Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru, Awal Muharraham 1430 Hijriah




Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun Baru bakal menjelma. Pelbagai rentak hidup telah dilalui. Suka, duka, ketabahan, kecekalan dan kesabaran serta pengorbanan telah dilaburkan. Semuanya kerana suatu perjalanan hidup yang ingin tiba di suatu destinasi. Masa amat pantas berputar. Pengisian demi pengisian untuk menggenapkan 1 tahun itu amat memerlukan kecekalan. Sudah dinamakan hidup untuk sebuah kehidupan. Maka perlu survival untuk mencapai power.Diri ini tidak mahu mati dan rebah di tengah jalan. Jadi, diri ini akan terus mengatur tapak biar pun lambat atau cepat, hanya Tuhan yang membantu. Manusia diciptakan dengan penuh naluri dan kehendak yang tidak pernah puas. Untuk mencapai kepuasan itu, sememangnya hak milik setiap insan. Kepuasan yang sebenar ialah kepuasan hasil daripada sikap yang tidak pernah henti dengan kecekalan dan sikap berusaha.Walau apapun yang terjadi, semoga diri ini sentiasa dilindungi Tuhan dan yang paling penting kuasa keberkatan itu perlu dijaga agar tidak hilang dan perlu sentiasa dipohon daripadaNya. Sebak diri ini untuk menceritakan segala yang berlaku dalam hidup ini. Sehingga suatu tahap merasakan sudah lali dihujani ujianNya maka ditelan dan ditelan sahaja pemberianNya. Satu persatu dilalui dan diharungi kerana diri ini percaya diri ini tidak keseorangan kerana ditemaniNya. Juga, kerana kepercayaan diri ini; bahawa Tuhan memberikan sesuatu kerana Dirinya tahu kemampuan dan kebolehan hambaNya, maka hidup ini perlu diteruskan. Jika ingin berbicara tentang liku-liku, semua orang menghadapinya bukan diri ini sahaja. Justeru, semoga diri ini sedar tentang erti kesabaran. Hanya hambaNya yang sabar sahaja akan memperoleh nikmat Tuhan. Semoga diri ini lahir daripada sebuah keajaiban kesabaran yang penuh kasih sayang serta belas kasihan terhadap sekeliling. Diri ini juga memohon agar Tuhan membantu diri ini melalui kegetiran yang sedang dilalui kini dan mendoakan agar Tuhan membantu insan yang amat rapat untuk pulih. Tuhanku, Engkau bantulah hambaMu ini agar Engkau kabulkan doaku semoga insan yang berharga buat diriku ini pulih dan dalam lindunganMu Tuhan. Tidak sanggup diri ini melihat penderitaan yang dialami mencurah-curah yang Engkau uji dirinya. Engkau selamatkanlah dirinya dan aku memohon agar tempatkanlah beliau di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat. Ameen yarabbal alameen.




Tahun baru ini juga memerlukan perubahan untuk diri.Berubah untuk meningkatkan segala yang baik dan mengikis kejahilan diri. Sememangnya perlu untuk setiap manusia. Sedikit-sedikit, lama-lama pasti termakbul. Perkara paling penting ialah niat dan keihklasan. Apa yang paling penting juga ialah doa untuk diri agar terhindar oleh segala anasir dan masalah hati. Itu perlu diutamakan dan dibersihkan agar noda itu tidak menjadi virus yang menjahanamkan umat Islam. Anjakan untuk diri itu perlu ada untuk setiap insan; yang meliputi anjakan kognitif, afektif dan psikomotor( mahu lebih diet..hihiii). Anjakan yang paling jelas ialah melalui tingkahlaku. Hanya melalui tingkahlaku dapat mempengaruhi pemikiran, perasaan. Justeru, tahun yang akan dilalui ini memberi seribu penghayatan dan tahun yang bakal ditinggalkan pula memberi seribu nilai untuk diri ini. InsyaAllah, semoga Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketenangan diri untuk memperoleh dan mencapai apa yang diinginkan. Semoga insan yang berada di sekeliling diri ini juga memperoleh segala yang dihajati disertakan dengan usaha dan azam yang tidak pernah henti. InsyaAllah. Semoga tahun baru ISLAM ini adalah tahun yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Diri kita hanya mampu berusaha, Tuhan memberikannya sebagai hikmah dan ujian untuk hambaNya agar tidak terus berpuas hati serta terus mengigatiNya bahawa kepadaNya sahaja setiap yang berlaku kita mohon pertolongan. InsyaAllah.
SmileThumbsUpHeart

2 comments:

Anonymous said...

untuk sahabatku, teruskan berjuang. semoga pengalaman lalu menjadikan kita lebih matang. manfaatkan usia muda yang berbaki dan kehidupan kampus yang penuh onak duri. selamat tahun baru.

Anonymous said...

salam...aqilah..trima kasih..insyaallah semoga pglmn menjadi kematangan utk kita terus kehadapan dan ketabahan mgjr erti sglanya...semoga usia yang ada ini dipergunakan sebaik2nya..semoga beroleh kbgiaan utk semua shbtku..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42