Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, June 27, 2009

Petua

Bismillahirrahmanirrim

Mula-mula dengar penyakit ni, aku tertanya-tanya jugak..apa wabak sebenarnya. Penyakit ni dah lama pun, saja nak tulis jer. Jadi tak yah tanya lah kenapa baru tulis tentang penyakit ni. Mula-mula sebut " Ciku Gelenya,..Ngunya..tah apa-apa terbelit jer lidah..tidak adakah bahasa mudah untuk menyebutnya..???Apa-apa lah..Masa aku balik Thailand haritu, aku mendapat tahu dekat sana tersangatlah ramai kena penyakitnya..boleh dikatakan setiap penghuni rumah satu keluarga yang kena. Dalam televisyen tu, tak payah nak cakap..ada jer laporannnya..kat hospital penuh dengan pesakit wabak ni..sepupu aku cakap masa dia masuk ward sebab kena Ciku Gelenya ni..Nenek aku pun termasuk lah juga yang kena..tapi sekejap jer. 2.3 hari jer bengkak sendi kaki tu.. Mami aku pun terkena juga sebab berjangkit. Aku dan adik aku tak kena. Nasib baik.


Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi. Nak kena kasik ridsect nih..hehe..

Petua orang-orang kampung untuk cepat pulih dan cegah Ciku Gelenya (Bukan Cikgu Gelenya yer.,.)..hehe..Padahal doktor jugak yang sarankan...

1. Makan ikan sardin (yang dalam tin tuuu..)..masak la..nak makan..
2. Minum air kelapa (bukan kepala) direbus sekali dengan ketam. Lepas tu ngap-ngap lah..

Cubalah kalau tak percaya InsyaAllah akan baik

Pengakhirannya

Bismillahirrahmanirrahim

Tidak dinamakan segantang jika tiada secupak

Tidak dinamakan manis jika tiada lidah

Tidak dinamakan hidup jika tidak ada dugaan

Tidak dinamakan rezeki jika tidak ada usaha

Tidak dinamakan kaya jika tidak ada permulaan kemiskinan

Tidak dinamakan pelangi jika tiada hujan

Tidak dinamakan benteng jika tiada arus deras

Tidak dinamakan sihat jika tiada kesakitan

Tidak dinamakan kekuatan jika tidak ada kesabaran

Tidak dinamakan putih jika tiada hitam

Tidak dinamakan gembira jika tiada kesedihan

Tidak dinamakan kesabaran jika tiada kemarahan

Tidak dinamakan langit jika tiada bumi

Tidak dinamakan hidup jika tiada kematian

"Al-Fatihah kepada arwah MJ seandainya dirinya ISLAM kerana detik akhir itu menunjukkan Tuhan menyayanginya jika pemergiannya dalam ISLAM"

"Harta sudah banyak, rumah pun besar..isteri pun ada.,muka sudah dibedah dan kulit mampu menjadi cantik..populariti memang penarik..kepuasan apa yang diinginkan oleh arwah MJ lagi?...iaitu agama...maka setelah puas semuanya..satu sahaja belum lengkap iaitu agama..setelah tiba ajalnya, maka kematiannya ialah dalam agama ISLAM; jua pilihannya. Walaupun berjuta peminat Kristian, hanya yang beragama ISLAM sahaja mampu menyedekahkan Al-Fatihah buat dirinya..
kerana itu antara bekalan kepadanya di sana....yang lain itu tidak mampu..kerana ucapan mereka hanyalah good bye MJ..."
- Renung-renungkan...

Wallahua'lam

Had 10 Subjek dalam SPM

Bismillahirrahmannirrahim..

Kalau sign in blog..memang sasaran pertama aku ialah di blog MY COMPLETE MASTERY. Kenal En.Hazwan ni pun melalui YM,..Aku suka cara penulisannya. Sinis tapi berintelek dan membuatkan aku berfikir dan sesiapa sahaja bloggers yang membacanya . Cuba baca apa yang ditulis oleh Encik MY COMPLETE MASTERY ni...

Pendidikan itu adalah apa yang tinggal setelah semua yang dipelajari dilupakan. Kita bersyukur mempunyai Menteri Pelajaran yang bijak bergeliga seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin . Cadangan untuk menghadkan 10 mata pelajaran dalam SPM adalah cadangan yang sungguh mengujakan. Selepas ini para pelajar boleh menumpukan kepada aktiviti ko-kurikulum katanya. Selepas ini para pelajar tidak lagi akan dilihat cerdik dengan memakai tali leher sebesar sejadah di tengah cuaca panas. Ini untuk menolak tanggapan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Hahaha.

Terbarai kahak di tekak apabila mendengar hujah Pak Menteri sebegini. Jika benar ingin menekankan pada pembangunan pelajar sepatutnya kita membuka ruang pendidikan ini seluas-luasnya bukan menghadkan. Semua kita tahu bahawa zaman ini bukan lagi zaman lam mim ba wau seperti dulu. Zaman ini ialah zaman twitter dan facebook. Tanya saja kepada cikgu Google maka akan keluarlah segala jawapan bagi tiap sesuatu persoalan. Dari dalam kain hingga ke atas langit, semua ilmu ini boleh didapati dengan hanya duduk di depan laptop atau PC sendiri.

