Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, June 20, 2011

Ada Aku....

Assalamualaikum.

Hari ini aku MC. MC sebab tidak sihat. Dalam tidak sihat, hati juga tidak berapa gembira walaupun luaran rakan setugas pernah bertanya, hang ni tak reti sedih ka?Kali ini, aku amat sedih sekali. Nak menaip di blog ni sebagai meluah perasaan. Walaupun aku manusia yang ekstrovert, tapi tidak semua soal hati dikongsikan dengan orang lain. Sesungguhnya, aku mahu seperti dahulu. Sudah lama aku bergembira, seronok, capai apa yang diingini, Allah berikan.Cuma, kali ini Dia memberi aku rasa. Tidak semua kehidupan kita dalam keadaan baik. Sudah lama aku tidak menangis. Bila sedih, terasa sekali ingin bawa diri jauh-jauh.Seringkali, walaupun laluan kejayaan itu mudah bagiku, aku tetap melalui jalan berliku. Hakikat orang nampak, aku capai dengan mudah. Namun, aku juga punyai hati dan perasaan. Air mata menjadi terapi tatkala bersedih.Terima kasih Tuhan kerana mencipta air mata untuk aku. Namun, tabahlah Nor Afiti Mohd Basri. Tutuplah kisah sedih. Kita buka cerita lain.Air mata sudah dikesat.

Semalam aku terbaca artikel. Tepat sekali. Pasangan pasti tidak suka apabila kita bercerita tentang lelaki atau wanita lain. Jadi, apa yang tidak disukai pasangan, elakkanlah bercerita. Pasangan adalah tempat untuk kita berkongsi segalanya. Walaupun sudah bergelar suami isteri, proses saling mengenali adalah sepanjang masa sehingga akhirnya terpisah kerana kematian. Pastinya, kebahagiaan itu akan wujud apabila saling mempercayai dan keikhlasan yang tinggi. Sering bersama ketika susah dan senang. Paling pasti, setelah memberi kepercayaan pada pasangan, janganlah pula mengabaikan pasangan kerana kata-kata yang manis itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja. Jika pasangan bukan jenis pandai memujuk, perlulah difahami, tidak semua pasangan ada kemahiran pandai memujuk. Paling pasti, pujuklah diri sendiri. Terus berdikari. Walaupun pasangan seorang yang berdikari, hati dan perasaannya perlu difahami dan diselami sebaik-baiknya. Kelemahan kita mungkin kekuatannya dan kekuatan kita mungkin kelemahannya. Ketika ini, amat perlu sikap bertolak-ansur dan sering membimbing pasangan.


Selamat menempuh alam ujian. Ujian itu akan berakhir sehingga saat kematian. Dengan cara itu, kita akan peroleh pahala dan kejayaan disebalik kesabaran yang kental.
Senyum tak perlu kata apa-apa!


Semoga energi positif sentiasa dalam diri.


Sekian,
Terima kasih

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42