Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, August 6, 2008

Prinsip Hidup-Perkongsian


Setiap manusia mempunyai prinsip hidup tersendiri. Dengan prinsip hiduplah seseorang itu dapat menentukan sikap dan personaliti dirinya. Malahan prinsip hidup ini turut menyumbang seseorang itu dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Prinsip-prinsip hidup saya ialah seperti berikut dalam memastikan kejayaan dan kebahagian diri yang sebenar walaupun sebaliknya pahit dan perit. Namun, saya positif bahawa pengalaman tersebut adalah laluan untuk saya mencapai kebahagiaan dan kejayaan. Saya belum lagi berjaya tetapi prinsip hidup turut membantu dan menyumbang kepada kejayaan saya dalam aktiviti dan pengalaman yang saya lalui walaupun banyak cabaran dan dugaan. Saya menghargai setiap apa yang dilalui dan itulah kejayaan bagi diri saya apabila saya lulus dalam mengharungi ujianNya.Walaupun kejayaan itu kecil bagi pandangan orang lain, tetapi saya menghargainya sebagai suatu nikmat terbesar yang Tuhan berikan dan menggapnya sebagai kejayaan. Biarlah ia sebesar biji sawi pun, tetap saya hargai.InsyaALLAH

1. Buat sesuatu mesti fokus walaupun seminit untuk mencapai nikmat kebahagiaan dan kejayaan.

Saya berpegang kepada prinsip ini kerana saya tahu saya mempunyai banyak tugas yang hendak dilakukan dan aktiviti-aktiviti yang sememangnya tidak boleh saya tinggalkan. Prinsip ini hadir dalam diri saya memandangkan saya manusia yang sibuk dengan sekolah dan menjadi pemimpin semasa di sekolah. Saya perlu menghargai masa dan membahagikan masa untuk belajar. Justeru, setiap saat yang ada saya gunakan dengan sebaiknya kerana amat penting sebabnya saya tidak cukup masa.

2. Kejayaan dan kebahagiaan patut dikongsi dengan orang lain bukan untuk diri sendiri.

Sememangnya setiap kali saya mendapat penganugerahan, saya akan berkongsi dengan orang lain kejayaan tersebut kerana orang di sekeliling saya penyumbang kepada kejayaan saya. Dengan cara membahagiakan orang lain dengan kejayaan saya, saya akan bahagia. Saya akan membahagiakan dan tidak akan menghampakan harapan orang sekeliling saya. Contohnya harapan ibu bapa, pihak sekolah dan guru-guru yang saya sayang.

3. Apa yang saya tahu adalah untuk orang lain tahu terutamanya dalam perkongsian apa-apa tentang sesuatu perkara.

Sememangnya sudah menjadi prinsip saya apabila saya mendapat maklumat, saya akan kongsi dengan orang secara berhemah tanpa meninggi diri. Contohnya isu-isu semasa, maklumat tentang sesuatu perkara dan sebagainya. Hal ini kerana saya merasakan tanggungjawab saya untuk orang lain tahu apa yang saya tahu. Jika tidak, apa yang saya tahu iaitu maklumat, tidak akan berkembang. Dengan cara itu, hati saya tenang dan bahagia setelah melaksanakannya.


4. Saya perlu tahu apa yang saya sedang lakukan untuk saya menikmati kejayaan dan kebahagiaan walaupun sekejap.

Hal ini kerana, saya sedar tindakan yang sedang saya lakukan. Contohnya dalam keadaan angin tidak baik saya muhasabah diri dan saya kejutkan diri apa tindakan yang sedang saya lakukan dan bakal lakukan. Dengan itu, dapat mengawal tindakan bodoh dan melampau yang saya lakukan. Malah, dengan cara itu, saya akan dalam keadaan baik dan saya berjaya mengawal emosi saya dan hati saya akan bahagia.




5. Persetankan anasir luar yang boleh mengganggu diri untuk berjaya.

Dalam saya melakukan sesuatu, contohnya semasa saya belajar, bertanding dalam sebarang aktiviti, saya akan fokus matlamat dan tidak menghiraukan halangan yang tiba dan bakal tiba.

6. Bila saat sedang menikmati kejayaan dan kebahagiaan pada hari itu, saya akan mengingati kesusahan untuk saya tidak tergelincir daripada landasan.

Saya akan muhasabah dan ingat diri saya bahawa saya orang susah perlu lagi maju dan berusaha kerana itu bukan pengakhirnya serta saya tidak boleh selesakan diri saya. Saya perlu lagi teruskan aa yang saya lakukan agar lebih berjaya daripada yang saya dapat.

7. Semasa melakukan sesuatu, guna potensi diri semaksimum yang
mungkin.

Apabila melakukan sesuatu ,saya akan cuba kerahkan otak dan fikiran saya serta potensi yang ada demi mencapa sesuatu matlamat.

8. Jangan rasa diri hebat sebab ramai lagi yang hebat.

Apabila saya merasakan diri saya selesa, saya akan ingatkan diri bahawa ramai lagi yang hebat agar saya tidak sombong dan bongkak. Dengan itu akan menjamin kejayaan dan kebahagiaan hati saya.

