Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, October 31, 2008

Perkasakan Diri

Hayati frasa di atas bukan tengok gambar tuan punya blog ya..hehe
Hayati frasanya. Gambar tuan punya blog sebagai abadi dalam kenangan sahaja.

Perkasakan diri bukan bermakna anda menjadi gagah seperti ahli bina badan. Perkasakan diri dalam konteks yang saya ingin bicarakan ialah Perkasakan diri dengan pengetahuan tanpa batas. Mungkin konteks ini terlalu luas untuk saya bicarakan. Namun, atas kesedaran melihat nilai-nilai pembelajaran sekarang lebih bertumpu kepada pengetahuan dalam bidang masing-masing sehingga mengabaikan pengetahuan-pengetahuan sekeliling. Justeru, saya bukanlah bijak pandai untuk membicarakan aspek ini. Namun, saya rasakan perlu untuk saya kongsikan memandangkan kita lihat jika anda seorang pelajar sesuatu bidang, fokus mendalami bidang itu sahaja yang diutamakan. Fokus kepada bidang lain tidak pula diambil tahu kerana istilah fokus itu disempitkan pada satu bidang sahaja. Ketandusan pemikiran dalam melontarkan idea dan pandangan disebabkan nilai kognitif sedemikan yang akan merugikan diri-sendiri. Aspek yang saya bicarakan ini juga saya tujukan khas untuk diri saya juga agar menjadi peringatan. Demi, menjadi seorang guru dan bakal pendidik yang akan merevolusikan dunia pendidikan, maka hari ini saya rasa perlu untuk saya menyuarakannya. Contohnya, jika seorang guru itu mahir untuk bidang Bahasa Melayu sahaja, tidak bermakna bidang itu sahaja difokuskan. Jika diminta untuk mengajar bidang-bidang lain juga amat penting walaupun semasa pembelajarannya hanya dalam bidang itu semasa di universiti dahulu. Itulah sebabnya, pembelajaran tanpa batas amat signifikan dan perlu disematkan. Justeru, konsep ilmu dan pembelajaran tanpa batas itu perlu dihayati oleh semua pihak agar bakal pendidik kelak menjadi pendidik yang benar-benar berkualiti dan pendidik yang serba tahu. Ilmu yang terbatas ialah hanya antara kita dengan Pencipta sahaja kerana ilmunya tidak semua yang kita tahu, tetapi konsep belajar untuk tahu agar tahu itu perlu kerana semua ilmu Pencipta yang dipelajari ini hanyalah setitis pinjaman sahaja daripadaNya. Justeru, saya berharap diri saya sendiri dapat memperkasakan diri dengan ilmu dan pembacaan kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah henti dalam diri saya. Doakan saya agar menjadi pendidik yang benar-benar ingin berjaya dalam dunia pendidikan dan revolusi pendidikan itu perlu agar kita dapat mengatasi bangsa-bangsa lain. Maka, kekuatan menyayangi diri ialah anda tahu siapa diri anda agar anda tahu halatuju anda. InsyaALLAH, kepercayaan padaNya dan perancangan kita mungkin tidak sama dengan perancangan Tuhan, namun, percayalah, Allah itu kasihankan kepada orang-orang berniat baik dan gigih berusaha. InsyaALLAH, Tuhan akan membantu dalam perancangan kita untuk mencapai matlamat, kerana anda sebenarnya SAYANGKAN DIRI ANDA. Maka kita harus bersama-sama ke arah itu. Saya tertarik dengan kata-kata dalam sebuah blog, "Mengenal Pencipta ialah melalui Ilmu Keduniaan" itulah yang dibaca melalui blog saudari Aqilah. Justeru, sekarang ialah hanya belajar. Bukan belajar untuk peperiksaan, jika anda belajar untuk peperiksaan, mungkin lepas peperiksaan anda tidak tahu apa yang anda telah tahu. Sekian terima kasih.

2 comments:

Zero Pain said...

seLf empowerment memg pntg pn..tp kalo stakat nk hanya berada di satu tahap kebolehan xde masalah nye cz its depend 2 ourselves..

erm nk komen lebih2 pn cam mnde yg smue org bijak leh fikir..n i think u r cLever enuff 2 know it..

so keep empowerment urseLf n gain knowledge in all aspects..

academic = boRing.. :-)

AFITI said...

tq bro..but..klu combine tu mkin empower..huhu..smoga bro pun perkasakan fizikal cm kt upm dlu..kekeke...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42