Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, July 29, 2009

Mask Sempena H1N1 dan Purdah

Alhamdulillah.

Ketika bersembang dengan seorang rakan membicarakan H1N1, isu negara dan wabak seantero dunia, kaku bertafakur seketika. Inilah ujian Allah kepada kita sebagai hambanya. Apabila diimbas tentang pemakaian 'mask', andai ditukar ganti dengan pemakain purdah...........itulah otak aku yang ligat berfikir antara kaitan 'mask' dan purdah. Jelas, Tuhan mahu aku berfikir sebenarnya. Di Tanjong Malim, peniaga-peniaga farmasi dan 'mask' mengaut keuntungan dengan cepatnya. Bayangkan, manusia membanjiri seperti ultraman memakai topeng dan ketika itu dapat dibayangkan, selaut manusia membanjiri memakai purdah. Alangkah indahnya Islam, bukan sekadar menutup aurat,tetapi melindungi. Bagaimana dengan aku yang terperuk di rumah ini, 'mask' belum diusaha untuk dapatkan, kalau di rumah memanglah berlambak, di sini kena beli lah. Alternatifnya, esok mahu tidak mahu, tudung perlu dibelitkan, hingga menutup pernafasan,..tutup dengan tudung.

Semalam, bersembang dengan rakan. Rakan aku itu sedang sarat mengandung. Kami makan bersama-sama. Rakanku itu, seorang yang aku hormati, memakai tudung menutupi sehingga paras punggung. Kami membicarakan tentang tudung. Aku nyatakan padanya, doakan aku suatu hari nanti semoga aku ini sepertinya juga. Cuma aku ini belum bersedia. Aku pernah pakai tudung paras punggung itu ketika di sekolah. Cuma, untuk hari-hari seperti biasa ini, jiwa aku mungikin masih suka pada fesyen tudung,..namun, fesyen tudung pasti aku sukakan yang menutup dada. Entah, memang pakai tudung sehingga tutup semuanya itu sangat selesa. Cuma apa yang menghalang aku sebenarnya untuk memakai tudung itu. Aku katakan pada rakan aku itu, aku sebenarnya rasa tidak layak untuk memakainya kerana aku ini masih lagi belum baik dan sempurna. Katanya dengan jawapan mudah, melalui pemakaian macam ni, kita akan terhindar melakukan perkara itu. Cuba fikirkan, apabila kita pakai tudung labuh, secara automatik kita akan terhindar kerana kita akan fikir..aku berpakaian seperti ini, takkan aku nak buat perkara tak baik ni..itulah katanya kepadaku. Aku katakan lagi..aku pakai tudung bawah paras bahu sedikit..cuma untuk seluruhnya aku tidak bersedia lagi. Kalau mahu pakai, tudung labuh.. tudung nenek aku bersepah dia mahu berikan..cuma aku katakan pada hati aku, aku kena kuat...dan jaga adab aku..dan seluruhnya..entah kenapa..sesiapa yang membaca entri ini, jika mahu memberi komen..silakan....demi kebaikan dan perubahan diri aku juga...

Aku menolak kenyataan bahawa memakai tudung labuh itu merimaskan..panas...kerana suatu ketika aku memakai tudung labuh..aku amat selesa..aku mahu melompat...ganas-ganas pun tidak terselak sana-sini, tidak perlu risau...tetapi..apa sebenarnya masalah aku ini...kuat sangat ke syaitan duga aku ni...hati memang nak pakai...tapi...tapi...tapi apa...cuma aku boleh katakan aku tidak bersedia..kerana aku ini masih dalam keadaan agak ganas lagi...huuhuhuhu....aku tidak mahu orang label aku..bila aku pakai tudung labuh..tidak kena dengan tuannya yang masih rock...namun....aku teringin...sudah lama....namun..apa yang tidak meneruskan aku memakainya...tiada masalah pun sebenarnya...aku ini tidak konsisten sebenarnya...Mungkin...!!!
Suatu hari nanti..semoga terkabul cita-citaku.

Profesion aku kelak sebagai seorang kaunselor. Ada seseorang memberi tahu aku..setelah aku menyatakan niat aku untuk memakai tudung labuh. Kalau boleh, aku perlu fikir, katanya. Sebabnya aku bakal seorang kaunselor, untuk mendekati pelajar mungkin sukar kerana pelajar akan takut kebiasaannya. Katanya " Adik pakai macam tu pun dah cukup baik, akak dulu pakai tudung labuh juga, tapi untuk mendekati pelajar-pelajar Cina amat sukar"Begitulah katanya...

InsyaAllah, doakan aku kawan-kawan. Itulah cita-cita aku. Impian aku, untuk menunaikan haji pada usia awal.Pulangnya aku dari haji, maka aku akan melaksanakannya..namun...bila...bila....DOAKAN AKU UNTUK AKU LAKSANAKANNYA..APA YANG SUSAH SANGAT...???Bila aku ingin bersedia dan berkeyakinan untuk itu sedangkan keyakinan aku pada tempat lain sudah mampu untuk aku laksanakan...

Sesungguhnya aku bercita-cita untuk meningkatkan inci tudung aku itu....sebab itu lah..jika aku pakai tudung biasa..hanya lepas paras bahu sahaja..aku akan pakai blazer dan jaket..sebenarnya aku malu jika terselak...Doakan aku ya..!!!!

Pemecahan berita H1N1 di UPSI

Pengangkutan percuma untuk pulang ke kampung
Pihak pentadbiran UPSI mengumumkan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk pelajar UPSI balik ke kampung esok. UPSI menyediakan bas ke tiga destinasi utama iaitu ke negeri-negeri pantai timur, utara dan selatan tanah air. Perkhidmatan akan bermula esok jam 2.30 petang di Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Zaaba. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat KHAR dan KZ awal pagi esok.

Ramai kakitangan UPSI dijangka MC esok
Beberapa pihak mendakwa kemungkinan besar ramai kakitangan UPSI akan mengambil cuti sakit esok berikutan arahan kuarantin yang diarahkan Kementerian Kesihatan ke atas UPSI bermula hari ini. Meskipun sebahagian kakitangan dikehendaki hadir bertugas seperti biasa namun kebimbangan dijangkiti jangkitan H1N1 ini pasti mendorong mereka mengambil cuti sakit.

Kereta api penuh malam ini
Tempat duduk kereta api ke utara tanah air malam ini dilaporkan penuh setelah tiket-tiket habis dijual petang tadi. Dianggarkan semua tempat duduk akan dipenuhi pelajar-pelajar UPSI dari negeri-negeri utara seperti Kedah, Pelau Pinang dan Perlis. Di kolej-kolej kelihatan pelajar menunggu perkhidmatan ‘kereta sapu’ untuk ke stesen kereta api dan ada juga yang meminta bantuan rakan.

Saran buat solat hajat
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI, saudara Akmal Madzir sekali lagi memberi saranan kepada jemaah surau di semua kolej-kolej kediaman membuat solat hajat khusus untuk mendoakan UPSI segera pulih dari wabak H1N1 dan mendoakan agar mereka yang dikuarantin segera sembuh serta dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau dijangka akan berada di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) untuk solat Isyak di sana sekiranya dibenarkan masuk.

Pelajar sudah mula bergerak pulang
Sehingga jam 8 malam tadi kelihatan pelajar-pelajar sudah mula meninggalkan kolej menaiki bas untuk pulang ke kampung masing-masing. Terdapat juga di kalangan mereka yang pulang menggunakan kereta api malam ini. Tidak kurang juga ibu bapa yang datang sendiri untuk mengambil anak mereka pulang.

Makan malam juga disedia
Makan malam untuk penghuni di kolej-kolej kediaman turut disediakan. Pihak kolej meminta semua yang berada di kolej untuk turun mengambil makanan.

Tarikh peminjaman pakaian akademik ditunda
Bahagian Akademik UPSI memaklumkan tarikh untuk urusan peminjaman jubah yang dijadual bermula 3 Ogos bagi pelajar-pelajar yang akan bergraduat Ogos ini ditunda ke 7 Ogos 2009. Urusan peminjaman juga boleh dibuat pada hari Sabtu dan Ahad (8 dan 9 Ogos) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Penundaan ini dibuat selepas UPSI diarah dikosongkan berikutan penularan jangkitan H1N1.

Pelajar dilarang keluar kolej tanpa surat pengakuan
Semua pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman perlu menjalani rawatan saringan sebelum diberi surat pengakuan bebas jangkitan H1N1. Sekiranya mereka tidak menjalani rawatan tersebut, mereka dilarang untuk keluar dar kawasan kolej kerana gagal menunjukkan surat tersebut. Pendekatan ini dibuat selepas mendapati pelajar tidak mengendahkan arahan kuarantin meskipun UPSI mengumumkan wabak itu sudah menular di sini.

'Kereta sapu' dapat permintaan luar biasa
Perkhidmatan 'kereta sapu' di kolej-kolej kediaman mendapat permintaan luar biasa sejak pengumuman cuti dibuat beberapa jam yang lalu. Kebanyakan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini meminta mereka dihantar ke stesen bas dan kereta api untuk membeli tiket.

Stesen bas, kereta api sesak
Pengumuman cuti yang dibuat UPSI menyebabkan stesen bas dan kereta api di sini sesak dipenuhi pelajar-pelajar UPSI yang mahu membeli tiket untuk belik ke kampung masing-masing. UPSIkini dilaporkan hampir semua tiket bas dan kereta api habis dijual untuk perjalanan hari ini dan esok. Kelihatan juga kenderaan ibu bapa yang datang ke kolej-kolej untuk mengambil anak mereka pulang.

Pemeriksaan kesihatan masih dijalankan di kolej-kolej
Sehingga kini, pihak Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang masih membuat pemeriksaan kesihatan ke atas mereka yang mengalami simptom-simptom dijangkiti H1N1. Beberapa bilik rawatan dibuka di kolej-kolej kediaman dan pihak kolej meminta mana-mana pelajar yang mengalami simptom-simptom seperti demam, selsema,sakit tekak dan sebagainya segera membuat rawatan di bilik rawatan yang dibuka.

Keputusan cuti awal untuk kebaikan semua pihak
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, saudara Zulhilmi menjelaskan keputusan memulakan cuti semester lebih awal adalah langkah terbaik untuk menjaga kebaikan semua pihak. Oleh yang demikian, sebarang kesulitan yang dialami berikutan keputusan itu harap difahami kerana langkah pencegahan perlu dibuat bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Pelajar yang tidak balik diminta buat pemeriksaan
Pelajar yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung pada tempoh 29 Julai hingga 9 Ogos ini diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga. Arahan itu dibuat bagi memastikan semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman atau di rumah sewa semasa tempoh tersebut bebas daripada jangkitan H1N1.

Arahan kuarantin masih berkuat kuasa
Arahan kuarantin di kolej-kolej kediaman dan setiap pelajar UPSI masih berkuat kuasa meskipun pengumuman cuti dibuat. Justeru, pihak pentadbiran mengingatkan kepada semua pelajar yang menginap di kolej agar tidak terlalu banyak bergerak keluar dan mengelakkan diri daripda berkumpul sebagai langkah pencegahan dan pematuhan kepada arahan kuarantin. Selain itu, pelajar turut disaran untuk memakai ‘mask’.

Kematian ke empat mangsa H1N1 membimbangkan pelajar di sini
Laporan media berkenaan kematian ke empat mangsa virus H1N1 di Hospital Melaka membimbangkan pelajar di sini. Berikutan itu arahan segera pulang ke kampung bagi pelajar yang sihat dan dikuarantin untuk mereka yang disyaki terkena jangkitan harus dipatuhi. Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, saudara Zulhelmi menasihatkan agar pelajar patuh kepada arahan tersebut dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Pelajar DPLI turut cuti
Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) turut dibenarkan pulang ke kampung masing-masing bermula hari ini. Mereka yang kebanyakannya tinggal di Proton City dan Kota Malim Prima dibenar pulang selepas UPSI mengumumkan cuti sehingga 9 Ogos ini.