Mengapa kita tidak membenarkan anak muda untuk mencabar diri mereka. Mengapa old tai hari ini suka untuk menyekat potensi dan abiliti anak muda. Biarkan mereka mengambil seberapa banyak subjek yang mereka suka kerana yang mengambil peperiksaan adalah mereka bukan Pak Menteri. Sekali lagi trend patronising ini menjadi asbab kemandulan anak muda Melayu. Mengapa sibuk sangat menghadkan subjek dalam SPM ini. Adakah tidak ada idea lain untuk membawa pendidikan negara maju ke depan.

Mungkin masih ada buta dan tuli tidak menyedari bahawa dalam negara ini ada hantu yang menghalang anak muda terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Hantu ini dinamakan AUKU. Tak perlu bercakap soal pembangunan minda, pemikiran kritikal, pembangunan spiritual dan modal insan jika hantu ini tidak dimansuhkan. Berapa kali pihak daulah ingin GAMIS menghantar memorandum dan mengusung keranda ke SUHAKAM agar memansuhkan hantu ini. Sepatutnya isu inilah yang perlu didahulukan berbanding menghadkan 10 subjek SPM ini.

Jangan sampai nanti ada pula cadangan supaya semula pelajar dalam negara ini disunatkan sekali lagi.

P/S- Sinis, berintelek, humor tapi berilmiah macam-macam lah..aku vote 99.9% blog dia..Tahniah dan terima kasih bro atas penulisan yang best!

Sunday, June 21, 2009

Takut Sangat

Assalamualaikum.

Aku nak kongsi sikit..aku takut pada biawak! Biawak masuk dalam bilik tempat adik aku tidur..barang dalam tu banyak sangat..aku ingat bunyi apa..kungkeng..kungkeng..bila aku masuk tengok..biawak berdiri..tersangatlah panjang dan besar,..haritu aku dah nampak..kat belakang rumah aku tu macam ada belukar..sekarang ni ada perubahan sikit..usaha menimbun tanah-tanah..mungkin biawak tu..nak lari kot..adik aku pulak..betul macam sudip!!! Pergi bukak tingkap belakang kononnya nak bagi masuk angin..biawak pulak yang masuk..aku bertempik ketakutan..geli-geleman..aku turun ke bawah..panggil adik aku yang tengah tu..cakap biawak masuk..dia pun masuk dalam rumah..tengok..dari jauh,,dia pun turut lari...aku membebel..sambil marah-marah ketakutan..

"Jate apo nih..biawak pung takut..aku lain la perempuan..pergi hambak nuhh..."

"Aku pung takut jugok...besar weh.."

"Kalau dengan orang tak takut pulok..Duwee (Riduan- nama adik aku)....g..hambak nuhhhhhhhhh....aaaaaaaaaaa...aaaaaaaaa"

Semua pakat-pakat lari..Aku amik keputusan nak panggil sapa-sapa jiran (time ni bergunanya jiran)..Jiran depan rumah aku cakap..dia tak berani..(mak cik perempuan)..tiba-tiba muncul pak cik..(hero halau biawak)...Aku cakap ada biawak masuk..Aku mintak tolong dia masuk dalam bilik tengok..aku dengan adik aku..Kami berdua ikut pak cik tuh dari belakang...Tiba-tiba tengok tak ada..aku pulak..telpon kat tangan..call mami aku..cakap ada biawak..mami aku tengah kerja..Adik aku yang tengah tu..tanya..pak cik tu..apa tanda sebenarnya...lama pak cik tu nak cakap..Dia cakap..orang tua dahulu cakap ada suir..(tahu x suir tuh apa..)..Kena buat sembahyang hajat ramai-ramai..benda tak elok...lepas tu..semalam..anak jiran aku cakap..ada ular sawa masuk dalam bilik air rumah dia..makan kucing..

Aku panggil budak yang umur 5 tahun tu...dia cakap rumah dia ular sawa besar masuk..makan kucing..abah dia pukul...Aku cakap..kat budak tuh..lain kali ular masuk dalam rumah tak boleh pukul..kena halau dan pukul kat luar..nanti tak baik..Aku nak mandi hari ni pun takut..suruh anak jiran aku tuh..tolong teman aku kat luar bilik air...aduh..seram-seram..takut..takut...geli-geleman...Haiwan/binatang pakat cari tempat perlindungan sebabnya habitat dia dah terancam..akhirnnya..manusia jugak yang susah..sebab binatang/ haiwan nak tinggal dengan manusia...Wwawawawawa.............Solat berdoa sahajalah..agar usir benda-benda tuh....Aku ketakutan..

Adik aku yang tengah ni terkekek-kekek gelak kat aku...menakutkan aku...nak kena budak nih..aku geram benar..masa aku baca akhbar..aku bertempik sekali lagi..terkejut jugak dia..sebabnya..ada gambar ular dalam akhbar tuh..padan muka dia!!!Terkejut jugak rupanya..hahahahahahahah...Tulah...takutkan aku sangat...tapi memang aku ketakutan pun..

Takut tetap takut..daripada ingat benda takut tu..baik aku ingat benda yang best..!!!Cuti semester ni..barulah aku dapat rasa cuti yang sebenarnya..sebabnya..sebelum ni..sepanjang aku berada di UPSI..aku tak pernah rasa cuti sebegini...kali ni..masa duduk di rumah..boleh tolong jaga makan minum adik aku..dan cuti ni..enjoy sakan dengan kawan-kawan...

