Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, June 19, 2009

Bagaimana Penilaian Kemasukan untuk Peringkat Ijazah Diambil ikira?

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya, tertanya-tanya juga bagaimana kemasukan ke universiti lepasan STPM. Apakah pointer yang cukup tinggi, tambahan pula dengan ujian MedSi masih tidak melepasi kemasukan ke UPSI. Aku sebenarnya, tulis pasal ni memandangkan hari ni 19 Jun 2009 pengumuman kemasukan ke universiti lepasan STPM telah diperoleh. Aku sangatlah hairan, budak-budak kat rumah aku, jiran-jiran aku ni..ada yang dapat 3.9, 2.8 dan yang lain-lain 2.8 ke atas..bila result dah keluar..mereka datang rumah aku..bersembang-sembang dengan adik aku..aku pun tanya lah..ke mana mereka dapat..yang pastinya..UPSI pilihan pertama..tapi malangnya..ada yang menyatakan tak dapat ke mana-mana..tak dapat masuk UPSI tapi dapat kat tempat lain.Ada yang kecewa, ada yang kesal..aku boleh lihat riak wajah masing-masing. Kepelikan bagi aku, ada yang dapat 2.00 boleh masuk UPSI kos pendidikan Muzik..Kalau 2.00 tu..maknanya..dia dapat semua C masa STPM..tak kan lah budak-budak yang dapat 2.8 ke atas ni tak ada kemahiran..setahu aku..gaya pun dah macam cikgu..aku pulak yang turut tak berpuas hati..adakah pemilihan untuk guru-guru terlalu rendah pointernya..mana kualitinya?Nak bergantung pada kemahiran sahaja tak cukup beb..masa aku nak masuk dulu..ke UPSI punyalah pointer untuk kos aku..rata-rata 3.5 ke atas semuanya..tapi..sekarang ni..bila dah ada ujian MEDSI,makin rendah pulak pointernya.,apa kriteria sebenarnya..kesian aku pada jiran-jiran aku..yang dapat 2.00 tapi jenis tak bercakap dengan orang ni dapat pulak..kalau nak kira rezeki..memanglah..tapi tak kan dekat 10 orang tak ada satu pun yang pointer tinggi-tinggi ni dapat masuk UPSI. Dua orang best student yang apply UPSI sebagai pilihan pertama tak dapat masuk UPSI sedangkan kalau nak kira ko-kurikulum dah berlipat-lipat sijilnya..apa sebenarnya yang diukur..ada yang tanya aku..macam mana nak buat surat rayuan..aku cakap kat akademik jer lah benda ni..dan ada second intake nanti untuk bulan 12..aku yang mendengarnya rasa sesak pulak dada..kesian budak-budak ni..kalau macam tu..pointer tinggi sia-sialah..belajar 2 tahun..bagai nak rak untuk STPM...tak dapat kemana-mana..nak kata isi online salah tak jugak..sebab sama-sama isi dengan rakan yang dapat tu..sedangkan pointernya lagi tinggi daripada budak yang dapat tu..kemahiran pulak xyah cerita lah..memang budak tu ada skills..
Baru-baru ni..aku pergi sekolah..cikgu aku cakap..budak sekolah kita dapat 40 orang ke USM..USM nak ambil ramai sebab dah jadi universiti APEX...tapi pointer yang rendah pun boleh masuk,..mak sedara aku cakap..memang budak-budak beruntung kalau tak belajar tinggi-tinggi pun dah dapat masuk unniversiti tak macam dulu-dulu..peluang dah banyak sekarang..tapi kesian lah kat budak tu..1.60 lebih pun dapat tawaran..tak ke naya nak berdikari kat universiti lagilah tak dapat..dah belajar kat sekolah pun semput-semput...aku tertanya-tanya jugak....perlu ke dikembalikan cara pengambilan seperti dahulu..yang menilai pointer tanpa ujian MEDSI atau perlu ke kedua-dua aspek dinilai ...iaitu pointer perlu tinggi dan kemahiran pun kena tinggi untuk menjadi seorang pendidik...apakah sebenarnya jawapan persoalan aku itu...aku memandang sebagai rezeki jugak..tapi