Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, November 28, 2010

Semalam

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku sering terfikir apakah tujuan dan matlamat hidup aku yang sebenar-benarnya. Memang dari dulu lagi selalu berfikir..apabila dikira apa yang dilakukan dalam hidup, pasti akan berbalik pada persoalan ini. Kehidupan amat singkat. Bak kata mami aku, " terjun naik macam mana pun, hidup kena diteruskan". Pengajaran dari pelbagai dimensi yang aku peroleh, hidup ini buatlah apapun, tujuannya adalah alam sana.

Sekejap masa berlalu. Aku rasa ingin meninggalkan dunia maya buat selama-lamanya. Sudah beberapa kali aku terdetik sedemikian bila difikirkan alam akhirat. Dunia maya hanya mengisi masa yang sedikit yang ada terluang, alasan untuk mengurangkan stress, seronok-seronok itu semuanya alasan untuk diri sendiri yang masih mencari hala tuju. Hidup kena bergerak, dan dunia sekarang bagi aku sudah jauh berbeza dengan zaman adat dahulu yang berunsurkan hasad dengki, peraturan nilai dan adakalanya penuh dengan momokan cerita hantu. Zaman sekarang manusia hanya gila kerja, tiada masa untuk fikir soal dengki mendengki. Itulah yang baiknya namun kita juga kehilangan sedikit nilai amalan nenek moyang.

Apa yang aku merepek ni. Entahlah. Yang pasti kehidupan aku ditempat kerja baru ini amat menyeronokkan. Keseronokan berbeza dan menjadikan aku agak "gila kerja" kerana galakkan, sokongan dan dorongan barisan pentadbir, nilai-nilai murni yang tinggi di sekolah ini dan tidak pernah aku lihat di tempat kerja yang lain. Banyak tempat dah aku kerja..macam-macam dan seronok kerana pengalaman berharga bagi aku...Biasalah, nilai-nilai murni bergantung pada diri kita. Suasana aman, telus, harmoni, penuh keceriaan, pesen umpat-mengumpat ni takda di tempat baru, gosip-gosip tak ada...seronok sungguh!Aku suka kepada suasana yang tidak tegang...rileks..tapi bergerak...Tidak perlu untuk aku ceritakan lebih-lebih, cukuplah aku merasainya penuh aman, tenang, suasana bekerja yang masing-masing sibuk kerja dan semuanya aku suka...di sini...aku sentiasa doakan untuk jauh dari huruk pikuk bandar..akhirnya aku dicampak di tempat yang penuh ketenangan..kiri kanan bendang...rezeki ku di sini...

Aku cuma ingin pandangan blogger yang berpengalaman, wajar ke aku laburkan duit aku untuk membeli kereta yang bayaran bulanan RM 800 untuk sebuah kereta atau lebih baik aku buat yang bayaran RM 500 untuk aset rumah dan RM 300 untuk kereta? Sama jugakkan RM 800?Sapa ada pandangan dialu-alukan sapa yang singgah di blog aku ini...

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan

Subhanallah. Maha suci Engkau Ya Rab...Sesungguhnya aku bersyukur atas apa yang Engkau kurniakan, wa syukurillah..

