Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 19, 2009

Lokus Kawalan

Diri ini terbaca dokumen yang disimpan sekian lama dalam laptop. Jam, 3.28 pagi sambil menyiapkan ulasan filem Cik Nani (nanti gabung dengan Faiz), diri ini menggeledah dokumen lama yang tersimpan iaitu berkait dengan lokus kawalan.

Ahli psikologi bernama Julian Rotter menyatakan bahawa secara amnya terdapat ada dua jenis manusia. Perbezaan ini berlaku mengikut cara individu itu dibesarkan. Lokus kawalan adalah persepsi individu kepada sebab-penyebab kepada peristiwa yang dilalui mereka sepanjang hidup. Ada individu yang berfikir bahawa mereka mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib. Kelakuan kita dan reaksi kita kepada sesuatu hal bergantung pada lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman:

Lokus Kawalan Dalaman iaitu mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri dan akan melakukan apa yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka sendiri. Mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik. Mereka mempunyai ibu bapa yang sering memberikan pujian, memberi sokongan kepada segala apa yang mereka lakukan dan tidak bersikap autoritatif.

Lokus Kawalan Luaran pula, adalah mereka yang bergantung kepada sumber luaran, seperti nasib dan kemahuan dan harapan ibu bapa yang autoritatif. Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang keterlaluan, terutamanya mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri dan kurang cekap di dalam pekerjaan yang mereka lakukan - akan menunjukkan ciri-ciri neurotik, bimbang dan murung. Manakala ada juga mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran yang hidup dengan bahagia. Walau bagaimanapun, kajian psikologi jelas menunjukkan bahawa secara amnya, mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman mempunyai kehidupan yang lebih baik, sebagai contoh, mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Suzanne Kobasa, dalam kajiannya terhadap ahli-ahli perniagaan yang jarang jatuh sakit walaupun mengalami tekanan hidup yang berat, menyatakan bahawa ahli-ahli perniagaan ini mempunyai lokus kawalan dalaman yang kuat. Kobasa mendapati bahawa ahli-ahli perniagaan ini merasakan bahawa mereka mampu mempengaruhi baik dan buruk kehidupan mereka - dari menunjukkan rasa kurang upaya. Menurut Kobasa, insan yang 'lasak' dapat menentang gejala tekanan perasaan dengan lebih baik lagi kerana mereka 'memilih' untuk berhadapan dengan masalah yang mereka hadapi.

Contohnya, jika seorang emak menghadapi masalah dengan Si Abang, dia akan berhadapan dengan abang lalu cuba menyelesaikan masalah mereka dengan matang. Mak akan mengambil peluang ini untuk cuba memahami perasaan abang yang selalu kacau dari cuba menjauhkan dirinya dari abang yang panas baran itu. Entah mengapa, abang tidak pernah mengikut cara mak, malah mendapati abang adalah seorang yang mempunyai lokus kawalan luaran yang kuat. Sejak kecil lagi dia sering melakukan sesuatu dengan harapan dia dapat menarik perhatian emak. Walaupun dari luar abang nampak tegar dan yakin, dia adalah seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Dia pernah berpendapat bahawa walau apa sahaja yang dilakukannya, dia tidak mungkin dapat mengubah keadaan di sekelilingnya.

Tapi akhirnya abangnya berubah. Dia akhirnya berubah setelah dia menemui apa yang dicarinya selama ini di bahagian bawah tanah Hospital Mental Sendayu. Pengajarannya, lokus kawalan itu perlu dijaga dengan sebaik mungkin agar tidak tersasar dan perlu kena pada tempatnya agar tidak tersasar seperti kisah Si Abang walaupun lokus kawalan luarannya kuat tidak bermakna lokus kawalan dalamannya kuat.

Terima kasih.

3 comments:

kuIna Jentayutiara said...

sy lasak tp lemah... hehehe..

in_star said...

i think dat is me..lokus luaran kuat

AFITI said...

itulah unik nya manusia kan..masing2 ada personaliti tersendiri..cuma bgmana ingin digunakan dan salurkan..aina dan kulna...moga dpt kita sm2..cari lokus kwln dlmn juga.insyaallah.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42