Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, February 14, 2009

Bitara

Hehe..dengan junior aku ni..Nora JMK vs Mantan
Nor Afiti Bt Mohd Basri.
Menunggu dengan Sabar soalan yang diberikan oleh Pengacara Majlis
Cuba mengupas soalan "Isu Guru Lembut Dalam Profesion Keguruan" dengan pandangan yang matang
Setelah selesai persembahan daripada semua peserta dan diminta untuk barisan peserta ke hadapan pentasHilmi, Aku dan rakanku, Faiz yang turut serta mendapat tempat ke-3. Tahniah juga!
Mendengar celoteh dan bersembang dengan pengacara majlis,rakanku Azie juga menjadi peserta dan mendapat tempat ke-2
Dengan Azie, bakat si Penari UPSI, menggondol tempat ke-2

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Illahi atas kurniaannya. Semuanya kerana sebuah pengalaman. Niat di atma ini tersirat seribu pengertian. Pertandingan Pencarian Guru Bitara UPSI selesai sudah termatri. Tuhan memberi peluang sekali lagi pada diri untuk menggondol anugerah tersebut. Anugerah ini sebenarnya untuk ibu aku yang banyak mendidik aku termasuk ayah aku dan guru-guru aku serta sahabat-sahabat. Terima kasih. Jasa kalian tidak akan aku lupakan. Sokongan kalian amat bermakna buat diri ini. Pengalaman amat mendewasakan aku kerana cita-citaku dalam dunia pendidikan amat tinggi demi anak-anak didik aku kelak. Jiwa keguruan itu tersemat di hati ini tatkala mengigati pengorbanan dan nilai guru-guru aku. Aku target dan bercita-cita untuk menjadi guru unggul kelak dan untuk melihat bangsa yang berjaya amat terpahat di hati ini.Bitarakah diri ini?Aku akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi kerana bukan senang untuk menjadi pendidik yang benar-benar memahami dunia pendidikan. Itulah perlu dihayati konsep pembelajaran yang berterusan dalam menyediakan diri dengan towering personality yang akan aku pelajari dari masa ke masa. Bukan untuk mendapatkan pengiktirafan, tetapi sebagai rasa terpanggil diri ini untuk memberi sesuatu dan kepuasan apabila dapat melihat kejayaan insan-insan lain di luar sana kerana itulah kejayaan untuk aku juga. Namun, pengiktirafan ini sebagai motivasi juga untuk diri terus melangkah. Senang dan bangga apabila orang lain berjaya dan aku melihat dari jauh kejayaan mereka kelak. Itulah impian aku.

Menghulurkan ucapan tahniah kepada rakan peserta yang lain juga

Pencarian guru UPSI disertai oleh 9 wakil kolej yang amat hebat dan mengagumkan diri ini. Pertama sekali, syarat persembahan ialah catwalk di pentas mengikut rentak muzik, selepas itu kami dikehendaki memperkenalkan diri setelah ditanya oleh pengacara, seterusnya mencabut undian bagi soalan, dan akhirnya membuat persembahan bakat. Itulah syarat untuk setiap peserta. Semasa persembahan bakat, ada yang menari, ada yang menyanyi, berdangdut pun ada..hehe..speaking, berdebat, bersajak dan sebagainya. Wah, semuanya mempunyai kelebihan dan potensi diri masing-masing. Tiba giliran aku dengan sajak yang dikarang secara spontan dengan Gee, terus sahaja diri ini mendendangkan sajak. Isu yang aku peroleh pula berkait dengan isu sensitif iaitu isu lelaki lembut dalam profesion. Itulah yang aku dapat setelah diundi tajuknya. Bagaimana aku ingin mengulasnya agar tidak menyentuh sensitiviti dan peranan dalam bidang keguruan itulah membuatkan aku dengan tenang menjawab baris demi baris dalam menutur kata secara matang. Aku bawakan situasi sebenar dan aku lebih neutral dan mengaitkan apa yang aku pelajari dalam bidang kaunseling. Aku ungkapkan isu lelaki lembut dalam bidang keguruan itu bukan dari fizikal semata tetapi guru itu perlu ada kelembutan dalam hati. Jika guru tiada kelembutan dalam hati, sebab itulah hukuman senang dikenakan. Aku ungkapkan sebaik yang boleh mengikut pemahaman dan saranan terbaik untuk membanteras lelaki lembut di UPSI malah pakej guru dari segi ilmu pengetahuan dan sahsiah. Aku kaitkan juga dengan program dan peruntukan kerajaan bagi program Biro Tatanegara dalam aktiviti fizikal. Malah kaitkan saranan agar dan mungkin PLKN bukan sahaja untuk pelajar lepasan SPM malah pelajar yang lepas bergraduan juga boleh menyertainya. Teori, praktikal, aku aplikasikan dan selitkan nilai yang ingin disampaikan berdasarkan pemahaman diri ini serta aspek sosial masyarakat. Aku pun tidak ingat apa lagi yang aku bicarakan sehingga terlebih masa bercakap dan gong dibunyikan. Selepas itu, persembahan sajak dengan biasa tetapi niat yang luar biasa agar ramai yang memahami maksud tersirat dalam hati ini dan moga apa yang aku bicarakan diperoleh nilai yang besar bukan setakat masuk bertanding tetapi orang yang mendengar itu mendapat sesuatu.