Aku mesti menjadi sangat-sangat rajin dan lebih berdisiplin. Sebelum aku mulakan master aku ini, aku mesti persiapkan diri mahu berubah lebih rajin lagi. Kejayaan memerlukan DISIPLIN dan USAHA YANG GIGIH! Sebelum aku daftar 11. 12. 2010, aku sangat perlu untuk bersiap sedia mental dan fizikal serta nekad dalam diri. Apapun, enjoy tetap enjoy dan berseronoklah Afiti. Keseronokan hanya aku yang tahu bagaimana. Aku harus aturkan juga perancangan tentang kajian aku kelak dengan KPM dan aku tahu pertemuan dengan Dr. Siti ada hikmahnya. Surat tawaran yang diterima untuk master adalah Mode A seperti yang aku mohon. Setelah bincang dengan penyelia, aku akan tukar mode C. Fully thesis, kelas hadir masa semester pertama sahaja. Alhamdulillah tambahan pula aku ada pengalaman bekerja buat research. Ya Allah, terima kasih, pengalaman ini amat membantuku untuk menyambung pengajianku. Aku akan cadangkan tajuk kajian ini juga malah kajian ini moga ada manfaat untuk sejagat. Mungkin boleh berkolaborasi dengan beliau. Sebelum aku daftar, aku akan siapkan proposal aku untuk di submitkan kepada IPS dan surat untuk tukar mode telah siap awal-awal lagi. Senang sikit hari daftar dan aku telah buat call dengan IPS seperti yang dinyatakan oleh pegawai di IPS. Topup RM 30 hanya bertahan 3 hari sahaja, maklumlah call KPM dan call IPS juga...Penyelia juga sudah ada dalam kepala aku. Aku berdoa, harap aku dapat penyelia, Dr.Nasir lagi. He is low profile and Great, memberi tunjuk ajar dengan baik..serta positif...aku selesa belajar dengan beliau. Apa yang pasti, aku mesti all out seikhlas hati di sekolah dan aku juga perlu lebih berdisiplin. Niat aku sebelum bermulanya 2011 aku mesti sanggup berkorban. Inilah jihad!Pengorbanan aku adalah berada di tempat baru dan juga pengajianku. Aku telah congak, pengajian untuk master aku perlu berkorban 162 hari sahaja! Semoga urusan dengan PPD, JPN aku dapat lepas...seperti yang aku fikirkan dari awal lagi sebelum isi untuk master dan aku yakin akan ada jalan penyelesaiannya dan akan aku buktikan juga bahawa PPD dan JPN akan merasakan penting kajanku ini. I will do the BEST dengan niat ikhlas dan baik...

Selamat hari Raya Qurban semua
Semua Pengorbanan kita diberkati Allah dunia dan akhirat
Bersihkan hati, jauhi segala larangan, hidup dalam landasan, jaga hati dan jaga hubungan dengan manusia dan Pencipta
Amin Ya Rabbb...Kerana Engkau aku hidup, padamu aku bergantung sepenuh hati dengan usaha aku ini

Semoga arwah ayahku tenang bersama Allah. Amanah arwah papa aku akan pikul dan semoga anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dunia akhirat

Thursday, November 11, 2010

Untuk Papa




Alhamdulillah. Untuk mengalah dalam perkara baik pasti tidak..Masanya makin hampir...Apapun cabaran, aku akan tetap lalui. Aku terima cabaran dan aku TIDAK AKAN MENGALAH..PASTI TIDAK AKAN MENGALAH... AKU PUNYAI TANGGUNGJAWABKU UNTUK KEHIDUPANKU demi keluarga dan diri sendiri dan juga anak bangsa


Terima kasih Allah..Syukur Alhamdulillah aku dapat menyambung pengajianku dalam Sarjana Bimbingan dan Kaunseling dan syukur YA ALLAH kerana aku juga dapat posting...Alhamdulillah...syukur padaMu aku bersujud...

tahniah juga pada sahabatku Ain, dan Fauzi..semoga dapat naik pentas konvo tahun 2013 kelak..aminnn...insyAllah kepada Allah kita berharap dan terus berusaha

Pastinya terbayang-bayang wajah arwah papa aku....rupa-rupanya sudah hampir merealisasikan hasrat arwah papa aku yang mahukan aku sambung belajar ketika aku berusia masih kecil dan dinyatakan kepada aku ketika aku berada di semester 3 dan diingatkan lagi pada aku semester 5...Papa!!!!!!!!Tie teringat ko papa!!!
Semua ni untuk keluarga aku..arwah papa dan mami aku...dan juga adik-beradik..

Sunday, November 7, 2010

Nak Bawak Diri



Lagi 8 hari aku akan balik kampung untuk hari raya haji. Jam kul 2.00 am ni. Tiba-tiba aku rasa nak terbang jauh-jauh, tinggalkan semua. Apakhah? Pergi jauh sangat-sangat tanpa khabar berita. Macam nak bawak diri. Lepas tu, bila dah puas...okay..aku akan balik ke Malaysia.


Ping!Tampar pipi sendiri!Apa melalut ni..Dah...dah...aku nak tidur... Jangan ikut hati.

Saturday, November 6, 2010

Hasrat

Bismillahirrahamanirrahim

Bila tidak menulis di blog ni, bertangguh sampai 5 bulan. Bila dah menulis, tak berhenti-henti pulak. Apa boleh buat. Kehendak hati tidak boleh disekat selagi kemahuan memuncak. Aku ingin share sikit pasal MASA, KEHENDAK, dan KEPERLUAN.

