Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, September 25, 2008

Psikologi Vs Raya Vs Sahabat-sahabat

Afektif, kognitif, dan psikomotor saling berkait dalam membentuk personaliti manusia. Sebagai individu semestinya seseorang itu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Jadi, manusia saling bergantung dalam mendapatkan semua keperluan ini. Jika dikaitkan dengan teori realiti pula, orang sekeliling merupakan aset penting dalam membina POWER, FREEDOM, FUN, SURVIVAL DAN JUGA LOVE AND BELONGING. Aku cuba ya! Hari raya aku gagaskan sebagai freedom and fun.Mungkin juga boleh kaitkan dengan power, survival dan love and belonging. Wah! Inilah nikmat hari raya yang ALLAH ciptakan dan hadiahkan untuk kita. Kenapa aku katakan Hari raya sebagai power? Hal ini menandakan kekuatan manusia menahan hawa nafsu sempena bulan Ramadhan Karim. Pada bulan ini amalan-amalan ditingkatkan dan sebagai titik tolak untuk detik-detik seterusnya dalam melipatgandakan ibadah kepada ALLAH. Malahan, aku katakan juga sebagai survival. Survival pada pandangan aku kerana hari raya itu merupakan cabaran jika dipandang luas, kerana setelah mengharungi dan berperang dalam menahan godaan nafsu akhirnya manusia itu mendapat power. Power itulah yang ingin aku kaitkan sempena hari raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, dengan teori realiti. Boleh ke aku kaitkan. Aku akan digunakan sebagai tanda manusia itu mempunyai hati nurani dan juga kekuatan dalam menerima suruhan Allah. Jika berjaya mengharunginya, maka manusia itu akan mendapat ganjaran daripada Allah dan aku katakannya juga sebagai POWER daripada Allah untuk POWER manusia. Namun, harus kita sedar POWER ALLAH dan POWER kita itu berbeza. POWER ALLAH ialah diberikan kepada kita setelah kita SURVIVAL dalam mendapatkan POWER sebagai tanda dan hadiah daripada ALLAH. Setelah semuanya diperoleh, aku ingin kaitkan pula dengan Love and Belonging.

Pada hari kemenangan manusia melawan nafsu, iaitu Idulfitri, peranan Love and Belonging saling melengkapi sesama ummah. Pada hari pertemuan antara manusia yang berhimpun dalam menyambut kedatangan Syawal, perasaan sayang-menyayangi yang hadir itu makin diperkukuhkan, yang jauh didekat-dekatkan. Perasaan ini dapat dirasai oleh sekeluarga iaitu dengan menyambut hari kemenangan sebagai tanda terlepas godaan nafsu. Sanak-saudara berkumpul dan saling memaafkan antara satu sama lain dan ikatan siratulrahim dapat diperkukuhkan. Aku ingin berkongsi pula pengalamanku sepanjang berada di perantauan mencari setitis ilmu Allah. Perasaan saling tolong-menolong antara sahabat itu menandakan bahawa LOVE AND BELONGING yang kuat dalam diri. Manusia yang mempunyai hati dan perasaan akan tahu menilai dan mudah berempati dalam memahami manusia yang lain. Sepanjang aku berada di universiti, aku jenis berkawan sama rata dengan semua orang. Itu prinsipku sejak dari dahulu lagi. Mungkin ada sebab kenapa prinsip aku sedemikian. (Nak tahu tanya saya sendiri ya!). Walau aku berpegang prinsip adil dan sama rata, tetapi dalaman aku, aku ada meletakkan siapa orang itu dalam hati aku. Hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku percaya, jika kita menyayangi seseorang, orang yang kita letakkan dalam hati itu juga akan merasai instinct atau naluri yang sama juga termasuklah rakan-rakanku. Sayang dalaman tidak semestinya rapat pada zahirnya. Tidak bermakna berkepit kesana kemari, itu sayang dan tidak pula bermakna jika jauh zahir itu, jauh dalaman. Itu hakikat yang aku pegang.

Sepanjang berada di universiti, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sahabat-sahabat banyak membantu aku. Bantuan yang kita saling berikan "Win-win Situation" itu semoga ada balasan daripada ALLAH SWT juga bukan antara kita sahaja. Jika sahabat senang, diri kita pun senang, jika sahabat susah, kita pun akan susah. Inilah yang dinamakan naluri keikhlasan. Bersahabat ini juga termasuk dalam keluarga kita. Hubungan dengan adik-beradik dan ibu bapa juga dikatakan sebagai pertalian afektif. Semoga pertalian afektif ini akan memberi kekuatan, POWER kepada individu-individu lain juga. Selaamt hari raya kepada semua kawanku pelajar bimbingan dan kaunseling khasnya dan seluruh yang mengenali diriku secara langsung dan tidak langsung aku mengenali kalian.

Sempena bulan berkat ini dan kedatangan Syawal yang dinantikan, aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Maafkan aku jika tersilap kata, terlepas pandang dan semua salah silap aku. Aku mohon maaf dengan serendah hatinya kepada semua yang mengenali diriku. Aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang memberikan kad hari raya. Jika dahulu, kad hari raya bertimpa-timpa, sekarang ini kerana makin sibuk, hanya SMS sebagai penggantinya. Malahan juga testi dalam friendster juga tidak aku terbalas beratus agaknya kad hari raya elektronik kuterima. Yer ker..? huhu..Namun, aku hargainya. Dalam masa orang menghantar kad elektronik, aku menerima kad juga daripada sahabat-sahabat baik ku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir dalam hidupku terutama teman-teman seperjuangan. Sepanjang pengajian ini, rakan-rakanlah yang menjadi keluarga keduaku.

