Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, December 21, 2010

Taaruf

Assalamualaikum. Sebuah kisah dan bacaan untuk dikongsi bersama.

DIA dikatakan gadis lewat usia. Kalau ada yang bertanya, dia tak pernah memberitahu. Tapi sosok tampilannya jelas memperlihatkan umurnya dalam lingkungan awal 30-an. Dan, seperti kelaziman masyarakat Melayu, apabila sahaja seseorang perempuan melepasi angka 25, sanak-saudara pun selalu tergedik-gedik bertanya, "Bila lagi? Bila lagi? Bila nak kahwin? Sudah ada calonnyakah?" Bahkan ibu ayahnya sendiri semakin menusuk-nusuk mendesak, "Masih belum ketemu lagikah calon pilihan? Tidak adakah yang mahu meminang; atau sekurang-kurangnya masuk merisik dahulu?"

Pada setiap soalan-soalan itu, dia hanya membalas dengan senyuman sambil berkata lembut, "Insya-Allah, nanti bila tiba waktunya sampailah kad jemputan; terima kasih atas perhatian dan mengambil berat." Dia cuba menguntum senyuman paling lembut, walaupun lebih selalu daripada tidak, senyumannya jarang-jarang terlihat kerana terlindung oleh purdah yang menutup wajah. Perempuan itu menenangkan dirinya dalam hati dengan mengingat kata-kata pesanan, bahawa sebaik-baik wanita adalah yang tidak dikenali; dan semulia-mulia wanita adalah yang dikenali kerana ilmunya. Dia mahu menjadi wanita yang baik dan dia juga mahu menjadi wanita yang mulia. Justeru tidaklah menjadi kerisauan buatnya kalau jodohnya lambat sampai, kerana memangnya dia memilih untuk tidak dikenali dari paras rupa; sebaliknya lebih mahu, kalaupun perlu, dikenali kerana ilmu yang ada.

Ayah dan ibu perempuan itu, dalam usahanya untuk meredakan kerisauan agar anak gadisnya segera menemui jodoh, telah cuba untuk menjodohkan dengan seseorang yang tak pernah dikenali olehnya sebelum ini. Lelaki itu kononnya adalah bekas ketua ayahnya. Seorang duda, justeru umurnya juga sudah sedikit tua, tetapi dikatakan sangat berjaya dalam kerjaya. Mujur saja lelaki itu tak punya anak.

"Dalam usia segini, kau tak boleh terlalu memilih," begitu kata ibunya tempoh hari, "dapat yang berusia pun tak mengapa, asalkan kau menemui jodohmu."

Dia, sebagai wanita berkerjaya yang sudah pada biasa hidup serba mandiri, tentunya berasa tidak senang - malahan sesak rimas - dijodoh-jodohkan sedemikian. Dia wanita moden yang serba sofistikated, begitu dia suka menggelarkan dirinya. Dan sekarang, orang tuanya mahu menjodohkannya - tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu; tanpa menanyakan akan ciri-ciri lelaki yang dimahunya; dan paling utama, secara tak langsung malah memperlekeh pula citarasanya ("kau tak boleh terlalu memilih," kata-kata ibunya itu selalu terngiang-ngiang bersipongang).

Justeru apakah lagi yang tinggal buatnya? Dua pilihan terentang di hadapan, tetapi dua-duanya menyakitkan. Di satu belahan, berkahwin dengan orang yang tak dikenali lantas mengakhiri zaman daranya; di satu belahan yang lain pula, menolak untuk berkahwin dan menghadapi risiko menjanda seumur usia.

Melukai

Nah, ketika inilah dia teringat lagi kepada kata-kata pesanan tadi. Semulia-mulia perempuan adalah yang dikenali kerana ilmunya.

Ilmu. Di situ letak kata kuncinya. Di situ juga letak rahsianya. Perempuan itu berfikir. Dia tidak mahu melukai hati orang tuanya, tetapi dalam masa yang sama juga, dia ragu kalau akan bahagia sama sekali andai menerima padanan duda pilihan mereka. Soalnya dia tak pernah mengenalnya. Justeru, perempuan itu pun berkata:

"Ibu dan ayah," suaranya dengan teratur, "saya tahu ibu dan ayah khuatir kalau saya masih belum kahwin-kahwin. Tetapi, ibu, ayah, saya mohon meminta izin, sebelum dinikahkan, untuk sekurang-kurangnya diberi taaruf terlebih dahulu dengan bakal suami."