Di tengah itu ialah Abang Suliman, senior yang turut menjadi peserta. Aku kenal dia mula-mula aku terlibat dengan persembahan semasa mendaftarkan diri di UPSI dan dia juga banyak membantu aku untuk terlibat dengan program. Dia mendapat tempat kedua untuk anugerah guru Bitara UPSI 2009 bersama Azie.

Akhir sekali, setelah selesai sudah kesemua peserta berentap, giliran untuk barisan peserta cat walk secara ramai-ramai turun ke bawah pentas dan naik semula ke pentas. Selepas itu, penyampaian hadiah. Aku tidak mentarget pun untuk menang tetapi target untuk pengalaman bermakna itu yang lebih sebenarnya. Setelah satu persatu nama diungkapkan bermula dari saguhati dan akhirnya untuk nombor. Nampaknya aku belum berada di tempat ketiga, Berdebar pula tapi masih tenang dan sehinggalah nombor dua peserta sudah diketahui. Akhirnya, sudah mengagak apabila peserta kedua lelaki dan perempuan menerima hadiah. Aku dan Hilmi dinobatkan sebagai Anugerah Pencarian Guru Bitara UPSI 2009 sempena Karnival Ilmu pada kali ini. Nobatan sebagai Guru Bitara UPSI kategori Wanita, digondol oleh diri ini. Alhamdulillah dan yang Guru Bitara UPSI kategori Lelaki pula Hilmi dari Kolej Za'aba. Inilah peluang yang Tuhan berikan untuk aku. Kini, nobatan itu memberi perangsang untuk aku agar lebih memperbaiki diri bukannya lebih bersenang-senang kerana status itu adalah simbolik juga agar tidak lalai dan perlu mainkan peranan terhadap apa yang telah diperoleh.
Terima kasih Tuhan. Aku menelefon ibu aku.

"Assalamualaikum, Mi duk wat gapo?
"Wassalam, duk koyok betik ni, nak buat somtam..."
"Mi, ore lepas bertanding takdi nih..untuk Pencarian Guru Bitara..menang..dapat anugerah tu Mi.."
"Tahniah, mami tahu anak mami,..Terima kasih banyok-banyok...Buat yang terbaik,..bagus.."(Ucapan terima kasih daripada ibu aku bahawa aku tidak mensia-siakan dirinya dan sebagai tanda penghargaan untuk dirinya kerana dia bangga...itu aku dapat rasakan).
"Terima kasih Mi"ucapku..


Bersama junior yang menggilap bakat menjadi pengacara majlis.Tahniah adik-adikku

Aku ingin menjadi anak yang benar-benar menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku dan ingin mereka rasai aku tidak mensia-siakan pengorbanan mereka.Itulah ucapan aku dan semalam juga aku menelefon mami aku, seingat aku jam 11.00 malam tentang Busana Muslimah 2009. Itu pula ketika dia sudah tidur, rasanya apabila terdengar suaranya sepereti suara orang bangun tidur.

Mungkin aku sudah tiba masanya untuk aku jadikan kemenangan dua hari ini sebagai kemenangan yang memberi motivasi kepadaku untuk meningkatkan pointer aku. Aku sedar aku bukanlah yang terbaik, tetapi itulah motivasi untuk aku dapatkan stage seterusnya dan kerana diri ini tahu siapa diri ini, maka diri ini ialah diri hari ini yang cuba belajar dan belajar.

Terima kasih kerana sebuah pengalaman dan terima kasih kepada diri ini yang sentiasa inginkan pengalaman. Beberapa keping gambar diletakkan juga sebagai kenangan hari ini untuk diri ini. Semoga rakan-rakanku dan sahabat yang membaca blog ini akan memperoleh kejayaan dan aku sangat mendoakan kejayaan kalian juga kerana kalian juga contoh terbaik untuk aku ini.

Mohd Hilmi dan Nor Afiti
Anugerah Guru Bitara Lelaki UPSI 2009 dan Anugerah Guru Bitara Wanita UPSI 2009 sempena Karnival Ilmu 2009 Kolej Aminuddin Baki
Setakat itu sahaja, doakan diri ini dapat berbakti dalam dunia pendidikan. Insyaallah. Kata-kata Lord Baden Powell, Bapa Pengakap Dunia sentiasa aku pegang. "Tuhan membantumu dalam setiap apa yang kamu lakukan."Semoga aku dan bakal pendidik yang lain menjadi Guru Bitara dan kita masih mampu belajar dan berubah untuk mencapai kebitaraan diri. Ameen.

P/s--Malam ini Akhil Hay dan Waheeda datang untuk meriahkan hari penutupan Karnival Ilmu 2009.

2 comments:

Wardah Faqihah said...

salam alaik...
tahniah ye...
seronok saya baca pengalaman awk ni..

AFITI said...

wsalam wardah..
trima kasih atas ucapan..sy hargainya..nanti blh lah kita sm2 berkongsi..mungkin pglmn awk juga blh jd perkongsian bermakna juga utk diri sy...trima kasih ya..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42