Aku dedikasikan juga tanda penghargaan aku kepada guru-guru aku yang tercinta. Jasa kalian aku tetap junjung hingga akhir hayatku. Terima kasih kerana mendidik diri ini. Kelak aku akan pergunakan nilai yang kalian berikan untuk aku. (Ni nak kaitkan dengan apa ni kalau teori realiti?Sudah semestinya Love and Belonging antara guru dan pelajar serta Power laa..hehe)

Aku dedikasikan juga kepada semua pendidik yang banyak memberi nilai kepada aku iaitu pensyarah-pensyarahku. Anda aku doakan semoga berada di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Ameen. InsyAllah. Aku juga doakan kepada orang yang sering memberi nilai kepada aku semoga dipanjangkan umur. Aku dedikasikan kepada En.Aziz, Dr.Alya, Dr. Jazimin, En.Taq, En.Anuar, En.Mus, Dr.Fauziah, En.Zul, P.A aku, Prof Mad Dr Malek, Abe Nor..keke..Puan Hapsah, Cik Amelia, Dr Ard, dan semualah pensyarah aku yang menrangkap pendidik aku...sertaaaaaa....semua kaunselor-kaunselor..cikli, cikgu Fazlie, dan semua yang aku kenali di blog dan alam maya juga. Terima kasih semua. Selamat menyambut hari lebaran. Semoga kalian dipanjangkan umur dan diberi keberkatan oleh Allah. InsyaAllah semoga hati-hati kita ditautkan dengan hubungan kasih sayang Allah.

Terima kasih yer..Yati, Zeti dan Dewi kerana masih konvensional dengan memberi kad raya pada hari akhir kelas. Ke"konvensional"an anda..amat touching..hhihiiiii...Terima kasih juga kepada geng lelaki, Faiz, Iman, Azril dan yang lain kerana agak rapat berkawan. As juga banyak membantu aku. Maksud aku tiada gape antara kita ya..sebab masing-masing jadi diri yang real. Itu yang aku suka. Pastu dengan duk berkongsi kat YM dan macam-macam lagi. Gembira mengenali anda semua. Aku doakan kejayaan dan kegembiraan hati sahabat-sahabat juga kerana kejayaan kalian kejayaan ku juga. U i LOV3.

Sekian, Terima Kasih...,
Hasil tulisan Zeti

Tulisan Dewi

.
Hasil tulisan Yati

Wednesday, September 24, 2008

Perkembangan Ingatan dan Metaingatan


Al kisah hamba mencoret laporan makmal kaunseling, hamba berehat seketika. Hamba berehat sambil mengerjakan YM dengan gelak ketawa dengan cikgu hamba, EN.A berbincang pasal lagu di blog. Selingan itu juga hamba membaca karya Mohd Daud Hamzah, PHd. USM yang memberitakan "Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran". EE..apa punya bahasa nih!Berbalik kepada bahasa yang betul senang orang nak paham...

"Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran" oleh Mohd Daud Hamzah, Phd.UsM.Buku itu kepunyaan ayah aku. Buku itu bertukar tangan apabila aku meningkat dewasa. Ketika itu aku masih kecil dan buku itu sering ayah aku baca dan kini menjadi milikku. Aku membelek-belek buku itu selepas membuat laporan Kaunseling, Dr. Jazimin. Sambil membaca, aku berYM dengan En.A. Aku ingin kongsikan iaitu, satu konsepsi ingatan melibatkan usul tentang wujudnya tiga sistem ingatan iaitu ID (Ingatan deria), IJPEN (Ingatan jangka pendek), dan IJPAN(Ingatan Jangka Panjang). Permula ingatan ialah dengan ingatan deria kemudiannya disalurkan kepada iJpen dan kemudiannya perlambangan oleh IjPan dan disimpan secara kekal dan akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Dalam ingatan jangka panjang, Tulving (1972) menyatakan terdapat dua jenis perlambangan iaitu ingatan episod dan ingatan semantik. Ingatan episod merupakan perlambangan peristiwa/kejadian/episod pengalaman. Selang dengan masa pula, ingatan episod bergabung dengan ingatan semanti. Ingatan episod akan lenyap kerana menjadi sebahagian daripada komponen ingatan semantik. Ingatan semantik pula sistem rangkaian makna yang mnejadi himpunan skema-skema (seperti yang dipelajari dalam psikologi sosial dan psikologi pendidikan) pengetahuan seseorang. Jadi, memang benarlah, jika seseorang pelajar tidak mengigat, kemungkinan sesuatu halangan yang menghalang untuk IjpaN dan IjpeN. Mungkin konsep masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu ada kaitan. Manusia itu pelbagai. Anggap lah manusia itu sebagai buku. Setiap manusia yang ada ini merupakan ilmu bagi manusia lain. Melalui manusia-manusia yang hadir ini, banyak yang kita boleh baca. Sebab itulah mereka aku katakan sebagai buku. Jadi, seorang guru, wajar memahami konsep ini dan memahami pelajar bukannya menghukum pelajar dengan menganggap pelajar tiada potensi. Inilah persepsi salah yang perlu diubah. (hope aku tidak menjadi guru seperti ini). Usaha membantu, mendiagnos kekuatan dan kelemahan pelajar,potensi mereka menjadi aset bernilai dalam usaha memanusiakan manusia. Aku berharap aku mampu menjadi pendidik yang mendidik dan terdidik serta dididik. Ketika aku menulis entri ini, wajah-wajah ibu bapa aku, guru-guru (cikgu aku sekolah dulu dan pensyarah aku)terbayang-bayang dihadapan mata aku dan termasuklah orang-orang yang banyak membantu aku dalam aku memperoleh ilmu dan pengetahuan yang mereka sudi kongsikan bersamaku. Jasa kalian tidak sesekali aku lupa. Semoga Tuhan menempatkan mereka ini di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Doakan kejayaan anak didikmu ini kerana aku masih belum berjaya, banyak yang masih aku tidak tahu dan perlu belajar. Terima kasih.