Baru balik..hehehe..pergi taman..makan bersama member-member..

Apa tengok-tengok..???Heheheh

Cuti ni..kemana jer aku lalu..orang akan cakap..lama tak nampak aku..aku cakap dah lama balik..duk dalam rumah..jer..kalau time berjalan barulah tak hingat dunia..haha..Apapun..ramai yang cakap..aku makin gemok..ada orang jaga ker..?Hahaha..soalan yang agak sentap..nasib baik masih cakap aku cun..kahkah..kalau tak aku gigit sorang-sorang..(especially kawan-kawan..)..tapi kalau mak cik-makcik cakap aku gemuk..aku respon jer lah..ha'ah mok cik..ambo kohor besar..tok tahulah..makan banyok kot..sambil sengih-sengih...Gemuk pun gemuklah..jangan gemuk tak der cutting jer..hahahahaha

Ok lah..dah siap-siap nak pergi tempat kenduri kejap..babai....

Friday, June 19, 2009

Bagaimana Penilaian Kemasukan untuk Peringkat Ijazah Diambil ikira?

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya, tertanya-tanya juga bagaimana kemasukan ke universiti lepasan STPM. Apakah pointer yang cukup tinggi, tambahan pula dengan ujian MedSi masih tidak melepasi kemasukan ke UPSI. Aku sebenarnya, tulis pasal ni memandangkan hari ni 19 Jun 2009 pengumuman kemasukan ke universiti lepasan STPM telah diperoleh. Aku sangatlah hairan, budak-budak kat rumah aku, jiran-jiran aku ni..ada yang dapat 3.9, 2.8 dan yang lain-lain 2.8 ke atas..bila result dah keluar..mereka datang rumah aku..bersembang-sembang dengan adik aku..aku pun tanya lah..ke mana mereka dapat..yang pastinya..UPSI pilihan pertama..tapi malangnya..ada yang menyatakan tak dapat ke mana-mana..tak dapat masuk UPSI tapi dapat kat tempat lain.Ada yang kecewa, ada yang kesal..aku boleh lihat riak wajah masing-masing. Kepelikan bagi aku, ada yang dapat 2.00 boleh masuk UPSI kos pendidikan Muzik..Kalau 2.00 tu..maknanya..dia dapat semua C masa STPM..tak kan lah budak-budak yang dapat 2.8 ke atas ni tak ada kemahiran..setahu aku..gaya pun dah macam cikgu..aku pulak yang turut tak berpuas hati..adakah pemilihan untuk guru-guru terlalu rendah pointernya..mana kualitinya?Nak bergantung pada kemahiran sahaja tak cukup beb..masa aku nak masuk dulu..ke UPSI punyalah pointer untuk kos aku..rata-rata 3.5 ke atas semuanya..tapi..sekarang ni..bila dah ada ujian MEDSI,makin rendah pulak pointernya.,apa kriteria sebenarnya..kesian aku pada jiran-jiran aku..yang dapat 2.00 tapi jenis tak bercakap dengan orang ni dapat pulak..kalau nak kira rezeki..memanglah..tapi tak kan dekat 10 orang tak ada satu pun yang pointer tinggi-tinggi ni dapat masuk UPSI. Dua orang best student yang apply UPSI sebagai pilihan pertama tak dapat masuk UPSI sedangkan kalau nak kira ko-kurikulum dah berlipat-lipat sijilnya..apa sebenarnya yang diukur..ada yang tanya aku..macam mana nak buat surat rayuan..aku cakap kat akademik jer lah benda ni..dan ada second intake nanti untuk bulan 12..aku yang mendengarnya rasa sesak pulak dada..kesian budak-budak ni..kalau macam tu..pointer tinggi sia-sialah..belajar 2 tahun..bagai nak rak untuk STPM...tak dapat kemana-mana..nak kata isi online salah tak jugak..sebab sama-sama isi dengan rakan yang dapat tu..sedangkan pointernya lagi tinggi daripada budak yang dapat tu..kemahiran pulak xyah cerita lah..memang budak tu ada skills..
Baru-baru ni..aku pergi sekolah..cikgu aku cakap..budak sekolah kita dapat 40 orang ke USM..USM nak ambil ramai sebab dah jadi universiti APEX...tapi pointer yang rendah pun boleh masuk,..mak sedara aku cakap..memang budak-budak beruntung kalau tak belajar tinggi-tinggi pun dah dapat masuk unniversiti tak macam dulu-dulu..peluang dah banyak sekarang..tapi kesian lah kat budak tu..1.60 lebih pun dapat tawaran..tak ke naya nak berdikari kat universiti lagilah tak dapat..dah belajar kat sekolah pun semput-semput...aku tertanya-tanya jugak....perlu ke dikembalikan cara pengambilan seperti dahulu..yang menilai pointer tanpa ujian MEDSI atau perlu ke kedua-dua aspek dinilai ...iaitu pointer perlu tinggi dan kemahiran pun kena tinggi untuk menjadi seorang pendidik...apakah sebenarnya jawapan persoalan aku itu...aku memandang sebagai rezeki jugak..tapi ada satu part ..aku memandang macam tidak kena jer atau sebagai kesilapan...analoginya..ada 3 pelajar memohon kemasukan ke UPSI...Si A pointer tinggi (2.8 – 3.00 ke atas)..kemahiran pun ada (dekat sekolah aktif)..seorang lagi Si B..pointer rendah(2.00)..di sekolah pun aktif..satu lagi situasi...Si C pointer tinggi (3.00-3.9)..kemahiran kurang..pendiam..pasif...yang mana pilihannya?kalau aku..pastinya nak yang A tapi antara B dan C?kemahiran tu boleh dipupuk sebenarnya,.termasuk minat...ni sampai mengabaikan kelayakan pointer..kalau dah macam tu..tak payah belajar lah budak-budak tu cakap..main jer..ada ko-kurikulum tinggi boleh masuk universiti sedangkan masuk universiti pakej 80 peratus ada akademik...aku pun tak paham..sebabnya..setiap tahun ada jer perubahan..apapun berdoalah adik-adik semua...saranan aku..kalau lah ada orang pendidikan dan kementerian yang terbaca..iaitu..banyak yang perlu dinilai..dalam kita mementingkan kemahiran jangan pula diabaikan pointer / akademik dalam memilih..dan dalam mementingkan pointer jangan pula mengabaikan kemahiran seseorang pelajar itu..jadi..pilihlah pelajar yang benar-benar cemerlang akademik dan ko-kurikulum termasuk dalam ujian MEDSI tu..dalam memastikan kualiti seseorang pelajar dalam melahirkan guru unggul. Ya..memang aku sedikit tidak puas hati..tak da keselarasan jer..
Eh..eh..Afiti nih..kecoh..!..suka suki jer merepek..yerlaaaa..dah aku tengok macam tak kena jer..kalau aku tak kena..boleh maklumkan..nak mohon respon jugak sapa-sapa yang arif..taun depan aku tak tahu lah macam mana cara pengambilan kemasukan nak jadi cikgu nih..aku pun turut malu jugak bila orang cakap..nak masuk UPSI berapa pointer..2.00..rendah sangat!Aku macam nak sorok jer muka...dan adik aku cakap..budak sekolah aku dah ada yang dapat masuk UPSI..kalau aku ke sekolah..semua orang akan tanya pasal UPSI..UPSI mendapat tempat di hati pelajar-pelajar tingkatan 6. Masa batch aku..form 6..dalam kelas aku 4 orang masuk UPSI..6A2 budak-budak Sastera ramai pulak dalam 6 orang..itu masa batch aku lah..dalam 10 orang jugak lah geng-geng aku form 6 di UPSI...adik aku baru masuk tingkatan 6 atas..peperiksaan baru ni..dah keluar..paling tinggi pointer budak dalam kelas 2.9 dan budak kelas sebelah katanya 3.25..dia dalam ranking ke-3 dalam kelas..paling tinggi untuk ke seluruhan tingkatan enam..1.3.25, 2. 2.9, 3. 2.75 (girl dalam kelas dia) 4. 2.75 ( adik aku) dan 5. 2.75 (firdaus- adik pijo yang kawan persaingan aku ketika aku form 6..kalau pijo no.1 aku no.2..huhuhu..skg ni adik pijo dengan adik aku pulak sekelas dan sama-sama akan amik STPM)...kiranya keseluruhan masih ranking top - 5...harap kekal dan meningkat lepas ni..jangan main-main...STPM kena betul-betul mengkaji buku-buku...(aku pun pelik..masa form 6..boleh jer aku kerabu kan buku tebal-tebal..masuk U jer..nota beberapa helai pun malas..kecuali subject best...hehehe)..Aku masa STPM dulu, masa mula-mula periksa tingkatan enam bawah tu..dapat 2.9..lepas tu...tingkatan enam atas 3.00 ke atas..still ranking kedua..sebab Pijo (kawan aku yang amik ekonomi sekarang di UPSI)ranking- 1. Jika belajar tingkatan enam...pointer dah mula 2.5 ke atas tu..maknanya dalam pemerhatian cikgu..sebabnya..ada potensi untuk dapat 3.00 ke atas masa STPM sebenar...namun, AWAS..kalau main-main..yang 3.00 pun boleh jatuh kepada 2.00 untuk peperiksaan sebenar...

