dilihat seolah-olah tidak berupaya untuk berfikir secara matang. Tetapi harus diingat membuat salah dan silap bukan hanya dimonopoli oleh orang muda.

Berani membuat silap dan gagal dalam percubaaan adalah tanda anak muda itu telah berani melakukan sesuatu. Pembaharuan dan penerokaan dalam sejarah tamadun manusia ini penuh dengan pelbagai macam salah dan silap. Dengan melakukan sesuatu, walaupu salah barulah timbul pengalaman. Hanya mereka yang muda dan berani sahaja yang tidak takut melakukan kesalahan sebagai pengalaman. Mengumpul pengalaman juga adalah salah satu sumber ilmu.

Anak muda yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan adalah anak muda yang telah dituakan. Anak muda yang miskin, papa kedana dan berpendapatan bawah RM5,000 juga anak muda yang telah dituakan. Anak muda yang menentang pembaharuan dan pencerahan pada akta zalim yang menindas juga anak muda yang telah dituakan. Anak muda berani adalah peguam muda yang bangun dengan agenda pencerahan ekonomi, sosial dan politik segala bangsa dalam negara kita (TT).

*Entri menarik daripada En.Hazwan Mohd Noor

Sunday, August 9, 2009

Terluka, Tiada Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak ada manusia yang ingin menemui kekecewaan. Tidak ada manusia yang ingin menemui kehibaan. Tidak ada manusia yang ingin terluka. Namun, sudah menjadi lumrah. Jika ingin menemui insan yang benar-benar yang ingin kita temui, kita akan menemui insan-insan yang bukan milik kita dahulu. Pelangi hanya sementara. Kusangkakan panas hingga petang, namun panas hanya sementara kerana Tuhan ciptakan hujan untuk kita merasai kesejukan kemudian hari. Tidak tahu di mana silapnya, mungkin bukan ketentuan untuk kita sentiasa memiliki pelangi. Ketika kita langsung tidak bersedia untuk menerima pelangi, pelangi muncul secara tiba-tiba dan perginya pula secara tiba-tiba.

Kenapa kita sering diuji di saat kita tidak mahukan kehadiran pelangi, kita pula disua-sua agar meredah pelangi itu. Apakah matlamat sebenarnya. Apa permasalahan yang sebenarnya membuatkan pelangi itu akan pergi secara tiba-tiba atau sememangnya lumrah kehidupan. Namun, sekali kita kecewa kerana kehilangan pelangi, pastinya sukar pula untuk menerima kehadiran pelangi. Hidup manusia sentiasa dipegang oleh prinsip kerana manusia itu mempunyai maruah. Jika maruah itu dicabar, mudah sangat manusia mengakui kekalahan. Namun, pokok persoalan itu bukan ingin menang atau kalah. Jika melibatkan masalah hati, amat berduka cita. Bukan senang peluang itu hadir. Jika sudah ada, kita pula yang hancurkan. Jadi, itu silap manusia sendiri. Namun, kesal tetap kesal, apa yang berlaku di sebalik pelangi tidak diketahui kerana hanya pelangi sahaja yang mengetahui sejauhmana dan apa yang berlaku sebenarnya.

Aku mendoakan, aku menjadi seorang manusia yang kuat. Sudah beberapa kali aku menitiskan air mata kerana perkara seperti ini terjadi. Aku sukar memberi hati, sukar pula untuk menerima. Jika pelangi lain datang dengan izin Tuhan kelak, aku redha dengan kejadian Tuhan. Sesungguhya, hati ini amat kecewa. Aku tidak mahu terluka lagi. Kita perlu menjadi manusia yang tahu dan sedar dengan apa yang kita lakukan dan jangan menjadi manusia yang hanya menurut, kerana kadangkala apa yang kita turutkan itu, sebenarnya, maksud lain oleh orang yang menyuruhnya. Semua manusia kita perlu hormat.

Jika ingin pelangi berlalu, biarkan berlalu dengan baik. Tidak perlu untuk menyamar dan samar-samar untuk berlalu. Hakikatnya, itu yang terpaksa dipilih kerana itu ketentuan Tuhan. Pastinya, Dia maha mengetahui. Tidak perlu kecewa. Yang pergi pasti berganti.

Friday, August 7, 2009

Saudara Baru..

Alhamdulillah...