Pelajar Sabah & Sarawak mengeluh
Walaupun ramai di kalangan mahasiswa UPSI gembira dengan pengumuman cuti pertengahan semester yang diawalkan berikutan kes H1N1 di sini, tetapi lain pula bagi pelajar Sabah dan Sarawak. Mereka yang telah menempah tiket mengikut jadual asal cuti pertengahan semester yang bermula pada 15 Ogos ini, dikatakan agak kecewa dengan keputusan tersebut.

Masih ramai menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tg Malim
Meskipun pengumuman cuti telah dibuat, namun masih ramai pelajar UPSI yang sedang membuat rawatan saringan jangkitan H1N1 di sini. Kesemua mereka merupakan pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman. Terdapat juga beberapa pelajar yang tinggal di luar kolej membuat menjalani rawatan di sini. Akmal Madzir yang berada di sana menyarankan agar semua mahasiswa sentiasa berwaspada terhadap jangkitan ini meskipun cuti diberikan sebagai langkah pencegahan.

Pengumuman cuti dibuat
Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat.

Arahan kuarantin masih diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan
Pihak pentadbiran kolej masih meneruskan arahan kuarantin meskipun dikhabarkan cuti bermula hari ini. Pihak kolej dikatakan belum menerima arahan rasmi berkenaan kebenaran untuk pelajar pulang ke kampung daripada pihak universiti.

Pelajar sihat dibenar balik kampung
Desas-desus cuti pertengahan diawalkan semakin mencapai kepastian. Terbaru UPSIkini dilaporkan semua pelajar yang sihat dan tidak disyaki terkena jangkitan H1N1 dibenar pulang ke kampung masing-masing. Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.

Beberapa program universiti ditangguh
Ekoran kes H1N1 yang semakin mendapat perhatian ramai pihak hari ini, beberapa program universiti terpaksa ditangguhkan. Antaranya adalah Pameran Keusahawanan FPE dan program Anjuran Pusat Islam. Penangguhan program-program ini juga dikatakan berkait rapat dengan cuti pertengahan semester yang dilaporkan akan bermula lebih awal.

Maklumat awal : Cuti pertengahan semester diawalkan
Cuti pertengahan semester akan diawalkan seperti yang dilaporkan UPSIkini sebelum ini. Keputusan mesyuarat bersepakat mengawalkan cuti pertengahan semester berikutan kes H1N1 yang dilaporkan positif terhadap beberapa suspek. Namun, surat rasmi berkenaan perkara tersebut masih belum dikeluarkan.

Mesyuarat selesai, Pengetua kolej akan umum keputusan di kolej masing-masing
Mesyuarat yang melibatkan pentadbiran kolej dan universiti berkaitan terdapat kes H1N1 yang dilaporkan positif di UPSI selesai pada jam 2.30 petang tadi. Pengetua kolej-kolej kediaman bakal membuat pengumuman dan penjelasan berkenaan keputusan mesyuarat di kolej masing-masing.

Pelajar UKLK dakwa dianak tirikan
Beberapa pelajar yang menginap di luar kolej mendakwa mereka dianak tirikan dan tidak dimaklumkan tentang H1N1. Mereka mengadu perkara tersebut di dalam ruangan forum MyPortal UPSI. UPSI sebelum ini mengeluarkan arahan semua mahasiswa mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing.

Jualan ‘mask’ laris
Seorang peniaga di hadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) mengambil kesempatan menjual ‘mask’ di hadapan pintu masuk ke KHAR selepas mendapati ramai pelajar dihalang keluar oleh Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan ‘mask’ di kedainya. Beliau mendakwa jualan ‘mask’ begitu laris hari ini berikutan berita jangkitan H1N1 mula dijangkiti di sini.

Pengawal keselamatan berang pelajar ingkar arahan
Keadaan di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sedikit kecoh di depan pendok Pengawal Keselamatan kerana sebilangan pelajar mengingkari arahan kuarantin. Mereka dilaporkan ingin keluar untuk mendapatkan ‘mask’ di kedai berhampiran namun tetap dihalang pengewal keselamtan yang bertugas.

Solat Zohor berjemaah di surau tetap dilaksanakan
Meskipun arahan kuarantin dikuatkuasa hari ini ke atas semua kolej kediaman dan semua penghuni diminta tidak keluar daripada rumah masing-masing, azan Zohor di surau kolej-kolej kediaman masih berkumandang dan solat berjemaah masih dilaksanakan.

Pelanggan Abuya kurang, tidak seperti biasa
Bilangan pelanggan di kedai makan Abuya dilaporkan kurang berbanding sebelum-sebelum ini yang menjadi warung pilihan ramai warga UPSI untuk makan tengah hari. Keadaan ini dikatakan kesan arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh pihak UPSI ke atas semua kolej dan penutupan kampus UPSI daripada sebarang aktiviti hari ini.

Masih ramai ambil mudah saranan pemakaian ‘mask’
Pelajar-pelajar yang turun mengambil makanan di kolej-kolej kediaman kebanyakannya tidak mengenakan ‘mask’ meskipun disaran berbuat demikian melalui iklan yang disiarkan media apabila jangkitan ini mula menular di kawasan masing-masing. Rata-rata mendakwa tidak mempunyai 'mask' dan mencari-cari di mana boleh mendapatkan ‘mask’ tersebut.

Prosedur ketat di pintu masuk kolej
Prosedur keluar masuk kolej diperketat dan menyaksikan pelajar tidak dibenarkan untuk keluar sekiranya tiada urusan yang mendesak. Keadaan ini memaksa pihak pentadbiran kolej turun padang dan berada di pintu masuk kolej bagi memastikan arahan kuarantin benar-benar dilaksanakan.

Pelajar kolej ambil makanan guna kupon
Pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman dilaporkan sedang mengambil makanan menggunakan kupon yang diberikan oleh pihak kolej selepas kaunter mengambil makanan dibuka beberapa minit yang lalu.

Beberapa pelajar ambil tindakan balik kampung
UPSIkini dilaporkan sebilangan pelajar mengambil tindakan nekad untuk balik ke kampung kerana beranggapan tindakan tersebut lebih selamat dan sudah menjangka cuti seminggu pasti diumum berdasarkan beberapa kes serupa di Institusi Pengajian Tinggi dan Kolej-Kolej lain sebelum ini. Mereka juga dikatakan bimbang kehabisan tiket apabila pengumuman cuti seminggu dibuat dalam masa terdekat.

Taman Bahtera turut dikuarantin
Semua penghuni di Taman Bahtera termasuk Bahtera Arked dan Bahtera Teres turut diarah kuarantin kerana berhampiran dengan kedudukan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO). Kedai-kedai di Taman Bahtera juga dilaporkan lengang.

2 identiti pelajar positif H1N1 dikenalpasti
Dua identiti pelajar yang dilaporkan antara suspek positif H1N1 dikenalpasti. Mereka adalah Siti Zuraihan dan Mariam, masing-masing pelajar program Pendidikan Perakaunan. Pihak yang memaklumkan perkara ini meminta agar semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka.

4 pelajar di KZ pula dilaporkan positif
Maklumat terkini yang diterima UPSIkini mengatakan 4 orang pelajar yang menginap di Kolej Zaaba dilaporkan antara suspek yang positif ujian H1N1.

Kawasan sekitar kolej lengang
Suasana sekitar kolej di sini dilaporkan lengang dan hampir semua pelajar mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. Semua pengawal keselamatan dikerah untuk meningkatkan pengawasan keluar masuk kenderaan dan orang awam ke kawasan kolej.

Bas UPSI angkut pelajar di kolej buat pemeriksaan segera
Beberapa buah bas dilihat berulang-alik ke kolej-kolej kediaman untuk membawa pelajar-pelajar untuk membuat pemeriksaan di hospital berdekatan. Kebanyakan yang diminta membuat pemeriksaan tersebut adalah mereka yang mengalami demam dan ILI (influenza-like illness)

Orang ramai turut bertopeng
Orang ramai sekitar Tanjong Malim turut kelihatan memakai topeng (mask) setelah berita mengenai penularan wabak H1N1 tersebar di kalangan orang awam.

Seorang penghuni KHAR antara yang positif
Seorang pelajar perempuan yang menginap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) antara yang dilaporkan positif ujian H1N1. Pelajar tersebut juga merupakan peserta yang mengikuti satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pentadbiran kolej diminta urus makanan penghuni kolej
Semua pentadbiran kolej kediaman diarahkan untuk menguruskan bekalan makanan kepada semua penghuni kolej masing-masing berikutan arahan kuarantin yang masih berkuatkuasa.

Cuti seminggu berkemungkinan dikira sebagai cuti pertengahan semester
Susulan makluman yang dibuat Bahagian Perhubungan Awam berkenaan pengumuman status cuti seminggu yang dijangka dibuat esok, maklumat terkini mengatakan cuti seminggu berkemungkinan dibuat tetapi dikira sebagai cuti semester sepertimana Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengmbil langkah pencegahan dengan memulakan cuti pertengahan semester lebih awal.

Cuti seminggu : UPSI jangka umum esok
Bahagian Perhubungan Awam (PRO) memaklumkan UPSI dijangka akan mngeluarkan pengumuman sama ada diberi cuti seminggu atau tidak esok. Sehingga kini, pihak UPSI dan Bahagian Kesihatan Batang Padang masih menjalankan kerja-kerja mengenal pasti tahap keseriusan jangkitan ini di UPSI.

Ambil kesempatan solat hajat dan berdoa
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP, saudara Akmal Madzir menyarankan agar semua mahasiswa UPSI mengambil kesempatan penangguhan kuliah hari ini untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar semua warga UPSI berada dalam keadaan sejahtera.

Waktu kuarantin dijangka dilanjutkan
Berikutan maklumat yang dikeluarkan Bahagian Korporat dan Antarabangsa UPSI supaya semua pelajar mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing hari ini sehingga satu tarikh yang diumumkan kemudian, ramai pihak menjangka waktu kuarantin akan dilanjutkan sepertimana lain-lain IPT dan Kolej yang dilaporkan media sebelum ini.

6 pelajar dilaporkan positif
UPSIkini dilaporkan seramai 6 orang pelajar UPSI positif ujian H1N1. Namun pihak UPSI masih belum mengumumkan angka sebenar kes.

Bengkel Melt "n" Pewersoap


Bengkel Melt n Powersoap
Melalui penyertaan kursus ini, anda boleh memulakan perniagaan sendiri. Bengkel mempelajari menghasilkan sabun hiasan. Boleh buat untuk cenderahati kenduri, hiasan dan sebagainya. Suri rumah, yang masih belum mendapat kerja dialu-alukan menyertainya. Penyertaan adalah terhad!
Salam..sapa-sapa berminat, sila hubungi saya.
017-9261440

(Cik Afiti)

Tuesday, July 28, 2009

Detik 28.7.2009

Alhamdulillah.

