Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, October 2, 2012

Permudahkan Urusan orang lain...Janji Allah...

Assalamualaikum. 

Begitu lama saya tidak menulis. Tidak sempat bukan alasan. Cuma mahu segalanya disimpan dalam kenangan dan hati. 

Kecewa. Itulah perasaan yang boleh digambarkan. Disebabkan rasa hormat pada kau yang begitu berusia, aku turutkan. Ikutkan hati mahu je aku cakap, heyy...!Kerani memang yang agak kurang ajar dan kurang rasa hormat. Memang tidak ada langsung perikemanusiaan. Pengetua pun tidak semegah engkau!Sedarlah! Heyyyyyyyy!Pengajaran dan peringatan untuk diri aku sendiri: Sedarlah diri kita, tahap mana, siapa kita, bukan itu sahaja, tanpa pangkat sekali pun hormatilah orang lain, biarlah berhati perut, dan tahu adab sopan. Aku hanya mahu membantu rakan sekerja aku mengambil borang. Kerani ni teruk kurang hormat cikgu. Betullah. Patutlah ustazah sendiri pun tidak suka. Engkau itu bukanlah pengetua, bukanlah bos wahai kerani. Rakan sejawatan aku telah berpindah menjadi pensyarah...sekolah rasa kehilangan sekali ketiadaannya...Jawapan yang agak kurang ajar, seolah-olah dia itu terlalu berpangkat, untuk suruh orang tunduk padanya. Aku minta borang keselamatan bodoh!Bukan nak cari gadoh!Aku selalu ingatkan diriku, rupa hodoh, perangai jangan hodoh, nanti makin jelas kehodohan dan kebodohan diri. Tolonglah saling menghormati. Jangan keterlaluan kata-katamu itu, "kerani di sekolah ada sebab guru ada...guru ada sebab pelajar ada". Setahu aku, kerani juga membantu pengurusan sekolah, guru-guru...bukan sekadar buat gaji sahaja. Ini tidak buat sijil berhenti sekolah, semak sijil berhenti pun guru. Setahu aku, kerani buat kerja ni semasa aku sekolah dahulu!

Sesuatu perkara lagi, aku meminta soft copy untuk buku manual, tetapi begitu "hak cipta pelihara" agaknya buku manual persekolahan itu. Aku mahu gunakan untuk urusan sekolah juga, tidak salah ilmu itu dikongsi. Tidak rugi sedikitpun. Allah Maha Kaya. Mana tahu, soft copy tersebut sekelip mata Allah mahu hilangkan, masa itu lah tandanya Allah ingatkan kamu. Jangan pula terbayang kesilapan yang dilakukan. Aku agak pelik dengan orang yang kedekut "ilmu" ini. Ilmu kita belajar untuk tahu, dan sebarkan. Bukan nama guru kalau ada manusia bersikap berkepentingan diri. Cukuplah rasa berkepentingan sebagai pendidik bukan mementingkan diri sendiri. Pakaian diri perlu selaras dengan hati. Bantulah orang lain demi keberkatan hidup kita. Aku pernah bersama profesorku, padahal dia mengajarku sudah lama..tetapi apabila diminta pendapat, contoh bahan...dan siap membantuku mencari bahan yang sukar kuperoleh...Itulah bezanya...darjat yang begitu ketara dari pangkat antara kedua-dua insan ini yang boleh diberi pengajaran pada diri ini...Malah, sikap yang begitu ketara juga antara dua pangkat ini. Senang cakap, orang berilmu, berpangkat lagi tidak sombong dan bangga diri. Ya Allah, kabulkanlah doa ini, jauhi diriku menjadi manusia yang sebegini bakhil, takjub pada diri, tidak berkongsi dan mementingkan diri. Allahurabbi,. Jauhkanlah!

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42