Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, July 15, 2008

Hypno

Assalamualaikum..,Kali ini,..kita bincang tajuk Hypno..Hipnoterapi merujuk kepada interaksi antara dua orang iaitu seorang sebagai pemukau dan seorang lagi sebagai subjek. Pemukau akan memberi arahan hypnotic dan subjek akan memberi tindak balas Hipnosis merupakan satu teknik atau seni komunikasi dan seni saranan positif yang dapat mempengaruhi “Fikiran Bawah Sedar” (Sub-Concious Mind) secara dinamik. Hipnosis tidak ada kena mengena langsung dengan ritual keagamaan magik serta memuja kuasa kegelapan atau pukau. Sebahagian masyarakat kita masih memandang hipnoterapi sebagai terapi yang berbau magik, mistik dan tidak rasional. Pada hal, dalam dunia perubatan hipnoterapi telah digunakan dan ini telah terbukti sejak 2 abad yang lalu .

Anggapan masyarakat terhadap hipnoterapi sering dikaitkan dengan unsur-unsur kekejaman. Menurut Dr. Erwin hipnoterapi bukanlah ilmu sihir kerana beliau berpendapat bahawa dalam proses hipnoterapi, pesakit akan dipandu oleh terapis sehingga pesakit sendiri akan melakukan sendiri bagi mencapai proses penyembuhan.Hipnosis boleb dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mempengaruhi kepercayaan atau bertopengkan keagamaan bertujuan komersial,ia juga bukan ilmu psikik atau kebolehan kebatinan seseorang serta keistemewaan daripada lahir. Sebenarnya ia adalah bersifat universal dan semulajadi dalam diri kita, bahawa sesiapa boleh melakukannya.

Hipnoterapi tidak bertentangan syariat atau tatacara kemanusiaan kerana ia adalah merupakan salah satu bidang seni komunikasi serta seni memberi saranan positif, “Minda Bawah Sedar “atau “Fikiran Bawah Sedar” (Sub-Concious Mind) dan bukannya sihir, kuasa kegelapan atau pukau yang sering disalah ertikan apabila dikaitkan dengan nama hipnosis. Ianya juga Mind Control serta satu jambatan atau gerbang untuk memasukkan seseorang ke mana-mana alam ghaib atau bertemu dengan makhluk lain seperti malaikat, alam jin dan sebagainya. Walaupun, hipnosis boleh seakan-akan berbuat sedemikian ianya hanya permainan minda sahaja.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 hipnoterapi bermaksud kaedah rawatan jiwa secara hypnosis. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 hipnosis merujuk keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ketika itu.

Menurut Kamus Perdana hipnosis bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedar diri tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikan berkenaan demikian.Istilah hipnoterapi berasal dari perkataan Yunani iaitu “hypo” yang bermaksud tidur.

Hipnoterapi adalah salah satu kaedah pengubatan atau penyembuhan gabungan technologi therapy, hypnosis, NLP dan EFT. Disertai dengan penggunaan seni berkomunikasi memberi saranan dan positive empowerment suggestion terus ke fikiran bawah sedar yang boleh menukar tabi’i atau tabiat serta tingkah laku secara dramatis dan dinamik

Menurut Shiela Menon yang merupakan seorang pengamal hipnoterapi berpendapat bahawa hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang dari segi mental dan fizikal hingga membolehkan dia membuat perubahan perlakuan yang dikehendakinya.dalam hal ini, minda seseorang menjadi lebih leseptif iaitu lebih mudah menerima idea atau cadangan baru.

Kesimpulannya, hipnoterapi bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikan keadaannya sedemikian. Semasa proses hipnosis klien bukanlah tidur, tetapi mengalami keadaan istirehat yang sangat mendalam.



No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42