Seharian memberi peluang untuk diri berada seharian di kampus, memberikan kepuasan dan kegembiraan untuk hari ini. Selesai sahaja kelas Cik Amelia, Psikologi Abnormal aku meluru ke surau di perpustakaan untuk solat Asar. Jam hampir menunjukkan 6.15 p.m. Lengang tiada orang bergentayangan. Maka, aku di situ sehingga maghrib selesai. Aku mulakan langkah ke dalam perpustakaan. Jam 8 lebih, aku masuk ke dalam perpustakaan dan di suatu sudut, pernah kulihat jejaka itu. Owh, karikatur Gila-gila rupanya. Seawal aku masuk ke UPSI tahun 2006, ketika selesai sahaja minggu orientasi, aku pernah ke kaunter karikatur itu untuk menempah gambar lukisan. Kali ini, aku menapakkan kaki lagi ke kaunter karikatur-karikatur Majalah Gila-gila itu. Tertera, harga lukisan RM 10 dan liminating RM 5. Aku meminta salah seorang melukis gambarku. Karikatur yang digelar Nud mula melukis. Dahulu, aku hanya memberikan gambar untuk dilukis wajahku dalam bentuk kartun, tapi kali ini, aku katakan aku tidak membawa gambar dan aku katakan aku berdepan sahaja.

Tahu-tahu sahajalah mulut aku ini. Tambah pula ada librarian yang peringkat 40-an juga ada di situ. Berbual tentang bakat melukis sebentar. Aku katakan, kalau bagi pensil pada aku, sure tangan aku keras tidak bergerak-gerak. Mereka terkekek-kekek ketawa. Seronok juga berseloroh. Tiba-tiba karikatur Wan, "Saya macam pernah nampak la awk..dekat mana eh..?2,3 kali diujarkan sebegitu. Aku katakan entah lah...orang muka sama kot. Semasa aku membelek-belek novel yang tengah sale di tepi kaunter itu, Cik Wan itu bertanya lagi, akhirnya aku cakap aku pernah pergi lukis wajah kartun masa 2006. Karikatur Ujang pula bertanya, gambar dahulu masih ada lagi ke tidak. Aku katakan masih dalam keadaan baik, dan diletakkan di kampung. Rancak jugak bersembang. AKhirnya, muka aku versi kartun sudah siap. Nasib baik kebetulan kamera dalam beg. Biasalah, saat-saat akhir berada di UPSI ini, pastinya kenangan terindah dan setiap detik itu berharga. Lepas Nud melukis, aku cakap lah, yang dia nak lukis itu apa...katanya gambar aku duduk atas batu...aku balas balik...ingat nak lukis saya duduk atas dunia..Dua-dua tengok pada aku.."Bagos idea engkau tuh..suruh lukis dunia eh...?Kenapa awal-awal kau tak cakap...Ok, lepas ni aku lukis gambar orang lain aku buat dunia...Boleh jugak idea kau tu..Aku pun terangkan balik..Maknanya..gambar dunia tu kecil sahaja..tapi aku duduk atas dunia tu...Makna gambar tu..simbolik kejayaan...dan kekuatan.."Kenapaaa laa..kau tak cakap awal-awal...aku lukis lepas ni lah untuk gambar orang lain"...Begitulah kata karikatur itu,..Aku cakap tidak mengapa jer...

Selepas mengucapkan terima kasih, aku membayar harga untuk novel dan lukisan. Lalu, aku terus ke tingkatan atas dalam perpustakaan membuat tugasan. Jam 11.20 malam barulah aku pulang ke rumah.


Tengah syok melukis
Inilah karikatur...Aku lupa mereka karikatur Majalah Ujang ke Majalan Gila-gila...
Siap sudah...!!!!
Novel-novel lama RM 16 semuanya..murah!!!Murah..Aku nak beli yang lain lagi..yang terbaru..tapi tidak cukup duit..lupa mahu sedut dari ATM..uhhuuh..Nak pergi esok, tapi tidak boleh keluar pula, kes semua pelajar kolej UPSI kena kuarantin H1N1..dan dilarang keluar..takut pulak aku...rasa mahu pergi beli lagi novel yang terbaru tahun ini...huwaaa
Novel yang sempat aku beli. Novel-novel lama untuk dijadikan koleksi. Kalau ada mood, tak boleh berhenti baca novel, sehari 5 buah novel pun boleh habis. Tapi, kalau malas, jangan harap aku nak sentuh. Huhu

Jaga Adab, Agar Teradab, Jaga dan Hiasi Diri agar Masyarakat Islam Dipandang Tinggi

Secara sedar tidak sedar, kita sebenarnya melupai peranan kita. Kadang-kala terlalu ingin dikejar tentang kepuasan diri dan juga kehendak duniawi. Namun, kehendak duniawi itu perlu diletakkan matlamat untuk kehendak akhirat. Dalam kehidupan di dunia, manusia akan sepi tanpa manusia yang lain. Oleh sebab itu, kehidupan Nabi Adam dihiasi dengan kehadiran Hawa. Kehadiran baginda berdua seterusnya melahirkan generasi sehingga ke hari ini. Bermulanya kehidupan Nabi Adam dan Hawa, syaitan telah bersumpah akan menghancurkan generasi Adam sehingga hancurnya dunia. Maka, kerana adanya nafsu yang berhaluan kiri, maka diri manusia tidak terlepas daripada berbuat dosa. Tidak bermakna saya yang menulis ini, suci tanpa dosa, walhal saya sendiri banyak melakukan kesilapan. Namun, di sebalik kesilapan yang dilukis di atas muka sendiri, adalah lebih baik, diri-sendiri yang cuba untuk memadamkan coretan itu dengan perkara yang lebih baik dan memohon keampunan padanya.

Sedar tidak sedar, kita banyak melukakan hati manusia-manusia lain dalam kita ingin memperelokkan dan mengangkat diri kita. Sikap riak, takbur, terlalu mementingkan diri, tidak menjaga kata-kata sehingga mengaibkan orang, dan terlalu berkepentingan sebenarnya selalu hadir dalam diri manusia. Ada antara manusia-manusia yang mudah lupa asal usul diri. Tidak sedar bahawa diri itu datangnya daripada Allah dan kembalinya pada Allah. Walau hebat, berpangkat, jelita, dan dikurniakan keistimewaan, berharta, jika dihisab, itu bukan ukurannya. Sebaliknya akan dipersoalkan kemana keistimewaan yang diberikan untuk digunakan di jalan Allah.

Masyarakat sekarang, lebih suka menyambung pelajaran tinggi-tinggi. Ada yang menyambung pelajaran untuk kepuasan diri, dan ada juga menyambung pelajaran demi mendapatkan kerja dan pangkat yang baik. Namun, sedar tidak sedar jika dihisab kelak, ukuran yang membezakan manusia itu ialah kemana disalurkan peluang yang dipinjamkan oleh Allah itu. Kita lihat juga, jika belajar tinggi-tinggi, keluar kelas, tidak tahu apa-apa. Di kertas, rancak menjawab peperiksaan dan akhirnya memberi kecemerlangan. Namun, sejauhmanakah, ilmu yang dipelajari itu akan dikutip dan digunakan untuk sarwajagat. Justeru, konsep pembelajaran yang tidak pernah henti itu perlu diteruskan. Jangan pula lepas dikenalpasti kesilapan itu, maka terus dilakukan dan menyatakan itu hanyalah kesilapan juga sedangkan diri masih tidak mahu berubah. Usahlah bercakap merendah-rendahkan orang lain dan berwaspadalah dengan janji Allah. Sekali kita merendah-rendahkan manusia lain, beribu kali Tuhan akan memberi keaiban untuk diri.

Sesungguhnya, setiap kesilapan itu boleh dipelajari dan dijadikan panduan. Hidup ini tidaklah lama. Saya menulis bukanlah untuk menjadi ustazah kerana gelaran itu langsung tidak layak pun untuk diri, cuma menulis hanya untuk peringatan apa yang terbuku dan terlintas di hati. Amatlah rugi orang yang mengetahui sesuatu itu berdosa, namun dirinya masih melakukan dosa.

Terima kasih.

Sunday, July 26, 2009

Nasi Kerabu dan Pulut Mangga

Alhamdulillah..

brup..brup..erkhhh...kenyang...(sendawa..hehehe)

Baiklah, hari minggu ini ingin berkongsi tentang menu hari ini. Memandangkan kamera telah pun pulih, maka gambar-gambar boleh lah diambil. Bermula pukul 12 lebih, saya masuk ke dapur. Menu telah dirancang..semalam. Tanya dua orang junior rumah, nak makan nasi kerabu x..esok..kalau nak makan,..Kak Fiti nak buat...Mereka cakap..boleh, nak makan dan menu satu lagi, aku nak bagi mereka rasa, pulut mangga. Tanya mereka pernah makan pulut mangga ke tidak..katanya tidak pernah..Jadi, bagi mereka rasa. Nasi kerabu sudah banyak kali dah buat, kali kedualah kiranya bermula duduk di rumah sewa ni...sepanjang berada di UPSI, curi-curi masak nasi kerabu di kolej dah 2 kali..yang lain tak payah kira...hahaha..En.Zulkifli pasti mengamuk kalau tahu kan..kan..kan..???Pulut mangga aku selalu makan bila di kampung dan terutamanya dengan nenek aku di Thailand. Jadi, semalam ada pasar malam, kebetulan pula. Aku dan junior aku pergi mencari mangga, beras pulut dan segala peralatan di dapur yang berkurang. Jadi, teringat pula ulam-ulam untuk nasi kerabu. Bunga kantan susah betul aku nak dapat di pasar malam termasuk daun kesum.Akhirnya, terjumpa di pasar mini taman bernam yang tidak berapa jauh dari rumah aku. Haha..dekat ada..duk cari yang jauh.Haih!!! Sekejap sahaja, pukul 1 aku dah boleh makan dah bersama-sama junior aku dan budak rumah aku yang lain. Biasalah, hari-hari cuti masing-masing ambil kesempatan tidur-tidur..heheheh...Bila lagi mahu berehat.Termasuklah aku. Sebab itu turun ke dapur jam 12 lebih tu. Mak cik Salmah aka Cikgu Salmah, tuan rumah sewa aku itu turut dapat merasa..Katanya, bila masa aku nak belajar..katanya selalu masak dan hari-hari hantar rumah mak cik ajer.. Semalam Nafisah buat bubur pulut hitam dengan durian...Aku gelak jer..mak cik cakap macam tu..(dalam hati aku ni..masak itu tetap masak mak cik..tidak menghalang pun untuk belajar..sebab itu keperluan fisiologi..ngeh..ngeh..bukan stadi hari-hari pun..dalam kelas jer belajar..rumah spare untuk assgment jer..). Menu ini sampai malam kami makan...sekali sahaja memasak nasinya sehari..dan makanan ringan tak payah nak cakap...haa..sekarang sudah bau kat bawah tu..keropok lekor pulak...Zamzuri bawak keropok lekor dari Kelantan...Mesti Kak Da tengah goreng keropok tu....

Antara ulam-ulam yang sempat aku keluarkan dari plastik... sebelum masuk dalam peti ais....hehehe..yang lain sumbat dalam peti dah...hahaha...I like too much...

Haha..bersepah...kicap pun masuk dalam peti ais..bukan aku punya erk..hehehe..


Tada..siap..!!Konfom pelik kan..kenapa nasi kerabu aku buat warna kuning..kalau pergi kelantan..nasi kerabu ada dua warna..biru dan kuning...aku malas nak renehkan bunga biru tu..jadi..aku buat nasi kerabu kuning..Bahan masakan yang lain seperti lengkuas, serai, daun limau purut dan segala pokok yang boleh dimakan..dan digunakan untuk buat masakan semuanya di sekeliling rumah kami...Jadi, tidak perlu kami buang duit beli di luar...

Nasi kerabu kuning..

Inilah pulut mangga yang telah saya siap masak..kejap sahaja masaknya...ini untuk dessert kami...