Tuesday, September 23, 2008

AKU DAN TUHAN

TUHAN,
BETAPA BANYAK AKU LALUI LORONG-LORONG
AKU CUBA MENYELONGKAR SEGALA LORONG YANG ENGKAU BERIKAN
SEMUANYA AKU TIDAK GENTAR UNTUK MELALUINYA
SETIAP LORONG-LORONG ITU AKU LALUI DENGAN SEMANGAT YANG ENGKAU BERIKAN,
NAMUN, KADANG-KADANG AKU TERKEDU LANTARAN PENAT, KADANGKALA MENGALIR JUGA AIR MATA,
CUMA SELEBIHNYA AKU ORANG YANG KUAT SEMANGAT
JIKA TIADA SEMANGAT DAN REDHA PADA ENGKAU,
AKU TIDAK TAHU, APA YANG AKAN TERJADI PADA AKU,
KENAPA AKU ENGKAU PILIH?
KENAPA AKU TUHAN???
BILA AKU TERTANYA TENTANG ITU, LANTAS AKU DAPAT JAWAPAN CASH YANG ENGKAU BERIKAN
KENAPA AKU YANG ENGKAU PILIH??
JAWAPANNYA ADA PADA DIRIKU KERANA AKU TAHU, PENCIPTAKU HEBAT SEGALANYA,..
AKU HARUS MENANGIS APABILA INGAT SEMUA INI,
NAMUN, AKU TAHU ADA PUNCAK YANG MENANTI DI NUN SANA MENANTI
APABILA AKU TERSUNGKUR, OH TUHAN TIADA YANG DAPAT MEMBANTU AKU
MELAINKAN DIRIMU,

HIDUP INI MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN YANG TINGGI
TERIMA KASIH TUHAN
SAYANGNYA ENGKAU PADA AKU.

NUKILAN,
AFITI (AKU DAN TUHAN)

Monday, September 22, 2008

Sedarkan

"InsyaLLah saya doakan.." andainya perkara ini baik baginya.. bagi agamanya..bagi dunianya dan bagi akhiratnya.. maka kurniakanlah apa yang dihajatinya Y a Allah"-Terima kasih Cikli

Mood today:
1. Jika saya mempelajari sesuatu yang hebat, maka saya perlu sedar bahawa ilmu itu Ilmu Tuhan.
2. Jika saya terjatuh, saya perlu bangun dan bangkit semula kerana kejatuhan mengajar saya untuk lebih menghayati dalam mencapai kejayaan yang bakal menanti di hadapan.
3. Jika saya selalu sihat, jangan lupa saya juga akan sakit kerana Tuhan ingin mengigatkan saya kerana
hidup tidak sentiasa senang seperti yang ingin saya jangkakan, kerana sakit yang diberi Tuhan itu ialah ubat dan penawar pembersihan hati dan jiwa saya. Walaupun sakit, sukar untuk mengharunginya, bersabar itu membentuk hati yang menerima tanpa syarat ketentuan Tuhan dan belajar untuk ketenangan diri. Bersyukur jika diberikan kesakitan walaupun kita tidak mahukannya!
4. Saya perlu sedar konsep redha dan memupuk diri untuk menerima segala yang Tuhan beri kepada saya agar menerima segala ujianNya hingga pada satu tahap diri akan merasakan Nikmatnya ujian Tuhan.
5. Jangan lawan arus yang Tuhan berikan sehingga diri tersasar jauh dan tergelincir, kembali kepada ingat siapa diri dan Dia agar Tuhan memberikan kekuatan semula pada diri.

*Perkongsian hari ini sebab tidak tahu untuk tulis apa. Tiba-tiba rasa nak tulis.Sekian Terima Kasih. Selamat membaca. Senyum sokmo. Khopkhun mark cha..(**)

Matematik dan Sains dalam Bi (PPSMI)

Pertelagahan minda, pertelagahan kata mula dirasai apabila Tun Dr Mahathir MOhamad menyuarakan pandangan dan agenda untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu dengan memperkenalkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Penilaian demi penilaian yang dilakukan oleh saya.. maka hari ini, tercetus untuk mengeluarkan pandangan saya pada entri ini. Isu ini langsung tiada kaitan dengan kepentingan politik malahan untuk kepentingan semua bangsa di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, agenda ini bermula secara berperingkat bagi pelajar Tahun 1. Bagi menjayakan projek ini, sekolah dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD, pencetak dan lain-lain. Respon positif dan negatif makin diterima. Pada pandangan saya, sukarnya untuk memulakan agenda ini, namun hasil untuk jangka masa panjang akan memberikan impak yang amat memberuntungkan negara. Mungkin pada usia saya, saya telah terlepas untuk mengalami situasi mempelajarinya kerana agenda ini hanya baru beberapa tahun sahaja dilaksanakan.

Dari segi psikologinya, hanya manusia yang terlepas akan merasakan rugi tidak mempelajarinya, tetapi bagi orang yang sedang mengalaminya dan merasakan amat sukar, banyak pula protes nya. Itulah hakikat manusia. Berfikir untuk kesan jangka panjang itu lebih baik walupun sukar untuk melaluinya kerana perkara yang amat sukar itulah akan memberikan keajaiban untuk diri. Akhirnya, kita telah melihat kejayaan dan murid-murid pada hari ini lebih kehadapan berbanding zaman saya dahulu yang tidak sempat mempelajarinya. Mungkin ada yang kata, fuhhh...nasib baik aku terlepas...tapi, berbalik pada konsep ilmu itu sendiri.Perkataan ‘ilmu’ lazimnya merujuk kepada dua maksud
; (1) pengetahuan dan kepandaian di dalam sesuatu perkara, merangkumi semua aspek kehidupan: dunia dan akhirat, (2) kajian berkenaan sesuatu perkara. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas, ilmu didefinisikan sebagai ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri seseorang insan.
Rasululllah s.a.w pernah bersabda,
maksudnya; “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya. Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam. Wasilah dalam mendapatkan ilmu pengetahuan adalah melalui pendidikan sama ada secara implisit atau secara eksplisit.

Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad ke-15, warisan Islam telah membuktikan bahawa masyarakat Islam pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan sains gunaan. Justeru bagi memastikan keberlangsungan ilmu itu dalam mengecapi kegemilangan zaman perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu wajar pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris diteruskan memandangkan dunia pada hari ini telah menuntut kita untuk mempelajari bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, penguatan dan kaedah bagi mencari keseimbangan agar bahasa Melayu tetap diutamakan assessment wajar dilakukan bagi mengetahui sebanyak mana skala pengurangan dan faedah yang diperoleh.

Pendapat Mantan Perdana Menteri :

"Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka. ".

Saya perlu belajar bahasa Inggeris memandangkan saya terasa jauh dilubuk hati saya bahawa saya sangat memerlukan bahasa Inggeris untuk diri saya dan my future. Jadi terjawab atribut saya mengeluarkan entri ini. Kelak jika anda (adik-adik yang tengah belajar M&S dalam Bi) akan merasai nikmatnya kelak..walaupun sukar untuk belajar pada masa sekarang ini. Selamat berjaya dan tahniah kerana anda sangat beruntung dengan kemudahan sistem pendidikan sekarang ini.

Sekian Terima Kasih, @Khopkhun mark cha,..,

Kepimpinan


TNC vs Ketua Fasi vs Pengarah Program
My group




"JIka kita ingin berada di atas, kita jangan sesekali menjatuhkan orang dibawah...kerana kita TIDAK pasti sbnrnya orang yang kita cuba jatuhkan itu ialah diri kita sendiri..Jadilah pemimpin yang tahu mendongak ke bawah & memimpinlah pada niat yang betul bukan kerana KEPENTINGAN DIRI
"

"Jika ingin berpolitik, wujudkan politik baru sebagai mahasiswa untuk menerajui pimpinan bukannya menerapkan ideologi-ideologi yang di pegang di luar itu. Kelak, ideologi yang dibawa oleh kepala masing-masing itu sukar untuk mencari titik persamaan"

"Jika seseorang pemimpin itu NAIK kerana orang lain, maka jika Dia jatuh, adakah orang itu akan membantu? Jika orang yang membantu itu tiada bersama, maka mudah orang itu untuk jatuh. Jadi, bangkitlah kerana kekuatan diri sendiri bukannya kerana MERASUAH dan MEMPERGUNAKAN orang lain untuk naik. "

"SUKARNYA mencari INTEGRITI DAN MENDIDIK DIRI UNTUK MENJADI PEMIMPIN JIKA PEMIMPIN ITU HANYA INGIN MENGEJAR POPULARITI DAN NAMA SAHAJA. TANGGUNGJAWAB DAN HATI MASYARAKAT DIKORBANKAN DENGAN BEGITU SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN, PEMIMPIN ITU PERLU SEDAR BAHAWA DIRINYA BANGKIT DEMI MASYARAKAT BUKANNYA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. don't be arrogant"

HOPE TO BE " dapat menjadi PEMIMPIN UNTUK DIRI DAN JUGA aku mendoakan kepimpinan baru dapat menjadi PEMIMPIN MESRA mahasiswa dan mahasiswi serta mengutamakan KEBAJIKAN SEMUA. INSYAALLAH"

Afiti

Sunday, September 21, 2008

Love And Belonging


"Love to nature and love ur self. If u love your self,. what u GIve, U will get back"




Cuba lihat flash di atas..kemungkinan akan teringat pada seseorang yang disayangi mahupun dekat dihati. Tiada apa yang iNGin dicoretkan sekadar untuk membicarakan "LOVE & BELONGING". Jika love and belonging itu kena pada tempatnya, maka elok lah jadinya. Namun, remaja pada hari ini, jika melihat flash di atas itu kemungkinan hanyut jiwanya jika melihat cinta itu pada satu arah sahaja. Namun, sejauh mana untuk hanyut, diri sendiri yang menentukannya, berpautlah pada landasan dan tebing selagi dapat berpaut...agar ombak yang datang itu tidak terus memberi kelemasan pada diri. Sayangi dan berilah kasih sayang pada diri (power) sebelum mendapatkan love and belonging yang melalaikan antara remaja. Kelak anda akan menemui cinta yang sebenarnya. Pastikan cinta itu bermatlamat bukan sekadar menghanyutkan. Apapun, kita tidak lari dalam proses menjadi remaja dan orang kata darah muda yang masih tercari-cari untuk menampung lompang-lompang yang memerlukan love and belonging. Love and belonging itu basic needs. Love and Belonging itu juga kekuatan untuk diri. Jadi jangan kerana basic needs, tersasar jalannya. Jadilah remaja yang baik.,(*wink..wink..*) Segalanya pada diri kita,..Bertanggungjwablah atas pilihan yang dilakukan dan semoga pilihan agar tidak lemas itu membawa seribu rahmat dan kebaikan...serta berusaha menjadi remaja yang rasional untuk menilai. Buatlah apa yang dirasakan terbaik untuk diri. Sayangi Pencipta, Keluarga, Guru-guru... itu yang utama dan jangan lupa hargai orang-orang yang hadir dalam hidup anda. Carilah AGAPE LOBE. Aku bicarakan atas dasar...Love And Belonging pada kamo semua..Aku cinta sama kamo semuA. Kesimpulannya, based on choice theory, u NEED TO RESPONSIBLE ON WHAT U CHOOSE...(BASED ON THEORY REALiTY, Application *** Love and Belonging concept***) =p

daripada,
kakakMu untuk adek2..,

will be continued

Wednesday, September 17, 2008

AWAS Anda...!




