Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, September 25, 2008

Psikologi Vs Raya Vs Sahabat-sahabat

Afektif, kognitif, dan psikomotor saling berkait dalam membentuk personaliti manusia. Sebagai individu semestinya seseorang itu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Jadi, manusia saling bergantung dalam mendapatkan semua keperluan ini. Jika dikaitkan dengan teori realiti pula, orang sekeliling merupakan aset penting dalam membina POWER, FREEDOM, FUN, SURVIVAL DAN JUGA LOVE AND BELONGING. Aku cuba ya! Hari raya aku gagaskan sebagai freedom and fun.Mungkin juga boleh kaitkan dengan power, survival dan love and belonging. Wah! Inilah nikmat hari raya yang ALLAH ciptakan dan hadiahkan untuk kita. Kenapa aku katakan Hari raya sebagai power? Hal ini menandakan kekuatan manusia menahan hawa nafsu sempena bulan Ramadhan Karim. Pada bulan ini amalan-amalan ditingkatkan dan sebagai titik tolak untuk detik-detik seterusnya dalam melipatgandakan ibadah kepada ALLAH. Malahan, aku katakan juga sebagai survival. Survival pada pandangan aku kerana hari raya itu merupakan cabaran jika dipandang luas, kerana setelah mengharungi dan berperang dalam menahan godaan nafsu akhirnya manusia itu mendapat power. Power itulah yang ingin aku kaitkan sempena hari raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, dengan teori realiti. Boleh ke aku kaitkan. Aku akan digunakan sebagai tanda manusia itu mempunyai hati nurani dan juga kekuatan dalam menerima suruhan Allah. Jika berjaya mengharunginya, maka manusia itu akan mendapat ganjaran daripada Allah dan aku katakannya juga sebagai POWER daripada Allah untuk POWER manusia. Namun, harus kita sedar POWER ALLAH dan POWER kita itu berbeza. POWER ALLAH ialah diberikan kepada kita setelah kita SURVIVAL dalam mendapatkan POWER sebagai tanda dan hadiah daripada ALLAH. Setelah semuanya diperoleh, aku ingin kaitkan pula dengan Love and Belonging.

Pada hari kemenangan manusia melawan nafsu, iaitu Idulfitri, peranan Love and Belonging saling melengkapi sesama ummah. Pada hari pertemuan antara manusia yang berhimpun dalam menyambut kedatangan Syawal, perasaan sayang-menyayangi yang hadir itu makin diperkukuhkan, yang jauh didekat-dekatkan. Perasaan ini dapat dirasai oleh sekeluarga iaitu dengan menyambut hari kemenangan sebagai tanda terlepas godaan nafsu. Sanak-saudara berkumpul dan saling memaafkan antara satu sama lain dan ikatan siratulrahim dapat diperkukuhkan. Aku ingin berkongsi pula pengalamanku sepanjang berada di perantauan mencari setitis ilmu Allah. Perasaan saling tolong-menolong antara sahabat itu menandakan bahawa LOVE AND BELONGING yang kuat dalam diri. Manusia yang mempunyai hati dan perasaan akan tahu menilai dan mudah berempati dalam memahami manusia yang lain. Sepanjang aku berada di universiti, aku jenis berkawan sama rata dengan semua orang. Itu prinsipku sejak dari dahulu lagi. Mungkin ada sebab kenapa prinsip aku sedemikian. (Nak tahu tanya saya sendiri ya!). Walau aku berpegang prinsip adil dan sama rata, tetapi dalaman aku, aku ada meletakkan siapa orang itu dalam hati aku. Hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku percaya, jika kita menyayangi seseorang, orang yang kita letakkan dalam hati itu juga akan merasai instinct atau naluri yang sama juga termasuklah rakan-rakanku. Sayang dalaman tidak semestinya rapat pada zahirnya. Tidak bermakna berkepit kesana kemari, itu sayang dan tidak pula bermakna jika jauh zahir itu, jauh dalaman. Itu hakikat yang aku pegang.

