Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, October 31, 2008

Perkasakan Diri

Hayati frasa di atas bukan tengok gambar tuan punya blog ya..hehe
Hayati frasanya. Gambar tuan punya blog sebagai abadi dalam kenangan sahaja.

Perkasakan diri bukan bermakna anda menjadi gagah seperti ahli bina badan. Perkasakan diri dalam konteks yang saya ingin bicarakan ialah Perkasakan diri dengan pengetahuan tanpa batas. Mungkin konteks ini terlalu luas untuk saya bicarakan. Namun, atas kesedaran melihat nilai-nilai pembelajaran sekarang lebih bertumpu kepada pengetahuan dalam bidang masing-masing sehingga mengabaikan pengetahuan-pengetahuan sekeliling. Justeru, saya bukanlah bijak pandai untuk membicarakan aspek ini. Namun, saya rasakan perlu untuk saya kongsikan memandangkan kita lihat jika anda seorang pelajar sesuatu bidang, fokus mendalami bidang itu sahaja yang diutamakan. Fokus kepada bidang lain tidak pula diambil tahu kerana istilah fokus itu disempitkan pada satu bidang sahaja. Ketandusan pemikiran dalam melontarkan idea dan pandangan disebabkan nilai kognitif sedemikan yang akan merugikan diri-sendiri. Aspek yang saya bicarakan ini juga saya tujukan khas untuk diri saya juga agar menjadi peringatan. Demi, menjadi seorang guru dan bakal pendidik yang akan merevolusikan dunia pendidikan, maka hari ini saya rasa perlu untuk saya menyuarakannya. Contohnya, jika seorang guru itu mahir untuk bidang Bahasa Melayu sahaja, tidak bermakna bidang itu sahaja difokuskan. Jika diminta untuk mengajar bidang-bidang lain juga amat penting walaupun semasa pembelajarannya hanya dalam bidang itu semasa di universiti dahulu. Itulah sebabnya, pembelajaran tanpa batas amat signifikan dan perlu disematkan. Justeru, konsep ilmu dan pembelajaran tanpa batas itu perlu dihayati oleh semua pihak agar bakal pendidik kelak menjadi pendidik yang benar-benar berkualiti dan pendidik yang serba tahu. Ilmu yang terbatas ialah hanya antara kita dengan Pencipta sahaja kerana ilmunya tidak semua yang kita tahu, tetapi konsep belajar untuk tahu agar tahu itu perlu kerana semua ilmu Pencipta yang dipelajari ini hanyalah setitis pinjaman sahaja daripadaNya. Justeru, saya berharap diri saya sendiri dapat memperkasakan diri dengan ilmu dan pembacaan kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah henti dalam diri saya. Doakan saya agar menjadi pendidik yang benar-benar ingin berjaya dalam dunia pendidikan dan revolusi pendidikan itu perlu agar kita dapat mengatasi bangsa-bangsa lain. Maka, kekuatan menyayangi diri ialah anda tahu siapa diri anda agar anda tahu halatuju anda. InsyaALLAH, kepercayaan padaNya dan perancangan kita mungkin tidak sama dengan perancangan Tuhan, namun, percayalah, Allah itu kasihankan kepada orang-orang berniat baik dan gigih berusaha. InsyaALLAH, Tuhan akan membantu dalam perancangan kita untuk mencapai matlamat, kerana anda sebenarnya SAYANGKAN DIRI ANDA. Maka kita harus bersama-sama ke arah itu. Saya tertarik dengan kata-kata dalam sebuah blog, "Mengenal Pencipta ialah melalui Ilmu Keduniaan" itulah yang dibaca melalui blog saudari Aqilah. Justeru, sekarang ialah hanya belajar. Bukan belajar untuk peperiksaan, jika anda belajar untuk peperiksaan, mungkin lepas peperiksaan anda tidak tahu apa yang anda telah tahu. Sekian terima kasih.

