Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, December 19, 2008

Tahniah Untuk Sahabat dan Praktikum Sem 7


Alhamdulillah, dalam diam sahabat yang saya kenali ini sudah pun diijabkabulkan. Nurul Munirah yang saya kenali dalam beberapa aktiviti yang pernah disertai sekali. Gambar ini diambil daripada blog saudari Aqilah. Teringat saya ketika pilihanraya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar beliau juga menjadi tulang belakang dan bersama saudari Aqilah sepanjang masa. Seorang yang sempurna dari rupa paras, lemah lembut dari segi tutur katanya dan tertib orangnya ketika saya kenali ketika di kursus KEPIMPINAN Bina Negara beberapa bulan lepas dan sebelum ini. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saudari. Kenal beberapa ketika namun, kata-kata semangat yang pernah bersama-sama itu menandakan erti persahabatan. Minta maaf Munirah, saya ambil gambar ini dari blog Aqilah. Selamat bergelar isteri dan juga teruskan bergelar mahasiswi.Jodoh yang awal itu sememangnya layak untuk orang yang layak dan Tuhan memberikannya.

PRAKTIKUM SEM 7

Perlaksanaan praktikum di semester tujuh sebenarnya telah dibuat setelah beberapa kajian diadakan oleh bahagian akademik. Bagi meningkatkan kualiti graduan UPSI, maka dasar ini diperkenalkan sebagai mekanisme bagi mahasiswa/wi merefleksi semula praktikum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah. Namun demikian, bagi pihak TNCA Akademik, dasar ini tidak akan dijalankan kepada mahasiswa/wi yang telah memulakan pengajian pada sesi 2006 iaitu mereka yang berada di semester lima sekarang. Ini disebabkan oleh, beberapa kekangan dan penyelarasan yang harus diambil kira. Walaubagaimanapun, dasar praktikum di semester tujuh akan bermula bagi mahasiswa/wi yang berada di tahun satu sekarang. Sebarang perubahan, akan dimaklumkan oleh Pusat Perkembangan Akademik.-daripada MPP, Saidari Aqilah

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42