Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, August 10, 2008

Kertas Kerja- Perkongsian

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt, semalam baru sahaja selesai program Pendidikan dan Pencegahan Dadah. Selama seminggu bertungkus- lumus dengan sahabat-sahabatku,.pengarah dan timbalan pengrah program yang komited bersama dalam kumpulan, dan semua ahlinya yang bekerjasama, terhasillah program yang padat dan agak berkesan. Program Komuniti Sejahtera,Wawasan Tanpa Dadah terlaksana jua. Tugasan ini hanyalah tugasan daripada pensyarah kami. Tugasan ini diadakan di Felda Besout 1. Dalam masa sehari aku menyiapkan kertas kerja dan diserahkan kepada Timbalan Pengarah, Fatin yang membuat tindakan selanjutnya. Kepada adik-adik dan rakan-rakan yang ingin melihat contoh kertas kerja, inilah contohnya. Kertas kerja ini dilampirkan di sini, sebagai contoh, mana tahu nnti,. kalian ingin membuat program, kertas kerja ini boleh dijadikan panduan. Lampiran ini hanyalah sebagai perkongsian untuk semua. Saya lampirkan di sini juga sebagai panduan kerana junior-junior kerap meminta contoh. Justeru, ambillah daripada blog ini. Sekian Terima Kasih.
................................................................................................................................
muka surat 1
LOGO UPSI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KERTAS KERJA
________________________________________________________________
PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH
________________________________________________________________

TEMA :
‘WAWASAN TANPA DADAH, KOMUNITI SEJAHTERA,’

TARIKH :
02 OGOS 2008- 03 OGOS 2008

TEMPAT :
FELDA BESOUT 1, SUNGKAI, PERAK

ANJURAN :
PELAJAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH
SEMESTER 5,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

DENGAN KERJASAMA :
FELDA BESOUT 1, SUNGKAI, PERAK &
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN


---------------------------------------------------------------------------------
muka surat kedua dan seterusnya
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada pihak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dengan tujuan berikut:
i. Untuk mendapatkan kelulusan bantuan dan sumbangan daripada pihak fakulti bagi menjalankan program.
ii. Untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran menjalankan program bagi subjek Pendidikan dan Pencegahan Dadah di luar.

2.0 PENGENALAN

Menjelang era globalisasi ini, masalah sosial amat menuntut setiap insan bergerak dan berkerjasama dalam memastikan setiap masalah itu terkawal dan terbendung. Hal ini termasuklah gejala penagihan najis dadah yang menjadi musuh nombor satu negara. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan berisiko terlibat dalam masalah ini jika tidak dibendung. Menyedari kehadiran najis dadah yang memberi ancaman kepada negara, maka kami terpanggil untuk memberi sumbangan bagi memastikan masalah ini tidak terus merebak dan menjadi parasit kepada lapisan masyarakat. Golongan yang berisiko untuk berjinak- jinak dengan gejala penagihan dadah ialah golongan belia yang merupakan agen pembangunan negara yang amat bernilai. Golongan inilah yang diharapkan untuk menjadi contoh dalam membentuk individu lain untuk di jadikan aset bernilai yang bakal di manfaatkan bukan sahaja oleh individu tertentu malah juga untuk semua lapisan masyarakat. Namun, akan menjadi malang, jika golongan yang diharapkan ini terbabit dengan ancaman dadah. Oleh yang demikian kesedaran tantang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

Bagi menjadikan sebuah negara yang masyarakat sihat dan sejahtera, maka aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting. Justeru, masyarakat perlu didedahkan dengan pengetahuan bagi membendungnya. Justeru, itulah yang dijadikan alasan sehingga timbulnya program yang bakal dijalankan ini. Program di buat bukan semata-mata memenuhi tuntutan tugasan malah lebih menitikberatkan kepada kandungan kursus untuk melahirkan seorang kaunselor yang juga bakal menjadi pemimpin yang boleh menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, komuniti akan dapat :
1. Sedar tentang bahaya najis dadah
2. Membantu komuniti bagi mengelakkan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling daripada terjebak dengan kancah dadah.
3. Membentuk persekitaran felda dan kawasan agar harmoni tanpa dadah.
4. Menjana perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek di kalangan ahli komuniti supaya sentiasa berwaspada dengan najis dadah dan menjauhinya memandangkan pelbagai kesan buruk akan berlaku jika terjebaknya dengan najis dadah.
5. Memberi kesedaran terhadap warga tentang pentingnya kehidupan bersosial dan bertanggungjawab secara bersama dalam memastikan keamanan komuniti tanpa najis dadah.

