Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, June 22, 2011

Perlu Banyak Memberi

Assalamualaikum.

Aku terbaca di status rakan facebook. Ayat nya tertulis "Boleh saya pinjam masa awak 5 minit, 5 minit pun cukuplah untuk saya bercerita.Saya hargai masa 5 minit tu". Aku terus "like" statusnya. Sangat tersentuh jugak sebenarnya. Perbezaan wanita dan lelaki sangat ketara. Namun, saling melengkapi. Bagi wanita, apabila pasangannya menelefon, cukuplah untuk mendengar suara. Lelaki pula berbeza, ingin mengetahui kandungan dan isi yang ingin dibicarakan. Lelaki terus menanti inginkan kandungan cerita, sehingga si wanita sampai tidak tahu untuk bercerita apa. Bagi wanita, cukuplah dalam sehari boleh mendengar suara pasangan pujaannya itu. Adakalanya, sampai tersasul kerana begitu teruja mendengar suara lelaki pujaannya.

Itulah bezanya antara lelaki dan wanita. Bukan apa, lelaki tidak cukup masa untuk melayan kerenah wanita. Wanita pula begitu halus dan lembut yang perlu diikuti rentak dan kerenah. Namun, jangan keterlaluan, mungkin pasangan akan menyampah. Tak jadi kerja kalau terlalu melayan. Maka, wanita perlu memahami lelaki juga. Tidak semua orang boleh memenuhi kehendak kita. Jadi, jangan terlalu menuntut banyak perkara daripada pasangan. Lebih baik banyak memberi daripada rasa terlalu banyak menerima. Barulah BAHAGIA. Memberi itu bukan dari segi material, sebaliknya memberi untuk rasa dihargai, dihormati dan disayangi. Namun, si penulis blog ini, mampu kah?Tanya diri balik. Heheehe

Tuesday, June 21, 2011

Dulu Satu Jiwa

Assalamualaikum.

Mengalir air mata ini tika mendengar lagu ini. Walaupun tidak ada kaitan, sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan aku menyelami lagu ini. Ternyata begitu bermakna sekali. Terimalah daripada Aizat - Perpisahan ini. Aku berdoa, semoga yang berpisah dipertemukan oleh Allah SWT dengan cinta sebenar. Semoga Allah merahmati kita semua. Paling terkesan adalah lirik ini. "Dulu kita satu jiwa satu impian, Susah dan senang kita bersama...Namun itu semua hanya sementara".


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Komenku apabila mendengar lagu ini. Perpisahan itu adalah suatu lumrah dan sudah tertulis. Manusia itu pasti tidak pernah terhenti mencari.Namun, alangkah baiknya jika sedikit kekhilafan itu diperbaiki dan saling bertolak-ansur jika benar-benar ingin memperbaiki perhubungan. Sesungguhnya, setiap manusia itu tidak menyukai perhubungan yang tidak pasti lebih-lebih lagi wanita. Prinsip saya mudah sekali anda mahu atau tidak mahu dalam perhubungan itu. Paling terkesan lagi, dalam perhubungan pasangan dahulunya sering bersama-sama susah dan senang, satu jiwa...Namun, kenapa perlu akhirnya perpisahan...Sebab itulah, aku begitu sukar untuk mendekati cinta, kerana aku tidak suka sekali kepada perkara menyakitkan. Seandainya jodoh itu hadir, pastinya tidak perlu terlalu mencari perkara yang telah Allah SWT sudah tetapkan sejak azali melainkan usaha untuk ke arah kejayaan dan perbaiki hubungan. Soal jodoh, urusan Allah SWT.


Aku mempelajari makna, jangan mengecewakan insan lain kerana kelak...kita akan turut merasai kekecewaan itu...

Monday, June 20, 2011

Ada Aku....

Assalamualaikum.

Hari ini aku MC. MC sebab tidak sihat. Dalam tidak sihat, hati juga tidak berapa gembira walaupun luaran rakan setugas pernah bertanya, hang ni tak reti sedih ka?Kali ini, aku amat sedih sekali. Nak menaip di blog ni sebagai meluah perasaan. Walaupun aku manusia yang ekstrovert, tapi tidak semua soal hati dikongsikan dengan orang lain. Sesungguhnya, aku mahu seperti dahulu. Sudah lama aku bergembira, seronok, capai apa yang diingini, Allah berikan.Cuma, kali ini Dia memberi aku rasa. Tidak semua kehidupan kita dalam keadaan baik. Sudah lama aku tidak menangis. Bila sedih, terasa sekali ingin bawa diri jauh-jauh.Seringkali, walaupun laluan kejayaan itu mudah bagiku, aku tetap melalui jalan berliku. Hakikat orang nampak, aku capai dengan mudah. Namun, aku juga punyai hati dan perasaan. Air mata menjadi terapi tatkala bersedih.Terima kasih Tuhan kerana mencipta air mata untuk aku. Namun, tabahlah Nor Afiti Mohd Basri. Tutuplah kisah sedih. Kita buka cerita lain.Air mata sudah dikesat.