Kini, usiaku sudah menjengah 24 tahun. Dunia sekolah rendah, dan zaman kanak-kanak bererti buat aku. Patutlah masih terasa sampai sekarang. Kalau orang tanya, nak balik tak ke zaman tu...aku pasti akan cakap NAK!!!Tapi, untuk sampai pada hari ini, kalau orang tanya, nak ke tidak? Aku cakap, tak apalah. Bukan mudah..tahun ke tahun kita lalui...tapi sekarang seolah-olah mudah pula ya. Kenapa, yer?Jawab dalam hati sahajalah....Ya, sebab dah ke arah capai apa yang didingini. Lagi 6 tahun usia aku 30 tahun. Wahlawei...sekejap sahaja. Kalau setahun tu macam 6 bulan je aku rasa...tup tup..genap setahun...Prinsip aku mudah sahaja, kita jangan membandingkan diri kita dengan orang...yang menjadi masalah apabila kita membandingkan diri kita lebih-lebih dengan orang, apa yang orang buat dalam setahun tu kita nak buat...kenapa kita tidak gunakan...cara tersendiri untuk penuhi 1 tahun itu...asalkan bahagia..buatlah apapun...selagi tak melanggar syariat. Paling penting cukup jer setahun...tambahkan dalam biblio diri apa pencapaian yang telah dilakukan. Tidak bermakna enjoy kita tidak terus mencapai "progress kejayaan" itu. Lain orang lain caranya. Terima kasih Rogerian kerana membuatkan aku mengerti maksud manusia itu unik.

Sebut pasal kehendak dan keperluan. Hanya ada 5 benda yang aku mahukan. Targetku sebelum usia 30 tahun. Biasanya setakat yang aku hidup ini, aku lebih awal berangan-angan sebagai targetku apa yang aku mahukan dan Allah sentiasa murahkan rezeki aku dalam aku ingin mencapainya. Graf kehidupan adalah sentiasa berada dalam fikiran. Apakah yang dimahukan sangat tu? Tidak lama sahaja lagi..bersabar sahajalah...tunggu kerja..pasti dipermudahkan.

1. Kereta sendiri

2. Rumah sendiri (antara blog-blog yang menyediakan perumahan)
http://eprints.utm.my/4445/ (kajian pasal perumahan)

3. Camera DSLR sendiri punya
4. Melancong ke luar negara

Itu sahaja yang memerlukan duit dan tunggu kerja sahaja

Cuma 1 perkara yang kini dan harap selamanya ...adalah....
"menyambung pengajian"

Friday, November 5, 2010

Senario Hati

Assalamualaikum wbt

Sekadar ingin melontarkan pandangan.

Menghindari perbuatan yang jelik iaitu terlalu ingin mencaturkan kehidupan manusia lain adalah bukan bidang kuasa kita. Manusia itu penuh keistimewaan dan keunikan, serta potensi tersendiri. Sesungguhnya kita tiada hak dan kuasa untuk mencaturkan kehidupan orang lain malah, kita hanya mampu memberi pandangan dan cadangan sahaja. Cara memberi cadangan dan pandangan juga berbeza dengan "menyuruh" dan membuat kuasa autonomi pada orang lain lebih-lebih lagi tiada ikatan kekeluargaan. Manusia ada pilihan tersendiri dan sebelum manusia membuat sesuatu keputusan, sudah pasti manusia itu berfikir jalan dan permulaannya. Andai kata manusia itu tidak mahu mengikut telunjuk kita, apa boleh kita buat?Kita tidak ada hak pun ke atas diri orang lain. Siapa kita untuk kita halang kejayaan orang lain?Siapa anda untuk anda menidakkan kebolehan dan kemampuan orang lain? Jika anda tidak mampu menjawab persoalan itu, mudah sahaja tidak perlu banyak alasan dan persoalan lain, SEMAK HATI dan TERUS MENYEMAK DAN LAKSANAKAN PEMBERSIHAN HATI.

