Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, December 3, 2011

HidayahMu

Alhamdulillah.

Allah telah memberi kembali hidayah yang hilang. Janganlah hidayah ini hilang. Tersasar aku daripadaMu adalah kesakitan bagiku. Pimpinlah daku ini menjadi hambaMu yang solehah.

Singkirkahlah karat hati ini.
Tabahkahlah hati ini.
Kurniakahlah seseorang penyeri hidup ini.
Bukan sahaja boleh mendengar, berkongsi cerita, tetapi mampu membimbing hati ini.
Menyejukkan hati ketika amarah menguasai diri.
Tempat bersandar ketika kedukaan melanda diri.

Sesungguhnya, apa yang Engkau berikan itu,
Aku terima sepenuhnya dengan hati ini,
Dengan mengharapkan rahmat Mu.

Tidak mampu untuk mengalir air mata pada manusia,
Hanya kepada Tuhan sahaja aku kembali,
Tatkala hati dan jiwa terlalai,
Aku ingin kembali kepada kepangkuan Mu,
Tidak mahu lagi sesat dalam kecerahan.

TERIMA KASIH. SYUKUR YA RABB

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42