Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, September 22, 2008

Matematik dan Sains dalam Bi (PPSMI)

Pertelagahan minda, pertelagahan kata mula dirasai apabila Tun Dr Mahathir MOhamad menyuarakan pandangan dan agenda untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu dengan memperkenalkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Penilaian demi penilaian yang dilakukan oleh saya.. maka hari ini, tercetus untuk mengeluarkan pandangan saya pada entri ini. Isu ini langsung tiada kaitan dengan kepentingan politik malahan untuk kepentingan semua bangsa di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, agenda ini bermula secara berperingkat bagi pelajar Tahun 1. Bagi menjayakan projek ini, sekolah dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD, pencetak dan lain-lain. Respon positif dan negatif makin diterima. Pada pandangan saya, sukarnya untuk memulakan agenda ini, namun hasil untuk jangka masa panjang akan memberikan impak yang amat memberuntungkan negara. Mungkin pada usia saya, saya telah terlepas untuk mengalami situasi mempelajarinya kerana agenda ini hanya baru beberapa tahun sahaja dilaksanakan.

Dari segi psikologinya, hanya manusia yang terlepas akan merasakan rugi tidak mempelajarinya, tetapi bagi orang yang sedang mengalaminya dan merasakan amat sukar, banyak pula protes nya. Itulah hakikat manusia. Berfikir untuk kesan jangka panjang itu lebih baik walupun sukar untuk melaluinya kerana perkara yang amat sukar itulah akan memberikan keajaiban untuk diri. Akhirnya, kita telah melihat kejayaan dan murid-murid pada hari ini lebih kehadapan berbanding zaman saya dahulu yang tidak sempat mempelajarinya. Mungkin ada yang kata, fuhhh...nasib baik aku terlepas...tapi, berbalik pada konsep ilmu itu sendiri.Perkataan ‘ilmu’ lazimnya merujuk kepada dua maksud
; (1) pengetahuan dan kepandaian di dalam sesuatu perkara, merangkumi semua aspek kehidupan: dunia dan akhirat, (2) kajian berkenaan sesuatu perkara. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas, ilmu didefinisikan sebagai ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri seseorang insan.
Rasululllah s.a.w pernah bersabda,
maksudnya; “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya. Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam. Wasilah dalam mendapatkan ilmu pengetahuan adalah melalui pendidikan sama ada secara implisit atau secara eksplisit.

Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad ke-15, warisan Islam telah membuktikan bahawa masyarakat Islam pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan sains gunaan. Justeru bagi memastikan keberlangsungan ilmu itu dalam mengecapi kegemilangan zaman perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu wajar pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris diteruskan memandangkan dunia pada hari ini telah menuntut kita untuk mempelajari bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, penguatan dan kaedah bagi mencari keseimbangan agar bahasa Melayu tetap diutamakan assessment wajar dilakukan bagi mengetahui sebanyak mana skala pengurangan dan faedah yang diperoleh.

Pendapat Mantan Perdana Menteri :

"Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka. ".

Saya perlu belajar bahasa Inggeris memandangkan saya terasa jauh dilubuk hati saya bahawa saya sangat memerlukan bahasa Inggeris untuk diri saya dan my future. Jadi terjawab atribut saya mengeluarkan entri ini. Kelak jika anda (adik-adik yang tengah belajar M&S dalam Bi) akan merasai nikmatnya kelak..walaupun sukar untuk belajar pada masa sekarang ini. Selamat berjaya dan tahniah kerana anda sangat beruntung dengan kemudahan sistem pendidikan sekarang ini.

Sekian Terima Kasih, @Khopkhun mark cha,..,

3 comments:

CIKLI said...

Kepimpinan terbentuk kerana adanya matlamat yang ingin dicapai. Untuk mencapai matlamat itu maka perlunya seorang pemimpin. Jika matlamat itu berupa hasrat individu contohya seorang ingin mencapai 4.0cgpa maka dia perlu memimpin dirinya dengan gaya kepimpinan yang sesuai dengan dirinya untuk mencapai matlamat tersebut. Jika dia gagal mencari bentuk kepimpinan yg sesuai diaplikasikan pada dirinya maka dirinya akan gagal untuk mencapai matlamat itu.Ataupun mungkin dia langsung tidak membentuk dirinya dengan sebarang corak kepimpinan maka bukan sahaja dia tidak mencapai matlamat malahan dirinya akan dibawa arus persekitaran kemana-mana arah. kalau persekitarannya membawanya ke kelab malam dia kan ke sana. kalau persekitarannya membawanya ke masjid maka kemasjidlah dia.

Lihat pada skop keluarga.Bapa sebagai pemimpin tentu mempunyai matlamat kepimpinannya. Untuk menjadikan keluarganya bahagia, cukup perbelanjaan, melahirkan anak yang bijak dan berjaya, mewujudkan anak yang soleh dan hafiz, itu semua adalah matlamat2 yg ingindi capai. Maka untuk mencapai matlamat tersebut bapa(pemimpin ) organisasi keluarga perlu ada gaya kepimpinan yang sesuai dengan ahli2 dalam keluarganya. Jika gayanya nya sesuai dengan isteri dan anak2nya maka ia membantu untuk mencapai matlamatnya. jika gayanya tidak mampu dituruti atau langsung tidak dapat diterima oleh anak dan isteri maka sukarlah ia mencapai matlamatnya kerana sudah tentu banyak konflik akan timbul.