9. Bila orang lain sibuk, kita jangan sibuk, bila orang lain relax kita sibukkan diri, kerana itulah kunci untuk mencuri peluang.

Itulah cara saya lakukan kerana saya tahu saya sentiasa sibuk. Contohnya, saya berikan anafora; apabila orag zaman sekarang berlumba-lumba cari kerja, saya akan curi peluang untuk belajar. Apabila kita sama-sama sibuk cari kerja, kekalutan akan berlakulah. Dengan teknik itu, saya akan menjumpai laluan mudah untuk berjaya. Samalah juga dengan di sekolah semasa saya belajar.

10. Saya yakin bahawa Tuhan akan sayang dan kasihankan orang-orang yang rajin berusaha demi mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Saya akan menangis dan terasa prinsip ini hingga ke lubuk hati saya apabila saya nyatakan berkali-kali dalam hati saya dan saya motivasikan diri dengan kata-kata ini. Saya percaya Tuhan itu adil. Tuhan tidak akan aniayai orang-orang yang rajin berusaha. Jika Dia tidak beri kejayaan itu, jangan putus asa kerana dia beri cabaran itu untuk kita lebih berjaya kerana Dia tahu kita sebenarnya lebih hebat jika tidak berhenti berusaha. Itu sekadar ujian.

11. Semasa bercakap, ikut kesesuaian situasi, jangan bercakap sesedap mulut dan berlandaskan kebenaran.

Saya berpaksikan kebenaran dan sememangnya saya mementingkan komunikasi.

12. Saya perlu meluahkan apa yang saya rasa, fikir, tidak puas hati dan sebagainya untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Dengan cara ini hati saya akan bahagia kerana saya berjaya meluahkan tetapi perlu dengan cara yang baik. Jika terpendam dalam diri, saya merasakan hati saya hitam dan keruh dan saya boleh membayangkan teruknya hati saya jika saya pendamkan.

13. Saya perlu menghormati pandangan orang lain samada bernas dan tidak bernas.

Saya mementingkan diri untuk menghormati orang lain agar saya berjaya dalam masyarakat sekeliling tanpa menyakitkan hati orang dan saya akan rasa bersalah jika terlepas cakap. Namun, saya tidak segan silu untuk mengucapkan kata-kata ”saya minta maaf atas kata-kata saya tadi”. Walaupun ada yang menyatakan mereka tidak terasa pun dan kadang-kadang mereka tidak perasan pun dengan kata-kata itu.

14. Apabila saya sedih saya akan pujuk diri saya sendiri.

Walaupun orang pujuk saya, saya terima tetapi saya pujuk juga diri saya. Mungkin orang lain hanya 30 peratus pujukan memberi kesan tetapi 70 peratus daripada diri saya sendiri jika saya bersedih.

15. Saya motivasikan diri saya sendiri jika berhadapan dengan masalah dan kepahitan.

Saya banyakkan kata-kata dalam diri. Saya tidak tahu dari mana kata-kata itu hadir. Namun, saya yakin itu petunjuk daripada Allah SWT. Saya yakin Allah menyayangi diri saya kerana saya menyayangi Pencipta.
16. Saya suka orang tegur untuk saya lebih lakukan yang terbaik.

Dengan teguran orang, saya akan berasa lebih yakin bahawa untuk melakukan yang terbaik. Melalui pengalaman teguran, nasihat saya mampu melakarkan kejayaan.

17. Semasa saya main, saya main bersungguh-sungguh, masa belajar saya bersungguh-sungguh. Itu nekad saya dalam hati saya hingga hari ini.

18. Saya mesti jujur dan saya tidak suka menipu dalam perkara yang saya lakukan.
Sememangnya saya membenci penipuan demi menjamin kejayaan dan kebahagiaan hati saya tertamanya.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Prinsip Hidup ini merupakan pengalaman yang telah saya lalui. Walaupun, usia saya masih setahun jagung, namun, proses melaluinya amat memberi nikmat kepada kehidupan saya. Segala suka duka, saya abadikannya sebagai proses diri saya untuk menjadi sebagai manusia. Maka, terciptalah prinsip hidup ini dalam diri saya yang saya sematkan. Prinsip ini juga perkongsian kepada anda semua.Semoga melalui pembacaannya, anda akan memperoleh pengetahuan dan penjanaan minda serta kesatuan idea dalam menggerakkan diri ke arah yang lebih baik. Ini hanyalah perkongsian semata-mata dengan kalian. Semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan. InsyaALLAH.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



2 comments:

nur _fragrant_musk said...

assalamualaikum akak..
bestday kita same r..
leh r celebrate...
wana...besh2 de kmbar sme..
=)
bgos akak ni..aktf..
troskan usaha..
i will support u..
mayAllah bless u always...

.... said...

Thanks sis...i hope U will get d best more than me...im really happy if others duplicate and more success than me.,If i can..U will too...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42