ada satu part ..aku memandang macam tidak kena jer atau sebagai kesilapan...analoginya..ada 3 pelajar memohon kemasukan ke UPSI...Si A pointer tinggi (2.8 – 3.00 ke atas)..kemahiran pun ada (dekat sekolah aktif)..seorang lagi Si B..pointer rendah(2.00)..di sekolah pun aktif..satu lagi situasi...Si C pointer tinggi (3.00-3.9)..kemahiran kurang..pendiam..pasif...yang mana pilihannya?kalau aku..pastinya nak yang A tapi antara B dan C?kemahiran tu boleh dipupuk sebenarnya,.termasuk minat...ni sampai mengabaikan kelayakan pointer..kalau dah macam tu..tak payah belajar lah budak-budak tu cakap..main jer..ada ko-kurikulum tinggi boleh masuk universiti sedangkan masuk universiti pakej 80 peratus ada akademik...aku pun tak paham..sebabnya..setiap tahun ada jer perubahan..apapun berdoalah adik-adik semua...saranan aku..kalau lah ada orang pendidikan dan kementerian yang terbaca..iaitu..banyak yang perlu dinilai..dalam kita mementingkan kemahiran jangan pula diabaikan pointer / akademik dalam memilih..dan dalam mementingkan pointer jangan pula mengabaikan kemahiran seseorang pelajar itu..jadi..pilihlah pelajar yang benar-benar cemerlang akademik dan ko-kurikulum termasuk dalam ujian MEDSI tu..dalam memastikan kualiti seseorang pelajar dalam melahirkan guru unggul. Ya..memang aku sedikit tidak puas hati..tak da keselarasan jer..
Eh..eh..Afiti nih..kecoh..!..suka suki jer merepek..yerlaaaa..dah aku tengok macam tak kena jer..kalau aku tak kena..boleh maklumkan..nak mohon respon jugak sapa-sapa yang arif..taun depan aku tak tahu lah macam mana cara pengambilan kemasukan nak jadi cikgu nih..aku pun turut malu jugak bila orang cakap..nak masuk UPSI berapa pointer..2.00..rendah sangat!Aku macam nak sorok jer muka...dan adik aku cakap..budak sekolah aku dah ada yang dapat masuk UPSI..kalau aku ke sekolah..semua orang akan tanya pasal UPSI..UPSI mendapat tempat di hati pelajar-pelajar tingkatan 6. Masa batch aku..form 6..dalam kelas aku 4 orang masuk UPSI..6A2 budak-budak Sastera ramai pulak dalam 6 orang..itu masa batch aku lah..dalam 10 orang jugak lah geng-geng aku form 6 di UPSI...adik aku baru masuk tingkatan 6 atas..peperiksaan baru ni..dah keluar..paling tinggi pointer budak dalam kelas 2.9 dan budak kelas sebelah katanya 3.25..dia dalam ranking ke-3 dalam kelas..paling tinggi untuk ke seluruhan tingkatan enam..1.3.25, 2. 2.9, 3. 2.75 (girl dalam kelas dia) 4. 2.75 ( adik aku) dan 5. 2.75 (firdaus- adik pijo yang kawan persaingan aku ketika aku form 6..kalau pijo no.1 aku no.2..huhuhu..skg ni adik pijo dengan adik aku pulak sekelas dan sama-sama akan amik STPM)...kiranya keseluruhan masih ranking top - 5...harap kekal dan meningkat lepas ni..jangan main-main...STPM kena betul-betul mengkaji buku-buku...(aku pun pelik..masa form 6..boleh jer aku kerabu kan buku tebal-tebal..masuk U jer..nota beberapa helai pun malas..kecuali subject best...hehehe)..Aku masa STPM dulu, masa mula-mula periksa tingkatan enam bawah tu..dapat 2.9..lepas tu...tingkatan enam atas 3.00 ke atas..still ranking kedua..sebab Pijo (kawan aku yang amik ekonomi sekarang di UPSI)ranking- 1. Jika belajar tingkatan enam...pointer dah mula 2.5 ke atas tu..maknanya dalam pemerhatian cikgu..sebabnya..ada potensi untuk dapat 3.00 ke atas masa STPM sebenar...namun, AWAS..kalau main-main..yang 3.00 pun boleh jatuh kepada 2.00 untuk peperiksaan sebenar...