Tentu sekali, kedua-dua orang tuanya tidak ada masalah. Kerana fikir mereka, taaruf bukanlah perkara berat. Sekadar membawa kedua-dua bakal mempelai itu - lelaki dan perempuan - bertemu dengan dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing sebagai suatu peluang untuk saling mengenal.

"Tetapi, ibu, ayah," begitu sambung perempuan itu lagi, "kalau boleh sesi taaruf itu tidak dibuat di sini. Tidak dibuat di rumah ini. Sebaliknya kalau boleh biarlah dibuat di rumah pihak lelaki." Kedua-dua ibu dan bapa perempuan itu sedikit mengerutkan dahi. Kerana mereka pada awalnya menyangkakan bahawa pihak lelakilah yang akan ke rumah mereka untuk melihat anak gadis mereka. Tetapi, setelah memikir beberapa saat, kedua-duanya langsung menyetujui sahaja akan permintaan yang tidak membebankan itu.

Maka pada hari yang ditetapkan, perempuan itu pun pergi ke rumah lelaki yang ingin dijodohkan kepadanya, bersama-sama dengan kedua orang tuanya. Mereka duduk di ruang tamu yang serba indah, di atas sofa yang alangkah gah - perempuan itu di tengah-tengah, ibu dan ayahnya di kiri dan kanan. Manakala lelaki yang ingin dijodohkan kepadanya itu pula duduk berhadapan, pada sofa sebuah - orang tuanya tidak bersama, kerana mereka sudah terlalu tua. Di atas mereka, di siling, bergelantung lampu chandelier bergemerlapan membiaskan kilatan cahaya suria yang memercik masuk dari jendela. Keadaan dan susunannya pada hari itu, benar-benar terlihat seperti satu pihak sedang ditemuduga (lelaki itu) oleh tiga panel penilai (perempuan itu bersama orang tuanya). Orang gaji menghidangkan minuman. Sebaik ia beredar, dan sebelum sempat sesiapa pun mencapai air yang dihidangkan untuk dicicip, perempuan itu telah bersuara terlebih dahulu:

"Kalau tidak keberatan bagi pihak lelaki," begitu katanya - dia berhenti sebentar di sini bagi memandang kedua-dua orang tuanya sambil menunduk sedikit sebagai meminta perkenan -, "saya mohon untuk masuk ke bilik tidur saudara." Kata-katanya itu ditujukan kepada lelaki yang mahu dijodohkan kepadanya itu tentunya.

Tentu sekali, kedua-dua orang tuanya tergamam mendengarkan permintaan anak perempuan mereka - serasa seolah-olah punggung mereka semakin terhenyak ke dalam kusyen sofa yang diduduki. Anak perempuan tidak malu mana yang tanpa silu-silu meminta masuk ke bilik tidur orang lelaki! Dan lelaki itu juga tak kurang tertegun, sehingga dia hanya terdiam beberapa lama tanpa berkata apa-apa. Yang kedengaran hanyalah tegukan liurnya - dan ini jelas menampakkan halkumnya turun naik.

"Saya mohon untuk masuk melihat ke bilik saudara," ulang perempuan itu lagi.

Kedua-dua orang tuanya masih dalam gamam untuk berkata apa-apa, apa lagi untuk menghalang anak perempuan mereka itu dari terus bersuara.

Memintas

"Untuk apa saudari mahu melihat ke bilik saya. Itu kan tempat peribadi, dan tak perlu ditunjukkan kepada siapa-siapa pun. Kalau saudari sudi menjadi suri saya nanti, nah, ketika itu nikmatilah bilik saya sepuas-puasnya," lelaki itu akhirnya berjaya mengeluarkan suara setelah mendehem beberapa kali.

Perempuan itu, yang mengesan penekanan oleh lelaki tersebut pada kata 'nikmatilah sepuas-puasnya', telah membalas begini: "Justeru kerana ia ruang peribadilah makanya saya mahu melihat."

"Tak ada apa-apa di dalam bilik itu untuk dilihat."

"Masakan tak ada apa-apa. Saudara tidur di atas lantai sahajakah kalau begitu?"