Bulan 11 adik aku nak periksa STPM..aku pulak yang bersungguh-sungguh time kat rumah cuti ni..orang lelaki nak belajar macam mana.,malam-malam giliran aku kejutkan dia suruh belajar..hari-hari aku potpet..potpet..ajak dia borak pasal belajar..aku harap sangat yang bongsu ni dapat masuk UPSI..aku, mak sedara aku bagi support suh dia masuk UPSI nanti..Isnin nanti..aku janji dengan Pijo dan kawan-kawan yang lain nak pergi sekolah jumpa cikgu-cikgu..sebelum pergi UPSI..dan jumpa adik-adik tingkatan enam atas sekarang..sambil tu..aku nak pergi tanya pasal adik aku belajar..aku haraplah sangat..semalam..cikgu Sejarah dia hadiahkan buku Sejarah untuk dia..elok sangat lah tu..Cikgu Asnida masa aku pergi sekolah haritu..dia cakap kat aku..Afiti, nota awak masa belajar dlu semuanya kat mana..Aku cakap lah..adik aku yang tengah tu..dan habis kebas kat jiran dan sepupu aku..lepas tu..semalam..aku pergi belek..cari buku dalam kotak-kotak lama..terjumpalah jugak soalan-soalan masa aku kumpul aku belajar dulu..yang aku analisis..soalan STPM negeri-negeri lain..dan jumpa nota-nota..karangan STPM balik yang aku pernah buat..tapi..aku tengok tak banyak..especially nota Sejarah yang aku tulis best-best tuh..habis entah ke mana..nak pergi mintak..budak tu dah pergi U..payah nak cari dah..

