Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, July 21, 2008

Delenkuensi

Assalamualaikum...Saya ingin berkongsi sedikit sahaja perkembangan kuliah pada hari ini. Hari ni ada kuliah delenkuensi kanak-kanak dan remaja. Namun, ingin saya ketengahkan pendapat saya untuk dikongsi. Delenkuensi ni amat berkait dengan trait manusia. Termasuklah dari aspek biologi. Trait amat berkait dengan keturunan dan temperemen. Malahan juga berkait dengan persekitaran. Pada pendapat saya, delenkuen boleh berlaku apabila wujud pertentangan dengan idea self dan real self juga,..hal ini kerana keinginan yang tinggi itu..melebihi kendiri individu. Jika dalaman kita mempunyai keselarasan, delenkuensi kanak-kanak mahupun remaja tidak akan berlaku. Namun, kita harus fikir bahawa konsep manusia itu tidak akan terlepas daripada suatu kesilapan jua. Kesilapan yang dimaksudkan ialah kenakalan. Malahan diaggap manusia itu normal jika mempunyai kenakalan. Jika tidak ada perkara itu, manusia itu statik jika dilahirkan dengan semuanya bersifat sama. Namun, harus difikirkan, konsep super ego yang dikemukan oleh Freud bahawa, penguasaan super ego itu penting dalam membentuk peribadi dan personaliti manusia. Bersamalah kita fikirkan. Kerana, jika dari sudut pro nya, itulah dinamakan proses untuk menjadi seorang manusia. Batas-batasnya perlu diingat dalam kita brtingkah laku. Di mana kita ingin meletakkannya. Itulah dinamakan kanak-kanak dan remaja yang masiah belum mencapai keseimbangan dan pemikiran. Itu hakikat tetapi level umur tidak menjanjikan apa-apa.Janjinya ialah dimana kita meltakkan diri kita sama ada ingin terlibat dalam delenkuensi atau pun tidak. Jadi, kanak-kanak dan remaja harus dipandu untuk bersama-sama dalam mencapai kenikmatan dan kehidupan sebagai seorang manusia.















Saturday, July 19, 2008

Kaunseling Individu: Nak Pilih Mana Nih

Semester ini amat mencabar diri saya untuk menyematkan penteori-penteori dalam diri...i need to make a choice for the personality that i like...and suit with my personality,..so..psychoanalysis is the answer...semua subjek major and minor..i need to relate....dengan personaliti...sebab dalam sesi nanti...tokoh dan teori itu akan dipraktikkan..nampaknya..aku berminat untuk mengkaji pasal psikoanalisis,..Setakat itu sahaja,..terima kasih,..Ntah apa-apa.Betul ke Psikoanalisis ni...Kena teroka teori dulu ni.Jiwa kacau lah.Huahua.
Kalau amik budak bawah ni jadi tokoh pun ok jugak ni ek..hehe..nantilah..akan datang
its me...Masa 7 years

Tuesday, July 15, 2008

Jiwa dan Hati

Dalam cabaran dunia global masa kini, manusia berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan yang mengganggu ketenteraman kehidupan seharian. Hanya individu mempunyai daya ketahanan diri yang kuat serta berkeupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi akan mampu mengatasi segala cabaran ini. Untuk mencapai tahap ketahanan ini kita amat memerlukan motivasi diri bagi mengenali keupayaan sebenar diri kita dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi...Semoga kita sama-sama diperkuatkan ketahanan dan keberkatan dalam menempuh pelbagai cabaran dan jika diduga, percayalah bahawa kita ialah insan terpilih oleh Allah untuk mengadapinya. InsyaAllah

~Afiti~

Hypno

Assalamualaikum..,Kali ini,..kita bincang tajuk Hypno..Hipnoterapi merujuk kepada interaksi antara dua orang iaitu seorang sebagai pemukau dan seorang lagi sebagai subjek. Pemukau akan memberi arahan hypnotic dan subjek akan memberi tindak balas Hipnosis merupakan satu teknik atau seni komunikasi dan seni saranan positif yang dapat mempengaruhi “Fikiran Bawah Sedar” (Sub-Concious Mind) secara dinamik. Hipnosis tidak ada kena mengena langsung dengan ritual keagamaan magik serta memuja kuasa kegelapan atau pukau. Sebahagian masyarakat kita masih memandang hipnoterapi sebagai terapi yang berbau magik, mistik dan tidak rasional. Pada hal, dalam dunia perubatan hipnoterapi telah digunakan dan ini telah terbukti sejak 2 abad yang lalu .