Pernahkah anda diserang oleh Varicella Virus? Apakah varicella virus? Sedap jer nama tu...buh nama anak pun best..Nor Varicella bt....hehe...Ya..hadirin-hadirat sekalian..hehe..Varicella Virus itu bukannya makanan mahupun minuman tetapi sejenis hidupan yang membiak dalam badan manusia yang menyebabkan seseorang itu mengalami demam campak atau lebih mudah chicken pox bukan ayam pox tetapi penyakit kulit juga lah kiranya. The varicella virus is an enveloped, double-stranded DNA virus. It attaches to the wall of the cell it invades, and then enters the cell. The virus uncoats and is transported to the nucleus where the viral DNA replicates creating new virions that are eventually released from the cell to infect other cells.Chicken pox is a highly contagious viral infection caused by the varicella virus. The word chickenpox comes from the Old English word "gican" meaning "to itch" or from the Old French word "chiche-pois" for chickpea, a description of the size of the lesion.Badan seseorang itu akan mengalami demam dan tumbuh bintik-bintik pada badan iaitu di kawasan seluruh badan, pada rongga mulut, telinga, tapak tangan dan semua bahagian lain yang sensitif. Siapa yang akan mengidap chicken pox ni? kebanyakannya bayi dan kanak-kanak but sesiapa yang tidak kena masa kanak-kanak atau bayi kemungkinan akan kena juga dan tidak terlepas untuk kena pada masa remaja atau dewasa. Namun, boleh dielak sebenanrnya. Chickenpox is a disease of childhood - 90% of cases occur in children aged 14 years and younger. Before widespread vaccination, the incidence of chicken pox in the United States approached the annual birth rate, averaging between 3.1 and 3.8 million cases per year. Chicken pox can occur at any time, but occurs most often in March, April, and May in temperate climates.

Apa yang dirasa sepanjang kena tuh?
Best jugak...(merana idup). Pada malamnya, demam yang tinggi, badan rasa panas, pedih boleh buat menangis sorang-sorang. Sakit teramat sangat pun ada pada badan.

Tanda-tanda awal apa pulak yer?
Simptom awal-awal tu include that :
  • children sometimes have a prodrome of fever, malaise, headache, lack of appetite, and mild abdominal pain for 1 to 2 days
  • the rash typically appears first on a child's trunk, scalp, and face and consists of small, very itchy, flat red spots, which then turn into raised fluid filled vesicles, often described as looking like a 'dewdrop' that become umbilicated and cloudy and eventually crust over
  • the fever only lasts about 2 to 4 days
  • new 'crops' of the rash on the child's trunk and then arms and legs continue for about 4 days
  • all of the lesions are crusted over about 6 to 7 days after the illness began
  • the crusts then fall off in another 7 days, although it sometimes takes up to 20 days, usually without scarring
Although not as common, children with chicken pox can also develop ulcers in their mouth.

More serious symptoms that might indicate a complication of chicken pox has developed include redness around the base of skin lesions, a cough and difficulty breathing, or any neurological symptoms, such as slurred speech, severe headache, vomiting, seizures, or trouble walking.

JIKA terdapat tanda-tanda awal, baik awal-awal pergi jumpa doktor.


Nak Rawat Macam mana yer???

Bersabar ajer lah. Panas pedih tuh mula-mula nak hadapi memang duka lara lah. Just jangan fokus pedih, fokus mender lain untuk elak kepanasan dan kepadihan itu (ayat cilok dr). First, amik jerAcetaminophen. Patients with chicken pox typically have viral-type, prodromalacetaminophen (Tylenol) with doses determined by the weight of the patient. Children should never be given aspirin or medications containing aspirin for chicken pox or any other viral illness because of the risk of Reye's syndrome. Soothing Baths
Frequent baths are sometimes helpful to relieve itching. Adding finely-ground (colloidal) oatmeal such as Aveeno can help improve itching. Oatmeal baths can be prepared at home also by grinding or blending dry oatmeal into a fine powder and adding about 2 cups to the bath water. One-half to one cup of baking soda may also be added to bath water to reduce itching. Lotions
The most common lotion used for chicken pox is Calamine lotion. This or any similar over-the-counter preparation can be applied to the blisters to help dry them out and soothe the skin. Pastu, Antihistamines.
Cara mudah yang saya lakukan ialah:
1. Mandi Ais ( menurut nasihat orang yang pakar lah dan saya ikut. Katanya, supanya keluar tekanan dalam badan tu. Saya buat dan rasa lega jer, tapi tahan lah sejuk tuh, letak ais banyak-banyak campur sikit air, dan jirus jer. Baca bismillah selawat banyak kali niat untuk buat ubat tawwwW..!)
2. Kalau dah mandi tu, kena la jugak sabun, nak clear badan dulu pun ok pastu mandi ais. Tak pun nak mandi ais dan sabun tu pun ok jugak. Buat lah apa yang anda rasa patut.
3. Pas mandi tuh, saya taruk ubat doktor bagi. Lotion Dermoplex kat kotak lotion tuh. Cecairnya warna pink. Taruk dengan kapas atau tisu, atau cotton bike pun ok gak. Jangan taruk dengan tangan, takut tangan tuh ada kuman and bakteria jer..
4. Makan dan minum ubat yang doktor bagi. Vitamin pun doktor bagi, kalau dia tak bagi, mintak jer kat doktor sebab vitamin tu best. Manis..hehe...Actually, vitamin tuh membantu untuk bijik-bijik tuh ilang, baik untuk kulit. Hisap jangan duk telan pulak.
5. Kata orang tua, berpantang, tapi saya ikut jer la. Jangan duk makan kicap udah, nanti berparut ler muka tu...Kalau nak makan, ayam boleh tapi pastikan bahagian berisi contoh dada ayam, dan part-part banyak isi (untukng sikit cmtu..best ler..hehe). Pastu, jangan makan telur dan benda-benda gatal yang lain. Makanan pedas jangan makan, tapi saya makan ok jer,..tak ada apa kemudaratan pun. Malahan kita sering dengar orang suh minum air kelapa. Bergantung pada anda nak minum ke tak. Better tak yah minum. Tapi orang tua kata biar keluar semua. Ermm...ikutlah pada diri anda. Sebenarnya, xkeluar smer pun tak per...niat kuar mana yang ada tu jer (menurut orang yang....). So, tak minum pun tak per, minum pun tak per...Saya mula-mula tak minum, tapi kebetulan tengok air kelapa tu, terliur, minum gak sikit. Hehe...
6. Mandi kena kerap, tapi orang kata jangan mandi. Saya mandi jer sebab nak cuci kulit tu..kalau tak memang la gatal jer. Ada pantang kita kena ikut, dan ada yang tak perlu ikut. Ikut logik la jugak.
7. Baju tuh, selalu la tukar, dan pas kena tuh, clear sumer baju, pakai baju yang tak sayang la masa kena tuh, nanti cuci dengan air panas sebab nak hapuskan bakteria dan virus verricella tuh.
8. Apa yang penting ubat hospital tu jangan tinggal, Lotion yang doktor bagi setiap lepas mandi wajib letak.

