Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 9, 2012

Keputusan Peperiksaan

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah SWT...terlalu banyak dosa dan kekhilafan diri...tetapi Allah SWT masih memberi kekuatan dan kejayaan buat diri. Semester kali ini, keputusan peperiksaan pada semester 2 dengan keputusan 4.00 PNGS. Pembelajaran peringkat master ini sesungguhnya amat menguji komitmen diri dan menuntut pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan dari segi wang dan masa. Perbelanjaan setiap bulan berulang-alik ke Perak RM 800. Setiap minggu kelas full sampai ke malam. Sudah menjadi ketentuan Allah SWT, ini jalan yang ku pilih dan ALLAH benarkan. Ahad - Khamis aku meneruskan pengorbanan kerjayaku...Pada hari Khamis juga selepas kerja, aku terus bertolak ke Perak kelas malam full sampai lah hari Sabtu...Sabtu jam 2 petang barulah bertolak pulang kembali ke Kedah. Dalam lingkungan jam 7 malam...lebih-lebih barulah sampai ke rumah. Esoknya pula bersedia dan berehat untuk bangun bekerja seperti biasa. Begitulah life aku nanti sehigga Disember 2012 ini. Aku memohon kekuatan dan kesabaran diri untuk melunaskan pengajian sarjana ini.

Tahun ini adalah tahun cabaran bagiku. Kitaran nombor 5 pada diri berpusatkan kekuatan, kesibukan dan pengorbanan diri yang memerlukan kecekalan luar biasa perlu digagahi dan dijaga sebaik mungkin. Apabila terlalu sibuk, kurangkan bercakap dan banyakkan motivasi diri agar terus bekerja untuk mencapai yang terbaik seiring dengan kebenaran Allah SWT. Tahun ini juga merupakan permulaan untuk bergelar sebagai seorang isteri dan mungkin juga sebagai seorang ibu jika diizinkan Allah SWT. Namun, itu bukanlah kekangan. Jadikanlah kekuatan. Masih ingat lagi, pada hari pertunangan, selepas sahaja peperiksaan final jam 10 malam, aku terus drive pulang ke Kelantan. Jam 6 pagi baru lah sampai ke rumah. Penat memang penat, tambahan pula kesihatan tidak mengizinkan. Namun, atas izin Allah SWT, semuanya berjalan lancar. Pokoknya, mahu atau tidak mahu sahaja. Semester 2 cabarannya ialah kekangan masa dan perlu penaakulan yang baik. Namun, semuanya berkat KESABARAN, LULUS ujian diri kali ini.

Semester 3 pula, apakah ujiannya yang Allah akan sediakan untukku, aku juga perlu bersedia dan tabah hati. Pengurusan untuk majlis perkahwinan, komitmen yang sangat menuntutku di sekolah dan juga menyiapkan tesis pada tahun ini termasuk kelas analisis. Pengorbanan perlu lagi hebat berbanding semester 2. Kali ini, aku perlu lebih menggandakan kesabaran diri. InsyAllah, semuanya akan selesai pada bulan 6. Cuma tarikh aku menduduki peperiksaan itu adalah tarikh akad nikah. InsyAllah surat akan di submitkan kepada IPS untuk aku periksa sebulan selepas itu. Soal pengurusan dengan manusia ini boleh diaturkan dan dilakukan budi bicara. Cuma, mohon Allah SWT permudahkan dan pertemukan dengan individu-individu yang boleh membantu diri. Semuanya untuk kehidupan yang lebih baik. Alhamdulillah, kali ini juga Allah telah permudahkan aku, dissertation ku, penyelia ku merangkap penyelia semasa degree dahulu menyatakan suruh aku sambung kajian yang aku lakukan semasa aku bekerja sebagai pembantu penyelidik dahulu sementara aku menunggu posting. Dia benar-benar perlukan aku untuk melaksanakannya untuk kajian seterusnya. Dalam fikiran aku, ingatkan kajian yang telah aku buat itu, 2 orang pembantu penyelidik selepas aku telah menyambung dan menyiapkan nya...namun masih dalam progress dan Dr meminta untuk aku teruskan kajian itu. Alhamdulillah penulisan selama aku bekerja 3 bulan itu aku taakul dan menulis sampai bab 3 dan terhasilnya inventori baru. Kali ini, aku akan terus menyambungnya. Sebenarnya semasa aku grad degree dahulu, aku sudah target untuk bekerja sebagai pembantu penyelidik bersama DR.N dan mana tahu, kajian dan pengalaman itu boleh aku gunakan untuk peringkat master. MasyAllah, Allah benar-benar merealisasikan jangkaan aku pada akhir tahun 2010 itu. Pengalaman sebagai budak degree yang menjadi pembantu penyelidik amat memberi makna sekali. Alah, kerja 3 bulan sahaja tetapi kesannya begitu bermakna. Itulah kan, percaya pada kekuatan diri dan jangkakan kebaikan yang Allah akan beri akan memberi makna yang luar biasa. Simpanlah gema kekuatan untuk tahun 2012 pula.

Aku tunggu untuk bergraduat pada tahun 2013 setelah selesai pengajian akhir tahun 2012. Semoga Allah SWT berikan kesihatan yang baik, keseronokan dalam melakukan sesuatu dan bersungguh-sungguh + komited dalam perjuangan ini. Aku doakan juga, semoga jodoh diperpanjangkan dan dikurniakan seorang suami yang saling memahami. Amin.

Semoga coretan ini juga memberi gema kekuatan pada orang lain. Amin.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42