Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, July 29, 2012

~Doa Buat Suami~


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Jadikanlah suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia dan hingga akhirat Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 
Berikanlah kesabaran padanya untuk menghadapi segala kerenah ragamku...

Sekiranya kami tergoda dengan keindahan dunia Mu, 
jadikanlah aku dan suami pembimbing dan saling melengkapi…
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya dan aku dibimbingnya
Sekiranya kami tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya kami menyintai kesesatan...
Kau pandulah kami untuk saling menarik diri keluar dari terus terlena...
Seandainya diri ini khilaf, jadikanlah suamiku pembimbingku di dunia dan akhirat
Seandainya aku terleka kepada duniawi, jadikanlah suamiku pembimbingku dan memperbetulkan kesilapanku…Berikanlah kebahagiaan kepada kami...

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Isterimu....

~Memori Cinta~



Ya Allah, indahnya hidup ini...aku memohon engkau tabahkanlah kehidupan kami, berikanlah kebahagiaan hingga ke syurga bersama suamiku ini


         Ya Allah...Bantulah diri ini untuk menjadi isteri solehah kepada suami tercinta...


Jadikanlah kami antara penghuni syurga yang saling bersandar, memperbaiki kehidupan ini,berikanlah kebahagiaan kepada kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakanlah keturunan soleh dan solehah dan jadikanlah kami saling melengkapi...Jadikanlah aku isteri yang sentiasa membahagiakan suamiku...kekalkanlah jodoh kami (Wan Mohd Firdaus dan Nor Afiti) hingga ke syurga,..Ya Allah....



::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42