Alhamdulillah, ramai sahabat bertanya, kenapa saya tidak ada bekas parut. Itulah yang hanya saya lakukan, mungkin disebabkan vitamin juga saya makan. Semua ubat tu diberikan oleh doktor. Sepanjang kena chicken pox, hanya berdikari dan dibantu oleh rakan-rakan sahaja dan tinggal di kolej tidak pulang ke rumah. Masa sakit sememangnya nak pulang, tapi bagaimana dengan pembelajaran, even tak pergi kelas, kna kuarantin,..bergantung pada pemilihan anda sendiri lah mahu pulang ke tidak. Saya bersebab dan ada perkara yang perlu diselesaikan. Jadi, bersediakah anda untuk mengalami chicken pox. Memang perit untuk hadapinya, namun,..semua itu akan berakhir. Amalkan apa yang saya amalkan, insyaAllah, tiadalah parut. Menda itu orang paling takutkan. Jika bersama rakan-rakan, ketiadaan ibu bapa, minta bantuan rakan yang dah terkena chicken pox untuk tolong letakkan ubat. Itulah yang saya lakukan. Setakat itu sahaja. Semoga perkongsian ini, anda boleh jadikan rujukan agar anda juga tidak mengalaminya ke "fade up" an seperti mula-mla saya alami hingga emosi pun cam nak terbalik, sakit. Alhamdulillah, target untuk sembuh itu perlu ada, dan pastinya, berdoa agar target kita dengan target ALLAH selaras dan Allah membantu kita sihat dan mencapai target kesihatan itu dengan baik. Seminggu sahaja, sakit hilang baik seperti sedia kala. InsyaALLAH. Setiap penyakit ada ubatnya.

HRB-novel

Sudah lama tidak menulis entri untuk ruangan ini. Kemungkinan kekangan kecil menyebabkan tertunda untuk menulis entri ini. Pengalaman seseorang itu sangat mematangkan diri. Sesetengah manusia sahaja yang dianugerahkan kematangan yang sebenar, itupun tidak melalui institusi pengajian tinggi, namun pengalaman yang dilalui melalui kehidupannya. Aku suka untuk berkongsi; membaca kisah novel hikayat ranjau berduri karya En.Aziz bin Yatim, seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengalaman beliau yang bermula daripada sekolah dalam beberapa tahun, dan liku-liku perjuangan kaunselor yang perlu dicontohi. Apa yang perlu dicontohi?Jika inign mencntohi pengalaman beliau sukar pula kerana pengalaman yang dilalui setiap manusia itu berbeza dan kita tidak pula masuk berada pada pengalaman beliau. Benar kata pengetua sekolah aku dahulu, merangkap cikgu aku. Ungkapan yang senantiasa beliau ungkapkan ialah "HAKIKAT RASA, ORANG ITU SAHAJA YANG MERASAINYA, HAKIKAT RASA, KITA YANG RASA". Petikan kata-kata dalam Hikayat Ranjau Berduri yang berbunyi" ..Begitulah lumrah kehidupan di sekolah, kadang kala bila difikirkan lebih baik tak buat apa-apa. Kalau buat sesuatu maka orang tertunggu-tunggu akan kegagalan dan mereka akan bersorak melihat kegagalan kita. Selamatlah kepada guru-guru yang hanya datang ke sekolah dan balik bila loceng tamat sekolah dibunyikan. Senang dan mudahnya menjadi guru. Tetapi saya bukannya nak jadi guru, tetapi pendidik, pemulih, pendorong, pembuka jalan, pendakwah, pemberi kegembiraan, penyerap kekecewaan dan kesedihan dan penyumbang kasih sayang di mana-mana saya berada. Saya bertekad untuk membawa kegembiraan dan harapan kepada sesiapa di sekeliling saya di sekolah. Satu kerja yang amat menyakitkan..." itu realiti yang sentiasa hadir. Namun, pengalaman daripada kesakitan yang dilalui itu memberi nikmat. Pada suatu tahap, kita akan mampu mengucapkan, terima kasih pengalaman, kerana Engkau aku menjadi diri aku sekarang bukan??? Mungkin melalui pengalaman penulis, penulis sudah menjadi kebal dengan apa yang berlaku. Tidak hairanlah kekebalan itu menjadi perisai untuk diri. Hipotesis yang dapat aku buat daripada kehidupan ini, "SEMAKIN BANYAK HALANGAN, SEMAKIN BANYAK KEJAYAAN YANG MENUNGGU" "SEMAKIN BANYAK DUGAAN, SEMAKIN BANYAK NIKMAT YANG MENANTI DIHADAPAN". Jika ingin dikaitkan dengan teori Realiti, semua ini akan membentuk kesempurnaan kendiri seseorang malahan, manusia itu harus bertanggungjawab terhadap pemilihan yang telah dilakukan. Kadangkala, pemilihan yang dibuat itu perlukan tanggungjawab kerana kita sudah membuat pemilihan, maka kita harus bersedia dengan apa yang bakal kita lalui. Semuanya kerana 5 keperluan asas manusia yang perlu dipenuhi. Dalam hikayat Berduri ini, Power pun ada, survival, freedom, Love and Belonging akhir sekali Fun pun ada ketika bersama pelajar-pelajar beliau. Melahirkan pelajar-pelajar yang menempah nama baik dalam pelbagai lapangan. Mulianya sikap dan nilai hati seorang guru. Setakat itu sahaja, Sekian.