Semalam, tidur dekat pukul tiga pagi..adik aku tanya..macam aku pulak yang nak amik exam..sebab duk potong-potong kertas terpakai dari buku log yang lebih-lebih masa SPM dulu..dari duk bazir tu..baik aku potong-potong boleh dia buat nota..dia pulak sedap nak pergi kroh-kroh..dia cakap elok jugak..boleh dia buat nota nanti..(kalau belajar kat U jangan harap aku nak stadi rajin-rajin..hehehe)...lepas tu..aku kejutkan dia..nampak lah beza dengan adik aku yang tengah antara yang bongsu ni...belajar lah jugak..bangun lepas pukul 12..aku nampak dia duk baca Sejarah..cikgu-cikgu pun bagi support kat dia..adik aku balik cerita sebab markah B.Melayu dia tinggi...dan subjek Ekonomi nampaknya mengalahkan aku masa aku belajar dulu..hehehehe...eloklah tu..Sokongan guru-guru dan pujian tu boleh naik semangat adik aku..penting jugak tu,..guru bagi pujian agar semangat pelajar lebih meningkat..cuma perlu teruskan usaha..jangan sekarang jer..dan jangan rasa selesa..kalau dalam top 5..STPM tak perlu orang pandai..tapi perlu orang rajin berusaha dan motivasi dalaman..motivasi luaran tuh..xperlu pun..yang penitng insaf diri..nak berjaya..lepas ni biar naik lagi pointer..jangan puas hati..masa 6 bawah..dia dapat 2.3, lepas tu..2.4..enam atas 2.4 lebih, seterusnya 2.75..lepas ni biar naik 3 lebih pulak..nak pergi UPSI pointer tinggi...dan belajarlah universiti mana pun..yang penting kena score..itu yang selalu aku pesan..sebab aku rasa..duk belajar STPM mcam mana..macam orang gila cakap sorang-sorang..motivasi diri...aku pun gembira jika adik aku ni berjaya...mungkin adik aku yang bongsu ni banyak amik pengajaran..sebab dia jer kat rumah tinggal dengan mami aku..boleh rasa macam mana susah mak cari duit untuk anak..aku dan yang tengah pergi belajar..tapi yang tengah ni..tengah gila nak berniaga pulak..sebab dia otak bisness..belajar tak abis lagi...aku sarankan jugak..elok la dia pergi cari kerja tetap dulu..sambil-sambil tu berniaga..sebabnya..tempat dia belajar tu mahal sangat yurannya..mak aku lah yang menanggungnya...itulah perjuangan seorang mak nak menyara anak tiga orang..

Ya Allah, bagilah kejayaan pada adik aku dalam STPM...Aku takut berlaku macam adik yang tengah.Periksa biasa-biasa result tak ngam..dan periksa sebenar tak best..Harapnya..dapat masuk universiti jugak..Aku bukan orang senang..aku harap adik aku amik kos pendidikan nanti..jika ada rezeki..masuk UKM pun tak per..tapi 2010 lah nanti..masa tu aku dah pun grad..(ada peluang nak sambung lagi)..boleh direct kalau dia dpt UKM..apapun..tunggulah nanti..InsyaAllah moga berjaya!!!!! Amin...Tunaikan harapan keluarga...aku pesan jugak..aku tak nak..kejayaan yang besar tetapi sementara..cukuplah kejayaan sederhana ( sederhana maknanya..dalam hati..jangan puas hati..riak..bangga..)..tapi bermakna..dan berpanjangan..sehingga akhirnya dapat capai peringkat tertinggi..itulah doa aku....

Kat bawah ni..gambar episod lain pulak..Alang, kawan aku kahwin..12.6.2009..aku nak pergi UPSI 10.6.2009 terpaksa cancel sebab kawan baik nak kahwin...masa ni lah bersama kawan-kawan..

Ni gambar masa Alang kawin...aku jer tak ikut tema..heheh..baju maroon basah..nak pinjam mami aku punya..tak muat pulak..hehehe

Aku dan geng yang datang.

Aku d latest..gemuk pong gemuklah..senang hati..tak leh nak kata apo lah..hehehe


Mereka ni aku tak sempat jumpa..aku balik dulu..sebab nak g Tesco..rugi betul..dah la lama tak jumpa Yana dan Ha,..(Yana (bakal kawin bulan 7 nanti), tengah tu..Alang, Syana, dan Ha)

Jeng..jeng...Alang kawin...husband dia ensem..huhuhu...Ni lah pengantinnya..Tahniah You All..