"Tidak tentunya," jawab lelaki itu - rautnya jelas menunjukkan ketidaksenangan hati -, "ada katil, ada almari, ada meja, ada kerusi, seperti juga bilik-bilik lain. Jadi kenapa perlu dilihat?"

Ketika ini, ibu perempuan itu sudah 'terjaga' dari gamamnya sebentar tadi, lantas segera memintas bersuara, "Hisy, tak baik meminta tengok ke bilik orang. Jaga perangai, jangan buat malu ibu dan ayah."

"Kerana bilik tidur ruang peribadilah makanya saya mohon untuk melihatnya sebelum menyatakan persetujuan untuk dinikahkan. Tidakkah perkahwinan itu juga adalah penyatuan dua peribadi?"

Lelaki itu diam. Ibu perempuan itu menggumam sesuatu yang tidak dapat difahami - jelas wajah tuanya menjadi merah. Ayah perempuan itu pula menunduk tak sudah-sudah.

Lelaki itu bangun akhirnya, dan mempersilakan perempuan itu ke biliknya di tingkat atas. Ibu dan ayah perempuan itu juga dijemput bersama. Ketika perempuan itu melangkah masuk, yang kelihatan adalah sebuah ruang luas dihias dengan sentuhan minimalis. Sebuah katil kelamin terletak di tengah-tengah, kepalanya merapat pada dinding. Sebelahnya adalah jendela kaca dengan tirainya yang terbuka, justeru menampakkan langit yang biru di luar. Pada dinding di atas kepala katil itu tergantung sebuah lukisan cat minyak - gambar kapal di tengah-tengah laut bergelora - stroknya gaya impresionis. Perempuan itu tersenyum melihatnya. Berhadapan dengan katil itu, sebuah almari yang terbina dalam - built in - bersama-sama dengan dinding. Perempuan itu hampir-hampir ingin membuka pintunya, apabila ibunya terlebih dahulu menegah.

"Apa yang awak cari?" lelaki itu bertanya segera kepada perempuan itu. "Tak ada apa-apa dalam almari itu."

"Masakan tak ada apa-apa," jawab perempuan itu kembali, "awak tak punya pakaiankah kalau begitu?"

"Ya, tentunya di dalam almari disimpan pakaian. Tapi selebihnya tak ada apa-apa yang hendak dilihat di dalamnya."

Ibunya sudah hampir hendak menangis ketika dia merayu kepada anak perempuannya supaya mengakhirkan sahaja permintaan untuk terus melihat-lihat. Tetapi perempuan itu, dengan lembut, menerangkan apa sebenarnya yang dicari:

"Ibu, ayah, dan saudara," begitu katanya, "maafkan saya atas permintaan yang barangkali saja dianggap tidak bersopan ini. Sebenarnya yang saya cari ialah buku. Saya tak temui sebuah pun buku di dalam bilik saudara. Bagaimana saudara berikan makanan kepada jiwa saudara kalau begitu? Chesterton malah pernah berkata, bahawa sebuah bilik tanpa buku, adalah seumpama suatu tubuh tanpa roh."

"Sudahlah tu, sudahlah," ibu perempuan itu bersuara.

"Tidak, bu," kata perempuan itu, masih dengan penuh santun, "saya perlu terangkan kenapa - supaya nanti kalau saya menerima atau menolak pinangan ini, saya tidak dilihat tak punya perasaan atau fikiran." Ayah perempuan itu, sedari tadi, tak bersuara barang sepatah. Ibu perempuan itu berkerut-kerut wajahnya. Lelaki itu diam. Tetapi sebentar kemudian, segera bersuara: "Oh well," begitu katanya kepada perempuan itu dengan lidah hampir tergeliat, "if books that you wants to see, ayuh, saya tunjukkan ke perpustakaan saya."

Maka mereka sekeluarga pun keluar dari bilik tidur itu, berjalan merentasi ruang kecil yang merupakan ruang menonton, sebelum masuk ke sebuah bilik bertentangan. Saiznya kurang lebih sama dengan bilik tidur tadi, hanyasanya di dalamnya dipenuhi oleh buku-buku yang tersusun rapi pada rak yang diatur mengelilingi dinding; dari lantai sampai ke siling. "My personal library," umum lelaki itu dengan telor liur bersembur. Kedua-dua ibu bapa perempuan itu ternganga melongo. Perempuan itu pula mengambil waktunya memerhati dari rak ke rak. Sesekali tangannya dilalukan pada buku-buku yang bersusun; sesekali pula menarik keluar dan membaca blurb di kulit belakangnya.

