Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, January 15, 2009

MsjBox di Rancangan Blog TV1



Topik: Blog - Menjalinkan Persahabatan di TV 1 pada bulan Oktober 2008.

Dato': Boleh terangkan apakah itu Msjbox?
Retna: Msjbox ni adalah chat box yg selalunya bertujuan untuk rakan2 blogger yang masuk blog kita untuk meninggalkan jejak dan berbual dengan owner blog tu sendiri-lah.

Dato: Apakah beza Msjbox ni dengan chat box yang lain?
Retna: Beza nya dari segi bila kita hantar mesej, dan automatik saya sebagai pengguna Msjbox akan reply semua mesej yang org tu. Berlainan dgn certain2 chat box yang lain, saya terpaksa login website tersebut untukk membalas mesej2 tu kan, so sebab ni lah salah satu ciri2 yg memang buatkan saya tertarik dan menjadi penguna Msjbox.com

Dato': Berapa ramai ahlinya?
Retna: Sekarang kita ada dlm lebih murang 1800 orang. Itu termasuk berbayar & dan free trial. Yang berbayar tu dlm 350 orang dan yang percubaan free trial tu dlm 40 org sebulan.

Dato': Apakah ciri2 profil 1800 orang tadi? Bagaimana kita boleh kategorikan mereka?
Retna: Student, pelajar hinggalah yang professional, even yang dah pencen pun menggunakan blog pun ada menggunakan Msjbox

Dato': Apa yg mendorong orang2 mcm retna utk nenjadi pengguna atau membuka akaun Msjbox? Apa keuntungan dan apa motivasi nya?
Retna: Melalui Msjbox ni, saya dapat berkenalan dgn ramai orang tidak kira dari malaysia sahaja, dari luar US, UK. Sebab tu lah saya macam tertarik & menggunakan Msjbox ni sbg salah satu tempat untuk mengeratkan silaturahim antara bloggers.

Dato': Barangkali kalau kita lihat, konsep nyer, siapa jugak yang boleh boleh menyapa lah kan? Konsep nyer mesra dan baru berkenalan. Bagaimana kesan dalam menjalinkan perhubungan menggunakan konsep tersebut?
Retna: Konsep kita bermesra dulu baru berkenalan...? Kalau kita perhatikan, dekat Msjbox kita berborak, tanpa kita kenal muka orang tu, wajah orang tu.. bila kita dah bermesra, dan one day kalau bila kita ada satu event dan kita jumpa.. secara automatik, bila kita dah bermesra dulu dan bila kita jumpa baru kita, ooh.. dia ni rupanya macam nie.., macam dah lama kenal, macam satu keluarga.

Dato': Kalau kita berpegang pada prinsip bermesra baru berkenalan.. satu yang bahaya. Bagi sesetengah orang yang mungkin memahami cara yang digunakan.. dan content yang tak betul, kepada pengguna tu sendiri?
Retna: Pada saya, sebab kita dah dewasa, so kita dah boleh berfikir man yg baik & mana yg buruk. Kalau kita rasa sesuatu macam benda tu.. baik, then why not teruskan, bermesra sebelum berkenalan.. tak salah rasanya.

Dato: Berdasarkan pengalaman Retna sendiri, apakah ada misalnya orang2 atau pengguna yang mengambil kesenpatan daripada sistem ini?
Retna: So far, sepanjang saya menggunakan selama 3 tahun, tak der la pulak saya jumpa yang menyalahgunakan sistem ni lah.

Dato': Saya pun pernah buka jugak blog Retna, mesejmsej.blogspot.com dan satu yg saya rasa tentang aktiviti dia. Apakah aktiviti yg dijalankan oleh pengguna2 Msjbox?
Reta: Kami selama 3 tahun ni lah, kami dah banyak buat event, antaranya kami pernah Treasure Hunt. Itu kami join venture dengan Geng Jurnal. Lepas tu kami pernah buat Msjbox camping di PD iaitu overnight 1 malam, kira berkhemah lah. Lepas tu, sambil tu juga tak lupa ziarah salah satu pengguna Msjbox iaitu orang kurang upaya En Kassim dan aktiviti akan datang kami Insyallah pada bulan raya ni kita akan adakan Msjbox hari raya Aidilfitri 25 oktober (Insyallah) dan Disember kita akan adakan Msjbox Holiday 2008 di bahagian selatan di Johor Bahru.

Dato': Kemudian saya nak sentuh tentang bahasa yang digunakan, bagi saya agak kasar jugalah
kadang-kadang saya pun tak paham. Jadi mengapa terjadi yang begitu? Mungkin orang kata bukan rojak lagilah tapi memang hancur!
Retna: Selalu nya bahasa ni adalah bahasa yang kita gunakan seharian sebenarnya. Bahasa yang ringkas, senang dan orang tak perlu nak terlalu stress nak pikir bahasa yang betul, so kita even kita berborak sekarang ni pun kita gunakan bahasa yang biasa...

Dato': Tapi tidak lah sampai hancur..
Retna: Tapi tengok jugak la, tak semua tempat Msjbox. Kalau kita owner Msjbox, kalau dia tu jenis yang profesional, kadang2 kita gunakan bahasa yang betul jugak la.


No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42