Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, September 17, 2008

HRB-novel

Sudah lama tidak menulis entri untuk ruangan ini. Kemungkinan kekangan kecil menyebabkan tertunda untuk menulis entri ini. Pengalaman seseorang itu sangat mematangkan diri. Sesetengah manusia sahaja yang dianugerahkan kematangan yang sebenar, itupun tidak melalui institusi pengajian tinggi, namun pengalaman yang dilalui melalui kehidupannya. Aku suka untuk berkongsi; membaca kisah novel hikayat ranjau berduri karya En.Aziz bin Yatim, seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengalaman beliau yang bermula daripada sekolah dalam beberapa tahun, dan liku-liku perjuangan kaunselor yang perlu dicontohi. Apa yang perlu dicontohi?Jika inign mencntohi pengalaman beliau sukar pula kerana pengalaman yang dilalui setiap manusia itu berbeza dan kita tidak pula masuk berada pada pengalaman beliau. Benar kata pengetua sekolah aku dahulu, merangkap cikgu aku. Ungkapan yang senantiasa beliau ungkapkan ialah "HAKIKAT RASA, ORANG ITU SAHAJA YANG MERASAINYA, HAKIKAT RASA, KITA YANG RASA". Petikan kata-kata dalam Hikayat Ranjau Berduri yang berbunyi" ..Begitulah lumrah kehidupan di sekolah, kadang kala bila difikirkan lebih baik tak buat apa-apa. Kalau buat sesuatu maka orang tertunggu-tunggu akan kegagalan dan mereka akan bersorak melihat kegagalan kita. Selamatlah kepada guru-guru yang hanya datang ke sekolah dan balik bila loceng tamat sekolah dibunyikan. Senang dan mudahnya menjadi guru. Tetapi saya bukannya nak jadi guru, tetapi pendidik, pemulih, pendorong, pembuka jalan, pendakwah, pemberi kegembiraan, penyerap kekecewaan dan kesedihan dan penyumbang kasih sayang di mana-mana saya berada. Saya bertekad untuk membawa kegembiraan dan harapan kepada sesiapa di sekeliling saya di sekolah. Satu kerja yang amat menyakitkan..." itu realiti yang sentiasa hadir. Namun, pengalaman daripada kesakitan yang dilalui itu memberi nikmat. Pada suatu tahap, kita akan mampu mengucapkan, terima kasih pengalaman, kerana Engkau aku menjadi diri aku sekarang bukan??? Mungkin melalui pengalaman penulis, penulis sudah menjadi kebal dengan apa yang berlaku. Tidak hairanlah kekebalan itu menjadi perisai untuk diri. Hipotesis yang dapat aku buat daripada kehidupan ini, "SEMAKIN BANYAK HALANGAN, SEMAKIN BANYAK KEJAYAAN YANG MENUNGGU" "SEMAKIN BANYAK DUGAAN, SEMAKIN BANYAK NIKMAT YANG MENANTI DIHADAPAN". Jika ingin dikaitkan dengan teori Realiti, semua ini akan membentuk kesempurnaan kendiri seseorang malahan, manusia itu harus bertanggungjawab terhadap pemilihan yang telah dilakukan. Kadangkala, pemilihan yang dibuat itu perlukan tanggungjawab kerana kita sudah membuat pemilihan, maka kita harus bersedia dengan apa yang bakal kita lalui. Semuanya kerana 5 keperluan asas manusia yang perlu dipenuhi. Dalam hikayat Berduri ini, Power pun ada, survival, freedom, Love and Belonging akhir sekali Fun pun ada ketika bersama pelajar-pelajar beliau. Melahirkan pelajar-pelajar yang menempah nama baik dalam pelbagai lapangan. Mulianya sikap dan nilai hati seorang guru. Setakat itu sahaja, Sekian.


No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42