Jika dia organisasi mahasiswa, sdah tentu matlamatnya adalah untuk melahirkan mahasiswa yang menuju kesempurnaan sebagai manusia pelajar. Berdayasaing, luas bidang ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dalam komunikasi, proaktif, sedar tentang perkembangan dunia, kebajikan terjaga, cukup 'nafkah'yang diperolehi, nafkah zahirnya(kediaman, makanan, pengangkutan) terpelihara itu semua adalah matlamat organisasi. maka Pemimpin mahasiswa menggunakan gaya kepimpinannya untuk mencapai matlamat tadi.Bijak dan hebat pemimpin mahasiswa memahamkan dan mengurus orang bawahannya maka berjayalah organisasi mencapai matlamatnya.

Persoalan :
1- bolehkah seorang pelajar bermatlamat untuk mencapai cgpa4.0? sudah tentu boleh malahan sangat digalakkan. Namun untuk mencapai 4.0 itu bolehkah dia mencuri thesis rakannya dan dikatakan itu adalah miliknya? atau bolehkan dia menceroboh bilik pensyarah untuk mencuri soalan peperiksaan? jawapnnya sudah pasti dilarang dan itu perbuatan jelek walaupun matlamat sangat murni.

2- bolehkah seorang bapa bercita2 untuk menydiakan keperluan lengkap dan sempurna kepada keluarganya? sudah tentu boleh? Namun bolehkah untuk mencapai matlamat tadi sibapa mencuri, merompak, meragut ataupun mengambl rasuah? sudah tentu tidak boleh.

3- jika dia seorang pemimpin mahasiswa, matlamatnya adalh untuk memastikan mahasiswa dibawahnya terbela 'nafkahnya'. KOlejnya selesa, kemudahnnya cukup, bahkan loarn pengajian pun cukup.Bolehkah ia mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan membuat parti liar didalam atau didalam kampus,atau menganjurkan aktiviti yang tidak syarie bagi mencapai apa2 pun matlamat kepimpinannya? Jawapannya sungguh mudah anda pun tahu.kan?

Peringatan:
'Suatu hari nanti dipadang mahsyar seorang alim akan dipanggil untuk diperiksa amalannya, tuhan bertanya apakah yang telah kamu lakukan di dunia. Si alim berkata aku telah menghabiskan usia ku dengan menuntut ilmu, dengan ilmu ini kusebarkan kepada ramai manusia, dan kulakukan itu agar mereka beriman kepada mu. Tuhan berkata kamu penipu, kamu menuntut ilmu bukan kerana aku. kamu lakukan itu semta 2 untuk mencari harta dan kejayaan dunia. kamu mengajar orang didunia bukan kerana ku bahkan kamu lakukan itu untuk orang mengatakan bahawa kamu orang berilmu dan berjasa kepada manusia.. kemudia allah memerintahkan malaikat menyeret dan mencampakkan ke dalam neraka"

Islam sangat mementingkat matlamat kepimpinan yang tulus dan ikhlas.matlamat seorang manusia semestinya untuk mencari keredhaan Allah. bukan perbuatan itu matlamat, tetapi perbiuatan itu sebagai alat untuk mencapai matlamat(keredhaan Allah)

Islam turut mengingatkan dasarnya, matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya baik tetapi jika diperolehi dengancara yang bathil maka amalan tadi tertolak.

Kesimpulan :
lAKUKANLAH APAPUN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMATYANG BAIK YANG PENTING CARA ITU MESTILAH BETUL DAN SYARIE. TANAMKANLAH APAPUN MATLAMAT DALAM DIRI PEMIMPIN YANG PENTING MATLAMAT UTAMANYA ADALAH UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.

" amalan yang disertakan dengan rasa ingin menunjuk2 itu iabarat tanah yang berada diatas batu yang licin, kemudian turun hujan lebat menimpa batu tersebut. apakah yang tinggal diatas batu tadi?"

sekian

AFITI said...

terima kasih cikli..akhirnya ada gak komen yang cikli ltk..setelah tertunggu2 utk cikli ltk pd bhgian ini...sy sgt bersetuju dgn komen y cikli berikan tu..panjang lebar...terima kasih ya..apa y dpt sy katakan drpd kommen cikli itu, kpimpian itu berpusatkan pd mtlmat, cara dan niat seseorang pmimpin itu. Seperti kata-kata trkhir cikli td..byk pmmpin skrg..yang ingin mngejar glemer..daripada mlkukkan kbjikan..itu sy sgt stju..kpimpinan itu sgt luas dripd plbg aspek..jika diberikan 1 ringgit..bgmn ingin mggunakannya..dan bgmn cara mnggunakannya..maka ssorang itu tlh mmpin dirinya mggunakan wang itu untuk dirinya...kpimpinan itu sgt halus untuk dinilai jika penilalaian dmi pnilalaian di analsis..smoga komen cikli dpt berikan sstu kpd pmbaca juga..tme kasih yer..

Anonymous said...

Kisah Mahathir yang mencetuskan PPSMI biarlah jadi sejarah. Persoalannya, kenapa masih sedia mewarisi sejarah itu. Binalah sejarah baru. Hapuskan PPSMI, kembalikan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu. Tak perlu lagi tuding menuding.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42