Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, July 10, 2009

Bodohnya Tidak Boleh Di Ajar, Cerdiknya Tidak Boleh Diikut

Assalamualaikum.

Terasa segala macam dalam diri mengenangkan latihan ilmiah. Namun, 14 hb Julai 2009 itu akan tiba. Apa boleh buat terpaksa teruskan. Naib baik, sempat jugak berjumpa Dr. Jazimin walaupun tidak sampai 15 minit kerana kekangan masa.Itupun terkebetulan di Klinik Kaunseling. Pembentangan proposal nanti, fokusnya supaya latihan ilmiah pelajar semester 7; kami tidak ralat. Masa itulah kesilapan kita boleh diperbetulkan. Elok juga dilaksanakan seperti itu. Apa pun, mahu tidak mahu, kena selesaikan juga. Salah silap, biar pensyarah betulkan ketika pembentangan nanti. Masa pun sudah semput. Jiwa seperti kosong. Tugas mengedit baru sampai muka surat 31 dan masih 38 muka surat lagi berbaki. Alihkan perhatian buat sementara waktu sebelum menutup laptop. Kisah latihan ilmiah, bersambung malam nanti. Sudah jemu.

Kenapa aku menulis terlalu skema? Jawapannya, ketika permulaan aku menulis blog ini memang teratur bahasa yang aku gunakan. Selepas itu, sedikit cacamerba. Mungkin sekarang, aku celik akal, untuk kembali kepangkal jalan. Tidak seronok sebenarnya menulis ayat singkat-singkat dan menggunakan bahasa slanga. Mungkin cara berbahasa perlu kembali ke pangkal jalan. Kasihan kepada pejuang bahasa yang bersusah payah perjuangkan bahasa, akhirnya, orang Melayu sendiri yang menghancurkan bahasa. Aku celik akal selepas membuka blog seorang Profesor Bahasa di UPSI.

Bersama hayati kisah yang ditulis di blog beliau yang bertajuk BODOHNYA TIDAK BOLEH DIAJAR, CERDIKNYA TIDAK BOLEH DIIKUT oleh ( Profesor Abdullah Hassan) agar sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran.
..................................................................................................................................................................

Jadual mengajar saya semester ini untuk pelajar sarjana ada kuliah pada pukul 3 petang setiap hari Jumaat.

Oleh sebab itu bagi menjimatkan waktu selepas solat Jumaat di Masjid Jamik Tanjung Malim, saya singgah sahaja di gerai makan Abuya untuk makan tengahari. Ini jarang saya lakukan lantaran gerai ini selalu sesak sebab sangat popular dalam kalangan pelajar dan orang ramai.

Setelah mengisi pinggan, lalu seorang pelayan muda bertanya “Hendak minum apa?”

Saya menjawab “Teh o panas kurang gula.”

Layanannya cukup pantas, sebelum saya sempat duduk pelayan muda tadi sudah sampai kembali dengan minuman saya sambil bertanya, “Adik nak duduk di mana?”

Terperanjat saya dibuatkan oleh panggilan “Adik.” Dalam bahasa Za’ba, kata panggilan ini diberi istilah “pemadan taraf.”

Dengan serta-merta saya terfikir bahawa saya ini ditarafkan sebagai “Adik” sahaja. Pada hal, saya tidak berkopiah, dan rambut putih saya tentu jelas kelihatan.”

Saya cuma menunjukkan meja sebelah.

Oleh sebab saya masih dalam proses membayar makanan itu, maka saya mengambil peluang menerangkan kepada penerima bayaran yang duduk di kaunter. Andaian saya mengatakan tentulah yang memungut wang ini Tuan gerai tersebut.

Saya membuat permintaan “Puan, sila beri tahu pelayan yang itu, supaya tidak memanggil saya ‘adik.’ Panggil ‘Encik’ sahaja.”

Cik Puan itu menyedari kesalahan itu lalu memberi cadangan “Pak Cik, boleh?”

Saya menjawab, “Tidak, panggillah ‘Encik.’ Panggilan ‘Encik’ itu adalah hormat, sesuai dengan perniagaan. Panggilan ‘Pak Cik’ itu adalah panggilan keluarga, dan saya bukan ahli keluarga dia.”

Balas Cik Puan, “Serupalah.”

Saya pun memendekkan cerita dan duduk dan makan dengan tidak berselera.

Terasa saya gagal mengajarkan sesuatu amalan bahasa bersantun kepada Cik Puan ini.

Bodoh yang tidak boleh diajar dan cerdik yang tidak boleh diikut.

Rasanya, tidak mahu lagi saya ke gerai itu.

4 comments:

kakchik said...

Assalamualaikum Afiti,
Terima kasih kerana telah berkongsi satu tulisan yang berharga.
Insya-Allah kakchik pun cuba menggunakan bahasa surat yang baik cuma bila menulis secara santai kakchik ada juga menggunakan ringkasan.

Rantong said...

Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

View Profile: Rantong™

ieda said...

salam dik .. lama akak x singgah

besar tul pengertian ayat tuh .. heheh kalau x perasan layie ..x tahulah kan ..

bahasa menunjukkan bangsa ..

mantan said...

Saya bersetuju dengan tindakan prof. itu.

Ada kedai, gerai, pasar atau restoran yang tidak saya kunjungi lagi selepas peniaga atau pembantunya 'tak reti' bahasa atau berniat menipu harga.

'Yang kurik, kundi;
yang merah, saga;
Yang molek, budi;
yang indah, bahasa'.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42