Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 18, 2008

Pusat Pengajian Siswazah Upsi???

Dr. Mohd. Yusof Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI
UNIVERSITI Perguruan Sultan Idris (UPSI) melantik pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hasan sebagai Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Dr. Mohd Yusof yang merupakan seorang pakar dalam bidang pemikiran dan kesusasteraan moden menggantikan Prof. Madya Dr. Nagendralingan yang sebelum ini merupakan penyelaras pusat berkenaan.
Pusat Pengajian Siswazah itu tidak mempunyai pemimpin tetap sejak Oktober 1999.
Menurut Dr. Mohd Yusof, tugas utamanya sekarang adalah untuk memantap pusat tersebut dengan mengembangkan pendidikan dan ilmu pengetahuan di peringkat siswazah melalui penambahan bilangan siswazah dalam pelbagai bidang pendidikan.
``Selain itu misi pusat tersebut adalah untuk memenuhi hasrat dan keperluan Islam tentang pendidikan dan ilmu pengetahuan, mengatur dan mengadakan strategi pembangunan pendidikan,'' katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sejajar dengan wawasan itu, beliau bercadang untuk mengadakan sistem yang mantap untuk program sarjana seperti kerja kursus sepenuh masa.
``Kita akan memperuntukkan kira-kira 42 jam kredit yang boleh ditamatkan dalam tempoh tiga semester atau satu setengah tahun,'' katanya.
Kuliah-kuliah akan diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membolehkan para pelajar dari semua negeri di Semenanjung Malaysia mengikutinya.
Pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) pula, beliau bercadang mengadakan kaedah atau mod penyelidikan sepenuh masa di bawah penyeliaan para Profesor dan Profesor Madya di UPSI sendiri.
``UPSI juga akan mengembangkan program Bahasa Melayu ke dunia Melayu dengan menawarkan program pasca siswazah itu kepada pelajar-pelajar dari negara Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Laos,'' ujarnya.
Pada masa ini pusat berkenaan mempunyai pelajar-pelajar dari selatan Thailand.
Di samping program sarjana dan PhD, pusat pendidikan pasca siswazah bercadang menawarkan program profesional dan berprestij seperti Doktor Pendidikan (EdD).
Program itu ditawarkan kepada tokoh-tokoh yang terkenal dari dalam dan luar negara yang berpengalaman dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan syarikat.
Penilaian kursus peringkat siswazah itu katanya, akan dibuat oleh tokoh-tokoh pendidikan di dalam dan luar negara sebagai pemeriksa luar bagi calon-calon peringkat sarjana dan PhD.
Sementara itu Pusat Pengajian Siswazah UPSI yang menerima pelajar pertamanya pada 1999, kini mempunyai 125 pelajar sarjana (MEd) dan 25 pelajar Doktor Falsafah (PhD).
Program yang ditawarkan ialah Bahasa dan Kesusasteraan, Sains dan Teknologi, Seni dan Muzik, Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Sains Sosial serta Pengurusan dan Ekonomi.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42