Dalam hidup ini amat mudah, kita percaya dan berpegang pada tali Allah dengan kukuh yakin Dia membantu walau ada halangan yang besar sekalipun. Sudah menjadi kebiasaan orang bercita-cita besar, mempunyai azam yang besar selalu diuji dengan cabaran yang besar dan hebat kerana itu adalah tanda dan ukuran besar atau kecil sebuah cita-cita. Jika anda pernah menghalang kejayaan dan kemajuan orang lain, beringat-ingatlah, kerana setiap perlakuan anda ada balasanNya yang tidak terhingga, jika tidak kena pada anda, pada anak anda. Anda mahu anak dan keturunan anda menjadi manusia yang tidak lulus peperiksaan?Tidak berjaya dalam hidup?Sudah pasti tidak bukan??!Samalah juga dengan orang lain..perasaan ibu bapa kepada insan yang mahu mengorak langkah ke hadapan itu. Kita punyai kecerdasan yang pelbagai, kemampuan yang berbeza, cara anda makan dan cara saya makan tidak sama. Anda makan kena satu persatu, dan saya makan sambil menonton televisyen. Anda orang yang perfectionist, merancang sesuatu bermula dari awal, jika tidak berjaya anda mencari alasan. Kita tidak serupa kerana saya orang yang tiba-tiba, all out merancang itu dalam kepala saya, bila tiba masanya, saya bergerak, kerja siap...selagi ada masa selagi itu saya akan "jadikan" kerja saya. Ya, memang kita tidak sama. Jangan kita nak samakan diri kita dengan orang lain, dan alang-alang mahu samakan, kita memaksa orang lain pula. Dengan cara saya itu, jangan anda jadikan sebagai kelemahan saya, sebab saya kenal siapa diri saya, dan kapasiti apa yang saya ada. Saya mengakui kehebatan anda, tetapi malangnya kehebatan anda itu adalah untuk kegunaan dan balasan balik untuk diri anda. Jika begitu, anda tidak ikhlas. Sepatutnya apa yang anda buat, anda perlu ada dalam hati untuk melihat kejayaan orang lain juga. Tidakkah anda terfikir, kenapa anda jadi begitu?Jawapan mudah, kerana anda makin rasa diri anda hebat, orang lain tidak hebat. Apa ukuran sebenarnya pada kehebatan? Kehebatan apabila ilmu yang sedikit tetapi memberi manfaat kepada seluruh bukannya memberi kepentingan kepada diri anda. Anda juga tidak boleh bersikap, apabila berada di hadapan orang yang berkepentingan untuk diri anda, anda bermulut manis, apabila berada di belakang orang itu, anda mula mencari kelemahannya. Anda tidak sedar anda sedeang menunjukkan kelemahan anda yang sedang Allah dan orang lain perhatikan. SubhanaAllah. Kembalilah kepangkal jalan.

Kena semak HATI, kejayaan dan kerja-kerja yang anda lakukan adakah berhasil? Hanya tekanan adalah yang anda peroleh. Adakah sekadar di takuk yang biasa. Jika berada pada takuk biasa, itulah balasan Allah pada anda. Anda tidak akan kemana-mana, dan tidak diberkati Allah jika anda suka menghalang kejayaan orang lain. Sepatutnya semakin anda hebat, semakin anda ingin melihat orang lain juga hebat. Sungguh banyak moral yang saya peroleh daripada anda.

Aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat senior aku. Walaupun banyak cabaran yang diperoleh, akhirnya Allah berikan KEJAYAAN buat dirinya. Tidak lulus ujian INSAK tidak bermakna gelap masa hadapan, berkat kesabarannya dan ujian sementara (beberapa bulan sahaja) seniorku dapat tawaran untuk menyambung pengajian diperingkat PHD, dalam usia 28 tahun sudah boleh grad dengan PHd. Tawaran bekerja sebagai pegawai psikologi di USM juga diterima. Tahniah sekali lagi. Dialah senior yang banyak membantu aku semasa aku belajar di UPSI ini. Terima kasih dan selamat berkahwin juga. Rezeki orang kahwin sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah.

Pengalaman makin menjadikan saya untuk lebih tahu siapakah orang hebat yang perlu dan patut dihormati dengan seikhlas-ikhlasnya...Malah, saya lebih sedar dengan siapa kita perlu bergaul dan bercakap tentang harapan dan cita-cita malah dengan siapa yang akan memberi sokongan kepada kita. Jika niat anda baik, Allah permudahkan apa yang anda katakan walaupun orang tidak setuju dan mengatakan anda mahu halang orang. Saya tidak nafikan. Saya hanya berbicara tentang keadaan hati "semasa" dalam masyarakat kini. Tanpa keikhlasan, dan niat yang suci, anda menjadi manusia yang "plastik".

Semoga sinisan yang menyentuh jiwa ini didengari.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42