Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 18, 2008

Berita zaman Lama

PASUKAN debat Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menarik perhatian lebih 600 pelajar universiti lain pada Kejohanan Debat Universiti-Universiti Dunia yang diadakan di Toronto, Kanada, baru-baru ini.
UPM yang diwakili oleh Tizreena Mohd. Ismail, Muhammad Yunus Zakariah dan Sucharit Pongprakyun mendapat tempat ke-105 daripada 276 pasukan yang bertanding.
Tizreena berkata, pasukannya diberi masa 15 minit untuk menyediakan bahan debat dan jangka masa itu tentunya mencabar minda mereka.
Menurutnya, antara tajuk yang dibahaskan pada kejohanan itu ialah Kita Sepatutnya Membebaskan Industri Yang Gagal dan Serangan 11 September: Dasar Luar Negara Amerika Syarikat Patut Dipersalahkan.
``Sebelum ke Kanada, kami berlatih sebanyak dua kali dalam seminggu serta banyak kali menyertai pertandingan persahabatan dengan universiti awam yang lain,'' kata pelajar tahun dua, ijazah Sarjana Muda (SM) Bahasa Inggeris itu kepada Dunia Kampus.
Kejohanan yang berlangsung dari 27 Disember 2001 hingga 6 Januari 2002 itu diadakan setahun sekali.
Pada kejohanan itu, Malaysia menghantar pasukan debat dari UPM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Multimedia (MMU).
Pasukan debat dari UIAM mendapat tempat ke-81 dan ke-104.
Muhammad Yunus yang merupakan pelajar tahun dua, ijazah SM Kejuruteraan Mekanikal pula berkata, kejohanan itu banyak memberi pendedahan kepada mereka terutama dari segi bertukar-tukar idea dengan pelajar universiti lain.
``Kami berpeluang berkongsi maklumat, pengalaman dan idea dengan pelajar dari universiti-universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford, Universiti New York dan Universiti Monash,'' katanya.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42