Anggapan masyarakat terhadap hipnoterapi sering dikaitkan dengan unsur-unsur kekejaman. Menurut Dr. Erwin hipnoterapi bukanlah ilmu sihir kerana beliau berpendapat bahawa dalam proses hipnoterapi, pesakit akan dipandu oleh terapis sehingga pesakit sendiri akan melakukan sendiri bagi mencapai proses penyembuhan.Hipnosis boleb dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mempengaruhi kepercayaan atau bertopengkan keagamaan bertujuan komersial,ia juga bukan ilmu psikik atau kebolehan kebatinan seseorang serta keistemewaan daripada lahir. Sebenarnya ia adalah bersifat universal dan semulajadi dalam diri kita, bahawa sesiapa boleh melakukannya.

Hipnoterapi tidak bertentangan syariat atau tatacara kemanusiaan kerana ia adalah merupakan salah satu bidang seni komunikasi serta seni memberi saranan positif, “Minda Bawah Sedar “atau “Fikiran Bawah Sedar” (Sub-Concious Mind) dan bukannya sihir, kuasa kegelapan atau pukau yang sering disalah ertikan apabila dikaitkan dengan nama hipnosis. Ianya juga Mind Control serta satu jambatan atau gerbang untuk memasukkan seseorang ke mana-mana alam ghaib atau bertemu dengan makhluk lain seperti malaikat, alam jin dan sebagainya. Walaupun, hipnosis boleh seakan-akan berbuat sedemikian ianya hanya permainan minda sahaja.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 hipnoterapi bermaksud kaedah rawatan jiwa secara hypnosis. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 hipnosis merujuk keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ketika itu.

Menurut Kamus Perdana hipnosis bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedar diri tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikan berkenaan demikian.Istilah hipnoterapi berasal dari perkataan Yunani iaitu “hypo” yang bermaksud tidur.

Hipnoterapi adalah salah satu kaedah pengubatan atau penyembuhan gabungan technologi therapy, hypnosis, NLP dan EFT. Disertai dengan penggunaan seni berkomunikasi memberi saranan dan positive empowerment suggestion terus ke fikiran bawah sedar yang boleh menukar tabi’i atau tabiat serta tingkah laku secara dramatis dan dinamik

Menurut Shiela Menon yang merupakan seorang pengamal hipnoterapi berpendapat bahawa hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang dari segi mental dan fizikal hingga membolehkan dia membuat perubahan perlakuan yang dikehendakinya.dalam hal ini, minda seseorang menjadi lebih leseptif iaitu lebih mudah menerima idea atau cadangan baru.

Kesimpulannya, hipnoterapi bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikan keadaannya sedemikian. Semasa proses hipnosis klien bukanlah tidur, tetapi mengalami keadaan istirehat yang sangat mendalam.



pSyche


Apakah yang sering kita takrifkan tentang psikologi,...Konsep Psikologi dalam Oxford Dictionary ada mengatakan tentang spirit, soul dan mind...apapun senang cerita nak dirangkum kan..maknanya kajian tentang jiwa. Kebanyakan berpendapat bahawa kajian tentang psikologi itu ialah kajian tentang jiwa manusia. Namun, kita, perlu tahu dan berganjak untuk berfikir di luar kotak pemikiran kita bahawa psikologi bukan lah semata-mata mengkaji jiwa tentang jiwa manusia sahaja malah tumbuhan dan haiwan itu sendiri. Haaa? tumbuhan dan haiwan juga mempunyai jiwa???

Ya...jiwa itu dipunya oleh setiap benda yang hidup di muka bumi Allah.Bagaimana kita mendalami tentang jiwa haiwan dan tumbuhan? Tidak lain dan tidak bukan iaitu,..dengan kita mendekati dan memahami mereka dengan cara kita hidup saling bergantungan. Bagaimana jiwa tumbuhan dan haiwan boleh berfungsi...kita kembali semu kepada fitrah kejadian alam ini..
bersambung....asgmnt...

Sunday, July 13, 2008

Ruangan baru

Assalamualaikum. Terbinanya ruangan baru ini saya mengharapkan kesatuan minda saya dapat distrukturkan semula dalam menambah pengetahuan dan maklumat secara bersama. Perkongsian pendapat dan cetusan idea-idea semoga digarap secara bersama. Fokus ruangan blog ini ialah untuk mengisi masa lapang secara efisien di samping melebarkan segala wahana dan pengetahuan. Dalam ruangan baru ini, saya akan lebih bebas untuk menulis dan melemparkan segala pendapat dan pandangan saya terhadap segala isu yang saya inginkan.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42