Sepanjang berada di universiti, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sahabat-sahabat banyak membantu aku. Bantuan yang kita saling berikan "Win-win Situation" itu semoga ada balasan daripada ALLAH SWT juga bukan antara kita sahaja. Jika sahabat senang, diri kita pun senang, jika sahabat susah, kita pun akan susah. Inilah yang dinamakan naluri keikhlasan. Bersahabat ini juga termasuk dalam keluarga kita. Hubungan dengan adik-beradik dan ibu bapa juga dikatakan sebagai pertalian afektif. Semoga pertalian afektif ini akan memberi kekuatan, POWER kepada individu-individu lain juga. Selaamt hari raya kepada semua kawanku pelajar bimbingan dan kaunseling khasnya dan seluruh yang mengenali diriku secara langsung dan tidak langsung aku mengenali kalian.

Sempena bulan berkat ini dan kedatangan Syawal yang dinantikan, aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Maafkan aku jika tersilap kata, terlepas pandang dan semua salah silap aku. Aku mohon maaf dengan serendah hatinya kepada semua yang mengenali diriku. Aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang memberikan kad hari raya. Jika dahulu, kad hari raya bertimpa-timpa, sekarang ini kerana makin sibuk, hanya SMS sebagai penggantinya. Malahan juga testi dalam friendster juga tidak aku terbalas beratus agaknya kad hari raya elektronik kuterima. Yer ker..? huhu..Namun, aku hargainya. Dalam masa orang menghantar kad elektronik, aku menerima kad juga daripada sahabat-sahabat baik ku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir dalam hidupku terutama teman-teman seperjuangan. Sepanjang pengajian ini, rakan-rakanlah yang menjadi keluarga keduaku.

Aku dedikasikan juga tanda penghargaan aku kepada guru-guru aku yang tercinta. Jasa kalian aku tetap junjung hingga akhir hayatku. Terima kasih kerana mendidik diri ini. Kelak aku akan pergunakan nilai yang kalian berikan untuk aku. (Ni nak kaitkan dengan apa ni kalau teori realiti?Sudah semestinya Love and Belonging antara guru dan pelajar serta Power laa..hehe)

Aku dedikasikan juga kepada semua pendidik yang banyak memberi nilai kepada aku iaitu pensyarah-pensyarahku. Anda aku doakan semoga berada di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Ameen. InsyAllah. Aku juga doakan kepada orang yang sering memberi nilai kepada aku semoga dipanjangkan umur. Aku dedikasikan kepada En.Aziz, Dr.Alya, Dr. Jazimin, En.Taq, En.Anuar, En.Mus, Dr.Fauziah, En.Zul, P.A aku, Prof Mad Dr Malek, Abe Nor..keke..Puan Hapsah, Cik Amelia, Dr Ard, dan semualah pensyarah aku yang menrangkap pendidik aku...sertaaaaaa....semua kaunselor-kaunselor..cikli, cikgu Fazlie, dan semua yang aku kenali di blog dan alam maya juga. Terima kasih semua. Selamat menyambut hari lebaran. Semoga kalian dipanjangkan umur dan diberi keberkatan oleh Allah. InsyaAllah semoga hati-hati kita ditautkan dengan hubungan kasih sayang Allah.

Terima kasih yer..Yati, Zeti dan Dewi kerana masih konvensional dengan memberi kad raya pada hari akhir kelas. Ke"konvensional"an anda..amat touching..hhihiiiii...Terima kasih juga kepada geng lelaki, Faiz, Iman, Azril dan yang lain kerana agak rapat berkawan. As juga banyak membantu aku. Maksud aku tiada gape antara kita ya..sebab masing-masing jadi diri yang real. Itu yang aku suka. Pastu dengan duk berkongsi kat YM dan macam-macam lagi. Gembira mengenali anda semua. Aku doakan kejayaan dan kegembiraan hati sahabat-sahabat juga kerana kejayaan kalian kejayaan ku juga. U i LOV3.

Sekian, Terima Kasih...,
Hasil tulisan Zeti

Tulisan Dewi

.
Hasil tulisan Yati

3 comments:

kikiEy said...

selamat hari raya~

AFITI said...

selamat hari raya juga yer kikiey.jmput2 dtg umh..kt tumpat yer..

dn0-Ira said...

Salam. Selamat Hari Raya. Semoga Raya ini akan membawa seribu kegembiraan dan keberkatan hidup,Amin. gembira dapat berkenalan dengan awak di bloh ini. Nampaknya kita berada di bidang yang sama. Saya dan wife merupakan guru kaunseling, sekolah rendah di Kota Kinabalu.Bolehlah kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman, insyallah.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42