Buat baik dibalas baik..mak cik Salmah bagi kami buah naga..buah naga ni ditanam belakang rumah kami jer tauuu!!! Masih ada dalam peti ais...belum makan lagi..hiris-hiris simpan jer...

Saturday, July 25, 2009

Rasa Nak Berjalan Tapi Tak Tahu Nak Kemana..Rasa Nak Melangkah dan Melangkah Sahaja..

Assalamualaikum.

Tajuk ini dari tadi saya ingin luahkan. Hati saya seolah-olah inginkan satu penghijrahan. Bermakna saya ingin travel ke suatu destinasi dalam pencarian hidup saya. Saya tidak sabar rasanya menunggu hari itu. Tidak lama lagi saya akan bergelar seorang guru dan merangkap sebagai kaunselor kelak. Banyak yang saya impikan dan cita-citakan. Namun, biarlah saya, seorang diri menyimpan impian dan cita-cita itu, dan saya sukakan realiti. Namun, tidak salah mempunyai impian kerana impian itu memotivasikan diri dan menggerakkan tenaga untuk bertindak selaras dengan kemampuan diri.

Selepas pulang dari pasar, kebetulan saya on kan YM, saya mendapat mendapat mesej dari perantau holidays. Saya sempat bersembang tentang sesuatu. Impian saya untuk berhijrah sememangnya ada dalam diri. Saya sukakan ketenangan dan berjalan menikmati sesuatu. Saya percaya, permulaan mengenali saudara yang YM dengan saya itu, sebenarnya sudah menjadi sedikit sebanyak landasan untuk saya mengetahui sesuatu di luar sana. Jikalah saya ini mempunyai wang yang banyak, sudah pasti banyak negara ingin saya lawati. Saya berdoa saya dimurahkan rezeki. Menurut rakan yang saya kenal juga, katanya, untuk berjalan tidak perlukan banyak wang pun. Banyak yang diterangkan kepada saya kerana dia juga suka mengembara.

Oh, Tuhan..semoga suatu hari nanti..saya berpeluang berpetualang juga mencari sesuatu dan melihat sesuatu. Pencarian itu bukan untuk diri saya sahaja, tetapi kelak insan lain akan mendapat manfaatnya hasil perjalanan saya. Sesungguhnya, hidup ini suatu perjalanan yang panjang, maka kata-kata ini membuatkan saya inginkan pencarian.

Semester hadapan, saya akan hayunkan kaki ke Melaka, berpraktikum di sana (Sek.Menengah Sains Muzafar Shah, Ayer Keroh, Melaka). Itu adalah penghijrahan saya juga. Semoga pencarian titik permulaan di sana bakal membawa langkah ini lebih jauh. Saya inginkan kepuasan diri. Melalui kepuasan itu, akan ada hasilnya nanti.

Baru mendapat tahu, Yasmin Ahmad meninggal dunia..Innalillah...

Jadi, layan lagu ini kejap..

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Friday, July 24, 2009

Aktif Ko-Kurikulum Bentuk Sikap Positif

Assalamualaikum. Berita dari Utusan online juga.

IZZATI MOHD Khairunjauhari meraikan kejayaan sebagai pelajar terbaik PTPL bersama ibu bapanya selepas majlis graduansi kolej itu di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Izzati Mohd Khairunjauhari, 22, diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Majlis Graduasi Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) ke-13 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Izzati yang sebelum ini pernah menolak tawaran ke program Asasi Sains di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.91 dan telah berjaya mengekal gred berkenaan selama lima semester.

Ini sekali gus menjadikan dia sebagai penerima Anugerah Presiden setiap semester dan pada tahun lalu menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Pelajar Cemerlang.

Menurut Izzati, menjadi pelajar kolej PTPL banyak mengubah sikapnya yang selama ini pemalu dan pendiam dan kini menjadi seorang yang ramah dan bertanggungjawab.

``Saya banyak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum seperti wakil Majlis Perwakilan Pelajar, Exco Pendidik, Bendahari Kelab Extreme dan Fasilitator Bersamamu,’’ katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Bercita-cita untuk menjadi Doktor Gigi, Izzati bercadang untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah walaupun telah mendapat tawaran kerja sebagai teknologis makmal perubatan.

Prasekolah

Assalamualaikum. Entri terbaru lagi. Dari utusan online untuk entri Prasekolah : Pastikan guru, prasarana cukup.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Prasarana yang mencukupi serta penyediaan guru terlatih perlu sekiranya mahu menjadikan pendidikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara.

Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud berkata, cadangan itu merupakan satu langkah yang bijak, bagaimanapun ia perlu disokong oleh kedua-dua perkara tersebut.

"Kerajaan perlu memastikan kelas prasekolah dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan mengajar.

''Jika sekadar papan hitam serta cara mengajar bercakap biasa sahaja tidak memadai. Perlu ada alat pembelajaran yang ke hadapan seperti yang kita lihat di luar negara,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai cadangan pihak kerajaan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada dasar pendidikan negara.

Langkah berkenaan bagi memastikan proses pemantapan bahasa Inggeris dapat dimulakan di peringkat awal.

Dalam pada itu, kata Abdul Rahman, langkah menjadikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara juga mampu mengatasi isu kemunduran pelajar.

"Sebelum ini memang tiada satu sistem untuk prasekolah sedangkan ada bermacam-macam prasekolah yang disediakan oleh pihak swasta serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mahu pergi dan ada yang tidak.

"Apabila wujud sistem yang seragam ini pastinya tidak boleh dielak oleh semua kanak-kanak,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hasan berkata, pelaksanaan sistem prasekolah tersebut perlu menitikberatkan kanak-kanak di kawasan luar bandar.

"Jika sistem prasekolah ini dilakukan, perhatian yang lebih mesti diberikan terhadap kanak-kanak di pedalaman. Kalau mahu memastikan semua pelajar di usia muda cemerlang jangan abaikan mereka.

"Melihatkan situasi sekarang pun, pelajar di luar bandar masih lagi ketinggalan. Jadi pastikan dalam pelaksanaan prasekolah ini mereka tidak ketinggalan, jika tidak sia-sia sahaja apa yang ingin dicapai," katanya.

Selain itu, katanya, sekiranya sistem prasekolah dapat diselaraskan antara sekolah kerajaan dan swasta, ia mampu mengurangkan jurang pendidikan.

"Kalau boleh selaraskan tadika swasta dan kerajaan.

''Itu lebih baik kerana selalunya apa yang kita boleh lihat sekolah swasta ini menyediakan prasarana yang lebih baik,'' jelasnya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya..betul tu..dalam kelas perlu ada fun..ketika kanak-kanak lagi..segalanya perlu bermula pendidikan dari awal..Alat bantuan mengajar simple pun tidak mengapa, asalkan guru itu dapat menjadikan perkara yang simple agar lebih bermakna, namun, kecanggihan dan kelengkapan prasarana amat penting juga selaras menjadikan pendidikan lebih bermakna dalam membantu pelajar. Sapa tak kenal gelaran dr ARD (Prof.Datuk Dr.Abd.Rahman Daud..pensyarah yang mengajar kelas aku untuk subjek Rekabentuk itu)..lecturer ni, kalau jumpa dekat fakulti dia akan ajak bersembang dan mulalah, dia cakap dia mengajar aku...aku selalu jawab..sem lepas lah Dr...sem lima dulu lah dr...mungkin dia ingat kot aku duduk di depan, masa kelas dia aku selalu buat jahat...datang kelas lambat dan selamba badak masuk dalam kelas tanpa segan silu sambil senyum maintain dengan kawan aku...bila dia tanya,..aku mula lah itu dan ini..hahahahaha...tapi dia best!

Ayat dia dalam kelas yang jadi trademark kami...selepas dia mensound budak kelas aku.."Hang duk berlagak pasai paaa...hahahaha" itu yang mempopularkan lecturer dr ARD ni..hahaha...sebut nama dia pun buat aku nak gelak..sebab dia lawak...hahahahahahahha...vote for dr.ARD...

Malas Lipat Baju

Ada sapa-sapa nak tolong lipatkan..hehehe



Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak perkara..apa yang paling anda tidak suka dan malas? Jawab dalam hati. Hehe. Bagi saya, perkara yang paling saya malas ialah melipat baju. Bukan untuk menunjukkan diri ini seorang yang pemalas, tapi memang realiti. Saya lebih senang menyangkutnya. Sedangkan, kalau lipat, tak sampai 15 minit pun siap. Sapa ada ubat untuk rajin lipat baju. Malas.Malas sungguh. Apa perkara yang paling rajin? Makan.Makan.Makan.Haha. Makan memang tidak perlu disuruh-suruh. Automatik rajin. Bila mak mertua datang, buat-buat rajin dan mengemas. Namun, saya tidak suka melipat baju, kalau terpaksa, mahu tidak mahu, perlu sangat-sangat melipatnya, nanti saya sendiri yang pening apabila banyak baju bertimbun-timbun. Tidak adakah mesin yang boleh lipat baju di Malaysia?Perkara yang saya rajin, lepas makan, basuh pinggan. Sebabnya, basuh pinggan boleh membuatkan kulit tangan saya jadi lembut. Haha. Memasak juga kegemaran dan kerajinan saya kerana minat itu dari kecil. Namun, malas tetap malas, sekali saya mengemas, jangan ada sesiapa buka mulut. Hehe. Hal kebersihan pula, saya tidaklah terlalu cerewet, namun walau tidak cerewet, saya tidak suka membebel melihat kekotoran, yang penting, apabila nampak kotor, pastinya tangan ini akan membersihkan. Saya tidak suka membebel kotor itu dan ini, sedangkan mulut sahaja bergerak., cannot go!!! Jadi, saya kenalah cari pasangan, seseorang yang suka lipat baju. Siapa yang suka lipat baju, angkat tangan!!!

Siapa kata saya tidak cerewet, saya sebenarnya agak cerewet tentang kebersihan, gigi dan mulut, telinga dan pada badan walaupun mandi tidaklah 4 kali sehari. Seperti kata ibu saya, untuk lihat orang pembersih mudah sahaja, walaupun cantik macam mana orang itu, tengok mulut dia...balas saya, tidak mudah untuk buka mulut orang, silap hari bulan kena lempang, balas ibu saya, tengoklah masa orang itu bercakap, tengok pada kaki, bersih atau tidak,.dan tengoklah ketika orang itu memasak, sama ada kemas atau tidak selepas orang itu memasak. Mulut cakap cermat, tetapi perbuatan berbeza tidak boleh juga, buat-buat kemas dan cermat itu penipuan kata-kata... itu words disorder (bak kata dewi..hehehe..)

Kesimpulannya, malas melipat kain, dari duduk menulis di blog ini, kalau aku lipat kain pun lagi baik. Jika saya melipat kain, pastinya saya akan membelek-belek baju, merenung-renung, terlalu berkhayal apabila tengah malam. Jika di rumah, kerana terlalu malas, ketika di ampaian, saya bawa turun terus bakul kain dan lipat ketika berdiri lepas angkat satu persatu baju. Haha. Teknik ini saya pelajari dari ibu saudara saya, katanya jimat masa. Baik lah, saya mahu melipatnya sekarang!!

Saya gembira sungguh, kamera saya sudah dapat digunakan dan duit saya RM 125 melayang di kedai kamera. Saya perlu beli memori kad yang baru, 4GB RM 90 dan bateri yang boleh dicas semula RM 48. Jadi, saya menggunakan kelebihan yang Tuhan pinjam kan untuk bercakap dengan tauke kedai, dan dia berikan RM 128...bila lihat RM 128, mulut saya ini minta untuk kurangkan lagi..dan saya letak harga RM 125. Akhirnya tauke itu sudah berputus asa dengan saya. Haha.Lalu, beliau dengan baik hati menggangguk setuju. Owh, malasnya lipat baju. Ok, saya mahu berhenti. Titik.