4.0 JUSTIFIKASI
Program ini dilihat mampu untuk membentuk komuniti yang sihat, sentiasa peka dan berfikir demi mencapai kesejahteraan hidup tanpa dadah serta bersedia dalam usaha menangani masalah ini secara bersama kerana dadah sememangnya menggelapkan kehidupan masyarakat. Pelbagai masalah dan gejala sosial lain dan kesan buruk yang akan timbul apabila berlaku gejala penagihan dadah ini. Di samping mencapai kepesatan pembangunan negara, kita tidak mahu ketinggalan dalam mencapai keseimbangan dalam aspek kesejahteraan sosial. Konsep bersihkan diri daripada najis dadah semoga diterapkan dalam membentuk masyarakat yang harmonis selaras dengan kemajuan dan pencapaian negara.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 08 Ogos – 09 Ogos 2008
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat Program : Felda Besout 1, Sungkai, Perak.


6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

1. Pengurus Felda Besout 1
2. Pengawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan
3. Guru-guru besar, dan kaunselor sekolah berdekatan
4. Pensyarah penasihat dan Pengarah Program

7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

1. Komuniti Felda Besout 1
2. Para pelajar sekolah yang berdekatan.


8.0 TENTATIF PROGRAM

08 Ogos 2008 (Jumaat)

3.30 – 6.30 pm : “Guru Masuk Kampung (GMK) “
7.30 – 9.00 pm : Solat Magrib Berjemaah dan Kuliah Magrib


09 Ogos 2008 ( Sabtu)

7.00 pm – 7.30 pm : Pendaftaran dan ketibaan tetamu
7.30 pm – 8.30 pm : Senamrobik “ Sihat, Cergas & Cerdas “
8.30 pm – 9.00 pm : Sarapan Pagi
9.00 pm –10.00pm : Pertandingan Kreativiti Seni Anti Dadah
10.30 pm – 11..00 pm : Tayangan Montaj 1
11.00 pm – 1.00 pm : Forum Pendidikan dan Pencegahan Dadah/ LDK 1
”WAWASAN TANPA DADAH, KOMUNITI SEJAHTERA”
Bersama :
1. Norlina Alwi (PERNIM)
2. Wakil AADK
3. Tn. Haji Yunos Pathi ( Presiden PENGASIH)
4. MOderator
1.00 pm – 1.30 pm : Tayangan Montaj 2
1.30 pm – 2.30. pm : Rehat/ Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm – 4.30 pm : Explore Games Anti Drug/ LDK 2
4.30 pm –6.00 pm : Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah

-YB. Dato Mohd Khusairi Bin Haji Abd.Talib. DPMP.PPT.BSK
ADUN Kawasan Slim


7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat :
En. Muzafar Shah Bin Haji Mohd Razali
Pengarah :
Mohd Ikmal Bin Abd Rashid
Timbalan Pengarah :
Fatin Hanim Binti Rosdi
Setiausaha :
Nor Afiti Binti Mohd Basri
Bendahari :
Noor Azlina Binti. Hassan

Ahli-Ahli Jawatankuasa :
Protokol & Jemputan :
Hairul Nadia Binti Mohd Darubi
Sumbangan dan Penajaan:
Nur Hanina Binti Shalim
Peralatan,Teknikal dan Persiapan Tempat:
Nik Mohd Faizal Bin Kamaruzaman
Jamuan & Makanan :
Wan Asmawani Bt Wan Ibrahim
Cenderahati:
Nurzazarina Bt. Abd. Raof
Kerohanian & Moral :
Malek Bin Hassan
Media& Publisiti / Buku Program:
Faziha Diana Bt Razib
Sukan & Rekreasi :
S.M Salim Bin Sharif
AJK Khas
Farhana Bt Abdullh
Aktiviti:
Azril Bin Razali
10. ANGGARAN KEWANGAN

