Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, May 8, 2009

Cara Pemikiran Berfikir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat mu Ya Allah, atas pemberian peluang kepadaku untuk aku kutip semua yang aku rasakan kehilangan. Mungkin itu adalah ujian kepadaku dengan hikmat yang penuh tersirat untuk aku pelajari. Aku rela mulakan setiap langkahku dengan awal dan semoga ujian yang engkau berikan membuatkan aku banyak berfikir kembali dan mengutip apa yang telah tertumpah. Air yang penuh terisi dalam cawan tidak mampu untuk mengisi cawan yang sama, tetapi cawan itu perlu diganti dengan cawan yang baru. Semoga cawan yang terisi itu juga bukan semata-mata kering kerana terdedah kepada angin dan proses pemeluapan, tetapi berfaedah untuk cawan yang sentiasa menunggu air untuk dituang. Mungkin aku sahaja yang memahami analogi yang aku tuliskan. Perjalanan hari ini aku redah dengan keyakinan.

Banyak kali berfikir, tetapi hati memang hendak ke sana kerana aku telah berjanji dengan kaunselor. Program ini melibatkan kem kepimpinan pelajar sekolah. Namun, bukan itu yang aku ingin luahkan di blog ini. Berjalan seorang diri di bandar bukanlah kebiasaan untuk aku. Kebiasaannya, perjalananku bersama kawan-kawan yang memandu ke destinasi dan juga kebiasaannya, apabila ada program, beramai-ramai yang dihantar oleh bas UPSI. Apa yang aku ingin luahkan ialah aku kiranya travel seorang diri. Aku akui, jikalau part kemahiran visual aku lemah kerana jika aku aturkan tapak aku ke destinasi, aku hanyalah berdasarkan intinct aku sendiri. Jikalau orang tanya, pernah pergi ke tidak ke Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan kemana-mana,dalam negeri ini, kecuali Sabah dan Sarawak, aku memang akui aku pernah pergi itupun kerana program universiti dan kolej. Cuba orang tanya, dan petakan, aku pasti angkat bendera putih kerana aku tidak mampu untuk menyatakannya. Jika nak tahu tempat itu, bawalah aku bersama-sama aku boleh tunjukkan. Sungguh lemah kemahiran visual aku!Aku aturkan tapak kaki aku dengan niat untuk ke suatu destinasi dan berjalan mengikut naluri dan selebihnya bertanya kepada orang sekeliling. Itulah pemberian Tuhan untuk aku, komunikasi dan naluri sahaja jika tiada dan ditarik balik semua itu, aku rasa sukar aku untuk kemana-mana.

Hari ini, aku berada di UKM. Bagi anda yang biasa berjalan, memanglah kata mudah pergi, tapi aku ni jenis kalau duduk, terperuk jer..kalau keluar tak reti nak balik kerana aku nikmati sepuas-puasnya bila aku keluar. Aku kuatkan keyakinan kerana sampai bila aku akan bergantung pada orang untuk ke suatu tempat dan ke suatu tempat kerana banyak lagi yang aku perlu pergi dan langkah selepas ini. Jadi, aku gagahkan semangat, bahawa aku ingin mencuba,dan belajar dan bila lagi jika bukan sekarang?Sepanjang perjalanan, banyak yang aku peroleh. Belajar sendiri untuk naik LRT, Komuter dan berjalan ke suatu tempat ke tempat. Bagi orang lain, mungkin mudah dan nama sahaja aku rakyat Malaysia tetapi tidak selalu sendiri jika melibatkan kemudahan. Kalau naik flight dan di KLIA pernah pulak, naik komuter dan LRT pulak yang memerlukan tiket sana-sini. Belajarlah hari ini. Bulan lepas, bergantung pada Hilmi yang menjadi pemandu. Hari ini berdikari sendiri.

Rupanya Tuhan ingin berikan aku sesuatu iaitu melatih semula untuk aku berfikir dan asahkan diri aku kembali untuk berfikir. Rasa kejang otak jika lihat sesuatu tapi tidak dapat berfikir. Namun, hari ini mungkin hikmah Tuhan berikan bahawa aku perlu berdikari dan kawan aku pula ada hal tertentu yang tidak dapat dielakkan, tidak dapat pergi bersama. Sepanjang perjalanan aku, aku melihat banyak perkara yang boleh buat aku fikir kembali. Susah untuk diterangkan, mungkin belum masanya dan biar aku simpan kerana terlalu tersirat untuk aku. Ketika itu, aku mendapat celik akal melihat seorang bangsa Cina yang sedang membaca. Tuhan latih aku berfikir kembali dengan melihat perempuan Cina yang berada dalam komuter, dan aku berfikir patutlah orang Cina mudah cekap dari segi reading nya. Sebelum ini, memang tulisan Cina cara bacaannya dari atas ke bawah, kali ini untuk aku mempastikannya, benar atau tidak, aku lihat bola anak mata perempuan Cina tadi dan memang sah bacaannya seperti dinyatakan. Aku mula berfikir, momentum memori lebih cepat apabila file memori disusun secara menegak bukan cara mendatar. Namun, apakan daya, sudah memang bahasa dan tulisan kita unik dibaca secara mendatar. Aku rasakan, cara pembacaan dan tulisan mempengaruhi cara gaya dan otak kita berfikir. Analoginya, jika file-file di atas meja disusun secara berlonggok-longgok( seperti dalam bilik aku atas meja jika time aku perangai gila-gila), dan ada yang disusun menegak-menegak(time aku skema), mana satu yang senang diambil dan lebih kemas. Begitu juga cara reading dan susunan pemikiran manusia terhadap sesuatu data-data memerlukan kompilasi album juga, bukannya album pemikiran yang berlonggok-longgok. Apa yang aku tulis ni, mungkin Tuhan ingin ajar aku berfikir kembali dan memanfaatkan pengurniaannya yang masih baru ini sebaik-baiknya dan menjaganya. Semoga aku tidak terlalai dan sentiasa bersyukur dan jika overload, cari cawan yang baru.

Ustaz dah telefon, aku kat surau ni, nak turun dah.
Wasalamualaikum.

3 comments:

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

Dah dapat signal tu... so kenalah kemaskan blog ni ...insyaAllah nanti u faham apa saya cakap ni... (try relate balik apa yang saya cuba kaitkan working memory dengan overload dan overstudying tu...)dan juga over make up yang kat blog ni.... he he he.... Buat simple je Afiti....itulah otak kita...

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

Abeh...lagu aku dah jadik latar blog ni pulok daaaaa :)

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

kasik saya code untuk lagu ni... tak leh jadik ni....kena letak kat blog sy jugak...Lagu Flying Without Wings kalau u buka blog sy keluar tak? Sebab saya pun tak boleh dengar lagu yang saya masukkan...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42