Wasalam...!

Thursday, July 23, 2009

Be Yourself

Bismillahirrahmanirrahim.

Paparan ini diambil lagi dari blog http://almomentum.blogspot.com. (Devotee). Bersama kita hayati konsep "Be Yourself".

Tulisan saya pada kali ini dipetik daripada friendster group yang ditulis oleh saya sendiri. Saya menjangkakan masih ramai yang belum membacanya kerana friendster adalah lebih khusus, berbanding blog yang bersifat lebih umum dari segi keterbukakan dan keterdedahannya. Jadi saya rasa ada baiknya jika ia diletakkan di sini agar lebih ramai yang dapat membacanya , sekaligus dapatlah kita berkongsi ilmu lalu menyebarkannya. Walaubagaimanapun, tulisan itu telah diedit kerana mengandungi unsur-unsur ‘keutaraan’ yang agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk bacaan umum.


Seringkali kita mendengar orang berkata “be yourself”. Maksudnya, janganlah kita meniru orang lain, cubalah jadi diri anda yang sebenar. Nak ikut orang lain kenapa? Hipokrit namanya!


Tetapi, adakah konsep ini benar? Tidak kurang juga dalam kalangan kita yang menjadikan kata-kata ini sebagai falsafah atau pegangan hidupnya. Sehinggakan apabila ada orang mengajaknya menjadi baik sekalipun, dia menolaknya. Alasannya mudah sahaja, “BE YOURSELF please…”






di mana silapnya?


Cuba kita fikirkan kembali, sebenarnya terdapat kesilapan bagi sesiapa yang menjadikan kata-kata ini sebagai pegangan. Sekiranya perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan tiada kaitan dengan agama ataupun lebih jelasnya tiada ketetapan secara mutlak dalam agama, maka dalam perkara sebegini tidak mengapa jika kita ingin “be myself”. Kita bebas memilihnya mengikut selera dan aneka rasa yang ada. Contohnya seperti makanan kegemaran, warna kesukaan dan hiasan pada blog.


Seperti yang telah saya nyatakan, sekiranya perkara itu ada kaitan dengan agama ataupun sudah ditetapkan hukumnya dalam Islam, maka perkara itu bukanlah suatu pilihan, sebaliknya ia adalah satu ketetapan yang tidak dapat tidak mesti kita ikuti dan patuhi. Tiada pilihan lain. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang tersalah memilih, tetapi setelah kita ketahui mana yang benar maka perlulah kita ikut dan amalkan.

Api gejala ini sudah merebak, menjilat dan menyambar arang-arang minda para remaja. Terutamanya mereka yang terdedah dengan cara hidup barat yang suka berhibur tanpa batasan dan lebih dikenali sebagai ‘hedonisma’. Mampukah kita memadamkan api ini???


Sedangkan api neraka yang panas itu pun mampu dibendung oleh air mata orang yang bertaubat, inikan pula api dunia. InsyaAllah, sama-samalah kita hindarinya.


Antara penyebar utama ‘fahaman’ ini ialah segelintir artis. Ada dalam kalangan mereka (artis wanita) yang pergi menunaikan haji atau umrah lalu pulang ke tanah air dan ditanya “Mengapa anda tidak bertudung seperti sebahagian artis lain yang baru pulang dari tanah suci?” Dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, “Mengapa perlu tukar itu dan ini? Saya adalah saya! Kenapa nak ikut orang lain? Saya bukannya hipokrit!” Lebih kurang begitulah reaksi mereka. Sedih mendengarnya…


Sahabat-sahabat sekalian, renunglah diri kita. Adakah kita termasuk dalam golongan ini???


Aku terfikir, merenung, menaakul dan beristghfar seketika
selepas membaca tulisan ini. Moga kita mendapat sesuatu yang baik dan berkesan untuk diri.

Aku juga diriku...apapun.kita perlu banyak berubah..dan memperbaiki diri...dalam menjadi diri kita yang sebenar...semoga sama-sama memahami apa yang dimaksudkan "Be Yourself".
Aku di tempat kerja ni..kerja part time..3 kali seminggu..sebab petang ada yang tidak ada kelas..

Sushi Berulat

Assalamualaikum.

Aku memang suka berjalan. Lagi jauh, lagilah aku suka. Suka mengikut kata dan naluri hati dan kaki terus melangkah. Berjalan dan berjalan. Apabila aku tidak mahu berjalan, jangan orang paksa, aku tidak akan berjalan. Satu kegemaran lagi, berjalan juga. Jalan-jalan masuk baca blog orang. Hehe. Aku terjalan di blog DEVOTEE. Terbaca penulisan tentang sushi berulat dan di link pula dengan shyang jurnal. Ini kisahnya.

Percayakah anda jika saya mengatakan bahawa ini adalah akibat makan sushi? Tapi itulah yang dilaporkan di laman ini. Sama-samalah kita jaga kesihatan...




Aku ini penggemar juga makanan laut, dan separuh masak ni..Moga Tuhan sentiasa melindungi aku daripada sebarang penyakit. Wallahuallam benar atau tidak pernyataan sushi berulat itu yang memberi efek pada otak.

Kiasan Cinta

Assalamualaikum.

Seringkali kita dengar, " Cintailah orang yang cintakan kita, jangan kita kejarkan orang yang tidak cintakan kita ". Namun, sejauhmana jika orang yang kita tidak cinta itu juga pegang pada konsep ini? Maknanya, tidak semua orang pegang pada kata itu. Jika semua orang pegang, maka tidak adalah perasaan cinta, mungkin salah seorang kena pegang dalam pasangan barulah jadi cinta itu dan menjadi penerima. Sebagai seorang wanita, kita tidak boleh menjadi seperti baldi yang menerima semua curahan air. Kadangkala kita perlu menapis juga air. Kalau ada habuk, ada sampah sarap, perlu ke kita minum air itu, apatah lagi untuk menggunakannya. Sudah pasti kita cuba elakkan untuk meminum dan menggunakannya. Baldi juga jangan terlalu angkuh untuk menerima segalanya, kononnya, baldi itu kebal dan memang fungsinya untuk menerima. Jika terlampau banyak air dalam baldi, lama-kelamaan baldi pun akan penuh dan akhirnya boleh pecah. Jadi, latar belakang baldi (wanita) perlu dikaji sebelum menakung air sama ada sesuai atau tidak. Baldi yang baik sudah pastinya diperbuat dari polimer yang baik dan walaupun baldi itu daripada polimer tidak baik, air yang memainkan peranan untuk memadankan isi kandungan ke dalam baldi agar baldi tidak pecah.

Apa yang saya ingin kongsikan daripada analogi yang panjang berjela di atas, pilihlah seseorang kerana agama bukan kerana pangkat, darjat atau rupa paras. Benih yang baik, akan menghasilkan buah yang baik. Namun, jika benih tidak seberapa, jika baja mampu menyuburkannya maka potensi benih untuk bernafas masih lagi tinggi. Terima seseorang dengan seadanya dan lihatlah pada agamanya dan tidak salah untuk saling mengenali (ta'dim). Namun, pegangan untuk mengelakkan maksiat itu perlu sentiasa tersemat di hati.

Monday, July 20, 2009

Meniti Peredaran dan Transformasi


Tamat tabika
Hidup tahu berseronok sahaja ketika ini (sekolah rendah), cakap tidak reti nak berhenti (Mak aku cakap)
Usia 14 tahun sudah sedikit matang dan ketika ini sangat mengada-ngada dengan papa aku
Ketika tingkatan 2 juga. Teramatlah matured muka aku ini

Ketika tingkatan enam, mula berfikir erti susah dan senang dan perjuangan

Ketika tingkatan enam atas, sudah mula berfikir banyak perkara dan matlamat untuk kecemerlangan dan keseimbangan

Ini di ambang usia tua..kehkeh..sekarang ini lah ni...

Gambar masa aku kecik-kecik nanti aku letak di blog ni..mata aku sangat sepet ketika kecil..huhuhu..7 gambar ini semuanya gambar berlainan, cuma orangnya sahaja yang sama..

Matlamat Berblog

Assalamualaikum. Entri diambil dari Luth Textile.

Apa matlamat asal korang berblog? Bagi aku, pada permulaannya aku berblog hanya untuk suka - suka, aku suka simpan kenangan aku dalam blog ini supaya kenangan tersebut tidak hilang dimakan waktu.

Kemudian, timbul pula niat aku nak membuat tutorial photoshop yang mana aku hanya suka - suka. Aku bukanlah arif dan handal sangat bab photoshop ni, bolehla sikit sebab aku merupakan pelajar jurusan kejuruteraan, bukannya design atau komputer.

Sejak dua menjak ini, banyak blogger baru yang muncul dalam dunia blog tempatan dan banyak blog peribadi, tips dalam berblog, photography dan banyak lagi. Banyak juga penulis blog muda muncul sebagai seorang blogger muda seawal usia 14 tahun.

Aku kerap juga berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Memang seronok mengenali bloggers yang terdapat dalam alam maya dan banyak juga antara mereka sudah aku temui.

Walaupun blog aku ada tutorial photoshop, lebih kurang 21 posting berkaitan photoshop, aku malu nak letak title blog ini blog photoshop ke, atau blog panduan photoshop ataupun blog master photoshop sebab aku tahu ilmu aku tak tinggi dan tak layak nak letak title blog aku macam tu. Kalau Marzuki Jalil takpa la, dia memang hebat bab koding dan widget blog. Layak aku panggil dia sifu. Malu la aku. Ingat, setinggi mana ilmu kita, ada lagi orang yang pandai dari kita.Itu realitinya.
Aku tak suka announce dan suruh orang komen blog aku.
Paling poyo pun aku kecoh - kecoh kat twitter dan facebook je tentang perkembangan blog aku dan apa - apa. Aku tak suka nak kacau privasi orang lain semata - mata nak suruh komen blog aku. WTF, kalau buat macamtu aku lagi tahu orang lagi benci dan meluat nak mai blog aku. Jemu kan?
Bukan cara aku suruh orang follow blog aku.
Dan aku lebih suka tukar link dari suruh orang follow blog aku. Yelakan, nampak sangat kita neh gila followers dan followers tu tak ada apa makna pun. Tq pada korang yang follow blog aku. Sumpah benda tu takdak erti. Sama la juga macam komen, aku takmau orang komen blog aku sebab nanti orang cakap aku gila komen.
Buat setakat ni, aku dah ada tiga ke empat blog dibawah jagaanku.
Aku tak pun kecoh aku ada banyak blog. Buat apa la sangat nak bagitahu kita nih ada banyak blog kalau blog yang dibawah seliaan kita tu tak gempak dan sehebat mana pun. Kalau hebat macam blog KNizam dan JustKhai. Aku bangga kalau ada 50 blog macam tu. Kalau kuantiti banyak, tapi takda kualiti buat apa?Aku rasa trafik blog aku neh maintain dan aku taklah gila trafik sangat. Aku pengguna platform blogger dan aku bangga dengan trafik blog yang aku ada. Tapikan, aku tak la gila trafik macam mamat ni. Gila trafik dia berhasil dan hebat dari aku dari orang yang gila trafik, tapi trafik blog dia tak hebat sangat dan pagerank pon tak melebihi PR3. Huhu.

Entahla, tiba - tiba aku tulis pasal topik nih sebab aku terlihat benda yang rapat disekelilingi aku selalu terjadi. So, tak salah kan kalau aku nak tulis macamni sebab ini blog aku kan?Korang mest cakap "apa ko nak kecoh tu blog aku". Whatever, aku puas menulis apabila dah tulis apa yang terbuku dihati. :P Aku blogging bukan untuk popular tapi untuk kepuasan diri!

