Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, April 18, 2009

Harta

Assalamualaikum.

Jam 1.oo pagi. Baru sahaja menyelesaikan kelompok maraton. Aku dan beberapa rakan membantu Aida untuk menyelesaikan kelompok maraton pada pagi ini. Pulang sahaja, sempat menghabiskan makanan petang tadi yang masih belum makan untuk malamnya. Sekarang jam 2.00 pagi.

Apabila direfleksi balik, kata-kata terakhir yang aku tinggalkan untuk kelompok sebenarnya kata-kata luahan dari hati berkait dengan harta diri. Namun, masih menjadi kerahsiaan kerana apa yang aku ingin kongsikan bukan berkait dengan kelompok. Itu paling penting.
............................................................................................................................................
Apakah harta bagi diri anda selain maruah diri?

Mungkin pelbagai andaian dan pandangan daripada setiap individu apakah harta bagi diri melainkan maruah? Mungkin harta setiap manusia itu berbeza. Mungkin ada yang menyatakan harta paling berharga untuk diri ialah ibu bapa, kasih sayang, kekuatan, keseronokan, cabaran dan segalanya. 100 orang jika ditanya, mungkin 100 jawapan yang saya akan peroleh. Ingin saya ulaskan sedikit berkait dengan harta terbesar dalam diri yang mungkin kita terlepas pandang.

Apakah sebenarnya yang saya maksudkan dengan harta?

Harta tersebut ialah rahsia diri. Mengapa saya menganalogi rahsia sebagai harta? Kerana kekuatan rahsia menjadikan seseorang itu bernilai. Berapa skala untuk mengukur nilai harta? Itu yang menjadi persoalannya. Namun, jawapannya mudah, iaitu sejauh mana diri menghargai harta tersebut. Sebenarnya, banyak harta kita telah kita jual dan gadaikan untuk orang lain sehinggakan tiada lagi harta untuk diri sendiri sedangkan harta itu boleh kita simpan dan mungkin boleh memberi keuntungan pada kita jika kita laburkan dalam bank diri. Memang benar, setiap permasalahan kita boleh kongsikan dengan orang lain. Namun, sejauh mana dalam kehidupan kita, kita ingin jual semua harta kita sehinggakan kita tidak ada apa-apa harta untuk diri. Adakah saya seorang yang perahsia apabila saya menganalogikan bahawa saya memandang rahsia sebagai harta? Tidak kerana saya juga jenis suka berkongsi. Walaupun suka berkongsi, masih ada harta yang saya simpan untuk dijadikan kekuatan untuk saya juga kerana harta itu perlu saya laburkan demi keuntungan diri saya juga.Keuntungan yang saya konsepkan ialah keuntungan balasan daripada Tuhan. Jika semua harta kita, kita gadaikan untuk orang, dan diri kita sendiri pula yang sengaja menjual harta tersebut sememangnya rugi kerana kita telah muflis dan tiada apa-apa keistimewaan pun dalam diri kerana harta kita telah habis. Kayanya seseorang kerana harta yang banyak, jika dilihat pada zahirnya dan bagaimana seseorang itu memanfaatkan harta pada jalan yang berkat? Samalah juga dalam konteks menjaga harta diri dan bagaimana menunggu harta tersebut mendapat balasan daripada Tuhan iaitu dengan bersabar sahaja dan berdoa serta berusaha dalam mendapatkan ganjaran daripada Allah.

Apakah risiko menggadaikan harta?

Pertamanya, risiko menggadaikan harta iaitu, bertambah hutang. Harta yang tiada menyebabkan kita bermasalah. Dalam konteks perhubungan dengan manusia pula, semua rahsia diri diceritakan pada orang, kita akan berisiko untuk lebih rugi kerana tidak semuanya rahsia diri kita akan dipegang oleh orang lain. Mungkin risiko untuk orang lain merugikan diri kita itu ada. Jadi, dalam pergaulan wajib untuk positif pada orang cuma perlu ada berhati-hati kerana tidak perlu semua masalah diceritakan pada orang. Dalam kaunseling pula, memang benar masalah perlu diluahkan, cuma perlu mengambil kira adakah orang yang kita luahkan itu dan orang yang mendengar masalah kita itu orang yang tepat? Itulah antara faktor risiko yang perlu diambil kira. Rahsia peribadi pula, biarlah diri sendiri yang lebih mengetahui. Banyak perkara dalam hidup kadangkala membuatkan saya sendiri juga berdiam kerana daripada pengalaman saya, seorang yang ekstrovert dan suka berkongsi, nasib baiklah ada harta yang masih saya jaga sepanjang hidup saya. Mungkin Allah turut sama menjaga harta tersebut.

Mengapa saya menulis entri ini?

Disebabkan pengalaman yang dikongsikan dan itulah kata-kata semangat untuk kawan saya berkait dengan rahsia. Mungkin, entri ini juga pesanan untuk diri saya. Kadangkala, lebih banyak berfikir itu lebih baik daripada berkata-kata kerana anugerah untuk berfikir menggunakan kognitif lebih hebat daripada berkata-kata yang hanya menghilangkan gema kekuatan akal untuk berfikir. Tidak semua perkara kita boleh kongsikan dengan orang selagi seseorang individu tidak bersedia dan jangan pula terlalu bercerita hingga tiada harta dalam diri. Entri ini, sekadar ingin berkongsi dan untuk peringatan diri dalam melalui kehidupan kerana perjalanan masih panjang dan sememangnya kita perlu berhati-hati pada banyak perkara terutamanya berhati-hati dengan Allah.



Gambar tidak berkaitan. Sengaja letak sesuka sesuki diri.

Sekian Terima kasih.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42