Sunday, June 14, 2009

Isu Pendidikan

Bismillahirrahmanirahim.
Sistem pendidikan negara yang menitikberatkan keseimbangan J.E.R.I.S amat memahami keperluan modal insan. Walaupun aku ni bukan menteri pelajaran dan bukan menteri pendidikan, isu-isu pendidikan sentiasa menjadi perhatian. Aku rasa beruntung berada di Malaysia. Kalau aku berada di Thailand, pastinya peluang untuk aku..amat kurang..memanglah dekat sana sistem pendidikan lebih kurang jer..tapi yang aku cuba lihat dan selidik ketika berada di sana tentang perbezaan sistem pendidikan di Malaysia dan Thailand. Walaupun masyarakat kita ini lebih publisiti dan agak gah dalam pendidikan, kat sana tidak kurang juga. Masa kita sekolah rendah, markah kita dikira berapa kita dapat A, tapi dekat sana sudah kira dalam bentuk pointer bermula di sekolah rendah lagi..Aku tanya jiran aku..berapa biji A yang dia dapat..dia bagi jawapan pada aku dalam bentuk pointer..huhhuuh...dia cakap 4.00. Kalau di Malaysia ni..pengiraan pointer bermula masa tingkatan enam..barulah kenal bentuk pointer..sekolah bilang A dan markah keseluruhan jer..Kita beruntung..terutamanya cikgu-cikgu..kat Thailand..gaji cikgu..RM 750 jer..(7500 Bath)..walaupun ada degree..kalau kat Malaysia..keseluruhannya..dekat RM 2500..Depan rumah nenek aku kat Thailand tu..sedara jauh-jauh jugak la..suami isteri cikgu..tapi mereka dah lama dalam bidang pendidikan..satu keluarga jadi cikgu..kecuali anaknya yang kecil-kecil..masih bersekolah..Aku panggil dia Mak Su Yah..dia kaunselor sekolah suatu ketika dahulu..tapi dia cakap penat..dia berhenti jadi kaunselor..ganti orang lain..katanya..lagipun dia tak pandai komputer..kalau pandai senang kerja..katanya..Aku paham maksud dia..Kat Thailand..kaunselor dipangil "Nekneu". Suami dia pula kerja guru juga sebagai P.K.Hem..kalau bahasa Thailand dipanggil "Po'or"..Kalau P.K Hem kat Malaysia ni..gaji dah sampai RM 5000 dah..kat sana RM 2000 keatas jer..Kalau pengetua..pulak pukul purata dekat dalam RM 10000. Kat sana..jangan harap nak sampai RM 10000..itulah kata jiran aku tu...
Di Thailand..orang guna duit dan modal sendiri jika nak belajar..tak macam kita...ada bantuan lain..Di sana negara pertanian...usahakan tanah dapatlah modal dan pulangan...kalau ada kebun getah..pakai pekerja..dan walaupun bekerja dengan kakitangan kerajaan..mereka akan tetap usahakan pertanian..sebabnya,..style keluarga yang aku lihat..duit hasil kebun tu..untuk makan..duit gaji yang kerja dengan kerajaan..ialah untuk disimpan..dan mereka jarang usik..tanya nak buat apa..dengan duit tu..jawapan rata-rata ialah nak kumpul beli tanah dan kebun..mungkin itu cara orang kat sana..
Yang aku bestnya..kalau duit hantaran kat sana..200,000 bath..maknanya..nak kahwin kena ada lebih kurang RM 20,000 ringgit...aku cakap kat Malaysia tak macam tu pun..aku bisik kat mak aku (mami, orang sini serupa nak jual anak jah)..mak aku cakap..memang dah pesen sini macam tu...paling rendah pun RM 15,000...aku cakap macam nak kahwin dengan artis jer..uhuhhu..aku cakap kat sepupu aku..mahal kat sini nak kahwin..kalau kat Malaysia ada RM 7000 pun dah boleh kahwin..sepupu aku cakap..kalau macam tu nak pergi cari orang Malaysia lah..hahaha...Amboi..macam perli murah jer..aku pun buat derk..hehee...
Apapun..itulah culture mereka..pergi sana..kita boleh lihat banyak budaya mereka..Insyaallah..kalau aku dah ada kemudahan..suatu hari nanti..dah ada kenderaan sendiri nak jer..aku jalan-jalan seluruh Thailand tu..paling jauh setakat ni..aku pergi pun Hatyai..huhuuh...luas kawasan Bangkok, menurut sepupu aku ialah 3 kali round KL..sehari satu malam nak sampai Bangkok, dari Pattani, Yala..Ramai yang takut nak pergi sana..Sebenarnya, jangan takut..mereka hanya tembak orang yang bermusuh jer..orang tak salah mereka tak tembak..depan rumah nenek aku tuh..askar-askar duk berjaga..sebabnya..kat situ ada perkampungan pondok Islam..(mereka jaga sebab takut ada kekacauan dan keganasan pada orang Islam).