Lama dia begitu. Ibu perempuan itu sampai sudah letih. Ayahnya yang sedari tadi hanya berdiam, sampai akhirnya bersuara dengan nada tegas: "Sudah. Sudah. Apa lagi yang kaumahu? Bilik tidurnya dah ditunjukkan. Bukunya pun dah kaulihat. Apa lagi?"

"Maafkan saya ayah, maafkan saya bu," kata perempuan itu lembut, "maafkan saya juga, saudara. Saya punya citarasa, dan citarasa saya tidaklah renyah. Saya cuma mahukan seorang suami yang seadanya. Soal agama tentulah paling utama. Tapi setelah itu, apa yang dicari - dan oleh itu saya mahu melihatnya terlebih dahulu - adalah bahan-bahan bacaan bakal suami saya."

"Kau sudah melihatnya," pintas ayahnya.

"Ya, ayah, saya sudah melihatnya, maafkan saya. Cuma saya mahu lebih meneliti rak-rak buku calon suami saya kerana saya percaya bahan bacaan itulah yang membentuk dirinya sebagai seorang individu; yang memupuk sifat dan sikap serta keperibadiannya secara langsung. Seperti kata orang, 'kamu adalah apa yang kamu baca.' Dan ini terutamanya bahan-bahan genre sastera tentunya, kerana di situlah letaknya naluri kemanusiaan seseorang individu. Oleh itu, dalam menilai - dan mencari - bakal suami, hanya dengan melihat kepada bahan-bahan sastera yang dibacanyalah saya akan dapat menerka manusia jenis apakah bakal suami saya. Atas sebab itu, saya amat menitik beratkan hal ini. Sekali lagi, saya mohon maaf kalau menyusahkan."

Diam sejemang. Giliran lelaki itu pula kali ini yang tercengang.

Martabat

"Kalau calon suami saya," kata perempuan itu sambil menjeling ke arah lelaki itu, "hanya membaca John Grisham, J.K Rowling, Sidney Sheldon, Mc Arthur, maaf cakap, sukar sekali untuk saya jadi tertarik hati kepadanya. Apakah sudah tidak ada bahan bacaan dalam bahasa sendiri? Rendah benarkah martabat bahasa Melayu sehinggakan anak bangsanya pun tak sudi menelaahnya? Bukankah masih banyak lagi karya berbahasa Melayu yang bagus-bagus, yang bermutu, yang indah ceritanya, yang ditulis oleh anak bangsa sendiri? Pengarang-pengarang berpengalaman seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussein, Anwar Ridhwan atau golongan penulis muda prolifik seperti Faisal Tehrani, Noor Suraya Adnan, Roslan Jomel, Sri Rahayu Mohd Yusop, John Norafizan, Imaen, dan ramai lagi. Karya mereka bukan calang-calang. Faisal Tehrani itu karyanya sampai ditelaah oleh mahasiswa di Jerman; malah mengangkat pula gagasan keilmuan Melayu-Islam.

"Memanglah, saya akui, tidak salah membaca pemikiran pengarang luar. Malah kalau hendak membaca karya-karya Orhan Pamuk, Bei Dao, Kazuo Ishiguro, bahkan Gabriel Garcia Marquez, Salman Rushdie, Haruki Murakami, Jhumpa Lahiri, Ian McEwan dan siapa-siapa pengarang besar dunia lain pun lebih baik lagi. Asalkan jangan sampai mengabaikan karya-karya anak bangsa sendiri. Itu nanti, bak kata pepatah Melayu, seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Yang di luar diagung-agungkan, yang di dalam rumah sendiri disisihkan.

"Saya takut," kata perempuan itu lagi, semakin menjeling ke arah lelaki itu, "Kalau beginilah sikap bakal suami saya, nanti-nanti kalau setelah berkahwin, suami saya akan lebih mencurahkan kasihnya kepada perempuan-perempuan di luar sana berbanding isterinya yang setia menanti di rumah."

Lelaki itu gamam. Ibu perempuan itu segera menarik lengan perempuan itu beredar. Ayahnya pula tersenyum. Taaruf, ulangnya dalam hati. Ya, taaruf. Kemudian menyalami lelaki duda yang pernah menjadi ketuanya itu.