11.1 Pendapatan

1. Sumbangan Fakulti RM 250.00
2. Sumbangan Felda RM 1422.00
3. Sumbangan Syarikat Swasta RM 500.00
JUMLAH PENDAPATAN (A) RM 2172.00

11.2 Perbelanjaan

SUMBANGAN FAKULTI

1. Pentadbiran
- Percetakan
i. Sijil Penghargaan fasilitator (RM 2 x 14) RM 28.00
ii. Buku Cenderamata dan Kad Jemputan RM 48.00
iii. Tag Nama Fasilitator (RM2 x 14 orang) RM 28.00
iv. Kertas Lukisan ( RM 0.20 x40 ) RM 8.00
v. Cetakan Bahan Pertandingan ( Lukisan ) RM 8.00

2. Publisiti
- Banner RM 80.00
- Risalah dan Pamplet RM 50. 00

JUMLAH RM250.00

SUMBANGAN FELDA

1Makanan Fasilitator
I. Sarapan (RM 2 x 14 ) RM 28.00
II. Makan tengahari (RM 3.5 x 14 ) RM 49.00



Peserta
l. Senam Robik ( RM 2 x 150 ) RM 300.00
II. Pertandingan Kreativiti Seni Tanpa Dadah
( RM 2.00 x 60 ) RM 120.00
III. Solat Magrib Berjemaah ( Santapan Rohani)
( 50 x RM 2 ) RM 100.00
IV. Peserta Explore Games Anti Drugs RM 200.00
( 100 x 2 )

VIP
I. Dadah Perosak Diri Pemusnah Masa Depan
( RM 10 x 35 ) RM 350.00
II. Jamuan Majlis Penutup RM 100.00
( RM 5 x 35 ) RM 175.00

JUMLAH RM 1422.00

SUMBANGAN SYARIKAT SWASTA
1. Cenderahati
- Cenderahati pegawai dan penceramah RM 100.00
- Cenderahati Pengurus Felda RM 100.00
- Hamper (RM 15 x 20 ) RM 300.00

JUMLAH RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN KOS RM 2172.00

5. Kontigensi
- 10% daripada jumlah keseluruhan kos RM 217.20

JUMLAH PERBELANJAAN (B) RM 2172.00

JUMLAH KESELURUHAN (A-B ) RM 00 .00
11. KEPERLUAN PERALATAN

Bil Peralatan (Unit)
1. PA Sistem (1 SET)

2.Kamera Digital -2
3. Kamera Video -1
4.LCD -1


12. PENUTUP

Kami berharap dengan adanya program seperti ini akan dapat mencapai objektif yang diingini dan seterusnya melihat aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari kalangan masyarakat demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Kami juga percaya dengan adanya program ini, maka kesannya akan dapat memberikan kesan positif untuk sifar dadah serta imej yang baik kepada pihak felda, pihak sekolah dan juga bagi pelajar Bimbingan dan Kaunseling. Adalah diharapkan agar program ini dapat menjadi kenyataan dan seterusnya mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai pusat latihan kecemerlangan yang peka dengan keadaan sosial semasa dalam membanteras gejala penagihan najis dadah di felda-felda yang lebih berisiko dan terdedah kepada gejala dadah musuh nombor satu negara ini. Diharap kertas kerja ini akan mendapat perhatian dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Disediakan oleh
Nor Afiti Bt Mohd Basri,
Setiausaha Program "Wawasan Tanpa Dadaa Komuniti Sejahtera"
...................................
(NOR AFITI BT MOHD BASRI)

Diorganisasikan oleh:
Pengarah Program
“ WAWASAN TANPA DADAH, KOMUNITI SEJAHTERA’
Bimbingan dan Kaunseling,
Semester 5,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak

..................................................
(MOHAMAD IKMAL B. ABD RASHID)
Disokong oleh:

Pensyarah Pendidikan dan Pencegahan Dadah,
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,


..................................................................
(En. MUZAFAR SHAH BIN HAJI MOHD RAZALI)
Disemak oleh :
Ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling,
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak.

-------------------------------------
(DR. MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM )

Disahkan Oleh :
Dekan,
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

-----------------------------------------------
( PROF. MADYA DR ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR)

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42