Apa beza mata wang Thailand dan Malaysia..orang kata duit Thailand murah..memandangkan sejak kecil aku di sana..aku faham apa maknanya...dan tentang mata wang thailand..sebenarnya sebutan angka jer..walhal..sama jer nilai..kadang-kadang..duit Malaysia murah..time aku balik cuti haritu..RM 1 duit Malaysia..kalau tukar dalam wang Thailand dapat 8 bath jer..(80 sen)...gitulah kiraanya...apa yang membezakan..jika kita di Malaysia..selepas RM1..ialah RM 1.10..tapi mereka membilang..wang ialah 11...(maknanya..lepas 90 sen..dorang akan baca..10 bath..contoh..1 bath,.2 bath..hingga 9 bath dan 10 bath..11 bath..macam kita membilang angka matematik tuh..sebab tulah..kita dengar banyak jer..angka dan nilai duit..).Kalau nak beli tudung..RM 20 sama dengan RM 200 bath..Nape panggil 200 bath?Sebab RM 10 dipanggil RM 100..Paham ke tidak orang yang baca blog aku ni..apa yang aku tulis..huuhuh...Kalau nak makan mee sup kat sana jangan duk terkejutlah..bila tanya harga..30 bath(1-10 (RM1), 11-20(RM1.10-RM 2)..maknanya..RM 3 jer..
Alamak dah tersasar..cakap pasal duit pulak..huhuu...kepada pelajar-pelajar yang tengah nak amik SPM, sistem pendidikan kita ada sedikit perubahan sekarang..untuk dapatkan sijil SPM..anda perlu wajib lulus Bahasa Inggeris..jika tidak..tak dapatlah sijil..dan..kepada yang nak jadi cikgu..terutamanya..yang buat KPLI..Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan (NUTP) dah buat pengumuman di TV tadi..tempoh KPLI akan dilanjutkan..heheh...barulah aci kan..untuk kami pelajar UPSI yang mula-mula masuk dah kena 4 tahun..bagi anda yang tidak dapat kerja..(dah grad belajar 3 tahun...bila nak buat KPLI sambung setahun jer..)sekarang akan dilanjutkan..kata S/U Agung..pembelajaran dan persediaan guru dan tempoh belajar dalam berapa bulan itu tidak memadai untuk menjadi guru...aku setuju benar tu...mudah-mudah jer depa mintak jadi cikgu..dan terus dipostingkan plak tu..apapun..aku setuju..bukan apa..bukan memadai tempoh yang singkat buat KPLI..(mak cik aku pung wat KPLI..dia bca blog aku sure aku kena sound..hehehe)..
Balik 2 minggu hari tu..aku jaga nenek aku yang sakit..memang dah tak boleh bangun..makan kena suap..buang air apa semua..mak aku kerja..jadi aku lah kena balik jaga..sebabnya..aku ingat...masa aku kecil..dia jaga aku...apapun..jaga orang tua..seperti jaga bayi kecil..tambah pula time tidak sihat banyak meragam...kadang-kadang..bila buang air..kita yang kena cuci...jadi aku tidak hairan..aku tengok mak aku boleh jer basuh kain dan najis nenek...jadi aku tidak kekok..aku ingat masa aku kecil dialah yang basuh punggung aku..ketika aku umur 4 tahun..bila mak aku tinggalkan aku dengan nenek..aku lah yang bersamanya..paling rumit..nenek aku ni makan jenis mewah sikit..kalau nak makan..itu..ini..kenalah ikut rentak dia...aku mudah jer..ikan goreng dengan sambal belacan..dan cukup..nenek aku lain..kena hidang..biar tertib..baru dia makan..kalau gulai yang beli dia takkan makan..jadi kena masak...umur dia dalam 80 dah..tapi dia nih kuat..di sana..kalau tak larat..doktor datang rumah..dan masukkan air garam kat nenek aku...lepas tu..doktor tu pesan..buang jarum dan dia ajar aku macam mana nak stop dan slow kan pengaliran air yang dimasukkan...bila dah habis..suruh buang jarum,..aku tanya..kenapa guna jarum..masa aku masuk hospital..bukan jarum..tapi jenis plastik..doktor tu jawab,..dia ada banyak jenis..jarum, plastik keras..Owh..aku bimbang takut patah jer..doktor tu..tak jauh dari rumah nenek aku..jiran-jiran jugak..jalan 10 minit sampai..tapi ada kes berlaku..bila doktor tu dah pulang..air tak mengalir..dah la nak malam...masa tu mami aku ada kat sana lagi..aku pun cakap kat mami aku..terkejut jugak masa tu..apa lagi..aku amik keputusan buang jarum dari lengan nenek aku tuh..ketar-ketar jugak tangan..hurm...lepas tu..katanya sakit..kena pulak urut tangan dia yang bengkak...bila dah surut..panggil doktor tu..dan dia datang masukkan balik jarum kat lengan nenek aku...Sekarang dia dah sihat boleh jalan-jalan jauh dah...masak..angkat lesung pun dah boleh..hehehe....aku pun amik keputusan...tambahan ada hal kat Malaysia..(heheh..macamlah jauh sangat)...aku pun pulang..ingat nak balik sendiri tapi mami aku pergi amik)....Nenek aku dah sihat..dan aku doakan dia panjang usia...dan kuat...
Wasalam...

