Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, March 21, 2012

Ikatan Suci

Alhamdulillah

Lama tidak menulis kata walau sepatah "kata" aka ayat. Waktu itu semakin hampir. Hampir dalam BAHAGIA. Isteri menjadi "pakaian" suami... Perkenalan yang akan menyemadikan kasih antara kami. Namun, hati sebak dalam BAHAGIA berbaur juga. Tuhan begitu menyayangi aku. Sebak atas kurniaan KEBAHAGIAAN ini. Tugas menjadi isteri dan mungkin sebagai ibu akan menjengah beberapa ketika sahaja lagi. Semuanya aturan masa yang menentukan. Kita hanya merancang. Menghitung hari pada hari diijab kabulkan mendebarkan hati. Redhailah kehidupan kami, Tuhan. Pimpinlah aku dalam iman untuk menjadi isteri yang solehah...Amanatmu aku cuba untuk berpegang. Kehadiran seorang suami itu adalah seperti memberi laluan syurga kepadaku. Itu pencarian diri ini. Dalam kealpaan diri, aku menagih iman kembali. Aku berdoa, iman yang kembali itu adalah iman yang bercantum antara dua hati. Terasa "bertuah" kerana Allah menemukan insan seperti dirimu.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42