Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 18, 2008

Sekretariat Upsi

SEKRETARIAT Rakan Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPP UPSI) buat kali ketiga menganjurkan pertandingan sukan lasak peringkat kebangsaan pada 28 dan 29 Ogos ini.
Turut bekerjasama menjayakan pertandingan itu ialah Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI.
Pertandingan dikenali Rakan Muda National IPT Eco (Nieco) Challenge Merdeka 2004 itu akan diadakan di sekitar UPSI, Tanjung Malim, Behrang, Slim River dan Hulu Bernam.
Pengarahnya, Ezzad Ghuzlan berkata, sasaran peserta ialah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS); ahli persatuan atau kelab rekreasi; jabatan, firma dan syarikat serta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Menurutnya, pertandingan itu antara lain bertujuan untuk mempromosi sukan lasak sebagai medan cabaran rekreasi terbaik di Malaysia.
Katanya, ia juga diadakan untuk menarik minat generasi muda melalui cabaran disiplin pertandingan sekali gus mendedahkan masyarakat kampus dan luar mengenai prospek sukan lasak yang semakin berkembang.
``Objektif lain adalah untuk mengajar peserta menghayati kemerdekaan serta mengharungi cabaran-cabaran yang dipertandingkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tema pertandingan tahun ini ialah Gaya Hidup Sihat Pemangkin Kemerdekaan Sejagat.
Mengulas lanjut, skop pertandingan ialah format cabaran serta berkumpulan dengan saiz setiap kumpulan ialah tiga orang.
Kategori yang dipertandingkan pula katanya ialah IPT Lelaki dan Campuran serta Kebangsaan Lelaki dan Campuran.
Ezzad berkata, disiplin yang disediakan untuk pertandingan tahun ini ialah larian, mendaki tembok batu, merentas hutan, berbasikal gunung, kayak, cabaran misteri, orientering, menuruni tebing sungai dan water tubing.
Menurutnya, setiap peserta kategori kebangsaan terbuka lelaki dan campuran, masing-masing akan dikenakan yuran sebanyak RM350.
Manakala yuran kategori intervarsiti terbuka dan campuran ialah masing-masing RM300.
``Peserta juga akan menerima baju T kejohanan, sijil penyertaan, sijil menamatkan kejohanan, makanan, penginapan, insurans berkelompok, pengangkutan dan hadiah sampingan,'' katanya.
Mengenai hadiah, pihaknya menyediakan hadiah untuk tempat pertama hingga keempat bagi setiap kategori.
Hadiah wang tunai Kategori IPTA dan IPTS (Lelaki dan Campuran) bagi johan ialah RM1,200; naib johan RM900; ketiga RM700 dan keempat RM400.
Sementara itu, johan untuk Kategori Kebangsaan (Lelaki dan Campuran) akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500; naib johan RM1,000; ketiga RM800 dan keempat RM500.
Semua pemenang bagi kategori berkenaan turut menerima hamper dan sijil

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42