Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 9, 2012

Husnuzon: Kerjaya

-Gambar ini hasil daripada Google-

Assalamualaikum.

Terdetik sebagai pemerhati untuk mengulas berkaitan dengan : Mulut Longkang:

Adakalanya penyakit terlepas cakap, bercakap secara semborono dan membuka aib orang pasti mengundang kerosakan hati. Bermula dengan masalah hati akan membantutkan segala perilaku diri. Benarlah, contohilah adab Rasulullah dalam berkata-kata; itulah yang terbaik. Kata-katanya mulia dan penuh berhikmah. Apabila teguran dilakukan, pasti jawapan "janganlah terlalu sensitif". Ayat tersebut hanyalah helah bela diri pada diri-sendiri pelaku. Apa salahnya bercakap itu dengan cara saling menghormati satu sama lain tidak kira apa jua lapisan usia. Tiada masalah hati pasti hidup sejahtera. Lebih baik senyap dari bercakap perkara yang mengundang kejelekan dan tidak memberi makna. Mulut busuk, mulut longkang ini perlu dijaga agar tidak tersumbat dengan dosa. Ingat, Allah sedang melihat dan mendengar.

Tidak semestinya kita berusia semua kata-kata itu betul dan tidak semestinya jika kita muda, kitalah yang terpandai dalam berkata-kata. Adakalanya punca berlaku disebabkan pelbagai sebab. Semuanya bermula daripada hati.

Senario yang berlaku:

1. "Engkau ni, buat apa hari ni...kerja datang tak buat apa-apa pun"
2. Engkau ni, buat apa kerja over sangat...bukan dapat apa pun.."

Dua situasi tersebut, menggambarkan 2 keadaan. Jika tidak buat sesuatu tidak nampak pada mata orang, dikatakan tidak buat kerja. Paling penting, jangan pula kerana istilah, "aku buat kerja biar Allah sahaja yang tahu, aku buat tak perlu orang lain tengok, akan menyedapkan diri sendiri dan menjadi helah bela diri. Sedangkan langsung tidak buat kerja. Itu juga bahaya. Jangan terlalu selesa mengatakan orang lain tidak berbuat sesuatu, sedangkan kelak akan terkena pada diri-sendiri. Apabila terkena pada diri-sendiri, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Itulah paling bahaya. Keadaan lain pula, jika berbuat kerja bersungguh-sungguh dikatakan keterlaluan. Motivasi untuk bekerja itu perlu kuat dan datang secara intrinsik. Jika bertemu mereka yang membantutkan usaha berdaya usaha, pekakkan telinga, murnikan hati dan terus melaksanakan sesuatu secara kejutan. Buat kerja itu, berharaplah pada Allah SWT supaya memberikan keajaiban dan keberkatan atas usaha bukannya mengharapkan balasan manusia. Jujurlah berkata-kata dalam hati dengan menyakini bahawa Allah SWT itulah akan memberi ganjaran pada setiap kerja buat kita.

Alhamdulillah...syukur kerjaya ini milikku. Manusia itu perlu berkembang dari segi kerjaya dan teruslah berusaha. Aku mencintai bidang kerjaya melibatkan kemanusiaan ini. Semoga Allah SWT terus memberi ganjaran pahala pada diri ini dan keluarga dan keturunan ku. Amin.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42