Syahmie (Saja bagi tajuk nama Syahmie)

Assalamualaikum.

Perkongsian untuk subjek personalia yang aku pelajari tadi. Rupanya baru aku tahu, kalau di negara luar, orang panggil handbook, kalau di Malaysia lebih kurang maksudnya silibus. Masa dalam kelas tadi, Puan Nazariah suruh pelajar-pelajar cari handbook untuk kaunselor. Trademark Puan Naza, " Very..good..yes.,yes..!Very good..!"Hehe..Kalau menjawab apa-apa persoalan dia, bagi cadangan, itulah cara dan trademark nya dan "Kalau belajar di Amerika..bla..bla.." Itu yang aku suka dengar. Ada sahaja corak pembelajaran di sana dia ingin ajar kami. Tadi aku duduk di hadapan sekali, betul-betul dengan mejanya. Senang ingin mencelah dan bertanya. Masa dia tengah mengajar, aku mencelah kepada kawan aku, Suhada aka Areda, "Barulah betul cara dia mengajar suruh kita rujuk handbook..bla..bla.." Kawan aku pula, "Ha,ah..betul.." sambil terangguk-angguk.

Kelas sejam-sejam jadi leceh. Aku pun tidak tahu, sistem akademik belajar di universiti semester ini style buat kelas semput-semput. Nak faham subjek jadi jammed tiba-tiba dan Puan Naza pun cakap tidak puas, nak mengajar kalau sejam-sejam ni. Kelas 8-9 kaunseling Islam 9-10 personalia, dan 10-11 psikologi bilazim. Bermula esok barulah dua jam-dua jam pula. Kalau buat terus tiga jam pun lagi okay. Pensyarah aku pun cakap seperti itu. Mahu tidak mahu, ikut sahajalah apa yang telah di tetapkan.

Sambil menulis di blog ini, aku terbuka blog Syahmie dan Zahin, anak orang berjiwa besau. Tiba-tiba junior aku yang ambil minor pendidikan khas, masuk dalam bilik aku. Dia tanya pasal Syahmie dan Zahin, siapa mak dia dan ayah dia dan kenapa berada di UK. Aku pun terangkan lah..sambil-sambil duk bersembang YM dengan Dr.Alya ni. Junior aku ada cakap, kak, lecturer pernah cakap, kalau mak ayah sama-sama pandai (aku paham apa makna dia, sama tenaga lah kot), katanya akan berlaku sesuatu dan risiko sindrom down itu ada. Aku tanya, teori dari mana tu..katanya..itu pensyarah dia yang cakap.Kalau kak perasan, ramai di Kelantan yang hebat-hebat mesti ada anak sindorm down kan, sebabnya akan jadi lain bila mak ayah sama-sama pandai. Aku menjampuk, adikadik ini lain pula situasinya dan aku suruh junior aku itu tengok blog yang aku tengah baca. Muahaha..Blog budak pun dalam Bahasa Inggeris..canggih manggih. Aku terangkan dari situasi budak-budak yang aku faham dari apa yang aku pelajari pula..dan aku faham makna junior aku itu. Aku terangkan..situasi adik-adik ini (Syahmie dan Zahin) lain pula. Zahin ni kreatif, Syahmie pula diam-diam berisi,kalau di rumah, knowledge pun banyak. Itu apa yang aku faham dari Dr.Alya lah.

Kalau Syahmie terbaca di blog kakak (memandangkan ada list blog aku di blog dia, tajuk pun untuk tarik minat di buka blog ini untuk tingkatkan penghargaan kendiri dia), moga belajar dan nikmati semua event dengan berkesan. Ibu Syahmie nak Syahmie expose dan aktif dan tidak malu seperti di sekolah ketika di rumah juga. Ibu Syahmie itu bercita-cita besar untuk lihat Syahmie dan Zahin berjaya dan sebab itulah dia nak Syahmie benar-benar nikmati dan enjoy ketika apa-apa event ketika bersama-sama sebab ibu Syahmie cakap, Syahmie ada banyak knowledge. Kepada Dr.Alya, maaf saya tulis entri ini.

Friday, July 17, 2009

Proposal, Menyoroti Kenangan Lalu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan proposal. Giliran saya yang pertama. Pada paginya, sedikit kelam-kabut kerana tiada bas hari ini melalui Taman Bernam untuk ke kampus. Lantas, saya menelefon teksi setelah berjalan keluar dari rumah, menunggu dan menunggu, masih tiada lagi bas yang lalu-lalang. Tiba-tiba muncul Nafisah yang serumah dengan saya. Ketika itu, saya mahu keluar lebih awal sedikit kerana takut tidak sempat, nanti pensyarah penilai tertunggu- tunggu pula. Saya tiba di kompleks Muzik tempat pembentangan, di laksanakan. Terkejar-kejar, rupanya pensyarah masih belum tiba. Hahah. Nasib baik. Duduk sekejap sahaja, pensyarah tiba. Sudah la baru binding pagi tadi. Proposal sudah tiga kali saya edit, sudah 3 kali print sepanjang minggu proposal. Minta rakan yang arif tengokkan di mana kesalahan saya untuk proposal, saya suruh mereka conteng dengan pen merah, kesalahan ejaan, kesalahan apa-apa sahaja dari minggu lepas. Lepas itu, edit dan print lagi. Minta pensyarah lain pula turut betulkan yang mana saya salah. Kertas A4 1 rim pun sudah hampir kehabisan. Print dan conteng-conteng proposal. Baiki dan baiki lagi. Bila print, barulah nampak di mana kesalahan dengan lebih jelas.Semalam kelewatan tidur juga, internet langsung tidak dibuka, tambah pula masalah wireless. Elok juga. Selepas solat maghrib, saya ambil kesempatan untuk tidur sekejap dan merehatkan diri. Selepas itu, saya bangun dan mandi, solat Isyak, saya teruskan kerja. Baru saya perasan, SEKARANG INI, BADAN SAYA SANGAT PERLUKAN REHAT DAN SAYA SUDAH TIDAK BOLEH BERJAGA MALAM. SAYA KASIHANKAN BADAN SAYA. JIKA DAHULU, SAYA MAMPU TIDAK TIDUR SEHARIAN, DAN SEHINGGA 2 HARI. SEKARANG SEMUANYA BERUBAH!.Tidur paling lewat sekarang pun pukul 1.00 a.m hingga 2.00 a.m. Kalau saya on YM, ketika itu, bukan bermakna saya ada tetapi saya tiada di hadapan laptop kerana saya sudah terbaring di katil merehatkan badan. Jika tidak membalas mesej anda, harap memahaminya. Hehehe.

Berbalik cerita proposal hari ini, persediaan pembentangan secara sederhana sahaja, seperti biasa membentangkan di kelas. Saya ini sentiasa bertindak di tempat kejadian. Keadaan biasa dari segi persediaan, tetapi masa pembentangan, saya biarkan kejelasan. Alhamdulillah saya sudah berjaya menyelesaikannya. Tajuk proposal itu biasa kerana fokus pada kerjaya. Cuma yang membezakan ialah modul yang saya rekacipta sendiri. Penilai pembentangan proposal saya ialah Dr.Fauziah Hanim bt Abd. Jalal, pensyarah kaunseling keluarga yang mengajar saya ketika di semester 4. Tiba di bahagian penilaian dan komen, katanya tajuknya jelas, dan baik. Cuma aspek teknikal sahaja saya perlu ubah sedikit, kerana terlalu banyak objektif yang saya ingin kaji hingga 8. Katanya cukup 4 sahaja. Tiba di alat ujian pun, tiada masalah, cuma perlu diterangkan dengan jelas lagi, bagaimana alat ujian tersebut untuk menguji pembolehubah yang saya ingin kaji. Kajian lepas pula beliau suruh saya dapatkan daripada senior-senior. Dapatkan dapatan kajian mereka semasa senior melaksanakan kajian lepas dan masukkan. Owh, baru saya faham, maknanya kajian yang berkaitan program, boleh saya jadikan sumber untuk kajian dalam negara melalui program dan modul yang mereka uji. Tiba di bahagian modul pula, beliau bertanya, mana kesahan modul? Saya nyatakan modul itu saya yang buat, jadi masih belum ada kesahan, selespas saya menjalankan kajian, barulah ada kesahan tetapi dalam modul itu saya gunakan alat ujian Kesedaran Kerjaya Fadale, dan alat ujian tersebut mempunya kesahan. Baru beliau faham, rupanya modul ini awak buat sendiri, ya..terangguk-angguk beliau. Sebenarnya, kami 9 orang di bawah penyelia, Dr.Nasir, rakan-rakan yang lain mengambil modul Dr.Nasir dan menjalankan kajian terhadap kelompok, menggunakan modul yang dicipta beliau, tetapi, telah saya nyatakan pada Dr.Nasir saya ingin melaksanakan modul sendiri.

Pada hemat saya, rakan-rakan mengkaji dan menilai modul beliau walaupun pemboleh ubah berlainan, namun aras pelaksanaan modul itu berbeza mengikut kemampuan pengkaji. Bermakna, 8 orang rakan saya tadi, melaksanakan modul Dr.Nasir dan masing-masing ingin mengkaji pemboleh ubah yang di pilih adalah berbeza. Saya lebih senang, membuat modul sendiri dan saya sendiri yang kaji sejauhmana kesahannya, kerana saya buat, saya yang laksanakan. Itu tidak akan menjadi ralat. Rakan saya sendiri menyatakan, modul yang dicipta pensyarah saya itu ialah berdasarkan kemahirannya juga, namun jika orang lain yang mengkaji, mungkin sudah berbeza hasil dapatan. Dr.Fauziah menyatakan sebagai cadangan, untuk letak modul sendiri juga pada rakan-rakan saya di bawah seliaan Dr.Nasir, kerana sama sahaja modul dan seboleh-bolehnya ditambah sendiri juga modul. Nasib baik saya mengambil langkah sebegitu untuk lebih selamat. Kata En.Aziz, modul yang saya cipta itu pernah dilaksanakan atau tidak?Saya cakap TIDAK PERNAH DILAKSANAKAN. Katanya, bermakna kajian awak ini kajian rintis. Ya, sebab itulah saya datang memohon kebenaran untuk melaksanakan modul. Dr.Fauziah bertanya lagi, adakah saya telah memohon dan dengan siapa saya memohon untuk melaksanakan modul. Saya nyatakan sudah 3 orang pensyarah saya berikan dan termasuk beliau (En.Mohd Nor, En.Aziz, Dr.Fauziah) saya berikan dan 2 orang lagi masih saya belum berikan untuk perakuan pakar, (iaitu Dr.Jazimin dan Tn.Syed Sofian). Katanya tidak perlu ramai. Namun, dalam hati saya, kalau bagi pun tidak salahkan? Lagi ramai, lagi kukuh sedikit. Dr.Fauziah komen lagi, dari persampelan saya perlu jelaskan bagaimana cara saya mengambil subjek kajian.Baru saya faham. Itulah sahaja tentang proposal saya. Baik, saya akan cuba perkemaskan lagi dan komen di kertas Dr.Fauziah, saya sudah boleh meneruskan ke lapangan untuk kajian. Bermakna, lulus dan saya perlu cari banyak lagi bahan. Bergerak dalam sederhana, tenang, tapi memberi impak. Itu matlamat saya. Tidak perlu hiruk-pikuk dalam melaksanakan tugasan, kelak tidak menjadi.