Semalam aku terbaca artikel. Tepat sekali. Pasangan pasti tidak suka apabila kita bercerita tentang lelaki atau wanita lain. Jadi, apa yang tidak disukai pasangan, elakkanlah bercerita. Pasangan adalah tempat untuk kita berkongsi segalanya. Walaupun sudah bergelar suami isteri, proses saling mengenali adalah sepanjang masa sehingga akhirnya terpisah kerana kematian. Pastinya, kebahagiaan itu akan wujud apabila saling mempercayai dan keikhlasan yang tinggi. Sering bersama ketika susah dan senang. Paling pasti, setelah memberi kepercayaan pada pasangan, janganlah pula mengabaikan pasangan kerana kata-kata yang manis itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja. Jika pasangan bukan jenis pandai memujuk, perlulah difahami, tidak semua pasangan ada kemahiran pandai memujuk. Paling pasti, pujuklah diri sendiri. Terus berdikari. Walaupun pasangan seorang yang berdikari, hati dan perasaannya perlu difahami dan diselami sebaik-baiknya. Kelemahan kita mungkin kekuatannya dan kekuatan kita mungkin kelemahannya. Ketika ini, amat perlu sikap bertolak-ansur dan sering membimbing pasangan.


Selamat menempuh alam ujian. Ujian itu akan berakhir sehingga saat kematian. Dengan cara itu, kita akan peroleh pahala dan kejayaan disebalik kesabaran yang kental.
Senyum tak perlu kata apa-apa!


Semoga energi positif sentiasa dalam diri.


Sekian,
Terima kasih

Sunday, June 19, 2011

Apabila Rasa Cinta

Assalamualaikum.


SEMOGA ALLAH TEMUKAN KITA PADA HARI YANG BERMAKNA.BIAR RASA HATI DAN JIWA INI DIBERKATI.BIAR DAMAI DAN BAHAGIA RASA DI HATI. SEMOGA ALLAH SWT KEKALKAN RASA INI. TERIMA KASIH HADIR DAN MENGETUK PINTU HATI SAYA. SAYA SANGAT HARGAINYA. BAK KATA SESEORANG, BIAR JAUH, TAPI RASA DEKAT DI HATI. BIAR UJIAN HADIR TAPI HATI KITA TETAP UTUH. SY INGAT KATA-KATA AWAK SAMPAI BILA-BILA. UJIAN AKAN HADIR DALAM PROSES MEMBINA RUMAH TANGGA. APABILA SAYA TAHU ITU UJIAN, MAKA SAYA PERLU BERSABAR DAN TABAH. SOAL HATI TIADA SIAPA YANG BOLEH TAHU MELAINKAN ALLAH SWT YANG PALING MEMAHAMI HATI KITA.



Sunday, June 12, 2011

Bila Tidak Menghargai

Assalamualaikum.

Lama sangat tidak update blog.Malam ni bukan nak cerita pasal menang bola. Tak payah ceritalah sebab memang nyata kalah.Hukhuk.Malam ni hanya untuk meluahkan rasa.Bukan meluahkan rasa kecewa kalah bola.Saya mahu meluahkan rasa. Sambil cerita air mata menitis.Tap!Tap!Tap! Sedih sangat ke?Ya, memang sedih!Sape kata tak sedih memang tak humanistik langsung!Entah, tak tahu untuk tulis macam mana.Sejak dua menjak ini, saya tidak pandai untuk meluahkan rasa sedih (ayat cover untuk tunjukkan saya makin matang). Sebenarnya saya sedih sebab 5 ayat sahaja saya nak tulis.

Hargailah orang yang hadir dalam hidup anda.Kehadirannya bukan untuk dipersia tetapi untuk dirasai, dihormati, dan terasa ada kerana setiap pertemuan dan perhubungan itu berhikmah..Kenapa rasa jauh sekali?Atau saya yang berperasaan begitu...Seawalnya dulu bukan begitu. Abaikan sahaja luahan saya yang mungkin sementara ini....
T___T


Saya sedih

T____T

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42