Friday, December 17, 2010

Permulaan hidup baru

Assalamualaikum

Different life, different commitment
Work + Study ( Assignments)
Masa semakin padat, yang hanya tahu buat kerja. Itu sahaja.

2 years...Afiti, be struggle, be brave,more motivate yourself, be more diciplines


2012

Sunday, December 12, 2010

Sakit Hati Tapi, Maafkanlah...

Program Bedah Buku: Novel Salehuddin Al-Ayubi yang aku dan kawan-kawan kendalikan.


Dibeli dan masih terjaga dari dulu
Bersama Meen Zulaikha dan Anis Ayuni. Kedua-dua penulis novel





Ayat sindiran yang aku terima.

"Banyak sangat masa awak sampai awak boleh menulis...bla...blaa..."

Jawapan aku : Tak perlu nak cakap kita ni sibuk, makin org cakap kita sibuk makin stress, kerja kita hanya kita jer yang tahu. So, buat-buat enjoy, happy...tak perlu utk aku jawab aktif sangat ke tidak aku ni....kerja kat sekolah sepanjang cuti dah beberapa kali mesyuarat, ke PPD KPM turun meeting tergempar, hari-hari di sekolah lapor diri, key in dan siapkan tugasan yang JPN suruh bulan 3 nanti nak...28hb ni mesyuarat lagi...jaga budak exam sepanjang kerja....pengurusan di sekolah...semua kerja ni masa sebelum bukak sekolah nanti...perlukah aku canangkan pada semua bahawa aku ini orang yang sibuk...dan perlukah aku berbangga diri kerana kesibukan-kesibukan?Kalau aku cakap semua tu, apa kau boleh buat???Aku tak perlukan orang seperti engkau untuk menghalang minat aku....walau sesibuk mana pun, aku ada masa untuk diri aku sendiri....itu sahaja cara aku untuk mengurangkan stress...melalui berkarya...orang seperti kamu inilah yang biasanya jadi penghalang tetapi sebenarnya memberi semangat pada aku untuk terus berkarya dan kehadapan. Bermula daftar untuk pengajian peringkat master aku tahu, bukan senang untuk lalui kerja sambil belajar...Engkau berani buktikan data-data kes makan rasuah la apa laaa...memang betul...tapi kau harus sedar profesion ko tu lagi tinggi untuk makan rasuah. Jangan hina kerjaya-kerjaya lain. Sebab itu aku cakap, apa-apa perkara pokok pangkal KEIKHLASAN, bodoh!Eiii..geram sungguh!Aku tak pandai marah orang direct, aku telan, blog tempat aku luah...Bagilah data macam mana pun, yang penting hidup kita ni nak mati. Kerja tu ibadah. Semua pergerakan ibadah. Mudah sangat nak blame orang. Sikap menghukum memang tak boleh diubah.Kalau macam ni, cukuplah aku mengenali orang seperti Engkau. Engkau kena ingat, kerjaya Engkau sekarang boleh hilang pada bila-bila masa jika Allah nak ambil...jadi bersyukurlah...jangan nak menghina kerjaya orang lain. Setiap pekerjaan adalah mulia selagi tak salah di sisi agama. HIDUP UNTUK MATI.JANGAN BERLAGAK. ORANG MACAM ENGKAU NI, ALLAH TAKKAN BAGI LEBIH, SEBAB TU DUK TAHAP TU JER...BANGGA DIRI DAN MERENDAHKAN ORANG, HEBAT LA NAIK TERJUN LANGIT PUN, KITA MANUSIA AKAN MATI!PAHAM TAK BODOH?EEEEIIIIIIIIII!!!!Takperlu untuk kau perlekehkan ke kau nak aku hantar RESUME?Aku rasa tak perlu sebab semua tu boleh bangga kan diri.Aku nak mati, hidup aku untuk mati jer dan tawakkal to Allallah...

(Dalam hati ini : Idola aku adalah penulis novel Anis Ayuni, seorang guru....dalam masa yang sama dia juga penulis novel terkenal dan soalan sebegini pasti dia sudah lali). Bak kata buku Donald Trump: Kita buat apa yang kita minat pasti beroleh hasil.

Mood: Meluah dalam keadaan sangat marah sambil menangis

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42