Saya baru sahaja sampai di Tanjong Malim. Menaiki bas dari Kelantan menuju ke Pahang dan Kuala Lumpur dan akhirnya tiba di Perak. Seharian nampaknya berjalan.Ya lah, mengidam mahu berjalan akhirnya 3 negeri kuredahi 7 Ogos 2009 bermula 9.00 a.m hingga 9.00 p.m. Cuti darurat oleh UPSI baru-baru ini membuatkan saya berpeluang bertemu saudara baru saya. Saya mendapat sepupu baru dengan berat 4.5 kg. Begitulah anak-anak emak saudara saya, kalau melahirkan anak pastinya 4 kg ke atas. Kiranya sudah bertambah ahli keluarga kami. Ketika saya sampai di Kelantan, Ayah Su (bapa saudara bongsu, suami mak saudara) mengambil saya di stesen bas Kota Bharu dan terus ke rumahnya. Emak saudara saya baru sahaja keluar dari hospital. Seronok bukan kepalang. Nampaknya, kami antara sepupu-sepupu sudah berjumlah 8 orang dan hanya saya seorang sahaja perempuan, 7 orang lagi lelaki. Bermakna, selepas ini, mereka akan meriahkan kenduri saya kelak.Haha!!!Saya sempat bergurau dengan emak saudara dan mak saya, nampaknya, kena kumpul duit banyak-banyak lepas ini sebab yang lelaki kena masuk meminang anak orang kena pakai duit banyak..kasihan emak-emak saudara saya. Hohoho.Sempat juga berseloroh kepada emak saya, nasib baik Mami ada anak perempuan. Kira Mami beruntung, kalau tidak, tidak ada baka perempuan. Heheh..!!!

Balik rumah pun, bukan rilek. Tugasan tetap diteruskan. Adik saya yang bongsu cakap, kalau saya balik, ruang depan televisyen pasti saya sepahkan dengan kertas dan buku,semestinya akan berselerak.Haha. Biasalah, tambahan pula saya tengah edit dan edit yang tak sudah-sudah tentang latihan ilmiah a.k.a tesis saya. Surat-menyurat pastinya amat penting. Nasib baik saya balik berbincang dengan pihak sekolah. Bercakap dalam telefon pastinya orang akan bersetuju dengan cadangan kita, namun, apabila berhadapan pastinya perincian akan lebih jelas dan kajian saya di sekolah itu dibatalkan dan saya memilih lokasi lain, memandangkan ada permasalahan oleh pentadbir. Permasalahannya, sekolah itu baru sahaja melaksanakan program untuk pelajar tingkatan 6, pengetua tidak benarkan mengganggu pelajar tingkatan 6 bawah dan 6 atas. Namun, guru-guru tingkatan 6 bersetuju dan menyuruh dilaksanakan kajian itu. Apakan daya, pengetua baru, jika pengetua lama, pastinya mudah untuk saya berbincang. Saya pun tidak mengenali pengetua baru itu. Keputusannya, saya mengambil jalan mudah kerana kesemputan masa kelak, saya akan laksanakan kajian saya di Teluk Intan selepas diluluskan di EPRD. Harapnya jadi, kerana kerjasama dengan senior, pelajar praktikum juga. Insyaallah. Konsultasi pula sudah hampir siap ulasan, cuma tunggu ahli-ahli lain siapkan untuk edit sahaja. Banyak kerja dalam masa singkat ini sebelum puasa. Semput juga. Walaupun semput, fun tetap saya cari untuk elakkan saya tertekan. Nasib baik junior-junior kaunseling yang serumah dan sebilik dengan saya ini satu kepala (Nor Izien, Nor Baisatul). Mereka sekarang sibuk menyiapkan tugasan Dr. JaZimin...Seronok tengok korang fokus menaip dan mengarang depan laptop tu..hahahah...Memang meletop you allzzz!!!Hewhew...Walaupun kita sibuk, Fun mesti ada kan You Alllllzzz...hahahaha...I all memang suka buat havoc kacau you all time you all busy..hhihiiii...


Nak tengok sepupu baru saya tak?Tadaaaaaa...



Muhammad Zhafran M......bin Zamizi (lupa daa..M tu apa...pelik sangat namanya...huhuhu)..Gambar-gambar diambil ketika Zhafran berusia 5 hari sahaja..berrrrtapa besaunya kamu termasuk abang-abang dia masa kecil..macam ni lah jugak...uhhuhuhu..bila besar dah kurus kering..Kak Fiti jugak yang besau tak reti nak kecik-kecik..hehehe

Itu abang dia...Muhammad Zharif Mursyid yang mengacau adik nya tidur...hehehe..gambar atas silap tarikh..apa daaa..kamera aku...nih..!!!

Ini abang sulung dia..Zaim Muhaimin..baru darjah 2...korang bertiga semuanya lelaki..hhuhuhu...Sayang benar lah dapat adik baru tu...lepas ni..boleh ajak adik main gusti...heheh!

Tengah landing atas tilam dunlop Kak Fiti dier nih.,.hehehe

Comelnyerrr...bila besar..dah jadi cekeding macam abang-abang dia..
Syoknyer dia tidow...

Mak mertua ibu saudara aku dengan cucunya yang berusia 5 hari...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42