Tuesday, September 9, 2008

Pengorbanan Vs Realti

Assalamualaikum..Aku ingin mencoretkan sesuatu pada malam ini. Pengorbanan merupakan topik utama yang aku ingin bincangkan. Pergorbanan bagi aku bleh juga inign dikaitkan dengan teori realiti. Pengorbanan dari segi Power, Love and belonging, fun, freedom,dan survival. Namun, adakah semua manusia sanggup berkorban untuk mendapatkan semua keperluan manusia itu? Bagi aku, adakalanya kita patut dan adakalanya tidak patut. Justeru, semuanya berdasarkan konsep choice theory yang dipilih oleh seseorang itu bagi memenuhi BASIC NEEDS. Walau bagaimanapun, pemilihan itu perlu datangnya daripada tanggungjawab manusia itu dan harusnya bertanggungjawab terhadap pemilihannya. Banyak yang telah aku korbankan untuk diri...dan aku pasti, pengorbanan yang aku pernah lakukan itu, insyaallah Tuhan mampu dan aku berusaha mencarinya kembali kerana semuanya demi Masa Depanku. Aku menyayangi semua yang hadir dalam hidup aku dan kecekalan serta kekuatan yang mereka berikan untuk aku.


My Dad ketika umur 31

My Dad 40years


Aku, ira, cikgu wan, junior syawal...hotel river view..


Ketika usia 16 tahun bersama rakan-rakan baru dikenali, mewakili negeri ke Perkhemahan Aku, Farhana ( SmSains Machang), Hasliza, Fatimah( smSains machang)


Palm Garden Hotel Putrajaya with my Pk Bahasa, cikgu Khabsah: Pidato Kebangsaan BPR


Zaman lamer2 masa tingkatan 4..80 km xpdc: Ujian Pentarafan Raja
Zaman hingus-hingusan yang kuhargai..huhuhu

Sunday, September 7, 2008

Pendaftaran Kursus- Minor

Assalamulaikum wbt. Pada kesempatan ruang masa yang ada 7 minit ini, walaupun aku nak siapkan banyak benda pada malam ni..aku ingin berkongsi sesuatu tentang pendaftaran kursus untuk sem depan. Kalau aku tak tulis kat blog ni, tak freedom pulak hati dan pemikiran aku. Pendaftaran kursus telah selamat aku daftarkan pada hari khamis minggu lepas pada 5 haribulan Ogos 2008. Pada kali ini, kemungkinan ada kekeliruan bagi pelajar kaunseling kerana pada semester depan kami akan fokus kepada minor masing-masing. Sebelum ini, kami dikatakan tiada minor...walaupun implisitnya minor kami ialah psikologi kaunseling. So dikatakan tiada minor kerana iras dan tidak lari daripada subjek kaunseling juga. Pada semester enam kami wajib memilih satu minor samada bimbingan dan kaunseling kanak-kanak atau kaunseling Islam. Aku juga sebelum itu dalam pemilihan dan banyak survey daripada senior-senior aku lakukan. Aku juga minat bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Menarik juga. Malahan pasal kaunseling Islam juga menarik perhatian aku untuk mempelajarinya. Kedua-duanya penting bagi aku untuk kehidupan aku dan juga perancangan aku. Walau bagaimanapun, aku memilih untuk mengambil subjek kaunseling Islam akhirnya. Ramai sahabat-sahabat memilih kaunseling kanak-kanak. Berpecah lagi kami nampaknya. Disebabkan plan aku yang telah aku rancang dan sebab musabab projek yang aku ingin lakukan, aku memilih kerana untuk kepentingan untuk diri aku dan perancangan semuanya. Malahan, aku kuatkan juga, walaupun aku tiada asas dan aku tidak pernah belajar di sekolah agama, tidak bermakna aku tidak layak dan harus menarik diri daripada mempelajarinya. Jadi, bila lagi???SEKARANGLAH! Terdetik juga disebabkan pengaruh aku berfikir pada sebelum itu dengan seseorang tentang pengkajian makhluk halus @iblis dengan psikologi manusia. Tidak disangka terkebetulan pula. Jadi, ditambah pula niat aku pada semester tiga lagi untuk mengambil minor ini, jadi, pada hari tersebut aku telah mendaftar untuk mengambil minor itu. Dalam teori realiti mengatakan aku harus bertanggungjawab terhadap pilihan yang dilakukan. Memang benar. Tidak kira lah disuruh menghafal ayat ke surah apa-apa ker dalam minor itu, nak tak nak aku kena lakukan sebab bagi aku bab penghafalan ini aku tidak berapa suka sebab aku lebih suka imiginasi. Justeru, pada masa itu aku perlu memikirkan tekniknya dan aku harus bertanggungjawab terhadap pemilihan yang aku lakukan. InsyaALLAH macam manapun, aku akan bertanggungjawab dengan positifnya. Semoga permulaan kepada minor itu, aku akan meneruskan pengkajian aku untuk masa depan aku. Sem 7 pula pembaharuan telah dilakukan oleh universiti. Biasanya sem 8 praktikum. Namun, perubahannya bermula tahun ini, kami kena praktikum masa sem 7 dan masuk balik pada sem lapan. Kami akan kembali ke UPSI dengan gelaran guru pula. Kenangan bersama di sini tidak akan dilupakan. Masa yang ada ini, aku harus menghargainya sebagai pelajar bimbingan dan kaunseling yang terarah diri, cita-cita, fokus dan matlamat. Terima kasih.