Saturday, June 13, 2009

Pengalaman Audition

Bismillahirrahmanirrahim.

Saja nak menaip nih..nak kongsi sikit pasal audition RTM...gatal-gatal jer nak pergi audition..ikon yang RTM tu...aku pergi mami aku hantar..di Riverview hotel. Ramai sungguh ke sana..dan aku jumpa lah sorang tu..gelar dirinya Amalina..dia nombor 80 aku nombor giliran 94..Sembang-sembang jugak dengan dia..dia tanya aku kenapa datang audition..Aku cakap..nak cari pengalaman..nak tengok macam mana cara pembaca berita buat tugas..dan secara live macam mana...dan nak cuba macam mana..sebab pengalaman..Amalina cakap..dia pun sama..Apa yang aku dapat tahu dalam kalangan peserta, ada yang beritahu..jika masih pelajar kuranglah potensi RTM nak ambil..jika graduan...tak per...dan jika yang tengah belajar..kena berhenti belajar..jika nak jadi pembaca berita...Ada pemberita tanya aku masa aku hantar borang..Are you working?..Aku cakap Student..Dia tanya belajar kat mana..berapa tahun lagi belajar..aku cakap belajar di UPSI dan 1 tahun lagi belajar..sorang lagi pulak cakap..kalau macam tuh..dah bidang pendidikan..bakal guru lah ni..kuar nanti jadi lah cikgu..katanya; Aku pun cakap...Saya datang nak cari pengalaman dan saya minat dalam pengacaraan juga. Aku hantar resume..dan dia bagi skrip tentang Berita Kekejaman Rejim Fiji..Aku pun cuba-cubalah selak sambil isi borang...Macam-macam rentak dan gaya..aku tengok..aku dan Amalina curi-curi test membaca jugak skrip tu...sambil tunggu giliran..

Lepas tu giliran aku..ada pembaca berita tanya aku..sebab dia nak tengok gambar penuh..dia tanya aku pandai nyanyi ker?Aku cakap tak..tapi dulu pernah jugak masuk pertandingan sekadar saja-saja...pandai nyanyi nasyid? Aku cakap tak jugak..tapi pernah juga dulu-dulu..(semuanya dulu-dulu..haha)..sekarang?hurm..Biasa jerk,..Lama menunggu, kini giliran aku..Masuk dalam bilik tu..aku lihat para juri...termasuk beberapa pemberita..semuanya tertumpu pada aku..spot light, camera...huh..aku kena duduk atas kerusi yang disediakan..mic diklipkan di baju aku,..Bila aku dah baca semua..aku stop...semuanya senyap..last sekali..norazlina redzuan komen...katanya; Suara awak sedap...aku angguk jerk..dan cakap terima kasih...

Lepas tu..aku cakap terima kasih..itu jerlah..cuma dia lebih tumpukan pada orang yang ingin bekerja...aku pun berlalu keluar..kawan yang aku kenal kat situ cakap..Kak, tak nak masuk rancangan pilih menantu ker...Aku gelak jer...Dia cakap dia berminat nak masuk rancangan macam ni..yang rancangan pilih kasih haritu pun..dia tak sempat nak audition..kalau tak..dia memang nak masuk..ramah giler budak ni..aku pun apa lagi..join sekaki..sembang-sembang..aku tengok..rata-rata pakai kemeja..yang perempuan pun sama..aku jerk..yang pakai macam busana..patutlah..adik tu cakap..kalau tv 9 boleh kak...paham-paham jerlah..aku tengok yang tudung main sibai semua..kalau tutup dada jangan arap...aspek tu diambil kira jugak...apapun..pengalaman penting..adik tuh cakap..masa nak balik..dan katanya..moga jumpa lagi..Aku pun menjampuk..kita jumpa di tV 9 ke tV 3 pulak..hahaha...pakat gelak-gelak..itulah pengalaman walaupun tak berjaya..nak jadi pembaca berita kena ada pakej jugak tau.,.dalam borang dia tanya berat badan dan tinggi..serta segalanya..huhuhuhu...

Walaupun tidak berjaya...memang benar..dunia aku ialah dunia pendidikan..minat kadang-kadang..ada yang utama dan ada yang tidak utama...jadi, utamakan..peluang yang sudah ada..ramai yang aku dengar suara best,..doktor pun ada datang interview..tapi tidak berjaya..doktor tu memang power...audition ni..dinilai dari 3 aspek..kerana akan jadi sebagai IKON RTM jika berjaya..ada kakak yang datang interview cakap..awak dah nak jadi cikgu..senanglah..kakak nak cari kerja..mungkin peluang untuk yang mencari kerja...semuanya jangok-jangok aku tengok..ok lah..dah nak maghrib...Pengalaman itu amat bermakna..Cari pengalaman dari sekarang..untuk hari esok..


Wasalam...

Wednesday, June 10, 2009

Rasa Nak Tulis

Assalamualaikum.

Cuti ini penuh dengan aktiviti. Seronok lah jugak. Sekarang ni duk kat rumah sedara aku..apa lagi...pinjam dia punya internet..surf internet...hehe...bersama budak-budak best jugak..mama dan papa dia pergi kerja..aku datang jalan-jalan..maklumlah cuti sekolah ni..

Aktiviti cuti 1 bulan

1. Program Sekolah
2. Ceramah di sekolah
3. Konvoi majlis kawin dengan member-member di Pasir Puteh (Kahwin Nadzir)
4. Balik kampung..Thailand 2 minggu jaga nenek sakit (Pattani, Yala)
5. Jeram Pasu dengan kawan-kawan jumpa member-member lama
6. Bercuti di rumah mak sedara
7. Ke Balai Islam Lundang cari sponsor..hehehe
8. Menghadiri temuduga pengacara RTM (saja cari pengalaman) di Hotel River View
9. Kenduri kawin Alang (Member Sekolah Menengah)
10. Kenduri Kahwin Peja (Kawan di Universiti)
11. Lepak dengan kawan-kawan....lah.....sambil tengok-tengok proposal sikit-sikit...entah apa-apa jerk..hehe

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42