Sibuk + Stress = NIKMAT

-WHO ARE YOU,.? ONLY YOU KNOW WHO ARE YOU-
Kegembiraan, ketenangan itu ialah hembusan nikmat daripada Pencipta. Jika kekeliruan dalam diri itu timbul, tidak wajar dileret-leretkan sehingga dapat mengganggu diri. Bersempena dengan minggu perang dengan peperiksaan bagi seluruh mahasiswa/i, justeru, saya mencoretkan entri ini untuk tatapan semua. Tidak ada sebab masa dan minggu ulangkaji ini, saya mengekang diri daripada menulis entri ini. Mungkin ada timbul persoalan, sempat lagi yer tulis blog nak exam pun. Sebagai seorang mahasiswa itu bukanlah menjadi halangan. Pelbagai kerja boleh dilakukan. Justeru, jangan rasa tertekan dengan diri. Nikmati masa dengan keceriaan kerana hari ini tidak boleh berulang dan hari esok tidak sama seperti hari ini. Oleh sebab minat untuk meluahkan sesuatu, dan menulis, maka entri ini saya paparkan. Gambar di atas saya edit semalam kerana masa, gap saya belajar diselang-selikan dengan mengedit gambar. Oleh sebab saya merupakan peminat Terapi Realiti, maka saya terfikir untuk menyelitkan kata-kata seperti dalam gambar itu sebagai kata-kata untuk diri dan sebagai perkongsian kepada kalian. Walaupun agak mudah kata-kata di atas, belum tentu kita dapat mengambilnya sebagai kata-kata untuk diri ketika dalam keadaan tidak tentu hala. Justeru, amalkan kata-kata tersebut semoga anda akan menemui JAWAPAN UNTUK DIRI sendiri. Itu sahajalah untuk saya kongsikan pada hari ini.

Thursday, October 30, 2008

Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa

..Enjoy..
Selepas Task..kita enjoy
Terima kasih Abg Mizi amik gambar nih...
Pegang tali baik-baik dik..huhu
Dengan kumpulan PRS
Minum air Milo plak dorang ni..
Apa yang penting..."Kerjasama"huhuee
Ghafar catwalk atas titi gantung..baik..baik..ghafar..jatuh tak dapek nak nolongnya..
BUaya kat bawah tu..hhihii
Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing
Taklimat daripada Pensyarah Penasihat, En.Mohd Nor b.Idris
Lebih kurang budak pulak
Main-main sikit
Wah Perkasanya..hehe
Khidmat Masyarakat, Bersedia membantu untuk membantu
Demi melaksanakan tugasan, perasaan malu dikikis dalam mencapai matlamat mereka
Sebelum Ice Breaking dan Memulakan Tugasan/ Selepas Taklimat

Antara Kumpulan Yang Turut Menjayakan Program

Tanggal 25 dan 26 Oktober 2008, persatuan Pembimbing Rakan Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris mengendalikan kem "Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa". Kem ini merupakan tugasan Ko-Kurikulum pelajar-pelajar yang mengambil ko kurikulum iaitu subjek wajib di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Barisan Tutor/ Intruktor yang terdiri daripada En. Adam, En. Mohd Faiezel, dan Cik Nor Afiti bt Mohd Basri telah bersama-sama dengan para peserta selama dua hari satu malam. Cik Zeti Norani juga turut bersama membantu melancarkan program dan kem tersebut. Pelajar yang dianggotai seramai 120 orang itu merupakan pelajar yang perlu mengikuti program sebagai tugasan kepada mereka untuk lulus dalam subjek ko-kurikulum yang mereka ambil pada semester ini. Kem yang diadakan selama 2 hari tersebut amat bermakna kepada para peserta kerana kuasa mengendalikan program terletak pada tangan mereka kerana mereka dilatih untuk memiliki ketrampilan sebagai seorang bakal pendidik kelak. Pada kali ini, kem ini diadakan di Sungai Samak. Kem Desa Selesa, Tanjong Malim, Perak. Para peserta semuanya bersemangat dan seorang sahaja dikecualikan mengikuti program kerana tidak sihat dan diberikan tugasan lain. Kertas kerja program ini, disusun gerak kerjanya oleh barisan Majlis Tertinggi program dalam kalangan peserta/ mahasiswa yang mengambil ko-kurulum Pembimbing Rakan Siswa.

p/s-kepada pelajar PRS, jika anda mempunyai gambar yang diambil semasa kem,..pas kat saya yer..dik..nnti...dan nak gamabar bagitau nanti..sbb akak akan kumpul kan dulu...gambar-gamabr dalam blog ini akan ditambah lagi,..kerana gambar ini sahaja yang ada..

Memanusiakan Manusia

Pelajar perlu didekati untuk mengetahui siapa mereka..apa kehendak mereka..dan apa luahan mereka..serta sebagai nilai perhubungan guru dan pelajar
Bersama Pelajar dalam kelas. Belajar dan ENjoy itu perlu..agar pelajar tidak kebosanan.

Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar. Oleh sebab itu, peranan memanusiakan diri sebelum memanusiakan orang lain dan sekeliling wajar disemat dalam diri setiap bakal kaunselor dan pendidik. Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.

Suatu jangkamasa yang agak panjang diperlukan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran dan pemahaman yang jitu bagi memulihkan klien dan memberi ruang yang cukup untuk mereka memahami dirinya. Situasi yang bakal menentukan arah tuju haluan insan tercinta membina kehidupan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Unit Bimbingan dan Kaunseling di setiap sekolah sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha mendepani era teknologi terkini dengan membina laman web sebagai e-majalah sekolah. Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akalbudi dan sentuhan intelektual yang murni. Dengan adanya pula Pembimbing Rakan Sebaya amat membantu pihak sekolah terutamanya dalam menangani isu-isu sosial pelajar kini. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga mewujudkan Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai Pembimbing Rakan Siswa termasuklah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Usaha untuk melahirkan insan yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan DESTINASI CEMERLANG,GEMILANG DAN SESUNGGUHNYA TERBILANG.

Monday, October 6, 2008

Ikatan dan Diri Ini

My sELF, My Mum, Brother (adik bongsu). Anak ketiga
Sebelum balik..tunggu keretapi free. Kat Thailand sekarang free keretapi selama 6 bulan. Nak jalan free boleh la.hehe

30 Oktober 2008

Hari raya yang disambut dalam keadaan sederhana di kampung, di Thailand. Masak memasak antara kami dilakukan seperti biasa. Kali ini, kami sediakan juadah laksa dan laksam,jenis-jenis kuah laksa, gulai, ketupat, rendang kuning, dan lain-lain lagi lupa nama juadahnya. Pada malamnya, aku sempat main-main mercun dengan sepupu sepapat. Berdesing telinga main mercun dan bunga api. Kadang-kadang aku bertempiaran lari kerana di acuh oleh sepupu aku yang kecil. Dentuman mencun silih berganti. Bakar duit betul. Aku tumpang merasai kemeriahannya. Kata emak kepada sedara aku, kerana anak-anak yang ramai, duit habis dekat beratus ringgit semata-mata membeli mercun dan bunga api untuk anak-anak mereka merasai kemeriahan hari raya. Aduh!kalau aku, takkan belinya. Tak sabar-sabar tunggu hari esok untuk beraya. Bau nasi minyak Thailand, kuah laksa siam singgah di hidung aku. Bau agar-agar yang dimasak juga menyelerakan, sepupu aku yang membuatnya di rumah sebelah.