Saturday, September 6, 2008

Control Theory- Emotion?Behaviour?- is it u will not freedom???

We try to control ourselves, people and situations to meet our needs or to get what we want.
Often we are not aware that we are doing this. We may walk to the shop to buy something we want but be unaware of our surroundings as we walk down the street. Indeed, we may be "a million miles away" in our minds, daydreaming about something but still end up in the shop we wanted to go to: we were able to control our direction and our walking even though we were not aware of what we were doing! Everybody needs a certain amount of control to meet their needs for power, belonging, freedom and fun. The most important word to notice here is "everybody".
You need a certain amount of control. Your partner needs a certain amount of control. The boss needs a certain amount of control but so does the worker. The parent needs a certain amount of control but so does the child. The customer needs a certain amount of control but so does the shopkeeper. When people fail to recognise that the other person also has a need for control, the stage is set for conflict. If, however, we are willing to negotiate and compromise we can find ways to cooperate and create a better life. Sometimes we ask for what we want. This respects the sense of control of both parties. (If you don't believe asking is an attempt to gain some control consider the outrage in the workhouse when Oliver Twist "asked for more." ) Sometimes instead of asking, we demand what we want. But demanding what we want ignores the other person's sense of control and they will want to resist us.

Control is all around us:

If I'm scared to go to work and stay in bed instead, I am controlling my situation at least to the extent of not going to work.
If I hear there's going to be a petrol shortage and I hoard petrol, I am trying to gain a little control over the future.
If I boss people around I am trying to get control over them.
And if they find a way to cheat me or con me they are trying to get some of their control back.

WHAT WE CAN CONTROL

There are four aspects to everything we do: Thinking, Doing, Feeling and Physiology.
So if I am angry I may think what a rat such and such a person is (Thinking), kick the dog (Doing), have that burning angry feeling (Feeling) and have adrenalin and other chemicals in my bloodstream (Physiology). Of these four aspects, the one that is most in our control to change is what we do. Regardless of how we feel we almost always have some control over what we do.
Law, morality, politeness and many other human institutions recognise this fact. I may feel angry with you but I am not entitled to assault you: I am expected to exercise some control over what I do. The key point to remember about changing what we do is this:
If you do something that is better than what you are doing now, there is a good chance that your thoughts and feelings will also change in a more positive direction, even if though the change may not come straight away.

To put it more simply:

Doing something better than you are doing now will push your feelings towards the positive.
To put it more simply again:
Do better to feel better.
Don't wait until you feel good about doing something that might help. If it might help, do it even though you may not feel enthusiastic at that time.
Doing comes first. First do better, then feel better.

Basic Human Needs


What You want???What i need???Fun?Freedom?Power?Survival?Love and belonging???So...what i give..i will get back......i need to responsible...what i was choose...

BASIC HUMAN NEEDS
As human beings we have many needs, which can be grouped under five headings:

1.Love and Belonging
2.Power.
3.Freedom.
4.Fun (Enjoyment,)
5.Survival(Safety)
When our life is out of balance we can look at these needs and assess whether one or more of them is being frustrated. If so, we can focus on things we can do, that are within our control, to bring about a better balance. These do not have to be major things. Here is a list of the major needs and examples of how we might meet them:

LOVE &BELONGING
Giving & receiving love; being part of something; belonging to groups; someone to talk to; receiving attention; sharing experiences; supporting teams, political parties; work; chatting; greeting.
POWER & ESTEEM
Self-esteem; esteem by others; power; achievement; worthwhileness; competing; confidence; winning.
FREEDOM
Space; spreading my wings; elbow room; time to myself; independence; autonomy.
FUN
Fun; pleasure; appreciation; laughter; games, learning.
SURVIVAL
Food; shelter; health; sex.
DIFFERENCES
As you can see from the list, there are many ways to meet our needs. We can think of the things we want as ways of meeting our needs, effectively or ineffectively. We all need to eat but I want a steak and you want a pizza. Not only do our wants often differ but the details of our wants are very specific. I want a steak, medium, in a black pepper sauce; you want seafood and mushroom with no peppers. I want a socialist government which will pay for social services for people on low incomes; you want a capitalist government which will cut welfare and taxes. To the extent that we can respect the fact that other people - including those nearest and dearest to us - want different things than we want, we can live in harmony. If we cannot respect these differences, then we must live in conflict.
To get what we want, we behave. We are engaging in one behaviour or another from the time we are born to the time we die. But this behaviour has components and when these are put together we can think of them as constituting Total Behaviour.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42