Sepanjang pembentangan proposal bermula hari awal-awal lagi, saya memohon kemaafan. Saya bersama dua orang lagi rakan saya, Nafisah dan Muslim Aida tidak dapat hadir pada waktu malam untuk melihat rakan membentang, kerana keselamatan kami diutamakan kerana kami jarak kami tinggal di rumah sewa yang sedikit jauh, kawasan gelap pada waktu malam untuk pulang. Memang tidak adil kami tidak hadir pada waktu malam itu, tetapi, saya mengambil langkah berjaga-jaga, lagipun pada petangnya kami hadir mula dari jam 2-6 lebih kami bersama. Cuma malam sahaja. Saya berjaga-jaga kerana menurut guard di kampus pernah menceritakan bahawa telah ada pelajar di taman bernam, di rumah sewa hampir dianiayai ketika berjalan dalam gelap. Sebab itulah kami tidak hadir pada malam itu. Walaupun tidak adil untuk tidak hadir waktu malam yang lepas, semoga ada yang memahami termasuk Dr.Jazimin sebagai penyelaras latihan ilmiah kami.

Bermakna, selepas ini, tugasan-tugasan lain, sebagai pelajar perlu diselesaikan juga. Banyak lagi yang telah menunggu untuk diselesaikan. Namun, masih terkawal dan saya masih concious bahawa saya perlu lakukan tugasan. Minggu hadapan, saya perlu menghantar tugasan Psikologi Bilazim. Antara subjek yang digemari. Bak kata Cik Amelia pensyarah saya, ada orang yang faham tentang subjek ini dapat A, ada yang faham, tidak dapat A, tetapi ada yang tidak minat dan tidak faham dapat A. Renung-renungkan, kerana banyak subjek yang saya minat, tetapi saya hanya faham, untuk dikertas saya tidak dapat A. Namun, siapa yang tidak mahukan A, kerana orang exam mestilah untuk mendapatkan A, jarang yang tidak mahu. Hanya yang tidak belajar sahaja tidak mahukan A. Setakat ini, untuk subjek kaunseling masih A, A- dan ada juga dapat Bt. Setakat ini juga, subjek yang saya benar-benar jaga untuk masih dalam keadaan okey. Kata-kata itu saya kaitkan dengan diri. Subjek ini mengajar saya banyak perkara untuk memahami diri, keluarga dan manusia di sekeliling saya. Puan Nazariah semenjak semester lepas lagi memberitahu bahawa, jaga 3 subjek kaunseling untuk diterima menyambung pelajaran dengan baik iaitu Kaunseling Individu (1)- A, Kaunseling Individu (11)-A, dan subjek Kaunseling Kelompok, A-. Nasib baik masih dapat dalam kategori A.Tugasan konsultasi pula dalam gerak kerja. Kali ini program kolaborasi antara Kaunselor sekolah, MPP, pihak kolej dan juga UPSI. Sebenarnya, untuk subjek konsultasi, saya perlu melaksanakan program, dan kebetulan juga, ketika itu saya dalam proses melaksanakan program di bawah Biro Akademik dan Kerjaya MPP. Setelah berbincang dengan pensyarah, saya masukkan terus program konsultasi itu dalam program Biro Akademik Kerjaya MPP. Ahli kumpulan juga bersetuju. Hal ini bermakna, konsep win-win situation dan 2 in 1 saya jelaskan kepada pensyarah konsultasi, Tuan Syed Sofian dan beliau bersetuju dan melibatkan kelulusan banyak pihak. Banyak lagi tugasan lain, namun selesaikan satu-persatu dan tenang sahaja, lama-lama akan siap juga semuanya apabila habis semester.Hehe. Jadi, tidak perlu fikir payah, nak tak nak..lama-lama selesai!

Sebenarnya, saya di perpustakaan. Saya, Muslim Aida dan Nafisah ke sini setelah selesai pembentangan proposal. Jadi, sambil merehatkan diri, saya melayari internet dan ke laman sahabat saya, saudari Aqilah. Coretan tentang pengalaman lampau mengigatkan saya juga pada arena debat. Saya ini mungkin pendebat sepi dan itu semuanya tinggal kenangan. Menyoroti kisah-kisah debat di alam universiti, saya pernah bersama Aqilah untuk ke debat FOMCA, ketika itu saya hanyalah sebagai simpanan. Walaupun simpanan, saya turut bersama-sama mereka mencari bukti dan mengerah idea untuk sesi perdebatan. Kami masih muda-muda ketika itu. Senior melepaskan kami pergi berempat, Saya (Afiti). Aqilah, Faiz, dan Hairi ke UNITEN. Sebenarnya ingin mencari pengalaman. Sebelum ini, saya hanya terlibat di peringkat kolej dan bertanding dalam kalangan pelajar UPSI sahaja seperti Debat Piala MPP, Debat Interkolej dan Debat Naib Canselor sebagai jurulatih. Maklumlah, sudah tiada senior-senior yang mantap kerana mereka telah berpraktikum, jadi saya sekadar membantu sahaja, walaupun ilmu debat saya masih cetek. Selepas saya belajar kaunseling, saya seolah-olah tidak pandai lagi untuk berdebat. Jika melihat ketidak adilan, barulah saya keluarkan hujah, namun, untuk membidas orang sesuka hati itu, lidah saya menjadi kelu. Mungkin pengaruh kaunseling terlalu kuat untuk diri saya. Boleh pula saya berfikir apa perasaan lawan walaupun ketika itu keadaan saya masih dalam pertandingan. Sepatutnya saya perlu profesional membezakan keadaan. Namun, bagitulah. Mungkin jika di lapangan kelak, saya boleh bantu anak didik saya kelak untuk pertandingan yang melibatkan dunia orator dan pengucapan awam. Itu niat saya untuk melihat kejayaan orang lain juga berdasarkan pengalaman saya walaupun saya ini masih dalam pencarian.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, July 14, 2009

Realiti Manusia

Assalamualaikum.

Nasib baik Dayah, dan Faiz tolong aku janakan pemikiran aku semula tentang proposal. Mulanya, apabila siap hari sabtu lepas edit proposal, aku rasa lega lah sedikit. Tiba hari ini, aku bawa proposal aku untuk rakan aku komen dan suruh dia baca sama ada dia faham atau tidak apa yang aku nak nyatakan pada proposal itu. Kawan-kawan jadi penilai dahulu, dan aku terima komen mereka dari kesilapan kecil. Tiba-tiba aku jadi konfius, mulalah mesej Dr.Jazimin untuk jumpa beliau. Aku jadi tersentap pun ada dengan sharp persoalannya itu. Perbincangan bersemuka memang penting, namun aku mesej, makna mungkin tidak jelas. Lepas tu, aku ambil langkah pergi jumpa Puan Nazariah. Kebetulan dia menjadi penilai hari ini bersama dengan En.Mohd Nor untuk rakan-rakan pembentang yang lain. Aku paling last bentang proposal, hari Sabtu nanti. Terima kasih banyak-banyak kerana support aku, fahamkan aku tentang apa yang aku ingin dikaji, walaupun bukan beliau jadi penyelia aku termasuklah Faiz yang selalu janakan pemikiran aku. Mungkin sealiran tenaga, aku mudah faham apa yang dia nyatakan. Apa yang penting, fahamkan apa yang ingin dikaji dan setiap yang ditulis dalam proposal itu mesti ada perkaitan. Terima kasih, Puan Naza kerana menjadi seorang ibu yang baik kepada pelajar-pelajar di sini.

Kadang-kadang, cara penyampaian penting untuk lebih orang faham. Maklumlah, pemikiran kalau dicaras-caras, susah input masuk melainkan cara penyampaian pun ada seni dan psikologinya. Tidak mengapa, lepas ini, aku sudah tahu, siapa yang perlu dirujuk. Bukan apa, penyelia aku hebat orangnya, namun kekangan masa, tidak dapat jumpa pun. Ketika aku tidak mahu, muncullah di hadapan, penyelia aku itu. Ketika aku perlukan, tidak pula datang-datang. Aku sebenarnya, rasa terkilan pada sesuatu keadaan. Ketika semester lepas, untuk subjek Penyelidikan, aku pernah terlewat bangun. Masa itu, aku dengan budak rumah aku sama-sama tidak sedar, jadi aku dengan kawan pergilah dengan keadaan agak serba-salah bila terlewat. Aku mesej Iman, Dr.N dah masuk kelas ke, aku terlambat bangunlah. Maklumlah aku rasa pukul 6.50 a.m kalau tidak silap aku. Subuh pun solat kelam-kabut. Hish!Nak tak nak kena lesaikan urusan Tuhan dahulu, kalau tidak unfinish bussiness aku sepanjang hari. Nama nya orang perempuan, sudah pastilah, nak gosok baju lagi, bersiap dekat setengah jam, mandi 15-20 minit. Part mandi, aku selalu kena tegur oleh mak aku. Katanya, buat apa lama-lama dalam bilik air. Sudah menjadi rutin. Dengan Dr.N sampai sekarang seolah-olah agak janggal dan aku sendiri pun rasa agak janggal dengan keadaan itu. Walhal tidak ada apa-apa pun.

Berbalik cerita asal, kadang-kadang kesibukan menjadi sesuatu perkara itu tidak dapat diutamakan walhal perkara utama ada yang lebih penting. Namun, kesibukan juga mengajar erti untuk kita menghargai masa. Namun, ada perkara yang perlu dikorbankan dan kadangkala ada sesuatu yang tidak kita sedar telah kita korbankan termasuklah situasi dan keadaan orang lain. Apabila aku berkerjaya kelak, adakah aku akan hadapi perkara seperti ini juga? Bergantung juga pada diri. Bila sibuk, komunikasi jadi kurang berkesan kerana tertumpu pada perkara yang terlalu lebih besar. JAWAPAN MUDAH SAHAJA, APA YANG BERLAKU, SITUASI YANG BERLAKU ITU HANYALAH REALITI DAN PERMAINAN MINDA YANG MENCATURKAN KEHIDUPAN. Tidak perlu fikir, kerana itulah permainan minda sejauh mana minda meneroka. Adakalanya, apabila pangkat makin tinggi, status makin tinggi, memang ramai yang terburu-buru meluru ke arah kita, tanggungjawab pula makin tinggi. Dalam tidak sedar, ada sesuatu yang telah kita korbankan. Mungkin komunikasi, mungkin juga sosial, mungkin juga orang yang signifikan dengan kita terpaksa kita korbankan. Perjalanan hidup setakat yang dilalui diri ini, kadang-kala jangan terikat dengan apa-apa dan bila orang perlukan kita, kita beri kan. Terima kasih pada seseorang yang mendengar luahan aku. Itulah kisah proposal. Perjuangan perlu diteruskan kalau ingin menaiki tangga yang tinggi. Tidak mengapa.

Sebenarnya, ramai orang yang tidak tahu, sepanjang mengenali aku, tengok aku selamba sahaja. Walhal, aku ini menjadi sensitif apabila tiba part kurang bahasa dan orang yang jenis cakap lepas. Walaupun bukan kena pada aku, aku pantang tengok, rasanya mahu fire balik. Cuma aku senang berdiam. Ini bukan zaman kanak-kanak untuk berbahas kampung. Benar, tidak pelik pun, aku cukup jaga hati orang, kadangkala hati aku terluka, aku diam sahaja. Sepanjang aku kenal Kak Iena, semasa kami mesej-mesej, Kak Iena ada bagi maklum balas pada aku, "Kalau adik ada apa-apa hal/masalah, jangan lupa bagitahu akak tau..jangan pendam-pendam..",..Owh..baru aku tahu, selama ini aku tidak sedar pun, aku ini pemendam rasa rupanya walaupun lihat aku ini terlebih ekstrovert. Ekstrovert itu kalau orang lihat mungkin aku ini mencapub ke apa ke..namun, itu bukan kehendak aku, itu ialah personaliti aku. Aku teringat kata-kata Adlin, katanya dia mengahwini Emilia Rosnaida (Aku pun tidak tahu, betul ke tidak aku sebut namanya), luaran nampak dia hebat tapi sebenarnya dirinya amat sederhana. Aku suka ayat Adlin tu. Aku cuba kaitkan dengan diri aku. Bukan aku nak kata aku macam Emilia pulak..jauh panggang dari api..tapi harap faham apa yang aku ingin maksudkan, kerana itu personaliti..