Bulan 11 adik aku nak periksa STPM..aku pulak yang bersungguh-sungguh time kat rumah cuti ni..orang lelaki nak belajar macam mana.,malam-malam giliran aku kejutkan dia suruh belajar..hari-hari aku potpet..potpet..ajak dia borak pasal belajar..aku harap sangat yang bongsu ni dapat masuk UPSI..aku, mak sedara aku bagi support suh dia masuk UPSI nanti..Isnin nanti..aku janji dengan Pijo dan kawan-kawan yang lain nak pergi sekolah jumpa cikgu-cikgu..sebelum pergi UPSI..dan jumpa adik-adik tingkatan enam atas sekarang..sambil tu..aku nak pergi tanya pasal adik aku belajar..aku haraplah sangat..semalam..cikgu Sejarah dia hadiahkan buku Sejarah untuk dia..elok sangat lah tu..Cikgu Asnida masa aku pergi sekolah haritu..dia cakap kat aku..Afiti, nota awak masa belajar dlu semuanya kat mana..Aku cakap lah..adik aku yang tengah tu..dan habis kebas kat jiran dan sepupu aku..lepas tu..semalam..aku pergi belek..cari buku dalam kotak-kotak lama..terjumpalah jugak soalan-soalan masa aku kumpul aku belajar dulu..yang aku analisis..soalan STPM negeri-negeri lain..dan jumpa nota-nota..karangan STPM balik yang aku pernah buat..tapi..aku tengok tak banyak..especially nota Sejarah yang aku tulis best-best tuh..habis entah ke mana..nak pergi mintak..budak tu dah pergi U..payah nak cari dah..

Semalam, tidur dekat pukul tiga pagi..adik aku tanya..macam aku pulak yang nak amik exam..sebab duk potong-potong kertas terpakai dari buku log yang lebih-lebih masa SPM dulu..dari duk bazir tu..baik aku potong-potong boleh dia buat nota..dia pulak sedap nak pergi kroh-kroh..dia cakap elok jugak..boleh dia buat nota nanti..(kalau belajar kat U jangan harap aku nak stadi rajin-rajin..hehehe)...lepas tu..aku kejutkan dia..nampak lah beza dengan adik aku yang tengah antara yang bongsu ni...belajar lah jugak..bangun lepas pukul 12..aku nampak dia duk baca Sejarah..cikgu-cikgu pun bagi support kat dia..adik aku balik cerita sebab markah B.Melayu dia tinggi...dan subjek Ekonomi nampaknya mengalahkan aku masa aku belajar dulu..hehehehe...eloklah tu..Sokongan guru-guru dan pujian tu boleh naik semangat adik aku..penting jugak tu,..guru bagi pujian agar semangat pelajar lebih meningkat..cuma perlu teruskan usaha..jangan sekarang jer..dan jangan rasa selesa..kalau dalam top 5..STPM tak perlu orang pandai..tapi perlu orang rajin berusaha dan motivasi dalaman..motivasi luaran tuh..xperlu pun..yang penitng insaf diri..nak berjaya..lepas ni biar naik lagi pointer..jangan puas hati..masa 6 bawah..dia dapat 2.3, lepas tu..2.4..enam atas 2.4 lebih, seterusnya 2.75..lepas ni biar naik 3 lebih pulak..nak pergi UPSI pointer tinggi...dan belajarlah universiti mana pun..yang penting kena score..itu yang selalu aku pesan..sebab aku rasa..duk belajar STPM mcam mana..macam orang gila cakap sorang-sorang..motivasi diri...aku pun gembira jika adik aku ni berjaya...mungkin adik aku yang bongsu ni banyak amik pengajaran..sebab dia jer kat rumah tinggal dengan mami aku..boleh rasa macam mana susah mak cari duit untuk anak..aku dan yang tengah pergi belajar..tapi yang tengah ni..tengah gila nak berniaga pulak..sebab dia otak bisness..belajar tak abis lagi...aku sarankan jugak..elok la dia pergi cari kerja tetap dulu..sambil-sambil tu berniaga..sebabnya..tempat dia belajar tu mahal sangat yurannya..mak aku lah yang menanggungnya...itulah perjuangan seorang mak nak menyara anak tiga orang..

