Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, February 25, 2009

Mahasiswa

Bersediakah untuk bergelar pendidik aka kaunselor kelak?
Masa dalam kelas kelompok

Assalamualaikum.

Cinta pada ilmu pengetahuan, memberi kehidupan pada hati, Cinta pada Allah, penyubur kepada ilmu dalam dada. Terdetik hati ini ingin membicarakan sesuatu yang tersimpan jauh di dasar hati. Apabila memikirkan diri ini sudah semester 6, dan semester ini bakal ditinggalkan beberapa bulan sahaja lagi, maka akan bermula pula semester 7 dan akan berakhir semester 8 kelak. Hati ini menangis. Puncanya, semakin dirasai bahawa diri ini masih tidak cukup belajar tentang ilmu kaunseling dan banyak yang perlu belajar. Semakin terasa apabila berada dalam makmal kelompok bersama Puan Junainah. Terasa teramat sangat bahawa banyak yang tidak tahu dan banyak yang masih tidak dipelajari oleh diri ini. Subhanalllah luasnya ilmu ALLAH!!!!!

Dalamnya ilmu dalam bidang kaunseling yang aku rasakan masih belum diterokai. YaAllah terasa teramatlah sangat kurangnya ilmu. Semester ini, diri ini perlu jaga fokus betul-betul agar persediaan untuk peperiksaan benar-benar dijaga dan dikuasai masa itu. Aku perlu tingkatkan pointer. Terasa teramat untuk belajar, itu yang aku boleh ungkapkan. Banyak yang terasa diri ini tidak tahu. YaALLAH, harapan ini sangat besar cuma aku sedar semuanya aku aturkan kaki atas kuasa Allah juga. Berdebar pun ada juga kerana ilmu rasa macam tidak banyak dan kurang. Aku berharap perasaan seperti ini tidak akan pudar kerana perasaan ini akan menjadi motivasi kepada diri ini. Doakan diri ini terus cintakan ilmu dan doakan diri ini untuk belajar sepanjang hayat kerana diri ini punyai matlamat yang sukar diluahkan dan kerana niat ini hanya SATU.

Aku mendoakan kejayaan insan-insan yang aku sayang juga dalam membantu aku menjadi diri ini sepanjang laluan kehidupan aku, dan moga kalian berjaya serta kepada sahabat-sahabat seperjuangan semoga anda juga berjaya menggapai awan. Sesungguhnya, "Dunia Pendidikan Memberi Kelazatan Pada Jiwa Ini".InsyaAllah!

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42