Memang benar, aku sukakan kesederhanaan, tetapi, sekeliling/ ada kalanya orang yang menjadikan faktor aku ini kelihatan mencapub. Itu bukan kehendakku. Mungkin semangat aku ini terlalu kuat. Namun, sampai bila, sebab itulah kena ada peringkat penggunaan semangat juga, bukannya untuk keluarkan semua semangat itu. Semua itu, anugerah. Siapa tidak mahu low profile. Low profile maksud aku , bukanlah pasif. Adakalanya orang low profile terlalu pasif dan ada juga orang low profile ini dalam kalangan hebat-hebat. Ada juga yang tidak hebat, tapi buat-buat mencapub untuk tunjuk hebat. Lainlah seperti kata En.Mohd Nor Idris, saya memang hebat, sebab saya hebat. Itu tidak perlu dipertikaikanlah kebenarannya. Roger sendiri menyatakan manusia itu unik. Cuma permainan minda yang Tuhan anugerahkan ada fungsinya, demi kehidupan untuk akhirat.Titik. Cukup. Hati aku macam lesu dengan sesuatu sebenarnya. Malas untuk melayan perasaan lagi. Balik mendengar rakan-rakan membentang pun sudah lewat. Tutup kisah itu.

Aku dapat mesej dari rakan aku, yang pernah 1 team kepimpinan kolej dahulu. Sekarang di juga duduk di luar/ rumah sewa. Masing-masing ingin merasai suasana duduk di luar kolej sebelum praktikum. Aku chat lah dengan dia. Dia add aku mungkin dari blog agaknya. Dia sekarang dah kurus. Cun jer aku tengok dia sekarang. Aku pun tanya macam mana nak kurus, memandangkan berat badan aku meningkat 11 kg, mula dari semester lepas. Dia bagitahulah aku petuanya. Nasi memang dia tolak jauh-jauh, tidak makan. Mampukah aku?Huhu. Sarapan pagi sekeping roti dan dia memang jumpa pakar diet dengan boyfriend dia. Mereka pasangan bagus kiranya, saling bagi sokongan untuk kurus. Kami sembang panjang juga, dan dia bagitahu petua-petua lain, bagaimana dia kurus juga pada aku. Apa pun, aku kagum, Emon sudah kurus, mungkin jadi motivasi untuk aku juga. Dia asalnya 81kg boleh turun 60.8 kg dan sasarannya 55 kg. Bagusnya engkau Emon. Memang orang panggil dia Emon, sebab katanya dia macam doreamon dulu. Wallhuallam lah, sebab aku baru kenal di UPSI jer dia ni. Lepas ni, dah tidak boleh panggil Emon, kena panggil nama sebenar dia, Rahmah. Aku minta gambar dia melalui YM. Dia bagi gambar dia dan boyfriend dia sebelum dan selepas. Bila aku nak mula ni..uhhuhu..perlahan-perlahan...Afiti.



Emon cakap, dari 81kg


Turun kepada 60.8kg..perghh..Aku pulak dari 60 kg lebih mula-mula masuk UPSI jadi 74kg sekarang ni...Huwaaa....!!!!

Emon cakap dari 108 kg asalnya
Turun kepada 82 kg (kalau tidak silap aku)

....Emon, thanks kongsi dengan aku....

Friday, July 10, 2009

Bodohnya Tidak Boleh Di Ajar, Cerdiknya Tidak Boleh Diikut

Assalamualaikum.

Terasa segala macam dalam diri mengenangkan latihan ilmiah. Namun, 14 hb Julai 2009 itu akan tiba. Apa boleh buat terpaksa teruskan. Naib baik, sempat jugak berjumpa Dr. Jazimin walaupun tidak sampai 15 minit kerana kekangan masa.Itupun terkebetulan di Klinik Kaunseling. Pembentangan proposal nanti, fokusnya supaya latihan ilmiah pelajar semester 7; kami tidak ralat. Masa itulah kesilapan kita boleh diperbetulkan. Elok juga dilaksanakan seperti itu. Apa pun, mahu tidak mahu, kena selesaikan juga. Salah silap, biar pensyarah betulkan ketika pembentangan nanti. Masa pun sudah semput. Jiwa seperti kosong. Tugas mengedit baru sampai muka surat 31 dan masih 38 muka surat lagi berbaki. Alihkan perhatian buat sementara waktu sebelum menutup laptop. Kisah latihan ilmiah, bersambung malam nanti. Sudah jemu.

Kenapa aku menulis terlalu skema? Jawapannya, ketika permulaan aku menulis blog ini memang teratur bahasa yang aku gunakan. Selepas itu, sedikit cacamerba. Mungkin sekarang, aku celik akal, untuk kembali kepangkal jalan. Tidak seronok sebenarnya menulis ayat singkat-singkat dan menggunakan bahasa slanga. Mungkin cara berbahasa perlu kembali ke pangkal jalan. Kasihan kepada pejuang bahasa yang bersusah payah perjuangkan bahasa, akhirnya, orang Melayu sendiri yang menghancurkan bahasa. Aku celik akal selepas membuka blog seorang Profesor Bahasa di UPSI.

Bersama hayati kisah yang ditulis di blog beliau yang bertajuk BODOHNYA TIDAK BOLEH DIAJAR, CERDIKNYA TIDAK BOLEH DIIKUT oleh ( Profesor Abdullah Hassan) agar sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran.
..................................................................................................................................................................

Jadual mengajar saya semester ini untuk pelajar sarjana ada kuliah pada pukul 3 petang setiap hari Jumaat.

Oleh sebab itu bagi menjimatkan waktu selepas solat Jumaat di Masjid Jamik Tanjung Malim, saya singgah sahaja di gerai makan Abuya untuk makan tengahari. Ini jarang saya lakukan lantaran gerai ini selalu sesak sebab sangat popular dalam kalangan pelajar dan orang ramai.

Setelah mengisi pinggan, lalu seorang pelayan muda bertanya “Hendak minum apa?”

Saya menjawab “Teh o panas kurang gula.”

Layanannya cukup pantas, sebelum saya sempat duduk pelayan muda tadi sudah sampai kembali dengan minuman saya sambil bertanya, “Adik nak duduk di mana?”

Terperanjat saya dibuatkan oleh panggilan “Adik.” Dalam bahasa Za’ba, kata panggilan ini diberi istilah “pemadan taraf.”

Dengan serta-merta saya terfikir bahawa saya ini ditarafkan sebagai “Adik” sahaja. Pada hal, saya tidak berkopiah, dan rambut putih saya tentu jelas kelihatan.”

Saya cuma menunjukkan meja sebelah.

Oleh sebab saya masih dalam proses membayar makanan itu, maka saya mengambil peluang menerangkan kepada penerima bayaran yang duduk di kaunter. Andaian saya mengatakan tentulah yang memungut wang ini Tuan gerai tersebut.

Saya membuat permintaan “Puan, sila beri tahu pelayan yang itu, supaya tidak memanggil saya ‘adik.’ Panggil ‘Encik’ sahaja.”

Cik Puan itu menyedari kesalahan itu lalu memberi cadangan “Pak Cik, boleh?”

Saya menjawab, “Tidak, panggillah ‘Encik.’ Panggilan ‘Encik’ itu adalah hormat, sesuai dengan perniagaan. Panggilan ‘Pak Cik’ itu adalah panggilan keluarga, dan saya bukan ahli keluarga dia.”

Balas Cik Puan, “Serupalah.”

Saya pun memendekkan cerita dan duduk dan makan dengan tidak berselera.

Terasa saya gagal mengajarkan sesuatu amalan bahasa bersantun kepada Cik Puan ini.

Bodoh yang tidak boleh diajar dan cerdik yang tidak boleh diikut.

Rasanya, tidak mahu lagi saya ke gerai itu.

Tuesday, July 7, 2009

Tekanan, Tenang, Tenteram (3T) Lumrah kehidupan

Assalamualaikum.

Sudah 10 hari tidak menulis di blog ini. Maka, mungkin akan menjadi suatu perhentian yang agak lama jika kesibukan melanda atau mungkin ingin melepaskan perasaan, tekanan, ingin berkongsi barulah akan muncul entri yang baru kelak. Penyelia pastinya aku perlu jumpa untuk selesaikan latihan ilmiah. Mood belum datang tapi banyak aku rasa ingin rehat sebelum mengejar melaksanakan latihan ilmiah. Apakan daya, proposal perlu dikemaskini sesegera yang mungkin. Apa yang perlu diubah patut diubah. Aku rasa nak cut semua yang ayat meleret-leret yang tidak penting untuk mendapatkan latihan ilmiah yang simple dan jelas. Kata senior aku, jangan susahkan perkara yang tak susah itu memang betul! Asalkan tepat sudah. Habis cerita. Titik.

Bercerita tentang "Mengenal Potensi Diri" oleh Dr.Azizan, aku rasa ingin sangat pergi pasal untuk tahu nombor-nombor diri. Sudah puas aku mencari tentang itu dengan jelas, tapi masih kabur tentang nombor-nombor itu. Peluang yang ada, baik aku pergi. Siap aku cari contoh bagaimana untuk mengiranya, tapi penjelasan tetap tiada cuma hanyalah biasa sahaja. Mungkin, berkat kesabaran ingin mengetahuinya, maka aku dapat tahu iklan dalam Tv oleh Dr.Azizan itu. PTPTN masuk boleh lah aku ke sana. Lagipun, budak-budak rumah aku cakap, jika kelapangan mereka pun nak pergi juga.

Semester ini, Subjek pilihanku ialah Kaunseling Menurut Perspektif Islam. Pelajar kaunseling diberi pilihan sama ada memilih Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, atau Kaunseling Menurut Perspektif Islam. Banyak yang dapat aku peroleh. Terutamanya memperbaiki diri. Maklumlah, aku masih belum cukup ilmu agama. Awal kuliah, Cik Nani galakkan pelajar-pelajar bawa kitab tafsir, dan dalam kumpulan boleh perbetulkan cara bacaan bermula dengan ayat lazim. Elok benarlah tu. Aku pun belum tentu betul. Melalui bersama rakan-rakan yang mahir, boleh juga aku perbetulkan. Tidak mengapa, niat yang baik untuk belajar ialah salah satu Fardhu Ain juga.

Dalam hati ini tersenyum. Jika bentuk hati aku seperti mulut, pastinya ada senyuman., Semoga jika ditakdirkan dan masa itu muncul pastinya dia tercipta untukku. Cuma, jika kita takut kecewa, jangan letakkan 100 % . Kata seorang sahabatku, Suhana (Areda) jika kita menolak seseorang, andaikata orang itu jodoh kita, maka lambat lagilah jodoh kita akan datang semula. Pegangan agama tetap diutamakan biarpun orang itu macam mana. Apapun, masa masih panjang dan perjuangan masih perlu diteruskan bagi menjamin kebahagiaan hidup yang akan datang.
Biarlah masih di paras normal.

P/s - Orang itu busy hafal nama ubat nak buat macam mana. Semoga berjaya ya!

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42