31 Oktober 2008

Keesokannya, aku bangun seawal 6.15 pagi, aku bangun membersihkan diri dan tidak lupa mandi sunat hari raya dan seterusnya menunaikan kewajipan. Pada pukul 7.30, seperti yang diumumkan, kami akan solat sunat hari raya pada pukul 7.30 pagi dan orang ramai diminta berkumpul untuk sama-sama solat pada pagi itu. Begitulah setiap kali berhari raya di Thailand. Bilal di surau itu akan umumkan dan saling mengigatkan termasuklah mengejutkan orang ramai untuk bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Sebelum ke masjid, aku menyiapkan hidangan untuk tetamu yang bertandang kelak. Raya pada kali ini, sanak-saudara ada yang balik kampung, dan ada yang beraya di tempat lain. Tidak seperti sambutan hari raya tahun lepas. Pada kali ini, aku pergi awal ke masjid; seperti biasa aku akan bertemu mata dengan nenek-nenek saudaraku di masjid. Aku lihat, sudah berkurang geng-geng warga emas, tidak seperti hari raya tahun lalu, kerana ada yang telah kembali kerahmatullah. Makin berkurang..,Hurm..Muka-muka baru, kiranya junior-junior yang memenuhi. Mungkin, inilah bakal pengganti. Namun, adakah suatu masa nanti aku akan pulang seperti hari ini dan raya sebelum ini. Generasi dan cucu-cicit nenek aku, sudah besar-besar, tambahan pula aku berada di Malaysia bakal membawa haluan masing-masing kelak. Mungkin terlalu sibuk, dan mungkin-mungkin….Harapnya, aku akan kembali ke tanah air tempat aku bermain ini suatu masa nanti. Dengar takbir berkumandang, air mata meleleh. Selepas itu, aku pulang dan ke rumah sebelah, iaiatu rumah sepupu aku apabila ada warga lelaki yang bertandang. Jika di Thailand, budayanya seperti inilah. Jika lelaki datang, perempuan akan mengelak @ terperuk di dapur @ di bilik. Aku macam tu pun, sebab tarikan saudaraku yang sarankan aku berbuat demikian. Itulah budaya di Thailand. Namun, sudah menjadi kebiasaan. Hari ini, makan bagai nak rak. Penat! Makan-makan,..makan!Dah la aku sudah ada status gemuk!Jika aku pulang ke Thailand, status gemuk itu sudah menjadi biasa, sebabnya aku gemuk daripada saudara maraku yang lain. Hurm..sudah kalih, biasa dengan teguran-teguran seperti itu. Mana taknya, semuanya kat sini spesies kecik. 3xxx,2xx,3xxx…itulah mereka..Hahahaha…! Itu ukuran aku sekolah-sekolah, zaman hingusan beb!hehe…Hari ini, seperti biasalah, makan laksa kuah Plau…tu bahasa Siam la. Susah nak menterjemahkannya. Gigit lada goreng,kunyah ulam-ulam. Laksanya lain dari yang lain. Favourite aku lah tu. Lepas tu, tung-teng..tung teng,..bedal nasi minyak..Perghhh…Nasi minyak Siam tak samalah dengan nasi minyak Malaysia. Kali ini ada kuah sup. Ulam tu tetap nombor satu. Penuh dengan salad. Petangnya pula, merembat pula Som Tam. Semua makanan pedas-pedas. Kegemaranku. Hehe..Akibat banyak tangki diisi, maka banyak pula keluarnya. Opss! Tiada apa yang inign diceritakan, agak menyeronokkan dan aku hepi untuk hari raya ini kerana terisi walaupun, sanak-saudara ada yang tidak semuanya balik kampung. Aku menziarahi sanak-saudaraku yang lain juga. Gembira kerana dapat menjengukkan muka setelah sekian lama tidak bertemu mata dengan mereka dan ada juga episod sedih yang melanda. Namun, topup hari raya, aku gembira. Hehe…Hari raya ini penuh kesederhanaan dan Ramadhan yang belum sempat aku nikmati sepenuhnya itu, telah berlalu. Nikmat itu tidak sepenuhnya aku rasai kerana pada bulan Ramadhan, kesihatan tidak mengizinkan.Nikmat hanya separuh.Apa pun aku bersyukur kerana Ramadhan ini telah kulalui. Sekian, terima kasih.

Afiti, Ku Yah, Nik Hasnah. Ku Yah and Nik Hasnah tu,.antara emak saudara dan anak saudara

My Cousin, Ku Yah and Nik Hasnah (sama Umo dengan ku, Nik Hasnah, but dah grad stdi and baru kawen. Depa cepat sikit sebab kurikulum mereka form 6 hanya 1 tahun. Kita kat sini 2 tahun..stadi..baru smbung degree. Kasian kat ku ni..hehe..But Ku Yah, grad lagi awal dalam kos pendidikan. But kat sana, sangat kesian, sebab status guru walaupun dah grad, tapi, sukar jugak untuk dapat tempat di sekolah. Setiap kali balik, asyik dengar apa yang dia ceritakan hal kerja sebagai guru kat sana. Susah kerja walaupun dalam bidang pendidikan, but sekarang kerja di bahagian pembalakan. Lari bidang. Kita di Malaysia, pelajar kos pendidikan senang sahaja mendapat tempat...Tapi mereka,..Kasihan kan. Tapi, rezeki .

My Cousin, Nik Suraya (actually, aku panggil Kak Nik..and her daughter Nik Suraida..(Dek Da). Depa ni kawen pas grad jugak. .tapi umo dia muda lagik 25. Kawen masa belajar...Tunggu aku jerla sorang lagik..yang belom..but..tunggu 5 taun lagik. Lambat gih..

Yang ni plak adik aku yang kedua( tengah, psikologi's student , sekarang duk UNiseL),after mami aku lahirkan aku...hehehe...Sebelah dia tu sedara mara jugak. Kiri aku tak ingat nama apa. Kanan, Nik Alias.

Opss! Yang ni plak,..teka arr sendiri sapa...hehe...yang aku pegang tu sepupu aku umo 12 hari.Nama aku tak reti nak sebut pesen Thai ni. Dia nak ambik gambar sekali.hehe..yang budak perempuan cun tu..anak Ku Yah sedara aku kat gambar atas tu..hehe

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42