Ya Allah, bagilah kejayaan pada adik aku dalam STPM...Aku takut berlaku macam adik yang tengah.Periksa biasa-biasa result tak ngam..dan periksa sebenar tak best..Harapnya..dapat masuk universiti jugak..Aku bukan orang senang..aku harap adik aku amik kos pendidikan nanti..jika ada rezeki..masuk UKM pun tak per..tapi 2010 lah nanti..masa tu aku dah pun grad..(ada peluang nak sambung lagi)..boleh direct kalau dia dpt UKM..apapun..tunggulah nanti..InsyaAllah moga berjaya!!!!! Amin...Tunaikan harapan keluarga...aku pesan jugak..aku tak nak..kejayaan yang besar tetapi sementara..cukuplah kejayaan sederhana ( sederhana maknanya..dalam hati..jangan puas hati..riak..bangga..)..tapi bermakna..dan berpanjangan..sehingga akhirnya dapat capai peringkat tertinggi..itulah doa aku....

Kat bawah ni..gambar episod lain pulak..Alang, kawan aku kahwin..12.6.2009..aku nak pergi UPSI 10.6.2009 terpaksa cancel sebab kawan baik nak kahwin...masa ni lah bersama kawan-kawan..

Ni gambar masa Alang kawin...aku jer tak ikut tema..heheh..baju maroon basah..nak pinjam mami aku punya..tak muat pulak..hehehe

Aku dan geng yang datang.

Aku d latest..gemuk pong gemuklah..senang hati..tak leh nak kata apo lah..hehehe


Mereka ni aku tak sempat jumpa..aku balik dulu..sebab nak g Tesco..rugi betul..dah la lama tak jumpa Yana dan Ha,..(Yana (bakal kawin bulan 7 nanti), tengah tu..Alang, Syana, dan Ha)

Jeng..jeng...Alang kawin...husband dia ensem..huhuhu...Ni lah pengantinnya..Tahniah You All..

6 comments:

ain fathihah fhm said...

adehh

entri menarik

tapi sakit mata nak baca


akak, lepas ni buat la tulisan berperenggan lebih skit..mudah ckit nk baca..huhu..

kesian saya yang mata 4 ni

Unknown said...

salam afiti,
kakchik pun turut rasa tak puas hati bila tahu cerita ni, kesian adik2 yang pandai tu tapi tak diberi peluang.
tahun ni dengar ceritanya byk juga masalah yg timbul bila nak tempatkan pelajar di ipta.
universiti kakchik yg lama pun heboh satu malaysia pasal tersilap panggil hampir 10 ribu pelajar utk daftar sedangkan yg sebenarnya tak sampai pun 4 ribu. yg selebih tu adalah tersilap panggil, katanya silap sistem komputer.
tahap penilaian yg kementerian buat ni mmg byk kemusykilan, yg jadi mangsa adalah adik2 tu.
semoga masa depan mereka akan lebih terjamin hendaknya dan mereka tabah dgn ujian ni.

p/s: cantik afiti pakai jubah layered tu.

AFITI said...

(Ain)~ Udah ada body..hehe
samalah..kita ada 4 mata jugak..hehe

(Kak Chik)-

Entahlah..nampak kpimpinan ats sgt bagus..tapi Masa dato' Pa jadi MPT..ramai budak-budak Kelantan masuk U..especially..UPSI..diskriminasi ke macam mana..wallahualam..
sy pun xtahu..tapi sy x berpuas hati..malam-malam..budak-budak pergi umah..kesian mereka..jadi isi buat rayuan jer lah..nak masuk U..pointer 2.00 boleh pulak..moga ada y mnjwb kebenaran ini..kesian budak-budak..

Mohd Fazlie & Nor Asyafa said...

alamak ... ROY nye ! heheheh ... selamat masuk geng geng ROY erk ... kurangkan makan lebihkan cakap ...

AFITI said...

hahahaa...amboi..nk ckp sy geng ROi yer..hahahah..biasalah umur mningkat mkin roy..xper..roy2 berfaedah semua ni..lebihkan mkn..ckp pun lebih juga..ahahaha

djdanchef said...

sedihhh baca cerita ini.. sy pun rasa kesian kat adik sy yg dapat pointer 3.75 tapi xdpt UPSI... kawan dia pointer 2.75 pula boleh dapat.. dua2 minta kos yg sama tp kawan dia pula yg dpt.. hairan sy..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42